Wednesday, February 27, 2013

.. I Love Netball ..

Hello.. kaifahalukum? Wat per?

Bumi di simbahi hujan.. makanya, berbaring2 lah di atas katil sambil berfikir..nak dinner apa malam ni? Mr.Abe masih dalam flight from Taiwan..dia kerja ya, bukan makan angin.

Emm.. baru2 ni kan aku ada Netball Open TNB 2013. Aku mewakili Kelab Kilat TNB. Em..macam biasa, kerana cinta pada netball...aku dan kazie pun gigih la berulang alik ke HQ setiap petang lepas opis hour dan balik traning, kul 8.30 pm. Aku OK je sbb dah suka kan? Tapi tu lah..kalau dengan team UNITEN, aku adalah 7 pemain utama dan act as GS..dengan TNB ni..sekadar pemain simpanan. Memang la agak down sebab aku nak sangat main.. tapi..em, faham kehendak alam, GS kena tinggi..maka aku pasrah. OPEN game tak sama dengan game inter company..sbb Open game ramai state player. Pemain negara pun ramai..so all GS biasanya aras2 tempat shoot jek.

Aku dah main as shooter since sekolah rendah lagi. Aku main as GA..so tinggi bukan ukuran..yang penting ligat and fit. Tapi sejak main ngn UNITEN.. aku dh jadi GS. Mula2 stress gak sebab GS tak banyak gerak and aku jeniss tak dok diam..tapi2 lama2 okek. Pada aku.. sama je GS tinggi rendah ni..infact, kalau tengok games, shooter tinggi tak boleh shoot jauh..semua shoot bawah tiang..kadang2 tak masuk pun. Kalau tgk GS rendah2 ni...dia org boleh shoot jauh..



Ni gaya shooting aku. Mesti melonjak. Aku tak perasan sebenarnya..tapi ada org tegur... i got my own style..hahha. Macam susah benar nak shoot kan? Masa game TNB baru2 ni..aku just dpt main sekejap jek. Frust gak. Tapi takpe lah..aku redha. Dapat pengalaman dan training dgn cara betul secara percuma oleh coach bertauliah pun dh alhamdulillah. Beza kalau training dgn coach tauliah ni..dalam sebulan..kita orang akan di latih more on fitness and skill instead of playing. Kadang2..lg seminggu nk game..baru rasa main..lebih2 tu..memang menahan diri seksa training jek. Kena marah..kena denda..kena bumping..ohoiii.. memang menguji jiwa dan raga. Tapi..aku suka. Fit dengan percuma..sapa tak mau kan?



Ni 1st team aku dengan TNB. Lepas tu dah bertukar-tukar orang ikut masa sengang masing2. Ngam gak ngn dia orang ni.



Ni team masa Open TNB baru2 ni. Pun ngam gak. Masalah team ni adalah.. tak de shooter tinggi nak backup. Yang tinggi..semua main GK and GD



Ni last team aku main ngn UNITEN. Kami juara.. GS and GA team ni pendek jek. Ahaks..



Team ni campur2..ni kalau ada apa2 game Open yang kami nak join.. ini lah teamnya. Masih banyak yang perlu team ni baiki dan belajar.



Dan ini partner in crime aku. We are shooters. Kazie is GA..aku is GS. Kami serasi bersama. Fast game moto kami. Hahaha. Tapi bila main ngn TNB.. aku hanya duduk tepi padang tengok Kazie main..sedey. sob sob sob.

Setakat ini..saat ini, aku masih mencintai netball. Dalam team..perlu ada keserasian..ada kesefahaman. Kalau salah..tegur depan2. Tegur perlu cara..sebab kita semua dalam proses belajar. Sebagai GS, objektif aku adalah shoot and win. Tak pernah lagi ada niat nak main suka2 and sambil lewa. Cuba sedaya upaya utk jaringkan gol. Tekanan jadi Gs ni..hadoi! But netball is about a team...semua org ada matlamat yang sama. Jangan syok sendiri. Kalau aku merungut apa2..tiang tinggi la..GK hampeh la..itu hanya lah sekadar melepas getar dan gugup.. bukan alasan utk tak nak shoot.

Lepas ni maybe ada game dengan Pelitawanis dan GLU. InsyaAllah akan beraksi jika masih di perlukan.

Ok..papai! ♥


posted from Bloggeroid

.. UNITEN Open Day 2013..



