Thursday, May 31, 2012

..Berhenti..

Bila papan kekunci tak mampu lagi mewakili kata hati..maka hampir terhenti perjalanan blog ini. Tadi g dinner berdua dgn Mr. Abe coz anak-anak balik kampung..tiba-tiba aku terasa rindu sesuatu..

Aku : Abang...kenapa Za dah stop melukis? Kenapa Za stop mewarna dan kenapa Za stop menulis? Tu kan semua benda yang Za suka?

Mr.Abe kosong tiada jawapan. Aku pun tak harap jawapan..sekadar meluahkan perasaan. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin jika aku terus melukis dan menulis..aku akan menghasilkan sesuatu yang lahir dari hati..sesuatu yang mungkin mengungkap segala yang tersimpan di sanubari. Sama seperti blog ini..semuanya hampir terkunci..menaip sekadar mengisi ruang putih untuk menambah rencah dan warna-warni kehidupan sehari-hari... aku mahu berkarya kembali dan menjadi 'Azzalyzaa' dan mahu terus melakar sesuatu dan menjadi semula 'Mawar Emas'.. tapi..kenapa aku dah tak mampu?


Percaya tak? lepas aku tulis semua yang kat atas..tiba2 muncul 1 perasaan..LEGA. Hik hik hik..Lega apa? Tak tahu..just lega. Luah dgn kata-kata yg tidak seperti biasa..tapi kata-kata yang membawa banyak maknanya..ohh aku rindu 'Rehat...Lepak..Luah Rasa'..


Sunday, May 27, 2012

..Semalam..

Seawal jam 7.50 pagi, aku dah bergerak ke tempat kerja. Semalam hari Sabtu..kerja walaupun cuti. Agak tak seronok kerana anak-anak nak balik kampung tapi aku tak dapat hantar sama. Aku tak sihat dan Mr.Abe minta aku amik MC, tapi aku tak sampai hati lak nak minta pelepasan bertugas sebab hari tu dah banyak pelepasan aku dapat masa terlibat dengan Sukan. Kesian Team walaupun hanya standby je kat opis. 


Kenapa tak tahu..rasa sebak sangatt..sedihhhhhh nyaaaa dan tak pasal2 air mata ni berjuraian turun masa aku drive balik kerja. Lepak atas katil..and terus tertdo sampai nak masuk Isyak. Adeh...kelam kabut bangun. Lepas settle semua..lepak balik atas katil..layan whatapp dgn geng netty..10.30 pm, terus aku terlena semula. Gila tak terurus diri ..lemau gila. 

Tu cerita semalam..hari ni? Aku bz kan diri dan lucky petang ada troubleshooting sistem. Duduk dgn team, so ada benda nak borak and bincang..so lemau pun kurang. Malam ni? Mr. Abe dah nak sampai..thanks kerana sudi balik awal.. tapi aku masih mahu cuti....... :(



Thursday, May 24, 2012

..Kenapa..



A few questions atau ayat yang di tanya atau 'di perli' selepas aku habis game TNB adalah

1. Makin 'putih' nampak muka?
2. Hai Dayang Senandung.
3. Kesiannya tgk kak zai..itam!
4. Asal muka tak ceria? Tak sihat ke?
5. Terkejut tgk zai.

Adeh! Aku ni mmg la dah di lahirkan tak putih..dah training 13 hari + games 4 hari tgh matahari mengambang and plus balik dr Phuket ari tu..mmg mcm ni la keadaan aku. BERKILAT! Aku sendiri scary nak tgk muka kat cermin.

Now, lemau gila rasa..semua benda tak seronok. Ada yang tegur aku dah kurus balik. Mungkin sebab training atau mungkin sebab now aku takde selera nak makan.

Okla..malas nak taip byk2..not in mood..chow!

posted from Bloggeroid

Thursday, May 17, 2012

..Ikut Rasa...B.I.N.A.S.A..

Malas betul nak update blog..tapi kalau tak update, takde readers, maka nuffnang aku tak jalan..nanti income yang sememangnya tak banyak..makin tak banyak lah kan. OK..jom update kejap. Update ikut hati atau ikut rasa? Ikut hati ...MATI. Ikut rasa .. BINASA. Ikut suka je lah kan..hiks.

Rezeki sukan...terbaek lah!

EM, actually aku tengah cuti ni. Cuti Karnikal Sukan TNB 2012 sehingga Isnin. Tapi dah janji dengan bos, aku boleh main ..but kena ada win-win situation. Datang kerja kalau takde game. Maka, masuk lah aku bekerja hari ni. Standby for Final Reg. Kejap lagi kul 11 pagi, dah boleh balik utk ready ke acara seterusnya. Game start esok. Petang ni nak p merasa padang tempat game..but agak tak berapa nak bermaya sebab ..takde rezeki aku kali ni, jadi simpanan shooters saja. Mungkin sebab tak cukup tinggi..coach train our GK jd GS sebab dia tinggi. Coach cakap 'You shooting bagus, tapi byk footwork.' Erk..terkedu aku dgr sbb sepanjang hidup aku main or game, jarang lak aku kena PRITT sbb gerak kaki..emm..takpe lah, Pasrah? emm..tak kisah lah kan..janji aku dapat byk ilmu dalam 13 hari training dan dapat habuan seperti baju bajan di atas..hiks. Berbaloi? Dan masa kat atas padang lah aku lupa semua benda2 yang sakitkan kepala..rasa ringan badan, ringan kepala otak..

