Monday, February 28, 2011

..Aku Kena Tagged bertajuk Tabiat Saya..

Dok melepak jap lepas memasak di dapur. Tak masak apa pun. Masak sayur sawi air jek. Pastu panaskan sambal tumis yang mak bekalkan semalam dan nanti Mr.Abe sampai, goreng jek ayam crispy dr Ayam Mas. Sedap rupanya ayam tu. Tapi ayam tu kena ada skill nak goreng. Api slow and goreng lama sket, kalau tak..tak masak kat dalam.


Okek, ni nak jawab tagged dari si Ibu Chomel dari blog : Kisah Cerita Ku dengan soalan : 5 Tabiat Aku.

Since tuan blog tak cakap tabiat buruk ke baik..kira General la ek. Tabiat tu maknanya 'Perlakuan yang suka sangat kita nak buat' kan?

1. Apa yang aku NAK..aku akan pastikan aku akan dapatkan juga.
2. Orang kata, aku gelak takde bunyi (tabiat ke ni? hahahaha)
3. Kalau dah janji..aku akan tuntut janji tu..
4. Tidur mesti mengiring ke kanan..
5. Mudah percaya orang..

Hahha...penat gak nak fikir ni cik atengg oii. Sbb den takde Tabiat yg jadi rutin. Akekeke..Apapun, thanks tagged kzai.. ;)


..Hai Pagi Isnin..GooD Morning!..

Assalamualaikum..
Permulaan pagi di motivasikan oleh Motivasi Pagi Ikim.FM :


'Masalah itu bukan masalah kerana masalah itu HADIAH dari Allah SubhanaAllah.'
-fikir-fikirkan lah..

Juga topik pagi,
'Kerjaan Meluluskan kemasukan 45ribu pekerja asing dari India - wajarkah?'
Huhuhu..hamek kau. Sampai 45 ribu. Majoriti caller 100% tak bersetuju dengan berita ini. Em, entahlah kan. Ada pro and cons. Dari sudut sosial..aku rasa. benda ni memang la masalah berat negara. Yang ada ni pun tak terkawal dengan kes ragut, pecah rumah, rompak and so on..mcm mana lah yg nak masuk lagi 45 ribu ni..dari India lak tu. Bukan aku pilih bulu..tapi kita semua sedia maklum, tgk filem Tamil or Hindi sekali pun, mereka ni, memang sgt 'cekal' untuk buat apa saja. Faham? Pandai-pandai la fikir sendiri. Namun, dengan pembangunan Malaysia yg semakin pesat mcm cendewan tumbuh (hahaha..ni karangan masa sekolah daaa..), hendak ke rakyat malaysia yang MANJA ni kerja tgh2 panas buat bangunan? Jangan HARAP!!


Macam biasa, sebelum mula kerja, belek2 paper online dulu. Hari ni aku terbaca artikel ni dari Kosmo.


Teringat DSLR Eos1000D milik sendiri yang Mr.Abe hadiahkan sempena hari lahir tahun lepas. Dulu, aku yang sangat2 teruja nak punya DSLR. Tapi bila dah ada..'ahh pening!'. Aku tak mampu nak kuasai aspek-aspek 'Teknikal' yang ada pada benda ni. STRESS! hehehe. Jadi aku jadi malu nak snap pic guna DSLR ni. Pada aku, kalau quality ala-ala 'ado' jek..baik guna Compact Camera. Memang la boleh setting auto..tapi apa guna DSLR kan? So DSLR ni sepenuhnya di operate oleh Mr.Abe. Dia terra teknikal walaupu angel dia agak hancur. Hahaha. Bak kata Kid Chan :

“Generasi sekarang gemar mengambil gambar. Mereka mempunyai banyak gajet yang memudahkan mereka berjinak dengan gambar foto. Tetapi, bukan setiap orang yang mempunyai kamera boleh menjadi jurugambar, sama seperti bukan semua orang yang memiliki kuali boleh menjadi chef!”


Mungkin aku kena banyak belajar lagi. Atau kena join geng budak-budak gambar? hehehe..Takde masa lah pulak..ngeee...

Saturday, February 26, 2011

..G6PD Defiency..

Sedap kah?

"Ibu...kenapa Danish tak boleh makan Blueberry. Sedap tak Blueberry? Danish nak rasa Blueberry"
Sambil meleleh-leleh air mata, Danish seperti 'sedih yang amat' dia adalah budak G6PD Defiency. Dia tak boleh makan Blueberry, tak boleh makan kacang parang, tak boleh bau ubat gegat dan banyak ubat-ubatan yang dia kena avoid.

Mungkin benda lain dia tak kisah sangat TApI 'Blueberry' adalah kegeraman kanak-kanak sekrang ni kan? Aku sendiri tak penah makan dan tak suka Blueberry wpun aku boleh makan. Aku cuba pujuk Danish - 'Blueberry tak sedap la'. Dia cakap, Uncle Ashraf ckp ada byk rasa. Dia terus menangis mcm orang hilang emak jek. Adeh! Aku ke yang bersalah ni?

Apa akan jadi kalau Danish mkn BlueBerry atau mkn benda2 lain yg dia tak boleh makan ni? Okek..Doktor cakap..air kencing Danish akan bertukar menjadi hitam masa dia buang air kecil kerana sel-sel darah merah dia dah pecah hasil tindak balas drp benda2 yang dia kena avoid tu. Dia boleh pengsan or what so ever yang boleh membahayakan dia. So pada aku..biar lah dia nangis tak makan buah tu drpd aku yang menangis kalau dia jadi apa-apa. Nauzubillah...

ps: now ni kat umah mak.. ;)

Friday, February 25, 2011

..Bila Waktu Gaji Menjelma..

