Monday, January 30, 2012

..Ingin Ketenangan dan Gembira..


Aku tak tahu kenapa kenapa dan kenapa..tapi aku hanya mahukan sedikit ketenangan dalam jiwa..

Rindukan kedamaian..rindukan moment bergelak bersuka ria dengan semua..dgn kawan..dgn siapa saja tanpa batas kesalahan yang pernah di lakukan..

Hari ni sampai Khamis, aku akan duduk di bawah ni (lab) standby Add/Drop Session. Makan minum di tanggung..cuma aku kena ikhlas dan redha supaya aku boleh buat kerja dengan gembira.

Friday, January 27, 2012

..Kerja oh kerja..



Now ni, aku ada kat opis standby for New Student Subject Reg yang di jangka habis kul 7pm. Tadi lak electrik trip..terngendala kejap kerja dalam 1/2 jam. Now semua dah OK..so standby je lah depan PC ni. Nak layan FB malas..so layan novel ni. Bila tahun nak habis baca tah.

Sok kerja lagi 8am - 5pm..lusa pun. Semua pun standby. Kena gak datang opis.Lusa pun kerja lagi.  Dah la sakit kepala ni tak habis2 and bdn ni lemah jek..dapat cuti best gak ni. Tapi memang takleh cuti. Aku rasa..aku nak kena jog ke ..sbb dh lama tak sukan and biasanya..time aku bersukan aku mmg lupa semua benda..bila ya? Emmm..

Ok..chow!
posted from Bloggeroid

Thursday, January 26, 2012

..Phewww..

Entry pendek yg agak tak berapa nak sopan ni di tujukan khas untuk Mr. Abe dengan ucapan 'bila lagi?' ... Hiks!!


posted from Bloggeroid

..Kereta oh Kereta..

Hai! Jom lupakan kejap kisah tak sihat aku ni. Aku pun nak cuba lawan wpun kepala masih weng. Sejak dua menjak ni, sepanjang aku sibuk bercampur dengan orang sebab jaga Online..topik yang paling best aku suka nak sibuk masuk campur ialah 'Kereta Baru'. Wahhh..lepas sorang..sorang nak tukar kereta. Kat opis aku ni jek..rasanya dah 4-5 orang dah tukar, akan tukar dan tengah fikir nak tukar. SENYAP2 jek semua. Dasyat! Alhamdulillah..masing-masing murah rezeki kan? 

Cakap pasai kereta ni..aku rasa, semua orang pun mampu nak pakai kereta. Kereta Malaysia ke..Jepun ke..Europe ke..pilih-pilih yang mana suka. Kira budget bulanan dan paling penting..kira la duit nak service serta road tax and insurance. Hiks! Penin gak kepala nak-nak kereta luar negara. Service koman2 RM500 wajib dalam tangan..insurance kalau kereta baru - siaplah RM1K ++ setahun. Huh. Apapun, I am just lucky sebab so far, aku bayar duit bulanan dengan insuran saja. Lain-lain? Mr Abe uruskan. Duit bonus aku biasanya aku simpan untuk insuran la. Kalau tak..sakit jiwa raga nak bayar..

Cakap pasai kereta baru ni...aku tak fikir pun nak tukar kereta BHY tu. OK and masih sedap lagi setakat aku taip ni lah. Tak tau la kalau jap-jap lagi dia wat lawak lak. Aku just terfikir-fikir nak cantiikan dia. Tapi takde idea nak buat apa. KALAU BJL tu..memang aku selalu seru Abe suh jual..dah la aku yang bawak..dah banyak songeh la pulak. Tapi masih dalam mood berangan..hahha..fikir banyak kali gak nak tukar kereta..banyak kena guna luit lorrr..tak sanggup gua kecuali Mr Abe sanggup..gaji aku pun tak banyak.

Jom tengok kereta boleh berangan tapi tak leh nak beli oleh kemampuan aku :



Mitsubishi ASX 

Ford Fiesta - harga OKEK..tapi bonet kecik gilos..

Mini Cooper 

Mazda 3 hatcback.
Syok tak berangan? Tapi KALAU ada rezeki and KALAU nak tukar kereta pun..KALAU lah kan..it's better to convert to MPV la coz kereta sekarang pun masih elok lagi. Walapun anak tak ramai..nanti balik kampung, leh bawak mak abah jalan-jalan sama..kan? MPV lak, kalau nak berangan Estima ka..Alphard ke..memang tak terpakai lah kot.

Aku suka dua MPV ni :

Mazda 5

Peugeot 5008 - keliling ada Airbag doh! phew..
OK. Sekian sessi berangan. Tapi kalau ikut hati kan..kan ..kan..aku dapat ni pun OKEK.

Alza macam ni..cuma tukar kaler and buang itu naga.. perggh!! hak hak hak..

hahaha..walaupun cuba tak fikir sakit kepala..sakit juga kepala ni rupanya..emm..nak buek apa la dgn badan macam ni.. emmm....

..Bertemankan Air..


Kena minum byk2 supaya tak jadi demam..aku usung air mineral merata-rata.

