Friday, September 28, 2012

.. Mencari ruang sekejap ..

Lari sambil track jarak dan masa, itu memang kerja aku.. 


Balik time dah lepas hampir 38 minit. Fuh! tight gila...tapi biasalah, kena time sibuk mcm ni..memang la memenatkan. Sibuk2 dengan event, docket kerja pun turut masuk bertalu-talu termasuk lah juga via email. Tapi ok lagi setakat ni nak compare dgn partner aku..dia lagi bz the vas. Dalam bz kerja..bz la juga isi perut. Makan dan makan dan minum sampai kembung. Dah terasa kekekatan pakaian di badan. Serius! Mengah der. Semalam, nak tak nak aku gagahkan juga turun berlari..1.3KM jek and terus sambung dengan netball. Lari tak penah sangat, tak sempat peluh pun..1.3KM je? Tu baru warming up..kuikui. Yang jadi stress..main netball..ohoiii..kelautnya aku. Shoot tak masuk, tangkap bola asyik terlepas..and tak ngam ngn partner. Hamek..lama sgt berehat. Walaupun sekadar training..effect gak kepala otak aku ni..asal teruk sangat ni...Eeeeee.. 


Kereta baru..siapa punya? bukan aku yang punya..tapi abang aku yang punya..ngeh ngeh ngeh.
Ni mak abah ada kat rumah. Saja-saja datang ikut abang yang ada court kes kat Shah Alam. Abang dah balik ipoh tadi..mak ngn abah akan balik naik ETS. Bila? tak tau..ikut suka la bila dia orang nak balik..tak kisah pun. Anak-anak pun happy gila maktok ngn wan dia orang datang. Danish demam 2-3 hari ni, semalam, dia dok sebut 'Rindu Maktok'..masa tu aku tak bagi tau pun maktok dia nak datang..adeh, sentimental betul anak hero aku sorang ni. Aku dah lama tak cite pasai anak2 kan? Em..nanti2 lah..
Ni kawan-kawan aku yang kenal secara tak lansung 10 tahun lepas hanya kerana Siti Nurhaliza..tapi sekarang, kami dah mcm adik beradik.. :)

Bila eh, 15hb Sept kot..aku g jumpa kawan2 lama. Biasa dok sembang2 kat group whatapp and kat fb. Kali ni kasi jumpa semua..tapi bukan lah tak pernah jumpa langsung. Dengan k.chik (baju maroon), aku dah jalan2 ke Indonesia ngn dia 2 kali..yang lain tu jarang jumpa walaupun kak lon (baju and tudung purple) dok kat Kajang jek. Dr.Rina (spec kat dahi) tu duduk kat Miri Sarawak dan Babyputeri (baju hitam), ni 1st time aku jumpa..kami dah macam adik beradik. Happy sangat dengan mereka. Aku kan takde adik beradik perempuan...and kawan pun tak ramai..so, yang ada ni, aku sangat2 hargai. Harap2 takde benda yang akan rosakkan hubungan ini. Emm..

Ok la..6:00 pm dah....balik dulu..malam ni nak keluar, nak banje famili makan.. Jom! ;)

Papai!!


Wednesday, September 26, 2012

.. Rezeki dari Langit ..

Ahaks! sangat propa kat tajuk post kali ni? Haa..tapi betul laa..ikut zikir Dhuha :




Alhamdulillah, hari ni, selepas 12 tahun aku di sini, dapat lah merasa rezeki Ex-Gratia dari company. :)

Sekian, Terima kasih.



Tuesday, September 25, 2012

.. Cermin diri ..



Ni lah hasilnya bila pagi2 buta dah menjejeh2 airmata. Ramai gak yang tegur tadi...Asal muka sembab? Nangis? Penat? Huhuhu..hanya dengan insan2 tertentu je sesuka hati airmata aku akan jatuh..so aku jwb je lah 'penat'. Ahaks..

