Wednesday, October 31, 2012

.. Konvo oh Konvo ..



Adehh...tertidur lak petang2 ni. Penat lah badan. Kaki apatah lah lagi. Dah la kaki kiri ni asyik kebas and nak cramp jek. Apa hal lah pulak. Kena lak musim hujan ni, sejuk sokmo..lagi la risau dgn kaki ni..

Kenapa penat sgt? Aku rasa since hampir 2 bulan tak abis2 ngn event student. Dengan tak sepenuh jiwa, memang kerja2 ni semua memenatkan. Now ni, pagi2 dah kena ke galeri settlekan amik jubah..lps tu terus ke dewan untuk konvo pulak. Nampak tahun ni agak kelam kabut sket set up lambat. Biasa 2 minggu berkampung..tahun ni, 4 days before konvo. Kul 4 petang, aku kena ke galeri semula jenguk and settlekan event ambil jubah. Mungkin sbb peningkatan usia ..terasa penatnya alahai.

Aku suka tgk gelagat orang sambil bekerja. Tadi masa rehersal konvo..ada la drama sebabak. Alahai..kehidupan. Pesan aku pada diri sendiri..tak perlu lah sibuk nak judge org lain..cuba letak diri sendiri dlm setiap situasi yang berlaku..mampu kah kita jd sehabis baik atau lebih baik dr apa yg kita lihat? Masing2 ada tanggungjwb dan masing2 ada cara hidup sendiri..kan? Kadang2 rasa mampu utk jadi lebih baik belum tentu kita yg terbaik selagi kita sendiri tak tempuh pengalaman itu.

Dan..aku lapar. Tapi lately tak lalu nak makan nasi terutama malam2. Emm..dan dah lama juga tak bersukan. Takpe lah..korbankan lah apa yg kita suka kalau apa yg kita suka tu buat keadaan huru hara.

Hujan lagi....sejuk deh! Papai!!

posted from Bloggeroid

.. Danish yg kecundang ..

Wajah Kecewa seorang Danish
posted from Bloggeroid

Danish Hakimi seperti berada dalam tekanan sejak bermulanya peperiksaan akhir tahun lepas baru-baru ni. Tertekan untuk mengekalkan kedudukan No 1 dan tertekan kerana tak mahu masuk kelas paling bawah next year. Bercita-cita untuk masuk ke kelas Abu Bakar, kelas paling atas di sekolah dan tak mahu kekal dlm kelas Hamzah. 

Setiap kali dpt markah peperiksaan, ada peningkatan dari peperiksaan penggal pertama TAPI nampaknya, ada lagi kawan2 dia lebih meningkat. Tekanan Danish semakih hebat bila..dia bukan saja gagal duduki tangga pertama..tapi dia hanya mendapat tempat ke 6. Nampak kekecewaan di mukanya. OK tak no 6 tu? Aku sbg ibu, agak ralat la sedikit sebab dia pernah dapat No 1..tapi kalau tengok peningkatan dari segi pemarkahan..OK je No 6 tu. Cuma aku tak mahu dia berpuas hati..sedikit tekanan aku beri. Bukan membebel..tapi sekadar nasihat. 

Tiba-tiba dia cakap 'Danish nak jadi pemain bola lah ibu.' Aduihhhh! dah sah penyakit aku dah melekat pada dia..naik darjah 4, pelajaran aku merosot sebab sibuk dengan Kokurikulum. Emm..bukan membantah sebab aku faham apa yang dia rasa..tapi cuma tak mahu dia abaikan pelajaran. Aku pula yang stress. Uhuk..salah aku ke ni? 

Kata babah 'Biarlah dia...biar dia rasa pengajaran dan ada pengalaman'. Emm..since babah yang bijak bistari pun dah cakap mcm itu..ibu lah yang takde apa2 ni..akur je lah. Cuma aku suruh senaraikan pemain bola yang betul2 berjaya dari akademik dan games. Susahkan nak ada? Aku dulu main pun..takde la cita2 sampai nk p main peringkat Negara...aduiii la Danish. 

Tak apa lah Danish..apa2pun, doa yang terbaik dari Ibu..sentiasa ada untuk Danish. Cuma jangan lupa ibu dan babah bila dah besar dah lah. Nauzubillah. 