Adeh! Mata dah start berair neh. Kepala kadang2 terasa melayang. Mata asyik nak pejam. Nak kata demam..suhu badan okek jek. Pegnen? Hiks..insyaAllah tak. Abe suh MC. Huhuhu..tak boleh la..ada online event sampai 10hb..kecuali dah tak leh bangun sangat..baru MC kot. Otai pun tak sihat..so, kami bekerja dgn kesihatan tak stabil. Jangan dia yg MC sudah. Sabtu n Ahad ni pun kena kerja. Emm..hanya berdoa semoga dpt bertahan. 9 to 10hb nnt Abe outstation lak. Kalau demam..masak lah nak kena handle budak2 sensorang. Sok kena kerja sampai kul 7pm. Huhuuhu..Ya Allah..kurniakan aku kesihatan yang baik dan permudahkan semuanya. Amin.

Sejukknyaaaaaa..huhuhuhu..

posted from Bloggeroid

Wednesday, January 25, 2012

..Kenapa la pulak ni..


Weng! dah dekat 3 hari rasa macam ada yang tak kena dengan badan. Rasa lemah and macam nak demam. Tak kan sebab penat dok 8 jam dalam kereta hari tu? Tapi memang membunuh pun sebab kebetulan aku tengah 'bulan mengambang'..sakitnya pinggang dan punggung. Meleleh gak air mata masa aku cuba baring sampainya kat umah mak ari tu. Em..tapi tu dah lama..hari Sabtu. hari ni dah Rabu. Di tambah lak dengan kesejukan dalam opis, memang aku berbungkus je sorang2 dalam opis tadi. Roomate aku p mana pun tak tau. Kepala terasa sungguh weng..melayang-layang. Tawakal je la nak drive tadi. Kena la pulak hujan lebat tiba-tiba kat Sg Ramal..adeh. Sampai depan sekolah Dania, masa aku buka pintu..tiba2 rasa macam kereta bergerak..uit! kelam kabut aku tarik hand break..eh! memang dah tarik. Huaa..kenapa ni. Mulalah aku drive elok2..takut langgar orang lagi. Tak kan darah turun balik? Atau sebab aku dah lama tak bersukan keluarkan peluh? Mata lak asyik nak pejam jek..emmm..

Lagi satu..dah naik menyampah tengok badan sendiri kat cermin. Terasa gemuknnya. Peha,punggung dan pinggang..out of cutting. Eeee..kenapa la sampai macam ni. Tak tahu la berat now ni berapa. Rasanya dah cecah 50 kg kot. Makan pun aku dah tak control..huk. OK..kepala sakit and mata nak pejam je ni..bye!

..Lepak Kejap..

Hallo. I am sleepy..very the very sleepy. Pagi ni awal-awal dah kena ke opis sebab ada New Intake. Tapi still gagal untuk awal. 7.50 am baru sampai. Suppose 7.30am. Sorry ya..commitment ni yang aku tak boleh nak bagi 100% - datang kerja awal2 coz aku ada kids yang nak hantar ke sekolah. And masa aku di paksa jdi koordinator ni pun..benda ni aku dah maklumkan and as a deal - OK, as long as aku boleh masuk kerja at least sharp 8 am. Em..bukan cari alasan tapi aku dah pujuk gak Mr Abe hantarkan anak, dia tak mau sebab dia lagi jauh nak ke Klang. Tak kan nak hantar anak g sekolah kul 6.30 am pulak kan? So..just lucky, hari ni jalan agak lenggang.I'm done with New Intake registration.
Coklat mesti beli kalau keluar g Mall :)

Semalam aku ke Midvalley dari Ipoh. Alhamdulillah, jalan tak jam macam masa aku balik Ipoh. Memang tolak awal pagi coz tak mau la terjebak lagi. Member aku yang bertolak kul 11.30 am terkena gak jam wpun tak teruk macam sabtu but still 4-5 jam gak nak sampai KL. hiks. Since sampai awal, ajak Abe p Midvalley. Tujuan - nak cari Crocs Wegde, nak cari jaket PUMA and nak try Rayban coz nak order online. Takut tak kena lak ngn muka. Pusing punya pusing punya pusing..1 apa pun tak dapat. Mau 3 jam dalam Midvalley..last2 aku beli coklat M&M jek untuk diri sendiri. Ngeeee. Frust gak ni. Kasut Crocs tu memang takde kat Malaysia tapi aku dah cuba Hush Puppies Wedge - lawa and sedapnya. RM319. Abe geleng..emm..letak lah balik. Tak nak aku bayar sendiri kasut sampai RM300. Gilo apa. Hek hek hek. Sama juga dengan Jaket PUMA yang aku nak tu..tak wujud langsung kat Midvalley. So untuk lepaskan stress at least beli something, aku menry lah Kameja kerja from Agenda. Nak amik S memang cun dengan badan tapi singkat sket..nak amik M..hiks, dah macam baju pinjam. So..takyah lah. Lain tahun. Rayban lak, RM1K kot. Hah..gilo lagi sekali. Tapi ada rezeki, Abe suh je order yang online tu, dia bayar kan. Apa lagi..rezeki jangan di tolak kan? So tunggu my 1st Rayban jatuh keriba. 2 minggu pun 2 minggu lah.

Sejukknya bilik ni. Aku dah la macam nak demam..macam sakit kepala..macam lemau badan..isk. Kalau takde event ni, mau aku balik tido..huhuhu..ok chow!



