Monday, January 31, 2011

..Blank..


Ada kat rumah ni..amik 1/2 day petang sebab tiba2 rasa sakit kepala. Tak sakit sangat..tapi rasa macam tak boleh nak berfikir. Tiba-tiba kepala rasa SEMAK sesangat.

Pagi tadi dah stuck lama gak kat ABIM..tu 1 hal dah buat aku LEMAU. Sampai opis dah 8.10 am. Tiba-tiba kepala teringat KPI this year. Rasa menyampah pun ada..KPI susah gila..imbuhannya tah apa-apa. Aku tahu..kerja siap and jalan, ME dlm tangan. Kalau buat sampai dpt SE pun, sure kena CARAS. Stupid! Aku dah bosan dgn birokrasi..Gaji naik tak sampai RM100..dpt lak surat INCOME TAX PCB nak tolok separuh drpd kenaikan tu. TAH APA2!

Pergi sekolah Danish, tgk dia org tgh bersukan. Aik! Kan HUJAN ni..apa kes? Ntah! tiba2 rasa mcm LANTAK lah..pandai2 la cikgu nak handle. Terus ke Koperasi. Danish dah minta buku teks SAINS dia..ye lah, dah sebulan sekolah..tapi buku takde gak. Kat kedai buku pun takde. Emm..nk fikir LANTAK gak ke? Nak p malam kang..abe lak takde dua hari sebab outstation ke Paka. Aku photostat je kang baru tau.

Kul 12 PM, g TAPAU nasi kat foodcourt, terus balik rumah. Send email to Puan - Minta 1/2 day petang. Layan Surga Untukmu sambil makan nasi. Ni rasa nak tdo..tapi kang, terlajak lak..terus lupa anak-anak.

S.E.R.A.B.U.T lahhh....

Friday, January 28, 2011

..Gurindam Baby-G..

G-Shock pun besh..


Ibu nak jam baby-G,
tapi babah tak bagi,
ibu kata ibu guna duit sendiri,
babah kata babah tak bagi,
ibu nak jam BABY-G,
tapi babah still tak bagi beli,
Alaaa..tak lena la tido ibu mlm ni...


..Teruja..

Happy Go Lucky Girl .. Nia Mimi.

Ini kisah si Nia Mimi. Banyak mulut mcm mak nenek. Dah pandai Lawyer buruk dan paling buat aku teruja and tak berapa nak sangka sebab pada aku, Nia tak secekap otak abang dia. Kalau abang dia dah kenal ABC seawal umur 3 tahun, Nia baru saja boleh kenal huruf ketika berumur 4 tahun setengah. Tapi agak cepat dlm angka..sama mcm abang dia. Nia tak boleh di ajar secara formal..lambat sikit dia nak menangkap. So sambil sembang2 ..ajar la dia. InsyaAllah, dia ingat. Sekarang umur dia dah 5 tahun. Dah tadika. Dulu Danish masa umur 5 tahun 3 bulan, dia dah boleh membaca. Now aku tunggu gilaran Nia. Aku bukan lah nak suruh dia terra mcm babah dia (terra ke? uhuk!). Cuma aku nak anak2 boleh membaca dan mengira. Itu basic kehidupan..kan?
Eh..apa yang teruja nya? Teruja bila Nia dah pandai  :

a) bunyikan huruf2 vokal
b) dah hafal beberapa surah lazim
c) boleh berzikir dan bernasyid
d) tahu sikit sebanyak tentang dosa dan pahala.

Terus berdoa dan berusaha supaya anak-anak menjadi insan yang berguna kepada semua. Amin.



..Jual Kasi Habis..


Hai .. sila lawat my COACH blog at http://cuttheprize.blogspot.com/ for Clearance SALE. Harga tak menyesal punya lah. ;)

Thursday, January 27, 2011

..Kufur (?)..

Hari Termenung Sedunia..

Senyum..tak perlu kata apa-apa..Senyum. Hak hak hak. Emmm..apa lagi daya yang ada? Memang ini rezeki yg ada..tapi mana keadilannya? Fikir lah sendiri..

