Sunday, April 29, 2012

..Cruising..



Hai..now dlm Star Cruise Libra kat Penang. Will cruising to Phuket and Krabi,Thailand for 4 days and 3 nite. Sgt teruja coz naik cruise adalah satu impian aku wpun aku takut laut. Ni kira hadiah birthday dari Mr. Abe lah..will sambut birthday atas katil and tak tahu lokasi kat mana tepat 12am 30 April mlm nanti. Semoga perjalanan ini di lindungiNya. Nanti dh lps laut Malaysia..no more internet access. Dlm kapal ni ada..tp 56 sen seminit. Esok ke Phuket and next ke Krabi..berdebar gila nih..

posted from Bloggeroid

Friday, April 27, 2012

..Just an update..



Selamat bercuti semua..

*bestnya kalau mimpi nak resign jd kenyataan.. :{

posted from Bloggeroid

..Just a gift..



Tanda kasih dari Kelab Kebajikan dan Sosial ITMS untuk sahabat2 di opis yang menyambut cahaya mata since Januari. Di sampaikan oleh big boss pagi tadi dlm acara yg ringkas.

Simple je gift? Yap..simple jek apabila aku di apit oleh 2 orang ahli yang bergelar Lelaki. Pengerusi yang teguh dgn style sendiri dan Bendahari yang penuh dgn falsafah hidup yg sukar di goyahkan.

Yang penting objektif sampai. :)

Nantuk seh! Tapi ada benda yg harus di selesaikan..jom sambung...

posted from Bloggeroid

Wednesday, April 25, 2012

..2 hours non stop training..


Sebenarnya malas nak taip..mcm boring lak asyik cite pasai netball, kan? Tapi sebab kepenatan melangkaui akal fikiran and supaya menjadi 1 episod dalam hidup yang harus di ingati, yeah..aku taip juga. HUuuaaaaaaa..sangat penat ni sebenarnya. 2 jam training netball non stop. Dapat rehat 5 minit je tu sebab ada sorang team mate terangkat tangan kata nak minum..terus kena denda lari padang 2 round..lps tu baru dapat minum. Tu pun rehat 5 minit saja.


Training mula jam 8.30am. Lari padang netball 10 round. Bukan masalah besar. Training lari, training passing bola..semua tu aku boleh buat..tapi sampai time training shooting..serius, aku betul2 nak termuntah. Bola datang bertubi-tubi..memang buat aku sangat penat..and tadi aku hampir nak termuntah. Lepas training, kena pulak shoot 50 gol..selagi tak cukup 50, tak leh rehat. Masa ni tinggal shooters je..yang lain dah boleh cool down. 

Apapun, aku suka sangat training ni. Kena marah tu biasa lah. Banyaknya benda yang aku buat tak kena rupanya. Bagus kan kena tegur daripada syok sendiri. Hiks. Jangan terasa hati..tu saja petuanya kalau nak bertahan dan nak belajar. 

Masuk opis, kul 3 ada testing sistem lak..aku buat part aku apa yang patut..tapi masa dalam lab, memang kalau boleh nak tido jek. Tapi sian lak kat partner aku. Dia dah relakan aku join sukan and g training pun dah syukur banyak. Testing lak ada benda tak kena..kul 5 baru abish. Balik kerja..sambung lagi training ngn geng sini pulak. Tak cari pasai namanya? Mula lah shoot pun kelaut semua. Hahahah..

Bila dah penat mcm ni, makan pun dah tak lalu. Siang makan bihun goreng yang di sediakan semasa training dan malam tadi, makan bubur Mc D and Sundae Coklat saja. OK, dah tak tahan..saya mahu tido.

pst : aku juga tengah belajar 1 benda...'diam adalah lagi baik jika kita sudah giveup.'


Tuesday, April 24, 2012

..Kenkonon..



Situasi : dalam kereta O5 bwh garage.

Td punya happy nak balik awal. 5.15 pm..terus punch out. Jalan pun laju jek. Sekali..start2 keta..jeng jeng jeng..tak leh start. Bateri kong daa! Ada la kwn2 kat bwh tu..tapi..em, takpe, aku call je si Anne. Sebelum tu ada student dh tolong..tapi bateri dia tak power. So still takleh start. Aku tak pasti sbb bateri dia tak power atau jumper aku yg problem. Start guna keta nuui..still takleh. Pastu tukar jumper dia lak..alhamdulillah..dh boleh start. Aku drive balik..abe amik anak2.

Sampai umah, kunci umah lak dalam Lancer yang Abe dh bwk..so aku dok lah bertapa bawah garage ni. Sib baik keta idup..idak la panas. So..kita merancang, Allah yg tentukan..kan?

Chow!

posted from Bloggeroid

..SETIAUSAHA tak bertauliah..


Aha! tiba-tiba dapat idea. Aku ingat, tahun depan aku nak claim tiket free Minggu Setiasusaha
bersama Dato Siti Nurhaliza lah. Kat opis ni, selain daripada jd Programmer yang bertukar menjadi System Support Exec, aku adalah Setiausaha. 

a) setiausaha QE Induk ITMS
b) setiausaha QE auditor 
c) setiausaha Kelab Kebajikan dan sosial.