Sunday, January 22, 2012

..Diari..


Ku perlukan sebuah diari..
untuk ketawa.
untuk menangis.
untuk bercerita.
untuk berbisik.
untuk mengadu.
untuk bersendu.
untuk bergembira.

Ku perlukan sebuah diari..
untuk menjadi teman sejati.

Ku perlukan sebuah diari..
yang boleh menutup rapat rahsia yang di beri.

Ku perlukan sebuah diari..
Yang boleh berkata-kata membelai sebuah hati.

Saturday, January 21, 2012

..Terdampar kepenatan..

Rasanya, hari ni adalah hari dlm sejarah perjalanan aku balik Ipoh. Biasa balik Ipoh dari umah adalah 2 jam saja. Penah juga terjebak dalam jem tahun bila tah selama 5 jam..tapi hari ini sempena cuti raya cina ..semua pun nak raya agaknya ..maka aku terjebak dlm jem selama 8 jam. Ha ha hamboii..sakit satu badan. Aku keluar rumah awal gak, dlm kul 11 kot..tapi singgah butik Shazzmin dulu. Dalam kul 12 bertolak ke Ipoh. Ya Allah..dari Sg Buloh ke Tg Malim saja dah 3 jam. Pukul 3 pm..dengan kelaparan dan aku mesti ke toilet kalau tak 'banjir' la keta dgn warna merah..memang la menguji kesabaran.


Kat Tg Malim, masuk jalan dalam..kurang sket kereta. Selesaikan urusan toilet dan cari kedai makan..penuh la pulak..so tapau je goreng pisang and kepok lekor. Kat Behrang jem semula..adusss. Just lucky..Abe agak tenang and cool kali ni..dia kata, sebab dia dah tua..hahahha. Kalau tak..mmg dia main redah lane kiri je la..syukurrr.. Semoga terus cool.


Kul 6 lebih..masih tak sampai..baru kat Tapah. Singgah surau kat Tapah and isi perut. Memang kebulur. Terus kan perjalanan dgn penuh kesabaran...hampir jam 8 mlm baru sampai dpn umah mak. Omang aiii..8 jam! Dah mcm naik flight g Australia. Jetlag lah! Hhhahaa...


Mak masak..aku mandi,makan and now masih weng! Sakit nya montot and pinggang. Sampai now sakit..and skrang, terdampar kepenatan..walllaaaaa lah!


Published with Blogger-droid v2.0.3

Friday, January 20, 2012

..Mahu, hendak dan berharap..

Ha..jom layan blog tatkala kebosanan. Dah lama aku tak buat entry mcm ni. Entry Ikut Nafsu. Dah lama juga aku tak teringin benda-benda branded mahal2 macam ni. So malam ni, bagi memenuhi kehendak hati walaupun tak beli, aku wish sangat untuk miliki benda-benda ini :


Sunglasess Ray Ban ni.
Crocs Wedge ni..

Gucci Sukey Leather ni..

Sweater PUMA ni..

Jam Aigner ni..

Hek hek hek..gila bernafsu tak? Takpe..sekadar berangan Tapi kalau orang yg dapat 1.2 nanti rasa-rasa nak belanja...KLCC di tadahkan.. hiks!

..My 1st Swatch..



Ini jam swatch pertama aku. Di beli di airport Paris dgn harga 50euro. Tak murah pun..sama je harga kat Malaysia tapi sebab nak habiskan Euro, Abe belikan aku jam ni.

Baru pakai tak sampai 3 bulan. Tengok muka jam..sudah calar balar..ni jam pertama aku yg calar balar. Kenapa ya? Nak kata murah..takde la murah sgt..RM200 plus juga. Dan kalau duduk kat opis, wpun tgn aku di keyboard menaip membuat kerja..jelas kedengaran detikan jam tu. Ho ho ho..kuat kot. Terkejut aku masa memula pakai. Jam lain tak bunyi pun mcm ni. Kenapa ya? Aku tak pernah pakai Swatch sblm ni..atau mungkin Swatch ni tak mahal kot.

Tapi apapun, aku suka design jam ni..tak di nafikan, Swatch punya design lawa2..kan? Mungkin ni satu2nya jam Swatch aku nnt..tapi kalau ada nak bagi hadiah..aku terima. Ngee..
posted from Bloggeroid

Wednesday, January 18, 2012

..Bumper To Bumper..

Macam biasa, petang2 aku amik anak-anak. Hari ini aku balik awal sikit sebab dah takde apapun kat opis tu. Mood pun asyik swing jek. Dalam mood swing ni la..terjadi la cerita ini. Huuhuhu..



Lokasi : Depan sekolah Dania.

Aku ambil Dania betul-betul depan gate sekolah. Masa tu, aku just pandang depan dengan pandangan kosong. Bila Dania dah naik, aku masuk gear R, pandang cermin (aku sure aku pandang cermin pandang belakang ni) and mengundur. Sekali...GeDeNgAnG!!! Bergegar kereta aku. Ya Allah...apa tu? Aku terbayang aku langgar tong sampah jek..sekali aku pandang luar cermin tingkap, ada sorang parent ni dah terbeliak biji mata pandang aku. Hah! kenapa? terus aku keluar..Ya Allah. Kereta orang. Nampak lak lambang BMW..mampus! 