Angka keramat hari ini : 2.0 dan 3.75%.. ;)

Wednesday, January 26, 2011

..Six Pack..

Ini Bukan Perut saya..ini perut orang.. ;b
Six pack saya dah hilang..ho ho ho. Sejak keluar daripada masalah hidup ni, selera makan aku makin bertambah-tambah dan menjadi. Kerja aku asyik nak..makan..makan..makan. Sarapan compem dgn nasi lemak lauk ayam, lunch kalau dah tahap kebulur, compem la amik nasi dan malam..so far nasi jugak. Kalau aku miss 3 meal ni, badan aku jadi 'weng'. Sebabnyaaaaa...aku 'low blood'.

Agak kerisauan apabila melihat 'six pack' itu hilang. Berat dah naik daripada 43kg ke 45kg. Memang tak banyak tapi sangat terasa ke'seeh'annyaa. Apa nak buat ni? Aku ngaku...aku dah lama tak exercise. Sangat lah malas untuk keluarkan peluh. Camno ni..perlu diet lagi? Mau pengsan kan sbb masalah dgn tekanan darah ...

OK...jom baca sini.. :
How Women Can Gets Six Pack Abs


..Menabung..

Alhamdulillah..selepas gaji bulan Disember 2010 masuk pada 11hb Disember, hari ni, gaji bulan Januari 2011 pun terbit dalam akaun bank masing2. Hilang sesak? Hilang semput? Syukur kan? So far, alhamdulillah, rezeki aku dan keluarga tak pernah putus cuma bila terdengar kawan2 yang kekeringan..turut simpati..tapi hari ni? Tak kan semua nak enjoy kot?? Jangan lupa hari depan ya kawan-kawan. Diri sendiri pun sama..sentiasa beringat dan Alhamdulillah, punya suami yang sentiasa beringat tentang masa depan dan sampai kadang-kadang aku tanya 'Simpan duit byk2 ni nak bawak kemana?' hek hek hek..

Sebelum tu, aku terbaca tentang Rakyat Malaysia Malas Menabung.
  • Hanya 39% rakyat Malaysia menabung.
  • 28% sahaja merangka bajet bulanan dan mematuhinya.
  • 21% membayangkan tabungan mereka hanya mampu bertahan untuk empat minggu saja.
  • 37% bimbang mengenai kedudukan kewangan mereka.
OK..kenapa menyimpan? macam mana nak menyimpan? Tak perlu lah kot nak hurai satu persatu kat sini kan? Kalau google, sure banyak kat dalam perut cikGoogle tu..tinggal nak gali saja. Baca lah..jangan malas.


2 tahun gak tabung ni nak penuh..
 Teringat kisah sendiri ketika bujang dulu. Dengan gaji tak seberapa dan tak punya kereta, alhamdulillah, aku boleh simpan separuh daripada gaji aku. Alaaa.....rahsia2 pulak..masa tu..10 tahun lepas, gaji aku RM1350 jek..ngeee..ye la, budak Dip jek..ni je la habuanya. Tapi sebab aku bukan jenis 'gebang' luar..dapat la menyimpan.

Selepas 10 tahun bekerja..walaupun tak banyak, syukur..aku ada simpanan sendiri dan dapat tolong mak abah, adik beradik dan kawan-kawan yang memerlukan. Pinjaman tanpa interest..baik tak? Hahahha..cuma masalah aku...dah kasi pinjam...aku segan nak minta balik dengan harapan..duit di pulangkan dengan seikhlas hati sebagaimana ikhlasnya aku nak tolong. Ho ho ho..ikhlas ke kalau tulis mcm ni? Hahhaa..insyaAllah. Cuma kadang-kadang bila suami yang tanya..'dah dapat duit balik?' heeeeeeee..part ni yang aku gagal sket. Sengeh je la..uhuk.

