Tuesday, March 29, 2011

..Memujuk Diri..






Hidup adalah untuk di hargai,
Bersyukur dengan apa yang di nikmati,
Beristifar dengan apa yang di benci,
Apa yang terjadi ada hikmahnya nanti.

..SubhanaAllah..Engkau Maha Mengerti..

..!@@$%^*())^..


Trying not to type 'Maki Hamun' words even I am so DOWN right now. I am so sad..Damn SAD! I feel like crying. I'm trying to be positive..but! Arghhh!! cannot take it and I wont make it!!

OK fine..I'll accept the 'implementation' but I am so sorry if I cannot give the 100% comitment. Sorry..I have family and with the OVER expected benefits given by the company..I just and will do what written in my JD.

I am not happy..that's it!


..Apa Kes??..


Yes I am. I forgot nearly everything..
I forgot my ID .. so I didn't touch my Punch Card..
I forgot my office key..so I have to remind my opismate..'Pls dont lock the door'.
I forgot  my handphone..but it's OK..the phone is not important to me. Coz I wont ringing and sometimes
people didn't reply my call or my sms. So what so 'damn' for not bringing the phone, right?

Ok..gtg..chow for breakfast..got meeting on 8.30 (?) ...apa kes???

Monday, March 28, 2011

..Sekadar compare bukan nak membeli..

Dah mati kutu kejap..problem tadi dah settle, ni ada prob lain lak yang kena tunggu orang yang di kehendaki sedang sibuk. Tanpa dia, tak berjalan lah sistem yang ada. Aceh!

Sambil-sambil tunggu dia, aku pun tersurfing ke feberet web mobile : GSMArena and ternampak lah ini gadjet 'Samsung Galaxy Tab 8.9'..walla..sudah ada version baru and 10.0 pun dah ada. Cepat betul benda2 ni berupdate. Nampaknya size dah nampak hampir Ipad 2. Alaaaa..wat pe wat besar2..leceh la nak guna. Macam malu je nak guna depan orang. Keh keh keh..ayat macam nak beli jek? Idak lah..just compare jek dengan Ipad. Nampak mcm Samsung Galaxy Tab 8.9 dah ada USB port. SANGAT GOOD. Penting wooo ini port kalau tak, camno nak transfer gambar secara mudah dari DSLR..kan? Tu je yang penting..nak transfer gambar masa travel. OK..jom kita baca ni :

Today Samsung revealed Galaxy tab 8.9 at it’s CTIA event. Galaxy tab 8.9 powers 1GHz dual core processor, Android Honeycomb and is thinner and cheaper than Apple iPad 2. Here is a specs comparison between the Wi-Fi only models of Samsung Galaxy tab 8.9 and Apple iPad 2 to let you choose the best tablet at a reasonable price.




from : Maggadget

Aku tak pro mana-mana. Aku dah cuba guna both yg version lama. Dua2 pun best but aku prefer Samsung Tab yang lama tu..kecik sket. Baru cool nak bawak jalan2. Nak beli? Idak kot. Tapi kalau ada orang nak belikan..KLCC aku tadahkan..BIRTHDAY aku kan hujung bulan depan..miahahaha...



..Tak Mampu nak tahan Jebat!..







Ahh..tak kira. Nak taip gak. Orang nak kata meroyan ke..poyo ke..apa ke..aku dah tak kira. 'Ku tahan Jebat!' tapi dah tak menahan. Lagi ku tahan..lagi sebak dada ni..Huaaaa..apa kes ni? Aku sedih plus stress ni..aku tak leh nak run Vehicle System aku sebab sistem ni guna VB6 yakni last sekali aku deploy was in 2007. Kuakkkk!! kuaaakkkkk!!! Nangis tak berlagu ni. Dah email Mr. X-bos sebab dia adalah salah sorang pioneer VB6 kat sini and dia dah bagi solution TAPI masih tak boleh RUN! Tak kan nak email Big Boss lak..huaaaa..Kenapa ni? Kenapa tak mau 'Run' ni..dah betulkan connectionstring..dah tgk coding lain..still tak mahu. User dah call..dah email..MATI KATAK la mcm ni... nangeshh..nangeshh ... :(

Bongok kan aku ni..dah la yang lama aku tak HeNgAt..yang baru aku tak PaNdAi-PaNdAi..sebab tu la aku tak mau dok dalam unit ni lagi...aku dah tak MiNaT LaH..huaa..Mencikkk!!!

