Monday, October 28, 2013

.. Hari Minggu bersama T.E.M.A.N ..


Ikut hati mati..ikut rasa binasa..kerana mulut badan binasa..bahasa jiwa bangsa. Yeah berperibahasa la pulak. Curi masa menaip kejap sebab ini adalah jiwa aku. Entah apa yang tak kena, rasa nak marah je ni. Mungkin mood dah spoil sedari pagi..benda paling simple dalam dunia - Nak orang hormat kita, sila hormat orang. Jadinya, kalau tak pandai menari, jangan di tuduh lantai bergoyang Okek. Emm..ok. Tak perlu jelaskan apa2..hanya aku yang tahu apa yang dah jadi .. S.T.R.E.S.S! 

Petang Jumaat lepas aku ada friendly Netball dengan geng gomen kat Putrajaya.


Nampak macam senang je kan jd GS ni kan? Memang time training, shooting mantap je la..tapi kalau dah game, kalau takde stamina..memang ke laut je lah. Fokus dan penafasan kena kawal. Bertenang...insyaAllah masuk, Kalau tak masuk gak, memang ada lah yang tak kena tu..HIks.. 

Ni team aku. Kadang-kadang bertukar orang gak. Ni team yang rajin turun training petang2..tapi kadang-kadang kalau ada game untuk company yang takleh ajak orang luar, team ni akan bertambah atau berkurang orang lah jugak. Macam biasa, kat mana-mana kami main..posing tu paling penting. Nak-nak kalau ada aku..memang rajin sangat lah nak amik gambar. Ye lah..as a blogger..aku perlukan bahan-bahan utk blog kan? Hari tu tak menang pun. Takpe, dapat pengalaman pun okek. 

Bertemu dan berpisah kerana Allah. So pertemuan yang tak di rancang ni kerana Allah yang benarnkan. Ini kawan-kawan aku dalam geng Chaaayank. Berkenalan masa sama-sama dok minat gila kat Siti Nurhaliza. Secara rasminya, dah 10 tahun kami berkawan..tapi aku rasa lebih sebenarnya..heehe. Kegilaan group ni aadalah..tak kisah la di mana anda berada, tapi kalau ada pertemuan wpun tiba2..ada yang sanggup turun dari jauh. Kak linda (tudung merah) tiba-tiba wassap aku jam 7.30 pm, 'Akak dah kat Tol Nilai ngn Dancall'..hahaha. Dancall (Pakai spec) turun dari Temerloh semata-mata nak jumpa. Rina dari Sarawak. Aku, Kak Chik dan Kak Lon memang dari sini lah. Kebetulan aku tinggal sorang jadi aku rescue kak linda dan Dancall yang tak tahu jalan kat Bangi ni. Kami lepak kat Ramal Junction je dan lepas tu semua check In hotel kecuali aku dengan Kak Lon. Alhamdulillah di atas sebuah hubungan yang aku sendiri tak tahu nak describa macam mana. To be frank, aku lebih rapat dengan Kak Chik dan Kak Linda.

Siang Sabtu dan Ahad, aku turun ke padang Ilmu untuk berikan sokongan pada Sukan Mahasiswa UNITEN. Apa lagi..g layan Netball lah kan. Itu je jiwa aku. Ramai rupanya budak2 UNITEN yang boleh main dengan baik. Tapi kenapa time selection untuk player UNITEN, ramai yang tak turun? Mula-mula aku di minta jadi Ref..isk! tak lah aku. Tak layak pun. So turun tolong sket sambil jadi penonton je lah. Hari Ahad..lepas semua game tamat, geng akak-akak UNITEN lak lawan dengan budak2 UNITEN yang masih nak main. Nak sangat main..tengah2 panas pun kita orang belasah. Berdesup sakit kepala lah jawapanya. Hiks. Lepas settle semua, kami g lepak Chatime kat Solaris Serdang. Aku tak reti nak minum benda-benda ni, tapi kawan-kawan ajak bersama..join la. Aku belasah je order Sour Plum..Boleh lah!

Alhamdulillah. Selepas lari 52KM dua minggu lepas, aku try berhenti exercise selama seminggu dan spent masa makan..makan dan makan. Terasa sangat badan makin melayang. Ada gak yang tegur aku makin kurus..ada gak yang siap pesan suh makan banyak2 sket. Dan sebagai tuan badan...aku memang terasa berat aku turun. After 1 week recover dengan makan, ni lah hasilnya.. Emm sepatutnya 48kg ...masih kurang ni. Lepas ni aku kena decide..tak leh skip lunch. So aku dah buat keputusan..lunch time, aku akan balik makan nasi. Malam masaklah nasi lebih sket kan? Aku tak ramai kawan..so susah nak bergantung harap kawan2 untuk lunch dan aku memang kena amik nasi. Jadi untuk tak susahkan sapa2 ..baik aku balik makan kat umah.

