Friday, March 30, 2012

..For Him..

Tadi ke Alamanda, teman cik Anne membeli belah barang2 utk famili tersayang dia di kampung. Dah macam shopping raya lak. Masuk PDI yang aku tak pernah nak masuk sbb aku ni..walaupun org nampak high maintenance and di katakan nak pakai barang branded mahal jek..sebenarnya TIDAK. So PDI pada aku, dlm kategori, beli bila perlu or murah saja. Tak caya? Baju aku mostly takde brand..janji aku suka dan selesa. Now aku nak cuba baju labuh ..so, byk aku beli online yg harganya bwh rm40..bab kata bisnes woman kita..kalau beli kat GM..RM15 je sehelai...hahhaha. No hal lah..janji den selesa.
Semua untuk Mr. Abe..
Dalam PDI, tengok harga..Oh! tidak lah mahal sgt seperti yang ku jangka. Keh keh keh..Since baju ladiesnya kecik-kecik and lengan pendek..Aku belikan Abe T-shirt and Shirt. Diskaun 70% each item..maka,  boleh la beli 2-3. Susah nak suruh Abe beli baju baru untuk dia sendiri..so, belikan je lah. Murah je pun and kalau dia ada ..sure payah nak suh dia pilih walaupun aku nak bayarkan. Pastu g Parkson, ada  Bonus Link day..10% + 10% untuk member bonus link. Teringat jam sport dia yang dah rosak..so aku belikan lah jam Adidas ..tak mahal Okek. Aku tahu, kalau mahal and ada brand gah pun..ada dia kisah? Masa aku bagi barang2 ni..dia tanya, sempena apa? elek..ni lah lelaki kan? Nak kena ada sempena2 ke baru boleh belikan barang...takde sempena apa-apa..sempena nak beli jek supaya nanti, g jalan..idak la sama je bajunyaa..dan tak yah la pakai Jam sport Za yang ada belang pink tu..buruk Okek.. :)

Esok lusa adalah Sabtu dan Ahad..and esok..April is COMING and hujung bulan..bertambah lagi usia aku..

Adios!

Thursday, March 29, 2012

..Deserve..

..Hati Membeku..

Kalau hati tengah senak mcm ni..senak sebab apa, aku pun tak tau..aku lebih suka duduk diam2..kunci mulut..off keyboard..jeling2 FB saja and buat hal sendiri. Ku putuskan..biarlah rahsia. Aceh! dah mcm lagu CT. hahaha. (gelak kat blog je lah). Dok diam2 ni bagus sangat..tak sakitkan hati orang dan hati sendiri pun tak sakit..kan?


Dah lama tak balik Ipoh..sangat2 lama. Call mak..mak tak bagi balik sebab mak nak balik Alor Setar. Uhuk. Sedey makin sedey lah. Walaupun aku ni bukan jenis luah suka duka aku kat mak aku...tapi kalau dapat balik kampung..tgk mak abah..tengok rumah mak..pun dah cukup bahagia.

Dalam mood aku now ni..rasa mcm nak g Mall..nak beli ..beli and beli..tapi tak tau nak beli apa.Aku nak perfume baru..Dior Addict 2 aku dah abis..tapi Zen Sheiseido masa ada lagi..so? Mcm sayang lak duit. Atau aku nak paksa je Mr.Abe belikan..paksa je lah kan nak dapatkan apa yang kita nak? Betul? Janji dapat..kan? Tapi nasib baik,itu bukan style aku. Minta paksa2 ni..kalau orang tak nak bagi ..kalau dapat pun, sure tak best. Kan?  Tak pun, nanti cuba perfume baru Simplicity ..murah je, tak sampai RM70. 


Wednesday, March 28, 2012

..Kenapa aku berhenti..


Ohoii..terkejut badak aku bila buka blog aku pagi ni, dapat message ni dari blogspot. Ayokk! What the happeng? Cuba blog orang lain...ok aje. Kena hack? isk..memang takde kerja la nak hack blog yang takde apa-apa ni. Cuba login ke gmail and dapatkan verification..and phewww..lega, blog ku kembali. Ngehhh...