Tu cerita pagi tadi..lepas sessi perbincangan..aku back to normal..just muka je lah takleh nk sorok. Sebenarnya, aku bukan kisah sgt pun dengan mark aku..tak yah la susah2 nak salahkan orang lain..rate diri sendiri pun aku tak bagi aku RM semua wpun aku tau, boleh jd neraca untuk seimbangkan markah..tapi takpe lah. Kalau nak tahu atau tak sedar, bila kita sibuk rate diri kita as RM, it will effect your Intergriti masa kenaikan pangkat nanti..so, renung2kan lah kalau grad tak naik2. Tengok pulak rate peer, lagi lah takde efect kalau dia org nk bg aku baik atau tak..Memang semalam aku ada ckp kat Mr.Abe, Peer aku bg okek jek wpun tak dpt RM..dpt AT tu pun ok..Abe cakap..'5%, tak jadi apapun..semua bergantung pada rate boss'. So, aku abaikan je la..dan boss dah jumpa..itu je lah hasil yang aku dpt. Tak yah la berangan nak jd RM..AT jauh sekali...dan aku sedar, aku belum mampu nak jadi sebaik partner aku..terlalu jauh nak kejar atau sama tarat ngn knowledge dia. So, redha...!!

Ada banyak benda yang aku fikir..sampai hati dan minda aku dah tak boleh nak bersatu...apapun..aku sedang cuba untuk tengok dan cari salah diri sendiri..teringat kata2 ni :
'jika kita rasa kita byk masalah..cuba renungkan, sejauh mana kita dekatkan diri dengan Allah..dan jika kita rasa kita tak dapat apa yang kita mahu..Allah mahu tahu kerana dia memberikan apa yang kita perlu..tetapi bukan apa yang kita mahu.' emm..memang nak berkata2 tu senang kan? Tapi nak pujuk hati .. ? Hanya diri sendiri je mampu buat..

Dalam keadaan hati dan minda huru hara ni..dah seminggu lebih aku tak turun netball. Rasa nak letgo je semua..rasa nak buat hal sendiri..rasa nak pergi jauh2 dari sini...aishh..ni la kan..byk sgt ikut rasa...binasalah lah jawapannya Liza oiiiii.. Apapun, pesan aku pada diri sendiri...marah mcm mana pun..jagalah bahasa..jagalah kata2..nnt kerana mulut badan binasa dan bahasa jiwa bangsa! Aku,mereka,kamu dan semua...tiada siapa yang sempurna!

Pening....babai!!!

posted from Bloggeroid

.. Menitis jua..

Adeh! dari semalam..aku tahan dan tahan..jgn sedih. Jangan! Tak perlu fikir lebih2..bukankah sesuatu tu telah di tentukaNya? Aku muhasabah diri..fikir balik semua benda yang jadi setahun lalu..apa yang aku buat..aku cuba Redha..sembunyikan kesedihan, aku ajak Mr.Abe makan malam di luar..layan Johnny. Cuba untuk lupakan...

Matahari tak akan selalu cerah, namun semuanya pasti bersebab. Mungkin kerana hujan, mungkin jua kerana jerebu atau mungkin matahari malu2 hari itu. Aku tahu, setipa sesuatu yang berlaku, Allah dah tentukkanya..tapi mesti punya sebab ..kan?

Namun pagi tadi..semakin lemah untuk bangun..takde semangat langsung! Akhirnya terkeluar jugak dari mulut aku bila Mr.Abe cuba tenangkan aku. 'Teruk sangat ke Za ni? Worst than last year! Last year kata Za takde contribution..so,apa yang tak kena tahun ni?'..terus aku terbaring semula dan tak semena-mena, air mata aku mengalir. Aku tahu, Abe takde jawapan. Tapi cukup lah sekadar aku dapat luahkan perasaan.

Baru-baru ni aku bergembira bercerita tentang KPI aku kan? Yap..sebab aku rasa aku layak dapat mcm tu dan KPI is something you can proved! Tak boleh suka-suka nak letak markah sebab ada bukti..tapi apa dah jadi dengan competency aku? Worst! Teruk! Lagi teruk dari last year...last year aku di tukarkan ke posisi lain kerana aku di katakan tiada contribution..and now ni apa lg? 

Selepas sessi luah rasa kpd 2 sahabat aku yang sentiasa ada untuk aku ..Miss A and Mr S, aku di nasihatkan supaya bersemuka je. Bincang..jgn ikut hati..fikir positive dan cakap elok2...aku pun kebalkan diri, berjumpa. Emm..hampir sejam lebih aku duduk berdua...meluahkan apa yang aku rasa dan kira sessi kenal mengenal lah pulak. Em..terus terang, sessi perbincangan kali ni agak positif wpun tak bagi aku apa2 result baru. Just like Mr.Abe said 'Ok la result tu. Baru tukar posisi, Za akan di evaluate secara fresh..dah tak kira yang lama.' and that was jawapan yang aku dapat juga masa perbicangan tadi. Rupanya semua gerak geri aku dlm perhatian dlm tempoh setahun ni dan ini lah hasil yang aku dapat. 