Sedih tengok dia sedih..tapi tak boleh tunjuk sedih supaya dia ada perasaan menyesal dan kecewa. Hidup ni tak senang. Nak senang pun bukan senang...nak susah tu memang senang..Semoga dia belajar dari kesilapan dan tahu potensi diri. Apapun2, alhamdulillah..Danish and Dania anak yang senang di jaga .. syukur.

OK..papai!


Monday, October 29, 2012

.. Move On..Be Strong..



You Never Know How Strong You Are Until Being Strong Is The ONLY Choice You Have.



.. Korban Dania ..


Em..kesian Dania, terpaksa korbankan rambut kesayanganya. Habis lah angan2 dia nak jadi PRINCESS. Ni kali ke dua dia terpaksa korbankan rambut. 1st time, aku rasa, 2 tahun lps. Kali ni, kerana benda atas kepala tu lagi..dia terpaksa korbankan rambut sempena korban Aidiladha. Eee..pelik laa..parents lain tak perasan ke anak2 dia org ni ada kutu? Aku dah korbankan rambut Dania, pantau ari2 dan dah bubuh ubat kutu...Now ni just nak clearkan hampas2 telur jek..Akan aku usahakan sampai dia selesa .. kesian lah. 








Dania new look..dah mcm anak Cino..tapi cino tak putih..hahahaha.

Ha..ni baru kembar seiras kan? Aku  pun tak tau kenapa orang kata muka Nia mcm aku..bukan mcm babah ka? :)
posted from Bloggeroid

Thursday, October 25, 2012

.. Salam Aidiladha..



Tak terluah apa yang terbuku..
Tak terjangka apa yang berlaku..

Tak belajar dari kesilapan..
Aku manusia sentiasa alpa dan sering lakukan kesalahan.

Kepada semua yang mengenali..Salam Aidiladha untuk semua..maafkan aku seadanya.

*sigh..emm..

posted from Bloggeroid

Tuesday, October 23, 2012

.. Mengenang masa depan ..



Ewahh!!! Koya tak title post? Tapi betul lah..sampai bila aku nak mcm ni? Merungut tanpa usaha? Salah aku gak kan? Ahaks..layan sentimental lak dalam galeri ni buat testing untuk konvo. My partner demam. Ada lagi 4 pc ni..go liza go!

Sihat tapi tak kuat. Gigih tapi lemau..hai lahhhh Liza.!!

Papai!!
posted from Bloggeroid

Monday, October 22, 2012

.. Ada apa dengan JPO ..

Tiba-tiba rasa ada masa sengang sket arini..dengan mood MENGANTUK..update blog la kejap. Asal tah badan ni mcm tak strong dah sejak dua menjak ni. Kaki kiri lak asyik nak cramp jek walaupun jalan biasa2..time tido apatah lagi. Mungkin dah tiba masa aku kena amik suppliment..kan? Tapi tu lah..aku ni, bukan jenis percaya sangat dengan suppliment ni. 

Pagi tadi, Ustaz Motivasi IKIM.fm cakap..'rumah kalau dah tak selesa, renovate lah!' ..wah! mendalamnya maksud. Banyak la benda yang dia beri tafsiran..dan yang paling best - 'Suami..kalau rasa isteri dah tak strong lagi..dah tak lawa lagi..renovate lah! Jangan tau complaint je...bagi modal untuk renovation'..hahahaha..sadis nya ayat tapi betul gak kan? Tet!! ni bukan nak kaitan ngn umahtangga sendiri..tapi kpd yang dah kawin..menarik ni utk jadi tatapan.

Semalam on the way back dari Pasir Gudang, wajib lah singgah Johor Premium Outlets a.k.a JPO. Orang selalu cakap..buat apa p situ banyak kali? Bukan best pun. Sama je rega. Ha..kenapa aku suka singgah sini? Tipu lah SUKA kan..bukan selalu pun balik Johor..em, ni maktok pun dah meninggal..mungkin lah makin kurang aku nak balik sana. Ok..apa ada dengan JPO? Ada macam2 kedai...TAPI pada aku pun, tak semua nya berbaloi dan murah untuk di beli. Setakat pergi 3-4 kali ni, aku memang tuju ke Sports Outlet jek - NIKE, PUMA dan ADIDAS..yang lain2, aku akan masuk COACH untuk compare harga. OMG! Still tak berbaloi nak beli kat COACH JPO ya kawan-kawan. Aku lebih suka Coach online direct from US. Kawan sendiri kot..so takde masalah nak kena tipu ke apa..InsyaAllah. 