Tadi aku merayau-rayau di blog travel seorang ni..mmg dah jadi keseronokan aku now ni baca travelblog orang. Aku ada travelblog..tapi kenapa aku tak rajin nak update? Sebab biasanya, aku pergi travel..Mr Abe yg lebih mengetahui..aku just follow. So nak tulis tips lebih2..adush! Banyak nya tak hengat. Ada kawan2 yang dah minta tips..tapi pun tak tau nak bagi macam mana.Em..Mr Abe, sila lah update blog tersebut ya.

Masa aku dok belek-belek travel blog tadi..terbaca tentang perjalanan dia yang masuk majalah as a travel artikel. Best kan? dah la berjalan..boleh buat duit lagi dengan hantar artikel. Terus terfikir..kenapa aku stop menulis dan stop hantar artikel ke majalah? Kenapa? Kenapa aku tak teruskan apa yang aku suka ni mcm dulu? Kalau artikel keluar..busuk2, dapat RM150 untuk 1 page. Aku pun dah tak ingat tahun bila last artikel aku keluar majalah ..dan paling best, aku tak simpan pun artikel2 tu semua..heheehe.

Kalau perasan, aku pun dah tak berapa nak publish barang2 yang aku beli walaupun sebelum ni aku share as info untuk orang lain dapatkan sama-sama. Ye lah kan..share tentang harga yg murah untuk brand yg aku dapat..apa guna benda tu..tapi takut gak takut orang salah tafsir. Macam aku sendiri..aku suka baca blog2 yang bloggers dia publish barang2 yang dia orang beli. Info tu..Ye lah kan..tak kan lah menaip sekadar nak menunjuk..tapi memang share untuk kesenangan bersama.Setakat ni, aku paling suka blog Redmummy.com..uissh..sapa yang tak jadi mcm dia kan? Blog blog blog..masyukkk. Pastu setakat PRADA handbag..sesenang rasa dia je leh beli bila2..jeless mak! Hahahaa. Aku suka semua info dalam blog dia..korang rasa dia menunjuk? Rugi laahhh kalau rasa mcm tu..ahaks!


3 bulan lepas, aku beli spec Rayban ni online. Aku survey harga kat KL dlm RM1K dan paling murah boleh dapat kat Mall is RM800. Aku memang dah aim lama spec ni sebab..aku nak cari spec yang tak kembangkan tudung bila pakai. Semua sunglasses aku bila pakai tudung instant, sure tudung tu mengembang kat kiri kanan..buruk OKEK! Biasa aku beli Online dengan orang2 yang dah biasa aku deal dan aku yakin barang dia ORI. Memenuhi krateria sunglasses idaman (walaupun aku lagi suka yg bikai hitam) ...RayBan memang terbaik lah. Dalam tunnel ka..dalam building..spec ni pandai sehsuai kan diri dia dgn cahaya. Memang tak gelap. Rayban ni RM380 beli Online. Jimat tak? lebih jimat sebab Mr. Abe yang bayar. Kuikuikui...

Kredit to my best friend blog..USU, angah pinjam ya. :)
Aku tak pernah berhenti shopping online especially branded items yang mahal gila kat sini. Biasa ..aku kirim je kat kawan kat US nun. Even masa aku g Europe and Aussy baru2 ni, aku masih sayang duit nak beli kat MALL sbb rasa beli kat kawan kat US nun lagi murah. Now..aku masih mengidam GUCCI Convertible Sukey Leather. Running shoes idaman pun dah dapat..wedges crocs yang aku suka tu dah ganti dengan wedges Hush Puppies dan tengah berusaha untuk GUCCI dan jam Aigner. Hisk..

Papai!!

Tuesday, March 27, 2012

..Sweat is SYIOK..

Erkk..sakit ari-ari sampai ke pinggang ni..uhuk! Tu la..gatai p skipping setempat tadi sapa suruh. Tak banyak pun melompatnya..tak sampai 100, tapi...waduh..sakit banget neh. Padan muka kan. Hhuhuhu. Petang tadi mcm biasa, turun bernetty lah...sangat suka sebab dapat berpeluh dan bergembira dengan kawan-kawan. Kalau Redmummy dan Hanis Zalikha tengah promote deodorant untuk hilang 'sweat'..aku lak nak promote..'sweat is SYIOK lah'. Syiok masa tengah bersukan lah kan..kalau time2 biasa tu..berpeluh tu buat tak selesa gak..dak gitu?

