Saturday, January 25, 2014

.. InsyaAllah ... famili ini akan bertambah ..

Hello!

Sejak beberapa tahun lalu, aku sering di tanya.."bila nak tambah anak lagi?".. "cukup ke 2 orang je?" .. dan beberapa soalan lagi yang maknan nya senada dan seiringan saja. Kadang-kadang aku jawab..kadang-kadang aku hanya lemparkan senyuman..dan ada pula yang seolah simpati pada aku sebab tak dapat2 tambah famili. Isk..mcm mana nak tambah kalau takde usaha ke arah itu..mungkin di fikirkan aku dah tak subur kot. Ngeee..

Hakikatnya, selama 6 tahun lepas, aku memang tak plan untuk menambah sebab... huaaaa.. 2 kandungan lepas buat aku fobia. Bukan lah teruk sampai terlantar dalam hospital tapi masa ngandung Danish, 9 bulan aku dlm kategori alahan dan masa Dania..6 bulan juga aku menanggung sesak. Ramai yg bagi semangat.. mungkin yang ke 3 senangkan? NAMUN....

Apapun..fobia tak fobia..memang terasa rugi tak punya anak ramai. Jadinya..sejak 2013 lagi aku dan plan utk ada baby pada tahun 2014 ni..sepatutnya 2013 dah boleh..tp banyak pulak agenda aku..jadi rancangan di tunda selepas selesai percutian aku ke New Zealand aritu.

Memang sejak dari kandungan pertama, aku dan Mr.Abe akan merancang..maknanya, bukan accidentlah! Mr.Abe dan anak2 nak sangat orang baru dalam famili dan alhamdulillah..masih suburnya rupanya kami berdua dan pada 11/12/13 aku di sahkan hamil 4 weeks. Seperti yang lepas2, aku memang tak share dengan sapa2 tentang kandungan aku sehingga sekurang2nya nak masuk 12 weeks..ye lah...aku pun pernah keguguran..so byk benda nak kena amik kira sebelum kongsi kegembiraan bersama. Cuma adalah yang rapat dan famili aku kena bagi tahu..tu pun lepas masuk 8 weeks. Aku decide nak share dengan semua after 1st checkup aku..dan hari ini, lepas jumpa doktor, aku sahkan 'I am Pregnant 11 weeks!'..ALHAMDULILLAH. (subur betul ni!)

Warded - Az zahrah for 2 days
Nampaknya..simptom2 kandungan pertama dan kedua masih kekal abadi. Sejak minggu ke 7, aku mengalami alahan agak teruk dan macam biasa..tradisi ulang alik ke klinik masuk air pun berulang. Kali pertama, aku di tahan di rawatan kecemasan..masuk air sebotol dan dapat MC  dua hari. Nextnya pulak..terus kena tahan dalam ward 2 hari sebab muntah2 dan tak de selera nak makan. Urine kotor, badan dihidrate dan jantung jadi slow. Nak tak nak..terpaksa tadah tangan..masuk lagi 7 botol. Duduk dalam ward layan diri. Maaf aku tak inform sapa2 sebab aku nak duduk diam2 dalam wad. Penat!

Derii

Sampai now, aku masih muntah2 dan tak lalu makan. Berat aku dah turun 3kg+ now. Jika dulu paling teruk, aku muntah hijau..kali ni, muntah siap campur darah. Mungkin esofagus aku dah luka. Apapun..keadaan 'baby' ok..so aku tak susah hati sangat. Cuma diri kena kuat. Dalam keadaan macam ni..sebagai orang yang aktif bertukar jadi pasif..aku lebih banyak ingat mati. Huhhuhu..takutkan? Dah ready ke? Terbaca kisah2 sengsara lagi orang kat luar sana..aku cuba bina kekuatan. Namun kuat tak kuat..petang sampai malam..tempat aku hanyalah di atas katil. Muntah and flat! 