Terus-terang, aku lebih suka branded item kecuali baju aku pakai hari2.. Means, dari segi kualiti, memang lah tak di nafikan..TAPI..aku bukan jenis beli semborono membeli. Aku memang tak akan beli direct dari butik2 kat Malaysia ni. Mr.Abe kan dah jalan merata dunia..dan bila dia boleh bagi tahu aku harga sebenar barang2 tu..hukhukhuk, memang telah air liur je lah kan terutama branded item from US. Tapi dah tak mampu nak fly selalu, aku akan minta kawan dekat US tu belikan wpun dia dah markup, still murah berganda-ganda dari Malaysia. Now ni, Alhamdulillah, aku dah ada kawan di Europe..so, memang direct dia je lah kalau nak apa2. Cuma..tahap kesabaran kena besar lah..kena tunggu 7-10 hari bekerja untuk barang sampai. Ala..tak lama pun kan?

My sport attire..Top to toe.
Track bottom tu Rm120 - harga asal RM179
yang lain2 pun sama, mesti murah at least paling koman RM50.
Body tight tu aku beli kat Al-Ikhsan..clearance tapi ada size..OK what? 
Berbalik pada JPO..kalau korang rasa mampu, still boleh beli lagi barang-barang kat situ compare dengan beli kat Butik kat KL. Murah dalam 20-30% gak lah. Macam GAP, Pony dan few brand for budak2, semua barang tu made in Malaysia, kilang ada kat Batu Pahat..so, memang sangat murah..boleh rembat. Levis pun OK..cuma, dah nama pun Outlet, jangan mimpi lah nak design baru. Kita akan outdated untuk at least 6 bulan..Alahhh! siapa kisah kan? 


kasut bola untuk Danish dan kasut jenjalan untuk Dania. Harga? tak ingat daaa...sebab Mr.Abe dok dalam keta, dia penat dan mengantuk kerja..apa lagi, aku? Pantang laahh..takde AES..hahahhaa..
Wallet Fossil untuk Mr.Abe. Orang laki ni, kalau tak paksa, or tak belikan, memang akan pakai la sampai bila2 barang yang dia orang ada kan? Ni pun dia nak pun sebab ada diskaun separuh harga..and amik paling murah yang ada kat rak tu. Aku ni, walaupun orang nampak Mr Abe lebih 'membela' aku..tapi ada lah benda2 yang aku buat..bukan lah takde apa2. Talipinggang dah rasa selebet..sila tukar..baju dan seluar, aku pantau...dan kasut, cukup 2 tahun, memang aku paksa beli baru atau belikan. Aku rasa, isteri2 lain pun mcm ni ...kan?? 
Semalam baru aku perasan, surau dlm food court JPO sangat selesa..tandas juga. Menarik ni kan? Cuma aku belum try makan kat food court tu..mahai ka? Tak tau la pulak. Cuma pernah makan Baskin Robin je..harga? sama je lah kat mana-mana..Sbb BR bukan Outlet ya...basi lah pulak icecream tu kalau icecream pun di outletkan.. hak hak hak. 

Masa dalam perjalanan balik semalam..aku cakap kat Mr.Abe, berapa aku dah perabih..apa lagi, sedasss la kena. 'Suka-suka hati je kan abiskan *tet* senang2'.. Heeeeee..OpPsss.. I did it again! ngeh ngeh ngeh. Alah..sekali-sekali aku belanja....takde la kata perabih duit laki jek..kan? ;b

OK..dah Asar..Jom Solat!

Papai!!! 



.. My head is full of ZzZZzzZZz ..

Ikut hati, nak amik halfday arini..sangat..sangat and sangat mengantuk dan berlanjutan sampai now. Dush!!!..apa ke heynya ni yong....Help!!



 Cepatlah malam.......ZZzZZZZzzz..
Papai!!

Saturday, October 20, 2012

.. My Saturday ..