Tahun ni, aku pejam mata, korbankan lagi 1/5 daripada gaji aku dengan melabur. Tak mula..memang tak jadi kan? Simpan duit bukan nak jadi jutawan..tapi untuk masa depan. Walaupun semua urusan anak, suami dah uruskan tanpa usik sesen pun duit aku..kena la juga beringat untuk diri sendiri..Aku nak sangat cuba meniaga. Now dah jual Authentic COACH bag secara online..modal dari suami la..hee.skrang tgh tekad nk join kawan lak..and kena pejam mata untuk modal lagi..ho ho ho..

Satu benda yang wajib buat ialah Haji jika mampu. Alhamdulillah..aku dan suami dah register Haji. Bila dapat p? hahaha..umur 52 tahun nanti. Ho ho ho..Suka dengar ada kawan-kawan yang masih muda dah mampu beli rumah sendiri, ada kereta sendiri dan punya simpanan yang banyak dalam bank. Respect pada yang beringat..Tabik spring..toink toink..


Yay! Berjaya tidak meng'swap' kad kedit selama hampir 2 bulan..
Aku tahu..'Lain padang, lain belalang' kan? lain orang..lain la rezeki dan nasibnya. Tapi Allah dah janji, Dia tak kan sia2 hambaNya yang sentiasa berusaha ..betul tak?? Cuma aku terfikir....KALAU lah nasib aku tak baik nanti..ada yg tak sudi menghulur simpati...

..Kongsi..

Motivasi pagi IKIM.fm tadi kata :

'Berkongsilah kegembiraan kerana ianya akan buat orang lain gembira dan berkongsilah kesedihan kerana ianya dapat mengurangkan kedukaan'

Sangat subjektif kan? Mcm omputih kata 'Sharing is Caring'.

Tapi...

Kadang-kadang, kita cuba kongsi kegembiraan...orang akan kata - 'menunjuk' dan kadang-kadang kita cuba kongsi kesedihan - orang akan kata - 'lemah'.

tersirat sungguh ni.. ;)



Jadi..aku masih berpegang pada :

'Utamakan lah, pandangan Allah daripada pandangan manusia'

Apa kena mengena? Maksudnyaa...apa pun..mengadu lah pada DIA..

Tuesday, January 25, 2011

..Mood Lari..


Kami Hanya Menumpang Teduh?

Kami Perlu Sembunyi untuk bersuara?

Kami serahkan tempat berlindung kalau ianya tak mampu menampung..

Kecewa ni..takde words lain selain daripa KECEWA GILER! Kenapa? Isu dah lama dan dah makan tahun pun. Entah! Apa nak jadi pun tak tahu. Nak cakap lebih2..kang ada yang kena buang kerja. Update blog time kerja..agak2, KPI kena tolak tak?

KPI? Blah laaa.. (mrh ni..lantak la). Isu berada di bawah 1 bumbung tapi lain mak lain pak ni dah BASI sepatutnya. Aku tak marah pada 'bapak tiri' tapi aku sangat2 marah pada 'bapak kandung' sendiri. 'Bapak tiri' tolong dah lama..naik lemak la 'Bapak kandung'. Kalau nak salahkan 'saudara tiri' yang ada kat sini..lagi la macam hampeh. Orang kasi imbuhan..tak kan dia orang nak tolak pulak...bebal la tu namanya..kan?

Dah 10 tahun aku kat sini..wpun lain pak lain mak..tak penah rasa seteruk 3 tahun kebelakangan ni. Dulu memang tak untung..tapi idak lah rugi sampai mcm ni. Alih2..anak2 kandung jadi mangsa..Aku betul2 tak puas hati ni..kerja sama-sama..tapi habuan lain2..beza banyak gila lak tu..kenapa kita org yang jadi mangsa?

Aku nak bagi 1 situasi.
'Mak nak kau sambung belajar kat U tut..sebab dia ada sijil QE..dia ada award macam2'.. argghh..stresss ni..logik tak? Aku tak tau la strategi apa yang dia org guna..tp fikir laaaaaaa..kita bukannya badan/sykt yang hendak di megahkan dengan award..kecuali la award tu dari college2..huaaaaa..tolong laa..
Apa yang aku merepek ni? Eeeeeeeee..gerammmm!!!! Bukan tak bersyukur..tapi TAK ACI laaaaaaa..mangsa betul laa..