Eh..ada nama orang lak..belasah. hiks..
..
Mostly kerja aku selain support adalah membuat document and filling orang-orang atas aku dalam Dev. Emm..ni bukan post merungut..tapi post tiba-tiba dapat idea nak g minggu setiausaha. Hhahha coz tadi tengah diskus via OCS dgn SU zon QE... tiba-tiba bos suh join lak Pertandingan QE and ICC. Date line hampir banget. Aku ke yang nak suh orang2 atas gerak buat team? hahha..lawak lah tu...

Aku suka words yang SU Zon ni cakap :

SU zon :
abis semua kita aje
nt kata orang syok sendiri

AKU :
xpe
ada nama dlm borang
biar kita je amik adiah nanti
hahahaha

Su Zon
".... tak ada keje, boleh lah" 

hahaha..Bila dia sebut pasai 'takde kerja' tu..aku tau, dia menceritakan tentang keadaan sekeliling dan benda yang biasa dia kena termasuk lah aku dan tak nafikan, kadang2, aku pun sibuk hal kerja orang. Kalau dulu, aku mungkin akan melenting bila terkena macam ni..TAPI now? hiks...what ever lah orang nak kata apa. Senang je..kalau kita sibuk dok kata orang..orang pun akan sibuk dok kata kita. Semalam aku sembang dgn lecturer..dia tny apa kerja sesetengah orang dlm BU aku and sounds like 'ramai, tapi takde hasil'. Uhuk! terasa tak? aku terasa jek.. kuang kuang kuang. 

Aku tulis ni utk peringatan diri aku sendiri...and semoga ada juga sedikit kesan pada yang membaca. 

..The More You Learn, The Better Prepared You'll Be..


Monday, April 23, 2012

..Mari menaip di kala senja..


Dush ..sakitnya kepala. Berdenyut-denyut ni dari pagi tadi. Apa hal lak ni? Dah lama tak main tengah-tengah panas..tadi turun training netball kat HQ (Bangsar). Training dari jam 8 am - 11 pm. Tapi tadi kita orang sampai dalam 9 am..hiks! Terlambat sket, dah kena jammed and pastu both of us tak pandai jalan ke HQ..dah masuk ke mana-mana. Kira makan angin dulu la. Dalam hati, redha je lah kalau kena pusing padang bola 5 round. Kira stamina test gak lah tu. Alhamdulillah..cikgu and manager tak marah.Just lari 10 round padang netball and pastu join traning mcm biasa. Cuma ada beberapa sessi yang termiss lah. Takpe, Rabu ni kami usaha keras utk sampai cepat. 


Tadi kuar rumah tak sempat makan..so, faham-faham je la training ngan perut kosong. Paling memeningkan, shooter ada training shooting bertubi-tubi lak..dah berpinau2 mata and kepala aku masa tu. Hancursss..bila dah  penat, memang ke laut je lah shoot. Apapun, suka sangat walaupun penat and rushing. Bukan senang nak dapat training pree macam ni kan? Banyak benda yang aku belajar sebab dah lupa banyak benda on skill. Biasa main..belasah jek. And again, dalam team ni, aku dan team mate dari Bangi ni lah yang paling hakak-hakak..lain2 semua bawah 30 tahun. Hiks..

Korang nak tahu apa ada dalam kepala aku? Walaupun aku buat kerja ..walaupun aku happy berjimba ngn kawan-kawan..1 benda yang aku nak sangat buat adalah - Aku nak resign, nak duduk rumah jaga suami dan anak-anak. Biarlah orang nak kata, nanti rugi gaji, nanti nampak tua..tapi kalau fikir-fikir..hambakan diri kepada famili, lagi banyak faedahnya. Betul? Apa ada hati aku..aku saja yang tahu.

Em, now Mr.Abe is flying back from Istanbul and will arrive Malaysia tomorrow morning. Dia beli apa? Gucci? Prada? LV? hahahaha..apapun takde katanya. Key chain ada..hahaha. Kat Istanbul banyak Fake item jek. Kat Croatia lagi lah takde menda. Em, kita tunggu beliau sampai ya.. 

Bulan 5 penuh ngan aktiviti :

1) Training netball kat HQ sampai 15hb May.
2) Sukan TNB 17-20hb May
3) Back To Nature Kelab Kilat - tak dapat join, clash dengan training.
4) Student baru masuk 19-20hb May - Alhamdulillah, puan bagi aku pelepasan untuk join sukan.
5) Awal bulan 5..cuti dengan aktiviti sendiri. Semoga smooth semuanya.
6) Pendaftaran Subjek and Add Drop Subjek from 21hb sampai 10hb Jun.

Aku teringin sangat nak snorkeling..blup blup..

And kawan-kawan semua dah register for running event. Aku? Entah laaa...masih berfikir. Run for 10KM? tak terjangkau akal ku...

OK..semoga kita semua gembira dengan hari-hari yang kita semua lalui.. Amin.

pst : mahu ke puncak kinabalu lagi..kapan ya? 








Friday, April 20, 2012

..Kerja dan Bodek..