Ok la..papai!

Thursday, October 24, 2013

.. Supper with 'Chaayank'..

Hello!

Entah berapa puluh kali aku menguap hari ni..apa ni? apa ni? Entah la kenapa ni. Tadi lunch time Mr.Abe ajak aku lunch sama, aku ingat dia nak aku teman dia tapi rupanya, dia yang nak teman aku. Hahaha. Ye lah, makananan dia, masa training provided. Maybe sebab semalam dia balik rumah lunch time, dia tengok aku tengah tidur. Em, aku tak lunch bukan sebab apa..sebab, aku nak tidur. Tu jek.Apapun, thanks la sudi bawak Za lunch wpun macam teringin nak makan kek tapi dapat makan nasi jek. hahahaha. 



Malam semalam atau bak kata CTDK - Yesterday nite! Hehehe..dah sian jadi bahan kat Ig Siti, aku minta izin Mr.Abe kuar jumpa kawan jap. Dr. Rina turun dari Miri sebab ada seminar kat sini. Lepak sekejap kat Nuuin Little Perak..makan simple2 jek sebab Dr. Rina dan K.chik dah makan di satay Kajang Sahmuri. Aku cakap..'orang kajang dah tak makan Satay Sahmuri la, kami layan Satay Willy jek'. Hehehehe. Tapi dia orang tak tahu willy kat mana..so, Sahmuri pun Sahmuri lah.



Let me introduce. Gambar atas tu, yang belah kanan aku tu Dr. Rina. Muda setahun je dari aku dan sebelah kiri pakai spec tu - Kak Chik. Kami kawan dah lebih dari 13 tahun. Kenal masa sama-sama selak kejar Siti Nurhaliza. Tapi lama-lama, walapun masih minat Siti tapi dah tak kejar Siti, alhamdulillah, hubungi kami berkekalan. Jarang bersemuka, tapi selalu keep in touch di alam maya. Kak Chik dok kat Shah Alam jek. Ada few lagi dalam group ni yang kami panggil 'Chaayank'. Susah nak kumpulkan semua terutama Kak Linda yang jauh di Indonesia. Muhibbah kan? Kami rapat..lebih dari kawan..more to famili. Alhamdulillah..Allah bagi aku kakak-kakak dan saudara perempuan yang aku rasa - kami boleh sembang secara 'open' - telus dan boleh share rahsia. Mr.Abe pun okek dengan dia orang.



Hua hua hua..tak sabar nak jumpa Hero Handsome ni. Bila eh main kat cinema Malaysia? Rasanya macam dah nak main. Thor 1 aku layan dekat laptop jek. Masa tu baru je nak bercinta-cinta dengan mamat Chris Hemsworth ni. Dalam Avengers pun dia ada as a Thor gak. Dalam Snow White and The HuntsMan pun dia ada..dalam Movie seram apa tah , sebab aku tak tengok..pun dia ada. Tah, suka kot hero ala-ala berjambang and sasa ni..macam my beloved Aragorn dlm Lord of the Ring...tapi bukan Mr.Arragont drama petang2 tu ya...hiks.
Back to work..Emm..next week dah mula sibuk balik dengan event - Konvo. Kerja luar lagi. Tahun ni Konvo adalah 4 hari ya. Apakah lama sangat event konvonya. Kadang-kadang, aku syok juga kerja luar ni sebab jumpa macam-macam ragam manusia.

Hari ni, dah 4 hari aku tak exercise. Last sekali aku buat recovery run 3KM lepas layan 21KM kat Bsn Putrajaya Night Run. Hey..tiba2 rasa gian lak nak lari 21KM lagi..hahahhaa. Tapi aku dah tutup buku larian 2013. Lepas ni layan event KONVO and lepas tu............yehaaa! Apa? Ada lah..keh keh keh.

And..bahana tukar nama blog ni ialah terpaksa repair iklan Nuffnang dan bila search kat google, nampak nya lyzaasukamenaip.blogspot.com dah tak tersenarai dalam google search. Kenapa eh? entah la..sebab consider as new blog kot. Tak pe lah..memang menaip utk tatapan sendiri kan? Cuma rugi sket je lah kat iklan Nuffnang.

OK la...papai!

Monday, October 21, 2013

.. I Ran 21KM at BSN Putrajaya Night Marathon ..

Assalamualaikumm...cak!