Sapa yang tak tunggu 'waktu keramat' ni every monthkan? Biasanya kat sini, hari penuh 'kegembiraan' ni jatuh antara 24 - 26hb setiap bulan kecuali lah ada perayaan yang gaji terpaksa di masukkan lagi awal..Apa yang aku buat kalau dah tiba time ini ?
Memula apa lagi..terjah CIMB Clicks la. Ha masa ni menatang ni akan terhegeh-hegeh macam penagih. Ye lah..semua orang pun serbu benda ni. Mula-mula login just nak tgk 'duit' je..kalau slow terbabas-babas..Log Off je..cari time lain.
Lepas tu..Login Citibank lak. Haaa..ini lah satu-satunya kredit kad yang aku pegang lepas melupuskan yang lain2. Kredit kad ni aku dah pakai 10 tahun kot. Login sini, check la kot2 ada hutang..tapi Alhamdulillah..ni masuk bulan ke 4 aku tak lenyet kad ni..hooyeey! Sebab apa? Sebab kebanyakkan tempat dah leh tenyeh Debit Kad..lagi aku suka..yehaa..
Haa......ni lah buku yang aku isi tiap-tiap bulan kalau tiba time GaJi ni. Tapi yang ni aku biarkan kosong dulu la..tak kan nak tulis jumlah lah..aje GiLa. Ni la 'kira-kira' aku setiap bulan. Tanggung diri sendiri jek. Tu pun dpt elaun makan lagi dari Mr.Abe every week. Buku ni aku guna sejak bulan April 2008. Uiit, dh lama rupanya.

Kenapa la lawa sgt perempuan ni..adehh.. :)
Haa, ni iklan kejap. Malam ni last episode Surga Untukmu. Alaaa..takde la cewek2 cun nak pandang lagi lepas ni. Dalam mood aku yg 'swing' abis semalam dan dengan tak dapat Maggi..bila layan cite ni..leganya rasa. Ni drama berkonsep keagamaan. Penuh dengan MaGiS tentang kekuasaan Allah. Wpun agak xtreme tak logiknya ..tapi bak kata Mas Fahmi :

'Mukjimat tu wujud jika kita Yakin dengan KekuasaanNya. Magis bisa terjadi dan jangan pernah ambil remeh dengan Kekuatan DOA'. Pheww..melekat terus dlm Jiwa. Amin!

ps: tgh pujuk diri sendiri..dia pergi dulu sebab ada tugasan..kan? Sabar lah Liza.. POSITIVE pls..

Thursday, February 24, 2011

..Ini entry L.E.M.A.U..


Hapdet lagi blog sebab now ni rasa LEMAUUUUUU Bangettttttttt..tadi lunch time Mr.Abe call :

"Za..abang kena bla bla bla la....tet tut tet..bla bla bla..."
Aku :
"Ala..apa ni..LEMAU lah..Poyo la abang ni. Dah la bla bla bla bla...and tet tet tutt"
Emm..apa ni? tak yah la cite..sekadar nak lepas perasaan LEMAU ni..MeNCikKkk laHHHhh!!

Okek..sekian..nak p Lab ada Sistem Testing..Emmm..


..Apa yang aku mahu sebenarnya (?)..

Gaya, Mutu, Keunggulan - Nigel Barker. ;b

'Never Complain, Never Explain..Just do it!' - Nigel Barker -

Ni kata-kata yg terus tertangkap ke dalam kepala otak aku masa tonton ANTM cycle 15. Aku memang mcm ni, kalau org lain tengok tv 'kosong'..aku lak, wpun drpd cite Kartun sekalipun atau sembang2 dgn kawan2..kalau ada yang aku rasa berguna..mmg aku 'tangkap , fikir dan rumus'. Sebab tu ada kawan yang cakap - aku suka sangat mengupas..pening kepala saja. Heee..ye la, lain orang, lain cara kan. Walaupun tak sambung belajar degree..byk lagi cara kita boleh belajar .. nak2 tentang Hidup. Pengalaman tu kan Guru Yang Paling Sempurna. Ye dak?

Aku rasa, kata-kata dari Nigel tu dah sebati dgn diri aku lately lebih2 lagi pasai kerja. Dulu mmg ada kata aku 'kaki lawan' wpun aku tak melawan..cuba bagi pendapat. Maybe kata-kata yg kuar dr mulut ni agak 'Pedas' la kot. Tapi lps semua2 yg terjadi kat opis ni..aku pilih utk ''Never Complain, Never Explain..Just do it!' terutama kalau kerja assign by my boss and related to my Job Scope. Lebih-lebih..maybe aku akan tolak gak lah. Ye lah..sehsuai la dgn Gaji yang ada kan? Gaji tak byk pun, kalau ikut Gomen, gaji aku ni boleh di iktiraf sbg golongan 'Miskin dlm bandar'..hahahhaa. Apapun, alhamdulillah..hidup aku setakat ni sempurna..apa yg akan datang depan2 nanti..tu Allah punya rencana.