Ni tujuan aku tulis blog sebenarnya..Nak luah rasa!! Yeahhh!!

Apa nak buek ni?? GrrrrRrrr...


..Menjawab T.A.G Anne Ikma..

Assalamualaikum...hari ni baru nak menjawab tag si Anne Ikma. Sorry beb..lambat sudah. Bukan tak hengat, tapi tak sempat. Kalau ikut kan, tag tu tak leh jawab untuk keselamatan bersama. Ye lah, daripada orang tak tau, terus jd tau..hahha. Tapi sebab handbag yg di bawa tak berharta..den jawab lah tag mu. Tapi kalau org curi handbag tu..nangis gak la..huhuhu. Bukan murah wei wpun bukan jenama Gucci or Prada. Ngehh..

Soalan Tag tu munyik mcm ni :

Jika dalam kenderaan/kereta, mcmana dan di manakah kawan2 letak tastangan/handbag kawan?. Untuk soalan ni sy nak meng-TAG kepada *si jelita-jelita yg sy ada * mereka adalah :-
Terpaksa di blurkan and di samar2kan..Cuba teka dekat mana? Tapi dlm gambar adalah bag laptop. Kalau bawak bag laptop, den tak bawak handbag. Takde kerja nak usung dua-dua. ;b
Ok cik..Semoga Enjoy! ;)

ps: aku ada masalah upload pic kat blog ni..lepas upload, coding ada, tapi gambar takde..kenapa ek? Grr..

Sunday, March 27, 2011

..Tidur itu mimpi Ngeri?..

Adakah aku telah di sumpah seperti puteri ni? Hak hak hak..

Huaaa!!! Hari ni aku bangun kul 11.30am..boley? Dah seminggu lebih aku tak leh tidur on time..sure terlajak sampai 1-2 pagi. Kenapa ? Tak kan Jetlag? Mengada lah tu..dok Europe seminggu..tak kan la poyo jetlag nye sampai 1 minggu. Tadi bangun pun sebab adik ipar aku datang bawak 'kawan' perempuan dia and abe ajak g lunch sama-sama kat D Limau Nipis. Ohh! Frust kejap sebab aku dah plan nak makan nasi ngn sup tulang dr kedai kat UpTen. Em..so mood agak lari lah. Biasa la aku ni..dah plan, sure nak ianya jd realiti or apa yg aku nak...aku nak gak. Huhuhu..Teruk kan?

Lepas lunch aku plan nak p Jusco nak cari kan Danish Chess Set. Habiskan lunch dalam kul 2 pm, so abe ajak balik umah dulu solat. Mata aku masa tu dah separuh2 je buka and panas lak tu kat luar. Sampai rumah, bukan terus solat..2-2 tertdo. Ya Allah..tak sedar apa sampai abe kejut aku 'Za, dah masuk Asar'. Hohoho..abissss Zohor sbb aku tak mampu buka mata. Tu pun tak leh bangun lagi sampai lah 5.30 pm. Abe paksa aku bangun..mcm biasa, akan keluar ayat2 pancing..nak p Jusco ngn anak2 ni..tinggal ya. Hahha..saja la tu. Terpaksa lah aku bangun. Tu pun tak abis2 mengantuk and now ni..11.13pm..mata aku segar semula..apa kes?? Huhuhuhu..Penat la mengantuk tak betul time ni. Sakit kepala..

Em..abe dah bertolak balik Ipoh. Tok abe (mak abah mentua) meninggal dunia. Abe kata, biar dia balik ngn adik dia je..aku dok umah urus sekolah anak2 sok. Emm..semoga roh arwah di rahmati Allah dan di tempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

ps: tengah layan MERLIN..emo lak tgk Morgana ni..MUKA LAWA..Tapi JAHAT! Benci KAU!


..Al kisah saja nak menaip..

Gila comey muka wpun sakit perut..hahahaa..