Sebelum terlupa dengan momento semasa event BSN Putrajaya Night Run 2013, meh menaip sekejap. Boleh terlupa ke moment ni? emm..rasa-rasa macam boleh kot.hiks. OK, macam aku bising sebelum ni seriau nak run 21km, tak ready la..tak cukup training la..kerja gila la namun akhirnya, aku dah lalui moment itu dengan OK sekali. OK bukan la lari laju ke apa..tapi OK la sebab dapat abiskan run wpun sehari suntuk aku neves gila. Alhamdulillah...manage to finish the run tanpa injured dan masa pun idak lah ke laut sebagai beginner. Eh beginner ke? Ke ini yang pertama dan terakhir? Ngee. Entah..aku plan ini yang pertama dan terakhir..tapi selebihnya..biar Allah yang tentukan. 




Jadi, aku pilih untuk memakai Running long sleeves from Malaysia Women Marathon dengan tudung kelabu pink from Raqtive warna kelabu pink (comelkan color ni?). Aku memang suggest for sports women to buy this hijab. Tak rasa berpeluh, ringan dan terasa angin masuk. Serius ni, aku tak tipu. Aku pilih untuk pakai Nike pants dry-fit makes from recycle bottle technology (Mr.Abe belanja). Aku cakap, 'sedap seluar ni'...dia cakap, 'a ah sedap la kan sebab tak murah'..hahaha. Tapi takde la sesedap and semahal 2Xu. Masih dalam range mampu beli dan boleh pakai untuk game2 lain. Aku pilih grey sebab nak lari malam..cerah la sket kan? Ngee..Tapi kalau boleh lari dengan singlet dengan short pant, sure lagi best..ahahahaa..Aje gila! 

Aku g event dengan kawan2 dan tolak lepas Maghrib. Event start at 8.20pm..so tak yah rushing. Sepanjang hari aku resah gelisah..sangat2 neves. Jauh OK 21km tu. Mr.Abe pun cakap aku gila. But thanks wpun gila..still bagi sokongan moral untuk Za. Lunch time, di suruh nya aku makan nasi arab satu pinggan sorang..biasa kami share. Carbo loading katanya. hahahahamek! Aku try makan sampai habis, tapi tak berjaya. Maaf lah..perut tak berasa nak besar. Mr.Abe sempat gak tapaukan aku waffle untuk makan at 4pm. Sebab itu last time utk makan heavy food. Untuk tenaga, aku cekik la jugak. Mr.Abe dah balik Ipoh dah kul 3pm masa tu naik ETS. Dia memberi sokongan moral.- 'go fo 2hr and 30min..boleh punya..tak kan tak boleh? Za boleh buat 10km for 1hour lebih sket, takkan 21km tak leh?' hahaha..cakap banyak boleh laa..yang nak lari ni siapa? Opss..ni time yang untuk aku sebagai beginner dan bukan pelari tegar lah eh..dan ini sokongan moral dr sorang suami yang bukan kaki sukan mahupun kaki lari...so pada 2 jam 30min..budget OK lah kan..Untuk menang dengan target diri sendiri..keh keh keh. 




Ni aku dan kawan-kawan before start lari. Aku je lain dari yang lain nampaknya. Walaupun nampak selok gila nak berlari tapi perut dah penuh dengan rama-rama ni. Agak spoit tenaga sket untuk 1km pertama sebab playlist lagu aku wat hal. Main lagu 1 lagu pastu stop. Dush! Dah aku terkial-kial amik handphone dalam pouch...dah la enpon besar..hahaha. Jenuh la nak sumbat kuar masuk. Lepas dah betulkan..dengar 1 lagu, tiba2 kuar ceramah Islam itu indah..ngeee.. Alamak! tak kan nak dengar ceramah lak. So terkial2 lagi betulkan playlist dan lepas tu aku berlari lega.Macam biasa, aku akan lari sorang2..buat hal sendiri. Alhamdulillah, 1-10km pertama, aku boleh lari dengan pace 6.5. 



Aku bukan runner dan banyak benda yang aku tak tahu pasai teknikal running ni. Just 1 day before lari, aku sempat tengok kat youtube few things pasai run. How to run long distance. Okek, aku belajar :

  • Lari jangan menunduk atau mendongok - akan kacau penafasan.
  • Pandang at least beberapa meter ke depan - enjoy your view.
  • Jangan landing guna tumit. Try guna depan kaki and push balik..so akan layan graviti. 
  • Jangan langkah over stride. Just at least 90 degree from your knee. 
  • kaki belakang bengkok kan to push your body.
  • tangan bengokkan 90 degree and jangan terlampau swing sampai ke tengan badan. 
  • tegakkan badan, kalau bongkok..akan buat bahu berat dan akan penatkan badan.

