Thursday, January 31, 2013

.. Tidur itu nikmat ..

Alhamdulillah..pagi tadi, di beri ruang untuk aku merehatkan diri. Lepas semak2 jadual..pagi tadi tak de online event. Hantar sms pada bos..amik 1/2 day pagi. Lepas hantar anak..g tapau nasi goreng .. balik umah, tukar baju..terus ZzzZzz. Makan biar ke tepi dulu. Rasa OK sket badan lepas dpt ganti tidur. Kat sana, kul 6 pagi dh terang benderang..bangun kul 6 pun dh kira lambat.



Cantikkan ciptaan Allah yang 1 ni. MATAHARI. Setiap pagi..ni la kerja aku. Nampak je sunrise yang cuns gila..aku cuba snap wpun tengah drive. Kalau lah boleh stop driving and amik pic sunrise ni setiap pagi..bahagianya rasa. Matahari, pokok dan awan..3 objek yang aku sgt suka nak snap.

Esok dah Jumaat..cepat betul masa berlalu. Semoga hari2 mendatang di berikanNya kebahagiaaan dan kesempurnaan. Amin.

Ok..papai dulu. ♥
posted from Bloggeroid

Wednesday, January 30, 2013

.. Kemho ..



I'm the one yg tak berapa pandai nak 'kemho'. Tak pandai or tak konfiden? Hahha.. surely la tak konfiden nak amik pic sendiri sambil tersengeh2 pastu post kat fb. Tapi sbb gambar ini antara moment yang berharga..aku post kat blog. Ala..blog aku kan..suka hati aku lah kan? Onemore thing, nak kemho guna note ni mcm payah sbb ianya besar..nak meraba jari ke snap button on the skrin pun x sampai..terkial2. Saja je update blog ni sbb tak tau nak cite apa buat masa ni. Pic kat atas tak guna camera360 ya...kuikuikui.

Rasanya kan..lepas balik dari Pulau ni..berat badan mcm dah naik. Ye la..kat kampung sana..'mak and long' masak sedap2. Pastu kak linda bawak makan tempat best2. Walaupun muka aku dh jadi dayang senandung and jadi bahan 'gurauan' ..masa balik..Mr.Abe tegur 'perut' dah naik. Hahahaha..nak tegur isteri hitam..memang dh hitam..so benda paling ketara selain drpd hitam..adalah badan. Aku pun malas nak fikir pasai hitam ni..biarlah..dh memang macam ni...kalau takut hitam..bukan lah pencinta outdoor xtvt kan? Nak g jog je yg malas lagi..masih mencari ruang untuk cover tidur.



Pic ni kak linda snap. SubhanaAllah..sgt cantik view kat air terjun Temburun ni. Ni masa aku tengah leka amik gambar. Gelap tu..sbb cahaya kat belakang aku..wpun dh gelap gelita ni..idak la gelap sampai tak nampak muka dalam pic ni. And lucky..2 minggu ni aku lepak luar opis..so boleh la sembunyi jap dari orang. Mana tau sejuk aircond kat kolej IT tu boleh bagi aku cerah sket...kan? Hahhahahahampeh.com. Dan juga..makan adalah di tanggung sampai next week...itu petandanya..jeng jeng jeng..selamat maju kan badan ke depan..

Papai! ♥
posted from Bloggeroid

.. Menghitung Hari ..

From COIT with LUV.. 11:50am 
Hadoii!! Mencari 1 ruang kosong dlm 2 minggu yang panjang ni utk cubaan mencutikan diri. Dapat sehari pun jadi lah dlm minggu ni sebab Sabtu and Ahad kena kerja dan next weeknya penuh balik dgn event. Nasib baik Mr.Abe tak jadi g oversea..so aku boleh tinggal anak2 ngn dia kerja weekend nanti.Nak tido wei!! and lepas semak2 balik jadual..memang takleh cuti minggu ni..walaweyyy..tebaboo!! 


Sempurna..
Biasanya, kalau travel oversea, sure aku amik cuti sehari utk berehat. Dah la percutian kali ni sgt superb. Meredah darat, udara dan laut. 7 hari, 7 jenis kenderaan dan 7 pulau di tawani. Memang TerBaek lah!! Since tak punya waktu nak buat travelog mahupun share all pic..maka aku taip je la yg ni dulu sambil2 buat sistem testing kat COIT. Gua nantuk ni weii...

Papai!


Wednesday, January 23, 2013

.. Terbang ..



Destinasi tak pasti.. pergi dgn seribu harapan..pulang dgn sejuta impian..