Aku dah cuba untuk dapatkan new result..tapi Allah dah tetapkan ini memang yang layak aku dapat. At least, aku dah luah apa yang aku rasa dan aku pun dah dengar apa yang patut aku dengar. Masing masing ada masalah dan hal masing2 kan? So..aku redha..dan now, aku kena teruskan kerja aku...biarlah Allah yang bagi aku markah.. 

Hidup harus di teruskan dan kerja harus di laksanankaan.... go Liza go!





Monday, September 24, 2012

.. Aku Maafkan Kamu..

Sangat jatuh cinta dengan melodi dan lirik lagu 'Jamal Abdillah & Malique - Aku Maafkan Kamu'. Mungkin aku agak ketinggalan sebab aku tak tau lagu ni wujud bila. Aku sendiri pun jarang layan lagu..tapi bila baru2 ni ada kesempatan melayari Youtube..aku jumpa lagu ni dan terus dengar. Lirik dia sangat lah makan dalam.. hehehe. Memang bestla cara lirik ni di sampaikan.



Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Baling ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

Friday, September 21, 2012

..Re Visit Genting Highland ..

Hoyay! Problem kat Galeri selesai...lega nya rasa..kalau tak, memang out of mood. Semoga Pendaftaran Pelajar Baru Lancar Isnin depan..and hello..next week on words..Makan minum saya adalah di tanggung sampai bulan Oktober..Hip hip..hooreyyy!

Em, nak cite pasai genting ni..tapi tak sempat2 ..so lunch time Jumaat ni adalah panjang..lepak jap update blog.


11 dan 12hb September baru-baru ni, Danish di cutikan sekolah kan oleh skool ABIM sebab ada peperiksaan UPSR. Kita orang memang pantang lah cuti2 ni..so, Mr Abe pun booked la 1st World Hotel Genting seminggu sebelum naik ke sana. Dah jadi macam acara tahunan lak naik Genting ni..rasanya since Danish kecik, tiap2 tahun kita orang naik genting. Tak boring? Entah la..as long as anak2 Happy..OK jek. Lagipun..dari kecik..sampai besar..ada je ride yang dia orang boleh naik and tak selari dengan ketinggian..so takde masalah nak g sana every year. Tapi as a adult...mungkin lah boring kecuali bagi mereka yang bercinta..kawasan selamat utk buat jahat..kehkehkeh.


Nak di jadikan cerita...kan registration semua Mr Abe yang buat. Semua online booking. Register guna nama aku tapi dia lah yang buat bayaran. Macam biasa la, kalau dah Online, semua benda nak kena print dan bawak..so aku pun bawak lah benda2 tu semua. Pagi2 dah keluar dari rumah sebab nak elak jammed kat KL. Dengan kelajuan yang biasa2..sampailah ke Genting. Parking and naik lift 1st World..keluar je lift, Mr Abe minta Ic aku untuk registration...Jeng Jeng Jeng. Hah!!! Wallet aku tertinggal....bawa handbag je.Adoyaii!! apalagi..dah nak jadi Hulk la Mr.Abe...kui kui kui. Siap ajak balik amik wallet. Erkk..takde kerja la pulak kan? Aku amik la tanggung jawab ni sebab salah aku. Tu lah..dah biasa jalan tak baik wallet..hiks. Aku pun g la ke kaunter..dengan penuh hemah, aku bagi la the document and cakap wallet tertinggal kat KL...alhamdulillah..lepas untuk Taman Tema dan untuk registration hotel pun senang..lagi senang dari bawak IC..sebab ada kaunter khas utk orang yang ada prob macam ni..Alah! dah settle semua payment kan? Tak kan takleh masuk lak..kan??