Ok, sambung sket benda yang aku belajar masa Stress Management Course hari tu. Aku akan taip based on input yang aku dapat, tak rujuk handout sebab benda tu ada kat opis. Dan apa yang aku tulis ni, adalah yang terkena dengan batang hidung aku sebab tu aku boleh ingat. Kata cikgu :



Dalam organisasi, akan wujud beberapa kumpulan manusia dan kategori yang paling rugi adalah pekerja Maverick. Kebiasan golongan Maverick adalah di antara umur 30an sehingga 37 tahun. Golongan Maverick adalah golongan yang sedang naik dan berdarah muda. Siapa yang di gelar Maverick? Mereka ini adalah golongan yang cuba merubah organisasi daripada golongan 'atasan' (ada term, aku tak ingat) dengan semangat dan darah muda yang boleh membunuh diri sendiri. Maverick golongan yang gemar menentang idea dan pendapat orang lama. Mereka lebih kepada membuat kerja dengan betul. Maverick penuh dengan pertikaian.Maverick lebih menjurus kepada bekerja dgn jujur. 

Sanggup? hhahha..not my style lah..huh!

Apa lg? Em, kata cikgu, dalam pekerjaan, kita mesti pandai 'bodek'. Dushhh! panas telinga aku dengar. BODEK? please..not my style. Yap. Masa trainin, dah terserlah beberapa orang golongan Maverick ketika isu ini di utarakan. Aku dan beberapa org geng sebaya aku pertikainkan dengan beberapa soalan.

1) kenapa mesti bodek? itu unsur negatif.
2) kebiasaan, bila bodek, akan wujud situasi tikam belakang.
3) Bos tak tahu kan mereka sedang di bodek?

Cikgu tersengeh jek dan cakap..kalau awak terus dengan prinsip awak ni..awak akan ketinggalan dan di tindas. Salah ke bodek? TAK SALAH. Dalam Islam, kita di minta 'bodek' Allah dulu untuk meminta sesuatu. Ok lah..bila kami dh push cakap tak suka dengan words BODEK..coz it's negative..cikgu terus ubah to 'Pandai amik hati' atau 'Pandai memuji'. hikss..still tak kena dgn cara aku. Tapi takpe, aku positif and terima ajaran kali ni. Ada 4 golongan pekerja.

1) Orang yang boleh buat kerja dan pandai bodek - ini golongan pekerja yang CEMERLANG.
2) Orang yang boleh buat kerja tapi tak pandai bodek - akan di tindas dan rugi diri sendiri.
3) Orang yang tak boleh buat kerja, tapi pandai bodek - untung diri sendiri tapi rosakkan company.
4) Orang yang tak boleh buat kerja dan tak pandai bodek - pergi mampus (hahha..ni bukan aku cakap eh)

Aku relatekan dengan situasi kerja aku..em, betullah cakap cikgu. Golongan No 1 tu memang senang berjaya dan senang naik. Cuba tgk keliling kita..atau tengok diri sendiri..kita dlm golongan mana? Terus terang, aku tak suka membodek dan aku tak suka di bodek. Kalau aku puji, insyaAllah, ikhlas dari hati sebab aku memang jenis susah nak puji orang. Tapi, cikgu cakap..kenapa kita kerja? Selain kerana Allah dan gaji..bukan kah untuk di hargai? So..kalau tak membodek diri sendiri..kita akan ke mana-mana. Siapa peduli kalau kita pandai buat kerja...tapi takde yang memuji. Duduk lah di tempat yang sampai..huhuh.

Unsur bodek biasanya ada unsur tikam belakang..kan? Kata cikgu..tu kerja orang yang takde kerja walaupun dia kata, dia byk kerja sebab orang yang ada kerja..takde masa nak mengutuk atau tikam atau cari salah orang lain. Hiks..betul ke? fikirlah sendiri ok? 

OK..dah tahu mcm mana nak jadi pekerja cemerlang? pilih la cara sendiri..dan being a maverick is not good? be a chameleon.. ? renung2kan lah.. 

Tata..

Tuesday, April 17, 2012

..Stress Management Course - Personaliti POKOK..


Today is Tuesday..what a happening day. Separuh hari ni jek habis dengan bergelak ketawa. Apa yang happy sangat? Em, hari ni dan esok aku ada training 'Stress Management'. Mula-mula memang tak mau p, tapi ..ada yang kata 'G zai..kena sgt dgn zai ni'..haa..okek! terima kasih kerana ada yang memahami..dah sepanjang course, aada je benda terkena dgn batang idung, dia jadi orang pertama gelakkan dulu. Takpe .. takpe ..ada ubi ada batas...

antara aktiviti yang agak tepat dgn personaliti aku.

Cikgu suh semua orang lukis salah satu benda yang dia sebut :

a) pokok
b) daun
c) bunga
d) buah
3) akar

Lukisan pokok aku..hiks..

Yeah! off course la pokok yang 1st thing terbayang dalam fiikiran aku. Sebab? Aku memang sangat suka pada objek bernama POKOK. Infact, aku boleh teruja gila2 bila tengok pokok tu lain dr yang lain. Pokok ada banyak seni..dari akar sampai ke semua bahagia walaupun pokok tu kontang..pokok tetap berseni dan ada manfaatnya sendiri. Tu je la yang aku fikir masa cikgu suh lukis.

Bila siap lukisan tu....baru cikgu describe personaliti by that objek. Aissh..ada makna rupanya. Tadi ada 3 orang lukis pokok. Ni antara personaliti orang pokok yang aku ingat.

a) kalau buat kerja..mesti detail A-Z
b) terlalu memilih dan mahu yang terbaik saja.
c) sangat komited
d) daya ingatan yang sangat kuat.
e) cerewet
f) suka warna2 pastel

Apa lagi eh? tapi mostly memang kena dengan aku. Orang pokok ni akan sentiasa stress kerana
mahukan sesuatu yang perfect. Setiap benda kena ada alasan. And kalau dia mahu..dia mesti mahu. Keh keh keh..siapa lah tu kan. Ahaks! 

