Sunday, February 06, 2011

..Baby oh Baby..

Baby, baby, baby ohh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohh
I thought youd always be mine,mine (oh oh)

Tet!! Bukannya nak nyanyi lagu Baby - Justin Bieber ya. Em..now ni dlm bilik bertemankan cahaya lampu tidur dan anak-anak yg tgh lena tidur. Saja je bagi budak2 ni tido sama sebab babahnya takde. Kenapa tah, tak mau tido la pulok..nak layan TV..entah cite apa2. Dalam bilik ni, wifi connection tak berapa nak STRONG..tapi boleh la. Sebenarnya nak cite pasai BABY dlm perut..opss, aku tak pregnant ya..cuma sejak dua menjak ni..ramai sgt yg bersahut2 suh aku mengandung lagi. Danish and Dania pun asyik minta adik. Umur aku dah 33 tahun bulan April nanti. Anak baru 2 orang. Ikut plan ..nak 4 orang, selang 3 tahun and umur 35, dah stop..tapi now Dania dah 5 tahun..adik dia? Lom ada..ngeee..

Danish and Dania tahun 2006..
Takde rezeki? Sebenarnya, tak berusaha pun ke arah penambahan anak. Kenapa? Selain faktor2 merepek yang tak perlu aku taip kat sini..sebenarnya, aku agak fobia nak pregnant. Both baby aku boleh di kategorikan sebagai 'susah ketika mengandung'. Memang kerja aku ulang alik masuk wad je la masa mengandung dulu. huhuhu..

Ada orang tanya. Sakit tak bersalin? Pendapat aku, apa yang menyakitkan adalah 'Contraction'. Ho ho ho..Demi Allah, bergetar seluruh anggota masa contraction ni. Apa benda ni ek? Contraction ni macam sengugut yang heavy metal lah. Lucky aku jugak aku memang mengalami sengugut heavy sebelum kawin, so sakit tu boleh control sket masa nak bersalin. Rasa sakit tu pada ari2. Macam segala usus2 dalam perut di pulas2, di tarik2, di perah2. Contraction akan mula di rasai seminggu sebelum bersalin. Mula-mula, seminggu sekali, lepas tu sehari sekali, lepas tu sejam sekali, lepas tu..kalau dah rasa yang 15 minit sekali tu..sila lah ke hospital. Bila saat2 nak bersalin..5 minit sekali dan azab yang seterusnya, 3 minit sekali. Time ni la kena PUSH..actually, sakit contraction ni yang buat kita rasa nak meneran. Sebab tu sapa2 yg amik epidural, tak kan rasa sakit ni..so tak rasa la sgt azab nak bersalin. Aku rasa, tang bawah tu..masa baby nak keluar, takde la rasa sakit pun..semuanya sakit kat perut. Both baby aku dulu..aku bersalin secara normal..Alhamdulillah..dua2 lepas and 'ketakutkan' sebab sakit contraction tu..masa terasa2 di ruang perut..huhuhu..dah 5 tahun tak mengandung..betul2 buat rasa takut nak mengandung lagi..sure semuanya back to 0..uhuhhu.

Danish and Dania masa baby..1 acuan - sejibik..
Apapun, InsyaAllah, aku tak kan stop sampai 2 orang anak jek. Cuma bulan 3 ni nak travel dengan abe - backpacking. Kena la rancang dulu..lepas tu kita fikir balik ya.. semoga Allah kurniakan aku zuriat lagi nanti. Dah tua ni..subur lagi kah? uhuk..

My Famili..
Apapun..Alhamdulillah, apa yang aku ada sekarang..sudah cukup sempurna. Babah, Ibu, Danish and Dania.

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!