Korang nak tau dak?? Aku ada banyakkkkkkkkkkk sangat kerja terutama Sistem Programming..bukan 1..bukan 2..tapi ada 3. Cuma 1 inteam wish is aku team member. Aku tanya leader aku tadi 'Nak kejar SEE ke?' ..dia jawab 'HARUS lah'.. hehhee..Aku lak? entah la..terus terang..aku Give Up lah. Nanti cukup masa..sure kena CaRaS. Semua bergantung pada NASIB. Menciikkk lah sebenarnyaaaa!!!! Aku tak heran la dgn KPI...

So..apa yang aku nak sebenarnya? Aku dah MALAS nak kerja. Sangat2 Malas. Kalau kerja pun..aku nak kerja yg 'SeNaNg' tapi tak 'BoRiNg'. Sebab aku penah jadi 'Data Entry Coordinator' duluuuuuuu.. gaji ribu2 gak..tapi langsung tak membina..lagi la LEMAU. Kufur kah aku? Tak..cuma aku tak mau dtg OpIs tapi wat 'DoSa'...dosa apa? Dosa makan GaJi BuTa...huuhuhu. Tapi TAK BUTA pun sebenarnya..Ada kerja..tapi MaLaS lagi berjela-jela.

Dah..ni minggu SIBUK kot..Sabtu pun kena kerja and ada Task yg kena siap sebelum CuTi bulan 3 nanti..Go Liza Go!!!!

Wednesday, February 23, 2011

..Desperate Housewives Season 7..


Fevereto Di Amor..
Korang tgk siri ni? Ni antara series yang aku layan since season 1 sampai lah yang ke 7 ni. Semalam dah start season 7. Tgk lah, channel 708 - 10.30pm. Gembiranya dalam hati. Kenapa aku follow? Selain daripada perempuan2 nya yg lawa lagi 'sofistikated', aku suka jalan cerita. Realiti yet kenyataan. Memang la cerita ni agak 'daring' tapi..itu lah kehidupan. Suka duka sang Wanita yang juga seorang ibu, berkerjaya, isteri dan mcm2 lah. Mungkin cara hidup 'barat' yg tak sehsuai nak kita ikut, tapi kita boleh fikir sendiri positive dan negatifnya kehidupan.Ni antara series yang aku boleh layan dgn Mr.Abe. Tapi A.w.A.s kalau2 ada scene yg terkena batang hidung sendiri..ha ha ha.

Susan Mayer - watak kegemaran. Makin lawa neh..pheew...dan aku peminat dia 'Teri Hatcher'.
 Jom kenal watak-watak utama yang lain. Visit : They are Owesome

Vanessa Williams of Ugly Betty fame has joined the cast of Desperate Housewives as Renee Perry,
Ini orang takde kena mengena dgn series ini.
Haa..baru aku perasan. Tema wallpaper DH7 ni hitam-merah. Aku hari ni berbaju hitam dan bertudung ada secalit dua kemerahan. Nak tau tak? Tudung ni aku beli walaupun Mr. Abe tak kasi. Sebab apa dia tak kasi? Sebab ada MERAH dan kulit aku adalah tidak LAWA langsung pakai MERAH. Since merahnya secalit 2 jek..aku DeGiL..aku beli gak. Ala..sket je kan Merahnya? Tak kan terus BuRuK kot aku pakai warna ni..Oh KahSiaN si SaWo MaTaNg...penuh dengan keterbatasan..Emm..


Tuesday, February 22, 2011

..Lepak-lepak kejap..

Apa ni? ce teka?? :)
Now ni kul 7.oo Pm. Eh, mcm tak percaya lak semua kerja dah settle. Dah siap masak (sayur and nasi, ayam Mr.Abe akan amik turn jap lagi), dah siap iron baju. Nanti lepas maghrib boleh makan and lepas tu, 'cuba' settlekan 1 benda ni yg masih dlm kategori M.A.L.A.S tahap GABAN nak buat hari-hari. Apa lagi kalau bukan melipat baju. Kalau lah ada mesin lipat baju, aku rasa, semua ibu-ibu lompat katak gembira. Kan?

Main tenis 
Macam biasa, petang2 ni, Mr.Abe ngn anak-anak akan exercise dlm rumah. Layan Wii la..berpeluh gak kan? Hukuman pada budak2 ni dah selesai..nampak behave 'sket' setakat ni, takut kena HuKuM lagi kot. Seminggu tak leh tgk tV and main..hahaha. Tapi alhamdulillah, selama seminggu tu, takde lak yg merayu-rayu nak main or tgk TV. Tak mencabar kot Hukuman? huhuhu.
And aku tgh cuba pujuk diri supaya build up stamina..dah dekat ni Liza oiii..larat ke nanti. P lah gym lunch time..p la..p la..huhuh

Fakta atau auta? Klik la kalau tak nampak..ngeeee..
Tadi, sembang dgn member (nama di rahsiakan..nanti kena 'complaint'..;b). Sembang pasai apa? Hahahah..tgk la gambar kat atas tu. Em..ye ke? Aku tak rasa fakta tu betul. Cuba tgk keliling...sure terlari sket fakta tu kan? Kalau rajin, baca lah ni : Besar

..Sila Fahamkan Sendiri...


Italian     - Ho un mal di testa
French   - j'ai eu un mal de tête
Crotia    - ja je dobio glavobolju
Dutch     -  Ik heb hoofdpijn
Spanish  - tengo un dolor de cabeza

Vorrei riesco a dormire ..ZzZZZzZZzz..

Monday, February 21, 2011

..Apa-apa ajek..