Hallo..melapor diri nun jauh di selatan...famili time!

Ni race kits BSN Putrajaya Nite Run yang akan di run kan malam ni. TAPI ...emmm..apakan daya, kuasa suami lagi besar dr isteri...TIBA2 En Abe kata, dia outstation. Dengan automatik, tersedih la kejap sbb aku ada run..dh bg tau dia lama dah. Since dia nk outstation dan takde sapa nak jaga anak utk Run..maka..di sini lah aku, membontoti dia.


Kalau dh sampai sini..memang wajib singgah sini makan sikap goreng. Tengah lapo..mmg sangat heaven lah memakan sampai tinggal tulang. Nasi pun 2 pinggan. Bukan lah sedap sgt..tp style ni payah nak dapat kat tempat lain..kan?


Alhamdulillah..cuaca ok hari ni kat sini. Hujan ada la jugak sket2.. Semoga kat putrajaya pun cuaca ok semasa untuk kwn2 have fun running.Dania dok pujuk aku nak mandi kolam...mcm2 lah idea dia..kul 6 baru betul2 tak hujan..so aku bawak la turun....

Emm..aku seikhlas hati..nak minta kasih sayang, sesiapa yang baca blog aku termasuk kawan2 terdekat kalau ada...pls..tolong..jgn fikir bukan2 dgn setiap benda yg aku tulis...it just benda yg aku luah utk ingatan aku sendiri..aku takde niat nk cari pasal ngn orang or nak jd drama queen or what so ever..pls eh.Kalau ada terasa apa2..boleh direct je ngn aku...aku ni open..cuma kena lah open juga..

Isk..kang merapu meraban lak..ok papai!!!

posted from Bloggeroid

Thursday, October 18, 2012

.. Sushi Bonanza ..

Cak! Perut berlagu rancak ni..lapo banget..kena lak dgn hujan..dush! Semalam Mr Abe ajak makan Sushi. Sushi King tengah buat Sushi Bonanza...apa tu? Haa..semua rice based sushi hanyalah RM2 sepinggan..

Dah nama pun murah..maka, kena lah berbaris. Nak makan kena ada member kad untuk sushi bonanza. 1 kad boleh bwk max 5 orang jek.


Banner Sushi King Bonanza..benda ni ada kat tenet and FB. Mula2 plan nk makan ngn member2..tapi sibuknya ya Ampun...maka, makan ngn famili je lah..best gak, ada banker..kan? ;)


Sushi salmon adalah antara sushi paling mahal kalau hari biasa. Rm6 sepinggan. Jadinya..time ni, sangat lah heaven..makan dan makan dan makan solman..bestnya.


Semalan makan di Sushi King Alamanda. Aku rasa, yang kat Alamanda lagi fresh compare makan kat Sushi Mines masa Sushi Bonanza hari tu. And sushi sentiasa banyak and cepat di tukar..isk! Terliur la pulok...




Ini adalah hantu Sushi...just lucky..1 famili aku sangat suka sushi. So takde masalah nak lepak sini selalu.

Huhuhu..laparnya..!!

posted from Bloggeroid

.. Life Quote ..

Okek..lunch time. Aku masih di bilik meeting..bukan kena sambung kerja, tapi malas nak keluar. Lagipun kenyang sarapan. Dah 2 hari keluar sarapan lambat sebab ada paper work yang bos suruh duduk berkampung dalam bilik meeting dan 2 hari juga sarapan bersama bos dan partner. Makin banyak aku belajar proses, flow and setting..makin panas bontot aku tak suka kerja ni..hahahaha. Bayangkan berapa puluh sistem yang ada..aku dan partner WAJIB tahu flow, setting and kena troubleshoot kalau ada masalah...belum termasuk setting for Online event..and belum masuk routine work layan user..dushh!! Stress!! Hah, nampaknya, makin rancak aku merungut kan? kuang kuang kuang...takpe, merungut kat sini je..kerja tetap buat..itu lah aku. ;)


Dari malam semalam, aku leka browse web kat atas ni..baca Life Quote. Seronok gak. Banyak benda boleh belajar untuk nasihatkan diri sendiri. Aku pun jenis kurang bercakap ..so, kalau ada masalah..aku lebih suka diam and nasihatkan diri jek. Alah..kalau mengadu kat orang pun..tak kemana pun...sebab diri kita..hanya kita saja yang boleh control. Cuma yang jadi tak best,aku berasa menjadi semakin pemalas dan senang nak marah. Siapa mangsa? Orang2 yang terdekat dengan aku lah..hiks. Dan kalau malas dah fikir benda2 yang menyesakkan kepala aku..aku pilih untuk - DIAM! 