Tengok ni..adil tak?

Anak kandung : ME - 2.0  bulan gaji
Anak tiri          : ME - 3.25bulan gaji

1 bumbung..1 tugas...eeeee..eeeeee..tak leh nak handle ni...

Sudahh!! Saya sgt marah..kenaikan entah berapa..Hampeh.com

..Terbakar..

Ini Bukan Saya..ini orang lain.. ;b
Terbakar dan mengelupas..itu la keadaan kulit muka ini sekarang. Aku yang sememangnya jenis tak putih ni, makin tak putih la jadinya. Bukan nak kisah sangat sebab kulit makin hitam..tapi sebab ianya mengelupas dan perit..adalah tidak selesa. Adeh..

Petua Putihkan Muka
Ambil setengah cawan susu tepung dan campurkan dgn 2 setengah sudu teh air bersih. Gaul sehingga sebati. Pupurkan ke muka selama 5 - 10 minit. Kemudian bilas dgn air bersih. Amalkan dgn 2 - 3 kali seminggu. Insya-Allah wajah akan nampak lebih putih dan bersih. Selamat mencuba.

Petua ni dari petuamelayu.com - nak buat? takde maknanya..saja je tepek kot2 ada yang nak putihkan diri..heeee...

Monday, January 24, 2011

..Royal Belum Rainforest..


Arghh!! Gigih ni memaksa diri utk bercerita tentang XPDC Royal Belum Rainforest pada 20 - 23hb Januari yang lepas. Kepala masih ting tong dan beroleng-oleng. Siapa yg suka blogging..compem faham kan perasaan kalau takde mood nak berblogging? Perah..kerah..sure tak tertaip..OKek..Okek..amik mood..pejam mata..bayangkan peristiwa sambil menaip? Wah..boleh kah? Hahahaha.. Opss..lagi 1 yang buat tak berapa nak ada mood ni sebab..takde gambar sangat sebab tak bawak kamera. Nak bwk SLR, kena bayar permit and limit untuk beberapa orang jek..nak bawak compact kamera kepunyaan Dania..babahnya tinggal la benda itu di opisnya..

Klik sini untuk Album BELUM

20hb Januari 2011.
Tepat jam 10 malam, aku dah terpacak di lokasi yang di janjikan dan Aik!! Takde orang pun..bas pun tarak..dah kena tinggal ke ni? Abe lak jawab..biasa la kan, janji melayu. Yeah! Kena sebijik. So tunggu punya tunggu..sket sket ahli datang dan bas pun sampai jam 10.30 mlm. Sumbat bag dlm bonet bas..agih2 t-shirt and posing-posing..11.35 pm - BERLEPAS. Perjalanan yang asyik-asyik berhenti ni mengambil masa selama 6 setengah jam lah jugak untuk sampai ke destinasi. Berhentian di R&R Rawang selama 30 minit untuk minum-minum...jalan lagi..berhenti pulak di R&R Tapah untuk 'membuang' apa2 yang patut dan siapa2 nak berasap, time ni la jugak tapi tak lama la..dalam 15minit. Jalan lagi..dengan kesejukan yang amat sangat, aku dah berbungkus dlm sleeping bag. Sampai R&R Kuala Kangsar..berhenti lagi. Adeh! Penin kepala. Ye la, baru nak lena..stop. Kat sini 30 minum dia org p ngeteh lak. Aku yang dok bas dengan geng perempuan lain..naik beku dah. Masa ni masing-masing di beri ubat anti - malaria. Opss..masa ni dah masuk 21hb la kan? Sebab dah pagi. Sampai di Masjid Gerik adalah pada jam 5.00 am. Solat subuh berjemaah..hamekk..1 surah 1 rakaat dan siap kena sujud sejadah lagi. Heee...