Ni scenery Genting pada hari tu. Nice..tak panas and tak sejuk. Suhu dalam 19 darjah je kot.
Bumper cars adalah game yang paling jadi rebutan. Since ni bukan cuti sekolah, tak ramai sangat lah yang beratur. Budak2 ni dok ulang2 naik dari mula sampai ..hingglah ke malam. Cuma bila Danish dan makin tinggi..Dania dah takde geng. Bumper car budak bawah 122cm ni lain...so, Danish g main dengan babah kat level atas, aku teman Dania. Kalau aku rajin, aku berbaris, main sekali..kalau malas..layan Dania je. 
4D motion Cinema ni pun antara benda yang KENA masuk. Tapi kalau time pack..Ya Ampun..stress aku nak berbaris.. Ni tak packed, so,aku join. Biasanya aku tengok dulu movie apa..kalau ala2 Scary..hahaha..sorry la..acik tak mau masuk. Gila kau..4D kot..depan mata je..movie scary yang aku tengok sampai serik nak masuk lagi adalah..Haiwan Purba di dalam laut..masa tu 'binatang' tu nganga mulut..and nak ngap aku..gila depan mata..elak punya elak..dah takut sangat..aku cabut spec 3D tu..terus ilang binatang tu..hahahaha.. 
Ni stage kat tengah2 Indoor Park ni. Layan jugak lah. Kali ni, ada Magik show dr mamat Hungary ni. Danish mcm biasalah..pantang di ajak untuk benda2 macam ni. Memang laju ke depan mencuba. Magik mamat ni menarik. Teruja la jugak. Benda depan mata..nak cari trick dia pun tak berjaya. Lepas show, dia tadah topi..orang bagi duit. Ada pak Arab tu masukkan RM50..aishh..kaya lah kau mamat Magik..penuh kot topi tu..
Bila naik je benda ni..sure teringat. Kecik2 dulu..aku teringin sangat nak naik benda ni..nama dia Marry Go Round. Dulu, benda ni jarang ada kecuali kat Fun Fair. Bila nak naik ..mak cakap, tak boleh. Mahal. RM4 kot sorang masa tu. So agak kempunan lah juga. 1st time aku naik benda ni kat Genting la jugak..gila teruja. Macam mimpi jadi kenyataan..hahaha..gila tak? and now..bila anak2 ajak naik..aku pening..hiks. 
Ni suasana kat atas bila dah nak petang..dah mula berkabus. Setakat ni, aku tak penah lagi g Outdoor game sebab takde geng yang berani nak cuba mainan2 kat dalam tu. Teringin nak cuba..tapi sebab yang tak berani.so tak berbaloi nak beli tiket outdoor. Aku cabar Danish..nanti g lagi..sila teman ibu. Sib baik dapat rasa roller coaster masa kat DisneyParis ..tu je la pengalaman yang ada..
Ni lah bilik yang mampu duduk. Kecik je sebab tujuan utama g sana bukan nak lepak bilik. Nak g main. Bilik mcm ni, kalau bukan pack time..murah je..tapi kalau time cuti, boleh sampai RM200. 
Dalam indoor park, adalah sebuah roller coaster biasa ni. Boleh lah nak layan. 3-4 kali gak aku naik. Danish sampai gigil2 lutut sebab kena cabar ngn aku. Tak BOY lah kalau penakut kan? Dania je sedey sebab tak dapat naik sebab tak cukup tinggi. Ni mamat tu bagi kita org chance naik 1 famili utk bergambar saja. Tengok la muka Dania..muka PASRAH. 
Ni perubahan yang agak drastik. Snow World berubah wajah. Since dah rasa salji ori..maka rumah ni dah tak layan. Berlagak tak?hahaha..takde lah. Mahai sebenarnya nak masuk sini. Lagipun dah rasa real snow..cukup lah kan? Tapi kalau masuk..wajib amik gambar..sebab dulu sgt lain.


Satu lagi benda yang aku sangat teruja adalah...dlm tu dah ada NIKE OUTLET..hahahah. Terus masuk wpun Abe tak mau. Tapi ibu ada anak sehati sejiwa...laju je aku ngn Danish masuk tanpa hiraukan babah dan Dania. Sambil aku masuk tu..ada la suara berbunyi 'Hai...macam ada duit je kan?' hahahha..lupa lak aku tak bawak wallet. Takpe..kalau aku bawak wallet pun..duit aku tak penah kuar. Aku amik la track bottom Nike..biasalah, untuk bersukan. Danish minta bola..maaf la cik abang..dah 2 kali ibu beli..semua hilang di curi orang.. huh!


Petang kul 6, Mr Abe bawak anak2 turun mandi kat pool. Kolam air panas. Aku? Tido dalam bilik. Hee..sorry la. Aku belum berapa teruja dengan air. Lagipun kepala aku dok fikir pasai Jamuan Raya ITMS. 
Last day. Balik Time. Pagi2 biasanya Genting memang lah berkabus. Nak photo2 pun tak berapa cunz.