Papai! Jumpa di sana.. ;)

Tuesday, February 26, 2013

.. Timun Oh Timun ..

Assalamualaikum..

Jap..aku nak share something yang asyik terfikir sejak aku baca benda ni 2-3 minggu lepas. Aku baca tentang Rita Rudaini. Dia cakap dia tak makan timun sejak dulu, sebab pantang, timun sejuk and tak sehsuai untuk dalaman perempuan. Oh! aku pun mula melewar fikir. Memang dia cantik pun..tapi luar lah kan..dalaman dia, hanya dia and suami dia je la tahu. Aku jadi tak puas hati lak..sebab aku suka timun. Ahaks. Aku tahu timun tu sejuk...nak2 kalau keluar peti ais. Hiks..


Hasil carian google...banyak artikel cakap timun bagus untuk kesihatan dan sebagai kosmetik. Kalau rajin, baca ni : Timun Untuk Kecantikan. Em, menarik kan? And timun pun best di makan begitu saja.

Ok, itu kebaikan timun. Aku google pulak 'Kenapa orang perempuan tak elok makan timun?' ... most of the answer cakap pasai Timun sejuk dan sejuk boleh buat badan sengal. Tu je ke sebabnya? So..lagi banyak kebaikan dan 1 keburukan? Sejuk yang buat badan sengal? Ngeeee....

Ok la..saja je nak cite pasai TIMUN.. papai!



Sunday, February 24, 2013

.. Kilat d' Lime .





Hanya gambar. Johan kali ini adalah MBSJ.. jumpa lagi di lain kali ;)


Papai! ♥


posted from Bloggeroid

Saturday, February 23, 2013

.. Kilat D' Orange ..

Hallo! Lintas langsung dari Padang Kelab Kilat TNB HQ Bangsar. Tunggu last game pukul 5pm nanti. Hujan la pulok. Basa hujan je la..main pun 1 game..half game lak tu.. ahaks ! Takpe la...bukan rezeki aku. Dapat sumbang 1 gol tadi..jadi lah.. ngeee..


Setakat ni, menang 2, kalah 2. 



Ini team Kilat TNB. Just aku dan kazie je dari Uniten. Next ada open MPSJ...aku tak join kot. Kena kerja and ada sukan ABIM.

Okla.. Papai! ♥
posted from Bloggeroid

Friday, February 22, 2013

.. Happy Friday ..

When I'm RIGHT, No One Remember
but
When I'm WRONG, No One Forget's

APAPUN

Saya sayang diri saya...Reset Minda, Senyum Sentiasa. :)
Khas Untuk Mr. Abe ... 

Papai with LUV.


Thursday, February 21, 2013

.. L.o.v.E ..



Papai! ♥
posted from Bloggeroid

.. Malas yang terbabas ..

Hello world! World lah sangat kan? World BLOG la...

Ya Allah, tak tahu apa nak jadi dengan aku sejak dua menjak ni. Malas aku makin menjadi-jadi. Dah mula buat 'tak kisah' dengan kerja. Malas sampai ke ubun-ubun kepala dah ni. Cuba mencari ruang dan peluang untuk skip benda-benda or kerja2 tak relevan or tak penting untuk aku. Masih dalam mode : Mencari diri. Buka slip gaji..kira2 balik..em, kalau 10 tahun lagi kerja mcm ni, memang tak kemana pun aku ni. Semalam saja bergurau dengan Nurul..sebab dah terlalu bosan dan terlalu lama kat sini, aku cakap :

'Please, tahun ni, minta boss calonkan nama den sebagai pekerja cemerlang. Dah 12 tahun ni..apapa pun takde hasil. Bukan tak buat keja..nak2 dah jadi koordinator ni, event semua jalan..aktiviti luar pun den aktif, please..bagi anugerah. Dapat sijil BSN RM200 ..jadi lah. At least semangat skit nak kerja. hahahahaadoi'
which one is you? 
Ada kawan-kawan ajak sambung belajar. Aduiiii..masih tak nampak ke arah tu aku ni. Aku dok fikir..selain jual handbag, apa lagi yang aku boleh buat dengan modal yang aku ada ni. Nak cuba buat something yang lebih besar manfaatnya. Tapi aku tak berani nak mula atau takut mula..tapi kemudian, just jadi Mat Jenin atau hangat2 tahi ayam. Ada idea? Tadi dah keluar berita, peniaga Online pun kena daftar peniagaan. Emm..
Rezeki kita, usaha kita dan hidup kita, ada pasang surut, ada atas dan bawah.Aku hanya orang biasa2 yang di berikan limpah kurnia dariNya. Kurniaan yang semua orang ada..yang semua orang dapat..cuma macam mana kita corak hidup kita..hanya kita yang tentukan. Aku sendiri takut dengan masa depan aku..sebab aku sendiri tak tahu, apa yang bakal aku tempuh nanti. So, jom sama-sama bersyukur dengan apa yang kita ada dan doakan kebaikan untuk semua. InsyaAllah, kita akan sama-sama bahagia. 

