Tuesday, February 28, 2012

..Mimpi Boleh Jadi Realiti (?) ..


Ku belayar di lautan

Tidak bertepian

Sesekali disedarkan

Ombak yang mendatang

Aku seperti hilang

Punca arah dan ... tujuan

Friday, February 24, 2012

..Warna Personaliti..

Hallo. Selamat tengahari. Eh dah petang. Em,pagi tadi aku hadir dalam sessi Bicara Integriti di opis. Topik hari ni 'Inventori Personaliti Warna'. Di beri 100 soalan dan kena jawab Y atau T. Jawapan di kira berdasarkan warna - Emas, Hijau, Biru dan Jingga. Katanya, soalan adalah rahsia dan ada hakcipta..so tak leh share secara umum..tapi lepas aku google..hak hak hak..rahsia bukan lagi rahsia. Benda ni dah ada banyak di alam maya. Carilah sendiri ya. Aku cuba menjaga hak soalan tersebut seperti yang di minta. Berdasarkan soalan, aku ada Personaliti Warna - BIRU. Apakah? Jeng jeng jeng...memang tak di nafikan. Dengan jiwa seni dan halus aku ni..aku tak malu aku mengaku - BIRU tu memang kena sangat dengan aku. Jom tengok..apa ada dengan orang Biru.

BIRU  (  Perasaan  )

Romantis
Harmoni
Tulen
Kerjasama
Unik
Berseni
Empati
Setia

Kepada yang kenal dekat dengan aku..betul tak aku memang BIRU? Masih teringat kata motivator tadi..orang Biru ni..Kalau tak suka..tak suka sampai mati..atau kalau suka, suka sampai mati. Hahah..ye ke? something like that laa..dan sekarang..aku sedang berlawan dengan diri aku sendiri..cuba tak suka apa yang aku suka kerana buat aku sakit jiwa....ye lah kan. Suka tapi tak dapat miliki. Stress!!

I am BLUE.

Tadi aku cuba jawab yang English version test. Jawab kat website. Soalan tak sama langsung and still..I am BLUE.

BLUE - You are a HelperCongratulations, you are a primary Blue. Your communication style creates peace and harmony in the workplace.  As a Blue personality you are gifted with tremendous people skills. Your complete color spectrum is shown above.
You have a strong need to make a difference in the lives of other people. This strength is immediately noticeable in the way you make heart felt connections and bring out the best in those you encounter. People usually feel relaxed and comfortable in your presence.
You love to build self-esteem and make others feel good about who they are. You can easily motivate and inspire people to make changes in their lives and reach their potential. This natural talent makes you excel as a counselor, teacher, social worker and journalist, but the list is far greater in the books.


pst : Mode berperang.. Emm..

..Merdeka Rasa Jiwa..

Wednesday, February 22, 2012

..Cubaa demi cubaan..

Penat fikir kerja...aku conteng kertas.. 
Dush! cubaa untuk tidak mengeluh dengan kerja..tahan! tahan! dan tahan! tapi dah takleh tahan. Hahahaha. Bukan nak merungut..bukan nak memprotes..hanya sekadar nak lepaskan keluh kesah. Nak take 5 jap, taip blog la kejap. Tongkat dagu gigit kuku jap fikirkan dokumentasi ISO New System yang akan di audit pada 6 dan 7hb March ni. Ada 10 system baru yang aku kena buat dokumentasi. Setiap sistem ada 4 sub dokumen..so maknanya, semua sekali 20 paperwork dan aku ada masalah nak buat 'Application Handover Sign-Off'. Jeng jeng jeng..how meh? Tiba-tiba rasa nak demam..hehehhe. Punya lah aku elak sepanjang aku bekerja daripada buat dokumentasi or management..kena jugak buat selepas jadi Koordinator and System Support ni dan kali ni..aku kena standby for ISO audit..apakah? Sebenarnya nak tergelak ni..aku pun dah abish idea tak tau nak lari ke mana lagi...ahaks! Petang ni dah abis idea..sok mula balik. 


keikhlasan tiada ukuran..
Apalah kan..asyik cite or merungut pasai kerja jek. OK la ni daripada aku meroyan kat blog ni. Sebenarnya cuba juga cari bahan menarik untuk di kongsi kat blog ni..tapi macam..argghhh! takde idea and tak tahu nak share apa yg berilmu. Nak cite pasai anak-anak? Em..ada banyak cite..tapi nak menaip blog ni bukan boleh saja-saja nak taip..biasanya, apa yang terlintas, terus buka and taip. Kalau saja2 nak karang nak bagi sedap mata baca..memang tak tertaip lah.

Haa...orang kata, kalau rezeki..tak kemana kan? Semalam masa sarapan pagi, aku tak perasan gelang tangan aku tercabut. Masa dah nak gerak balik..aku terpijak gelang tu...alhamdulillah. Gelang tu masih hak aku. Kalau hilang? Emas pulak..agak2..apa jadi? Uhuk. Dan semalam juga..aku cuba tebus voucher kat Parkson. Sepatutnya kena tebus semasa hari pembelian. Beli on Monday..nilai more than 1K..kira dpt voucher RM100..tapi terlupa nak tebus dan semalam tak berjaya pujuk manager Parkson tu..so ..hilang la rezeki RM100. Pasrah atau Redha? Tak pe lah..bukan rezeki aku. Lain kali..jangan lupa lagi ya Mr. Abe..hahahha..dia lak yang salah. Ok la..kami sama-sama salah..dah syok2 makan..lupa nak p tebus. Nasib badan.. Cuba lah terus menjadi insan yang sabar dan redha..yang nak pergi..biarkan lah. Hiks..