Hahhaa..beriya tak? Yes, ini lah aku. Kalau aku tak tahu, aku akan tanya. Kalau aku tanya tu, maknanya aku memang tak tahu..bukan ngada2 nak tahu wpun dah tahu. Since aku lari suka-suka dan tak bercoach apatah lagi berproper running partner, aku decide untuk belajar sendiri. Masa persediaan untuk 21km ni gak aku belajar what is Tempo, Fartlek run and interval. Semua aku belajar kat youtube. Tapi..satu pun aku tak buat. Kui kui kui. At least aku tahu la kan...haaa..termasuk lah LSD. Just few tips kat atas tu jek aku try untuk buat kecuali lari guna kaki depan..mula2 ok la ikut..bila dah tak larat..memang seret kaki je lah. Heee....

Masa 10KM pertama, aku memang target run tanpa henti dan tak mau amik air. Masa tengah kusyuk lari tu, tiba-tiba ada sorang mamat ni tegur. Ohh..dah la lagu aku kuat kat telinga..tapi sebab dah orang bercakap dengan kita..so kena lah bercakap juga. Mamat tu cakap "Wah..tahan ye dik lari (adik lah sgt kan? hahaha) .. aku sengeh and balas "Tak gak..nanti kejap lagi 10km saya stop la..tu je la yang saya larat..hahhaha". Oh dia masih nak bercakap "oh ye ke? Tak larat ke? Lari bape KM?" ...huhuhu..aku dah tak jawab sebab dengar tak dengar jek..tapi tiba2 aku terfikir..eh, asal dia tanya lari bape KM eh? Alamak! Aku terlupa..hari ni ada banyak route. Hadoii..terus aku terstop atas jalan and pandang bips orang lain..ala..aku dah salah masuk route 10km ke ni? Mati la kena patah balik kalau salah..bawak bertenang jap..tengok depan and nampak signage 21KM belok kiri. Hua hua hua..alhamdulillah. Ingat dah salah dah tadi..so aku pun terus berlari and amik drink at 10KM dan ini adalah kesilapan pertama aku. Sebab lepas minum..perut aku dah berkocak-kacak sampai sakit belah kanan. Sebenarnya aku target nak amik drinks kat KM12. Hadoiii...dah lari pegang perut. Nyesal sangat. So aku slow kan lari aku. Actually aku target nak baiki masa 10km dan 12km aku.

Aku manage to run 1:09 for 10KM (before this 1:13min). Berjaya. Than aku target to baiki 12km aku. Masa Men's Health and Shape night run aritu, my 12km was 1:33mins..so malam tu aku berjaya baiki masa jadi 1:25mins. Yeah..berjaya.Alhamdulillah. Dan selepas 12km..aku dah tak tahu nak bahagi tenaga sebab ni 1st time aku lari lebih dari 12kM.

Nasihat orang..for long distance, jangan laju dulu. Tapi aku tahu diri aku. Kalau aku tak laju dari awal (laju diri sendiri..bukan laju compare dgn orang) ..so last2 nanti, sure aku akan pancit gak. Orang cakap, kalau tak biasa, kita akan down pada KM16..so aku decide to lari dan lari sampai KM15 and after that..yes betul..aku dah mula slow. Almost 1km aku cecah 8min dan paling kuat aku leh g 7min perKM..tu dah masuk lenggang mak limah. 15KM aku adalah 1:48minit. huhuhu. Nak tak nak aku..kena la push gak berlari sampai lah ke 3KM terakhir..maaf zahir batin..kaki aku dah berat sangat. Kasut basah..so, jeng jeng jeng..aku pun decide to walk every 200M  and run 800M perKM jek. Penah sampai cecah 9mins perKM..sangat slow.

Masa run ni, aku perasan, aku sentiasa beringin dengan seorang awek skirt hitam berjalur merah. Aku rasa, dia lari tak pernah berjalan. Sampai la aku terstop dari berlari, dia tegur aku. Ikut sembang kami di Ig, rupanya dia ajak lari sama. Oh..hahha.Aku memang try follow dia..step dia sangat cantik and nampak tak penat pun..tapi tu lah, aku rasa dia memang dah biasa run..jadi dia terus lari, aku follow dr belakang, sampai lah KM3 terakhir..aku dah hilang dia. Aku dah tak larat..mental dah down sampai lah aku nampak finishing line..aku paksa diri lari jugak dan bila sampai..timing atas kepala aku adalah 2:43min..emm..lari dari target 2:30mins aku. TAPI..boleh la kan as 1st timer. Alhamdulillah..tak sampai 3 jam lari..dan masih boleh tersenyum.