21hb Januari 2011
Selesai solat subuh, terus mencari sarapan. Dapat la makan nasi lemak sambal ayam + sambal ikan bilis. Sedap siot nasi lemak kat situ. Lemak gilosss. Syiok2. Lepas perut kenyang..terus ke jeti. Pukul berapa ek masa tu? Aiseyy..lupa pulak nak tengok jam. Rasanya pukul 9. Aku, Iena, Natte, Lin, Eyda and Iskandar naik 1 boat. Neno neno (sila buat mcm bunyi ambulans) takde mood nak taip..aci tak buat dlm point jek?
- Masuk dalam pondok (bayangkan seperti rumah panjang)
- Letak barang-barang
isk, tak best lak..haaaa..terus ke aktiviti la senang kan?

Ini lah BA - hukum pakainya adalah WAJIB

Water Confidence (WC).
Anda di minta berkumpul di jeti and semua orang adalah wajib memakai BA. BA tu apa kawan2? Ya..BA itu adalah Bantuan Apungan a.k.a  Life jaket. Kenapa kena buat WC? Kerana...anda semua hidup di kelilingi air yang dalamnya adalah 50 Meter. Semua orang DI WAJIB kan terjun ke dalam tasik. Ho ho ho..aku memang tak penah confidence dengan air..tapi? tak kan tak mau buat lak. Cekal kan hati..berdiri tepi pelantar..pusing kan badan ke belakang, depa kan tangan dannnnnn gedebushhh!! Yay!! hahaha..takut sebenarnya, tapi buat2 tak takut..lepas semua dah terjun..buat bulatan dalam air dan amik gambar. Besh pulak rasanya. Oh ya..selain BA, wajib juga memakai stokin. Kenapa? Sebab kaki ada reflection yang menarik alam misteri di bawah sana. Tapi kan..korang pernah dgr cite dogeng yang tak betul yang orang selalu canang? Ikan Toman sebesar van, keta dan lori serta memakan orang adalah tipu saja. Takde sejarah lagi, ikan Toman telan orang di situ..ngeh nggeh ngeh..

Rentas Tasik Dengan Tali
Adehh..ni lagi 1 benda yang buat aku cuak. Aku adalah tidak pandai berenang. Maka aktiviti dlm air adalah sangat horror. Pulau ke pulau sejauh 50M (kot). Berpaut pada tali dan terus ke seberang. Still lucky coz ada BA, so kena la gagahkan diri terkuak-kuak untuk sampai ke seberang. Macam biasa lah, cik Kenet la yang membantu sebab dia memang hantu air.

Jungle Tracking
Uhuk! Dari air, terus ke darat. Sekali pandang..memang betul2 seram. Hutan dara katanya. Aku yang penakut dengan pacat mula la tak keruan. Sepanjang perjalanan, mata aku asyik ke bawah je sebab cari pacat supaya tak naik atas kaki. Sorry ya kawan-kawan, saya memang penakut dengan pacat. Geli seh! 1st time tgk pacat mula memanjat kawan, aku dah mengelabah. Depan aku, kawan control jalan sambil memberitahu aku di mana pacat berada. Hahaha..terima kasih Lin. Hampir sejam merentas hutan dan sebab ketakutan, takde apa pun aku belajar pasai hutan dalam tu. Bila stop jek, aku mengelejat sebab takut pacat.Sampai di pondok semula, aku minta tolong kawan tgk kan kaki . Terkena juga lah. 2 ekor terselit di stokin dan 1 sedang sibuk mengisap darah. Ho ho ho..meleleh air mata aku minta tolong kawan2 dan dia orang lak, siap takut2 kan..


Twit! Panjang ni..tak besh kan baca blog panjang2..so jom ringkaskan tanpa ikut date. Heee.. selain jungle tracking, kita orang masuk lagi hutan pada hari kedua untuk melihat Raflesia. Nasib tak baik..bunga itu sudah layu. Dah la kena panjat bukit..sedih rasanya. Sekali lagi masuk hutan adalah untuk meninjau habitat liar. Bernasib baik tak bertemu dgn haiwan2..mereka hanya meninggalkan tapak saja. Antara tapak yang di jumpai, tapak Kijang, Selandang dan juga Ba alif Ba Ya.