Penat seh! papai...


Tuesday, February 21, 2012

..Termenung Time..

Kata-kata hikmah untuk diri sendiri hari ini.
Okek..now is 1.08pm. Lepak time. Malas pulak nak balik. Perut lapar ni..nak makan tak berteman..acehh! Hahhaha..dah tak heran dah now ni lunch takde kawan. Dah biasa sangat..biasa aku balik jek, tapi hari ni, malehnya nak bergerak. Takpe lah..duduk je diam-diam dalam opis ni. Baru lepas settlekan 3 document dari pukul 9.30 pagi tadi. Berehhh semua dalam jangka masa yang di perlukan. Alhamdulillah. Now nak buat apa ni?

Haaa..dah tak tau nak taip apa. Nak cite buat apa semalam amik cuti? Malas lahh. Kalau cuti urgent tu, maknanya, adalah benda urgent nak kena settlekan..bukannya cuti poya-poya.

Komik tu Danish punya..koleksi Ikhtiar Hidup. 
Terbaru dalam koleksi novel aku..Rindu Cintaku (Ombak Rindu 3) oleh Fauziah Ashari. Belum sempat nak baca. Ada lagi satu novel Fauziah - Kan ku Kejar Cintamu..pun tak sempat nak baca. Apa yang tak sempat? Boleh je nak buka buku lps 9.30 pm lepas anak-anak dah tidur dan settle semua kerja rumah kan? Entah la..now aku lagi terbiasa buka PC kot. Em..makin lama, makin tak tau nak buat apa depan PC malam-malam..so mungkin boleh ubah kepada - baca novel pulak. Sebenarnya aku tak selesa sangat nak mengadap novel kalau Mr.Abe ada. Biasa aku baca masa dia oustation. Terasa lebih nyaman. Ye lah kan..kalau dah mengadap buku..semua benda akan aku abaikan. Hiks..tak syok lah pulak.

Terasa dah lama lak tak balik Ipoh. Bila last eh? Huhuhuhu. Sabtu atau Ahad, ada je benda nak buat. Danish pun ada kelas taekwondo. Now ni dia sibuk pujuk aku nak join Klinik Bola Sepak kat UKM. Em..setiap sabtu dan ahad dan yuran RM200 untuk setengah tahun. Aku tau perasaan dia macam mana ..sama lah macam aku dulu..pantang ada aktiviti luar, aku memang nak join jek. Now ni, Danish dok request jersi Barcelona ORI kat NIKE. RM180 sehelai...adehh! Tak berbaloi lah kan. Tapi aku ni, depan je garang..hati? Kesian lak. Aku pun dari kecik..nak apa semua dapat..so bila tak tunaikan permintaan anak ni, sedih pun ada. Takpe lah kan..bagi dia belajar susah sket. Jangan jadi mcm aku..kalau nak..nak jugak. Kalau suka..suka sampai bila-bila..but once dah tak suka..sendirilah fikir.

OK la..nak sambung termenung jap. Tata!

Saturday, February 18, 2012

..Victory Futty..

Selamat hari sabtu. Buat apa hari ni? Aku hari ni..zoomm, pepagi dah ke TNB HQ - JomLa Futsal 20/12 TNB.G sana naik kereta kazie..merasa naik Grandis..hikss. Game Open Wanita ada 6 team..Alhamdulillah, berkat training 4 hari..dapat Naib Johan. Team ni pada aku, boleh di bawa ke depan..open and ada skill. Keeper terbaik OKEK.

1st Game lawan Ten Ten Ten (team HQ) - seri 0-0 (asal asyik jumpa dia org ni je dulu..netball pun mcm tu).
2nd game lawan Harimau Barat - 3 - 1.
3rd game (semi) - lawan skyline girl. 2-1
Final jumpa balik Ten Ten Ten - 1-0. Ala...salah sket jek. Takpe la..rezeki mereka.

UNITEN dapat pemain terbaik yang di rangkul oleh Goal Keeper..memang terbaik lah dia.
OK la..jom layan pic. Malas nak cite lebih2.. hahahaa...
Dari belakang kiri : Jijot, Besah, Natte.
Depan kiri : Yan, Kazie, Ika, Masyu, Aku dan Eyda.

Di mulakan dengan senamrobik..hahahah..benda yang tak berapa gemar. Ikut je lahh..

Game dalam hujan hari ni dari pagi. Maka lepas bermain..kasut di jemuran...Reebok aku dah lekang tapaknya..uhuk

Ni lah kerja kita orang..main WhatApp antara kita orang gak..hahahahaa..

Penyampaian hadiah..Naib Juara..

Kita orang memang happy sokmo..Naib Juara pun posing sakan..terbaekkk..hahhaaa

Hadiahnya wang tunai and piala. Kalau Johan, dapatlah RM800..