Papai!! ♥

posted from Bloggeroid

Sunday, January 20, 2013

.. Tak Seronok ..



Bye!
posted from Bloggeroid

.. Sunday ..



Sekadar mengisi masa lapang di petang Ahad. Conteng2 at enpon. Hati saya susah. Saya susah hati. Hati jangan susah. Susah jangan hati. :(

Papai! ♥
posted from Bloggeroid

Saturday, January 19, 2013

.. My Day ..

My day! My day! Hiks..ngeee. Words ni kalau dlm flight, di kira as emergency phrase..tp pada aku..yey! My day! Maksudnya..hari saya! Hari apa? Hari sabtu lah...sabtu yang syokk.. apa yang syok? Takde apa..saja propa sebab nak bg ayat syok2 masa updatw blog. Keh keh keh..



Pagi yang indah di mulakan dengan sesuatu yang indah. Seawal 7.05 pagi...meluncur ke Putrajaya bersama teman untuk berlarian. Emm..aku dah lama sangat tak main netball, so lari adalah my 2nd option to get healthy. Yap..utk keluarkan peluh. Just lari ..tapi sebab aku lari dengan member yg fit dan memang main jarak jauh jek sbb dia ada target for HM tak mcm aku yg run for fun..so aku pun push diri aku utk lari jauh..and for the 1st time..aku berjaya pujuk diri lari more than 5km tadi. Kawan aku lari 10km ..hahha..berpecah sebab dia jauhhhh tinggalkan aku. Hadoii! Gila fit lari non stop. So aki decide amik route lain. Tapi aku lps 5 minit aku sampai ..dia pun sampai. Aishh...10km dia dpt 1hour 9 minit and pace dia 6 minit lebih jek. Memang tabik spring lah! Dia suh aku larii lebih..boleh!! Tapi nmpknya .aku yg tak boleh. Kalau tgk map kat atas..warna merah tu kita org lari sama2..and aku dapat capai rekod jantung emas..2.4km jusy for 8minits..yay! Tapi tengok warna kuning tu..itu titik terputusnya larian aku dengan dia..kuning means walking and warna hijau tu..just slow jog. Merah..memecut. Average pace masa merah itu adalah 6 minit. Ni aku cuba Apps baru..Runtastic. em..rasanya apps ni akan jd best kalau beli full version. Every 1km, akan keluar suara ..how far kita dh lari, speed, pace and bape cal dh abis. Tapi aku malas nak beli der..5.20usd.

Sebenarnya kan..mak aku sound gak aku pasai  lari2 ni..keh keh keh. Dengan pesanan 'Kamu tahu tak. kat hospital tu, yang datang jumpa doktor sebab lutut out sebab lari ni la..kebanyakkanya chinese.' Hehehe..ala mak, Za lari suka2 jek..mcm mak jog ngn abah pagi2..tu jek..ngeee...



I LOVE MyBody! Yap yap yap. Aku sangat selesa dengan badan aku sekarang. Tak kurus kering mcm dulu, in shape, takde spare tyre and ringan. Alhamdulillah..aku pun sihat jek dan tak perlu jaga makan. Exercise pun just for my jantung and to keep me fit. Ramai yg tanya how me mainten? Em..entahlah. Takde pantang apa2..infact now ni..aku selalu lapar. Makan jek. Cuma aku tak suka benda goreng2. Nasi mesti at least sekali sehari and aku dh slow minum ais. Nak kasi perut tak muncit..just pastikan setiap hari..mesti g membuang and alhamdulillah aku takde masalah setakat ni. Cuma dlm setahun ni..aku cuba beri perhatian pada kulit..opss..bukan nk putih ya..just to make sure..kulit OK tak mcm dulu. And aku puas hati dgn produk aku pakai for almost 1 year. Tapi utk elak salah faham..aku tak rajin nak share apa yang aku pakai sebab aku pakai bukan nak jd cantik sbb cantik tu subjektif ...gila la kan kalau ada produk boleh bagi aku cantik tiba2..hiks. Aku happy dgn kejadian aku..alhamdulillah. Onemore thing..aku dh start amik supplement and agak konsisten memakannya. Umur makin naik der.. bukan makin muda. Just do it utk diri sendiri..