Aku dah lali dengan cerita2 yang sampai (masih ada rupanya ..eemm ) and aku terima sebagai 1 nasihat - Terima kasih, at least aku 'tersedar' juga. Mungkin salah aku juga, suka berkongsi apa saja..dan aku tak tahu hati manusia termasuk hati aku..hanya DIA yang tahu.

Okek, sebab tahap MALAS lagi tinggi, jadinya, aku seperti biasa,mempoyo kan diri. Roomate lak takde, hah! apa lagi. Amik enpon - Self Potrait la. Kira ni simpan tenaga untuk bekerja sepanjang March. Haaa..nak tahu? Bulan March nanti..aku adalah bekerja hampir setiap Sabtu kecuali 9hb Mac. Har har hadaoiiiiiiii.. 

Aku tak tahu nak cite pasai apa dengan gambar kemhow syok sendiri ni. Mungkin nak tunjuk, walaupun guna filter masa capture gambar..takde la jauh sangat bezanya selagi kulit kita sihat..kan? Sebab, aku rasa lawak sangat bila ada comment2 kat Instagram Siti Nurhaliza yang kata, Siti cantik just sebab Camera360. Ahaks..g la jumpa Siti tu sendiri..dia memang cantik and kulit dia memang la gebu.Guna  camera filter, lagi lah bertambah gebu Siti itu. Kadang2 ckp ikut mulut tanpa fikir ni bercampur lak ngn unsur2 dengki..memang ke laut lah kan.. 


NoFilter : Jelas kelihatan liang roma a.k.a pori2 terbuka. Begitu juga dengan jeragat..Eyebag juga kelihatan.
tapi takpe, kalau tak lawa pun..SENYUM SOKMO tau..SENYUM tu Penyeri Hidup ;)
Mana Filter? Mana NoFilter? 

All filter mode. Gambar besar filter mode : Natural. 

Ok la..netball time. Papai!

Wednesday, February 20, 2013

.. Happy time ..

Cak! Wat apa per? Aku tengah baring2 tunggu mesin baju berbunyi tet tet tet and masa untuk sidai baju..ahaks! Saja boring2 ni...jom update blog.



Hari ni masuk hari ke 3 training netball kat HQ ngn kazie and Ida. Walaupun masa balik terpaksa tempuh jammed and sampai rumah jam 8.30 mlm..kita org gigih jugak turun. Netball kot..benda yg aku sangat2 suka. Dah lama gila tak main netball and sementera ada training ni..tak yah la aku bersusah payah g berlari semata-mata nak berpeluh.

Seronok! Yap..my happy time. Walaupun tahu aku bakal2 pemain simpanan...still, i love netball very the very much! Oh My English! Hahhaa..aku tak g training English for Executive hari ni..bukan sebab dah pandai..tapi aku malas nak rushing dr kelas pastu nak siap2 ke HQ. Nanti kalau di panggil untuk next group..kena lah g.

Esok dan lusa dh last training..lepas Open Game on 23rd - 24th Feb nanti..back to normal life..lari utk berpeluh sebab dah takde training. Actually ada lagi 1 game on 3rd March, tapi aku tak dapat main sebab itu date sukan ABIM. 24th ni Mr.Abe fly. Outstation lah..apo laie. Maka terpaksalah aku usung anak2 masa game nanti. Kalau anak2 tak skool..dah lama aku ikut Mr.Abe.

Ok la..nantuk la pulak. Papai! ♥


posted from Bloggeroid

.. Gila sekejap ..

Apa la 'makcik' ni buat kan? hahaha...

Hah! Setiap hari tak sabar tak tunggu 5:15pm...nak g HQ, nak main netball. So..mengila jap. Kalau budak2 muda..call it as 'mengedik'...tapi sesuai ngn usia..aku call it as 'mengila'.