Owner BMW   : Kenapa ni? Lain kali pandang belakang.
Aku                  : Ya Allah..sorry2. Saya tak perasan..sorry.

Kita orang check keta sama-sama. Bumper to bumper. BMW bumper depan. Memang bergegar la kereta tadi. Wife dia pun keluar.

Aku                  : Sorry sorry..sorry.
tu je la yang mampu aku cakap and Alhamdulillah...takde apa-apa. Sket pun tak cacat. Kereta aku pun. Nasib baik aku bawak Optra. Coz Optra ni aku pernah langgar tiang garage..tiang kemek, bumper Optra tu Okek..huhuhu

Owner BMW : Sib baik takde apa-apa.
Aku               : Sib baik saya langgar BM kan..kalau saya langgar proton tadi.
Dialog tak leh blah yang tak sengaja keluar sebab aku betul2 gelabah. Bayangkan kalau Bmw tu cacat tadi..mau melayang duit aku. Dah la Abe takde ni....

Owner BMW : Sib baik takde apa-apa langgar BMW ..kalau jadi apa-apa tadi..awak tau kan..mahai ni..
Dia gelak. Sib baik lelaki..tak emo. Kan?

Aku               : Ya saya tau...sorry sorry sorry..saya tak perasan. Sorry sangat2..
Dia dah senyum je. Aku masuk kereta. Lutut aku dah gigil. Huaaaa..nak nangis pun ada. kenapa ni. :(

Sampai rumah..turun dari kereta..terus penin. Terasa dunia berpusing..Tak sukanya rasa mcm ni..

Sib baik accident reverse..kalau tgh drive masa aku tekan minyak tadi sbb nak hilangkan stress? Jumpa kat sepital je lah kan.. baru padan muka aku....

..Destinasi Tak Pasti..

..Melankolik Hati Si Pari-Pari..

Monday, January 16, 2012

..Permintaan Yang Berterusan..

1:01 PM. Duduk je la opis sorang-sorang layan blog or FB. Nak balik umah tapi pagi tadi baru perasan, fuel kereta dah dok bawah tiang merah.Sungguh tak perasaan. Ni la akibatnya kalau tak reti isi minya sendiri. Untuk keselamatan, lepak je la opis. Perut pun tak lapar lagi. 

Comelkan? Both dah besar dengan sempurna..Alhamdulillah..
Termenung kejap terfikir permintaan demi permintaan hampir setiap hari oleh anak-anak, suami dan famili. Minta apa? Mereka semua mahukan orang baru dalam keluarga. Siapa? Baby baru lahh..siapa lagi. Paling ketara, Danish dan Dania  - hari2 meminta. Aduss..pening lalat di buatnya. Mr Abe pun sama. Alih-alih aku cakap 'Suh babah kawin je la sorang lagi.' Hikss. 

Bukan menolak rezeki apatah lagi menyesali takdir Illahi. Ya Allah..bila fikirkan betapa susahnya aku masa pregnant mereka berdua dulu..seram dan serik rasanya. Tak baik kan? At least aku di permudahkan semasa kelahiran mereka berdua. Tak perlu epidural, tak perlu bedah..masa labour room..kejap je selamat semuanya. Namun bila terkenang berbotol-botol air kena masuk dlm badan dan nak buat apa pun susah..Ya Allah..aku benar-benar tak betah. 

Isk, Astarafirullah..tak baiknya. Tu kan semua penghapus dosa. Sebenarnya terasa rugi umur juga. Bayangkan kalau aku mengandung dan bersalin tahun depan, beza umur baby dgn Danish hampir 10 tahun. Jauh tu...Danish form 5, baby baru darjah 1. Semua tu alasan kan? Tertelan air liur kejap. Takut juga..mana tahu lepas ni dah takde rezeki? Sebab memang tak pernah berusaha pun nak dapatkan baby lagi. Ya Allah...tunjukkan aku jalan..Amin.

Renungkan :

9 Kelebihan Ibu Mengandung

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat


Sumber : BlogPakarHowTo

Sunday, January 15, 2012

..Wajah Baru 2012..


Akhirnya baru ada peluang nak tukar interface blog ni. Dah jadi kebiasaan, mmg aku akan tukar interface setiap tahun sejak aku mula berblogging 7 tahun lepas. Tapi blog lama tu dah simpan dalam peti..


Sebenarnya mood tak berapa nak OK..so ni je la hasilnya. Buat lak sambil baring and remote pc opis,mouse pun takde..belasah je lah. Sekadar nak bertukar rupa. Mungkin kaler kuning ni sedikit over. Ingat nak buat pink..tapi jadi blog jiwang la pulak kang. Tahun depan la pulak cuba pink. 

Okek, enjoy reading my blog pada yg sudi baca... thanks sudi menjengah.


Menulis seikhlas jiwa..
Bercerita berkongsi rasa..

Tersurat bukan mendabik dada..
Tersirat tak mahu cetus sengketa..

Bertandang jika suka..
Tinggalkan jika mengamit duka..

Salam Ukhwah buat semua..
Enjoy Ya!..

-Liza

Friday, January 13, 2012

..Air Mata..