Lawanya badan...kan?
Em..bulan depan rasanya bulan yang syiok nak berpeluh. Ada selection sukan TNB..budak2 netty ajak g selection netball kat HQ dan ada yang suruh aku masuk relay..hiks. Larat kah aku ni? Kalau netball tu, boleh la nak cuba sbb memang favorite..tapi kalau suh berlari ni..ho ho ho..boleh la setakat berlari..terpilih belum tentu. Tapi insyaAllah, aku nak cuba selection both games ni. Pastu 8hb April..ada bowling Kelab Kilat kat Alamanda..join je..main suka2. Game yang memang tak pernah mimpi nak menang ni..memang seronok join sambil gelakkan kawan-kawan dan juga di gelakkan. Keh keh keh..Pastu ada friendly netball dgn FSPK..date tak confirm lagi. 20-22hb, Kelab Kilat akan ke Terengganu ..ada game. Aku nak join..tapi..abe lak wat lawak...dia tengah tunggu memo lulus untuk ke luar negara..huh! emm..nak p Ganu..nak main..

Twit..sakitnya pinggang and tegangnya ari2...adeh. Uhuk..chow!

Sunday, March 25, 2012

..Saja menaip isi masa..

Aiseyy..sok dah Isnin. Semalam kerja..so Ahad hari ni, tak byk masa nak bersuka ria. Tertido hampir separuh hari..huhuhu..sorry, badan tak berapa sedap and semalam lak kerja..so, memang bantai tido je lah kan? Anak-anak pun dah besar, so dah tak susah nak handle. Pagi2, Mr Abe hantar Danish ke skool untuk taekwondo, Dania sibuk nak ikut sekali..maka, ibu bawak diri lah atas katil. Balik sekolah..mereka dah main kat luar dgn anak-anak jiran. Aku tak kisah nak main kat depan ni, janji pandai jaga diri. Sampai now, aku masih tak benarkan Danish ngn Dania main kat bawah lagi. Tunggu sikit masa lagi..aku nak pastikan, mereka tahu kenapa aku denda mereka..supaya nanti, kalau aku lepaskan mereka balik..mereka dah tak g umah orang.


My Hearth my Soul..

Petang tadi sempat ke Jusco Cheras Selatan..g makan Johnny. Kat Alamanda tak pasti la dah buka ke belum..so baik g tempat yang dah confirm buka. Danish mcm biasa, sibuk nak bola and kasut bola. Kasut bola dia dah koyak rabak and bola dia..emm, masa dia bawak g sekolah, abang2 tu buli dia..and tendang bola tu ke luar sekolah..masuk hutan. Menangis gak dia..Aku just ckp..'Kenapa nak salahkan orang, kan ibu dah pesan..jangan bawak, Danish nak bawak gak..so, fikir sendiri salah siapa.' Dia redha je lah..and tak perlu lagi beli bola baru..dia rasa susah senang nak dapat barang.

Duduk sembang dengan kawan-kawan yang masih ada baby atau anak2 bawah usia 3 tahun..mcm2 keletah dan perangai ada kan? Zaman aku dah berlalu...anak-anak dah besar dan Dania walaupun baru 6 tahun, alhamdulillah..tak susah nak jaga. Walaupun aku garang..anak-anak tak penah lepas2 ckp sayang aku ..hari2 nak peluk cium aku..dan mereka selalu cakap..'ibu tak garang..tahu kenapa ibu marah..sbb kita org buat salah'. Aku memang jenis rotan anak2 masih kecik..rotan kaki laaa dan bila dah besar ni..rotan dah tak hinggap lagi pada badan mereka..cuma mulut aku je la tak henti2 bebel. Rasa mcm tak dapat nak ajak mereka mcm mak abah aku ajar aku terutama dlm displin kemas mengemas ni..penin!

Dia tahu apa yang dia mahu..
Danish dan Dania..memang tak sama. Walaupun dua-dua suka membaca..Danish pada aku terlalu 'luas pengetahuan'. Sebab tu aku tak boleh ngam dengan..banyaknya soalan dia yang aku tak boleh nak jawab. Bukan lah malu dengan anak sendiiri..tapi..rimas lah. Hahahha. Jika dulu dia bertanya soalan untuk dapatkan jawapan..tapi sekarang soalan dia dah beserta jawapan..macam nak uji aku lak..Hahahaa. nak2 soalan pengetahuan Am dan sains..memang gagal lah aku. Uhukk..