Ini lah 2 permata hati saya.. doa yang terbaik sentiasa untuk kalian. Amin.
Luv my famili...ada ke org tak luv famili? hahah..Bye. Nak g makan...lapo la pulok..

.. Kata Hati : Redha Itu Berhikmah ..

Thursday, September 20, 2012

.. Innocence of Muslims - Me PROTEST! ..

Pelbagai cara umat Islam dunia menunjukkan PROTEST terhadap filem ini.
Assalamualaikum...

Terpanggil untuk menaip sesuatu mengenai filem ini..sebelum ini, aku hanya membaca, melihat dan mendengar tentang filem dan kemarahan umat Islam tentang semua ini. Bohong lah kalau tak terdetik sedikit pun dalam hati perasaan marah..tapi..siapa aku? Marah dalam hati adalah cara selemah-lemah umat Nabi Muhammad jika tidak menyukai sesuatu yang berkaitang dengan Agama Islam. Ya..benar. Aku memang lemah..maka, itu je yang aku mampu. Tapi pagi tadi, masa dengar Ikim.fm, isu ini di kemukan kerana terdapat konspirasi terbaru - Di Perancis, Karakatur Nabi Muhammad telah di lukis di dalam sebuah majalah dengan lukisan yang boleh membuatkan umat Islam marah. Em..macam mana rupanya lukisan tu..aku pun tak tahu. Cuma yang aku tahu, Nabi Junjangan kita, tidak boleh di zahirkan dengan apa cara sekalipun..kan? Propaganda Non Muslim makin menjadi2 nampaknya. Mungkin mahu menguji, sejauh mana, kita umat Islam yang di katakan berakhlak mulia ni mampu menangani masalah ni..kot? WaAllahualam.


Em, aku harap, dengan lahirnya post ni, dapat mengambarkan, aku tak setuju dengan kejahatan kafir yang melahirkan filem ini dan juga apa jua benda yang menghina Islam. Dan umat Islam di Malaysia..please lah amik iktibar. Perlu ke kita jadi seperti negara luar - porak peranda kerana POLITIK. Sigh! Aku tak cakap aku belah parti mana-mana, infact,aku sendiri tak pernah mengundi. Huhuu..dosa kan? Yap..tak mengundi tu berdosa..kerana itu Fardhu Kifayah. Menentukan pemimpin adalah KEWAJIPAN kita. 

Namun, aku pun tak berapa setuju dengan protest sampai berbunuh2. Ya Allah..kenapa dunia makin kejam? Semua orang tahu..apa kekuatan umat Islam kan? Solat dan Doa. Solat itu TIANG dan DOA itu SENJATA. Gunakan lah 2 perkara ni...InsyaAllah, DIA MAHA MENGETAHUI dan MENUNAIKAN APA YANG DIA RASA PERLU. 

"Ya Allah, lindungilah aku dan keluarga ku dan semua umat Islam di dunia dan akhirat. Sesungguhnya, Engkau Maha Mengetahui dengan setiap apa yang terjadi. Amin."


WaAllahulam.


Monday, September 17, 2012

.. Weight gain ..



Iklan susu kurus lak ke ni? Nehi...nehi. Tertera dalam gambar adalah berat terkini aku. Secara khususnya, berat aku adalah maintain sejak hampir setahun lebih selepas pernah mengalami penurunan berat hingga 43kg dalam keadaan normal. Tak yah cite la pasai turun berat masa pregnant kan? Benda tu hampir 7 tahun aku tak alami..

Aku amat selesa dalam berat skrang walaupun berat ideal aku adalah 51kg. Ramai masih tegur aku as kurus kering.. Emm..terus terang, aku tak rasa aku kurus kering. Pinggang aku adalah 27' okek..normal size utk mak2 budak. Aku sebenarnya takut gemuk..so aku akan pastikan berat aku tak cecah 50kg. Apapun, aku bukanlah jenis kawal pemakanan atau amik apa2 ubat kurus. Mungkin buat masa ni, berat aku susah nak naik..tak tau la pula lepas2 ni kan? Kalau pun berat naik, aku nak mastikan perut aku tak buncit...so far, alhamdulillah..tiada spare tyre..kalau tak, tak selesa langsung time duduk..