..Cinta..Tiada Akhirnya..



12.25 am - Jumaat. Seharian menghabiskan 'cuti kecemasan' kerana anak demam dengan membaca sambungan Novel Ombak Rindu. Dan malam ini, buku ini setia menemani. Kebiasaan, lappy menjadi teman di kala malam hari. Cuma malam ni takde apa yg hendak di hadapkan pd lappy ni. Layan FB pun hanya di muka xperia Arc...

Macam biasa, abe akan habis baca dulu novel dan kemudian baru aku.Sebelum aku baca, dia pernah ckp 'Za tak pernah buat abg mcm ni'. Aku just ketawa..novel lah. Jiwangnyaa memang tak terjangkau dek minda dan masa. Tapi lepas baca..emm, Izzah memang ciri2 idaman semua lelaki aku rasa. Masa zaman remaja, bila baca novel yg membelah rasa, membuai jiwa..memang cita2 nak jadi sebaik Izzah bila berumahtangga. Tapi realiti hidup..Allah jek tahu.

Hariz tu romantisss kot!! Rugi kalau ada perempuan tolak..hahahaha. Dah, melalut pulak. Tido jom...tata!
posted from Bloggeroid

Wednesday, January 11, 2012

..Bila Minda di Ketuk dan di Gesa..

Hujan terus membasahi hari Rabu ni. Seawal siang, sehinggalah ke larut malam dan mungkin hingga ke subuh pagi nanti. Minda terasa penat dan badan pula semakin berat. Dah lama tak bergurau senda dengan bola apatah lagi memaksa diri berlari demi setitis peluh yg boleh mencerdaskan badan dan minda. Semua aktiviti petang terngendala kerana tak cukup kenkawan nak berjimba.


Tahun ni agak memenatkan minda aku dengan Job baru. Adehhh..now ni lak otai aku asyik outstation..hamekk kau, job masuk bertalu-talu. Email, call, Ocs sampai user datang sendiri mencari aku di opis. Dah la aku masih dlm proses belajar lagi..banyak benda terkial-kial dan kadang2 tak faham pun user nak apa. Huhuhuhu. Terpaksa la call..dan bila kena call, PR lak nak kena jaga..Otak nak kena cergas ..nak kena fikir dan settle dlm hari tu jugak. Penatnyeeee....

Tadi jumpa bos aku untuk next KPI. 1st question was 'How is your attendance?' huhuhu. Aku jawab 'Kalau saya tak punch..ada la email masuk'. Tapi bos cakap 'I mean your working time during weekend'. Hahaha..amik kau..dah macam CT kena soal 'How do you like you coffee?' dan CT jawab 'In a cup.' Dushh..bodoh la siapa yg buat cite lawak ni...kalau dia tny aku pun aku tak tau nak jwb...tu kan Formal Bussiness English Communication..CT tu dah la kampung mari..kat sekolah pun tak ajar benda tu kecuali dia menang rajin baca buku. Em, soalan tadi..aku just jwb 'So far tak clash apa2 lagi..ok lah kot'. Dan aku dengar, pihak Pendaftar pun tengah cuba arrange balik jadual supaya tak kena kerja on weekend. Aku pun dah malas nak fikir lebih2..buat je la.

Em..Danish demam pulak ni. Kesian dia..risau lah. OK la..takde idea dah..tata!

 

..Selamat Hari Lahir Siti Nurhaliza 11/1/2012..

okHari ni umur CT 33 tahun, sebaya dengan aku kejap. Sebagai Peminat Setia,Bukan Fanatik, aku nak wish la CT kat blog aku ni walaupun tak faedah. Hahahah. Dah lama aku minat CT ni..sampai sekarang aku masih membeli album dia..cuma bab kejar mengejar ni je aku dah tak berapa nak buat. Konsert last pun Raya tahun lepas aku gi.Still sangat minat pada suara CT wpun lagu dia kadang2 outdated. Em, orang kata, kalau dah sayang..semua pun OKEK kan?

To Dato' Siti Nurhaliza - Selamat Ulang Tahun ke 33. Semoga cepat dapat baby. Amin

Gambar terbaru CT dari Utusan Malaysia 11/1/2011
Zaman aku gila buat wallpaper CT. Ni gambar 2003.

OK..habis dah entry Syok Sendiri.. :)

Monday, January 09, 2012

..Johor...Gerek Seh!..

Nak hapdate blog je sebelum tido. Baru sampai dari Johor jam 9.50 tadi. Kul 8 tadi singgah R&R Pagoh untuk solat and makan sekali. 8.30 tolak balik Uniten..berdesuppp - 9.50 malam sampai sebab nak kejar Masterchef.

Orang Johor kawin memang meriah ...