'Ibu..Danish nak belajar kat Cardiff University.'..ohh ..out of no way..why Cardiff? Ni mesti sebab bola..hahahaa..Dia nak jadi pemain bola negara. Katanya..kesian tgk bola Malaysia sekarang..dia nak bawak nama Malaysia dalam bola..dan lagi satu 'Ibu..Danish nak jadi angkasawan kanak2 pertama..boleh? macam mana ya?'..adusssss...aku just cakap..fikir lah sendiri Danish..hehehehe..

Dia selembut namanya..
Dania..pada aku, sangat lah lembut dan manja. Memang perempuan habis. Dania Hamimi membawa maksud 'cantik kesayangku'. Memang aku akui..muka dia sangat lembut dan kadang2, nak marah pun tak sampai hati. Ni pun jenis suka sangat bertanya..every single words yg dia tak tahu especially English words...dia akan tanya. Sekarang dia dah rasa rendah diri sebab tak pandai English..so, apa je dia tak tahu, memang dia akan tanya. Both of them lebih rapat dengan babah ..maybe sebab otak babah dia pun macam-macam ada..senang nak layan kot..hiks..

Ok..Merlin dah nak mulaa..jom layan. Panas kan malam2 lately ni? emm...

tata!

Thursday, March 22, 2012

..Lemau..



Rasa badan lemah lak. Main netball kejap tadi pun dah penat gila. Mata kiri rasa sakit especially kalau baring. Rasa macam ada benda kat hujung mata. Tengah baring ni..meleleh2 airmata keluar. Rasanya bukan sakit mata ni..tapi sakit dalam mata. Mata pun dah merah. Makan pun tak lalu. Rasa macam nak demam tapi tak boleh demam lah coz sabtu kena kerja.

Tak mahu demam...lawan!!

posted from Bloggeroid

Tuesday, March 20, 2012

..Album : Victoria, Australia..

Jom share beautiful moment ni bersama. Klick on picture ya. Kalau nak baca cerita..ada 1 post lepas entry ni. Enjoy!



Klik Album : Melbourne City
  
Klick Album : Healesville Sanctuary, Australia

Klick Album : Philips Island and Great Ocean Road.

Klick Album : Australia from my Enpon.

..Beautiful Memories - Victoria, Australia..

Assalamualaikum.

Hai guys..kabare? Em, menaip untuk share beautiful moment kat Australia minggu lepas..but tak tahu nak taip apa..terlalu byk untuk di kongsi. Percutian yang di rancang last minit. Tiket di beli pada hujung bulan Januari 2012. Dapat low fares..bersih RM1K sorang return. Kali ni, aku belanja tiket..konon2 as birthday present for all my Beloved Pieces - Mr.Abe, Danish and Dania. Perbelanjaan lain-lain Mr Abe la punya wang..tak mampu aku. Kita tunggu dia update blog travel untuk costing sebagai rujukan bersama. Mana tau kan? Rezeki u all pulak lepas ni.


Berlepas dari Malaysia jam 10.35 pm. Naik Airasia X lagi. Dah biasa dgn Airasia and rasanya dah cukup berbaloi dengan Airasia X ni. MAS aku survey dalam RM3K sorang g balik. Sampai di Airport Melbourne kul bape eh? dah tak ingat lak..hahahhaa. Tapi pengalaman kat Airport Australia adalah penin kepala. Sangat 'lurus'. Hampir 2 jam dalam tu untuk macam-macam checking termasuk lak check bag guna anjing. Adeh. Tapi tu kan prosedur mereka..just follow. Ramai orang cakap, Aussy susah nak bawak masuk makanan..tapi sebenarnya tak..Mr. Abe yang rajin itu, telah berjaya mencara fakta..dan makanan kami lepas dengan mudah. Alhamdulillah. Makanan dalam tin dan pack yang telah di sahkan OK oleh tempat masing2..adalah selamat untuk di bawa.


