Tuesday, March 25, 2014

.. Ini AMANAH ALLAH ..

Bila cuti bertukar menjadi MC. Yes ..itu la terjadi kat aku kali ni. Bleeding lak lagi. Since Sabtu masa kerja stanbdy Open Day aku dah perasan ada spotting before lunch..tapi aku segan nak minta balik dan terus kerja. Hari Ahad bawak mak abah jalan2..Isnin ada lagi spotting..aisey! Dah la Mr.Abe kerja dan kami nak travel ke Kuatan.

Kul 2.30 pm sampai Az-Zahrah dan Doktor perempuan takde. Macam biasa..az zahrah memang sentiasa ramai. Sebab nak cepat .. Mr. Abe ajak aku ke An-Nur..bayar je lah!
Alhamdulillah tak ramai and doktor pun scan. Rupanya uri aku tak naik habis lagi..sebab tu senang bleeding dan aku pulak byk bergerak minggu lepas. Ye lah kan..kerja mcm aku..time ada event, kena kerja keras sket. Byk bergerak..kena settle byk benda dan kena fikir solution sebab ada prob sampai 2-3 hari.

Ini Amanah ALLAH
Doktor agak tekan and marah bila aku cite pasai kerja aku dan aku cakap, aku segan nak minta execuse.

'Ini Amanah ALLAH..mama kena jaga..jangan sibuk dok fikir apa orang kata atau fikir..ini badan mama..apa2 jadi. Mama yang kena tanggung..bukan orang lain. Now baby OK..Now mama yang kena jaga diri. Jangan banyak bergerak. Jalan perlahan-lahan. Naik turun tangga tak? Saya bagi MC..rehat tau'

Mengalir air mata aku dengar 'INI AMANAH ALLAH'. Ya..Amanah ALLAH..insyaALLAH..aku akan jaga.

Since Mr.Abe kena training and kami memang on the way..mula2 doktor tak bagi travel..tp anak2 dah wat muka sedih. So doktor pun cakap..'takpe la..tawakal. Doa banyak2..nak p cuti pun niat baik nak bagi anak happy kan? Tapi ibu janji..rehat. Ayah..jangan drive laju2.'

Alhamdulillah..anak2 dengar semua nasihat doktor..so dia orang tak bagi aku bawak apa2..



Semalam..akhirnya PM umum tentanh MH370. Innallillah dan AL Fatihah utk umat islam yang menjadi penumpang. Tak tahu nak cakap apa walaupun agar sukar nak terima mcm mana plane terlepas ke sana. Macam masih mengharap miracle..subhaAllah. Hanya DIA yang Maha Tahu. Semoga semua famili tabah.

Papai!
posted from Bloggeroid

Saturday, March 22, 2014

.. Kemahuan ..

Assalamualaikum..


Tiba-tiba terfikir nak taip benda ni. Lagipun sedang standby event Open day UNITEN ni dan takde apa nak buat sangat. Sebenarnya, ramai yang sering bertanya aku, macam mana aku nampak sangat senang dapat apa yang aku hendak terutama daripada suami. Kadang-kadang, anak-anak sendiri pun cakap 'Ibu ni, semua ibu nak..senang jek dapat, semua babah bagi.' Erkk..takde la semua babah bagi pun, kadang-kadang aku lebih suka beli sendiri dan kadang-kadang ada rezeki, Mr.Abe nak add kan duit. 

Tak tahu lah kan. Aku 'Queen Control?'. 'Suami takut aku?' hahahhaa..jangan harap la dia nak takut kat aku. Aku pun takde la takut kat suami, just aku HORMAT walaupun aku ni bercakap kasar ..tak reti derr nak lemah lembut lemah gemalai..Erkkk! Itu bukan aku.
ceee wat menda ni..pastu minta la apa2..tengok, JADI tak? hahahahaa...

OK, mungkin 13 tahun bersama buat aku kenal dia sangat-sangat. Memang awal perkahwinan, aku sering tarik muka, merajuk lama-lama atau mogok kalau tak dapat apa yang aku nak. Dah terbiasa - jadi anak perempuan seorang, dari kecil memang susah nak rasa hampa dengan setiap permintaan. Abah mesti belikan. Kadang-kadang mak sampai gaduh dengan abah sebab ikutkan sangat kemahuan aku ni. 