Kalau nak tahu, berat aku pernah cecah 55kg masa aku dlm sekolah menengah. Hiks. Yang pelik now ni adalah..size kasut aku makin besar..ayok! Kalau betul2 nak selesa, aku pakai size 8 untuk sport shoes dan size 7 utk kasut lain2..hhhaha..kaki giant!

Sebenarnya aku pelik..dalam org dok ckp aku ni tak lawa sbb kurus kering ..mereka sendiri berlumba-lumba utk kurus. Emm..awat eh? Jom sama2 jaga kesihatan tak kira lah kurus ke..besar ke..keding ke, gemuk ke...kan? Selain amik makanan yg sihat...jgn lupa utk exercise..syok weh berpeluh. ;)

Chow!
posted from Bloggeroid

Sunday, September 16, 2012

.. Terluka ..



Salam Hari 1Malaysia untuk semua Malaysian. Buat apa hari ni? Aku kat Ipoh kat umah mak..hiks. Balik lagi? Yap yap yap..balik Ipoh lagi coz start next week, jadual kerja aku dah pack termasuk lah kerja di hari Sabtu.Awal bulan 12 baru clear sekejap jadual and lps tu pack balik sampai awal bulan 2.

Aku dah tak mahu merungut sebab aku dah janji..kalau KPI aku okek wpun aku tak suka kerja ni..aku kena relakan hati dan Alhamdulillah..i got berbaloi result wpun hati tak suka. Mungkin ini ketentuan Allah utk aku. Masa mula2 aku tolak kerja ni pun..aku dah buat solat hajat dan berdoa..jika kerja ini bukan terbaik utk aku, tunjukkan lah aku jalan and nampaknya, Allah tetapkan, ini job aku. Dan keinginan aku utk resign masih tinggi..bukan apa, just dh bosan berada di tempat yg sama..dah 12 tahun..dush!

Eh! Nape letak gambar bolajaring tapi cite pasai kerja lak? Hiks..sebenarnya, aku nk cite pasai lutut ku yang terluka..waaa!! Setelah sekian lama bermain...rasanya ni lah 1st time aku injured sampai luka. Jatuh terbaring di hempap GK dan kaki badan sebelah kiri bergesel dgn lantai. Hasilnya, lutut kiri terkoyok kulit and tsstt tssttt...pedihnyaaa menikam kalbu. 2-3 hari lah menderita terutama time mandi. Nak tido pun tak lena sbb takut bergesel..time kerja lak byk bergerak, maka luka bergesel2 ngn kain atau seluar..hasilnya, luka tak baik2 and lambat kering. Now ni dah mcm nak bernanah..uhuk! Mak cakap..'mai mak cuci'. Hahahhhaa..takpe la Mak, terima kasih jek...teringat lagi Mak cuci luka aku masa kecik2..nurse la kata kan..mmg tiada belas kasihan..hohoho..tak mau tak mau..



Em, sesiapa nak oder new item from Coach.com boleh la visit blog Cut Cut The Prize aku : http://cuttheprize.blogspot.com

Coach.com tengah ada sale sampai 24hb September ni. Jangan lepaskan peluang. And sesiapa yang tak suka Coach, jangan risau, Gucci and Prada pun ada..just visit my blog ya.
Have fun!!
posted from Bloggeroid




Saturday, September 15, 2012

.. Sabtu ini...

Selamat tengah hari Sabtu! Duduk belayar sementara standby untuk Final Registration budak2 UNITEN ni. Nak update blog, nak bercerita tapi malasnya nak menaip dan ada juga unsur2 malas nak bercerita. Hari ni, lepas selesai minit mesyuarat, sarapan dah, lunch pun dah dan kejap lagi nak balik..dan tadi masa kat toilet, sempat lah aku merepek sorang2..hiks....

Ha..OK tak teknik Kemho sensorang ni..pandai tak sorok kamera..keh keh keh..

Ok..dh nak balik...mari cuti sampai Isnin..Happy Hari 1 Malaysia..

Wednesday, September 05, 2012

.. OKEK aje ..

Goyang-goyang bahu sambil layan lagu 'Sleeq & Najwa Latif' - Untuk Dia. Eh eh..untuk dia..untuk dia. Sebelum sibuk layan lagu Liyana Jasmay - Cinta Bersatu. Nice melody..nice song walaupun lirik agak melampau. Love both song. Buat aku tersenyum sendiri..