Apapun..alhamdulillah..aku boleh makan waktu pagi. Memang aku makan nasi lemak setiap pagi wpun tak habis. Lunch aku dah meloya tak tahu nak makan apa dan malam..paling kuat aku boleh makan roti stim yang Mr.Abe buatkan. Kadang2 aku gagah juga telan bubur nasi dan aku boleh makan buah. Syukur..

Paling aku tak tahan..bukan setakat minum air boleh muntah..kena air amik wuduk pun tak boleh. Kena je air kat muka..terus uweekk..paling teruk waktu malam. Jadinya terpaksa lah aku berjimat cermat jaga wuduk dr maghrib ke isyak. Since kurang makan..makanya..kurang la terlepas 'boommm'.. 

Dan selama aku ke laut ni..semua urusan rumahtangga dan anak2 Mr.Abe yang buat. Kesian lak aku tengok. Semoga dia pun dapat bersabar dengan aku sehingga sampai kehujungnya. Alhamdulillah jugak anak2 dah besar..dan tak susah nak urus. Dania sampai fobia tengok aku..'adik tak nak kawinlah mcm ni!'.. ngeee...

Kat opis, thanks a lot untuk 'teman' (anda tahu anda siapakan?) yang sudi bawak kan aku sarapan dan lunch. Dalam keadaan sekarang, 24 jam meloya, pening dan penat..nak drive memang lah aku sangat ke 'laut'. Hantar anak pun kadang2 Mr.Abe yang hantar. Masalah aku now is, duduk seopis dengan mate lain jantina..nak meloya, nak melepek dan nak curi2 tidur..memang lah amat menyengankan. Uhuk.


Game dan larian terakhir 2013.
Since aku dah plan nak pregnant 2014..memang dari awal aku dah decide..BSN nite run 21km adalah larian terakhir aku. Alhamdulillah dapat merasa larian HM sebagai penutup. Aku dah gian nak berpeluh ni..melihat seorang kawan yang masih boleh berlari wpun pregnant..aku pun ingat nak buat benda yang sama..tapi rupanya..keadaan badan aku tak mengizinkan. Jalan 10 langkah pun aku dah semput. Sekarang aku sangat2 cepat penat dan dada sentiasa sempit. Tak tahu kenapa.. Uhuk! 

Networking Games 2013 adalah game netball aku yang terakhir 2013. Sebenarnya, masa main game ni, aku dah hamil 4 weeks. Aku tahu aku pegnent just few days before game. Aku dah dapat rasa aku pregnan sebab period aku yang regular dah lewat 5 hari dan aku cepat letih masa training. Orang kedua tahu aku pregnant selepas Mr.Abe ialah manager Netball aku. Terkezut muka dia..dah la team ada 8 orang jek..dan selepas itu..aku terpaksa beritahu Coach aku..double terkejut sorang lagi. Terpaksalah bagi tahu 2 org kuat ni kan..jadi apa2 kang? Naya! Dia orang tak paksa aku main..tapi aku dah decide tetap nak main walaupun doktor tak bagi. Lagipun aku dah google..ohh! Rupanya masih ramai yang masih bernetty sehingga trimester ke 2. Hebat! So why not me? 

Selain sayang kat team yang ngam2..jiwa aku memang kat netball kan.Aku Nak main gak dan paling best..utk kali terakhir ni..aku main post GA dan WA which is lebih banyak tenaga di perlukan. Sebelum ni..aku GS ..duduk dalam D. Sebab aku sebenarnya extra penat masa main..as GA..aku hanya sumbang 3 bijik goal je sepanjang game. Memang takleh fokus masa nk shoot. Masa main dah tak teringat pasai pregnant..lari dan melompat sampai lupa diri. Alhamdulillah..selamat semuanya dan aku rindu nettianz.. uhuk! 