As Salam. Yuhhhu...apa ya nak update ni? Nak update takde idea, ada idea takde mood, ada mood takde masa lak..tapi nak update gak. Something la kan daripada takde apa-apa. Jom layan pic :

Girl In Pink. She is really 'A Girl'. Aku dulu jgn harap la nak pakai pink ni. Macam GELI je jadi 'SO PEREMPUAN'. hohoho. Aku mula pakai Pink masa ngandung Dania ni la.. Ahaks!

Dania, Ibu dan Yaya..ni jumpa kat R&R Alor Gajah hari sabtu. Yaya is anak abang. 

Ini sayur. Tahu tak? akekeke. Ni tempat yg paling aku suka kalau p masuk supermarket. Hijau dan segar. Besh sangat. Aku kalau makan, mesti ada sayur. Anak-anak pun suka sayur. Yummi..

SubhanaAllah, batuk aku tak baik-baik lagi. Siang masih okek. Kalau malam jek..masuk kul 10, makin teruk aku berkokok. Kenapa ek batuk teruk pada waktu malam? Ni treatment aku yg seterusnya. Ubat kinik dah habis. Cuba yg ni pulak. Semoga cepat baik..Amin.


Ni laptop baru. HP Elite 6930p. Yang lama bos suh serah pada unit lain dan dapat yg baru. Sama jek, tapi spec dah kureng la sket. Kena add RAM. Em...


Saturday, February 19, 2011

..Cerita Hari Sabtu..

Alhamdulillah..

Meh kita mulakan dgn berita gembira. Alhamdulillah, Baby Emir selamat menjalani pembedahan dan terus berdoa semoga dia membesar dgn sihat. Amin.

Hari ni buat apa ek? Tak banyak rencana tapi agak jauh perjalanan. Jauh la sampai ke Melaka g kenduri. Kul 11+ pagi bertolak dan sampai sana dalam kul 1 tgh hari. Cun-cun la kan..dengan cuaca membahang. Dengan berbaju kurung. Oh, adalah seperti Magis kalau aku berbaju kurung proper ke majlis kenduri. Biasanya aku akan pakai jeans dengan kebaya atau jeans dgn blouse labuh ala makcik-makcik. Tapi hari ni aku pilih untuk sopan. Kenduri kat kampung..kang sia-sia je kena laser. Ngeee. Gambar takde la pulak nak tayang. Lepas kenduri, dlm setengah jam tak sampai terus bertolak balik. Ni yang Danish cakap 'Jauhnya nak g makan kenduri'...hehhee. Janji ngn mak abah dan abang yang ada kat R&R Air Keroh nak jumpa. Dia orang on the way nak balik Pontian, sepupu aku kawin. Aku tak dapat join sebab esok Danish ada sukan. Sempat snap pic dengan Yaya and Dania..tapi pic dekat abe..so takde lah pic lagi nak tayang. Hak hak hak.

Ni dinner malam ni..makan sorang..Cukup lah ni..Alhamdulillah..
Malam ni, ni dok taip blog sorang-sorang. Abe p main bowling ngn kawan-kawan.Dia ajak aku tadi, tapi sebab kokokan aku semakin menjadi2..tak mau la aku join. So aku relakan dia pergi tapi kena bwk anak-anak sebab anak-anak dah siap nak kuar makan, sekali abe nak p main bowling lak ngn kwn2. Sebelum kuar, abe dah tapaukan aku nasi ngn paprik ayam. Alhamdulillah dah kenyang..:)

Lepas solat isyak ni..agak-agak nak buat apa ek? TV lom ON lagi ni. FB pun mcm sunyi jek. Tak kan nak update blog lagi..hek hek hek.. Kita tgk je la apa yg jadi nanti dok sorang-sorang ni. Jom Solat..tata!


..Teringat-ingat..


Nak sangat makan benda ni. Selain mkn kat Sushi King, aku nak mkn smoked salmon yg ala-ala hotel. First time aku makan benda ni kat Konsert Setiausaha Siti Nurhaliza Tahun bila tah..5 tahun lepas kot. Teringat lagi masa makanan di hidangkan. Semua pandang sesama sendiri. Ha Ha ha..kelakar. Rupanya ramai yang tak tahu makan benda ni. Bayangkan lah...1 meja ada 10 orang..just 2-3 orang je yg makan termasuk lah aku. Sedap siot!! Masa tu kawan2 aku tak makan..nak minta malu sebab baru kenal...jadi aku terkebil-kebil je la tgk Smoked Salmon dia org yang tak bersentuh. Rugi rugi..mahai ni wei!

Last week abe carikan gak benda ni untuk aku. Tapi bukan cari kat Hotel la..cari kat supermarket. Dia kata..leh buat sendiri. Dah ada jual yang ready made. Rupanya Jusco je ada jual..since sampai sekarang tak jejak-jejakkan diri ke Jusco..tak dapat2 la lagi makan...bila ya nak dapat..emmm..

Friday, February 18, 2011

..Otak berpusing-pusing..

Tak tahu mcm mana nak mula. Otak ni agak ligat berfikir dan hati sentiasa berdoa untuk kawan-kawan yang sedang dalam masalah. Em..Ya Allah..lindungi dan permudahkan segala urusan, kesihatan dan apa jua rencana teman-teman dan insan2 yg aku sayang. Amin. InsyaAllah, semuanya akan Okek kan?