And also..My day! Kasut baru..hahha. Mr.Abe agak marah dgn kasut ni sebab aku br jek beli Vomero5 tu last year. Just ikut beberapa pendapat dan baca review kat internet..aku go for Brooks. Biarkan lah design dia tak lawa kali ni..aku nak test and rasa..betul ke kasut ni best. Aku go for Brooks Ravenna 3 as adviced by Brooks SA. Sukat kaki..sukat Arch..my kaki is satu Neutral..sebelah lagi Guidance. Hahha..cacat ni. Lain2. SA tu suggest for Ravenna3 and tu je choice yang aku ada. Aku try to get something else..something similar to best running shoe yg ada kat internet. Tapi SA tu kata..better ikut kaki sendiri. Sebab review based on jenis kaki. Kasut yg aku nak tu..utk Neutral. Ok..aku ikut. Menggunakan voucher..oklah..kasut mahai tu jadi tak berapa mahai. And aku beli dry fit tangan panjang sebab ada diskaun 20% kalau ada JJ card. Mr.Abe diam jek..hehhe..sorry abe..

And last sekali..My day is..alhamdulillah..we bought something for famili purpose..lepas ni..boleh bawak mak abah and also mentua jalan sama2. Tq Allah permudahkan urusan yang satu ni..



Thanks Optra 5 for your jasa. Kereta ni best terutama ketika memecut tapi sebab anak2 dah besar dan nak senang bawak mak abah jalan..kami terpaksa let go kamu.



Welcome dear..be nice to us..

Papai!! ♥
posted from Bloggeroid

Friday, January 18, 2013

.. Majlis Penutup KBS 2012..

Alhamdulillah done! Happy for me.. ans just wanna share some pictures.

Sahabat di Opis ITMS..Jamuan Makan Pagi sebagai majlis penutup

Antara Hadiah cabutan bertuah.Alhamdulillah, aku dapat benda best jugak Yay!

Me and Mr.S ..we got same hadiah..hoyeyy!! 

AJK Tertinggi KBS 2012, 2013 dan our Big Boss..

And also a Jojo Birthday...Happy Birhtday Zaza.. :)
Me, Mr.S and Mis Anne..sorang lg? silap lah panggil dia bergambar..jangan harap..and abish dah semua ini.
antara Happy Faces yang dapat hadiah masing2.. :)
Papai!

Thursday, January 17, 2013

.. Lemaunya ..

Salam maghrib...berbaringan di atas katil. Azan belum berkumandang. Penat zahir dan batin..lelah jiwa raga.. maka fizikal turut terasa bebannya dan selera makan turut terganggu sama. Adakah akan memberi implikasi kepada berat badan? Yes.. of course..


Saja update blog ni.. ikut hati malas..tapi blog ni kan hati aku. Tak menaip di sini..terasa tak cukup sesuatu. Ni jadual kerja bulan 1 dan 2. Menyampah nak tengok terutama bila kena kerja hujung minggu. 1 benda je yg buat aku OK ngn kerja yg masih lom sebati ngn jiwa aku ni..iaitu 'team' ni best. Dari rakan setugas sampai lah ke technician. Banyak knowledge aku belajar terutama on teknikal. Dan alhamdulillah..masa kerja luar mcm ni..rezeki makan sgt murah.

Jangan ikut hati sangat kan? Aku tahu..dah jadi adat manusia.. kalau suka or sayang.. benda yg kita suka tu..kita akan ingat sentiasa..amik pedulik dan jaga elok2. Sibuk bukan alasan utk melupakan kerana sedetik saat pun..ingatan tu suatu yang sangat indah..jadi kalau dah macam2 alasan..mungkin itu dah tahap menyampah. Adat manusia gak .. kalau dah tak suka.. seribu satu alasan akan di cipta supaya dapat elak dari benda yang kita tak suka.




Apapun .. bersinarlah bak sebutir berlian. Sukar di perolehi, punyai nilai yang tinggi serta keras teguh tak mudah di roboh.

Dan esok.. hari terakhir aku jadi SU KBS.. HIP HIP HORRAY!! Lepas tu..T.A.M.A.T ..

Papai! ♥
posted from Bloggeroid



Tuesday, January 15, 2013

.. IKEA on the go ..

Hadoii! Penatnyaa..just came back from IKeA with friends. Beli barang2 untuk Majlis Penutup KBS 2012 Jumaat ni. Yay! Tak sabar nak lompat katak untuk serah jawatan. Terima kasih la pada yg vote aku jadi SU..'sangat ngam' lah team ni. 'TERBAEK' lah sgt!!



Pergi bertiga. One of them bukan team KBS..kami minta tolong dia sebab dia adalah pemegang saham terbesar IKEA..hahha. Sapalah dia tu kan? Cee teka. And one of KBS team tak ikut..ke tak hajak? Bz katanyaa.. okek..kita org jek tak bz. Hahahha..wat lawak jek..kang ada lah penyampai. Dia tak ikut sebab dia incharge benda lain..