OKek..mari get ready utk sessi seterusnyaa.. saya suka trenin ni..I LIKE double lah! 

Monday, April 16, 2012

..Isnin pun bakal pergi..


Digital dokumentasi
Orait! Semua persiapan done. Now tgh tunggu auditor. Tak penah tepat time pun deme ni. Perut munyik2 ni..entah la apa nak jadi dengan perut ni..asyik lapar je, makan tetap makan..pastu buang..pastu lapar balik. Aku dah settle kan tentang pemilihan netball dan road relay. Pilih ikut kesukaan walaupun aku tahu, sipi2 je aku nak dapat pelepasan nak main. Arghh ..bosan lah cakap pasai ni. Boringgg...

Teringin nak pergi..tapi..emm
*kalau Abe baca ni..text me ..can i go? huhuhu

Semalam kawan ajak g tengok Show Dato Siti Nurhaliza sempena Hari Ibu on 13 Mei ni. Memang teringat sangat nak p and kalau p, dah decide nak amik meja RM300 sorang..antara yang paling murah. Tapi bila tanya Abe tadi..mula2 dia tak bagi..but biasa lah aku kan..skill memujuk memang power..ahaks! so, dia cakap, nanti dia bayarkan kemudian. Mula-mula seronok gak...tapi (berapa byk tapi daaa), lepas fikir-fikir..tak baik kan? Biasanya kalau dia nak bagi..tak yah minta berkali-kali..ni kalau dah kena pujuk rayu..maknanya keikhlasan dia kureng la tu..so, aku rasa.OK LAH..cancel lah p tengok CT. huhhuu..

Eh dah 5pm..tadi mula taip lom audit..ni dah abis audit. MASAK wei..har har har. Takpe lah..at least auditor bagi idea. Cuma pesanan pada diri sendiri 'Kerana mulut badan binasa'. Mode auditor agak spoil tadi masa audit kat bawah..dia bagi idea..ada lak jawapan keluar yang sakitkan jiwa raga dia. Tapi betullah kan, tak semua orang ada skill of communication or at least skill of 'Yes Puan', 'Baik Puan'...terutama dengan budak2 teknikal. Masing-masing dengan style masing-masing. Apapun..'Bahasa Jiwa Bangsa' kan? What ever it is, aku as auditor dalaman, tak salahkan pun sapa-sapa sebab kalau nak tengok ruang kerja bawah, memang byk sangat improvement. Teruskan usaha..alaaa, sikit je komen tadi tu..kan??

Ya Allah..laparnyaaa. Diri pun dah macam nak tumbang tadi..malam ni makan apa eh? huhuhu..



Sunday, April 15, 2012

..Kisah Si Lemau Hari Ini..


'Di dalam jaga ku tercari-cari..di dalam tidur termimpi-mimpi'...acehh! gila jiwang lirik. Tapi serius..Rahmat Mega itu semakin comel dgn tahi lalatnya. Skrip ini sila rujuk pada Mentor..lagu itu sungguh menusuk kalbu walaupun dah telan dek zaman...Ngam seh!

Okek..dalam mengharungi hidup yang agak suram yakni dengan duduk bebaring atas katil sepanjang hari selain daripada keluar lunch dan dinner..hari Ahad ini sungguh lemau. Kadang2 berViber dgn Abe..kadang2 berYM sementara dia belum mula berkerja sok. Takpe..sok dah mula kerja..so akan ku akhiri episod lemau dalam hidup ni. Kerja sekuatnyaa..lupa kan dunia..lupakan segala benda yg serabut kepala..hahahah..Gilos ke apa ni?

Hari ini aku jadi Sleeping Beauty.. 

Tadi pagi, sedang aku bergolek-golek atas katil..tiba ada call masuk dari nombor yang tidak di kenali. Erk! Aku malas betul nak angkat nombor mcm ni..tapi angkat lah jugak..kot2 ada panggilan suprise..hahaha..suprise wak lu! Tapi mmg suprise pun...dapat panggilan beritahu aku terpilih untuk Sukan TNB road relay. Hiks! Tak teruja sangat pun sebab dari mula selection, takde orang sangat pun. Perempuan yang pergi paling ramai 6 orang (3 Uniten + 1 YTN + 2 TCI) and 2 kali lari, aku kekal nombor 2 which means, InsyaAllah terpilih. Macam aku cakap..aku turun Sabtu tu sebab teman kawan dan turun selection Selasa tu sebab aku nak g netball - En Ruzli dan Bro Manager tu bersungguh2 minta aku lari..so? Aku lari..Hari Khamis aku tak turun pun walaupun kereta aku kena tahan..sorry! Panas hati tak abis lah...and sampai saat ni, aku dah decide..aku akan tolak pemilihan road relay ni seperti yang aku katakan walaupun Bro Manager tu siap cakap 'Masuk road relay lah ya kak..takde orang ni'. Takpe, nnt2 ada lah orang tu kan...