Mula menapak di Melbourne, perasaan aku biasa-biasa saja. Hampir sama dengan suasana negara Europe yang pernah aku lawat..so takde lah teruja sangat. Cuaca pula, mentari membahang tapi angin tak berhenti bertiup..so sejuk2 panas..OK lah mcm tu, aku suka daripada panas gila atau sejuk gila. Kita orang duduk Miami Hotel for 5 nights. Dekat dengan trams and kedai runcit..itu pilihan Abe setiap kali travel. So dalam City, memang guna Trams saja dengan beli MyKI ikut hari. Senang lah semuanya..cuma, mereka tak panctual macam Europe..ada delay about 5 minits. Cuma trams agak jarang nak sesak.City just like KL lah kan..ada Mall, ada kedai makan, ada University and ada mcm2 lah. Aku not in sangat dengan city..so, pengalaman dalam Melbourne City aku biasa je. Just Australian ni majmuk ..ada muka mat saleh, ada muka cina, ada muka india..kata Abe, mereka mengamalkan dasar buka pintu..so sapa2 nak migrate je Australian, di alu2kan. Orang Australia is friendly compare Europe. Australian never said 'Thank you' but they love to say 'Thank you very much' and they will say 'No Worries' instead of 'Welcome' if we said 'Thank you' to them. Staff kaunter pun friendly and suka senyum..nice! Tempat paling besh kat Melbourne City adalah..DFO - Direct Factory Outlet. Ahaks! Paling suka masuk outlet NIKE..gila! Tapi tak membeli sgt pun. Just beli seluar sukan Nike and pastu LEVIS pun murah..dan juga GUESS..gila heaven..tapi takde size. Nama pun Outlet..so size aku..payahnya nak cari..Grrrr..


St Kilda, Merlbourne Beach..cantik. Airnya sangat2 jernih and sejuk. Pantainya bersih. Danish and Dania dah mengelejat nak mandi..tapi aku tak bagi. Sejuk kot and mana la bawak baju nak mandi manda. Tengok sunset di St Kilda..superb! Kat situ juga ada peguin yang duduk dalam batu pada waktu malam. Dapat lah snap 2-3 ekor peguin. Mereka sangat COMEL Okek.


Keluar dari City, pencari wildlife and tengok nature di bumi Victoria sangat2 lah buat aku Jatuh Cinta dengan Australia. Pengalaman mendekati dan memegang Kangaroo..peluang berkenalan dengan Koala yang bersepah-sepah di tepi jalan, berjalan bersebelahan dengan peguin..Ya Allah..betul2 buat aku Happy sangat. Cuma pengalaman dengan peguin tak di benarkan langsung untuk di snap..agak menyedihkan. Aku cuba gak curi pic..tapi tak dapat sebab takut..ahahhaa. Peguin Australia adalah peguin terkecil and mereka sangat comel. Jalan terkedek2 dari laut..pulang ke sarang masing2..SubhanaAllah..amazing!


Philips Island and Great Ocean Road mempunyai laut yg sangat cantik. Laut membiru..huhuhu..rasanya ni 1st time aku tengok laut sebiru itu. Pantai bersih and cuaca dingin...membuatkan perjalanan sangat selesa. Abe sewa kereta for 2 days. Amik Camry..ohh..tidak lah best sgt Camry itu rupanya..hahahaa. Banyaknnya benda nak cerita..tapi susah nak gambar dengan kata-kata. Nanti layan gambar je la ya. Semoga gambar mengambarkan betapa aku HAPPY.

Victoria Market.
Dan tidak lupa..Victoria Market untuk beli jajan untuk orang2 tersayang. Walaupun namanya market..namun agak susah nak bargain atau sebenarnya, memang takleh nak bargain. Kat sana ada peniaga Indonesia..so cari saja mereka..dapat lah gratis barang sebiji dua. Malaysian pun ramai kat Australia..tak perlu risau jika tiba2 rasa takde kawan. Cuma aku takleh nak blah..bila ada Malaysian yang senyum pun tak mahu bila nampak kawan dr negara sendiri..balik la Malaysia lah wei..hahahaha. But mostly adalah bertegur sapa..hiks.

Ok la..nak cite lebih detail..kita tunggu Mr Abe update blog travel eh. Aku ni tau ikut jek..hiks...

And last but not least..ada dua lagi tempat yang aku idam nak pergi tapi lom pergi..iaitu MEKAH and USA. Aku tahu and ada gak yg dah perli2 aku..bila nak ke tempat 'wajib'. InsyaAllah..kalau tunaikan haji, alhamdulillah, simpanan dah cukup, cuma nama aku dan Abe akan di panggil bila usia kami mencecah 50 tahun nanti. Kalau umrah..insyaAllah..mmg itu impian aku sebelum Haji..doa2kan lah..semoga kami murah rezeki. InsyaAllah..amin.

See u later..tata!

Monday, March 12, 2012

..Jom p Melbourne..



