Friday, February 18, 2011

..Otak berpusing-pusing..

Tak tahu mcm mana nak mula. Otak ni agak ligat berfikir dan hati sentiasa berdoa untuk kawan-kawan yang sedang dalam masalah. Em..Ya Allah..lindungi dan permudahkan segala urusan, kesihatan dan apa jua rencana teman-teman dan insan2 yg aku sayang. Amin. InsyaAllah, semuanya akan Okek kan?

Dugaan itu di turunkan oleh Allah mengikut keupayaan insan..
Petang tadi, dapat berita gembira dari Zaza, dia selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki tepat jam 3.16 petang. Berat tau baby dia, 3.4kg. Masa tu dlm bilik meeting. Semua dpt sms serentak..muka masing2 sangat happy. Alhamdulillah. So aku, nuui ngn fara decide melawat Zaza lps opis hour. Dapat berita, baby di transfer ke Damansara Specialist - masalah pernafasan. Em, masa tu semua ok lagi..sampai bila tiba di hospital, dalam dok cari-cari bilik Zaza coz katanya takde patient bernama ini hari ni, bertembung lah kami dengan sorang kakitangan hospital. Tak pasti..doktor atau apa? Aku tak rasa dia doktor. Dia beritahu kami, Zaza di bilik No berapa dan tingkat berapa dan dia dengan begitu ramah..bercerita tentang masalah baby Zaza. Tersentak kami bertiga. Ya Allah..Air mata Nuui dan Farrah dah bergenang. Aku? Aku tak suka dgn cara staff tu..dah la kami bukan sapa-sapa..hanya kawan..kenapa dia perlu ceritakan semua. Takde prosidur ke? Dengan jawapan yg tak berani bg harapan..isk! Terus ke bilik Zaza, alhamdulillah..dia sihat. Cuma tu lah..baby dah ke Damansara. Tak payah la cite lebih2 kat sini..cuma aku berdoa..semuanya selamat. InsyaAllah..amin.Aku pun tak ckp byk tadi, selain batuk...aku tahu perasaan seorang ibu..sure sedih sangat. Aku dulu masa tahu Danish GDPD defiency pun meleleh-leleh air mata aku..ni kan pulak kes mcm ni.


Semua orang ada masalah. Macam mana nak handle masalah..terpulang kepada cara masing2. Kepada yg bercerita pada aku, insyaAllah, aku tolong apa yang aku mampu. Sedih sebenarnya tahu kawan2 ada masalah tapi tak boleh nak buat apa-apa kecuali mendengar. Aku sendiri pun WeNg! InsyaAllah..pengalaman tu mendewasakan dan buat kita lebih matang. Ya Allah..lindungi dah limpahkan lah kasing sayangMu kpd kami semua..AMIN.

Kepada yang sakit..semoga cepat sembuh. Kepada yang bermasalah..semoga semuanya di permudahkan. Kepada diri sendiri yang dah tak tahan berkokok..Sabar sabar sabar......tau! huhuhu..

Ohh..petang td dapat email tugasan baru dari Bos.
Salam, Zai.

I would like to assign you to prepare a video of the new Online Application System.  Can I get your help on this?

TQ.

P/s:  You can of course use whatever method, pick whichever other team members to help you. 

Expected Completion Date = 26/3/2011, with at least 1 demo before the actual date, for final modification.

Terkedu kejap aku baca. VIDEO? adehh..tak kan nk tolak pulak. Aku penah buat benda ni sampai tak tido2 sebab terpaksa ikut sistem yg sentiasa berubah2. Tapi..ni dah luar JD ni. Bak kata Saharil :

'Buat apa lah Zai nak fikir2kan sangat KPI..Bonus korang dpt sikit gak.' huhuhu.hampeh tak? emm..tak pe lah, saya buat kerana ni Amanah dari Allah. Gaji jalan gak kan? Tapi tak tahu la..nak ikhlas bukan senang..ho ho ho..



3 comments:

Anonymous said...

Terima kasih kerana mendoakan, sy tahu saya adalah salah seorang yg bermasalah itu.

Mungkin pada luarannya orang tidak pernah tahu akan kesusahan dan kerisauan di hati sy. Tapi sy bersyukur kerana ditemukan kawan seperti mu.

Terima kasih kerana mendoakan saya, dan terima kasih utk sms semangat dan prihatin mu ptg tadi. ;(

Kadang3 bila berckp tu, terasa mcm lagi berat dan dekat masalah tu datang.so lebih baik berdiam, sbb bila berdiam tu rasa lebih selamat.;( *hayak! mengalir airmata* under pressure. serius, mana dengan kawan yg tgh bersedih di klinik sana tu. Semoga Tuhan tabahkan hatinya. Baby Emir, auntie doakan emir lekas2 sembuh, kuat demi MAMA kamu yea sayang.

Liza Abd Rahim said...

Sabar ek. Tu lah..kdg2 bercerita pd org, mungkin x selesaikan apa2..at least terlps apa yg terbuku. Percaya pada yang SATU. Doa byk2..mengadu pada DIA..insyaAllah akan lebih tenang. And thanks juga utk Mu yg ada masa den 'tak betul' dulu.. jgn sedih2..Mama Emir pun kuat? Auntie Anne jgn cengeng..ngee..

Suriati said...

terima ksih mendoakn tuk kawan2...n yg bg semgt tuk kawan2...pengalaman mengajar erti keidupn sebnr...huhu...
ya allah tabahnya hati seorang ibu ni..amin
tika aku dlam duka kaula peneman setia di alam mayaa..hahahha







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!