Last week, tiba2 hati aku tergerak nak belajar sebab aku dah bosan duduk opis. Aku survey IPTS. Eh..boleh sambung Master JIKA ada 10 tahun pengalaman bekerja dan berumur 35 tahun dan ke atas. dan ada diploma.Hah! peluang ni. Next year aku akan jadi 35 tahun. Aku dah hint Mr. Abe..ok tak kalau sambung tapi taknak kerja. Dia cakap, ok jek. Pelajaran tu untuk diri sendiri. Hiks.. Entah lah..aku seriusly dah malas nak masuk opis..dah takde apa yang seronok atau aku sebenarnya dah terlalu lama kat sini. Sayang aku pada opis pun dah kurang..

Ishh..nantuk pulak. Okek..dah 11 am. Dah boleh bergerak pulang. Papai!



Saturday, May 12, 2012

..B.L.A.N.K..



bila hati dan minda tak bersatu,
bila jiwa dan jari tak lagi sekufu,
..blank..


Aishh..makin hari makin payah nak update blog. Terasa jari jemari kaku bila hati membeku untuk mencoretkan apa saja yang berlaku..

Thursday, May 10, 2012

..Forgive Me - Maher Zain..




1st time terdengar di Ikim.fm pagi tadi .. tertangkap lirik di telinga, menghayati dan terus jatuh cinta. Just like InsyaAllah song..so touching and feel so sad. 'Forgive me, My heart is so full of regret' .. 



Forgive Me Lyrics

By: Maher Zain

I’m about to lose the battle and cross the line
I’m about to make another mistake
And even though I try to stay away
Everything around me keeps dragging me in
I can’t help thinking to myself
What if my time would end today, today, today?
Can I guarantee that I will get another chance
Before it’s too late, too late, too late
Chorus:
Forgive me… My heart is so full of regret
Forgive me… Now is the right time for me to repent, repent, repent..
Am I out of my mind?
What did I do? Oh, I feel so bad!
And every time I try to start all over again
My shame comes back to haunt me
I’m trying hard to walk away
But temptation is surrounding me, surrounding me
I wish that I could find the strength to change my life
Before it’s too late, too late, too late
CHORUS
I know O Allah You’re the Most-Forgiving
And that You’ve promised to
Always be there when I call upon You
So now I’m standing here
Ashamed of all the mistakes I’ve committed
Please don’t turn me away
And hear my prayer when I ask You to
CHORUS

Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody & Arrangement: Maher Zain
Mixing: Ronny Lahti


Monday, May 07, 2012

..Prada oh Prada..

Hoi ooi ya hoiii..gila aku di buatnya lepas jumpa satu FB jual authentic item Europe brand. Seller tu dok sana. Dia lak tengah jalan2 ke Italy especially Milan..kota fesyen. Haishh.asal la aku tak p Milan ari tu. Gila affordable rega Prada dia..tiap2 hari aku browse FB dia..mcm nak meroyan sampai mimpi. Hahaha. Now tgh tunggu dia tepek pic dari outlet Florence. Kenapa lah aku tak masuk outlet ni semua masa kat Florence dulu. Hiks..sebab rasa tak mampu nak tanya rege and tak sampai hati just nak cuci mata..tapi bila tengok harga dia letak lepas amik untung..MENYESALnya tak masukk outlet kat sana....

Prada ni less than 3K..orang lain jual more than 4K..nak!! 
Gambar ni Prada leather dgn long strap. Aje gila leleh. Aku memang suka leather. Harga ni kira OK..kalau teringin gak nak pakai Prada, boleh beli yang Nylon..less than 2K. Ya Allah..kuatlah iman hambamu ini. Amin.

Prada Nylon ni less than 2K...dush..

Plan nak ke europe tah bila. Ada lagi ke? hahaha.berangan. Rasanya tahun ni dah abis melancong luar negara. Kalau g sana pun, benda dah depan mata..sayang duit la pulak. Macam tu lah aku..wpun teringin and ada duit nak bayar..tapi..SAYANGNYA la pulak kat duit..aku baru je let go handbag coach aku. Now macam dh selesa sangat dengan Ali Hobo tu..ye ke? OK..mari bermimpi..Prada, please come to babeh..Aummm. ;b


Sunday, May 06, 2012

..Shawl and Syria..