Best prend a.k.a Madu tak jadi..hakakakaka. Ni si Yati_Aw..tak berubah2..
Sebenarnya kan..aku tak main satu game pun. Har har har. Kenapa? Saja je. Dari mula ..memang aku dah cakap, aku sekadar mengisi ruang, cukup kan player. Lagipun ni bukan game aku..and ni 1st time masuk Open Game. Walaupun di beri peluang main, aku yang tak nak. Takpe..7 orang lagi adalah well trained futsal player. Bagi je dia orang main. Aku happy jadi supporter a.k.a pemain simpanan. Takpe, next time..lepas dah betul-betul pandai..aku pasti nak jadi 5 pemain utama. Tunggguuuuuuuu....

Esok Ahad..nak buat apa? Ingat nak tidur je laaa 1 hari..can a? ;b
Papai!!!!

Friday, February 17, 2012

..Double Trouble..

Salam Jumaat yang hampir ke penghujung.. Wat apa? Aku tengah layan konsert Double Trouble ni kat Prima. Now lagu 'Gadisku'. Nostalgia..syiok..besh. 2 rockers favorite berkongsi pentas. Awie dan Amy. Aishhh..teringat zaman skool kan? Sebenarnya mata dah pejam2 ayam ni. Kaki lak lenguh gila kat peha..ni semua gara-gara futsal. Esok ada game kat KL. Kena bangun awal..adeh.


Huhuhu..mata dah tak boleh buka. Dah banyak terpejam neh. OK..aku out dulu...Take care semua.bye

Wednesday, February 15, 2012

..

Assalamualaikum..

Em, kai fa halukum? Aku sihat dan OK arini. Ada beberapa perkara telah di selesaikan dan alhamdulillah, ada secubit rasa happy hari ni..apa? Beberapa wish aku dah jadi kenyataan. Alhamdulillah. Hari ini fikiran agak lapang daripada fikir hal kerja walaupun aku ada job tak siap lagi yg nak kena submit Jumaat ni..but still rasa tenang sikit. Takpe..sok leh siapkan walaunpun esok penuh dengan meeting.

Now ni petang sibuk dengan aktiviti netball dan futsal. Tadi dalam hujan renyai2 pun belasah main gak. Ahaks. Lagipun anak2 Mr. Abe handle hari ni. Em..hujung bulan ni Danish periksa. Tak tau la apa nak jadi coz dia ni liat sket nak study. Mungkin style babah dia..tumpu perhatian dalam kelas. Takpe, doakan yang terbaik untuk Danish dan semoga dia jadi anak yang baik dan berakhlak..itu paling penting.

Ok la..takde idea. Sebelum tidur, aku nak share ni :

Sangat bermakna untuk aku tujukan kepada diri aku sendiri..kena praktis ni.
Selamat malam semua..semoga esok lebih baik daripada hari ini..Amin..

Bye!

Tuesday, February 14, 2012

..Fikir-fikir..

Toing toing..sakitnya kepala gue. Dari siang tadi..terus tak turun netball. Glup glup..sampai la ni berdenyut-denyut. Cuba tahan tak amik ponstan ni. Semoga esok beransur baik selepas bangun dari tidur. Amin.


Hari tu, masa mak datang sini..mak cakap 'Mak nak pergi Terengganu..mak nak tengok masjid kristal'. Emm terus ayat ni melekat-lekat kat kepala aku. Macam mana eh nak bawak mak ngn abah p sana..sebelum ni takde masalah kalau setakat nak bawak mak abah jalan-jalan sebab anak2 kecik lagi..so duduk dalam kereta kat belakang 4 orang takde hal sangat. Ni dah la Ganu..jauh kot nak berhimpit2. And yang duduk kat belakang dah wajib pakai seat belt..emm..ada idea? Bila nak g? Emmm..


Hari ini, dalam meeting Unit tadi..peralihan kuasa kelab santai opis di buat. Aku sekali lagi atau mungkin dah banyak kali di lantik jd SU based on vote.Aku rasa vote last tu mcm nak kasi senang result jek..huhuhuuu.. Adehh..aku dah tak betah nak buat kerja ni. Ikut hati nak tolak ..tp since aku ni terkenal sebagai orang yg suka membantah dan melawan..aku diamkan je la kali ni. Macam biasa..dah tua2 ni...pasrah and redha je laa..( ye ke?) .

Dan esok..Rabu kembali lagi..cepatnya masa berlalu...

Saturday, February 11, 2012

..Tangkap Leleh..

Apa la kan ..tajuk asyik sedey je. Tengah sedey ke? atau aku tak pernah happy? Hahhaa..propa je ni. Sebenarnya tengah layan Kuch Kuch Hota Hai kat Tv3 ni..entah baru kali aku tengok pun tak tau...tapi airmata plus air hidung sure leleh jek. Cite ni dah lama..tapi aku mula layan tahun 2003 masa dalam pantang Danish..beli CD tak Ori..lepas tu dok ulang2 tengok..arini ada kat Tv3 lak..walaupun byk potong..still sebak jugak..ngeeeeng lah..Akekeke. Aku suka perlakon cite ni terutama Rani Mukharajee. Lawanya beliau. hik..

