Tuesday, February 25, 2014

.. Pemalasnya seorang aku ..

Hello!

Menaip lah kejap. Mata lak naik mengantuk. Cuaca pun panas kat luar nun. Ya Allah, turunkan lah hujan. Basahi lah bumi kami ini dengan hujan rahmatMu. Amin.

Ngantuknya..kus kus kus..taip laju2 lah..



Gambar di atas (dah macam buku sekolah punya ayat) menunjukkan ringkasnya hidup seorang aku yang malas ke laut sejak pregnant ni. Senang dan ringkas. Itu pilihan utama now ni.

1. Kulit badan makin mengering dan mengatal. Gatalnya macam dok kat oversea time winter. Perit sangat. Jadinya, aku kena cari losyen untuk 'Itchy skin'. Losyen ni, eh OIL kot benda ni alhamdulillah dapat gak membantu ilangkan kulit kering dan gatal. Untuk yang malas, spray pada botol adalah sangat menyenangkan. Spray ..spray and spray..pastu sapu bagi rata. Bau dia OK la..tak wangi, bau Koko yang bila dah lekat kat badan, terus macam bau baby.
Info barang : Palmer's For Dry, Itchy skin with Vitamin E Collagen & Elastin.RM39.90

2. Sabun badan berbau buah2an. Itu antara bau yang boleh aku cium now. Since kulit pun asyik kering, sabun a.k.a body polish ni dapat la buang kulit2 kering. Tak macam scrub, body polish ni lembut dan boleh pakai hari-hari. Pakai skit je pun dah berbuih. Ni 2nd tiub aku, now masih pakai perasa burberry.
Info barang : The Body Shop Strawberry Body Polish. RM39.90

3. Sebelum prengnant, aku pakai skin care lain. Ada la 2-3 step kena apply tapi sejak dua menjak menjadi malas, aku pakai 2 in 1 jek pelembab dan sun block. Sekali apply, abis cite. Benda ni aku beli masa travel ke Europe dulu sebab senang nak bawak. Since tengah suka bau buah2an, alhamdulillah, bau oren ni takde la buat aku loya. Tapi sampai now, aku masih malas nak cuci muka. PrrrrRR..
Info barang : The Body Shop Vitamin C Daily Moisturiser SPF30 dan Vitamin C Hydratant Quatidien IND, 30. RM70

4. Bukan saja kulit badan kering..kulit bibir pun kering. Nak apply lip balm and lipstick pun aku malas. Kebetulan keluar lak iklan si cantik manis Emma Maembong promote lipstick 2 in 1 ni. Lipstick and lip balm dalam 1 item. Lepas tu lak, SimplySiti pun promote benda yang sama for lipstick Argan. Aku pun cari. 2 benda sama fungsi tapi harga gila jauh berbeza. Silky Girl punya RM19.90. Argan Lipstick RM39.90..ahaks! Apakah? Aku try both and Argan takde warna sehsuai untuk aku. Makanya, aku pilih la Silky Girl. Ala..nak pakai sekali je sehari. Tentu lom tentu habis. OK la lipstick ni, bertahan dan lembap.Lagipun Siti dengan Emma...Emma lagi comelkan? hahahaha...
Info barang : SILKYGIRL Moisture Balm Lipcolor RM19.90




23hb Feb 2014 - dah 15 minggu aku pregnant. Masih berusaha menaikkan berat badan yang tak naik2. Next checkup pun lambat lagi. So layan je la apa yang boleh buat now ni. Both betis adalah sangat sakit macam orang turun gunung. Bukan nya cramp time tidur..tapi dalam waktu-waktu biasa ni, betis aku adalah sakit. Jalan pun dah macam orang ngandung 7 bulan. Alahai..apa la teruk beno ni... ngeee..