Now aku ada kat LCCT untuk berlepas ke Melbourne, Australia. G bercuti ngn abe dan anak2. Flight Air Asia X lah apa lagi..ok la kan..dapat gak jln2. Akan berlepas jam 10.25 pm nanti. Abe kata, kat Aussy, takde wifi free kat hotel. So tak tau la dpt tak online nanti kat sana.

Perjalanan akan mengambil masa selama 8 jam. Macam biasa, 'rama2 dh masuk dlm perut'.Aku memang takut sket naik flight...uhuk.

Oklah..doakan kami selamat pergi dan balik. Oh ya..cuaca melbourne tak menentu. Now tgh autumn tp kadang2 sejuk..kdg tak. So packing attire agak kelam kabut. Aku pakai jaket biasa jek ni...klau sejuk? Beli baru lah..hak hak hak..

Ok..papai!

posted from Bloggeroid

Saturday, March 10, 2012

..JPO famili tour..

Hallu..dlm kereta menuju pontian, sepupu kawin. Tadi singgah JPO ngn famili. Semua adik beradik ngn ipar duai ada. So happening. Jom cite sambil tgk pic.


Ni mak ngn abah.


Abang dan kak zira dan juga anak adik. Ameera.


Ni adik bwh aku sham dan isterinya. Linda.


Adik bongsu aku.tak mau tgk kamera lak..katanya 'asal tak cakap nak p JPO..org tak bwk duit ni'. Hahhhaa


Anak2 buah aku dan anak2.


Celebrating birthday danish at Baskin Robin. Aunti ziranya belanja.


Tempat paling mengeletis aku nal masuk. NIKE outlet. Gila besh!


Running shoes for mak, abah and me. Belanja mak abah sempena bonus 1.0. Mak ngn abah mmg jog everyday. Gantikan kasut rm30 mereka.


My Vomero +5. Terkejut tgk harga. Retail RM519. Since vomero +6 dah kuar..harga kasut ni Rm139 jek. Hua hua..rembat je la. Ada singaporean tu ckp dia pakai kasut ni and sanhay best. Aku beli sbb Reebok aku dah nazak.


Birthday boy happy gila dpt jersi ori MU..


Ni benda yg tak dapat beli..Abe dh tak kasi..uhuk. Takpe...cuba lg lain hari.

Now dh ada kat Homestay kat Pontian. Mandi..pasti go to umah pegantin.

Tata!

posted from Bloggeroid

Thursday, March 08, 2012

..Selamat Hari Wanita..

Hari ni hari WANITA SEDUNIA..to all women out there..HAPPY WOMEN'S DAY ya. Apa sebenarnya Hari Wanita ni? Jom tanya cikGoogle.


International Women's Day (IWD), originally called International Working Women’s Day, is marked on March 8 every year. The first national Women's Day was observed on 28 February 1909 in the United States following a declaration by the Socialist Party of America.

Kerasnya hati mungkin kerana tiada tempat untuk di lembutkan..

Nak cakap pasai hati wanita aku..boleh? Tah la..sejak menginjak usia ni, terasa seperti hati wanita ni dah tak seperti wanita lagi. Semakin keras dan semakin tak kisah dengan definasi 'lembutnya hati seorang wanita'.
Apa yang hati seorang wanita mahu? Di sayangi, di belai dan di manja. 3 basic things kan? Sekarang aku macam dah tak kisah dah kalau 3 benda ni dah tak di perdulikan lagi. Aku membesar dalam famili yang semuanya lelaki..kecuali aku dan mak saja perempuan..namun masih di manjakan oleh abah. Berkahwin dengan seorang lelaki yang aku cintai yang juga adik-beradiknya semuanya lelaki. Aku kadang-kadang 'stuck' dengan diri aku sendiri. Ingin meluah rasa, bercerita dengan orang yang paling dekat dengan aku, tapi cara kami tak sama..pun kadang-kadang buat hati aku kecewa. Aku tak punya ramai teman rapat untuk berkongsi suka duka..atau aku mungkin tak mahu ada teman istimewa untuk bercerita kerana tak mahu cetus apa2 sengketa jika suatu hari nnt Allah takdirkan, kami bermasam muka. Dengan mak, aku masih simpan banyak rahsia..biarlah kan, tak baik susahkan orang tua. Aku just mahu mak dan abah gembira.