Papai! ♥

.. Quote : I am ME ..




Papai! ♥

Tuesday, February 19, 2013

.. Tongkat Dagu Gigit Kuku ..



Mode tunggu pukul 5:15 .. nak balik.

Aku masih mimpi di kelilingi ular.. emm.. mimpi berulang lagi..cuma berharap, kali ni..mimpi itu hanya mainan tidur. Cukup lah..dah tak mahu fikirkan benda2 merapu.

Papai! ♥

posted from Bloggeroid

Monday, February 18, 2013

Sunday, February 17, 2013

.. Hari ini dan Semalam ..

Assalamualaikum..hello world. Apa cerita weekend? Alhamdulillah..selepas 3 hari bertarung dgn sakit kepala..pagi ini aku agak fresh.

Semalam hari Sabtu, aku hanya menghabiskan masa seorang diri..layan tidur. Mr.Abe ngn anak2 ke Klang. Mr.Abe ada football tournament. Sebab tak sihat..aku bangun kul 12 noon...mandi..makan roti ceceh milo. Selera makan aku hilang sebab tak sedap badan 2 - 3 hari termasuk pening. Bukan pregnant ya. Hasil daripada tak lalu makan..berat aku turun lagi..hadoi! Rasanya dlm 46kg kot now. Malam, Mr.Abe bawak aku g RedWork..sib baik boleh makan. Lepas tu g Dataran Masjid Putrajaya...saja lepak2.


Memang happening Dataran Masjid ni malam2. Seronok tengok famili bergathering sesama mereka. Macam2 ragam. Aku leka tengok budak2 main belon and lepas tu Mr.Abe belikan budak2 lastik..layan main kejap. Kul 10 pm..chow balik umah.


Semalam balik dari Putrajaya, aku roger kawan ajak lari. Kalau aku tak lari..comfirm aku bangun lambat and tambahkan sakit kepala aku. So, kul 7 am bergerak ke Putrajaya. Masyu and Kamus nak lari sakan..aku lak decide nak lari lebih dr 8km tapi bukan 12km. Hahahha. Aku target 10km sebenarnya..tapi sakit perut nak yeyak la pulok. Aku memang tak follow Masyu and Kamus..mereka go for 11km++ naik bukit PICC wei..tak larat den. And memang tabik spring la kat Masyu..11km++, pace dia 6++km/h okek..hoi! Gilos.. aku sibuk tulis kat blog pasai orang kan? Biarlah..sbb ianya sgt memberi semangat. Tadi aku cuba lari pakai earphone..dah tak de kerja asyik betulkan earphone..haishh! Nak headphone please..


Tengahari..ke Alamanda..layan Movie - The Impossible. Kisah benar tentang sebuah keluarga yg berhadapan dengan tsunami kat Thailand. Hohoho..berjurai-jurai air mata aku sepanjang movie. Huaaa..sedihnya. Walaupun mati lemas tu syahid..doa aku, biarlah mati aku dan keluarga dalam keadaan sempurna. Amin..


Lepas tu..belanja famili makan kat Secret Receipes. Boleh tak tomyam kong takde? Kek choc indulgence takde..aiiii..apa la. Tapi sebab nak makan kek...duduk la order benda lain.

Actually, peha aku sakit sangat ni. Sakit otot. Macam ni la..setiap kali tambah KM..ada je penyakit nak lekat. Sebenarnya, tadi tak streching betul2..sibuk nak bersembang. Keh keh keh.

Start sok sampai Jumaat mungkin, aku dan Kazie akan berulang alik ke HQ lepas waktu opis utk training netball. Yay!! Rindu akan terlerai...23 dan 24hb ada Open Game TNB.

Okek..papai! ♥
posted from Bloggeroid

Saturday, February 16, 2013

.. Sakitnya!! ..



Mode : sakit kepala mcm nak hantuk kat dindiing.
Lokasi : atas sofa ruang tamu
Masa : 1:00 am
Situasi : menarik-narik rambut dan memicit kepala sendiri.
Persoalan : kenapa ni..hadoii!

posted from Bloggeroid

.. Apa nak jadi ..

Dush! Dah 3 hari kepala ni sakit sangat and semalam siap terdemam. Asal la entah. Setakat ni masih bertahan tak amik ponstan. Mungkin kena cari ruang untuk tidur lena dalam beberapa jam tanpa gangguan.