Dah lama tak balik Johor umah mak ngn bapak saudara aku kat Pontian. Last sekali g Johor sebab ikut Abe oustation ke Pasir Gudang, memang la tak sempat nak jenguk sedara mara. Ramai tak tahu, abah aku orang Johor..so ramai gak pelik nape aku balik Johor. Kali ni aku balik coz ada kenduri sepupu aku kawin. 2 orang terus. Kalau tak balik, sangat lah tak seronok sebab ada 2 kenduri aku miss sebab ada urusan. Lagipun masa aku kawin dulu, pakcik and auntie aku anak beranak berangkut naik bas nak raikan aku. Emm, seronok balik kenduri kat Johor ni. Meriah siot...gerek seh! 3 hari 3 malam meriah. Dah jarang aku g kenduri semeriah-meriah kenduri. Paling spoil..malam semalam, mak cakap g umah uncle, dia panggil makan malam..so aku dgn setoya-toya perangai aku, pakai je jeans and t-shirt Angry Bird, bila sampai sana..omang aiii...meriahnya. Semua pakai lawa-lawa..ada malam berinai rupanya. Terpaksa la aku cover diri 'Maaf ya, Za pakai macam ni..baju kurung pakai esok eh..bawak 1 jek, nak balik amik, jauh'. Kuikuikui. Tadi lepas dah tengok dua2 pengantin berarak .. aku pun minta izin balik. Sadis lak muka uncle2 dan auntie2 aku sbb nak balik awal. Actually, aku sangat rapat dgn mereka masa kecik2 dulu..InsyaAllah, nanti ada masa, balik lagi sana eh.

1st day ke JPO..
Selain seronok kenduri, agenda lain yg seronok juga adalah lawatan ke JPO - Johor Premium Outlet. 2 kali kau aku g situ. Masa on the way ke Pontian dan masa balik ke KL. Ngehh.. Tak tahu la nak describe OK ke tak JPO tu. JPO ni amik konsep Premium Outlet dari US. Barang2 di JPO pun adalah branded item from US. Terus terang, kalau nak beli COACH, Burberry dan MK, beli Online lagi murah dr beli kat JPO wpun dah diskaun sampai 50%. Brand lain mcam Fossil, DKNY,CK, Timberland..pada aku lebih kurang harga KL jek. Beli Online masih terbaik. Yang paling buat aku selak, ialah masuk Outlet Nike and Puma. Adidas tak sempat masuk. Berjaya merembat training shoe from Nike dan 'sesuatu' dari Puma dan masih terbayang jaket Puma..mahu 1, Abe tak bagi.

2nd day ke JPO...
2nd day, aku rembat Levis dan seluar slack kat PADINI. Levis bawah RM150 dan seluar kerja PADINI tu, dari RM109, jadi RM32 dan RM50 jek. Hek hek hek. Abe beli kan baju untuk anak2 dari Outlet Poney. Baju yang RM rat-rat...jadi 18 hengget..memang kena rembat lah kan. Nak masuk Poney Butik..lom tentu akan membeli. Sebab lama kat JPO, tu yang sampai lambat ke Uniten. Sebenarnya JPO tengah ada sale and hari ni last day. Sebab tu murah. Ramai Singaporean kat sana..siap dtg ngn bus okek. Seronok la org singapore shopping kat Malaysia kan? Semua pun murah sbb currency.

Bukan Ombak Rindu sbb Selat Teberau takde Ombak..hahaha..
Sabtu petang, sempat jenjalan ke Penghujung Benua Asia - Tg Piai. Aku dah g 2-3 kali ngn abah dulu. Ni Abe nak bawak anak-anak lak. Takde apa pun kat sana..just kita ada kat hujung Benua Asia. Singgah juga ke Taman Negara..aisseyyy man, dah kena kepung ngn kera pulak. Mula-mula aku pakai handbag, bila tgk kera tu asyik perati je bag tu, terus simpan dalam keta. Sekali ada la couple ni, dengan confident nya bawak seplastik jajan ...apa lagi..hameekk kaau..kena serang la dgn binatang berbulu tu. Hampeh tul! Aku yang memang tengah lepak kat tugu pun kena la tempias. Habis seplastik jajan kena sedekah kat kera..pastu kera tu lak macam tak puas hati..nak serang orang lak tak tentu pasai. Sian ada sorang budak perempuan tu, baya2 Dania..dia kena terkam kat kaki. Melalak lah apa lagi. Dania lak dah nak nangis..emmm..terus blah. Couple tu pun blah balik. Kan dah ada papan tanda, Di Larang Membawa Makanan..tak pandai baca ke bro? Lepas tu g Muzium Bugis. Actually Muzium tu sepupu aku punya Pak Mentua yang punya. Dulu kecik je..lepas tu kerajaan Johor bagi dana besarkan. Kenapa ke situ? Sebab abah aku Bugis..hahaha..ada kena mengena? Tapi muzium tu tutup sebab dah lebih time. Lepak tepi laut..matahari tengah tenggelam..subhanaAllah..cantek banget.

Eh..panjang nya menaip..dah 12.30 laaa..kus kus kus..OK..tdo sudah. Bye!

Friday, January 06, 2012

..Bila Kepala Berdenyut..

Hah! bila angin dah masuk dlm badan, kepala lak sakit berdenyut-denyut dari pagi..memang semua benda rasa menyakitkan hati. Serius, lepas bersarapan Mc D pagi, tiba-tiba sakit kepala menjadi-jadi. Aku tuduh, kopi tu buat aku sakit kepala dan sekali gus sakitkan hati. Tapi tak pernah pulak sebelum ni kopi buat aku jadi mcm ni..biasanya, kafein lah buat hidup aku ceria berseri-seri. Mungkin dah tua barangkali. Melayan sakit kepala sambil buat kerja..memang la rasa 'hampeh' jek. Pastu tangan kanan lak berdenyut-denyut. Sakit gila otot lengan gara-gara main tenis dalam Wii. Punya lak seksa nak drive..adusss, sengsaranya rasa. Dah la tak lunch tadi..memang hangin bertambah hangin dan ada lak benda-benda lain buat mood terus lemau hari ni. Kepala masih sakit ni..telan ponstan pun still macam ni.