Now ni, aku tengah fikir benda2 yang seronok nak buat tapi tak tahu apa benda. Nak cuti memang dah tak boleh. Nak buat apa ek? Ada idea? Macam nak balik kampung je...Yeah! itu perkara yang paling seronok...tapi..emm..tunggu Raya Haji je lah kan???

Apapun..selemau mana pun aku...aku bersyukur sebab hidup dalam situasi yang mungkin tak semua orang dapat. Alhamdulillah...pinggang pun dah OK wpun kadang2 ada sengalnya. Nak turun netball ..aku dah malas. Nak jogging? lagi laah....ke laut la jawabnya. Sapa2 yang lari BSN nite run nnt, good luck lah yaa... I wanna let go..MALAS! 

Emm..dah lama tak naik kapal terbang kan??? .... 

Papai!!

Wednesday, October 17, 2012

.. Ku Pohon ..

.. Mencari Cinta ..



Suka lah..minat lah..ikhlas lah. Jatuh lah CINTA!! Dah setahun bersama..namun sukar betul untuk happy bersama..saban hari memujuk diri sendiri..tapi masih tak sepenuh hati.. Emm..apa lah nak jadi. Macam ni lah aku..once dh suka or sayang..susah nak lepaskan..tapi kalau dah tak suka...parah beb! Namun kalau aku suka pun..tp apa yang aku suka tu menyusahkan kan aku, lambat laun akan ku tinggalkan jugak! Dan sejak meningkat usia..aku cuba positif..pujuk hati utk jatuh cinta...emm..apa yg aku nak cakap ni adalah hal KERJA ... Hikss..

Ohooiii...come on Liza..ikhlass lah seikhlas rasa..semoga at least ada sedikit pahala coz berkerja keranaNya. Hari ini seharian duduk dlm bilik meeting bersama partner dan bos buat documentation work flow and esok..sambung lagi. So far, mcm best lak dok wat kerja mcm tu..ada input..ada output dan lupakan dunia luar.

Sabtu ni ada BSN Putrajaya Nite Run. Register dengan dengan sorang kawan sbb saja nak try lari malam, ingat takde kawan lain join...rupanya yang lain pun join..emmm... Takpe lah..dah biasa mcm ni..sedar kan je lah diri..kawan lom tentu geng! Dan setiap petang adalah hujan..apalah harapan nak fitkan badan..kalau Sabtu ni hujan lebat tak henti2..bagus gak! Tak yah lari..tiba2 aku jadi malas nk bersosial. Gerak hati kadang2 menyatakan..aku tak di perlukan..tapi di perlukan hanya jika perlu.. Better aku buat hal sendiri..ye dok?

Kadang2 aku tersenyum sendiri bila teringat kisah lama...duluuu..aku di jadikan org tengah utk beritahu kwn2, jika sorang member tu join..benda yg di rancang tu akan cancel...tapi now ni..benda tu mcm dh kena kat batang hidung aku sendiri..hahhaahahaha..sungguh Hukum Karma..takpe lah..terus lah judge aku dgn kesilapan lalu..aku pasrah. Sebab aku tahu hukum alam..masing2 ada habuan.

Okek..chow! Papaiii...

posted from Bloggeroid

Tuesday, October 16, 2012

.. My BLURY day ..


posted from Bloggeroid

Selepas puas tdo selama berbelas-belas jam dari mlm Ahad hingga ke petang Isnin semalam, hari ni aku datang kerja dengan penuh selebet dan BLUR. Kul 10 ada meeting yang aku sendiri dah terlupa..dalam dok nak prepare, datang Puan dgn Dr.Azri nak explain task utk aku yang aku rasa out of JD..makin weng kepala aku. Masa Dr. Azri dok xplain, bla bla bla..aku entah kemana-mana melayang. Apa menda ni? nak kena buat apa ni? Ohooiiii...maka, tak de sepatah soalan pun keluar dari mulut aku dan tiba-tiba -OK DAH. Masuk meeting...kebluran makin terserlah bila ada soalan yang aku lost nk jawab..dush!! 