Cuti singkat Terengganu.
Ahad lepas, Mr.Abe paksa aku ikut dia g Terengganu on Ahad sebab anak-anak cuti sukan on Monday. Hadoiii..berasap lah kan. Bertolak hari Ahad jam 12noon, sampai ke Resort World Kijal pukul 5pm. Macam nak patah pinggang. Dengan menahan loya lagi..memang lah memenatkan. Aku sempat lepak kejap tepi pantai..lepas tu terus mengah sebab terpaksa layan diri berjalan atas pasir. Petang ahad Mr.Abe la layan anak-anak mandi kolam. Pagi Isnin, lepas sarapan, teman anak-anak mandi pool dalam sejam, lepas tu kul 1pm dah check out. Kul 5.30 sampai Kajang. Gagaggaa...memang pengsan la aku jawabnya. Apapun, OK la anak2 happy dan dapat teman Mr.Abe driving. Apa lagi yang menyeronokkan selain daripada dapat berjalan bersama famili kan? Nak berjimba dengan kawan2 aktiviti lasak pun dah tak mungkin berlaku....

OK la..papai!
posted from Bloggeroid

Sunday, February 23, 2014

. Harta akhirat dan harta dunia ..

Assalamualaikum..kaifahalukum? Wat apa hari ni? Semakin hari..bumi semakin panas kan? Subhanallah..cuaca betul2 jadi tak betul now ni. Semenanjung Malaysia boleh di kategorikan sebagai di landa kemarau dengan suhu memcecah 39°C...sememangnyamenduga kesabaran dan kesihatan. Air kat empangan2 Malaysia pun di jangka hanya bertahan sehingga hujung bulan March je jika hujan masih tak turun ke bumi..nauzubillah.

My little princess.
Apa kah tajuk berkaitan harta ni? Ngee. Aku taip je ikut sedap tangan. Cakap pasai harta akhirat..alhamdulillah, telah di kurniakan dengan cahaya mata dan sedang menanti seorang lagi yang berada di dalam kandungan. Untuk zuriat yang ke 3, tak kisah dah tentang jantina. Tapi Dania selalu agar adik dia perempuan. Bila tnya babah pulak..babah jawab "Susah tau nak jaga anak perempuan..lagi susah dari menjaga sekadang lembu". Dah terkedip-kedip blur si Dania. Terpaksa explain sampai di faham dan paling simple, bagi jawapan macam ni.

"Kalau adik sayang babah dan abang, adik kena buat baik. Setiap amalan tak baik anak perempuan, babah dan abang akan terima saham...adik akan campak dia orang dalam neraka." Dia pun angguk tanda faham. Aku sebenarnya segan gak nak cakap benda2 mcm ni sebab sedar siapa diri ini..pernah buat salah! Tapi kalau yang bersalah terus terhukum dan menghukum diri sendiri sebagai pesalah..siapa yang akan bentuk 'harta akhirat' aku ni? Jahat apapun aku..semoga Allah lindungi zuriat2 aku..amin. 

Demi Allah..apa yang terjadi banyak mengajar aku tentang hidup dan untuk bangun semula..bukanlah mudah terutama masih berada di kelompak kehidupan yang sama. Untuk bina semula kepercayaan orang dan apabila aku sedar..melakukan kesalahan bukan aku seorang tapi ...emm entahlah -  Biarlah! Aku dah redha dan sentiasa ingatkan diri..tak perlu fikir sangat..Allah ada! Aku sangat percaya..hidup ada atas dan bawah! Masing2 ada habuan masing2.  Menipu hidup2 dan mengambil kesempatan atas kebaikan yang di berikan .. semoga hidup aman lah sehingga akhirnya! Ini juga pesanan untuk diri aku sendiri. Semoga di permudahkanNya urusan hidup ini. Naluri aku masih sangat baik utk merasakan apa yang sedang berlaku di keliling aku. Dan paling sedih kalau tiba2 ada yang bertanya dan menkhabarkan sesuatu. Em..apa tah lagi yang tak kena kan? Entah la..

Bata pun boleh lah!