Okek..aku dah tak tahan mengantuk ni..nanti la sambung..eh jap..ada 1 cite besh nak share.

Ini lah pondok itu..ho ho ho.. :b
Malam pertama, 4 drpd 7 orang geng perempuan denger bunyi 'org' berjalan di dalam pondok selepas lampu di padamkan. Lebih kurang jam 3 pagi. Aku yang dah di buai mimpi memang tak dengar apa. Sekali nak jadi cerita..malam kedua, aku dan kak Ina pula yang kena. Bayang kan..dlm kegelapan, kedengaran derapan kaki yang hanya sejengkal dari tapak kaki sendiri, berjalan dan tiba-tiba bau wangi singgah di hidung. Hooo..compem laaa tak leh lena. Aku tak henti baca Ayat Kursi dan berpeluh 1 badan. Huhuhu..seram seh!
Memang lawa gila air terjun ni...

Sambung sket lagi..aktiviti yang kita org buat kat sana adalah kayak. 1st time berkayak ni..seronok juga. Ada yang memancing tapi tak dapat2 ikan. Emm..makan mlm kedua..ada BBQ ikan Seberau..terjun di air terjun yang sejuk dan dalam adalah jugak sangat syiok..

Habis daaaa...kesimpulannya..Boleh la tahan sebab tak semua org ada peluang nak ke Royal Belum Rainforest kerana perlukan permit dan MAHAL..hak hak hak..

..Saya Sakit Perut..

Tet! Menantuk gila ni. Balik dari XPDC Royal Belum malam tadi adalah sampai ke UNITEN pada jam 11 malam dan terus menjadi ibu semula. Iron baju anak2 dan suami kerana ISNIN adalah hari BERKERJA dan selepas 3 hari 3 malam berpoya2 ( ye ke?) ...rutin hidup kembali kepada biasa. Alhamdulillah, wpun letih (tak pun sebenarnya) masih dapat ke opis hari ni. EL? MC? hek hek hek..tak kot. Kalau nantuk sangat..jap lagi letak kepala jap kat meja opis ni..opismate pun tarak ni..yay! Dan ari ni, sarapan pagi adalah bersama ateng and uya..yg lain ada hal masing2. Aku kena makan..wajib makan tak kira di mana jua aku berada..

Dan apa kena mengena dgn SAYA SAKIT PERUT? huhuu..pagi dah selamat ke 'bank' dan selepas sarapan, kembali memulas tetapi malasnya nak bangun. Jap lagi aahh..taip blog dulu. Sebelum aku cite XPCD ke Royal Belum Rainforest..nak share something pasai topik yang aku dengar pagi tadi kat Hot.fm.

'BLOGGER UNTUNG 1 JUTA'
(yeah..kasi beso and bold sket..hek hek hek).


Copyright : redmummy.com
(pinjam ya redmummy..lps ni compem aku jadi follower)
Oho..teruja lak dengar.Ada ek blogger leh dpt duit sampai mcm tu? and tuan blog pun dah masuk paper..main page lagi. Blog apa? Meh aku share sesama. Redmummy nama di beri. Tapi blogspot dia dah tak aktif..dah pakai domain sendiri. Cari lah kat google. Aku tak sempat lagi belayar kat blog tu..and sekali browse, blog RM mcm blog orang lain. Cerita kehidupan seharian dan share tips2 apa2 yang patut..tapi boleh buat duit..lumayan kan?

Copyright : Hanis Zalikha Blog.
(Lawa gila cutting..sekali pandang mcm Sazzy Falak..pinjam ya Hanis..I follow you!)
Blog ke dua yg di sebut2 adalah blog : Hanis Zalikha. Kata si fafau hot.fm, ini blog seorang gadis yg berusia 25 tahun and tiba2 aku terdetik 'Hello fafau...kalau aku org biasa tak kenal Hanis ni logik gak..tp kawan2 yg perkenalan blog ni, katanya, dia org industri hiburan jugak..tak kenal kah?' hek hek hek..logik tak kalau fafau tak kenal dia? Sbb mula2 org kata si Hanis lebih glemer dr Siti Nurhaliza sbb menjd pemblogger yg paling famous..aku ingatkan, dia memang glemer..tp fafau pun mcm tak kenal..maka..Siti Nurhaliza adalah lagi glemer lah kan? Heee...but pendapat aku, Hanis Zalikha memang Cute and humble wpun ada ramaiiiiiiiii pengikut..lawa seh body dia..