Aku sangat Weng dan Blur now ni..rasa mcm jetlag pun ada. Mungkin terlebih tido atau penat dgn game pun ada. Tak penat pun game tu ..mungkin penat travel. Dah la aku tido semalam, sekali masuk tido pun awal..makin pening la kepala. Masih melawan sakit pinggang dari semalam..cuma hari ni getting better..memang la Out Of Mood. 

Saya adalah trying so hard utk flush everything yang tak relevan dlm kepala ni. Dan aku agak nak marah dengan user yang terlupa nak buat kerja hakiki..lepas tu sesedap rasa minta aku ubah setting supaya dia boleh buat kerja dia balik..lepas tu hantar email lagi tny step kerja yang sepatutnya dia sendiri tahu..aishh! itu bukan kerja aku lah..aku just teknikal support! Buat masa ni..aku wat bodoh dulu...aku pun tak leh nak berfikir...

"Memerlukan dan di perlukan itu adalah kawan..bukan hanya di perlukan itu kawan."


.. Ya Kah? ..


posted from Bloggeroid

Friday, October 12, 2012

.. Kenapa Dik ? ..

Dalam aku dok melawan kesakitan, dengan tak tahu posisi nak duduk macam mana..anda dah berapa kali ulang alik kuar bilik nak longgarkan pinggang - bangun duduk..bangun duduk. Duduk tersandar mcm orang takde pinggang..tiba2 datang la pulak kakak cleaner nak vacum bilik. Alahaiiii..baru dpt posisi best and santai...dah terkial-kial bangun. Kakak tu pun vacum dan aku lepak luar bilik opis sambil wat streching. Vacum done..kakak tu pun keluar..dia pandang muka aku  lalu keluar soalan : "kenapa dik? nampak tak sihat jek?" ...huhuu...alamak! perasan rupanya aku dah macam ayam berak kapur dengan muka kerut merut menahan sakit. "Emm..takde apa kak..sakit pinggang." ..terus aku masuk and duduk semula.


Semalam dan hari ni, belakang bertampalkan koyok dan hidup berbekalkan paint killer. Sehari dua kali TAPI arini lupa nak amik and tak bawak. OKek..mahu pulang. Packing pun belum lagi ni..Doakan saya cepat baik ya... 

Papai!

Thursday, October 11, 2012

.. Menahan kesakitan ..



Tak boleh tahan - sakit!! Tak tahu kenapa, lepas traning tadi..tiba2 pinggang sakit sangat. Tak leh bongkok..aku cuba buat streching..tak leh diri tegak lak.. Huaaa.. Apa hal ni?

Now misi mencari koyok seperti di gambar. Sakit weii..nak leleh air mata..takleh duduk lama2..xleh bongkok...and kaki kiri dh kebas.. Nak pakai suar pun terhegeh2 nak angkat kaki...uhuk!

Apakah harapan utk esok? Takutnya tak leh bangun pagi sok.. :(

posted from Bloggeroid

.. Platinum sudah ..




Just received Business PLATINUM card from CiTiBank. Wow! Platinum tu. Tak tahu lah kenapa di upgrade ke Platinum. Nak kata Gaji dah PLATINUM .. idak jugak. Dah 12 tahun kerja..masih di tahap BRONZE je gaji aku. Mungkin kerana KESETIAAN bersama CitiBank sejak 13 tahun lepas and tak pernah missed buat payment. 

JUJUR dan SETIA memang banyak faedahnya kan? hiks...

TAPI sayang lah CitiBank oiit! Aku dah jarang swap kredit kad now ni.. lebih selesa guna debit kad. Em..apapun, kad kredit kena ada satu at least. Senang nak berurusan secara Online dan juga CitiBank adalah worldwide company. Boleh guna kat mana-mana dan boleh keluar cash terus..tapi sendiri tanggung interest lah kan..so far, tak penah buat lagi lah. 