Singapore and NZ.. last g oversea 2013.
Pada yang tak tahu aku pregnant..dah ada soalan2..tahun ni g mana lak? Bila aku jawab..takde g mana2..tak nak percaya lak. Heee..ye lah kan..dah macam ni..mana lagi aku nak pergi? Tak tahu lah kalau alahan aku baik awal kali ni..kot2 sampai US ke? Hee.. bertuah! Wish aku masa sambut birthday kat Hong Kong last year..tahun ni, aku nak sambut birthday kat Mekah..nak buat umrah..tapi nampaknya..simpan niat je lah kan? Aku tahu..ramai yang bising aku dah jalan merata tapi tak g wat umrah..emm..thanks for the doa. Niat aku sentiasa ada utk ke rumah Allah dan tak perlu lah fikir bukan2 tentang aku. Jadinya..impian aku nak wat umrah dan g USA tahun ni tertunggak..entah sampai bila....lagipun tahun 2013 aku dah lawat 6 buah negara - Indonesia, Hong Kong, Holland, UK, Singapore dan New Zealand. Kira cukuplah utk cover 3 tahun lagi..syukur dan semoga ada Allah beri aku rezeki utk aku berjalan-jalan lagi wpun dah ada baby nanti. Amin.

Muka sehari selepas keluar wad.
Dah 11 weeks aku tak cuci muka dengan pencuci...huhuhu. Sejak pregnan ni, aku jadi sangat2 malas. Nak tepek bedak? Nak pakai lipstick? Jangan harap! Tapi ada yang tegur aku pucat gila masa kat opis..jadinya..aku gagahkan juga la pakai lipstick secalit dua. Walaupun badan aku tak naik malah makin turun..aku lebih selesa pakai baju longgar. Sebab badan cepat panas kot.Dan warna pilihan - GELAP. Setakat ni berat aku dah tinggal 45kg drpd 48kg. Masih OK compare last time..berat aku turun sampai 41kg dan paling last sampai bersalin - 51kg jek. InsyaAllah kali ni pun tak mahu la badan naik mencanak-canak. Dah lama tak gemuk..nanti lepas bersalin dah kena beli baju lain. Apapun, now ni jaga diri dan kandungan..semoga selamat hingga 'dia' keluar tengok dunia ni..Amin.

Apapun...Kita hanya merancang, Allah yang tentukan. Doakan yang baik2 utk aku ya..

Okla..cukup sampai di sini dan ianya sekadar perkongsian suka duka aku utk kandungan kali 3 ni.. sesungguhnya aku tahu..ada orang yang lagi teruk dari aku. ♥

Papai! 



posted from Bloggeroid

Tuesday, January 21, 2014

.. Bertukar!! ..


Hello 2014..

Laju betul masa berlalu ... dah nak hujung bulan Januari. Macam biasa, tiap2 tahun aku akan tukar interface blog ni TAPI kali ni..hadoiii! IE aku tak leh bukak dashboard blog ni and Chrome and Mozzilla tak apply benda-benda yang aku dah edit..sudahnya? Tukar banner je lah. Dalam keadaan aku yang macam ni, malas lah aku nak fikir. Sama pun sama lah...and malas nak baca coding tukar manually.


Tongkat Dagu Gigit Kuku 2014

Selain daripada itu, nama blog and URL pun aku tukar sekali. Kasi tukar semua. Banner ni wat sendiri la macam biasa. Dah lama tak buat kerja-kerja edit gambar kat PC..dan aku pun bukan budak grafik, makanya, konsepnya sama je lah. Malas nak fikir. Tak bagus sebenarnya tukar nama blog ni banyak-banyak kali, sebab akan kacau akaun Nuffnang..tapi..emm takpelah, blog untuk suka-suka diri sendiri je pun wpun ada la 30 hengget dalam Nuffnang. 



Sebenarnya, ikut hati dah tak mau berblog sebab dah tak tau nak cite apa. Tapi kadang-kadang kalau stress, boring ..memang aku suka nak menaip cerita kat muka alam maya ni. Banyak benda nak cite, tapi entah laa...takut jadi bahan umpat orang pun ada. Hua hua hua..serik! 

Ok la..sat g admin check log internet aku, penuh dengan link blog..naya jek. Nanti2, kalau aku rajin..aku bercerita... cite apa? Entah...ngeee...

Tata! Luv.. 






Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!