Teringat blog lama aku..kisah seharian yg aku share..adalah menjadi bahan 'gurau senda' orang, padahal..aku tak kacau orang pun..and bila review statistik, not bad lah. Tapi..tak penah pun dpt bayaran dari Nuffnang..hahha..itu maknanya..Jgn Perasaan! akekeke...Takpe..aku tulis blog sbb aku suka menaip and berkongsi cerita..bak kata sorang caller Hot.fm tadi..'Biarlah org nak cerita apa pun..take as a lesson'..emm..Bagus..sangat positive.. Good girl.. ;)

Okek..perut makin sakit..saya mahu ke WC (acehh..mood Europe sudah mai..jeng jeng jeng)

Wednesday, January 19, 2011

..XPDC B.E.L.U.M..

Royal Belum Rainforest
Apa yang BELUM? Belum pergi? Belum ready? Hee..sok malam, aku ngn Kelab Kilat UNI10 seramai 26 orang akan bertolak ke Royal Belum Rainforest. Em..aku BELUM ready apa pun..and yang paling Belum ready ialah nak hadapi 'Water Confidence' dan jeng jeng jeng..P.A.C.A.T. Ahaks! Aku ni dengan air penakut sket dan dgn pak cat..penakut banyak..heee. Tapi sebab suka xtiviti mcm ni..kuat kan lah hati. And aku BELUM ready nak hadapi sejuk dlm bas nanti...dari kul 10 pm sampai 5.30am..adeh! Since lom g lagi..so BELUM ada cerita la mcm mana keadaan kat sana...kalau panjang umur..balik nanti..aku story. SeBELUM tu..jom tgk apa xtiviti yang kami akan buat nanti...

1.      TENTATIF PROGRAM (3 hari 2 malam)
Hari Pertama :
10.00 malam    :          Bertolak dari UNITEN
07.00 pagi       :          Tiba di Jeti Awam Pulau Banding
            08.00 pagi       :          Taklimat keselamatan dan Peraturan
           08.30 pagi        :          persiapan diri dan minum pagi
           10.00 pagi        :          Sesi suaikenal
                                              Water Confidence
                                              Jungle Tracking
             12.00 tgh           :       Lunch
                                              Kayak
                                              Minum ptg
             07.00 malam     :       Bersolat Maghrib, makan malam dan solat isyak
             09.00 malam     :       Ceramah Jabatan Dan Konservasi Hidupan Liar
             10.00 malam     :       tayangan Video dan taklimat Lawatan
            
            
                    Hari kedua :

             06.00 pagi       :          Solat Subuh ,Senaman dan Riadah
08.00 pagi        :          Sarapan Pagi dan persiapan diri
            09.00 pagi        :          Lawatan ke Sira Gajah,waterfall  dan Rafflesia
                                               Lunch                          
            03.30 ptg         :          Solat Jama’,Persiapan Diri dan Minum Petang
            05.00 ptg         :          Kayak
             07.00 ptg        :          Persiapan Diri,Solat Jama’ dan BBQ
             09.00 malam   :          LDK – Permainan Konservasi

      Hari ketiga :

                          06.00 pagi      :          Solat Subuh ,Senaman dan Riadah
08.00 pagi        :          Sarapan Pagi dan persiapan diri
            09.00 pagi        :          Gotong Royong
           10.00 pagi         :          Majlis Penutup di Kem
           11.00 pagi         :          Bergerak ke Jeti Awam
            11.30 pagi        :          Lawatan ringkas ke Stesen Janaletrik BERSIA
                          1.00 pm         :           Bertolak balik ke UNITEN



dan kena bawak :