Rani Mukharajee..dia ada indian look...cantek kan?
Pagi tadi, jam 7.35 am, kawan datang hangkut aku kat umah and terus ke Putrajaya. Wat pe? Jogging laa..targert 5KM. Start dari bulatan Masjid Putrajaya...sampai mana tah..patah balik ke bulatan. Nak tanggal lutut..rasa penat gila..tapi tak sampai-sampai. Rupa2nya terlebih 1 Km. Hahaha..padan lah. So 6Km = 45 minit..slow? boleh la as a beginner..saja suka2 lari pun. Kalau lari saja-saja..tak kira waktu..takde motivasi. Minggu depan..kita orang dah set petang kalau tak hujan..kasi penuh dengan aktiviti. Isnin & Khamis Netball..selebihnya futsal. Main futsal lak? hahaha..dia org ajak join Open kat Padang TNB..aku okek je..janji main. Semoga petang2 tak hujan..amin.

Aku dah fikir offer yang baru aku & dapat and Mr. Abe pun cakap 'takyah lah'. So aku akan continue dengan kerja sekarang. Lagipun aku suka kerja dengan team aku now. Cuma time kerja tak menentu yang buat aku lemah sangat. Takpe ke tolak offer di saat hati aku meronta2 nak keluar? Emm..Ya Allah..tunjukkan lah jalan..atau ada sapa2 nak bg aku khidmat nasihat percuma? Buntu gak..

Friday, February 10, 2012

..Tiba-tiba..

Akhirnya..jam 3.30 pm tadi, aku kembali ke opis. Kembali dengan perasaan biasa-biasa saja. Dah hampir 6 bulan kot aku jadi koordinator ni dan aku masih tak berjaya pujuk hati untuk jatuh cinta pada job ni. Walaupun semuanya aku buat seikhlas hati dan penuh dengan tanggungjawab..namun hati ni..entah lah..sukar di mengerti. Dah la bila tengok kalendar event Uniten banyak jatuh on cuti sekolah..lagi aku makin lemau selemau biskut terlebih celup dalam air. Ya Allah..kenapa lah lemah sangat aku ni..

dan tiba-tiba :

- Abe hantar email cakap dia kena sambung outstation ke Gelugor pulak sampai Ahad. Now dia ada kat Pasir Gudang.
- Danish beritahu semalam, dia ada sukan sekolah ahad ni dan Isnin dia cuti. Mr Abe tak boleh cuti dan nampaknya aku kena fikir lah apa yang nak jadi.
- Dalam penin2 aku fikir pasai job ni..tiba-tiba aku di datangi oleh satu pilihan yang aku sendiri tak pasti..terima atau tak dan aku sebenarnya lebih memikirkan diri orang lain dari diri aku sebab post yang aku pegang sekarang hanya orang yang tahu coding dan query saja boleh ganti aku.
- aku menjadi sangat malas nak fikir menda-menda yang menyakitkan hati walaupun ianya datang bertubi-tubi. Sakit kepala lah nak fikir .. dan aku paling tak suka stress sebelum tidur. Benci!


Dalam serabut mcm ni..memang aku terfikir 'I need a shoulder to cry'. Tapi..opsss..'it's better to shut up rather than to talk and thinking too much'.Biasanya kalau hal macam ni..biasanya aku akan cari Miss A or Mr.S tapi kali ni..emm..biar lah..aku fikir sendiri dulu. Aku pun tak ramai kawan nak ckp benda2 personal ni. Yang ada, bila aku percaya..aku akan percaya dan kami boleh share cerita masing-masing ..tapi kalau ada yang rasa aku dah tak boleh di percaya..atau dah tak mau share apa2 dengan aku...aku OK JEK. Senang jek kan..LUPA dan TAK INGAT kan je apa-apa yang tak penting..

Esok dah sabtu balik..tapi Abe lak takde. Lemau lagi lah cuti kali ni...emmmm..

Thursday, February 09, 2012

..Sejuknyaaa!!..

Help..help..sejuknyaa. Dah takleh blah ni.Duduk dlm lab dengan suhu aircond 18 darjah Celcius dan controller aircond lak rosak..mengigil la jwbnya. Cakap pasai sejuk ni kan..aku nak share something lah. Mungkin ada yang dah tahu ... tapi aku nak share dengan yg belum tahu. Soalan ni pun ada kawan-kawan yang dok tanya sebab ada yang nak g cuti tempat sejuk.

Nak share apa? OK..jom tengok keperluan atau attire kalau nak g ke negara sejuk during spring or winter.

Kebiasaan suhu winter and spring ni dari -0 for winter and kalau dah spring dalam belas-belas bawah 20 celcius kan? Pengalaman aku masa spring pun cuaca bwh 12 celcius di Holland. Paling sejuk aku pernah rasa -14 kat atas puncak gunung Jungfrau Swiss.

