Hati yang tak mampu bermain dgn kata-kata lagi..kenapa? |
Aku sering menyelak semula blog-blog lama,
Banyak kata-kata puitis dan madah pujangga,
Aku sering mengintai semula kalam-kalam yang ada,
Semua tertulis ketika hati sedang berduka.
Aku belek-belek kembali blog terkini yang aku cipta,
Tiada kata-kata atau bicara sepuitis jiwa yang tak lagi merana,
Aku intai-intai kembali blog semasa yang aku reka,
Semua tertulis dengan ayat yang tah apa-apa.
Kenapa ya?
Kenapa aku seolah-olah tidak lagi boleh bermadah pujangga?
Kenapa ya?
Kenapa aku seakan-akan tidak mampu bermain dengan kata-kata?
Mencari jawapan yang entah di mana,
Adakah hanya jiwa yg luka mampu bergurindam dan berseloka?
No comments:
Post a Comment