SENARAI PERALATAN PERIBADI
PAKAIAN
M     Baju –T
- secukupnya untuk aktiviti rekreasi  & keperluan  harian untuk 3 hari.
M     Seluar Trak
- secukupnya untuk aktiviti rekreasi &  keperluan harian untuk 3 hari.
M     Kasut sukan
- (2 pasang) digalakkan membawa kasut getah untuk aktiviti outdoor.
M     Kasut slipper
- kegunaan eribadi.
      PERALATAN MANDI
M     Tuala dan kain basahan.
M     Lain-lain yang difikirkan erlu.
      PAKAIAN SEMBAHYANG
M     Kain pelekat.
( Lelaki )
M     Baju Melayu.
( Lelaki )
M     Kaintelekong
( Perempuan )
    UBAT
M     Ubat peribadi yang dibenarkan doktor.
M     First aid peribadi.
M     Minyakangin.
M     Handyplast.
- digalakkan  bawa lebih
LAIN – LAIN KEPERLUAN
M      Kain Selimut
M     Lampu suluh
M      Makanan sampingan
M      Alat tulis / buku catatan
M     DLL. Keperluan peribadi lain.

 Eh! Ubat Anti Malaria BELUM dapat lagi..ayokkkk!!

To Mr Abe, terima kasih izinkan Za pergi dan Thanks tolongkan anak-anak. Thanks a lot...

..IKIM.fm..



Assalamualaikum.. pagi-pagi dah menulis ni.Bukan apa..nak tulis something yg aku dengar di Motivasi Pagi IKIM.fm pagi tadi. Tajuk? Tak sure..and aku pun sejak dah tak berapa nak muda ni..boleh masuk dlm kepala, tapi susah nak terjemahkan semula. Emm..something like :

'Pahatkan keburukan di atas pasir, supaya apabila angin lalu..semua keburukan akan berlalu pergi. Pahatkan kebaikan di atas batu, supaya kebaikan itu akan terus kekal selamanya. Membiarkan keburukan pergi dan mengingati kebaikan adalah kunci kepada ketenangan jiwa.'

DJ pagi yang bila bercakap..mcm sentiasa tersenyum..
Alhamdulillah..aku mula beralih ke IKIM.fm sejak bulan Oktober 2010. Setiap pagi, seawal jam 7.30 pagi, kita akan di sajikan dengan motivasi yang cukup cukup menenangkan diri sendiri. Positif. Itu yang aku perolehi. Kadang-kadang time hantar anak 7.30 am tu, dengan kereta yg bertali arus dan anak2 yang tak tahu apa perangainya pada waktu pagi..siaran ni betul2 buat aku tenang. Alhamdulillah.

DJ Bahasa Arab..Melayu? Aiseyy..ckp sebijik Mek Arab daa..
Malam-malam, kalau keluar makan, aku sekeluarga suka layan 'Belajar Bahasa Arab'. Haha..masing2 nak tunjuk skill which is mr.abe alwiz the best la. Danish yang baru merangkak belajar bahasa Al-Qurang ni memang suka bertanya dan aku akan jadi bahan perli sebab aku amik Arab Komunikasi sampai tingkatan 5 ..tapi? Hampeh..apa pun tak tau..hahahha. Abe lak..belajar arab dari darjah 1 sampai form 3 dan sambung semula semasa di IUPUI..emm..logik lah dia paling terra kan?

Kepada yang drive pagi tu..aku sarankan..tune la ke 91.5 at least utk dengar Motivasi Pagi..insyaAllah, kalau masa nak p kerja tu hati tgh membengkak..insyaAllah..akan surut..tenang..dengar lah.. :)

Aku ada azam..bukan azam 2011..tapi ni azam diri sendiri.

'Tet tet tet' OK..azam dah simpan dalam hati..hak hak hak..

Cuma aku berharap..kalau aku berkawan dengan siapa saja..tak de siapa yang akan ungkit cite lama..aku tahu..semua org buat silap termasuk aku. So, kenang kebaikan..lupakan keburukan. InsyaAllah..Amin!







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!