Gambar and kata2 ni aku snap dari buku Prof Muhaya 'Bahagia dan membahagiakan'. Mungkin tak sesenang kata2 lah kan? Tapi pada aku..cukup untuk reset minda sendiri. Cuba berkawan dengan semua orang tanpa mahu fikir dan peduli apa bakal org kata dan tak mahu amik tahu jika ada masih yang tak puas hati dengan aku dan juga tak mahu amik kisah dengan hal orang lain.

Sibuk memikirkan diri sendiri...apa nk jadi..apa bakal jadi..jadi ke apa yg aku nak jadi atau terus jadi manusia jadi-jadian..penuh dengan angan2...hiks! Apa arah tuju hidup aku ni. Pak mentua dh suh sambung study..mak sendiri suh timang anak lagi..hadoi!!


Aku nak jadi staff TNB..hahhaa. wat lawak jek. Sekadar gambar hiasan. Ikut akal yang waras..aku sebenarnya nak jadi surirumah. Kenapa? Aku rasa...surirumah adalah jalan terbaik untuk 1 perubahan dlm fasa kehidupan. Mengabdikan diri kpd suami dan anak2...byk sgt faedahnya. Malas mcm mana pun..kalau dah dok rumah..sure buat kerja umah..masak.. kalau tak perfect pun..at least something...kan ada habuan dariNya. Tapi nampaknya..Dia masih tak buka jalan aku ke arah cita2 yg satu ni..


Ok la..tido jom! Papai ♥♥


posted from Bloggeroid

Wednesday, February 13, 2013

.. Lawatan tapak day ..

Hari Rabu, 13hb.. berbaring2 atas katil. Sepatutnya turun training netball, tapi cancel. Mr.Abe dah g jogging coz 16hb ni dia football tournament. Ada game baru nak exercise ye Encik Abang. Aku lak malas gila nak lari..so..apa lagi..layan katil lah. Tak tido pun..just baring2..syok wey!!



Hari ni aku dan Mr.Abe cuti. Saja sambung cuti. Pagi2 dah ke bank..settle a few things regarding ASB termasuk buka akaun ASB utk anak2. Alhamdulillah..setakat ni..mereka 2 dh ada beberapa akaun simpanan termasuk SSPN..semua ni kerja babah dia orang.. ibu? Heee..ok kan jek.

Lepas settle ASB...terus ke Hong Leong PJ.



Yay! Alhamdulillah..this BHY is 100% Mine. No longer belongs to Bank. Tadi Mr.Abe buat fullsettlement kereta aku ni. Makacih. Kereta ni ada lagi 2 tahun kalau nak teruskan hutang. So..settlekan payment..and duit bulan2 yg aku bayar kereta..kita wat pelaburan lain. Aku ikut jek apa yg Mr.Abe rancang. InsyaAllah..semoga Allah mempermudahkan rezeki kami.

Balik dari PJ..singgah hospital Serdang, lawat Mader Kenet masuk sepital. Dah seminggu..baru tadi ada kesempatan. Alhamdulillah..tadi Mader dah boleh keluar and nampak dia sihat.

Lepas Zohor and lunch..terus ke Tabung Haji (TH) Putrajaya. Kemaskini buku and niat nak buku akaun for DH ...tapi ramainya ya Rabbi. Jadi kemaskini buku jek..and terus ke Abim amik anak2. InsyaAllah akan di usahakan juga buku akaun Tabung Haji for them.

Agak happy..total TH aku dah melepasi Mr.Abe so dgn seronoknya aku ckp 'yay..Duit za lg byk dr abang..za dh boleh tinggalkan abang...' hehee. Sebab sebelum ni..aku ingat tak dpt nak atasi amount dia. Tapi takut nanti kena tinggal..mana lah tau TH panggil dia dulu sbb akaun dia dh OK..so aku pejam mata je bulan2 sumbat byk2 dlm akaun. Bonus pun aku campak certain amount dlm tu. Alhamdulillah.. aku tak rugi apa2 pun menabung setakat ni.

Hanya berdoa ..semoga Allah tetapkan rezeki ini...namun, apa yang akan jadi masa depan2..esok lusa...kita tak tahu kan? Nauzubillah...

Ok..papai! ♥♥



posted from Bloggeroid

Sunday, February 10, 2013

.. Lesen B2, D ..