Apa yang aku buat dengan hati wanita aku ni? Keraskan selagi boleh..tabah hadapi apa jua rintangan..menangis sendiri jika tak mampu di seka lagi dan kalau betul2 dah sesak...duduk berteleku di tikar sejadah...berdoa dan terus berdoa wpun aku malu denganNya. Berdoa tapi aku sendiri tak pandai nak kawal hati...

Last not least...aku bersyukur dengan semua yang aku ada sekarang...Alhamdulillah...

Wednesday, March 07, 2012

..Apa guna Handphone (?)..



Benda dalam ni dah terkenal seluruh dunia..selaras dgn kemajuan dunia, benda ni semakin lama semakin senang nak di bawa..dan tidak di nafikan, ada org lebih suka mengadap benda ni drpd mengadap awek,balak,suami mahupun isteri masing-masing.

Jika dulu..benda ni hanya di gunakan untuk berkomunikasi secara audio dan text ringkas...tapi skrang benda ni dah boleh buat macam2. Sebab tu manusia lg suka nak mengadap benda ni. Betul? Ada org tak boleh hidup tanpa benda ni terutama yg berpangkat bos2. Kerja tu penting..tgh driving, opis call..wajib angkat, nnt bisnes tak jalan..takde alasan tak dgr or takde alasan tak perasan benda ni berbunyi.

Namun, adat dunia..di sebalik kebaikan pasti ada keburukan jika ada benda tertentu saja penting. Benda canggih ni kadang2 tak boleh nak sampaikan pesanan sepantas kilat jika tak mahu sampaikan.

Cth :
Waktu balik kerja adalah jam 5:15ptg..jika terasa ingin pulang lambat tapi tak ingin beritahu keluarga..benda yg penuh fungsi ni pun takde gunanya. Dah nak balik baru nak inform..tu pun entah pukul berapa. Pelikkan?

Dan kalau ada pulak yang jenis nak bercerita ada orang terdekat dan berkobar2 mendail tp dpt jawpan sakit hati..benda ni patut campak dlm kolam bagi ikan makan jek.

And nasib baik ada benda ni gak..so aku guna benda untuk taip cerita dia sendiri! Smartphone maaa..huh!!!!

Sunday, March 04, 2012

..Larian Fun Buah Pinggang..

Assalamualaikum. Happy Sunday. Em, nak update pasal World Kidney Fun Run 2012 kat Dataran Merdeka, KL. Pehal lak tiba2 join lari2 ni? Hikss..saja2 nak sesuka ikut kawan2. Aktivit keluarkan peluh mcm ni, aku boleh layan. Masuk pun yang Fun Run saja for 5KM. Pagi-pagi sesudah subuh berlepaslah ke Dataran Merdeka. Atas pengalaman lepas, aku pastikan, perut aku tak sakit and amik sedikit sarapan. 5.30 am Abe dah kejut..malasnya! 5.45 am baru aku bangun..hiks. Mengigil mandi pagi2 buta wpun pakai heater. Mencik lah!

Happy faces...seronok berhoohaa...

Larian bermula dalam jam 7.45 pagi tadi, lepas ramai-ramai mcm anak ayam. Memang la takleh laju..silap2 accident. So starting memang slow. Ada yang tak lari pun. Aku macam biasa, ikut kemampuan diri..tak push pun. Punya penat lari dalam 10minit, usher tu beritahu..lagi 4KM..hoi! terus aku down. Macam nak gila dh lari, baru 1KM ke..terus aku stop. Jalan2..ha ha ha.Strategi aku. Naik bukit wajib lari..kalau tak lari, memang naik bukit byk amik masa, turun bukit..pecuut laahh sbb rugi la tak guna kesempatan senang mcm ni kan? and kalau dah tak larat sangat..aku akan berjalan pada jalan landai...so still boleh jalan laju2. Aku dah aim, kalau dah sampai Tugu..maknanya dah dekat..so masa tu lah aku guna kudrat nak push diri. Masa lari ni, aku On Off dengan Masyura..hoii, stamina dia gila..lari non-stop cuma dia tak memecut. Dekat2 nak sampai, aku lari lebih sket and sampai around 8.13am and lepas tu di ikuti oleh Masyu. Aku memang lari suka-suka..tak tau kiri kanan ada sapa and tak tau lak orang sebelah ada percubaan nak saing ke tak ngan aku. Memang tak fikir.