Umum dah tahu, fesyen shawl kat Malaysia ni semakin menjadi-jadi terutama di kalangan budak-budak muda..MAKA aku yang tak berapa muda ni, teringin lak nak mencuba. Sebelum ni aku biasa je pakai shawl dgn inner berawning..cuma yang tak yakin, nak pakai shawl dgn inner syria. Sebab? Ye la..inner syria buat muka jd mcm..'Bola-bola api'. Hak hak hak. Actually, aku pakai je tudung syria kalau keluar dinner..cuba nak ke opis, aku malu daaa. Anak-anak cakap..'OK je ibu..comel. Ibu kena keluar dr kebiasaan'. Acehh..power tak ayat anak2 zaman sekarang?

Untuk percubaan, aku beli shawl kedut (motif : malas iron) . Beli je kat gerai-gerai..RM10 je. Pelik lak ada org jual benda yg sama sampai rm30..apa daa. Orang beli online sebab nak cari yang murah. Nak kata quality lain, bendanya sama je..corak pun sama..sejibik lak. Aku tengok gak kat youtube 'shawl tutoril'.

Masa cuti kat Phuket aritu, aku cuba lah memakai shawl dgn inner syria.

Hasil lilitan pertama.
Komen aku : leceh! bukan leceh nak pusing2 shawl..tapi kena byk jarum dan keronsang. Abe pun cakap, dah takde kerja ke? hehehe. Alaaa...tak bagi sokongan moral langsung. Aku pakai la shawl style ni..makin lama, aku makin rimas..rasa mcm, banyak benda lilit kepala. Pastu terjuntai2 lak.. 

Hasil lilitan kedua.

Hah! dah tak tahan, dalam bas aku buka shawl..tukar style..lilit2 je. Masa ni dah tak kira. Dah la panas gila bumi Thailand.Masih memerukan jarum peniti dan brooch. Hilang pulang 1 jarum peniti..so, guna je apa yang ada. Macam ni pun aku rimas..sib baik tak buka and pakai selepang je. hak hak hak..


Lilit and terus lilit. ;b

Malam terakhir, kena hadir Royal Gala dinner. Ada etika berpakaian lak. Tengok acik2 lain semua glam2 ngn baju dan tudung berlabuci. Aku? Hahah..aku sarung cardigan hitam..pakai slack hitam..Alamak! semua dah hitam..maka, shawl ni la penyelamat. Lilit ala-ala messy shawl..tepek bibir dgn lipstick terang sket. OK la..boleh join dinner yg 'gala' lah kenkonon.. hiks.. So overall..aku rasa, nak pakai shawl ni, untuk diri aku, kena ikut suasana and keadaan la. Ke opis, memang la takde masa aku nak melilit..nak jalan2 pun kena tengok tempat. Kalau nak ke mall..better pakai time peod..kalau tak, jenuh la pulak nak melilit lps solat. Biasa aku pakai mcm ni kalau nak raya jek...

Apapun..not bad kan? hiks...

Friday, May 04, 2012

..Suka dan duka..

Hello blog..

Aku sedang menanggung sengsara muscle pain and hari ni, so aku EL. Nak di jadikan cerita, lepas berjimba di lautan Phuket dengan aktiviti snorkling, balik je ke UNITEN, hari Khamis terus turun training netball. Masa kena lari 10 round tu, ok lagi..bila dah start training baling and jump..mak aiii! Terkejut badak..tiba-tiba peha aku mcm di rentap..sakitnyaa! both peha lak tu...huaa..bergenang gak air mata..otot2 peha berdenyut2. Masa tu aku dah takleh fokus..coach lak perasan..apa lagi, bape kali tah aku kena bumping, dah la siap kena perli lagi. Huhuhu..but aku tahan gak. Sapu minyak panas and teruskan training. Sakit dan berat gila peha. Emm..kali ni aku dah di train as a shooter. Maybe aku akan jd reserve jek nanti..and sebab sakit yang amat sangat..aku bersyukur je sebab tak kena heavy training as shooter. Terus jadi simpanan pun takpe..hiks. Just berharap badan ni boleh recover balik dgn cepat. Hari ni sakit dah naik satu badan..uhuk.Itu lah cerita duka kali ni..

Em, apa yang suka lak? Suka nak share pic percuti aku ke Phuket/Krabi Thailand baru-baru ni. Dah nak seminggu kan? Cepatnya masa berlalu..huhuhu. Aku dah mcm tak minat je nak balik opis. Kenapa tah. Suka je tak yah p kerja...emm..


Klick on picture for more pictures.
Album : Star cruise Libra and Phuket.

Klick on picture for more pictures.
Album : Phi Phi Island.

Thursday, May 03, 2012

..30 April pun berlalu..

Happy birthday to me..eh! Dh lepas. Dalam cruise takde tenet and kat bumi phuket tak jumpa line free,so upload pic MY BIRTHDAY hari ni jek lah.



Ucapan utk diri sendiri :
- Jadilah insan yang sentiasa bersyukur -

Percutian ini di taja sepenuhnya oleh Mr. Abe..bila landing je kapal, dpt line, aku online Fb, kwn jual jam fossil yg aku suka..terus request as birthday gift...hiks. Thanks for everything..

posted from Bloggeroid







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!