Dugaan itu di turunkan oleh Allah mengikut keupayaan insan..
Petang tadi, dapat berita gembira dari Zaza, dia selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki tepat jam 3.16 petang. Berat tau baby dia, 3.4kg. Masa tu dlm bilik meeting. Semua dpt sms serentak..muka masing2 sangat happy. Alhamdulillah. So aku, nuui ngn fara decide melawat Zaza lps opis hour. Dapat berita, baby di transfer ke Damansara Specialist - masalah pernafasan. Em, masa tu semua ok lagi..sampai bila tiba di hospital, dalam dok cari-cari bilik Zaza coz katanya takde patient bernama ini hari ni, bertembung lah kami dengan sorang kakitangan hospital. Tak pasti..doktor atau apa? Aku tak rasa dia doktor. Dia beritahu kami, Zaza di bilik No berapa dan tingkat berapa dan dia dengan begitu ramah..bercerita tentang masalah baby Zaza. Tersentak kami bertiga. Ya Allah..Air mata Nuui dan Farrah dah bergenang. Aku? Aku tak suka dgn cara staff tu..dah la kami bukan sapa-sapa..hanya kawan..kenapa dia perlu ceritakan semua. Takde prosidur ke? Dengan jawapan yg tak berani bg harapan..isk! Terus ke bilik Zaza, alhamdulillah..dia sihat. Cuma tu lah..baby dah ke Damansara. Tak payah la cite lebih2 kat sini..cuma aku berdoa..semuanya selamat. InsyaAllah..amin.Aku pun tak ckp byk tadi, selain batuk...aku tahu perasaan seorang ibu..sure sedih sangat. Aku dulu masa tahu Danish GDPD defiency pun meleleh-leleh air mata aku..ni kan pulak kes mcm ni.


Semua orang ada masalah. Macam mana nak handle masalah..terpulang kepada cara masing2. Kepada yg bercerita pada aku, insyaAllah, aku tolong apa yang aku mampu. Sedih sebenarnya tahu kawan2 ada masalah tapi tak boleh nak buat apa-apa kecuali mendengar. Aku sendiri pun WeNg! InsyaAllah..pengalaman tu mendewasakan dan buat kita lebih matang. Ya Allah..lindungi dah limpahkan lah kasing sayangMu kpd kami semua..AMIN.

Kepada yang sakit..semoga cepat sembuh. Kepada yang bermasalah..semoga semuanya di permudahkan. Kepada diri sendiri yang dah tak tahan berkokok..Sabar sabar sabar......tau! huhuhu..

Ohh..petang td dapat email tugasan baru dari Bos.
Salam, Zai.

I would like to assign you to prepare a video of the new Online Application System.  Can I get your help on this?

TQ.

P/s:  You can of course use whatever method, pick whichever other team members to help you. 

Expected Completion Date = 26/3/2011, with at least 1 demo before the actual date, for final modification.

Terkedu kejap aku baca. VIDEO? adehh..tak kan nk tolak pulak. Aku penah buat benda ni sampai tak tido2 sebab terpaksa ikut sistem yg sentiasa berubah2. Tapi..ni dah luar JD ni. Bak kata Saharil :

'Buat apa lah Zai nak fikir2kan sangat KPI..Bonus korang dpt sikit gak.' huhuhu.hampeh tak? emm..tak pe lah, saya buat kerana ni Amanah dari Allah. Gaji jalan gak kan? Tapi tak tahu la..nak ikhlas bukan senang..ho ho ho..



Thursday, February 17, 2011

..Hari Ini Lagi..

Sorang tunggu masa nak 'meletup' dan sorang lagi panjang usia hari ni..
  • Hari ni Birthday Fawa Sakura..Happy Birthday semoga cepat dapat baby.
  • Hari ni, pagi tadi Nuui dah banje makan Mc D. Terima kasih byk2..semoga murah rezeki.
  • Hari ni, Big Boss ajak p Big Apple nak celebrate Birthday Fawa.sorry tak dapat join..
  • Hari ini, aku 1/2 day petang. Melawan 'kokok'..
  • Hari ni, lunch dgn Mr.Abe coz dia baru balik meeting kat PD and terus ke Klang sambung kerja.
  • Hari ini, aku ke sekolah Danish hantar Baju Taekwando dia..TeRluPa.
  • Hari ini, setakat ini..cita-cita aku adalah 'MaHu TiDo'... 
Nuui and me..ni la 'tokei' Mc D hari ni..Ucapan : Semoga Cepat Kawin..ngeee..
Tata...ZZzZzZZzz...

Wednesday, February 16, 2011

..Tak Berapa Nak Menahan..

I know..I shouldn't say this..but it's really makes me

'Huaaaa...tak tahan la..sampai nak terkeluar isi perut..sampai bergegar kepala...SubhanaAllah..peritnyaa. Batuk..cepatlah berlalu pergi..uhuk'


Esok..kerja atau MC atau EL..tak tahan...tak leh handle..adeh.
Ya Allah..astarafirullah...subhanaAllah... ampunkan dosa-dosaku..

..Comot Comel Balik Sekolah..

Ngeh ngeh ngeh..tp sangap kemalasan ni..Nampaknya penyakit MALAS semakin menjadi2. Ni dok ada dalam bilik layan Blog. Abe ngn anak-anak dok main Wii kat depan. Apa la babah ni..dah langgar hukuman Ibu..malas la nak fikir..biarkan mereka. Gas habis lak..so Ibu Enjoy..tak yah masak! Hooreyy...