Pakaian :
Long John or Thermal.
Baju ini di perbuat daripada wool atau bulu kambing biri-biri. Tertakluk kepada harga. Lagi mahal, material dia lagi bagus. Baju ni di pakai paling dalam. Pengalaman aku..aku hanya pakai seluar saja kalau suhu tak sampai negative. Baju sangat jarang pakai kecuali di Puncak Jungfrau ari tu kerana have to pakai kalau tak..mati kesejukan lah kot. Baju ni tak di pakai semasa berjalan-jalan di town kerana..di europe, bila masuk building..suhu di set kepada normal dan kadang-kadang sgt panas. Kalau kita pakai baju ni..jenuh la pulak nak tanggal. Selain daripada baju ni, kita akan pakai 1-2 helai lagi baju sebelum memakai jaket. Tertakluk kepada kekabalan menahan sejuk masing-masing lah kan. Aku biasa pakai sehelai saja baju di bahagian dalam..tapi t-shirt long sleeve yg tebal. Kaki memang akan sentiasa sejuk..so, seluar long john ni memang aku pakai sepanjang masa termasuk tidur.Lepas tu pakai la seluar jeans ke..slack ke ..jangan lah pulak pakai suar ni je jalan2. Hahahaaa.. Sepasang baju ni dlm RM150 untuk dewasa. Sebab aku tak berapa nak besar..aku beli yang kanak-kanak punya je. Muat okek..hahhahhaa..Setakat ni,aku ada dua helai suar and 1 baju thermal ni.

Jaket :
Jaket ala-ala Mek Arab.
Jaket ala-ala Mek Arab ni Mr.Abe beli kat US. Jaket ni susah nak cari kat Malaysia dan agak mahal di sini. Jaket di DKNY sesuai untuk Spring coz tak tebal and tak nipis. Aku memang beli jaket yang material nya kalis air sebab hujan di sana tak menentu dan tak lebat. So kalau setakat nak redah hujan..jaket ni tak akan basah.

Winter jaket..
Kalau nak main snow..cari lah jaket winter. Biasanya kat tag baju tersebut akan tulis tahan suhu bawah 0 Celcius and kebanyakkan adalah puffer. Jaket yang aku beli after less 70% was RM160 jek. Yes..kena bijak membeli. Jangan beli time orang sibuk nak bercuti X-mas. Harga baju sejuk mmg mencanak-canak naik. Beli masa off season. Oudated pun tak pe..yang penting ada baju and tak membazir. Hod kat belakang baju tu..kalau boleh, takde pun tak pe kalau kita bertudung. Coz nak tutup telinga. Wajib kot tutup telinga kalau sejuk..mau terasa telinga takde je nanti. Hahaha.Masa aku naik Puncak Jungfrau, aku pakai long john 1 set, 2 tshirt bodoh, 1 sweater bulu kambing dan baru jaket winter ni...Pun sejuk lagi. huhuhu..

Mafla :

Benda yang berlilit kat leher aku tu lah mafla. Benda ni aku selalu pakai tutup leher dan mulut. Sejuk kot kalau tak pakai. Mau meleleh je air idung lebih2 lagi kalau berangin. Mafla ni pun byk jenis, ikut kain. Yang aku pakai tu RM40 coz buat dr wool and bulu kambing.

Sarung tangan :

Tangan adalah anggota yang paling senang nak sejuk coz terdedah. Biasanya mat saleh jarang pakai glove coz dia org dah biasa..tapi utk aku yang biasa2 je..mmg aku pakai. Poyo pun poyo lah. Nak beli glove pun kena tahu ..ada 3 jenis. Wool, Leather and puffer. Yang puffer tu memang beli untuk main snow..coz dia kalis air. Tapi kalau just nak jalan-jalan kat town..poyo lah kot nak pakai glove snow. Aku beli yang wool. Beli yang cun-cun dengan size tangan kalau tau..pergerakan akan terbatas. Terpaksa buka glove kalau nak memegang apa2.

Stokin wool.

Ho ho ho..jangan kedekut. Yang ni wajib la beli. Beli la 5-6 pasang pun takpe..tapi make sure wool. Bayang kaki yang kesejukan? Apapun tak leh nak buat. Tidur pun aku pakai socks..tapi yang biasa lah coz dlm bangunan ada heater. Stokin wool ni tebal.

Kasut :
Winter boot.
Kasut adalah benda yang penting juga.Bukan penting apa..penting cari yang selesa sebab banyak berjalan. Tapi kalau g negara yg boleh sewa kereta..takde masalah lah kot. Pengalaman kat Europe..1st time aku pergi sana..aku pakai running shoe Adidas.Hiks..kasut tu dah lah berlubang-lubang..compem la angin masuk and sekali hujan..abish basah.Aku penah cramp sebab kaki dah tak tahan sejuk. 2nd time aku g, aku beli kasut leather suede scholl. Sehari berjalan..kaki aku dah tersepit ke sakitan dan terpaksa aku beli kasut lain kat Rome. Aku beli walking shoe yang kalis air and 1 size bigger dari size biasa coz stokin wool adalah tebal. 3rd time aku ke Eropah dengan tujuan nak cari salji...memang terus cari boot for winter. Boot lagi selesa kerana ruang dlm lagi luas untuk kaki.Alhamdulillah..perjalanan pun selesa. Harga sepasang boot winter dlm rm120+.
Apalagi eh?Haa..baju hujan. G lah beli baju hujan yang pakai buang kat Watson. Rm3 je kot.Senang nak isi dlm handbag atau poket. Kalau tak pakai tudung..belilah snow cap. Sebab telinga memang kena tutup.

Okek..aku pun dah naik beku kat lab ni..beransur solat kejap...chow!


 


Wednesday, February 08, 2012

..Kerja luar kawasan..