Mula2 elok lah berposing 2 ketul ni. Tapi lepas dh berjam2..hamek! Nak beli apapun dah tak tau. Mau 2-3 kali pusing tempat yang sama. Patut aku ON sports tracker ..tengok bape KM dah jalan and bape banyak Cal dah kehabisan.



Ni lunch kita orang. Makan benda mcm ni for lunch..pastu kena lak jalan..kena lak angkat barang..mengigil gak aku di buatnya.Aku nak nasi.. Now ni pun dok gigil lagi. Hahahha..penat lor. Sib baik bukan aku yg drive. Thanks gak cik Anne sudi drivekan.

Okek..balik time. Esok sampai next week dah start bz dgn new intake and registration.


Papai! ♥



.. Tears and Smile ..



Pilih lah yang mana menjadi jalan hidup anda.

Jika benar TERSENYUM itu mampu mengubah hidup .. SENYUM lah..namun jangan biar kehidupan mengubah SENYUMAN kita kerana SENYUMAN itu sedekah yang di katakan mampu membawa kita ke pintu syurga kerana sebuah SENYUMAN mampu membahagiakan aku, dia, kamu dan mereka. 

Papai! :)

.. R.I.P Arthur

Uhuk! sedey2, Arthur mati jugak akhirnya. R.I.P Arthur and to Merlin..dont be sad dear..Sob sob sob. Hehehe..apakah meroyan tiba2 ni? Keh keh keh..apa lagi kalau bukan lps layan Merlin lah. Mati juga Arthur..


Takdir adalah takdir. Betul? Sampai ke titisan kudrat terakhir Merlin nak tolong Arthur supaya tak mati, tapi dah memang tersurat Arthur mati..maka mati lah dia. Apa daa merepek tengah2 malam. Semalam kul 9 dh tido..malam ni dah tido lambat. Semua Merlin punya pasai..

Kesimpulan : Just let go apa saja yang bukan ketentuanNya untuk kita :
yang patah - tumbuh,
yang hilang - berganti,
yang tak sudi-usah di rayu lagi,
yang membenci-usah di siram dgn api,
yang menyayangi-hargai lah sampai mati.

Papai!! Nite..sleep tight WORLD.

Monday, January 14, 2013

.. My S Pen - Soalnya Hati ..



Papai! ♥

.. Lyzaa Abd Rahim Instagram ..

Suka Instagram? Yap..aku sangat suka. And most of the gambar yang aku share lebih kepada gambar-gambar keindahan alam, foods, LyzaaARarts and LyzaaARQuotes. Kekadang terselit gak gambar entah apa2. Aku tak private kan Instagram sebab suka nak share terutama gambar 'alam'.

Kalau rajin, follow me at : Instagram Lyzaa Abd Rahim
OK..papai!

Sunday, January 13, 2013

.. Android Apps - Blogger-droids ..

Hello.
Saja menaip untuk test this new apps for my blog. I used Bloggeroid before to update my blog via my Note. Ni kira nak test je la ni. Kalau OK on functions..just proceed. But still ada benda yang takde ni..text alignment..emm..

Ok, mula2 upload gambar. Kat apps ni ada setting untuk gambar. Boleh set size compared to bloggeroids.



Ok..just upload 1 pic at one time. How about aligment?
Published with Blogger-droid v2.0.10




Hadoii..dia publish lak without asking..ni aku ediy guna blogspot. Gambar pun tak center...makanya..WAJIB lah uninstall ni apps. Tiba2 lps install appss ni..banyak pulak pop up iklan masuk..grr..ok..mari uninstall..


Papai!!

Saturday, January 12, 2013

.. Hijrah Siti Nurhaliza 2013 ..

Yehuuu!! Siti Nurhaliza dah berhijab for real sempena Ulang Tahun Kelahiran beliau semalam ( 11th Jan 2013 ). Ada berita kat Berita Harian ..

Eh! Asal aku yang over? Siap blog bagai..hahha..memang aku over. Excited and happy for her. Apapun..betul or tak berita ni..kita doakan yang terbaik buat Datuk Siti Nurhaliza.




Pic ni dari Instagram Rozie, kakak ipar CT. Hadoii kulit Siti ni...and CT semakin comel...kan?

Ok..papai! ♥
posted from Bloggeroid

Thursday, January 10, 2013

.. My Fear ..