Sakit perut..la la la. Asyik memerut, habis semua isi perut ku keluar. Apa kena pun tak tau. Sebab makan kat event tadi kah? atau sebab dah belasah sayur2an masa makan steamboat tadi? Uhuk..jgn sampai ke berlari2 anak ke washroom sudah. Tapi besh gak 'yeyak' ni..perut tak muncik..tak suka perut muncik..tak selesa..Ni perut masih mengelodak lagi..

Srot srett..huhuhu..
Ni lagi satu hal..dok kat negara sejuk seminggu, balik sini sihat sejahtera. Tadi kena bertugas di bawah suhu beku..dah selesema la pulok. Adeh! Maybe sebab dlm bangunan dan mak nenek ramai bercampur dengan orang. Bape kali dah bersin ni...huhuu..SubhanaAllah..semoga cepat baik. Amin..

Comeynyerr bears itu..
Tadi p Alamanda makan Jonny..lepas tu berpecah ngn abe. Dia p bayar bil Celcom ngn Dania, aku ngn Danish jalan dulu ke Carefour. Jeng jeng, jangan bagi aku jalan sorang..apa lagi..ni lah penangan nyer. G tempat toys nak belikan Danish set catur, tapi takde..last2 ibu yang angkat ini anak beruang. Pheww..2 ketul bear ni..1 besar Dania..1 kecik mcm bear biasa RM36.90. Abe takde di sisi..aku hangkut la..sampai jumpa dia..sengeh je and cakap 'Nak..tak kira'. Hehhe..dia pun bayarkan.. TQ

hamba abdi?
Ohhh..kisah 'hamba abdi' yang hanya di dengari oleh 5 telinga serta merta tersebar luas seluruh benua. Huhuu..kisah apa? Em..biar lah kisah tinggal kisah. Tapi sebagai saksi kejadian..nampaknya cerita atas cerita memang tak kan betul faktanya. Bukan nak belahkan sesiapa2..tapi sebagai org yang ada ketika kata2 di luahkan di depan mata..kefahaman aku dan yang bercerita..MEMANG tak sama. Apa2 lah kan..cuma, jgn fikir bukan2..nanti hidup tak keruan. huhuhu..pengajaran! cerita atas cerita memang akan lari dari kenyataan.

12:34 am..mau tido ka tak mau...apa nak jadi mata ni...huhhuu..Ciou!


 

Saturday, March 26, 2011

..Makan-makan sampai pengsan..

Tiba2 lapar lak perut. Mata tak ngantuk2 lagi. Apa ke heynya yongg! Kalau lah sok tak kerja, leh tido sampai petang buta. Cakap pasai makan, jom tgk gambar 'Jalan-jalan cari makan' masa aku bercuti baru2 ni. Semuanya adalah HALAL ya. InsyaAllah..lom lupa diri lagi. Biasanya, yang nasi tu aku punya..abe layan kebab..sebab perut melayu aku nih..Nasi jek lalu.. ;)
Nasi Beriyani India Selatan @ Rome - Eu7.50
Kebab India Selatan @ Rome - Eu5.50
Nasi Beriyani Eygpt @ Florence - Eu6.50
Kebab @ Venice Eu5.50 - ni share dua org..
Nasi putih with lamb @ Paris - Eu7.90 - makan berdua.
Nasi kabshah Arab @ Paris - Eu 7.50
Ayam goreng @ Paris - Eu 6.50
Kebab ayam @ Paris - Eu 5.50
EH..Licin? Hahaha..ni makanan dlm MAS..;)


Gila lapar laaah..tapi dah tengah malam ni..huhuhu..mari tidur..huhuhu

Friday, March 25, 2011

..Album Jenjalan Paris - Italy March 2011..

Jom tengok album je lah..malas nak taip panjang2. Ni dari album FB aku. Tak upload semua pic pun. Sikit2 sudah. Klik link bawah pic..Enjoy ya!

Rome - March 15, 2011



Vatican City - March 15, 2011

Pisa - March 15, 2011

Florence - March 16, 2011




Venice - March 17, 2011

 

Paris March 18, 2011

Paris Disney - March 19,2011

Habiss daaa!!! Bye!

..UNITEN Open Day 2011..