Kami berkahwin ketika sama-sama baru bekerja. Dia adalah suami yang fikir masa depan dan sangat berkira ketika 1-5 tahun kami berumahtangga. Meroyan aku memang tak pernah selesai lah bila aku sendiri tak set kepala aku untuk memahami. Haaaa! banyak sangat banyak baca novel and tengok movie Melayu...memang hanyut lah kau nak dapat suami budget ROMANTIS mcm Brad Pitt. Itu KESILAPAN. Berkahwin dengan niat yang tak pasti juga satu kesilapan. Kalau semua pun buat kerana CINTA kepada MAHKLUK tetapi bukan kerana ALLAH..memang 1 kesilapan besar. Nah! Terima lah ujian bertimpa-timpa dari Allah sehingga akal dan hati dapat terima hakikat sebuah perkahwinan. Paling PERIT..melakukan perkara yang hanyutkan diri hanya kerana ingin menagih kasih sayang lelaki..juga 1 KESILAPAN besar. Apapun, aku positif now..semua ada HIKMAH  - aku mula kenal 'Dunia dan Manusia' dengan semua kesilapan yang aku buat. Banyak mana pun berdosa dan bersalah, kembali kepada DIA - bertaubat dan berubah!- insyaAllah..semoga Allah permudahkan. Amin.
 (Dah banyak sangat weii tanda2 besar KIAMAT makin hampir ni..takut lah!) 

Berbalik kepada cara aku nak dapatkan apa-apa tu, entah lah. Aku pun takde skill apa-apa. Mungkin rezeki atau mungkin dia terlalu menyayangi atau mungkin malas nak layan moncong bini nanti..hahahaha. Sapa tahu kan - mengapa dan kenapa atau apa ada dalam hati manusia?

aceee suami lak wat benda kat isteri..pastu MINTA apa2..tengok 'mendapat' tak? Kuikuikui..

Ok la..biasa nya, aku just hint jek apa yang aku nak. Hint dengan email ke, wassap ke, sms ke... contoh : 'Macam best je kan ni?' - paste la gambar ke, link ke..apa2 la yang related dengan benda yang aku nak tu. Biasa time opis, jangan harap lah dia nak jawab kan..atau kalau balik pun, dia tak cakap apa2. Aku just perlu tanya 'Baca tak apa Za send?'. Kalau dia tak mahu or tak mampu, dia akan jawab direct - 'Tak payah lah!' or 'mahal, abang tak mampu' atau 'Perlu ke?' Kalau keluar jawapan macam ni..aku dah tahu, rezeki aku tipis. So aku diam. Tapi kalau dia OK..dia akan jwb 'Beli lah..beraapa ringgit?' atau 'Za riki la tempat, nanti bagi tahu abang' atau 'bila nak p beli?' atau 'OK'. Jadinya, ni je lah yang aku buat bila mahukan sesuatu.Takde la aku p buat nasi kangkang ke..p ugut nak bunuh diri ke..g tampar dia ke..hahahaahaa. Mungkin REZEKI aku dan dia mampu untuk tunaikan Lagipun, kebiasaan kalau nak buat apa-apa related to kami sefamili, dia akan tanya dulu kat aku - OK ke TAK  - itu saja.
ate..ceee dua-dua buat yang ni..insyaAllah, ada Berkat dari DIA untuk kita berdua. 

Aku kenal Mr.Abe pun dari dia takde apa-apa - hanya lah sebijik honda C70 lampu bulat. Ahaks! Yang aku tahu, dia ada 'brain', berdikari dan nampak la macam sedikit beriman..( g dating pun make sure solat tak tinggal - aku kagum yang part ni) ngee. Tak pernah terfikir lebih2 untuk hidup mudah tapi alhamdulillah di permudahkan semuanya oleh Allah sampai ke hari ini walaupun ada ujian bertimpa-timpa. Dia selalu ingatkan aku 'Kalau Za nak kita hidup OK mcm sekarang lepas pencen nanti..kita perlu ada bla bla and bla. Kalau tak, jangan harap nak at least hidup mcm sekarang. Anak-anak nanti jangan harap sangat pada bantuan kerajaan, takut dah takde. Kalau abang takde nanti pun, insyaAllah, Za tak akan hidup susah'.. Gulp!