Hello! Hari ini, semalam, esok dan lusa ada hari curi sempena tahun baru cina. Tahun ni adalah tahun ular..ayok! Takutt. Hiks.

Cuti ni aku lepak Ipoh jek. Semalam sempat balik ke Serdang, Kedah - umah transit mentua sebab ada kenduri kawin. Alhamdulillah ..tahun ni tak kena jammed mcm last year..8 jam dalam kenangan. Kereta OK..just jadi slow sbb biasalah, yanh drive lane kanan tak mau ke tepi walaupun slow.



Petang ni...selepas hampir 15 tahun aku tak bawak motor ...tadi, dengan perasaan Yay!.. aku berjaya balik motor. Bertemankan Mr. Abe kat belakang..berjaya lah aku menggerakkan motor ni pusing kampung. Abe kata 'gear tak sehsuai'. Ala..ni kan ulangkaji..nanti okek la. Tapi bila tu..entah lah bila. Ala..aku kan dah lesen - B2, D tau. Hahhaha.

Zaman motor aku ni, adalah lepas SPM sampai aku habis belajar. Lepas tu dah stop bawak motor. Abah pun tak galakkan aku bawa motor..almaklumlah, anak perempuan sorang. Masa belajar, bawak motor kawan g tapau makanan jek..g kelas aku naik basikal. Kelass kan naik beskal..kuikuikui.

Okla..papai! ♥♥
posted from Bloggeroid

Friday, February 08, 2013

.. Komunikasi Itu Perlu ..






.. dalam hidup ni, apa jua nama hubungan yang kita jalinkan sesama manusia mahupun haiwan kesayangan..terutama dengan orang yang paling dekat dengan diri dan di sayangi TETAPI tiada KOMUNIKASI yang baik..umpama minum Nescafe O caroi!
 SEDEY! ..





Wednesday, February 06, 2013

.. Nikmatnya peluh ..

Wehuuu! Dah lama tak rasa menetesnya peluh sehebat ini. Lari 5 km pun tak senikmat peluh workout hari ni. Jantung pun berdegup laju...cuma berharap..esok lutut tak KO.



Apa yang aku dah buat sampai peluh nikmatnya mcm ni? Hari ini, bertemankan vomero5 dan stockin baru yang di rekemenkan oleh Masyu, aku gigih naik turun tangga quarters. Mula2 gigih berlari..lps tu terfikir..eh, naik gunung tak yah lari lah! Slow kadang2 laju..kadang perlahan..Hahha...punya gian nk panjat gunung, aku pilih utk panjat tangga.

Today workout :

8 tingkat naik turun
1 level = 20 anak tangga.
8 level = 160 ank tangga
160 x 7 round = 1120
1120 naik and turun = 2240 ank tangga.

Streching for 10 minit dlm umah.

Kalah naik batu caves ni. Syiok sangat.



Stockin dry-fit dari Nike. Kawan kata best. Yes, aku suka kalau bertukar cerita pasai sports ni. Sharing what is the best and apa yang tak. Tak salahkan share? So kita tahu apa yang perlu atau worth it to buy. Yang penting niat kita share tu dan jangan pk - taknak lah org lain lagi ada benda lagi bagus dr kita. Tapi tu lah kan..apa ada dlm hati..hanya Allah yang tahu. Setakat ni, aku love to share kalau ada orang bertanya..tp jangan la pulak fikir aku riak atau nak rasa aku nak tunjuk aku lebih tahu dr orang lain. Open minded okek.

Sedang aku sibuk sihatkan badan..Mr.Abe hantar Sms kata balik lambat, meeting tak habis lagi. Aku cuba pujuk dia exercise...susahnya ya Rabbi. Nnt dia sambung study..lagi lah ke laut..emm..Za doakan yang terbaik je lah utk kesihatan, kesejehteraan dan rezeki abang. Amin

Semalam aku just lari kat stadium for 4km lebih kurang 20 minits. Awal2 dh perkena bukit DSs dr umah..haha..terkejut lutut. Tapi seronok tgk geng abang2 lari semlm..Mmg sgt memberi motivasi..dah nama pun lelaki..stamina sure tebaboo.. salute!

Ok..nak mandi..

Papai! ♥



posted from Bloggeroid

.. Add Your Instagram Photos to Your Blogger Sidebar ..