Lama gak aku fikir menda ni dan sebolehnya aku elak. Ketakutan yang buat aku kadang kala berfikir tapi kadang kala aku terlepas jugak. Apa? Em..aku sangat takut orang kata aku bukan2 just because of this blog. Infact, in real life..aku dah hadapi semua tu and sebab blog..hidup aku berantakan. But why? Mungkin kadang kala..aku sering terlepas ikut hati dan ada yang terasa wpun sebenarnya tujuan aku di salah tafsir.

Why Blog? Nak show off? Nak bagi tahu orang siapa aku? Nak poyo?

Entah! Show off tu agak pelik lah utk orang biasa2 mcm aku dan sebenarnya, jauh dari lubuk hati aku, aku adalah seorang yang suka mengarang dan bercerita menggunakan pena. Aku adalah antara penulis terbaik masa zaman sekolah dan bila dunia berubah..abah belikan aku electric typewriter sebab abah tahu minat akut. Aku menulis cerpen masa sekolah dan aku sangat suka mengarang menggunakan imiginasi.



Dalam dunia blog yang serba senang ni pulak..dengan smartphone yang ada, kegemaran aku ni semakin menyeronokkan..amik pic and bercerita secara langsung. It's LIVE. Tak menarik ke? And kebiasaan aku menulis di dada blog ni sebagai catatan kenangan aku dan kalau ada apa2 yg menarik..aku suka kongsi. YES kongsi. Supaya orang lain pun tahu..HOW,WHERE,WHEN,WHO..tu kan konsep pembelajaran dalam hidup? Betul? Dulu..masa my 1st blog Rehat,Lepak dan Luahrasa menggunakan nama azzalyzaa, aku betul2 menulis ikut rasa. Aku luah segala2nya dalam tulisan yg sangat tersirat hingga jadi bualan orang. Cara aku tulis di sana dan di sini dah tak sama. Ayat aku dah lain..blog now more to ayat2 poyo sebab ianya tak lahir dari hati aku. Kadang2, aku cuba menapis sebaik mungkin dalam blog ni..tak mau kisah lama kembali lagi.

Nak tahu apa yang aku rasa ketika menaip blog? Jari-jari aku akan membariskan ayat2 secara spontan. Aku hampir boleh ceritakan setiap detik dan setiap saat benda yang jadi dan aku boleh tuturkan semula dialog2 yang aku dengar setiap hari dalam bait2 ayat yang hampir 100% sama. Semua yang aku rasa..aku luahkan tanpa fikiran siapa baca..tak fikir nak tunjuk2 and tak fikir ada orang akan baca.


Tapi..apapun niat aku, tujuan aku..KETAKUTAN tu masih ada terutama lepas aku publish and baca semula. Cuba jadi diri sendiri..aku biarkan je semuanya terpapang di muka blog ni..berserah jek.

And aku pun tak tahu kenapa aku taip benda ni kali ni..mungkin sebab tiba2 aku rindu moment2 yang tak mungkin dapat aku ulang..mungkin sebab aku rasa mcm ada benda yang tak kena atau mungkin sebab..jari2 aku saja gatai nak menaip..kan LIZASUKAMENAIP..hahaaha...ok..go!

Lagi .. LIZASUKAMENCONTENG jugak ... kalau perasaan, lately banyak kuar muka sendiri as a prob blog..hahaha. Perasankah? Idak..sebab LIZASUKAART jugak.. and few apps dalam enpon skrang adalah owesome. ;)

Eh ada lagi..LIZASUKABACAQUOTES jugak.. hiks...



Ok..papai!!



Wednesday, January 09, 2013

.. Lari membawak diri..

lama aku tenung benda ni...how to read? keh keh keh..
Hak hak hak..poyos tak tajuk post? keh keh keh..tu propa saja...

'Tak semua orang boleh lari'. Yes.. I love that quote very the very much. That words was from Kak Tara. Sangat memberi inspirasi kepada aku. Betul! Aku positive dgn kata2 itu. Aku bukan runner .. aku tak mampu nak atasi kepenatan diri aku sendiri dan tak konsisten. Hari tu aku boleh lari non stop dr rumah sampai hujung stadium..tapi arini aku tak boleh. Hari tu aku boleh lari 5km plus..hari ni awal2 aku dah set..malas lah..just nak lari for 30 mins..masa tak kisah..and she asked 'Lari sorang? Beraninya.' He..aku jwb a ah je la..tapi..bukan sorang betul2..sorang tu takde kawan..tapi ada orang lain.