Macam biasa lah kan, kalau mood kat opis dah gila..balik umah, tau la sapa jadi mangsa. Bukan anak-anak lah kan..sebab tak berbaloi pun nak angin ngn mereka..bukan faham apa-apa. So, siapa yang kena? Tapi ada ke patut dia teka.

'Kenapa marah-marah? Jangan lah marah sangat dengan team A (rujuk post aku sebelum ni), Za rasa gak habuannya'. Cessss...kesitu lak. Tapi bagus la kan..sebab team A dlm rumah ni nak share habuan dengan team B dalam rumah ni. Masuk ASB pun ASB lah..janji ada. Ikut hati nak minta rantai emas baru. Nak yang pendek terletak sket je dari leher..seksi kot! Uwekkk..poyo sudah!

Esok opis ada aktivti yang kelihatan akan sungguh seronok..tapi aku tak dpt join. Kenapa? tak yah la cite..bukan penting pun nak share ngn orang lain. Aktiviti yang takde paksaan..kan?

..Sama Tapi Tak Serupa..


Database down. Tak leh nak buat query. Update blog la kejap sementara SA buat kerja hidupkan
semula itu server.

Aku nak menulis ni..tapi mohon siapa yang baca, tak perlu la judge aku apa-apa. Ini sekadar luahan rasa dari aku seorang insan yang bukan tak tahu bersyukur, tapi kadang2 terasa, mana keadilannya?

Macam biasa, bila tahun baru bermula..topik paling hangat di tempat kerja adalah BONUS dan KENAIKAN GAJI. Hampir termenung gak aku fikirkan isu ni. Kat sini, ada 3 kategori staff. Pensyarah yang dah ada skim gaji sendiri. Alhamdulillah, habuan mereka agak lumayan. Kedua dan ketiga - staff sokongan dari dua badan yang berbeza. TNB (A) dan UNITEN (B) bekerja di bawah 1 bumbung yang sama. Isu sekarang - A yang memang dah di lahirkan untuk memperbaharui CA mereka setiap 2 atau 3 tahun. UNITEN? emm..dah 11 tahun aku kerja..masih macam ni.

Terbaru, si A akan menikmati habuan kenaikan CA dan juga kenaikan gaji. Si B? masih senyap seribu bahasa dan jgn bermimpi utk kenaikan CA lah! Kami faham masalah B..takde keuntungan kerana kami di lahirkan sebagai 'pelaburan sosial' untuk si A. Kalau buat untung..sure la A kena bayar income tax..so objektif kelahiran si B dah terpesong. Ada untung, income tax akan bertambah kan? so..nasib tetap nasib lah kot kan.

TIPU lah kalau anak2 B mempunya tahap Redha yang tingga setiap kali A dapat habuan lumayan. Dan tahun ni A akan dapat at least RM400 kenaikan gaji. Huh! bayangkan..mana tak termenung. Kerja, JD, KPI, time makan, time minum, time lepak, time rajin dan time malas di kongsi bersama..tapi kenapa time lumayan..B terus terpinggir. A pun tak payah la nak cakap 'alhamdulillah, ada daripada takde kat B'. Cuba letak diri sendiri dalam kasut B. Dan dari hasil sembang2 dengan geng A yg kerja di sini, semua dah selesa dengan keseronakkan berada di bawah bumbung B. Semua tersedia and mudah...buat apa nak balik ke tempat asal A kan? Emm..entah lah.

Lagi sekali..macam biasa, pujuk diri sendiri. Allah Maha Tahu semua yang di tentukan..Ya Allah, jauhkan aku dari sifat kufur.

Makin hari..makin MALAS nak ke tempat kerja.. emmm...

Redha itu ikhlas..Pasrah itu menyerah?

Wednesday, January 04, 2012

..Ke laut..

Emmm..swing swing ..my mood suddenly swing! Tiba-tiba terasa sangat bosan..tiba-tiba terasa mahu kan sesuatu. Apa? Gucci? Terfikir jugak..tapi kenapa? Mahal doh! Now terasa mcm nak g Mall..nak jalan sensorang..hamek barang yang aku suka. Yeah! Dah lama tak buat perangai shopping sensorang ni. Tapi tak tahu nak beli apa..terasa nak tengok wayang gak. Nak tgk MI..nak tgk Tom Cruise ensem. Tapi tak pernah lah lagi aku buat gila tengok wayang sensorang. Gilak!




Kerja ada..pagi tadi OK je buat kerja..ni kenapa tiba-tiba mood ke laut ni. Tadi balik umah time lunch.pun tak tahu nak makan apa. Bosan seh takde kawan nak makan. Balik..baring2, terlena kejap..tiba2 ada sms masuk..aisehh..spoil! Terus tak leh lena. Bangun..solat and amik air kotak..sedutt sambil jalan ke kereta. Lapar tapi takde mood. Why laaaaa!!