Eh..apa cer kasut Bata tu. Aku kan pernah cakap aku mengidam FipFlop Due. Hahaha..mengidamlah sangat! Takde lah...aku mencari flat shoe hitam untuk bawak badan ni time kerja. Wedges aku boleh di katakan agak tinggi gak. Tadi try cari clarks and Hush Puppies..takde flat shoe yang menarik. Makanya aku try Bata..wpun sempat kena perli ngn Mr.Abe, pakai ke Bata? Hahhaa..siot! Since aku cepat penat dan tak larat nak jalan banyak..aku pun grab je la 2 pasang kasut Bata ni. Suh banker bayar lah kan. Ala..2 pasang ni..harga dia takleh nak beli 1 Clarks pun..apatah lagi Fipflop. Ini di klasifikasikan sebagai harta dunia. Hahaaha. Bagus juga cepat penat ni..grab je malas nak jalan. 

Oh My Gucci 
Ikut hati mati..ikut rasa binasa..ikut nafsu? Habislaaa duit! New Gucci collection aku after Gucci Mayfair Leather adalah Gucci Sukey Top Handle and Gucci Aviator shades. As usual..order dari kawan la, bukan beli kat Butik Malaysia. Handbag tu sebagai hadiah kepada diri sendiri dan di tanggung sket oleh Mr.Abe. Sudah tentulah nak bayar sendiri semua, tidak la mampu. Walaupun mampu..wat2 je tak mampu..rugilah! Saja pilih material tak kulit sebab dah berazam nak pakai secara total. 

Gucci aviator tu, aku beli sempena musim kemarau. Haaa..membongak! Beli sebab tambah collection spec je lah. Aku pernah try aviator RayBan.Tak kena lak dengan muka. Jadi mentry Gucci ni. Suka pulak! Kalau tak kena dengan muka, kebiasaan aku akan jual. Sesiapa nak order pun boleh eh. Harga off course la tak sampai riban2 pun.

Now aku tengah mencari jam tangan yang solid. Masalahnya adalah tangan aku. Kecik sangat. Yang aku minat semua muka besar. Dah macam jam pinjam. Habis dah cite harta dunia buat kali ni.. sebagai penjual authentic item from obersea..anggaplah ini adalah seperti iklan mempromosi barang. Sapa2 ada wish list ...try email aku at lyzaaabdrahim@gmail.com for pre order or visit my blogshop at http://cuttheprize.blogspot.com - makasih!



Hari ni masuk minggu ke 15 pregnancy aku. Berat badan aku tak naik2 tapi perut aku dah naik. Makanya..semakin semput lah aku membawa diri. Cubaan membuat kerja rumah pun tak berjaya walaupun aku try..tapi tak sampai 5 minit..kus kus kus. Semput and terus terbaring. Penah aku kemas dapur..baru separuh, terus muntah2 and flat. Dush!

Now aku senang and cepat lapar. Alhamdulillah dah boleh makan TAPI awas! Walaupun boleh menelan dengan lahap..tapi sila berhenti sebelum kenyang. Dah beberapa kali aku makan dan menambah sebab ingat dah okek..sekali, overload rupanya..apa lagi.. uweekk la semua benda yang di telan. So kena la makan sket2 tapi kerap. Sekerap mana pun..hanya sekali je la heavy meal boleh masuk. Sebab tu berat aku tak naik2.

Ok la..papai! 


posted from Bloggeroid

Tuesday, February 18, 2014

.. Nak jual apa? ..

Tongkat dagu gigit kuku jap bila fikir masa depan. Lately, macam semua orang pun perasan, dah ramai rakyat Malaysia berjinak2 dan sangat rajin berniaga tak kira la di alam maya atau reality. Satu perkembangan yang bagus kan?  Dah macam-macam orang jual now ni dan yang paling banyak aku rasa, orang jual hijab. Seiring dengan perkembang positif dunia Islam kat Malaysia ni..sambutan kepada peniaga menjual tudung memang menggalakkan..kan?
Cut The Prize since 2011
Aku sendiri ada la buat jual-jual online ni sejak 2011 dengan mempunyai kedai virtual syok sendiri yang di beri nama Cut The Prize. Jual barang-barang 100% Authentic Branded Handbag dan accessories secara suka-suka. Bermula dengan jualan Coach yang Mr.Abe beli direct dari USA dengan bermodalkan RM2000, aku mula tambah stok dengan deal dengan kawan-kawan dari USA secara direct. Berjaya memulangkan modal yang di pinjamkan Mr.Abe dan terus bergerak sendiri, aku mula try stok dari Europe. TAPI kan, hahaha..percaya tak? Aku tak penah ada akaun untung rugi dan aku tak pernah guna langsung duit keuntungan yang aku dapat. Aku pun jual secara suka-suka dan lebih macam jual amal jek sebab tak penah amik kisah untung rugi. Ngeee. Target aku by the end tahun 2014 ni, aku nak duit bertambah sampai RM10K..InsyaAllah..sikit je lagi.Aku tahu, up modal sampai RM10K dlm masa 3 tahun bukan la banyak mana, tapi OK la. Sebab buat pun main2 dan hanya guna jari jek. Takde kuar peluh..ahaks! Lepas ni baru aku nak start balik secara serius. Bila capai target, aku kena fikir nak buat benda ni seriously atau cuba benda lain.