Tadi aku ada 'kawan' lari. siapa? Entah..hahaha. seorang pelajar lelaki, berbdn gempal, berambut kerinting..masa aku kuar dr quarters..aku terjumpa dia kat tepi jln kawasan quarters Dean. Aku ckp..okek! Ada kwn..wpun tak tau siapa dan aku agak dia adalah pak arab..dia lari slow and steadi..berada hampir 50 meter dpn aku..so, kalau ada anjing..dia ada. Hahaha. Masa starting, ada suara mengPewit kann aku dr pondok jaga Amanah..dgn ucapan 'rajin jog!' Aii...suara mcm kenal ..tp entah sapa .. cubaan mengesan tak berjaya sbb nmpk pak guard je kat situ...aiii, takkan pak guard phewiit lak.

Lari ..lari dan lari.. tak dpt gak potong itu mamat tu wpun dia slow melow tapi konsisten... tiba2 malas..stop jap..jln2. Eh..mana boleh jalan..actully someone is encourage e me to run. Go for a jog at least 3 kali seminggu sbb tgk mcm netball dah nk berkubur. Netball tak berkubur..tapi aku yang saja terjun masuk kubur. Hiks..Dia suh aku ajak Mr.Abe yg katanya dh makin membesar..hahaha. Nampaknya aku tak berjaya pujuk Abe lari sama arini. Dia tak mau. And student tu tadi..aku berjaya potong dia..jeng jeng jeng..Melayu rupanya..keh keh keh. Poyo je overtake orang..pastu kus kus kus..jalan..dia terus konsisten lari..sampai depan DSS, sebab dah ramai orang, so aku biarkan dia pergi..aku sudah tidak perlu kan teman lagi..keh keh keh.

Sepatutnya aku lari hari ini guna HR belt .. mana la pulok aku letak. HR tu datang sekali dengan jam Suunto aku. Gila kan? Beli jam tu sebab bagus as a trainer, tapi tak penah pakai. Sebab? Kena pakai belt kat dada..haiyaa..rimas kot. Antara tujuan aku lari arini sebab member suruh test HR..tapi sebab belt aku takde, makanya aku guna table yang dia bagi ni sebagai rujukan.

Perempuan  : umur 30-39
Jarak             : 2.4KM
Superior       : <14 minit, (Jantung Emas)
Cemerlang   : 14:01 -15:30 minit
Baik              : 15:31 - 17:15 minit
Sederhana   : 17:16 - 19:00 minit
lemah           :19:01>


Apa result? Off course la bukan Jantung Emas..hahaha. Atlit tu kalau dapat Jantung Emas..and sebab ada lenggang Mak limah kejap..so masa yang aku dapat untuk HR arini for 2.4KM adalah....17minit. Yay! BAIK jek. Har har har...alaa..kalau tak stop kejap tadi..InsyaAllah dapat Cemerlang..takpe, nanti cuba lagi. Bila? Entah..hak hak hak..Pemalas siot nak lari..Meh sini nak bagi bagai2 alasan supaya nampak betapa malasnya aku. Ala...stokin aku pakai tadi..panas siot! Rasa nak tanggal kasut and now aku dah perasan, Neutral/Cushioned Running shoe tak sehsuai dengan aku. Terlalu lembut..after 2KM, terasa kaki bahagian dalam tapak kaki tak balance..hahahaah..ok tak alasan? Poyosss lah kan..

And hadoiii...laparnya perut. Dah la tak lunch..pastu gatai p lari..lepas 2.5km..mula lah nak uweekk..and perut meletup2 kelaparan. Balik umah..Mr.Abe masak spagheti lak..berasap kelaparan la sampai sok pagi. Mau aku makan 2 meals sok masa Sarapan.. Dush! Percaya tak? aku dah beberapa kali amik 2 meals during sarapan. Laksam and roti canai..Lapar je lately..hadoiii..Tapi aku tak risau, sebab lepas tu, insyaAllah akan ke toilet. Legaa...

And..nantuknya weeee.........

Papai!!!

.. Tidur ..



It's lunch time! Berbaring-baring kemalasan di atas katil sebelum masuk semula ke pejabat. Malas nak makan. Terasa macam nak lari laju2! Tapi hanya mampu layan bantal je lah di tengah2 hari buta ni.
Jom lelap sekejap..

Bye!

posted from Bloggeroid

Tuesday, January 08, 2013

.. Sekadar menaip ..



Rumah semerbak bau KFC. Tapi aku hanya baring2 atas katil menanti waktu Isyak. Malas nak makan..