Selain road relay, aku dah terpilih untuk team Netball HQ. Yang ni aku teruja sebab orang cakap...sangat susah nak terpilih. Tapi masalah tetap masalah..trenin kena turun pagi petang kat HQ? Takpe takpe..malas nak pk lebih2 and lagipun game nanti, UNITEN sedang rancak terima kemasukan budak baru which is aku kena kerja..so kali ni, aku letakkan rezeki aku kali ni pada takdir. Kalau ada rezeki and ada pelepasan, aku akan main netball...kalau takde, aku setiap berkerja sebab koordinator. Senang cerita kan? Apa nak pening2..bukan nak wakil negara pun. At least aku dah tahu, sejauh mana kemampuan aku. Aku boleh lari 1.4KM dlm masa  kurang 7 minit dan aku boleh terpilih main netball HQ..sebenarnya..ada satu benda besar lagi dlm hidup aku yang aku nak buat....insyaAllah. 


Weeee...encem lak mamat ala2 hero Korea ni dlm cite 'Memberku Hawa' kat Tv3 ni..hikss. Rambut panjang paras bahu, kulit putih..stylo..va va va..haiiipppp! hahahahha...

Tak sabar nak tunggu hujang bulannnnnnnnnnnnn...yehhhaaa!!!! bukan sebab nak sambut hari tua..tapi apa? ada laaaa..hak hak hak...


..I am TAURUS..

http://www.yourglittertext.com









Saturday, April 14, 2012

..Mati Kutu..



La la la...apa mau bikin la? Mr. Abe dah selamat sampai ke destinasi..alhamdulillah. Aku? Boring dh mula bertapak dlm kepala..nak buat apa ni? Tenung kipas atas siling?

Tadi pagi sampai 4pm, bwk anak2 g opis..settlekan benda yg tak settle. Part aku selesai. Pastu g makan nasi arab ngn anak2..pastu balik umah..pastu baring2..buka fb - bosan! Layan blog..maka, keluar lah entry tak berfaedah ni.

Rasa mcm nak makan kek choc indulgence SR..and rasa gak macam nak Mocha blended. Tapi malasnya nak drive mlm2..so tak decide lg apa nak jadi malam ni. Nak p lepak umah adik..aku ni bukan kaki sembang. Nak ajak kawan lepak? Lagi lah tak bermotif saja2 lepak ..eh, ada kwan ke? Ahaks!

Ni baru hari Sabtu...esok Ahad? Omang aiii..masak lah. Lemau..bosan..boring!! Help!!

Semalam ada berita gembira ... tak sangka lak! Hiks.. Apa? Rahsia..jeng jeng jeng..koya! Hahahha...

posted from Bloggeroid

..QE around the corner..



Masih berjaga and sejak Selasa lepas, aku susah betul nak tdo malam. Stress! Akibatnya..hari ni aku hampir demam and lemah badan. Tadi aku beritahu big boss, aku MC or EL, tapi buka je PC dr pagi, banyak pulak email masuk pasai QE. Isnin ni nak audit...so byk benda nak kena settlekan.

Anak2 abe hantar dan lepas sarapan sendirian kat rumah..aku duduk mengadap lappy buat apa2 yang patut seperti yang di minta. Tiba2 raasa tak best je ..so aku decide masuk opis lepas lunch hour. Emm..betul lah. Benda2 yang minta di setup, apapun tak jadi. Terpaksa lah aku sendiri yang cari jalan. Minta tolong kawan2 lain..alhamdulillah selesai. Terima kasih juga pada Nora yang sudi nak buat video..pun last minit request.

Now ni, abe dh ada dlm flight ke Crotia. Transit di Istanbul dulu. Macam mana senaknya perut aku kalau nak fly, mcm ni la juga tak bestnya rasa selagi takde berita dia sampai atau belum. 8 jam ke Instanbul and kemudian 2 jam ke Crotia. Semoga Allah lindungi dia walau dlm apa jua keadaan. Amin.

Ok..cubaan untuk lelapkan mata..
'Dengan nama Allah aku hidup dan aku mati..amin'

Wasalam..nite!

posted from Bloggeroid

Thursday, April 12, 2012

..mOod Ke laut..



Semalam dunia di gemparkan dgn gempa bumi yg agak kuat sehingga Malaysia pun terasa kecuakannya. Amaran Tsunami dikeluarkan. Aku pun seram sejuk baca dan alhamdulillah..bencana itu berlalu pergi dan bumi tidur dgn aman malam td. Mengikut laporan, 5 org rakyat Aceh meninggal dunia akibat serangan jantungan sebab gempq smlm. Semoga Allah melindungi seluruh umat dr kemarahan laut. Amin.

Hari ni, mood aku pulak ke laut. Agak keciwa dgn beberapa masalah. Takpe lah..aku buat bahagian aku sebaik mungkin..sbb itu tanggungjawab. Benda tak de perubahan sbb kita yg tak ubah. Now ni pulak dh musim2 UNITEN nak buat byk event..makin sakitlah kepala..takpe..aku suka. Janji tak nganga dok opis saja2.

Hari ni gak ada 2nd selection Netball kat Hq. Dapat email minta hadir..tp sbb bz and kwn2 pun takde..aku terpaksa lah tak g dan hari ni juga ada 3rd selection road relay. Aku dh lari 2 kali and both kekal kat tmpt kedua. TAPI takpe lah..hari ni aku tak turun walaupun td kwn2 siap tahan kereta suh turun. Huhuun...sorry guys. Takpe, bagilah yg lebih layak and minat nak masuk yang masuk. Semoga mEnang lagi tahun ni. Puas hati tak turun?