Nak share pic Instagram kat blog? Hasil carian google, aku berjaya add Lyzaaabdrahim Instagram kat my blog. Hoyey! Tapi ini untuk user Instagram yang tak privatekan Instagram dia orang la.

My Instagram add Lizasukamenaip side bar. Suka dowh.. 

So how? senang saja. Sila layari : Add Instagram. Make sure 'username' di isi dengan betul. Kalau tak, tak keluar. Cuba lah!

Papai! 


.. Kehidupan ..



Papai! ♥
posted from Bloggeroid

Tuesday, February 05, 2013

.. Good nite quotes ..



Papai!♥
posted from Bloggeroidg

.. Kehilangan ..

Bertemankan awan mendung di sebalik jendela, matahari tak pernah menjelma, suasana muram durja. Terasa seperti satu kehilangan yang menusuk jiwa. Pedih tak terungkap, sakit tak terucap. Kehilangan itu memeritkan, menyakitkan dan membebankan. Tak tergambar oleh perasaan. Airmata tak tertumpah dan senyum terus terukir di bibir. Emm..sedihnya.

Hahhaha..ok tak intro? Apa yang hilang? Matahari ni haa...dah 2 ari aku tak dapat jumpa sunrise masa hantar anak2 pergi sekolah dan now ni kul 12.34 pm, cuaca sangat la mengusik jiwa. Kalau dapat tarik selimut ni..memang syok habis. Duduk dalam lab yang serba luas ni tanpa teman yang MC kerana sakit mata, adalah sangat boring.


Berbicara tentang kehilangan ni kan..sebenarnya, aku rasa mcm dah hilang arah tuju dalam hidup. Sampai bila aku nak macam ni? Orang lain berkejar-kejar sambung study, aku masih di takuk ini. Tak minat.Aku tak minat dah nak belajar. Tahniah kepada semua rakan2 yang ada semangat yang sangat wajar untuk belajar. Semoga Allah permudahkan urusan kalian. 

Aku ni ada satu benda yang buat aku kadang2 semput. Apa dia? KEHILANGAN. Ini adalah antara sebab2 aku takut nak naik flight ..sebab kalau jadi apa2, anak2 akan kehilangan. Aku juga takut KEHILANGAN orang2 yang aku sayang. Bukan sayang saja..yang sangat2 aku sayang. Tapi hidup ini kan Allah yang aturkan dan dia yang punya. Untuk capai tahap redha untuk sesuatu kehilangan, aku tak tahu sejauh mana kuatnya aku.





OK la...cuaca mendung ni mengudang sedih lah kan? Semoga matahari segera terbit wpun sekejap. Dah 2 hari matahari menghilang.. 

 Papai!


Monday, February 04, 2013

.. Jogging bersama Runtastic Apps ..

Assalamualaikum..

Duduk melepak kejap sambil update blog. TV terpasang cite Merlin di Channel DIVA.Merlin lama kot..tadi berkobar nak taip blog..sekali datang angin apatah..POTONG mode betul lah. Tapi angin tu kat tempat lain..ok jek. Emmm... Memang dari opis tadi, dah niat nak lari petang ni. Alhamdulillah, cuaca tersangatlah cunz. Berat badan dah naik lepas balik dari Indonesia dan dah lama tak berpeluh. So, aku paksa diri juga untuk turun. Dalam kepala dah target..just a slow jog, nak rushing and target lari dalam setengah jam and more than 3km. Dengan kasut baru dan juga running shirt from Brooks...terasa sesuatu. Okek..aku mengaku, Ravenna 3 from Brooks ni memang best. Baju itu juga.


Ada peningkatan on Pace. ;)

5KM EZ run..

Runtastic apps ni agak menarik. Tapi tak faham mende..kah kah kah..

Ni kali ke dua aku run guna Runtastic Apps ni. Agak menarik dengan voice beri info every KM kita run. Tapi sebab ni Beta, sampai 2KM je la dia bagi tahu..rasa mana nak upgrade tapi kena bayar. Selain dari tu, apps ni ada color tunjuk cara kita lari - Merah, Kuning dan hijau. Atau ada sapa2 tahu apps yang boleh bersuara dan buat macam apps ni tapi for free?