Apapun atau siapapun dia nanti, selepas apa-apa yang kami dah lalui..insyaAllah, doa aku - 'Azril Dahari adalah suami aku dunia dan akhirat - Amin' .  

Bye!

Wednesday, March 19, 2014

.. Mana Perut? ..

Hai!

Update la kejap blog ni. Biasa time ni tengah g sarapan tapi sebab aku menapau dan makan kat opis jek, kejap je la makannya. Patut dah boleh wat kerja, tapi..kejap la ek. Ngeee.... Layan FB kejap, layan shopping online, layan minum nescafe O panas..heavennya. Hidup ni kalau kita mudahkan..maka mudah lah ia. Kalau kita sendiri nak susahkan..susah la ia. Apapun yang jadi, semua ketentuan DIA. Hati-hati dengan kata-kata yang boleh membuatkan kita nampak berpaling or merungut dengan DIA. Nauzubillah.

16hb Mac aritu, usia kehamilan aku masuk 18weeks. Nampaknya, rezeki aku masih macam dulu..badan aku tak ok walaupun dah masuk trimester ke dua. Apa lagi yang aku boleh buat selain daripada terus bersabar dan berdoa semoga di permudahkan semuanya nanti. Yang penting baby sihat..aku kena la bertabah. Lately aku makin cepat semput. Baby semakin membesar, tapi berat dan badan aku tak naik2. Masih dalam 47kg. Aku dah nampak perut ni, memang betul-betul naik kat perut lah. Lain2 part masih normal. Ramai yang tanya aku, 'mana perut?'. Aku sengeh je la. Lagipun aku lagi prefer baju longgar2 daripada baju nampak perut. Segan laah! Sebab tu orang tak nampak lagi kot perut ni.

18 weeks dalam puyut. 

Kalau tengok pix kat atas ni, baru besar ni je pun baby ikut weeks. Dalam 5 inchi lebih. So logik lah aku yang memang semulajadinya tak besar ni tak membesar2 kan? Doktor pun tak marah lagi setakat ni walaupun berat aku tak naik. Since berat tak naik, so aku tak di kenakan check gula dalam badan..tunggu perut besar sket katanya. Now ni memang terasa gila baby sangat aktif bergerak. Tak tahu la berenang ke..bergolek ke..tapi alhamdulillah...free style memang sentiasa terasa. Rasa mcm mana? Rasa mcm ada rama2 terbang dalam perut. Heeee...

Dari 1st time aku pregnant, aku dah register kat web ni untuk bacaan based on usia kandungan aku. Sapa2 yang nak baca and nak tengok perkembangan baby, boleh la jenguk : BabyCenter

Baju longgar macam ni aku suka.
Tak tahu kenapa, SETAKAT ni (tak tahu lah nanti2 kan apa lak cite), aku tak 'in' nak pakai baju maternity. Memang dulu sebelum aku pregnant, aku ada gak wat ayat2 poyo kat Mr.Abe - 'Kalau nak Za ngandung lepas ni, Za nak baju dari ModermMom, MotherCare tau..tak mau baju Warta'. Hahahha..gila demand tak? Tapi sejak pregnant ni, ada gak aku masuk ModernMom 2 kali..tapi takde nafsu langsung nak membeli. Last2 aku g GM, g Warta cari baju biasa yang longgar jek. Seluar belasah pakai palazzo. Aku ada beli 2 helai seluar pregnant, tapi kahsian aku...seluar adalah longgar walaupun size S dan butang adjust tu aku dah tarik sehabis boleh.

Aku rajin gak tengok baju Online - fashion from Korea. Suka! tapi asal la mahai sangat. Range harga dari RM45- RM70 ..uhuk! Makanya, aku pun google je la cari direct supplier. Yay! Berjaya..mendapat dan harga sehelai baju baru RM24. Just kena beli at least 10 helai. OK la kan..10 helai baru RM240. Aku dah tak faham dengan konsep jualan ONLINE now ni. Sepatutnya jual online adalah lebih murah dari kedai tapi now ni, beli kat kedai dari beli Online. Kadang2 online lagi mahal dari kedai. Mungkin sebab kuantiti memborong tak sama la kot kan?

OK la..kerja time. Papai!





Saturday, March 15, 2014

.. Terlaksana untuk CINTA HATI ..

Hello...