Ok..kepala aku sakit...mood pun ke laut..jgn tsunami sudah. Tata!

posted from Bloggeroid

Monday, April 09, 2012

..Corat-coret take 5..

Va va va, magik untuk hari ni, jam 3.00 pm baru buka blog. Bz? Bz kemas bilik..almaklumlah..nak audit QE ni. Hipokrit ke baru nak kemas? ehhh..bilik ni memang sentiasa kemas..just buang2 habuk tadi and menghumban kertas-kertas yang tak pakai. Semua settle kul 12.30 noon tadi and lepas ni, as SU QE Induk..nak kena buat documentation pulak and next kemas kini board QE. Boleh ..boleh..jangan malas.

Coklat Hanis Zalikha

Take 5 bersama DOVE. Ini adalah Dove Crispy a.k.a Coklat Hanis Zalikha. Kenal coklat ni via blog dia. Saja nak test. Sekeping RM2.89. Mahai? Mahal la dari Cadbury and Vochelle. Sedap? Emmm...not bad lah - Tak manis. Sudah lembik sket sbb dok dalam keto tadi, maka, crispy dah tak crunchy. Belek-belek packing. Uit! Takde lak cop Halal..and coklat ni from Vietnam? La la la...hiks! 

Baca bahan-bahan..InsyaAllah HALAL ..coz takde huruf E yang selalu di heboh2kan tu dan tak kan lah Hanis Zalikha nak promote cekelat tak halal kan? Emm..mmg sedaplah tapi..terasa sampai ke langit2 ..nyum nyum.



Masuk kedai buku..mesti p bahagian buku ni..where next? 
Tadi, ada sorang rakan tanya..'So zai, where next trip?'. Hiks..aku sengeh jek and jawab 'Balik IPOH..dah 3 bulan tak balik.' Hahahaha.Memang betul pun..dah lama bangetttt aku ngak pulang ke kampung halaman dong. Waduuhhh..kangen banget ni sama orang tua..sama rumah mereka..huaaaa.

Next trip Mr.Abe ialah Croatia on 13th April ni. Trip kerja 10 hari. Nape tak hikut? Abe ada gak ajak-tapi ajak-ajak ayam. Hahaha..takpe lah. Anak-anak pun sekolah walaupun mak abah sudi je datang jaga. Dania pun ada sukan on 21hb April ni..sian dia nanti. Tak yah ikut..kita bagi dia wishlist jek. Jeng jeng jeng...

Nike Vomero +5

Tak habis lagi cite kasut? Amacam? dah berdesup ke lari pakai kasut ni? Haahaha...suka hati aku lah nak taip bape kali pun pasai kasut..kan? Kasut mahal yang dapat dengan harga murah..tu pun dah cukup bijak sebagai pembeli. Hak hak hak. OK. Aku dah test kasut ni. Suka! Memang betul as review..Vomero +5 is a cushion neutral running shoes. Sedap! Dia support tapak kaki dengan sangat baik. Terasa seperti di urut-urut ketika berlari. Tu maknanya, kasut tu cover semua kaki tanpa ada ruang udara la...Kasut ni jenis lebar depan..sehsuai dengan kaki aku yang gabak ni. Percaya tak? Aku pakai size 7..hahaha..ramai orang terkejut. Badan kecik jek. Tapi kaki gajah..ni budget mcm Siti Nurhaliza la ni..korang tahu size kasut CT berapa? Size 8 ya..hiks! 

But ..lari nak laju...bukan lah harap kasut je..percaya lah bedooh nak lari laju kena kasut mahal. Kalau dok fit...apapun tak boleh. Aku dok terbayang Vomero +6 ni..kaler dia lg lawa...adeh. Sabar Liza sabar..Istifar banyak2..kus kus kus..

Petang ni kalau tak hujan..aku nak ke HQ untuk netball selection sukan TNB. Aku tahu, ikut adat resam orang HQ..biasa dia orang dah ada player..ni selection nak kasi kabur mata je..takpe..kita g bagi saingan and isi ruang..jom!

Tata!

Saturday, April 07, 2012

..Am I Crazy?..

Demi Allah..apa yang ada hati ni, Allah je tahu. Macam biasa, aku akan kelihatan OK sentiasa. Drama Queen will alwiz wanna be a Queen, right? Turun juga selection road relay sebab dah janji dengan kawan. Hati memang takde langsung ke situ. Lagipun tidur pun entah pukul berapa..mcm sesaknya kepala.

Tak tahu la terpilih ke tak road relay lagi. Awal-awal aku dah give up..sebab hati aku memang ke lain. Tak fokus..infact, aku dah nyaris berhenti tadi. Teruskan juga larian..slow dan tak larat. Sebab tu, jangan buat kalau tak suka lebih2 lagi dalam keadaan mood swing mcm ni. Masa yang di catat 6 minit 3 saat. Oh! Not bad walaupun rasa dah nak mati tadi. Biasa aku buat sendiri hampir 7 minit..


Only 'crazy' people will crying without reason..am I that person?


I would to say something...:

Jangan Ragui Keihklasan Saya jika saya memuji kerana saya tak harap balasan..Jangan Paksa Jika Saya tak mahu kerana jika terjadi, ia tak membawa keseronokan..Jangan Hampiri saya jika rasa saya membosankan kerana saya tak pernah harap kasih sayang yang dalam keterpaksaan. Cari lah yang terbaik jika rasa saya tak sebaik yang di harapankan.. 