Ini lah habuan selepas berhempas pulas 5KM. Pun aku tak kisah dapat apa. Sijil tu dah renyuk and medal tu, hikss..gantung je dlm bilik anak2. Zaman kumpul pingat dan piala dah berlalu. Sekarang sukan more to kesihatan dan seronok-seronok. Masa tak rasmi aku untuk Run ni : 5KM 33 minit.
Me and Masyu. Masa ni tengah tunggu kawan-kawan lain sampai..so posing dulu.  
Masa aktiviti lepas-lepas..kalau dah penat mcm ni, sure dah give up. Macam naik Kinabalu..lepas tu,rindu nak buat lagi. Tapi aku tak rasa lari ni passion aku..cuma, YES, badan terasa ringan..best sangat..tu kelebihan dan keseronokan buat aktiviti macam ni. Alhamdulillah, setakat petang ni, fizikal aku OK lagi..tak penat sangat. TAPI, kasut aku aku dah nazak..huaaaa...Masih ada lagi kah larian aku lepas ni? ;)

EH, nak tengok la pic kita orang? Klick sini : Kidney Fun Run 2012

Thursday, March 01, 2012

..Apa dah jadi..

Nak taip laju2. Tiba2 jadi malas nak update blog. Nape eh? Emm...nak cite apa ni? Jom cite berdasarkan gambar.

measure KM using Android Apps.

Hari ni aku lari lagi. Mencari 5KM. Nak cari best time dan nak tengok badan leh g jauh mana lari tanpa stop. Ni kali ke 4 ke 5 tah aku lari 5KM selepas stadium dan putrajaya. Stadium dan Putrajaya jalan agak landai and masa mula2 dulu..aku dapat 45minit for 5KM kat stadium and kat Putrajaya 40 minit. Hari ni, dengan laluan mcm-mcm ada..landai, daki bukit, naik tangga and turun bukit, aku dapat 5KM = 35minit. Hahaha..ada peningkatan. Tu pun aku ada gak lenggang mak limah. Seriusly, aku tak leh push badan lari direct after 3KM. Memang 3KM je aku leh lari direct..lps tu, jadi mak limah la dlm 2-3 minit. Hiks..Kenapa nak sangat kejar masa ni? emm..saja je. Sebagai motivasi diri..kalau setakat nak lari2 biasa..cukup la pusing stadium 2-3 round kasi peluh. Tapi aku rasa, aku memang tak boleh jog hari2. Seminggu sekali OK. Lagipun jog ni kasut kena betul..track kena betul..step pun kena betul..kalau tak, makan diri. Lutut nak pakai lama OKEK. Ngeee...
Sukat kalori guna Android Apps
Punyalah rasa badan dah naik...tapi bila ukur guna Apps android..rupanya aku kena tambah lg kalori. Hiks. Betul la tu..berat ideal aku adalah 51kg sebenarnya. Tapi tak sanggup kot nak cecah 50KG..nanti apapun tak boleh. Ada je yg tegur badan aku dah naik..em, mmg betul pun. Seluar pun dah ketat. Sebab tu terpaksa gak workout.

Asics is the best running shoes?
Kasut reebok aku dah ternganga balik lepas gam ari tu. Ni semua gara-gara main futsall dalam hujan la ni. Aku dah hantar gam dan semlm nganga balik. Biasanya aku g beli baru jek..tapi sebab dah makin tua ni, dah pandai pujuk diiri jangan membazir. Google 'Best Running Shoes'..terjumpa web ni : Best Running Shoes. Asics, Brooks and Nike tersenarai 3 terbaik..tapi ada jenis lah..sila la klick web itu. Aku tak tau lak Brooks tu antara jenama terbaik..before this more to Reebok and NIKE. Mungkin sebab brand ni hidangkan pilihan fesyen yang menarik KOT. Em..perlu ke kasut baru? ada sapa2 nak banje? ngee..and sebab nak gam kasut..gam gajah dah makan jari aku..melekat tak mau tanggal. Dah la bau gam tu memedihkan mata. Meleleh airmata..pedih! Camno nak ilangkan gam kat jari ni..help!

Aku sebenarnya tengah susah hati ni..document yang aku kena buat tak boleh nak buat sebab aku tak dapat bahan2 yang patut aku dapat. Sedey okek. Dateline dah dekat...emm..

OK la..nak tdo..papai!






Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!