Dari siang plan nak jog..tp bila petang menjelma..spoil! Mode yang lari.

Tak sabar nak END kan jawatan dalam KBS..Selesai majlis nanti..selesai semuanya!

Bye!

posted from Bloggeroid

Sunday, January 06, 2013

.. My shopping style ..

Dush! menahan mengantuk dan cubaan untuk tidak tidur di siang hari ini seakan berjaya. Macam biasa, kalau tak mau tidur..kena lah mengadap lappy. Membaca dan mencari info kat alam maya adalah salah satu hobi aku sebab aku jenis nak tahu and terus mahu tahu. Dan alam maya juga adalah tempat paling best nak cuci mata untuk 'window shopping'..kan? Aku kaki shopping? Maybe YES ... mungkin TIDAK. Tapi aku memang suka jalan2 kat Mall wpun sekadar ukur jalan dan cuci mata. Macam aku tulis sebelum ni, untuk branded item, aku lebih suka beli dari kawan kat oversea, jadi makanya, aku akan survey dulu di internet untuk dapatkan info. Tapi dalam banyak2 benda, Jeans dan Kasut adalah benda2 yang aku tak boleh nak beli Online kecuali..p cari barang tu, try..then baru minta kawan belikan. Kalau tak..samaada benda tu akan longgar atau ketat..nasib lah!

Kalau baju harian..takde lah sampai nak beli branded item yang mahal2 kat oversea nun wpun sebenarnya baju macam Guess, GAP, Timberland tu tersangat lah murah kat sana, aku masih membeli dari Mall kat Malaysia ni je. Tapi aku tak pakai baju mahal2 sebab pada aku, baju ni kejap benar hilang mode aku nak pakai. Kebiasaan, aku akan tengok design dan lepas tu baru tengok harga, lepas tu baru tengok brand. Kalau harga dan brand tu berbaloi..baru aku beli. Eh..tipu! aku tak kisah pun brand apa..hahaha. Even baju kat FB yang bawah RM30 pun aku beli..janji sukak!

Ni style aku beli baju sebab aku jarang sangat beli baju.



Kebiasaan, walaupun aku rajin g Mall cuci mata..aku hanya akan beli masa Sale terutama BonusLink Members Sale. Aku akan tuju ke tanda 70% or 50%. Ahaks. As semua orang maklum, baju sales ni biasanya outdated..ada aku kisah? Ala..setakat baju..jauh mana la pun nak outdatednya. Kita pun duduk Malaysia..tak yah susah2 nak pilih baju ikut musim. Kan? And twit! Nak shopping masa ni, WAJIB lah ada BonusLink kad ek..

Dan kebiasaanya, kalau nak paksa Mr.Abe beli baju...time2 ni je lah..kalau tak, jangan harap!


Kenapa Parkson? Sebab masa BonusLink Member sale or sale2 lain ikut musim, aku akan dapat balik pulangan voucher. Sebelum membeli, p cari iklan samaada dapat voucher ke tak. Pastu how much kena spent nak dapat voucher. Jadinya, 1st item tu..beli yang sales and bila dah bayar, dapatkan voucher..pastu baru g beli barang lain jika perlu. Sebab voucher ni ada expired date. So tak semestinya kena habiskan hari tu jugak. Em..pada yang ada Maybank Kredit Kad, kalau biasa guna kredit kad untuk belanja harian, macam Mr.Abe guna untuk minyak kereta yang cecah RM500 sebulan untuk both cars, di Parkson, boleh redeem point kredit kad kepada voucher. RM2-3 Rat insyaAllah senang2 je nak dapat. Macam ni lah Abe belanja aku .. dia bagi voucher instead of cash. 


Kylie Lang? Siapa dia? Entah..aku pun tak tahu. Yang aku tahu, Work wear dia BEST! 1st benda yang aku suka, kemeja kerja Kylie Lang adalah labuh dan baju nya ada sales up to 70%. Hua hua hua. Dan size baju Kylie Lang adalah ngam dengan aku. Ikut cutting, biasa aku pakai 6 atau 8. Lagi 1, baju nya sangat senang nak iron ...tak mau iron pun okek. Most of the baju is made from Japan Cotton. Tadi aku dah Google, siapakah Kylie Lang? Oohh..rupanya dia adalah designer from Australia dan kat Zalora.com.my pun ada brand ni..mana lah nak tau, dah lama tak tengok Zalora. Em..setakat ni, aku masih suka berseluar ke pejabat daripada baju kurung. So, kemeja adalah pilihan utama aku. Aku cuba juga cari baju muslimah untuk ke Opis..tapi rasa mcm makcik2 lah pulak. Opss..okek, bukan lah nak kata aku ni muda..tapi I got my own style. Tu jek. Hari Jumaat lepas, aku cuba pakai baju labuh ala Muslimah..cess, ada lah 2-3 'perli' aku..fesyen apa tu? Pakai baju siapa? Hahahahampeh...