Thursday, April 05, 2012

..ChakDe India..

00:02..and it's Thursday. Masih gigih mengadap tv2 Chakde India. Cite apa? cite pasai penubuhan team hoki wanita India dan coachnya Shah Rukh Khan. Sukanya HOKI. Rindu pada kenangan lalu. Suka pada spirit of team..displin dalam traning ..suka menang, duka kalah..and paling best, sarung jersy dan menjadi pemain utama. 


Walau hanya sampai ke selection Negari Perak and semua tu cite lama..kenangan tetap kenangan yg memang tak mampu nak lupakan. Kalau suh main sekarang..insyaAllah boleh lagi kot, tapi stamina mungkin dah kureng. Tengok SRK jd COACH ni..teringat coach Sir Guna..Handsome OKEK. Ye lah kan..Sikh kot, memang la handsome. Sekolah menengah Coach nya Cikgu Harris..pun handsome..mmg semangat je nak main. Hahahhaa. Dia antara cikgu kesayangan and kita org selalu sama-sama tak kira time sekolah or lepas sekolah. Opss..bukan skandal OKEK..aku dgn sorang lagi BF aku, Lin..memang kami rapat bertiga. 

Cakap pasai game ni kan..aku sedang berdukacita. Huwaa..tak dapat join geng2 Netball nak ke Terengganu. Mr.Abe nak ke Crotia seminggu dan terkena dgn date aku nak ke Ganu and tadi Dania bagi tahu, dia ada sukan on 21hb April..memang la takde rezeki nak ke Terengganu. To my team..best of luck Okek. Tengok ChakDe ni..team India mula2 kalah sebab masing2 nak tunjuk terra dlm team. Hoii! nama pun team..jangan nak jadi diva sorang2 Okek. Main sama-sama..komunikasi..serasi bersama..itu tunggak utama kejayaan. Serius ni! Ingat zaman sekolah dulu..our GS alwiz wanna be A diva..shoot tak masuk lak..memang 1 team bengang..walhal GA alwiz lapang..kalau nak main sorang2..g main squash pukul dinding ya.. hahahaha.

The best hockey stick masa zaman aku dulu..tapi abah tak mampu..so, dapat stick  Vampire sendiri pun dah syukur melangit tinggi. :)

Iskk..meremang bulu roma aku tengok ChakDe ni..hahaha. Gila semangat aku dalam bab2 mcm ni..mcm tengok game betul lak. Kuikuikui. Cuma 1 je peel aku...dalam game, walaupun aku rasa aku mampu atau boleh, kadang2, sokongan dari team tu perlu juga. Semangat lagi makin membara kalau dpat sokongan dari kawan-kawan. Cukup la sekadar memberi semangat instead of bagi kata-kata negative yg buat sakit hati. Bukan kita minta di puji...tapi semangat dari kwn2 tu sangat penting..main pun untuk kemenangan bersama kan? Aku pun ada 1 peel..walaupun aku suka sgt ngn satu2 aktiviti..kalau takde kawan..kadang2, tak jalan juga minat aku tu. Tapi aku ni tak ramai kawan..so kadang2 agak terpinggir..mungkin time tu, aku tak di perlukan..sapa tahu kan? 

Aku nak balik kampung..dah lama sangat tak balikkk...tapi Abe takde..dia oustation pusing Malaysia..dah la minggu 1 lagi dia dah nak ke oversea..bila nak balik umah mak ni? Budak2 pun dah bising rindu maktok ngn Wan..siap tanya aku..'Ibu tak rindu maktok ke?' ....adehhh..Ingat nak angkut je anak2 balik naik ETS jumaat mlm ni..tapi..mcm nak cuba selection road relay Sabtu ni dan ada bowling pula hari Ahad.. Sedih lah! 

Nite Universe..Assalamualaikum...may Allah bless us!

Monday, April 02, 2012

..Dari kaca mata aku : Australia..

Melbourne City, Australia
Aku tahu, seminggu berada di tempat orang bukan masa untuk kita menafsir atau menjudge sesuatu keadaan. Apa yang aku catat ni, apa yang aku lihat. Memang style aku..ke tempat orang..lihat budaya dan cara hidup mereka. Ni apa yang dapat aku simpulkan tentang Australia dan budaya mereka :
1. Australian is very friendly. Pengunaan bahasa adalah sangat lembut terutama dengan anak-anak.

2. Aku boleh lihat, budaya bersenam atau bersukan memang tebal dalam diri mereka. Bayangkan, pukul 1 tengahari dengan suhu 30 Celcius, taman tempat beriadah penuh dgn orang jog, cycling and walking. Ada yang ke tempat kerja dengan berbasikal. Bukan basikal biasa la.

3. Kereta berjenama Mazda paling banyak di atas jalan. Why? Aku tak pasti.

4. Majoriti Australian yang aku jumpa menggunakan Iphone. Aku cakap dekat Abe..'sure Iphone ni barang takde harga kat sini..semua org mampu pakai'. Hahahha..and the fact is 'Sewa Iphone and line mereka adalah AUS64 selama 2 tahun'. Gila murah seh. Maknanya, body Iphone tu sendiri..idak lah mahal macam kat Malaysia.

5. Dalam trams, Unlike europe, budaya beri tempat duduk pada orang tua tak berapa di amalkan. Tapi kalau budak2 ..memang mereka akan bangun.