Hiks..gempak tak Title kali ni? Sapa yang kerja luar kawasan? Aku la..siapa lagi. Tapi bukan jauh mana pun, just 3KM dari Opis. Minggu ni kena standby lagi di College Of IT (CoIT). Sampai esok..genaplah 2 minggu aku bertapa kat situ. Selain standby..buat and settle kan juga doket2 yang masuk. CoIT sangat sejuk..tapi Alhamdulillah...1 chiller rosak dan dah tak sejuk lagi. Heeee..boleh pulak suka tak sejuk kan? Tak besh la nak kerja tempat sejuk2 ni..jadi mengantuk dan pergerakan terbatas sebab tangan nak dok dlm poket jek. Cakap pasai sejuk..kesian orang Eropah kan? Mereka di landa suhu sejuk melampau..katanya Findland mencecah -40 celcius dan Rome di tutup sebab thunderstorm and ribut salji. Google la untuk data yang lebih tepat. Aku pun dengar cite dari Mr. Abe jek.

Aku bukan peminat cite korea..apatah lagi K-Pop..tapi Seoul is CunZZ lah..

Dah merasa musim sejuk dan spring di Eropah..terasa teringin lak nak rasa spring di Seoul..sure berbunga2kan? Air asia pun ada promotion ke sana. Tapi orang kata, kena ikut travel agent ke Seoul kerana masalah bahasa dan susah nak cari makanan halal. Macam biasa, berangan je lah. Paling frust, cuti sekolah May-Jun penuh dengan Online Event. Ni yang aku benci and nak marah ni..sebab tu aku tak nak jadi koordinator...kacau cuti bersama anak-anak. Mencik lahhh!!

Nak ke G.Kinabalu dah tak berteman..teringin cuba yang baru pulak..selam dlm laut..besh ke?

Sambil2 ni, aku dok google percutian ke pulau2. Ngee..aku pun bukan suka sangat dengan laut. Tapi teringin pulak nak rasa suasana dalam air - Snorkeling! Macam best..tapi lepas tu sure aku jadi 'Dayang Senandung'. Tak kisah lah kan..janji puas dan seronok. EMm...lagi sekali..boleh berangan jek. Kecuali ada orang yang baca blog ni..and pastu ajak aku 'Jom!'..hahahaa.. compem aku jom kan jugak. Cuti sekolah bulan March ni kena balik Johor lagi..sepupu kawin...nak ke Singapore..best ke? Emm...penat lah nak fikir.. hiks!

Tuesday, February 07, 2012

..It's My Day..

Morning morning. Yeah! bangun seawal pagi hari ini supaya tak terbabas tidur macam semalam..habis sakit kepala dan sengal 1 badan kalau dah asyik melepak atas katil.Usai solat subuh..baring2 kejap..7.30 pagi terus nekad untuk turun ke stadium. Have too!! Bersukan adalah masa aku akan lupa segala-galanya. Percaya tak? Sebab tu aku suka main netball petang-petang. Sukan perlu displin. Kena fokus. Kalau main netball as GA or GS, target aku adalah nak pastikan bola masuk D dan seterusnya masuk goal. Kalau masa ni fikiran tah kemana-mana..memang main tinggal penat main je lah. Dan jogging pulak..kali ni aku ada target ketika lari instead of saja-saja lari pusing stadium. Before this, paling banyak aku boleh lari 6 pusingan je..dari pusingan kecik..sampai yang besar pastu stop. Kadang2 kalau dah malas..dpt 3 pusingan besar pun aku dah stop. Hiks. Ni kali ke dua aku lari sejauh 5 KM dan hari ini 37 minit compare 1st time. Hahaha..takde beza sebab aku memang tak larat. 3 round gak aku lenggang mak limah. Setiap kali masuk round 10, aku dah give up..tapi pujuk hati..'come on Liza..lagi 2.5 jek..rugi lahh..go liza go!' hahaha..gila tak? Dan biasanya..3 round pertama dan 2.5 round terakhir aku lari non stop. Yang tengah-tengah..suka hati aku lah nak buat apa. Tapi hari ni ramai gak berlari. Ada 4 orang mamat yg lari 5 round non stop and lepas tu dah settle dan sorang lagi adalah otai aku..12 rounds tak stop-stop..power2. Aku rasa dia buat tak sampai 20 minit pun. Laki kot kan..Hehehe..

Just wanna be happy zahir and batin - amin.

Tahun ni umur aku akan menganjak kepada 34 tahun. Seriusly, takde beza pun setiap kali umur meningkat. Cuma mungkin ada sedikit perubahan pada kulit dan tenaga pun ada la jugak rasa kekurangan. Yang aku rasa apa yang aku perlu tingkatkan ialah 'STOP BEING SO COMPLICATED..Let bygone Be bygone. Hargai orang yang tahu menghargai dan lupakan jika tidak di hargai'. Wah! dah macam azam baru. Hahhaha. Bukan azam..tapi entah lah. To much thinking buat aku terasa tak pernah di hargai..atau terasa hanya perlu jika di perlukan. Kan lebih bagus..buat saja kerana Allah..sure ada pahala..kan??

Okek..badan dah kering...mandi time. Syiok seh..terasa ringan badan. Aku nak turunkan berat badan yang dah cecah 50kg. Kata otai 'Kena ada displin'. hahaha..setiap kali makan free waktu jaga Online, suka tengok dia yang sanggup menjaga tatasusila makan wpun makanan free dah depan mata. hahaha...rugilah la beb! Minggu ni pun makan free lagi..ruginaya kalau tak makan.. Takpe..next week event dah takde..kita start diet balik ya.. :)

..Selasa Pun Menjelma..