Menaip dari atas katil port paling best dalam dunia lebih2 lagi dalam keadaan OKU macam ni.. cepat bebeno penat weh! Apa nak jadi pun tak tau...sabo ye yong! 😃


Semalam 14hb Mac 2014, genaplah puteri debab aku ni 8 tahun. Alhamdulillah..di panjangkan usia dan di beri kesihatan yang baik2. Tak macam abang..kerenah dia lain sket .. lagi senang nak handle. Lebih kepada perangai babah..so, takde la menyusahkan.


Lengkap sudah sambutan hari lahir ketiga-tiga nyawa and intan payung aku ni. Sambut ala kadar je..cukup sekadar mengingati. Babah macam biasa..takde nak demand apa2. Danish macam biasa la, seminggu sebelum birthday dah asyik berzikir jek dan Dania..ingat2 lupa. EH..adik terlupa! ngee..

ALHAMDULILLAH..TERIMA KASIH ALLAH ATAS NIKMAT BERKELUARGA YANG ENGKAU KURNIAKAN KEPADA KAMI. LIMPAHKAN LAH RAHMAT DAN KASIH SAYANGMU KEPADA KAMI, JANGAN LAH BERPALING DARI KAMI YA ALLAH. TINGKATKAN IMAN KAMI. BERIKAN KAMI PETUNJUK DAN HIDAYAH MU. AMPUNKAN DOSA KAMI DAN TEMPATKAN KAMI DALAM SYURGA MU. KURNIAKAN KAMI KESIHATAN YANG SEMPURNA,MURAHKAN REZEKI KAMI SERTA PERMUDAHKANLAH URUSAN HIDUP KAMI DUNIA DAN AKHIRAT. SESUNGGUHNYA..HANYA KEPADA ENGKAU TEMPAT KAMI MEMINTA. AMINNNN..


Hari ni settlekan hadiah2 hari jadi abang dan adik. To Danish,aku saja suprisekan dia dengan basikal baru. Dia takde kat umah 3 hari g TAMRiN ABIM. Kita tengok esok macam mana rope dia dpt basikal baru.

Untuk Dania..belikan je apa yang dia nak. Semalam pulun beli buku latihan dan novel kanak2..dia yang nak dan tadi belikan mainan tanah liat. Budak lagi kot. Tadi ada gak dia merayu nak basikal gak..tapi aku pujuk..ibu service basikal abang yang lama..tukar part2 and adik amik la basikal tu..dan ibu belikan benda lain. Dia pun okek!
Senanggg..abish cite.

OKLA..penat lah..papai! 💛
posted from Bloggeroid

Monday, March 10, 2014

.. Menaip di petang hari ..

Assalamualaikum...

Hari Isnin yang agak tenang bagi diri ini. Tak tahu kenapa, terasa hati sangat lapang dan sentiasa nak tersenyum. Ada juga beberapa perkara yang buat sesak kepala tapi semakin dewasa, semakin lanjut usia..alhamdulillah, ketenangan itu sentiasa di beriNya untuk berfikir dengan lebih waras - jangan ikut hati. Yang tak penting abaikan..biarkan berlalu di bawa angin dan yang penting, jika perlu, selesaikan dan terus bertanya pada tempat yang sebetulnya. Selepas tu..biar Allah tentukan apa jua hasilnya. Semoga Allah sentiasa memberi aku kelapangan akal dan fikiran. Jauhi iri hati dan hasad dengki. Hindari umpat keji. Amin.


ralat date : 10hb Mac sebenarnya. 3 Mac tu birthday Mr.Abe.
My everything. 

Alhamdulillah. Hari ni, 10hb Mac 2014, anak teruna aku dah 11 tahun. Ibu doakan yang baik2 untuk anak ibu. Aku dah wassap dia semua isi hati aku termasuk lah kad birthday virtual kat atas tu. Apa yang aku tulis, biar lah antara aku dan dia. Setakat ini, tak susah nak jaga Danish kecuali masa pregnant dan dalam pantang dulu. Cuma 1 perangai dia yang aku kadang kala terpaksa bertegas adalah 'tunjuk perasaan secara senyap'. Hampir sama dengan perangai aku..maka, takde la susah sangat aku nak handle. Just TEGAS dengan dia, berdepan, cakap pandang mata, beritahu dia secara betul kenapa dia di marahi, apa yang tak betul, beritahu kelebihan dia dan insyaAllah..esok awal-awal pagi, bangun dari tidur dia akan minta maaf dengan aku dan beritahu apa salah dia. Entah lah..semoga terus senang untuk di jaga hingga ke besar. Semoga sentiasa di bawah RAHMAT ALLAH. Amin.