Kenapa tiba-tiba nak serius? EMm..insyaAllah, jika Allah izinkan planning aku dan Mr.Abe lancar, aku nak tinggalkan dunia opis by the end of 2015. InsyaAllah..1st planning - beli rumah di Klang dah selesai dan rumah pun dah siap..cuma kena tunggu Danish abish UPSR di ABIM dan Mr.Abe abiskan Master di UNITEN, insyaAllah..aku harap sangat impian aku terlaksana.Amin..amin ya rabbalalamin. Permudahkan lah ya Allah. For the 1st place..bukan lah nak buat bisnes sangat pun bila dah tak kerja nanti..tapi untuk sedapkan hati orang tua terutama mentua, aku kena lah buat something yang takde la nampak sangat aku terpaksa bergantung pada suami (ayat penyedap rasa).

So dari sekarang, aku dok fikir..nak buat apa? Nak jual apa? Nak mula macam mana? Aku ada 2-3 orang kawan yang dah Berjaya buat bisnes. Dah ada yang bukan 2-3 bijik butik. Sangat mengagumkan. Tapi itu lah bukan cita-cita aku..nak sibukkan diri dengan perniagaan lak. Kang tak tercapai la objektif aku nak jadi 'sesuatu' (biarlah rahsia) bila dah tak kerja. Mungkin mencari sedikit rezeki yang boleh aku guna untuk belanja orang tua, anak-anak dan tambah saham akhirat. Cukup kot kan?

Ada idea? Hee...

OK la..papai!


Monday, February 17, 2014

.. Hanya ingin menaip ..

Assalamualaikum...

Hari-hari yang merunsingkan telah pun berlalu. Alhamdulillah.

Sunset Shah Alam on 16/2/2014.
Minggu lepas, agak merunsingkan jiwa dan akal bila mendapat mendapat berita, abang aku di masukkan ke ward kerana denggi. Agak merisaukan bila selepas 5 hari warded, platlet dia turun sehingga bawah 10 dan terus drop sehingga 7. Ini ujian terbesar dalam hidup aku? Dah sampai masa aku dan keluarga di uji? Mungkin YA atau mungkin TIDAK. Ini semua Allah punya urusan.

Apapun, syukur Alhamdulillah..sejak petang Jumaat selepas pulang sendiri menjenguk abang di ward, platlet dia semakin naik. Dalam masa 2 hari, dari 7 naik ke 11 kemudian naik ke 19 dan naik lagi sehingga 39. Demi Allah..lega sangat. Petang Ahad, abang dah boleh keluar dari ward. Semoga Allah terus berikan abang kesihatan yang baik dan terus sembuh dari demam denggi. Juga untuk semua keluarga, semoga di lindungNya dan sentiasa di beri rahmat dariNya. Amin.
2nd Trimester a.k.a 14 weeks on 16/2/2014
Alhamdulillah..masuk trimester kedua pregnancy aku untuk anak ke 3 ni. Terasa sedikit perubahan pada badan. Perut ada, tapi tak nampak sangat kot dari luar. Dah ada selera makan wpun terpaksa memilih. Tapi badan masih cepat penat. Aku rasa sebab perut naik, tapi badan aku tak naik2. Masih kekal dlm 45kg. Seluar dah bertukar. Lebih selesa pakai Palazo. Tapi kata Dania..'ala, perut adik lagi besar dari ibu ni..mcm mana ni?' hahaha. Memang la dah makan tak berhenti. Memang la gemuk adik oii. Petang ke malam, belum 100% pulih nampaknya. Masih terlepek atas katil and kena tidur awal sebelum loya2 menyerang. Apapun..Alhamdulillah. Aku happy dengan semua ni. Cuma harap Mr.Abe terus bersabar dengan kerenah aku.
Wondering.. sejauh mana dan sampai bila dan mengapa ..emmm...

