Tuesday, September 02, 2014

.. Sebulan pun berlalu ..

Hello!

Terkedip kedip mata menahan mengantuk. Bukan ngantuk sebab tak tidur malam..tapi ngantuk sebab tak tau nak buat apa. Tengok tv memang takla aku ni..kalau tengok pun malam sebab malam baru aku lepak luar. Siang2 dok dalam bilik ...membaca. 

Alhamdulillah...semalam dah masuk hari ke 30 aku dan Dalisha berpantang. Ada lagi 13 hari. Go LIZA go! 

Cantik gak interior rumah ni. Ni bukan rumah aku...ni rumah dari IG Titolo. Selepas selesai urusan bersalin, urusan kereta.. sekarang adalah masa untuk fikir dan kerja keras untuk urusan rumah baru. Perkara pertama tentang rumah baru, tentulah fikir dan kumpul duit. Pening juga kepala. Mau puluhan ribu lagi nak kasi umah selesa. Since Mr.Abe tengah cuti belajar..makanya bonus hujung tahun ni tidak la selebat biasa. Nak keluar KWSP dah tak boleh sebab dah guna untuk keperluan rumah pertama kat Puchong. 

InsyaALLAH..ada rezeki, aku akan tolong sket2..nak tolong byk memanglah aku tak mampu dengan gaji yang tak seberapa. Aku cuba untuk tak kacau duit simpanan dalam bank..start menabung gaji bulanan. Target RM1.5K sebulan. Boleh la nak tolong beri perabut bila nak masuk hujung tahun 2015. InsyaALLAH. Now dah start buat kitchen kabinet and wardrobe. Grill and glass tinted alhamdulillah dah settle.  



Salam kemerdekaan ke 57 pada 31 Ogos 2014 wahai Malaysia tercinta. 'Di sini lahirnya sebuah cinta' - nice tema tahun ni. Lirik lagu Merdeka dari Sudirman. Selepas semua perkara pahit dan terkejut berlaku di bumi bertuah ni...amik la tauladan dan sempadan supaya bumi ini terus aman. Kisah bumi Palestine yang di jajah berterus-terusan pun patut di jadikan iktibar terutama semangat juang pejuang dan penduduk tanahsuci itu. Walapun turut bersedih dengan mangsa dan pejuang yang terkorban...tapi ada satu benda yang buat aku 'cemburu'. Mereka pergi bertemu ALLAH sebagai SYAHID! Ya Allah ... syurga tempat mereka...terus bertemu ALLAH. 



Berpantang kali ni memang tak sama dengan yang lepas. Kali ni, sebab masalah Pubic Bone, makanya aku memang tak banyak berjalan..but still handle Dalisha la. Mak mandikan baby pagi dan petang dan masak untuk aku. Kali ni, aku memang amalkan menungku pagi dan petang setiap hari sebab nak pulihkan tulang ni. Binder a.k.a bengkung pun pakai 24 jam untuk support tulang tu. Kalau tak, memang tak rajin lah teman..2 minggu udah. Hiks.

Sebenarnya atau rupanya, banyak benda yang aku tak tahu or tak amik serius masa pantang anak 1st and 2nd. Lepas 'terkena' sakit kali ni..banyak benda aku belajar balik. Alhamdulillah...aku dapat berubat dengan sorang makcik kat Klebang. Bila dia mula urut aku..byk benda yang tak kena dalam badan ni terutama sebagai perempuan. Aku memang la malas nak urut2 ni and memang tak pernah amik serius sangat dengan benda2 dalam badan as long as aku rasa sihat. Tapi bila keluar ayat2 seram dari makcik tu..OK, aku kena lebih serius lepas ni. Setakat berurut 3 kali dengan acik ni, alhamdulillah..aku terasa semakin OK wpun masih terasa kriuk2 tulang masa berjalan. Getting better la.drpd mula2 kena. Semua pergerakan adalah menyakitkan. Nanti urutan terakhir adalah untuk 'merepair' balik badan..semoga ALLAH memberi aku kesembuhan dan kembali NORMAL. Amin.

Bab pantang? Aku tak kisah pun mak nak masak lauk pantang apa..sebab aku memang tak kisah sangat bab2 makan ni. Halia, bawang putih dan lada hitam dan sebati...makan jek! Since ada prob dengan tulang, kali ni aku memang tak berani amik air sejuk. Tak la aiiihh datang penyakit lain pulak. Pengalaman tiba2 takleh bergerak memang menyeramkan..huhuhuhu. 


Bila dah ada orang baru, susu dan pampers memang la menjadi perkara utama. Since aku gagal lagi untuk breasfeed makanya susu formula la yang kena berjasa. Masa kat sepital, baby dah di beri susu Frisolac dan serasi dengan dia. Makanya, penin la kepala babah fikir susu mahal ini. Hahaha. Tapi sebab babah memang orang yang bijak bistari, dia pun mula membuat pembelian secara besar-besaran sehingga si comel ni berusia 6 bulan. Tah berapa tin dah dia beli semalam bila dia jumpa kedai yang paling murah sebab harga susu ni akan sentiasa naik. Dalam 2 minggu..harga susu ni naik RM10 dan akan naik lagi sampai cecah RM90 mengikut tarikh pengeluaran. Aku tak kisah sangat sebab aku tau kalau bab2 ni..Mr.Abe memang terbaik. Ngee...



Ini picca Dalisha Hannah pada hari ke 30 on hari merdeka. Alhamdulillah..memang tak banyak ragam. Setakat ni dan harapnya berterusan, tidur malam aku tak pernah terganggu lagi. Paling awal dia akan jaga jam 4.00 pagi sambil berbunyi ohek ohek mengisap tangan. Nasib ibu dengar itu bunyi ohek ohek..kalau babah, mau ohek ohek jadii kuaakkkkk sbb tak dengar sangat!! hehehe. Lps minum susu dan tukar pampers..dia akan tidur balik sampai jam 7am. 

Macam anak2 yang lepas, persoalan mengenai warna kulit sering terjadi. Dalisha ni warna apa? hahahaha..entah! yang pasti tak putih gebu la dan tak hitam legam. Warna ibu ke..warna babah ke...den tak kisah. Sihat dan sempurna macam ni - alhamdulillah. Dalisha juga tak mendebab mcm abang dan kakak dia .. sebab berat dia 10 hari lepas baru 3.4kg. 



Pix terakhir..selfie ibu dan anak. Seronok juga beranak dalam usia mcm ni .. hormon nak menyinga dah takde sangat. Happy je dengan baby. Kalau lah dah boleh resign lepas pantang ni...bestnyaaaa! 

Okla..papai!

posted from Bloggeroid






Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!