Apa yang aku rasa tentang HM ni, aku rasa, lari 12km lagi penat dari 21KM ni. Sebab 12KM pada aku, baru nak terbiasa lari and tengah struggle nak lari, tiba2 dah abis lari wpun masa ke laut. Ye ke? Lagipun aku baru sekali je lari 12kM and 21km ni..so ini pendapat badan aku lah. Lari HM ni, rupanya tak ramai orang berjalan. Semua keep running walapun jauh. Hebat! 16km pertama, memang tak nampak orang berjalan..maka aku pun termotivasi untuk terus berlari. Just after that je ke laut. 

Gambar ni aku dengan kawan-kawan yang sampai sebelum 3 jam. Sang arjuna dua orang tu awal2 lah dah sampai kan? 2 jam 5 minit masa dia orang..lepas tu aku sampai dan lepas tu baru 2 orang lagi kawan sampai. Sempat lepak dengan kawan lama, Izan. Lama tak jumpa. Dia lari 5KM. Run for medal je katanya. hahahaa. 



Dan after 12noon..kami berlima berkumpul semula bersama-sama lepas semua berjaya abishkan misi. Posing with HM finisher Tee dan officially, aku dah jadi Half Marathoner. Ahaks! Tak pernah nak mimpi sebelum ni. Masa nak amik pix ni, aku minta tolong seorang mamat India dia..dia run FM rasanya..tapi dah habis kul 12noon? Hebat kan? Dia tanya aku.."1st time 21km ke?"...hahahaha.Mungkin dia nmpk betapa excitednya aku nak posing dengan HM finisher tee tu kot. Aku jawab.."ya..1st time for me"... ngee. 


Ini unofficial time aku. Captured by Sports Tracker. Cuba tengok time aku after 18KM..siap kuar warna merah. Itu tandanya, betapa tak larat nya aku dah. Kaki betul2 sangat berat dan last2 KM tu la pulak banyak beno bukitnya. 


Dan ini adalah official time aku dari BSN website..194 out of 597.
LINK : Official Result BSN Putrajaya Night Marathon 2013

Abish 988 tenaga aku malam tu dan sampai sekarang wpun tak sakit badan, aku terasa sangat lemah mcm takde tenaga. Macam terasa kurus gila lak. Pipi pun dah hilang..huhuhu. Logik tak? hahahaha...






Last sekali..ini lah dia habuan penat berlari. Macam biasa, posing dengan medal tetap ada..tapi takde la sampai geget medal tu sebab lepas ni, tak tau la medal tu akan dok kat mana. Apapun, aku tepuk bahu kanan aku sendiri..Well Done Liza! 

Aku decide...BSN Putrajaya Night Run 2013 will be my last running event to join in 2013 atau maybe akan terus jadi yang terakhir? Entah.....will decide later. Aku rindu GUNUNG..itu yang pasti. Uhuk.

OK..dah abis catatan aku..catatan biasa2 dari orang biasa2 - bukan pelari tegar. Tersalah silap term ke..terlebih fakta ke..maaflah ya. Menulis sekadar untuk moment diri sendiri and bukan nak compare or lawan dengan siapa2. Semua pun just untuk suka2 hanya berlumba lari dengan diri sendiri. Mental fighthing.. yeah!

OK..papai! 

Friday, October 18, 2013

.. B$N Nite Run Putr@jaya ..


Asssalamualaikumm... Wat apa? Aku tengah layan blog + layan APM + layan FB..hiks. Semua pun buat saling jeling2. Okek..remote astro dah kena amik..Emm..ni nak marah ni. Dah la aku jenis jarang layan tv. Takpe2..aku layan blog jek. Actually aku tengah berdebar ni. Entah..biar lah nak kata poyo ke apa..tapi ini lah hakikatnya. 

Malam esok, aku pilih untuk lari 21KM atau Half Marathon a.k.a HM buat pertama kali. 21KM? Mr.Abe kata..'gila ke?'. Hahaha..aku pun penah cakap benda yang sama kat kaki lari..21KM? Gila ke apa..tak termimpi aku nak lari..TAPI kali ni, aku pilih untuk cabar diri sendiri. Why not try? Kan? Cuma agak ralat and cuak sebab aku tak buat proper preparation..yakni takde proper training. Just seminggu terakhir ni je aku dapat lari 5km + 5km + 10Km + 3KM. Training sepatutnya at least bermula 3 bulan awal..hee..Entah la..tengok je sok apa nak jadi. Tak larat lari..kita jalan kan? cumanya..lari malam, kalau lambat, midnite la baru settle huhuhuhu..gila tak? 