Nampak tak gambar rabbit and snail kat apss tu? Hahaha..masa yang rabbit tu..kawasan tu ada hanjeng. Adoiyayyy..sib baik la depan aku ada mamat mana tah, so dia awal2 dah kutip kayu nak takutkan anjing. Aku follow laju belakang dia..takut seh tinggal sorang. Kat mana tu? Biasa la..antara COIT dan Stadium. Aku ingat nak ke route  Murni, so jauh sket..sekali ada 3 ekor hanjeng sudah menunggu and mamat tu dah belok ke stadium..maka, aku pun tukar route. Masuk stadium. Dapat 2 bulat besar full run dan 2 bulat kecil slow jog. Kira run kali ni aku boleh mainten non stop more than 3KM. Emm..sebab kasut kah? Keluar dari stadium..turun bukit sebelah Ilmu..memang tebababoo la laju. Sekali depan Ilmu..budak-budak tahfiz tgh nak g masjid. Halamak..malu la pulak. Baju running aku agak pendek and seluar agak tight..so, aku stop lari..and lenggang mak limah. Segan lak..huhuhu. Lepas tu..baru sambung lari balik..slow jog sampai quarters. Lupa nk stop apps kat enpon..jadi lah 39.43 minit utk 5.30 KM ni..emm..rasa mcm larian petang ni memang best sgt. Tak berapa penat..



Running attire. 

Ni 1st time aku lagi dengan kasut and long sleeve Brooks ni. Baju itu memang sangat best. Tak ketat sebab dia bukan compressor shirt. Cuma pendek sket la. Tapi aku sangat selesa. Kasut itu juga sangat best. Berbaloi beli wpun harga nya boleh tahan sebelum less. Lepas less..rasanya, harga kasut tu Okek. Since kaki aku sebelah kiri adalah Neutral Arch dan kanan low arch..sebelah kanan tu terasa sket bumi. But sangat OK. Suar tu, antara suar peberet aku. Suar cap ayam dapat masa main netball utk HQ. Sedap wei..sangat grib di peha. RM29 jek. Aku pernah nampak suar ni kat Warta..nanti leh g cari lagi. Cuma kalau orang pandang..tak berapa sedap lah kot sebab ianya agak tight di bahagian peha tapi tak kecik kat bahagian bawah. Just ngam with me. Jam Suunto tu memang running gear..tapi takde GPS la..ada HR belt je..tapi mana letak entah. Just nanti..aku nak cuba lari dengan headphone bukan earphone. Sebab sakit tinga tersepit ngn tudung. Kena cari proper headphone for sport lah kan? Hahaha..beriya kan? Padahal lari sebulan 2-3 kali je...hahahaha...takpe. Janji semangat ada. Aku nak belajar berenang...sampai now tak pandai2. Sadis! 



Running shirt Brooks punya info.

Air kegemaran. Lepas run, minum air ni, buang angin. Sebotol ni tahan 2 bulan sebab minum bila perlu saja. 




19 Jan aritu, alhamdulillah, di murahkan rezeki utk memilik Odyssey. Sampai sekarang, aku masih tak punya kesempatan nak drive kereta ni. Macam tak konfiden lak sebab panjang sangat. Mr.Abe suh gak aku bawak, aku yang tak nak. Kawan-kawan yang tahu pasai kereta ni pun dok tanya2 bila nak bawak. Emm..belum ada nafsu nak bawak. Pernah bawak sekali je. Sebab Optra5 dulu, aku yang banyak jahanam kan...hilang fokus sebab serabut..semua benda aku langgar. Hahahaha. Lagipun Mr.Abe cakap, fuel kereta ni lebih kurang Lancer aku..so kalau dia bawak p Klang hari2 pun..tak ralat apa2 kan? Cuma milage ODC ni akan tinggi lah kan. Tengah bina keyakinan nak drive keto ni.Dah la semua bahasa Jepun kat dalam dia..kena study dulu. 

Niat utama beli kereta ni walaupun anak tak ramai...tujuannnya, nak bawak famili jalan2. Takde lah berhimpit dengan anak2 yang semakin membesar. InsyaAllah, 1st trip nanti ke Tioman bawak mak abah dan terus ke Kuala Terengganu. Mak nak sangat tengok masjid kristal. Semoga di permudahkan Nya. Mr.Abe bercadanga nak buat full settlement utk Lancer aku. So lepas tu bayar 1 kereta ni jek dan aku boleh melabur duit kereta yang tak payah bayar dah every month. 

Ok la..terpanjang lak cerita.

Papai!!


.. Let Go ..



Papai! ♥
posted from Bloggeroid






Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!