It's 12.23 am. Welcome Tuesday and Happy Holiday to all. What a amazing holiday for me..No activities. Seriusly - Lemau satu badan. My monday was fullfill with my sleeping treatment. Hahahaaha and that's why I am still online. Not sleepy at all.

Nothing to write..nothing to share and nothing to talk about...Nite!

kata-kata hikmah sebelum cubaan melelapkan mata..

Sunday, February 05, 2012

..Cuti Yang Tak Kemana..


Salam Maulidur Rasul kenkawan. Buat apa hari ni? Aku now ni tgh berbaring-baring kat umah adik kat Putrajaya. Mak Abah ngn adik beradik aku lepak sini. Tuan rumah a.ka. adik bwh aku balik Teluk Intan. Dia bagi mak abah and famili abang aku lepak umah dia ni. Umah aku tak cukup bilik sebab bilik no 3 tu dah jadi bilik baju. Lepak sini selesa sket. Aku datang pagi..balik malam.

Hari ini aku mulakan hidup dengan kuar berjogging selepas solat subuh. Dah lama tak exercise secara kerap petang2 coz now sokmo hujan. Tadi aku cuba lari sejauh 5km kat stadium. Huhuhu..putus nyawa. 40 minit juga nak abiskan 12.5 round 400meter nak cukupkan 5km. 3 round pertama aku lari non stop..setiap round 3 minit..adeh! Paling cepat aku leh buat 1 round 2 minit. Tu bukan jogging la tu..sebab dah lama tak paksa diri berlari..semput gak lah. Tapi memang best sbb terasa ringan badan. Mungkin sedikit silap coz aku pakai Nike indoor yang aku baru beli kat JPO aritu. Sampai skrang terasa sakit tapak kaki. Pagi tadi agak menceriakan hati. :)


Dalam kul 10.30 am, abe ajak kuar nak test drive exora turbo. Taksub betul dia dgn kereta tu.Ye lah kan, RM78k for MPV 1.6 Turbo. As a driver..dia cakap enjin and kereta tu boleh pecut. Tapi as passenger duduk belakang..terasa gak tak sedap masa langgar lubang and sound proof proton adalah gagal. Aku bukan nak kondem proton..tapi memang hakikat lah kan. Dah pulak dah lama bwk keta jepun..memang terasa lain. Lepas tu konon2 nak test Alza..takde test drive lak. Alza sport full spec pun dah Rm70k. Fuh...baik hangkut exora. Kan? Pastu test Ford Fiesta sport. Hah! Tak yah cakap la..dok dlm tu memang tak dgr bising luar lah. Handling ford pun superb. Cuma bonet je tak berapa nak besar. Cina tu tunjuk fista sedan..7 airbag ok. Fuh. Rm81.5k. Harga murah dari fiesta hatchback. Tapi..semua test drive ni saja2 jek..nak habiskan cuti..hahahhaa..

Ok..papai!.
posted from Bloggeroid

Friday, February 03, 2012

..Chumel dengan Camera360..

Hiks. Nak share something dengan you all. Nak chomel dan gebu tanpa alat kosmetik yang mahai? Meh nak ajar..kejap jek. Dengan hujung jari..anda akan chomel dan gebu bersih sekelip mata. Keh keh keh. Tak caya? Jom tengok aku ni.. ahaks!

Noda-noda di wajah dah tak nampak lagi..Ngam kan? Hahahaa..
Haa..lps ni leh perasan camwhore sorang2 byk2 kali..uuishh..mcm dlm mimpi menjelma bidadari..kah kah kah..
Menjadi putih bersih sesuci salju...bersinar lagi.. nampak macam 24 tahun tak? Ngeh ngeh ngeh.

Amacam? percaya tak? Ahaks. Ok ok..jangan tertipu ya. Kalau lah betul kulit aku segebu gambar-gambar di atas..aku buat kenduri 5 hari 5 malam. Benda ni sebenarnya aku capture guna Android Apps - Camera360.Banyak lagi function lain. Sapa pakai Android, cuba la install. Free Okek. Tadi masa roomate aku lom balik solat, ni la kerja aku. Amik pic sorang2..jangan gelak okek. Ni aku just nak test function kamera jek.


dan realitinya..ini lah aku yang sebenarnya. Penuh noda2 di muka. Gambar ni leh compare dengan gambar atas sekali. Beza kan? Hiks. So kalau lps ni tengok iklan tv model gebu-gebu tu..mcm ni la teknologi yang di gunakan. Semua kerja teknologi..kalau tak, tak kan lah Loreal Perancis kena saman sebab tipu pengguna. Kata mereka 'cukuplah pengguna di sogokkan dengan penipuan yang melampau sehingga menjanjikan kulit selicin bayi'.  Kalau tgk awek-awek comel kan FB tu..tgk lah mereka secara LIVE dulu. Mungkin ada yg lawa macam Fatin Liyana dan Hanis Zalikha..tapi mungkin ramai yang lawa di gambar saja. :)

..Salam Jumaat and Happy Maulidur Rasul..