Ini baju event yang aku dapat. Neo Orange singlet from Brooks. Ala.......takde lengan lagi. Memang jadi baju tido je la ni kang. Setakat ni, aku memang tak penah lagi pakai singlet dengan inner untuk apa2 event or game. Terasa pelik lak...ngeee...



Hahahaha..pilih2 baju dah kalah nak p shopping. Okek..aku terpaksa pilih betul2 becoz 21km bukan dekat ya. Dengan keadaan cuaca yang entah mcm mana esok, malam lak..mungkin akan sejuk..mungkin akan panas dan paling mungkin adalah...compem basah kuyup. Semua baju ni adalah berteknologi 'cepat kering' ..just brand je lain2. 


Aku prefer running long sleeves microfibre from Malaysia Women Marathon ni. So tak yah pakai inner. Cuma baju ni pendek. Segan la pulak..Seluar running sudah tentunya aku pilih yang tight tapi bukan legging la..tak confiden langsung aku nak pakai tight ..malu lers. Yang penting bahagian bawah kaki adalah besar.



Baju running PUMA ni sgt best..ok la tak singkat sangat..tapi kena pakai inner sebab tangan pendek. Memang before this aku belasah je bersukan tak pakai proper..tapi now aku lebih suka being proper. Since inner ni bukan sport inner..aku tak nak amik risiko terpaksa singsing lengan masa tengah lari nanti. 

Dan esok, aku pilih for Raveena3 from Brooks. Lagipun aku tak banyak kasut running dan ini yang paling selesa terutama untuk jarah jauh. Just lucky, kasut2 running brooks tak berapa nak cun compare NIKE..kalau tak, compem gila byk kasut lari aku..ahaks. Aku kan gila kasut sukan...sib baik la kasut netball tak kisah apa2..so aku puluh beli kasut netball je la.



Running aksesori. Bluetooh headphone sebab aku tak suka pakai earphone. Kadang tak leh lari sebab sibuk betulkan earphone yang asyik terkeluar dari telinga. Headphone from Rapoo ni kecik je and nipis. So takde la poyo sangat. Pouch tu lak tempat nak letak enpon, ic, duit dan power bar. Jam tu bukan proper running jam pun. Tapi pakai je..sebab dia sport watch. Last sekali..aku pilih tudung microfiber dr jenama Raqtive.. Nice sangat tudung ni. Ringan dan terasa angin kat leher and tak basah wpun dah lari jauh.. Harga pun boleh tahan la..hahaha. Setakat ni, aku ada 2 helai sebab aku bak barangan sukan ni..aku tak kisah sangat nak berbelanja sebab aku suka. 



Dan akhir sekali..aku kecut perut gak ni..dari tadi..jenuh aku tenung route 21km ni. Aku memang takut and cuak..sebab aku tak penah lari jauh2..biasanya, aku akan down pada KM6 ..masa ni, berperang lah dengan diri sendiri. Nak nangis ke..nak marah kenapa wat keja bodoh ni ke..kenapa tak tdo je kat umah ke..hahhaa..semua penyesalan akan wujud..tapi kena kuat lah juga kan? tak kan nak patah balik lak..hahaha.. 

Apapun..doakan lah aku ya. Aku just nak selamat sampai, tak injured and kalau boleh..tak sakit badan. 

Ok..papai! 

Tuesday, October 15, 2013

.. AidilAdha 2013 ..

Assalamualaikum Cak! Jom menaip. Nak cite apa pun tak tau..sebab tu dah jarang update blog ni. Kadang2, cuba juga menyekat diri sendiri daripada banyak sangat bercerita kat dalam blog lebih2 lagi ketika hati sedang meroyan. Tak nak dah aku jadi bahan kata orang. Memang la blog ni tak kacau orang kan? Tapi kadang2 kita lupa..apa yang kita tulis, kadang2 buat orang lain rasa tak senang dengan kita. Jadi untuk elak perkara sama berulang2 kali berlaku..bila hati aku rasa tak syok..aku akan tulis dlm note kat enpon. Tulis sampai aku lega..lepas tu baca semula dan lepas tu ..fikir banyak2 kali..perlu ke post ke public? Untuk apa? Bila dah berjaya pujuk diri sendiri, baru aku delete...LEGA! Hiks..