Em, dah nak balik ni. Saja nak update blog. KEBIASAAN, lepas KPI rating, kalau TERUK, aku akan MEROYAN kan? so apa kata..kali ni, aku balik kepada fitrah manusia..Redha dan terima seadanya. Alhamdulillah..kali ni, KPI aku OKEK. Tak TINGGI dan tak RENDAH mcm last year. Balik seperti time kerja aku dulu sebelum TRAGEDI last year. Rasa macam berbaloi dengan apa yang aku dah kerjakan sepanjang tahun. Cuba juga fight sesuatu..tapi tak berjaya. Hiks. Dan soalan paling best dari Puan Bos ' So, mcm mana dengan kerja awak yang awak tak suka ni?' hahahahha..

Kita tunggu competency result pulak...Ok go! Papai... 



Tuesday, September 04, 2012

.. Cuti Merdeka Buat Apa? ..

Halluu..eh..hello..eh..Assalamualaikum. Alamak! dah nak Asar..taip laju2..
Hah! alamak, ilang idea..gguguguu.

OK..terus kepada matlamat..cuti Merdeka buat apa? Aku dan famili meluncurkan membalikkan diri ke rumah emak..balik lagi? A ah..balik lagi dan lagi dan kalau boleh, nak balik hari-hari umah mak. Selagi ada peluang balik..kena balik. Nanti dah start event kat tempat kerja...apa pun tak leh..dok la opis di hari sabtu ahad walaupun hanya standby..Oh My Gucci! Bulan 9 ni, cukup lah setahun aku membuat kerja yang aku tak suka. Pasai kerja ni aku BERPERANG ngn BoS Aku dulu! Tapi Alhamdulillah...aku dan bos, OK je now ni..emm..tapi hati aku tetap tak minat dengan apa yang aku buat now. Esok buat KPI..tengok je lah nasib diri...berserah dan pasrah.

Balik ke asal..masa balik Ipoh, singgah jap Mc D Sungai Besi..pecut punya pecut nak kejar sarapan pagi..sampai dan sempat berbaris and TeT! tepat kul 11, aku masih berbaris..menu sarapan pun abish. Huaaa...nak nangis. Ada yang dah kuar dari barisan..aku tetap berbaris..dan bila sampai turn..aku ckp nak gak sarapan Mc D..sib baik ada lagi 1 burger dan coffe..cuma hash brown di gantikan dengan fries..boleh lah. Alhamdulillah. Phew..macam mengidam lak..tapi Opss..TiDaK ya rakan2..ngeeee. dan di sini juga lah aku berjumpa dengan kawan FB..oh pertemuan! Mesra dan friendly nya dia. Semoga berjumpa lagi nanti ya. 

Sampai Tapah, kita orang ikut jalan dalam dari Behrang. Kepada sesiapa yang tak tahu, jalan dari Tangjung Malim ke Bidor adalah OK jika malas nak ikut Plus. Jalan 2 lane both side..so lebih kurang PLUS..maka, ikutlah jalan dalam, jimat tol. Haa..sampai Tapah, Mr.Abe berhenti solat Jumaat di Masjid Tapah and lepas tu terus ke Hutan Lipur Kuala Woh. A few Km dari Pekan Tapah, jalan nak ke Cameron. Budak-budak sibuk nak mandi..maka, mari lah melayan. Abe la teman dia orang dalam air dan aku, duduk tepi amik2 gambar..tengok gelagat orang, tengok alam..dan celop2 tapak kaki jek. Malas la nak bermain air. 


Pintu Masuk Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah, Perak. Now dah cantik tempat ni..semua lengkap. Bilik air, toilet, surau, kem based dan mcm-macam lah.
Sebelum singgah beli buah ni..TERINGIN ..sebab dah lama cari..dan lagi sekali, bukan mengidam ya..hahaha. Ni namanya buah Tampoi atau orang utara panggil buah Ster. Seikat RM8, orang asli jual. Balik umah abah..abah cakap..Mahai nya..hahaha..mana nak tau. Bayar je la kan..and kesian orang asli tu..penat dia org petik. hahha..Sedap buah ni wpun terpaksa berlawan dengan biji.
Kolam air Kuala Woh ni cetek jek. So..biarkan lah budak2 ni je mandi. 
Ni Pemandangan dari sebelah kiri aku. 
Me and Dania..see..aku kering jek..hikss..
Okek..nanti2 kalau nak ke Utara, boleh la singgah sini kepada yang rajin.. Chow!







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!