 
 OK la..balik time. Papai!
posted from Bloggeroid
 

Wednesday, February 12, 2014

.. Sekejap saja! ..



Ok, letak pix sunrise sebab takde pix nak letak. Sejak dua menjak ni..semua benda pun jd malas. Sebelum pejam mata..wpun masih awal .. tapi saya adalah sangat PENAT! Demi Allah...macam nak pitam. Hari ini duty New Intake. Walaupun tak banyak bergerak dan hanya beberapa kali bangun jenguk keadaan dan membuat kerja2 teknikal..penatnya ya Rabbi..penat seorang aku yang masih dlm keadaan weng mengandung anak ke 3. Lepas event..kena masuk meeting pulak sehingga jam 5.30pm. Bertabah saja lah. Tapi nyaris jugak keluar bintang bulan bila lunch lambat. Tengah berjalan..tiba2 nak tumbang. Terpaksa cari kerusi. Ada gak yang perasan aku dah lain. Jam 1.30 baru lunch. Sudah lari time!

Aku sebenarnya sedang risau. Abang aku kena dendam denggi dari Sabtu lepas dan masih di dalam wad di Pantai Ipoh. Walaupun tak terlantar dan masih kuat..tapi platlet dia semakin menurun. Hanya mampu kirimkan doa. Juga buat abah yang turut demam.. wpun demam biasa, kesian juga sebab kena bawak mak g tengok abang. Mak pun tak berapa sihat. Argh..ikut hati..nak je terbang balik Ipoh.

"Ya Allah..lindungi dan sembuhkan lah abang ku, mak dan juga abah. Tolonglah ya Allah. Kasihini mereka. Limpahkan lah rahmat dan kasih sayang mu pada mereka. Sembuhkan mereka ya Allah..amin"


Ini kedai dobi aku. Eh..bukan la kedai aku punya..kedai tempat hantar baju utk di basuh. Dah setahun menghantar baju ke sini. Since dah kenal kakak dan abang kedai ni..setiap kali amik baju, tak perlu dah bawak invois. 2 hari lepas, aku g amik baju. Biasa Mr.Abe hantar..aku tukang amik. Tapi entah apa peliknya petang tu..

Aku : Assalamualaikum kak. Nak amik baju Azril.

Lama kakak tu tengok aku. Aku senyum je la..and ulang lagi. "Nak amik baju..azril punya." Dia pandang lagi. "Azril kak!" Dan tiba2 dia mcm orang lepas mengelamun.

Akak : Ya Allah..Azril ya. Lama akak pandang kamu tadi..kenapa nampak lain?

Aku senyum je. Apa yang lainnya? Ada orang lain amik bg pihak Azril ke before this. Ke sebab aku pakai tudung syria?

Akak : maaf laa..akak tak perasan tadi. Tu yang pandang lama tadi. Maaf ya.

Erkk..aku lak jadi tak betul. Apa yang lain ni? Apa yang tak kena? Malam aku cite kat Mr.Abe...dia gelakkan jek bila aku cakap..ke ada isteri lain yang g amik untuk Azril? Hahha..makin suka lak dia gelak. Galak!

Ok..angin kus kus dah maii..wajib tidur. 

Doakan yang baik2 untuk aku ya! Papai! ♥


posted from Bloggeroid

Saturday, February 08, 2014

.. Bye-bye Sabtu ..

Assalamualaikum..