Hari ni Raya Aidiladha..aku beraya kat Ipoh. Ikut plan asal, memang tak balik kampung raya kali ni sebab konon2nya Mr.Abe tak leh cuti, kena stanbdy. Tapi tiba2 Sekolah ABIM di beri cuti seminggu. Idak lah tiba2, rupanya dah ada kat Takwin  dia orang..cuma kita orang tak beli pun Takwim tu. Isnin terpaksa lah aku EL dan plan akan balik ke KL semula tengahari Hari Raya. Ikut giliran, raya kat Manjoi kali ni, umah MIL. Tapi lately MIL rajin sangat balik Serdang..so kami decided tak balik sana sebab nak balik KL awal. And now, aku dengan Mr.Abe kat umah, anak2 dok kat Ipoh. Suka gila dia orang. 




Macam biasa lah kan..bila raya, sure nak posing. Biasanya, aku lah paling selok nak bergambar. Susah gak nak ajak anak2 bergambar..macam2 peel. Mr. Abe pun sama. Tapi aku kan Veto..so, selagi gambar tak cunz and tak bagi kerjasama, selagi tu aku suruh amik pix. Haahahhaa. Nak tak nak, mereka layan lah juga ibu mereka ni. Raya haji takde tema baju. Tapi kebetulan, dapat lah gak warna ala2 sama kan? So untuk semua yang baca blog ni (ada ke? hiks)...aku wish Selamat Hari Raya Aidiladha 2013 dan maaf zahir batin. Musim haji ni kan..seronok tengok tv umat Islam mengerjakan Haji. Semoga suatu hari nanti, sampai masa untuk aku dan famili jejak kaki ke rumah Allah..Ya Karim, jemputlah kami. Amin.



Rasa lah ketupat ini, dengan rendangnya sekali. Hiks. Ketupat palas dan rendang daging hasil tangan emak yang paling aku suka. Dan kebiasaan, kerja2 buka daun palas tu..kerja aku la. Alhamdulillah, anak2 rajin nak tolong. So senang sket kerja. Biasa ketupat mak ada kacang besar..tapi kali ni, mak wat kosong je sebab abah tak suka kacang. Alhamdulillah...aku puas makan ketupat palas mak kali ni...Sedap! 




Hahahah, ni dah kenapa lak ni? Bukan nak tunjuk loving couple ke apa..ni gambar aku dengan Mr.Abe di pagi raya. Ingat senang nak amik pix ngan dia? Nak tak nak..di layankan jugak la isteri dia ni. Gambar ni aku bagi tajuk : Sering bersama tapi jarang bersua. Faham? Hahaha....biar aku je yang faham. Berharap dan berdoa supaya hati aku sabar menempuh hari2 BZ Beliau. Sedih..dush! 



Sehari sebelum raya, aku layan kehendak anak2 ini. Nak Bdman merayu2 pada aku sebab tau, kalau rayu kat babah, sure tak jalan. Aku ajak Mr.Abe g Jusco..carikan budak2 ni Bdman..suh dia orang pilih..lepas tu suh babah bayar. Hahahahaa..bijak tak? Kalau babah tak leh cair ngn anak2..ngn ibu sure cair.. Kuikuikui. Alaa..tak salah kan happy kan anak2 dan isteri..pahala tau. Nanti lagi banyak rezeki Allah beri...Percayalah ..InshaAllah. Masa aktiviti memasang Bdman, nampak sangat kesungguhan mereka berfikir sampai sunyi sepi rumah. Ngee...


Ini lah telatah anak2 buah di hari raya. Anak adik je dah 4 orang. Anak abang - 2 orang dan anak aku  2 orang..okek! Meriah sangat. Yang kecik dengan ragam kecik..yang dah besar dengan ragam besar. Aku okek je nak melayan budak2 ni..takde la segarang aku layan anak2 sendiri. Kenapa tah..ngn anak sendiri mcm mak singa..ngn anak orang, jadi la mak kucing. Hehehehe...maybe sebab aku nak anak2 aku behave kot and hormat aku. Tu jek.. 




Sebelum balik Ipoh, sempat singgah Klang tengok umah. Umah dan bermangga. Just dia orang nak repair apa2 yang tak ikut spec pembinaan jek. Aku wish dapat masuk umah ni awal..tapi tu lah..kenapa plan betul2..