Untuk keperluan lain, macam baju anak2, jarang sangat beli baju dia orang. Biasa beli time raya jek. Beli banyak2..pakai terus setahun. Kebiasaan, kalau keluar jalan, duit akan habis kat kedai buku dan makan2. Memang jarang sangat kita orang shopping just for fun walaupun setiap weekend, kita orang sure keluar. Kalau ikut anak2 dan Mr.Abe, mereka nak tuju ke Pusat Sains la..taman burung la..tapi Ibu yang tak mau. Hiks..Malas aahh!!


So, bila dah shopping dengan voucher ...boleh lah makan sedap2. Haahha..acah mak enon. Takde la sampai mcm tu sekali nak makan sedap2 kan. Hari ni aku layan anak2 makan Johnny. Semalam makan Sushi King..esok lusa tulat..kita makan kat umah je ya.

Saturday, January 05, 2013

.. Berlari untuk berpeluh ..

Yeah! Suka..suka..akhirnya pagi ni dpt mengeluarkan peluh sampai ke kepala. Thanks for Masyu ajak berlarian di pagi yang indah ini. And dia adalah sangat fit..for almost 6km for her..she ran none stop babe! Phew.. Aku? Mula2 elok la seiring sejalan for nearly 2km none stop..sekali pusing belakang...itu Danish Hakimi jauhhhhh dah kena tinggal. Ayoyo!!! Terpaksa lah ibu stop...wait for him for almost 5minit..dan jantung pun dh mula slow balik..and me let Masyu lari alone. Lepas suh Danish balik ikut route lain..alamak! My partner dah hilang dr pandangan. Aku pun run sorang2...guna route lain sebab tahu sure dah tak nampak Masyu dah ni..Nampaknya..run ni memang bukan bidang aku. Semangat tu tak berapa nak ada utk baiki masa ataupun larian. Yang aku tahu..kalau dah more than 30minits...means dh lepas 5km..baru lah aku lari laju2..sebab? Tak nak jd jadi pengalah pada diri sendiri. Aku penah buat 5km kurang dari 30 minit...so kalau lebih sampai sejam...booo..simpan kasut dlm almari lah .. duduk main congkak jek.. ini motivasi utk diri aku sendiri.


Ni overall data untuk larian hari ni. Guna sport trackers apps je kat enpon. Nak guna jam..lom mampu nak beli Gps Running Watch. Ada satu jam Nike tu..lawa siot! But still takleh lawan Garmin lah and also Soleus. Sila google ya..


Ni carta larian. Emmmm...hehhe. aku pun tak tau nak baca macam mana. Pace tu apa? Hahhaha..yang aku tahu..makin jauh aku lari..makin slow melo..memang lepas2 ni..kalau ada org ajak run (ada ke?).. memang aku pilih fun run lah saja...rasa mcm tak mampu nak lari lebih kecuali kena training at least 3 kali seminggu. Aku lebih suka sport game..sbb ada matlamat untuk overall..run ni more to nak motivate diri sendiri. Kalau malas..jln..and kita akan rasa diri kita entah apa2...kalau rasa power..lari lah..and kita akan rasa something power on our body. Ni pada aku..lah.


Ni lak carta on speed and altitude..maksudnya apa? Emm..ok, let me guess..kelajuan mengikut bentuk muka bumi..kot? Yang line putih speed ke bawah tu..tu aku tunggu Danish dan 1 lagi..aku dah stop..tp eh..lom cukup 5km..so aku sambung lari. Yang graf biru mencanak naik tu..kat depan Dss..bukit!

Overall .. aku puas lari hari ni sbb peluh byk wpun jantung aku tak working habisan lagi. Aku ada kwn yg training secara teknikal on running..tp macam tak mampu kot nak follow..makanya..lari lah mcm ni..takde hala tuju. And korang nak tahu what is the best moment while running with friends? Gelak dan ketawa..tapi..semua tu seolah dah takde dlm kamus aku lagi..kesian..eh salah..sekian, terima kasih.

Ok la..mandi and sarapan time..

Papai!! ♥♥







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!