9.40 malam and jap lagi Sabtu 8/2/2014 pun akan berakhir. Buat apa hari ni? Sejak jadi orang tak berapa nak upaya ni..weekend aku lebih banyak di habiskan di rumah dan semestisnya tempat aku, atas katil. Dah lepas minggu ke 12..esok dah masuk minggu ke 13..aku? Masih macam ni. Masih lemah, loya, lemau dan muntah. Penat! 



Hari ni, seharian aku atas katil. Kalau tak tidur..erkk! Nak tidur juga bukan senang..memang tak mahu lena, aku layan diri baca majalah dan buku. Ini habuan untuk hari ni..baca..baca dan baca. Kalau Mr.Abe ajak teman ke mana2..aku akan duduk setempat jek..dia akan g beli barang2. Memang tak larat nak berjalan pun. Aku cepat semput and memang asyik nak muntah jek. Kadang2 terfikir, kat rumah aku banyak habis masa atas katil...tapi kat pejabat, aku terpaksa gagahkan diri buat kerja..tak adilkan? Walaupun task kat opis lambat juga layan..tp still siap gak dalam masa sehari. Minggu depan dah mula new intake..aku sangat risau sebab aku tahu diri aku. Aku tak mampu nak bergerak banyak..walhal task event perlukan aku banyak bergerak. Perut dan pinggang pun dah mula rasa tak best dari semalam..risau lah! Aku tak tahu dah nak buat apa..nak bagi alasan? Orang lain pun pregnant jugak..tapi ni la bezanya aku dengan orang lain..kan? Apa nak buat ni? Uhuk...

Okla..saja nak update sebelum tidur. Doakan yang baik2 utk aku ya..

Papai! ♥




posted from Bloggeroid

Tuesday, February 04, 2014

.. 12 minggu ..

Assalamualaikum..hari ni dah 4hb FEB 2014. Masa terus berlari dengan pantas..kan? Yay! berjaya tukar interface blog selepas menanya Mr.Google dan mengulangkaji error..hiks! Sebenarnya takde apapun, kena guna customization lain instead of 'simple' yang aku guna sebelum ni. Duduk jaga event kat COIT ni sambil layan diri yang loya-loya ayam ni, berjaya lah jugak. Alhamdulillah..ada usaha, insyaAllah, ada hasilnya.kan?

3 bulan on 2.2.2014

Ahad lepas 2.2.2014, genap la 3 bulan aku hamil. Tapi kalau ikut scan and panjang baby, dah lebih 12 weeks dari 2 minggu lepas. Tarikh jangka bersalin adalah pada 17hb Ogos 2014. Lambat lagi..kan? Perut pun dari luar a.k.a pakai baju, takde la nampak macam aku preggy pun. Memang dari 1st pregnant, perut aku tak besar..sampai ada yang tak pasan aku pregnant pun sebab aku pun tak rajin pakai maxi last time. Kali ni tak tau la mcm mana. Setakat ni masih malas nak berhias. Keadaan aku, nampak macam OKEK sket la..semua bergantung pada apa yang aku makan pada waktu pagi. Kalau tersalah sikit..makanya, sampai ke malam lah aku ke laut. Now tengah jaga event kat COIT, makanan di sediakan..tapi aku tetap g tapau nasi lemak kat foodcourt sebab tu je yang tekak aku boleh terima pagi. Lunch? Hadoii..apa pilihan yang aku ada? Surenya nasi yang di sediakan. Aku try jamah la jugak..ok la dapat makan sket untuk tenaga. Malam? masih tak boleh nak makan sangat..2 minggu ni, aku try juga makan nasi malam TAPI just dengan ikan bakar dan cicah sket kicap. Tu jek! Badan aku perlukan serat..sebab sangat susah nak yeyak. Petang sampai malam, masin melayan loya dan kadang kala masih muntah-muntah..tapi alhamdulillah, dah kurang. Berat aku yang hilang 3kg pun tak naik2 lagi. Baju dengan seluar pun masih yang lama..walaupun perut tak besar, tapi tidur malam, aku kena baring dalam satu posisi jek.


