Sunday, February 06, 2011

..Takut AIR..

Alkisah seorang budak (budak ke?)  bermana Liza, sejak azali, dia adalah sangat penakut dengan AIR. Sebab tu, bila di ajak berkelah terutama kat LAUT..aku memang akan bagi banyak alasan. Aku tak pandai berenang dan sekarang ni, walaupun dah boleh swim sikit2..aku still tak pandai apungkan diri. So selagi skill tu takde..aku memang takut dgn air. Sampai lah aku ke Rain Forest Belum baru-baru ni, aktiviti wajib buat ialah 'Water Confidence' (WC) - terjun masuk tasik.

Ni 1st time aku sarung BA (bantuan apungan) secara serius.
Benda wajib pakai untuk aktiviti WC adalah BA. Kecut perut gak masa En Zul beri penerangan tentang tasik tu. Tasik Banding? Bayangkan la keluasan dan kedalaman yang mencecah 50M. Dengan makhluk apa-apa tah yang ada kat dalam air. Air tasik sangat2 tenang..lagi aku takut. Air tenang jangan sangka takde buaya..kan? Huhuhu...

Ni dua orang hantu air..so dia orang terjun dulu..
Ni adalah cara-cara untuk terjun dalam air. Aku adalah perempuan paling last terjun. Since takde pic aku, aku letak la pic kawan2. Ina ngan Natte memang sangat 'yakin' dengan air. Sampai gilaran aku..depa tangan..set dlm kepala, percaya pada BA dan percaya kawan-kawan kat situ ada yang boleh selamatkan kalau apa2 jadi. Tawakal..baca Bismilillah...Gedebusshhh!!!

Aku asyik hanyut jek..ringan sangat kot?
Lama gak dalam air. Kena buat bulatan dan nak bagi tahu, memakai BA adalah menyakitkan di celah kangkang ya. Hahahaha.. Masa ni, aku masih 50-50 jek dengan air. Masih tak percaya pada diri sendiri.

Rentas tasik dengan tali
Lepas berendam dalam tasik, semua orang di arah ke tasik di belakang pondok untuk aktiviti 'Rentas tasik dengan tali'. Masih tak berani..dan kawan-kawan banyak membantu. Dah la terhegeh-hegeh dalam air, dia orang laju jek. Takde kerja kan kena rentas tasik.Hee....

Air Terjun Sungai Kelah.
Jeng jeng jeng..hari kedua, kita orang ke Air Terjun Sg Kelah...jauhhhh di dalam hutan. SubhanaAllah, lawa gila scenery. Ikan berenang2 dalam air dan budak2 laki dah mula gedebushhh dalam air. Siap terjun dari tempat tinggi tu. Aku memang tak suka aktiviti basah2 ni, tapi rasa rugi la pula kalau tak terjun. Bukan senang nak sampai sini, kan? Maka, aku ajak Ina ngn Natte terjun sama. Masih wajib pakai BA sebab air terjun itu adalah sangat dalam..

En Mad Noor..bercerita tentang kebesaran Allah..
Macam tak percaya. Aku terjun ke dalam air yang dalam ambil meng'apply' skill berenang. Pakai BA, boleh la. Ya Rabbi..sejuk gila air. Rupa-rupanya, air terjun ni, dalam kat tengah, tapi kat tepi air terjun, ada pasir rupanya..boleh berdiri, paras peha saja..syiok!!!

Yay Menang..aku dan Nizam.
Since penakut dengan air, berkayak adalah aktiviti yang aku selalu elak wpun kat opis ada bertandingan berkayak antara jabatan. Kat BELUM, ini lah 1st time aku berkayak. Ho Ho Ho..seronok rupanya. Mendayung ke tengah2 tasik yang lapang dan berkumpul sambil borak2 di tengah2 alam..sangat menerujakan. Aktiviti kayak ni memang sengaja di 'pair'kan dengan lain jantina sebab takut kalau sama jenis, sampai tengah tasik..tak larat, camno? Aku naik dengan Nizam dan menang perlumbaan sampai sampai jeti dulu. Yay! Lepas ni, boleh la kot nak berkayak..

Kesimpulan..aku belajar bermesra dengan AIR di Belum dan Alhamdulillah..keyakinan tu dah semakin tinggi. Lepas ni, aku nak teruskan belajar apungkan diri. Dah lama tak p swim..emmm...

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!