Saja nak tepek pic gambar anak-anak balik sekolah. Ni kira2 dlm jam 5.40pm.
Nama pun budak perempuan..memang payah nak tgk baju dan seluar dia kotor. Baju sekolah dia pun bersih je but stil kena basuh la hari2..

Haa..yg ni dah penat bebel. Tu siap cover baju tu..siap dgn bau peluh yang tah apa-apa. Dah tak larat nak sound. Budak laki kan? Tak marah pun..cuma stress je bila susah nak hilangkan kotoran.

Aiseyyy..batuk ni makin menjadi2 lak...emmm..

..Mencari Alasan..

Nak pindah jauhh..tak mau dekat-dekat..boleh?

'Abang..cari lah kerja kat oversea..US ke' - aku
'Nak buat apa?' - abe
'Nak cari alasan supaya boleh resign' - aku
'Isk..ingat best ke dok tempat orang..susah lah' - abe

Hik hik hik..ni la dialog ala-ala manja poyo aku setiap kali aku terasa sangat MALAS nak berkerja. Kenapa perlu pindah sampai oversea kalau nak resign? Ngeee...sebenarnya, tak jadi masalah pun kalau aku nak resign dan Mr.Abe still kerja kat dalam negara..cuma aku rasa, ini je alasan terbaik untuk aku bagi kat Mak dan Abah. Ye la..kalau suami dah kerja jauhhhhhhhhh, tak kan aku nak stay sini lak kan? Mr.Abe tak kisah pun kalau aku jadi surirumahtangga..malah di alu2kan..anak2 pun suh aku jadi mak dia orang 24 jam. Tapi masalah aku adalah...'Mak ngn Abah'. Ye la..dia org dah sekolah kan aku sampai tahap aku sekrang, walaupun tak tinggi mana pun aku belajar - budak Dip jek ya..tapi 100% yuran pengajian aku dulu adalah di bawah PaMa (Pak ngn Mak bayar la). Alhamdulillah...aku takde hutang dengan mana-mana sponsor kecuali dgn Mak Abah. Bukan dia org minta balik pun..sendiri mau ingat lah kan? Lagipun walaupun Just A Diploma..aku ni student UNITEN..hak hak ..cuba la teka rega Dip aku? muahahah..

Lagipun, mak selalu cakap..'Ni Azril ada, takpe la..kalau dia takde nnt?' Emmm..entah la. Tu kan semua kerja Allah..kan? Sebab tu la aku perlukan alasan yg kukuh lagi konkrit utk Jadi SuriRumah Sepenuh Masa ni..Kalau abe dapat g Labuan pun Okek..aku follow..Sabah ke..hek hek hek..

Kalau tanya Mr.Abe kenapa tak mahu kerja oversea mcm orang lain..dia yg ada pengalaman dok kat US 2 tahun lebib sebab study and travel ke negara orang sebab kerja..katanya..'susah dok tempat orang'. Macam-macam jenis susah lah. Cuaca je dah leh buat orang bengong..dan kerenah birokrasi orang luar dgn org dalam..boleh buat pening. Takpe..nanti aku usahakan lagi..Pujuk Sampai Jadi..Tapi..Lepas tu, Jangan Menyesal Sendiri lah kan? huhuhu..

Proud to Be Malaysian, Love Malaysia and Alwis wanna be MALAYSIAN..

Based pengalaman sendiri lak..walaupun tak lama kat Negara orang dan masih belum byk berjalan..Masa aku kat Bandung..aku terasa..Ya Allah, bersyukur nya dok Malaysia sebab kat sana..kita akan nampak, manusia akan buat apa saja untuk sesuap nasi. Masa aku dekat Europe..aku tak sabar nak balik Malaysia sebab 'Sejuk Itu Membunuh Akalku, Mindaku, Hatiku dan Juga Jasadku' huhhu..

..Assalamualaikum..

Sekadar berkongsi ilmu yang terbaca dekat FB pagi tadi and ini aku copy paste dari blog : ~kaudihatiku~.


SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"?
apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:
"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)
baik gunakan, ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...
Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.
Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.
Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz
“Assalamualaikum”
dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu
“Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Jawab salam yang betul ialah ; 
“WAALAI KUMUS SALAM” dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
“WAALAI KUM SALAM”
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata, “Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan“As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email.

Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.
* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”
* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.
* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

WaAllahualam..

ps: pheww..sbb tu aku tak suka copy paste..habis berkecah blog aku..nak betulkan? xde masa.. ngee..

Tuesday, February 15, 2011

..Bila Hati Berbicara..

Satu benda yang aku tak suka bila hati aku terdetik 'ada sesuatu yg sedang berlaku'..Tak nampak, tak jelas di mata..tak dengar di telinga..tapi bila hati ini mula mensyaki sesuatu..hampir tak penah perkara tu tak berlaku...semuanya Kenyataan dan kenyataan tu amat menyakitkan. Itu pengalaman aku..mungkin suratan..bila hati ini berbicara..di tipu mcm mana pun..Allah tunjukkan kebenarannya. Kali ni..aku nak pujuk hati aku..tak perlu berbicara jika tidak nampak kebenarannya..jika terdetik atau terasa ada yang tak kena..Istifar byk-byk..Ingat Allah..Ingat DIA..biarkan dia tentukan segala-galanya..Astarafirullah..Ya Allah, jauhkan aku dari bisikan syaitan yang sering membinasakan.