Em..okla..papai!

posted from Bloggeroid

Thursday, October 03, 2013

.. Melepaskan lelah di dada ..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, ada sikit kesempatan nak lepak2 and update blog. Hari-hari yang berlalu agak hetic bagi aku. Bukan merungut penat, sebab orang lain pun penat kerja, just nak menari2kan jari melepaskan lelah di dada. Masih ada banyak event student yang nak lalui. Tadi aku jenguk balik kalender kerja, tengah bulan November nanti baru kalender tu 'sunyi' sehingga hujung bulan 12 dan kemudian kembali hetic. Intake dah 3 kali..so takde ruang2 kosong nampaknya. Kerja di luar pejabat agak memenatkan fizikal dan dalam team ITMS, aku seorang je perempuan. Tapi alhamdulillah, kerja dengan lelaki ni lain sket..selain daripada sikap telus dan terus terang, abis time kerja..abis la semua kalau ada marah ke, tak puas hati ke..and cakap pun main lepas je, tak yah tapis2. I am happy with that. Cuma bila berdepan dengan user yang macam2..bukan saja penat fizikal..mental aku pun akan out. Biasanya, time2 hetic macam ni, sure aku demam..hahaha..tak kuat rupanya. Surely, now ni musim dapat result KPI. Apa jadi dengan aku? Tahun lepas sampai menangis2 kan? Tahun ni, selepas di tolak campur dan bahagi, aku malas nak fikir. Hahahah. Apapun, alhamdulillah, 'kewujudan' aku di rasai oleh Puan dan banyak kata2 positive aku dapat dari dia. Cukup lah kan? Nak kejar apa sangat pun.. Janji aku puas dan happy. Tu jek.Dah makin tua ni, dah makin sedar diri sket..semuanya adalah ketentuan DIA..kan?


Habis cite kerja. Kadang-kadang, masa kecik2 dulu, aku selalu tengok drama tentang kehidupan keluarga yang serba ada, tapi sunyi. Emm..mungkin aku takde la sampai seteruk tu..tapi entah lah. Sejak kenaikan pangkat Mr.Suami, makin stress aku tengok dia kerja. Memang dari dulu kerja dia 24jam ..tp kenapa aku makin tak betah nak hadapi semua ni. Aku tak mahu merungut2..sebab ada orang cakap, aku adalah manusia yang beruntung..semua dia tanggung, gaji aku tak cuit sket pun dan aku dapat tengok dunia. Ya, aku tak merungut..syukur alhamdulillah..tapi hati aku hanya hati manusia biasa, kadang kala, terasa sunyi jugak. Anak2 pun dah membesar, kadang2 mereka pun bising kenapa babah bz sangat. Entah la kan..baru jadi Specialist Engineer..belum lagi jadi CEO ka..Dato ka..hahahha. Sabarlah wahai hati..sesungguh dia yang terbaik untuk kamu, anugerah dari Allah - suami yang menjalankan tanggungjawab dengan baik cuma dia ada sedikit 'keistimewaan' - otak mesin, hati besi. hahahahaa..

We in 2007
Dah hampir seminggu aku tak exercise ni. Ke lauttttttttttttt.. hadoii! Tak punya masa nak kejar time nak lari wpun kejap. Anak2 dah bising, kenapa ibu asyik amik lambat. Erk..memang lambat, 6pm lebih baru aku tiba di sekolah mereka. Muka masing2 dah lemau dan lunyai penat tunggu ibu. Ye la kan, kelas habis pukul 4..kul 6 lebih baru ibu sampai..masing2 dah penat dan lapar. Hanya minta maaf je lah yang aku mampu. Kadang2 terfikir, beriya betul aku kerja sampai anak2 pun terabai..tapi pangkat takde la tinggi mana..over kan? Hahahaa. Tapi nak buat macam mana, dah tanggungjawab. Erkk..conpius jap, yang mana 1 sebenarnya tanggungjawab aku? Sapa boleh jawab? Entah la, aku just tak nak..anak2 tak rasa kasih sayang dan tak mahu beri kasih sayang pada aku bila dah tua nanti. Nauzubillah. InsyaAllah dan alhamdulillah..walaupun aku ni garang and kadang2 tak punya masa untuk mereka, anak2 selalu cakap 'sayang ibu' dan suka peluk dan cium aku. Syukur.. doa ibu yang baik2 untuk Kimi dan Mimi wpun ibu garang.

Kenapa takleh lupa kasut ni..PureCadence2 ..hadoi!
Eh..19hb ni aku akan sertai larian BSN Nite Run 2013 for 21km. Eh ah eh ah...sampai ari ni, aku tak sempat nak training pun. Runners yang biasa lari pun akan training 2-3 bulan. Hadoiii. Tak tahu la apa akan jadi nanti. Setakat ni, aku tak yakin langsung nak lari. Yang biasa lari pun 3 jam gak dia orang lari..huhuuuu. Gila berdebar. Mungkin nanti by the time kena lari..aku kena ajar mental aku je lah. Uhuk.

Ok la...tiba2 malas nak menaip..gambar pun tak tau nak letak gambar apa ni.hahahha..

Papai!







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!