Haaa..mai UNITEN mai. Sok ada Open Day. Sapa-sapa nak masuk sini (nak ke?)..leh la buat rombangan Cik Kiah beramai-ramai. Sebab Open Day inilah di umumkan esok adalah hari aku bekerja. Aiseyyy..babah dah plan ngn anak-anak nak p tgk dinosours kat Pusat Sains Negara. Saja lah tu kan? Uwekkk...

Nak apply masuk sini guna Online pun boleh. Lawat : UNITEN Official Website. Ok Go!

..Kisah di sebalik Potret..

Jom tgk gambar sambil bercerita. Nak cite journey, tunggu Mr.Abe je lah yang update blog travel tu. Sebelum tu, ada sedikit pembetulan dengan kefahaman sesetengah orang. Emm..memang trip ni kita org pergi selepas Mr.Abe bekerja seminggu di Amsterdam tapi trip ke Paris-Italy adalah tanggungan sendiri, takde kena mengena dgn duit companya ya. Kecuali flight Mr.Abe saja coz 'tiba2' dia di panggil kerja..Kalau tak, kita org memang dah booked Air Asia to Orly Paris. Tiket Air Asia tu dah di bawa ke date lain..

Sebelum plan nak travel, boleh rujuk cuaca di CikGoogle ya..
Gunalah backpack kalau nak senang berjalan..memang agak berat, tapi senang tanpa perlu fikir tangga and berebut2 nak naik lift atau eskelator. Bag roda membataskan pergerakan dan bising..gedek gedek gedek..
Untuk penjimatan hotel dan tiket flight, pilih lah bed train..bertolak jam 10, tido dalam train, sok pagi dah sampai..
Berani tengok tak berani masuk coz rasa tak berani nak kuarkan duit kalau dah tersuka. Murah kat europe but still mahal utk orang seperti saya nak pakai handbag paling murah RM2K. ;)
Snap dari kejauhan.Rupanya kat Rome, berlambak-lambak orang jual LV,Gucci imitation. Sama macam Malaysia..jual kat pasar malam jek. Huhuhu..
Patung-patung bogel mcm ni bersepah-sepah kat Rome. Seni? Mereka akan bogel kan patung lelaki tetapi tak de satu pun patung perempuan yang aku tengok di bogelkan dan tiada 1 pun 'kemaluan' perempuan di paparkan dalam apa jua bentuk. Kenapa ya?
Sebelum ke sana, aku sentiasa risau dgn jaket dan hodie yang aku bawak. Nampak over or poyo kah? Bila sampai sana..hamekk...terutama di Italy..dressing mereka mmg 'class'. Rugi tak pakai over2..hahahha
Cara paling mudah. Beli tiket online and print kat sini and hampir kesemua mesin tiket di sana boleh guna kredit kad. Mesin tiket adalah lagi banyak dari kaunter tiket.
Ini adalah makanan utk 1 perut. Eu6.50. So kalau travel, order je la sepinggan dah cukup untuk dua org ASIA macam kita.
Lepak di Mc D masa tunggu train semata-mata nak dapatkan 'heat'. Order kopi untuk panas kan badan..tapi yg ada hanyalah Espresso kecik and pahit.
Ini sudu makan di kedai Pak Arab. Dah mcm senduk nasi kat umah jek..jenuh nak nganga..
Suka sangat tengok pokok di musim ni..tak berdaun tapi berseni..
Kat Paris memang ramai awek cun macam ni. Syok tgk awek ni..pakai bertutup lengkap..ayu jek. Walkman hello kitty mainten kat telinga. Tapi kat Italy..memang susah nak tgk perempuan bertudung. Takde kah?
Makcik tu adalah 'peminta sedekah'. Dia berdiri kat situ and nyanyi..sedap suara dia. Lepas nyanyi..dia pusing dalam train kalau2 sapa nak bagi dia duit. Budak2 muda pun ramai buat mcm ni..tapi dia org buat tarian hip hop la.
1st time tgk Magika dalam flight..ho ho ho..sukanyaaaa..suka sangat2. Nak cari DVD lah utk Danish ngn Dania tgk..Sapa ada..pinjam..

Thursday, March 24, 2011

..Air Asia X..