Apa ada dalam hati..realiti atau fantasi..hanya empunya diri yang memahami..
Hayati Perumpamaan ini..dari para hukama :

Kalau hati seperti air, jangan biarkan ia keruh.
Kalau hati seperti awan, jangan biarkan ia mendung.
Kalau hati seperti bulan, jangan biarkan ia gerhana.

dan renungkan juga ayat ini :

Sesungguhnya berjayalah mereka yang membersihkan jiwa dan merugilah mereka yang mengotorinya. - Asy-Syam: 9-10

Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam..buat apa hari ni? Aku masih di rumah..mungkin keluar kejap lagi..mungkin dok diam-diam je kat sini..mungkin sambung tidur bila telan ubat batuk nanti..banyak kemungkinan kan? Ini lah hidup...penuh dengan 'KeMuNgKiNaN' yang tak tahu apa hujungnya walaupun pangkalnya telah di laksanakan.

Ini 'HATI' aku... :)
Satu realiti yang sedang aku hadap sekarang ni ialah..terpaksa pujuk HaTi biarkan jek anak-anak nak buat huru-hara dlm rumah ni. Sebebnya aku yang jatuhkan Hukuman pada dia org, takleh main kat luar..takleh layan tv..hahahah. So bila aku bising dia org main..si Dania ckp 'Ibu cakap, tak boleh main kat luar..Dania main lah dalam rumah ni'..Adehh...sabar lah wahai Hati..Betul lah tu kan dia cakap..hak hak hak.

Monday, February 14, 2011

..Melepaskan Batuk di tangga..

Apa makna peribahasa tu? Sapa tahu? Jawap sendiri..simpan sendiri sebab takde kena mengena pun dengan entry aku kali ni. Twit! ada la kena sket..kena tang 'batuk' tu. Subhanaallah..makin menjadi-jadi batuk ni..sampai nak terkeluar isi perut rasanya. Uhuk! Tadi p Kinik amik ubat..tapi tak makan pun lagi ubat tu sebab ubat tu buat ngantuk..aku tak nak ngantuk lagi..aku nak layan ANTM. Semoga diri sendiri cepat sembuh..amin.



Emm..now ni dah hampir sebulan lebih aku berblogging balik..Demi Allah, aku sebenarnya masih fobia untuk menaip sesedap rasa aku dan agak seram nak bercerita secara terbuka. Entah la..pengalaman tu menyerikkan..aku harap sangat-sangat..sapa yang berkunjung..terima aku seadanyaa. Anggap apa yang aku cerita adalah untuk kongsi suka duka diri aku..yang baik, jadikan tauladan..yang buruk..tinggalkan. Kalau rasa aku poyo or apa2 je lah yang berkaitan..tak yah lah kot nak masuk sini lagi..OK? takde apa yg menarik pun kan...waallahualam..

..Bila p.A.r.C.e.L Sampai..

Hek hek hek..macam aku cakap sebelum ni, aku adalah 'Hantu Shopping Online'..sebab apa? Sebab harga berganda-ganda murah dari sini. Ori atau Imi? So far..Semuanya O.R.I. Mana nak tau ke tak? InsyaAllah Ori sebab aku beli atau Order dari kawan sendiri yang dah lama menetap kat US. So far..alhamdulillah, semua barang Okek Sangat dan selamat sampai..dan hari ni..Parcel aku sampai..apa dia? Jeng jeng jeng..

Mula-mula p HR amik bungkusan..
Lepas buka kotak..ada lagi kotak..ngeeee
Buka kotak ada jam..Fossil and DKNY ;)
Dan MeNry lah...apa lagi.. hak hak hak..

Okek..DKNY tu kat Malaysia nearly RM500 dan Fossil tu RM400+. Aku beli? Hak hak hak..harga 1 barang kat Malaysia..aku dapat 2 jam itu. Ngee...opss..1 Mr.Abe bayar..1 aku bayar sendiri.. dan ini jam aku yang ke 13 dan 14 rasanya..ho ho ho...Gilak? Bukannn...HoBi.. huhuhu..

Sapa-sapa nak barang-barang 'murah mcm ni tapi ORI'...email aku ya..aku sudi menolongi..InsyaAllah..

..Kenapa Aku Tak Cuti ?..

Sungguh sunyi opis hari ni..sungguh lengang jalan kat dalam Uniten dan sungguh banyak kosong parking bawah bumbung hari ni. Mana semua orang p? Majoriti adalah 'BeRcUtI' coz esok Cuti Maulidur Rasul..maka bersambung-sambunglah cuti kepada yang telah bercuti. Kenapa aku tak bercuti? Kalau tak, aku lah orang paling 'selok' nak bercuti..ngeee..

Selawat Serta Salam Buat Nabi Junjungan - Nabi Muhammad s.a.w

Sebenarnya, aku tak hengat langsung cuti Maulidur Rasul ni. Kalau aku ingat, mungkin aku pun dah bercuti. Tapi bila fikir-fikir balik, walaupun aku cuti..aku still kena bangun seawal 6.15 pagi sebab anak-anak sekolah. Isk..malas lah. Kalau alang-alang cuti, aku nak bangun lambat. Solat subuh pastu tido balik..baru la namanya cuti, kan? Aku tanya Mr.Abe..'Tak cuti?' Dia jawab 'Tak, ada dua meeting penting hari ni'..hak hak hak..apa lagi aku nak buat kalau aku cuti tapi abe tak cuti? Tido? So makanya..aku pilih lah tak bercuti. Lagipun semua boss2 adalah bercuti..so kira mcm cuti gak lah dok kat opis ni..isk isk isk..tak baik? huuuuu..