Salam Jumaat semua. Gambar ni suasana Pendaftaran Pelajar International di UNITEN. Ni dalam Galeri..yang kat luar berderet lagi beratur. Macam biasa, kena standby. Ramai jugak budak International ni and most of them dari Timur Tengah. Tapi asal takde yang hensem eh? Hahahah..Sebenarnya tak sempat nak tengok pun muka dia orang..Now baru boleh lepak sket..so update blog kejap..takpe kan?. Aku pun tak pandai sangat lagi kalau ada masalah..terpaksa rujuk Otai and 2nd Otai via OCS (MS Office Communicator) yang sorang kat DSS and sorang kat COIT. Alhamdulillah..team ni OK and aku suka kerja dgn dia orang. Ni depan la kan..belakang2 kalau ada cite belakang..abaikan je lah. Janji kerja jalan dan aku pun belajar pelan-pelan. Kalau nak ikut hati..memang tak jadi apa lah aku ni..hiks!!

Eh..terngendala sebentar..ada prob jap..hiks..tungguuu!!

Gelabah gak jaga sorang2 ni kalau 2-3 masalah dlm 1 masa..penin. Aku mmg ada masalah nak handle stress..hahhaa. Pastu pening. Pastu semput and maybe sebab aku jenis..'you have a problem to settle..you have to settle it on time'. Kalau dgn otai..dia cool jek. Tu la beza nya laki dan perempuan. Memang aku kena belajar cara nak bertenang..Aku lak..kalau ada job yang aku tak suka..mmg aku tak suka..tp bila kena buat..tanggungjawab tu ada..dah la aku ni jenis detail .. hahaha.sendiri la ni kena berubah..

Berdoa semoga aku boleh jadi mcm ni..Amin.
From : saharil.com

OK..sempena Maulidur Rasul ni.Selawat Serta Salam Buat Nabi Junjungan Kita - Nabi Muhammad S.A.W. Semoga kita mendapat shafaat Baginda di akhirat nanti. AMin..Cuti ni gi mana? Selamat bercuti juga buat semua..

"Bila kita meletakkan sesuatu di tempat yang tinggi dalam hidup kita..tapi sebenarnya kita pula hanya sesuatu yang tak beri apa-apa makna, tentu ianya amat menyakitkan.Tiada ubat yang boleh menjadi penawar selain daripada Redha kepadaNya".


ps: S.E.M.P.U.T

Thursday, February 02, 2012

..Hati Ini Bukan BESI..

Lama aku terfikir-fikir untuk menaip entry ini. Banyak benda yang aku kena tenung sebelum meneruskan jari jemari terus menari mengikut gerak hati. HATI aku kata orang 'Ianya Sekeras Besi'. Namun, saat ini, aku dah tak mampu nak tanggung lagi apa yang tersirat di dalam hati batu ini. Orang kata..aku nampak lembut di luar..tapi hati aku keras. Ye ke? Entah..cuma apa yang aku tahu..aku ada pendirian dan aku tahu apa yang aku mahu dan apa yang aku mahu..itu yang aku mahu. Cuma semakin menginjak dewasa..apa yang aku mahu..apa yang aku tahu..apa yang aku rasa..aku lebih suka simpan dalam dada. Memang terasa hampir meletup dada jika ada benda yang tak mampu tanggung sendiri tapi aku nekad, aku tak mahu kongsi dengan siapa2. 'Ya..tak mahu kongsi dengan siapa2 walaupun orang yang paling rapat dengan aku.' Memang ada yang sanggup kongsi dan tolong aku apa saja..walaupun tak ramai..tapi aku Tak Mahu lagi bercerita berkongsi apa-apa dengan sesiapa . Hati manusia sukar di duga wpun dia adalah orang paling hampir dengan kita.

..Hati Ini Bukan Besi..namun ianya seteguh permata..
Benar orang kata, kalau ada pun cerita ..mengadu lah pada DIA. Sekarang aku lebih suka DIAM dan jalani kehidupan seperti biasa. Adakala ceria..adakala, jika keseorangan seperti ini, air mata aku tumpah juga mengalir di pipi. Mungkin aku takde masalah dengan sesiapa..mungkin aku ada masalah dengan diri aku sendiri. Walaupun hati aku sekeras batu..tapi ianya tak sekuat besi. Sekarang, apa yang aku lakukan..lebih kepada tanggungjawab tanpa menyatakan apa sebenarnya dalam hati ini. Biarlah..suka aku, sayang aku, cinta aku, duka aku, suka aku..aku simpan sendiri. Lagipun, aku memang tak de BFF ..dan kawan-kawan biasa pun aku tak punya seramai mana. Aku pun tak mahu jadi 'kawan jika perlu' dan tak mahu ada kawan 'jika perlu' saja.

Usah di cari jika muak memerhati,
Jika kehadiran tak di rasa,
biarkan ia berlalu jangan di seka.
Bulat tekad tak mahu terluka,
berdiam rasa membelai jiwa tanpa sengketa.
Usah hadir tika gembira,
Berlalu pergi tika berduka.
Bukan boneka hanya untuk bersuka ria,
Hargai dan sayangi tiap masa dan ketika.
Pujuk hati pergilah air mata,
Menanti tak perlu jika menekan jiwa.


 






Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!