Tukar topik jap..perut ni wat hal balik ..makan je nak yeyak. Huhuh..parah ni. Aku perlukan tenaga untuk tournament nanti..tapi kalau asyik mcm ni..MASAK lah. Pagi tadi dah loya2 sebab takde apa dalam perut. Ke sebab aku skip lunch eh? But takde la tak makan apa2 during lunch..roti tu karbo gak..uhuk! Erkk..dah memulas..ayooo..

Papai!!

Wednesday, October 10, 2012

.. Aku Rindu kamu BLOG ..


Rindu sama kamu BLOG. Harini rehat sekejap dari kerja2 event sebelum sambung semula dengan event Konvo 2013. (ni aku taip pagi tadi..now baru leh sambung balik).

Angin aku agak up sket arini..ada benda yg buat mood aku swing. Emm...apa la aku ni kan? Tak mahu belajar dr kesilapan. Hai la Liza..apa lah nk jadi ni. Tadi aku balik time lunch..apa lagi? Tidur laaa..kalau dah sampai bab cari katil waktu lunch, something wrong somewhere lah itu maknanya. Bangun kul 1.45, makan butterscoth cicah nescafe Gold. Alhamdulillah. Lagipun, rasa pinggang ke bawah dah naik bagai di pam2..dah tak selesa...so back to my style, lunch time, balik rehat ..makan ringan2 je.Lagipun Mr. Abe dah tegur 'Kenapa pakai suar ketat?' ..ngehhhh..bukan suar ni yang bersalah..badan ni la yg naik sudah. Kalau beli M kang..jenuh pulak nak jerut pinggang. Aku pun tak tau nak cite apa ni. Di hati aku ada sedikit terkilan. Bila org kata Rahsia..InsyaAllah,aku simpan as Rahsia..tapi kenapa bila aku kata Rahsia..rahsia tu tak pernah nak jd rahsia. Takpe la kan..salah diri aku jugak..terlalu terbuka membuka kalam and terlalu mudah selesa dengan orang. Emmm..tak selesa lah! 

Untuk elak aku merepek meraban dan meroyan...jom layan ni :

Semalam Ustaz Don datang ke Uniten, tapi di sebabkan tugas, tak dapat lah nak g mengadap beliau. Ni pun curi2 masa tengok..byk gak part tertinggal ..layan gelak dengan member je kat belakang lab. Belasah je pasang kuat2. 
Ini lah pemandangan yang aku hadap selama seminggu lebih. Nice scenery and suka lak dok situ. Cuma tak tahan sejuk saja. 
Orang kata, kalau dah suka...apapun boleh jadi kan? Tengok lah ni..hahahha. Sebab semalam hujan, kita orang training kat sini. Mula2 buat kelas dulu..belajar teknik, lepas tu, wat passing. 
Lepas training, ada gak yang buat aktiviti ni - main ceper. Danish la bawak ceper. Pecah gelak dia orang main benda ni. Nostalgia kan? 
Tauhu bakar..salah satu peberet aku. 
Semalam, RTM tayang semula HMI Siti Nurhaliza tahun 1998. Apalagi, mengadaplah. Comel sgt dia masa ni. Sambil layan tv..sambil berFB dgn kwn2 yang aku kenal sebab CT ni.

Ada orang kata, aku ni mcm tuan puteri..macam diva bila time bersembang, aku suka sangat ckp, 'Tak tahu, abe yang buat' and aku pun selalu sgt cerita pasai suami kot. Susah juga bila orang salah tafsir ni kan? Dan aku lak..bila bercerita..sangat bersemangat, tak terpk nak riak ke apa..just nak share something good. Memang aku selalu cerita yang baik2 pasal suami aku dan aku tahu, semua tu menampakkan aku sebagai ISTERI YANG TAKDE APA2..eemm..takpe lah. Diva ke..Puteri ku, aku kena terima lah kan. Sapa suh celupar sangat mulut bercerita.Aku pun ngaku..aku ni bukan siapa2 and isteri yang biasa2 saja...kesian Mr.Abe dapat isteri macam aku kan? 

Bila aku dah mula berdiam diri and OK kan apa saja yang jadi..maknanya..aku dah tak amik pusing lagi apa yang terjadi pada aku, kau dan mereka....

Bila nak cuti ni...............BORING lah!!