Saja nak berkongsi pengalaman. Sebelum fly ke Orly - Paris baru-baru ni, dalam fikiran aku :
'Macam mana ek Air Asia X?'
'Sempit mcm Air Asia g Bali ari tu ke?'
'Selesa tak..ke semput?'

Bukan apa..pengalaman dengan MAS yang berjaya menambat hati dan sekaligun meletakkan Penerbangan KLM jauhhhhh dari minda buat aku tertanya-tanya, macam mana lah rupa Air Asia X? Dah la 13 jam..KALAU lah horror macam flight g Bali dulu..mau mati semput aku.

Air Asia X D72012, LCCT - Paris (ORY), Sun 13Mar 2011, 1.05 pagi
Alhamdulillah..lepas panggilan untuk boarding..dari jauh dah nampak Air Asia X yang tersergam besar wpun tak sebesar Boing 777 tapi tengok dari luar..dah cukup lega. Dalam flight, tersergam warna merah putih. Nice! Kerusi adalah leather..mungkin ini yang buat tak berapa OK sebab leather adalah menyerap haba, so kalau sejuk..maka sejuk lah seat itu, kalau panas..maka panas lah ia. Lagipun leather buat movement kita terasa tak besh compare fabric. Pandang ke kiri aku..ada 3 row di barisan tengah dan aku pun dlm barisan 3 ni sebelah kanan. Untuk badan yang sebesar aku, kelebaran kerusi adalah OK..boleh la nak mengesot ke..nak mengelongsor ke. Ruang kaki pun sangat2 OK untuk aku mahupun orang Europe. Kalau yang g Bali tu..aku recyline kusi, terasa kaki org belakang..kadang2 siap tertolak naik balik kerusi tu.

Kaki ku selesa..kaki anda?
Row tengah and leather seat utk tatapan .
Tak suka dok tepi tingkap, nak 'terkucil' payah nak kuar..ngeee..
Pramugari Air Asia X pada aku adalah better dari segi penampilan walaupun hanya berskrit pendek. Hahaha..maksud aku, make up dia orang idak lah setebal MAS dan rambut pun takde di set tah apa-apa. Pramugari flight ni lagi friendly compare local Air Asia, sembang antara dia org pun cakap melayu pasar jek..kalau Air Asia local..cakap omputih sesaja. But still tak leh layan service MAS la..pramugari or flight MAS tak pernah sunyi. Compare Air Asia and KLM..pramugari MAS tak penah duduk diam walaupun orang lain nyenyak di buai mimpi. Mereka sentiasa pastikan semua orang selasa. Air Asia lak nampak dia orang masa 2 jam lepas berlepas dan 2 jam sebelum mendarat.


Comfort Kit Air Asia X - RM30 ke Rm20? x hengat lak sebab tak beli..
Masa booking tiket, korang di beri beberapa pilihan - nak makan ke tak. Pada aku, better lah order coz dpt diskaun 20%. Cuma masa nak landing, Air Asia hidang Nasi beriyani..agak terkejut lah perut coz baru bangun tido. Aku dah bayangkan benda ringan2 je ala-ala sarapan..hek hek hek. Tapi tak sehebat MAS la..makan je kerjanya sampai nak tidur pun payah. Aahaha..lagi 1, Air Asia tak bagi selimut and takde 'hiburan'..kalau nak, semuanya sila 'bayar'. Orang kata, flight sejuk sangat dan kita akan tergoda utk beli 'Comfort kit' yang berharga RM20. Memang flight sejuk sangat2..tapi dalam 2 jam pertama je..lepas suasana adalah biasa saja. So, fikirlah nak beli ke tak benda tu. Kalau beli pun tak rugi..cuma nak usung masa travel, kena fikir lah byk2 kali.

Kesimpulannya, kalau first time travel jauh dan Air Asia X adalah penerbangan pertama, mungkin akan rasa selesa tapi kalau dah biasa naik flight lain-lain terutama yang dah biasa naik Bussiness Class..akan rasa lah SAKITNYA perjalanan. Akekek..ala..nak selesa, beli je tiker Air Asia X Premium. Tak sampai RM2K pun sorang..miaahahaha.. Apapun, aku tak serik lah nak naik Air Asia X untuk jalan jauh lagi..

Ku ingin terbang... :)








Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!