6. Wifi or internet access di Australia sangat mahal.

7. Susah nak cam siapa yang g kerja..siapa yang tengah jalan coz attire mereka mcm sama jek. Yet, mereka tak stylo mcm Italian.

8. Walaupun kenderaan di Melbourne City bertali arus..YES. 1 benda yang aku perasan..'TAKDE BAU ASAP'. Huhuhu..bas dia pun sama..kagum2. Kenapa eh? Walhal mereka guna minyak yang sama mcm kita.

9. Zebra crossing. Letak je kaki..kereta sure stop. Ni budaya yang aku dapat lihat since kat Europe.

10. Had laju hway adalah 100km/h. Memang mereka drive 100km/h termasuk la driver aku yang agresif kat Malaysia. And paling best, masuk small town, speed limit turun ke 40km/h..dan semua orang pun slow. Automatik!

11. Kenapa pasar dia orang bersih eh? Kat Europe pun mcm tu walaupun jual benda basah.

12. Kedai or mall tutup seawal 6pm setiap hari kecuali Jumaat. Yang bukan malam more to kedai makan.

13. NO DOGS! Yeah..aku paling suka benda ni. Memang susah atau memang takde anjing berkeliaran. Ada certain places, anjing di haramkan sama sekali. Mereka tinggal je anjing dalam kereta kaalau jumpa tempat yg tak boleh bawak anjing.

14. Takde monyet. Hahahha..yang ni paling best. Hutan2 Australia takde monyet. Nak makan or berkelah pun senang hati.

15. Dulu sebelum ke Europe, aku rasa tandas takde air adalah menyusahkan. Tapi skrang, aku jadi suka lak. Kering and tak busuk. Bawak je botol mineral kosong dlm bag, masalah takde air akan selesai.

16. Memang banyak kedai makanan HALAL kat Melbourne City but kami masih tak singgah makan sebab..bayangkan lah kalau sepinggan nasi lemak adalah AUS9. AJe gila.

17. Penguin Australia adalah penguin terkecil di dunia. So jangan bayangkan nak tengok penguin hitam kuning tu ya..tu penguin kutub utara.

18. Koala bukan pemalas..tapi daun Managam yang dimakan tu memerlukan masa utk di hadam. 20 jam..so, Koala dok diam2 sbb nak hadamkan makanan.

19. Kangaroo tidak la besar mana. Katanya, yang jantan garang..yang gegirl OKEK. Alwiz like that lah kan? Lumrah alam..

20. Penerbangan ke Australia tak sampai 8 jam..and tak memenatkan..so? Jom Sydney la pulok (dalam mimpi)

EM, Mr. Abe dah update travelblog kami for tips and story. Sila lah jenguk.

Papai!

Sunday, April 01, 2012

..April Fool..eh, 1st April lah!..

Lokasi : Atas katil. EH..tu pun nak bg tau ka? Hiks..Tengah berlawan dgn mata ni..tak kan nak tido lak. Baru lepas lunch kul 2 tadi..hari ni makan kat umah jek. Masuk dapur sama-sama ngn Mr.Abe. Kari kepala ikan, siakap bakar, sambal belacan tak cukup belacan and ulam bendi. Alhamdulillah kenyang. Kenapa la sambal den tak jadi ari ni..berdesing pedas..nampak sangat tak cukup belacan dan terlupa beli limau nak perah..kuciwa lah kalau terigat sangat..buat, pastu tak jadi. Sebab tu lah aku paling malas nak masak sendiri..Frust!

Welcome April..Muahh lah..
Hari ni, dah hampir 3 hari tak exercise..dari hari Jumaat..rasa nak turun jog..tapi tersangat lah malas. Pagi sabtu ingat nak p Jog..sekali hujan daa..and pagi tadi..tido balik lepas subuh..bangun 7.35am, alamak! dah panas..cancel! Ni pun angin dah menderu-deru ni..entah2 petang ni hujang. Bila nak test kasut baru ni..hiks..poyos. Kot2 la boleh terbang..kan dapat best running shoe..hhahhaaha vengong!

best kalau terus dpt menten like this..
Baca ni kalau rajin 'Female Six Pack Abs'
*ini bukan perut den..sekadar gambar hiasan..
Now aku dah dapat tips, mcm mana tak nak bagi perut berlapis.yakni menten flat. Memang orang kata, aku kurus kering. Alhamdulillah..badan aku tak senang naik cuma now ni terlebih sket tang vontot and kadang2 tertimbul lak sedikit lemak di perut kalau aku terlebih amik meal. Apa yang perlu aku buat untuk menten supaya perut tak lapis..pagi - belasah je makan apa jek yang aku rasa nak makan. Lunch..makan nasi. Kalau boleh, lauk ikan la..jgn amik daging. Sayur WAJIB ada..Petang, sila turun bersukan. So far, jadual aku penuh Selasa to Khamis dengan Netball. Untuk dinner..since aku 1 famili tak berapa sangat dengan nasi malam-malam, so amik lite meal jek. Biasa Mr.Abe buat benda ringan2 and more to western food or pasta. Dan..wajib 'yeyak' hari2 at least 1 kali ..ya..hiks! Aku perasan benda ni menjadi dalam 2-3 minggu ni..yang penting, aku tak 'seeh' dengan perut berlapis kalau duduk kat opis buat kerja.

Alamak..semua pun dah lena ni..nak join laahh..ahaks!

Tata!








Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!