Cakap pasai cuti ni..dalam kepala aku..asyik dok fikir pasai cuti bulan March nanti..
Nak pakai macam mana? Casual atau ala-ala ayu? Maklumlah..berdua-duaan2 jek ngn abe..


Europe Backpacking 2010..Ok la mcm ni je kan? ngeee...
Kalau ikut style aku..'Simple yet Gamble'..hak hak hak..tapi emm..entah lah..Cuba bayangkan, aku yang sedang sandang bagpack 40+10 liter bersama-sama handbag crossbody dan kena menapak beberapa KM dan sambil travel dgn flight dan train. Emm..tak kan nak 'ayu' lak? Kalau nak rasa mood ala-ala 'HoNeYmOoN'..kenal lah comel sket kan? kah kah kah...Iskk..tunggu je lah kan....

Dan alhamdulillah, Abe pun dah berjaya dapatkan bagpack yang dia nak. Deuter Quantum 55+10.Dah order, InsyaAllah, Jumaat ni dapat. Bag 15276 aku pun on the way. Alhamdulillah..harap kesihatan kami berdua okek dan sejahtera sampai tiba masanya..Amin..

..Hari Kasih Sayang..

Terasa macam 'Hari Ini Dalam Sejarah' pulak bila aku yang bernama Liza Abd Rahim tak ingat tentang Valentine's Day sampai lah aku blogwalking ke blog-blog peberet aku dan terjumpa entry 'Fakta Valentines Days Hanyalah Rekaan' di blog 'The Other Khairul'. Menarik entry tu dan siapa-siapa rajin, bacalah and komen di sana..bukan kat sini sebab aku tak amik port sangat dgn Valentine ni. Dan apapun, pada aku, semua pun dari HaTi. Macam la isu casing Clorex ada salib tu..phewww..bawak huruf  't' dalam kocek boleh pesong akidah? WaAllahualam..so sama lah juga dengan Valentine ni..tepuk dada, tanyalah diri sendiri. Sematkan dalam hati :

"Tiada Tuhan yang di sembah melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah".


pada aku..Hari Kasih sayang adalah hari-hari..
Cakap pasai 'SaYaNg' ni, aku tergolong dalam golongan 'Sekali Aku Sayang..Selama-lamanya aku SAYANG'. Namun aku sentiasa ingat kata-kata ni dari Suami Aku sendiri :



Thanks to you Mr.Abe for being so Nice to me..uhuk! Thanks a lot... :*

Sunday, February 13, 2011

..Hanya Jauhari Kenal Manikam..

Semalam, aku berjaya merealisasikan 1 lagi Impian. Hek hek hek. Apakah? Keinginan nak memiliki si 'Solitaire' akhirnya menjadi realiti. Tapi kan..apa yang nak aku share ni bukan pasai cincin itu..tapi..mcm mana nak beli 'Berlian a.k.a Diamond'. Sebelum ni, aku tahu..Berlian tu berlian lah. Ada yang mahal..ada yang murah. Ada yg jernih dan ada yang beso. Tapi semalam selepas lepak hampir sejam kat Habib Jewels (HJ), dapat lak kursus berlian percuma. Hahaha. Aku tanya. "Diamond yang dlm ni ada certificate tak", sambil tunjuk cincin Solitaire yang harga bawah RM2K sebab itu budget Mr. Abe. Tak sangka lak, dengan senang hati dan penuh dengan senyuman, staff HJ yang berbangsa India ni menerangkan secara detail 'What is Diamond' ..fuh..siap carta dr GIA. GIA tu The Gemological Institute of America, klik la link tu for details. Diamond yang ada cert ni di jual dlm cermin kaca lain..tak dok sekali dengan 'diamond commercial'. Diamond commercial ni yang takde cerf tu la. Kenapa nak sangat cert? Untuk pastikan ianya adalah diamond TULEN bang..akakake. One more thing, diamond yang ada cert ni, belum di pasang pada casing cincin. Ni lagi 1 hal..diamond lain harga..casing lain harga. Tapi semalam HJ ada diskaun 50% for casing.

Okek, jom tengok chart ni..


Okek, ni cert diamond ring yang abe belikan untuk aku lak :
..Klik Sini Untuk Belajar Cari BERLIAN..

Lepas tu..compare la dgn chart kat atas..hahaha. Aku pilih yang 'sparkling' with some color..Blue color yang terserlah. Diamond kat pancar 7 warna pelangi..so yang ni biru yang menonjol.

Dalam diamond ni ada nombor series yang kena 'teropong' baru nampak. Mr.Abe cuba gak tengok.tapi tu lah kan..'hanya jauhari yang kenal manikam'..hahhaa. Cino tukang emas tu pun terkebil2 baca. What so ever it is..harga tak yah bagi tau (over budget abe gak..keh keh keh) dan yang penting, tak sama la mcm diamond Chopard Siti Nurhaliza. Abe kata..ni hadiah birthday + anniversary. Hahah..banyak cantik. Look for the value - dia cakap. Cissss!! Tak mau..ni hadiah suka-suka..nnt birthday nak hadiah lain.. ngeee...

Saja kasi BLUR..ngee..
Last sekali..kalau nak beli cincin..rajin2 la bertanyaa..and Terima kasih daun keladi tu Mr.Abe.






Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!