Buah-buahan penyeri tekak.
Apapun..syukur sangat2 sebab aku boleh makan buah-buahan dengan selera. Tak kisah la buah apa..tapi memang lebih teringin kepada buah2 daripada makanan lain. Alhamdulillah..ada suami dan abah yang nak melayan kehendak aku. Heeee. Sebut je nak apa..insyaAllah di sediakan. Epal memang bekalan aku hari2 ke pejabat. Kalau terasa kosong jek perut..sila lah ngap buah. Kurma..kismis, aku dah tak berapa boleh nak makan now ni. Tapi aku make sure amik gak at least sekali sehari. Kalau kat umah mak, pokok jambu air tengah berbuah ..so itu la kudapan aku sokmo. Manis je masuk tekak. Teringin gak nak makan durian..dapat 2 ulas pun okek..tapi tak berani nak makan selalu. Panas! 

Suppliment - Salindah
Selain daripada Obimin dan calsium yang klinik bekalkan, aku amik Salindah. Dari mengandung Danish lagi aku dah amik supliment ni. Tak tahu la membantu ke tak..just amik untuk baby dan juga untuk diri sendiri. Salindah berasaskan homepati..so byk gak la pantang larang terutama kafein. Since pagi-pagi nak jugak pekena nescafe, aku terpaksa gap kan masa minum dengan makan ubat ni at least 2 jam. Kafein bukan lah bahaya pada ibu mengandung, just kafein tak serap zat ubat dalam badan dan boleh buat sembelit juga. Kena pandai lah kan...hiks. 

Cerita pasai baby ni dengan anak-anak, semalam aku sembang dengan Dania.

Ibu    : Adik, what do u think kalau baby ikut warna babah?
Dania : Isk, tak payah la ibu, Nanti orang kata adik angkat dania lak. Ikut warna muka ibu pun okek dah.

Hahahaha..adoi la. Kelakar la kamu ni Dania. Memang dia selalu cakap, muka aku lagi cerah dari tangan, kenapa? Walaupun masih awal, Dania dah mula mereka nama adik. Danish pulak minta aku letak Muhammad di awal nama adik dia kalau lelaki..kata dia 'Danish dah terpaksa berbaris lama nak masuk syurga sebab nama takde Muhammad, nanti nama adik.ibu kena letak tau kalau lelaki'. Emm..

Berdoa dan terus berdoa semoga di permudahkan urusan mengandung aku kali ni..mana tau 2nd trimester nanti aku akan ok kan? Amin...

Oh My Gucci
Lawa kan Gucci Sukey Top Handle ni? Dah order, dah di belikan dan terbang balik Malaysia TAPI hilang di tengah jalan. Hew hew hew. Apakah menyedihkan? Apapun, alhamdulillah..tuan kedai nak gantikan balik barang yang hilang..just tak dapat dah warna yang sama. Warna yang hilang ni sangat lawa - Olive Metalic. Tah kenapa tiba2 bernafsu lak pada bag ni..padahal Gucci Mayfair pun tak pakai2. Beli sempena bonus aritu..sebab tak beli apa2 pun untuk diri sendiri. Apapun, Mr.Abe masih menjadi sponsor wpun tak penuh..tapi ok lah, tolong aku topup. Thanks. Now sedang menanti penganti sampai. Kalau tak sampai gak..memang la takde rezeki. Ahaks! 

Now ..aku teringin sangat nak fitflop due patent leather. Memang sejak kasut tu kuar dah suka. Ye lah kan..flat shoe! Tapi takde la membuak2 naknya..just lately asyik terbayang jek. Aku rasa, dah 2-3 kali aku p KLCC nak beli..TAPI..RM499 utk kasut? Buat aku pk 20 kali. Ada la orang jual online tak sampai RM200..ori kah? EM..tak mau amik risiko sebab penah terkena dengan crocs online. Kat Amazon US ada sale, dapat dalam RM300 sepasang tapi shipping pula mahai gila. Emm..takpe la kan..sabar eh Liza. Kasut je pun. Agak2 airliur baby leleh tak nanti..hahahahaa. Mengarut! 

OK la..papai! Luv!










Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!