#prayforMH370

Hari ni dah masuk hari ke 3 Malaysia di gemparkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370 ke Beijing. Tak mahu buat sebarang spekulasi. Teruskan berdoa yang terbaik dari Allah buat mereka. Dari pertama kali mendengar berita ni, walaupun takde sapa2 yang berkaitan dengan hidup dalam pesawat tu, hati memang terasa sebak dan kadang kala mengalir airmata membaca, mendengar dan melihat berita yang di sampaikan. Ya Allah..di mana dan apa jua nasib mereka, Kau permudahkan lah urusan mencari walau apapun hakikatnya nanti. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan Maha Menguasai apa yang di langit dan di bumi. PERMUDAHKAN lah ya Allah. 


gelang Mekah
Suka! ini adalah gelang Mekah yang aku dapat daripada biras aku. Aku yang minta dia beli sebab setelah sekian lama aku tak nampak or tak jumpa gelang ni. Dulu kecik2 selalu gak dapat dari saudara mara or jiran2 yang ke Tanah Suci. Now memang dah tak dapat. Maka, kirim je la. Thanks sangat2 pada Sha yang dah tunaikan impian hati..hee..mcm dapat Italian bracelat lak happynya.. ngee... 


Ahad semalam, ikut Mr.Abe bawak parent dia tengok rumah baru kami kat Shah Alam. Rumah dah siap and dah start bayar tapi belum dapat kunci. Banyak benda nak buat sebelum duduk. Tapi lambat lagi nak masuk..insyaAllah hujung 2015. So boleh buat sket-sket dan kena kumpul duit untuk cantikkan rumah.Berdoa supaya impian aku untuk duduk dalam rumah nanti jadi kenyataan. Ye lah kan..benda lambat lagi. 

OK la..loya lak..papai!

posted from Bloggeroid

Monday, March 03, 2014

.. Semuanya dari ALLAH ..

Assalamualaikum and selamat datang Mac 2014..wow weeee..mmg road runner masa now ni kan?


Hari ni 3/3/2014 genap lah sang suami berusia 37 tahun. Eh..muda lagi. Alhamdulillah..di panjangkan usia dan masih sihat. Since aku dalam keadaan OKU now ni..takde la sempat nak beli hadiah ke..nak g makan2 ke.. yang ada, insyaALLAH hanyalah doa dari seorang isteri. 



2 Mac kandungan aku pun masuk 4 bulan. Alhamdulillah. Tapi ALLAH nak bagi ujian kat aku.. petang tu bleeding pulak. Patutlah masa jalan2 kat JUSCO tengahari tu asyik sakit jek. Jalan sket..dah kena cari kerusi. Memang tak boleh jalan. Petang lepas Asar, bleeding pulak..ingat tak lama..lepas maghrib pun masih bleeding. Em..since penah ada pengalaman bleeding dan keguguran..aku g klinik. Biasa la kan AZ Zahrah..ramai gila manusia. Tapi for special kes..dpt gak masuk awal ..tu pun sejam tunggu. 

Doktor scan and alhamdulillah baby sihat and aktif. Suspek bleeding dari uri sebab uri masih di bawah. Patutnya 4 bulan uri dah naik. Check urine..pun kotor. Makanya dapatlah MC 2 hari and kena rest kat rumah. Pagi tadi masih bleeding..so aku ulang ke klinik..scan lagi..baby OK tapi berisiko. Doktor suh balik and duduk diam2. Entahlah..dugaan dan ujian kan? Aku hanya mampu berdoa dan fikir positif. 


26 Feb baru2 ni..Mak n abah mentua, Chu, biras aku - Sha dan adik ipar aku dan juga Mak Sha berangkat ke tanah suci menunaikan umrah. Alhamdulillah..sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Happy dengan berita gembira dr sana dan semoga semuanya berkekalan ke akhir hayat. Terima kasih juga utk doa2 yang di kirimkan via wassap. Semoga mendapat Umrah yang di berkati dan semoga selamat pulang. 

OK la..doakan yang baik2 utk aku..papai!

posted from Bloggeroid






Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!