Pasang radio kuat-kuat since roomate cuti. OK lah..kena settle kan permission ni..jangan ikut hati..binasa nanti! Go!

..Samsung Galaxy Tabs..

Ehe..saja nak tepek kat blog. Masih menaruh harapan tapi takde keperluan.



Harga (SoyaCincau.com) :

Official RRP pricing for Samsung’s Galaxy Tab range
Galaxy Tab 10.1v: Not available in Malaysia
Galaxy Tab 10.1 3G: RM1,899
Galaxy Tab 10.1 WiFi: RM1,499
Galaxy Tab 8.9 3G: RM1,699
Galaxy Tab 8.9 WiFi: RM1,299
Galaxy Tab 7.7: TBA
Galaxy Tab 7.0 Plus (3G+WiFi): RM1,699

Monday, January 02, 2012

..Free Shout Box..

Sebelum tidur..nak share ni dengan all bloggers.Shout Mix dah kena bayar? Takpe..just try ni okek. Aku dah guna kat blog ni. Ez interface and ez to setting. Ok..selamat mencuba free shout box ya.. :)

http://free-shoutbox.net/

Iklan ini adalah percuma untuk kebaikan and keseronokkan bersama.. Selamat malam semua..berdoa, semoga sihat sentiasa menjelang tahun 2012 ni. Amin..

Sunday, January 01, 2012

..Apa buat dengan 0.5?..

Holla..dah setengah hari 2012 menjelang, cepat betul masa hilang. Esok masih lagi bercuti..tetiba rasa, lamanya dok rumah. Nak kerja malas, nak dok umah lemau..mahu tak mahu, hidup harus di teruskan. Kalau ada pilihan..sudah pasti yang seronok-seronok saja jadi pujaan..kan? Apapun, bersyukur dengan hidup yang semakin hari..semakin teratur berada di atas landasan.

Lepas lunch nasi gulai tempoyak ikan patin, tekak teringin donut lak..ayokk..habis la macam ni..
Apa tu 0.5? Hek hek hek. Itu lah bonus syarikat tahun ni. 0.5 bersamaan setengah bulan gaji. Teruk kan? Isk, tak baik merungut, nnt orang kata, tak tahu bersyukur. Dosa tau! Alhamdulillah..dengan 0.5 ni, nak simpan pun tak banyak mana..nak bayar insuran keto pun ngam2 saja. Since insurans kereta lambat lagi dlm bulan 3, aku gunakan 0.5 belanja anak-anak dan suami saja. Biasa memang aku simpan duit bonus untuk insurans kereta dan masuk ASB..kali ni, guna je lah. Bulan 3 nanti..guna je duit lain selagi rezeki ada. InsyaAllah. Dengan jumlah yang tak berapa, aku belikan anak-anak jam tangan dan buku yang mereka suka dan belikan Mr.Abe kasut kerja baru. Jenuh jugak paksa dia..tak mau lak dia, yang elok masih elok - katanya. Hehehe..aku tau dia nak aku menyimpan sbb dia dah byk keluar untuk semua keperluan. Dalam nak tak nak..belilah juga, makan jam gak dia memilih..kalah kan perempuan lah!

Pameran actroid kat Pusat Sains Negara.
Semalam, ke Pusat Sains Negara. Ada orang tanya..kenapa suka sangat ke sana? Entah..anak2 aku, kalau tanya nak kemana, tempat2 macam ni lah pilihan mereka.Aku ikut jek. Tak rugi g sana. Walaupun dah berkali-kali pergi, anak-anak sentiasa gembira. Selain belajar..ada gak mainan untuk keseronokkan. Sekarang kat luar dah ada kolam mandi dan taman permainan. Now ada pameran Actroid sampai bulan 3. Actroid adalah 1st Human Robot ciptaan manusia.

Sebenarnya, aku tengah susah hati dengan berat badan sendiri ni. Dah 48kg. Seluar dah terasa ketat and padat..perut dah terasa berlipat-lipat. Adeh!!! Dah la dah lama tak berpeluh..huhuhu..scary sungguh. Januari - Febuari penuh dengan Online Event di mana makan minum 4 kali sekali di tanggung..huaaaa..habis lah! Petang-petang sokmo hujan pulaaa...abis lah Liza..gemuk balik lah macam zaman dulu kala..Ayook!! Nehi kabi nehi...kena usaha something ni. Ho Ho Ho..

Ada idea??

..Selamat Datang 2012..



Jika :
Kebiasaan Bukan Satu Kemestiaan;

Tak bermakna:
Pertanyaan Itu Pertikaian,

Juga tak bermaksud:
Persoalan Itu Tuduhan.

Jika mahu:
Orang positif;
Kita juga harus positif.

Jika tak mahu:
Hati di sakiti;
Tak perlu sakiti orang lain.

maka :
Jadilah insan yang rasional;
Hormati orang jika mahu diri di hormati.

dan

Tinggalkan lah semua perkara yang kamu rasa:
menyemakkan, menyampah dan meluat;
jika itu jalan terbaik..

atau
perbaiki semua itu jika rasa;
Ukhwah dan silaturahhim perlu di jaga..

..Selamat Tinggal 2011..







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!