.. Pengharapan ..


posted from Bloggeroid

Sunday, October 07, 2012

.. Lari ..

Muka loya, nak muntah and pening...pancit dowh!! 

Bila lari takde geng..buat lawak sendiri lah kan..Peace Yo!

Nike Vomero +5 is one of the best running shoes..tp kalau dah pancit..apa pun tak guna. Baru pakai 3 kali, dah mcm belacan..kerana saya tak rajin membasuh .. :)

Tengah2 lari..ternampak matahari yg cantik ini..memang pantang tgk matahari..SubhanaAllah...

Ini namanya HANCURS. Biasa 25minit leh dapat 5KM..ni 3KM je..dah lama tak lari..sedey!! 
posted from Bloggeroid

Saturday, October 06, 2012

.. Hari ini ..

Budak bijak ini semakin banyak main..maka pelajaran dia sudah agak merosot.. sedey!

Hari ini .. aku bangun tersangat lambat. Balas dendam sebab kerja weekend for 2-3 weeks.
Hari ini .. Mr Abe sakit perut and demam. Jadi kami hanya duduk di rumah. Boring!
Hari ini .. Dania belajar masak nasi. Kami makan nasi yang di masak oleh Dania.
Hari ini .. aku masak lunch kerana Mr. Abe tidak sihat.
Hari ini .. Aku mengajar Danish Bahasa Melayu kerana result BM Penulisan dia sangat teruk.

Keh keh keh ... dah macam kelas bahasa kan? Ni semua gara-gara duduk mengadap Danish. Minggu depan dah nak periksa. Semakin dia besar...dia dah agak lalai sket. Banyak main. Emm...jadi mcm aku lak dulu2...sibuk nak main, sibuk dengan aktiviti kokurikulum. Bukan salah dia nak main, cuma, dia budak bijak..sayang kalau merosot kan? Aku selalu pesan..kalau nak jadi macam babah,belajar la rajin2..kalau tak, jadi lah macam ibu jek. Danish ni pandai..tapi dia careless. Buat kerja sambil lewa. Kadang2 bila tengok result, byk yang silly mistake.

Cuti sekolah dah nak dekat ? Tak sabarnya rasa..tak sabar nak cuti. Walaupun tak plan ke mana-mana cuti kali ni..tapi still tak sabar nak cuti. Hari tu,aku ajak Mr.Abe ke China bulan 12..dia ok jek and suh aku booking..tapi bila aku fikir2 and tny kawan2, best tak China especially during winter, dia org suggest kan tidak pergi. Kerana semua jd beku. Aku search google, memang betull..semua pun beku, suhu bwh -1 celcius. Emmm..jadi aku tak booking lah percutian itu. Haisshh..kenapa lah aku ni! Tak seronokknya nak kerja lagi... :( 

Okek..saya seperti di serang darah tinggi kerana mengajar Danish..sebab tu saya tak boleh jd cikgu...Roar!!! 

Papai!!!

pst : tidak salah untuk bersedih daripada pura2 gembira...


Tuesday, October 02, 2012

.. Pejam ..


Terkedip kedip mata ini ..terpejam sesaat, terjaga kembali sejak 9.30 tadi. Nantukk!! tapi tak 9.30 nak tido dah. Macam terasa penat. Nampaknya, aku masih menipu diri sendiri..berpura2 seronok dengan kerja yang aku tak pernah suka ni. Argghh!! Tapi pilihan yang aku ada? Bosan lah! Nak buat apa ni? Emmm... 



takde kena mengena dgn post...

Petang tadi, turun training netball untuk next game. Aku sebenarnya dah naik keliru nak main..byk sangat teknik yang aku tak tahu nak ikut yang mana. Kali terakhir masa main untuk Networking Games, aku di ajar 'stay and amik bola lop', but now dah rasa kelam kabut lak. Teruknya aku rasa.

Sakit tapak kaki..sakit tumit. Ni gara-gara jog guna training shoe minggu lepas. Kasut tu memang untuk training indoor or simen. Running shoes aku dalam Lancer yang di bawa Abe ke tempat kerja. Dushh...sengalnya rasa.

Okek..terpejam lagii mata ini....chow!

Monday, October 01, 2012







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!