Friday, September 30, 2011

..Hari Ini is Today..

Mc D tanpa Kopi adalah sangat..grrrrr...
Mulakan pagi ini dengan sarapan pagi bersama Mc D..eh, tipu2. Idak lah pagi sangat, dekat kul 9 tadi kuar sarapan. Mengidam nak sarap Mc D and thanks kepada yang terpaksa langgar niat nak berpantang Mc D kerana sudi nak temankan. TAPI sarapan pagi Mc D hari ini agak pelik sebab tak order air kopi yang lazat itu. Cuba mengikut nasihat doktor - JANGAN amik kafein awal pagi dan rerupanya sarapan Mc D set no 2 aku dah naik harga dari RM7.45 ke RM8.40. Aje gila! Tukar air milo ais, terus jadi RM8.95. Aishh..ini tidak boleh jadi..

Jam 10.30 pagi, mohon permission dari bos untuk melawat kawan yang baru operation di HUKM. Gambar ada, tapi tak mau la load. Suspect kanser dan dia baru operation buat something like ketumbuhan dalam perut. Emm..nampak seperti telah detect awal tapi benda dlm perut tu dah besar and seberat 6kg. Bayangkan? Sebenarnya, aku sangat2 pelik..baru2 ni, kawan sekelas masa belajar aku meninggal dunia kerana kanser otak tahap ke 4 dan mengikut cerita, arwah selalu buat checkup masa sakit tetapi doktor just cakap sakit biasa..tetapi bila detect? Arwah dah tunggu masa jek. Sama juga dengan auntie aku yang mengidap kanser paru2 now ni. Salah siapa sebenarnya kan? Bukan tak buat checkup..buat, but doktor yang cakap OK. How? Aku sendiri, dah berkali-kali checkup dan semua pakar aku dah pergi..semuanya kata aku OK..apa lagi yang aku nak buat untuk hilang sesak dada aku ni? Apapun, doa aku, semoga - aku,suami, emak abah, adik2 beradik, anak2 dan semua2 insan yang aku sayang sentiasa di beri kesihatan yang sempurna dari Allah. Dan kepada kawan yang sedang sakit..semoga cepat sembuh.

Thanks Nuui for the CD.
Lunch tadi adalah di Jusco Balakong memakan sizzling mee kuning asli bersama telur..eh salah, bersama Cik Anne. And dia salah tengok kalender..sbb ari ni 30 September, bukan 30 April..dia belikan aku hadiah hari jadi 2011. Hahaaha..wat lawak je. Thanks ya for CT's English Album. Komen pasai CD tu..lagu dia aku leh je layan, tapi aku tak leh blah dengan cover Album tu..so outdated. Why meh? Bukan si Adib anak Dato K tu budak muda ke..tak kan taste dia pun out? Apapun..semoga Album ni sukses..nak cuba tembus Australia eh? Good Luck ..
Ada lak orang main bola..belasah jek..
Since semalam aku dah flat 1 hari 1 malam dan tak dapat nak berjimba dengan geng Netty..aku decide nak berpeluh hari ni. Tak tahan la lemau badan sebab dah terlebih tidur semalam. Kebetulan Abe balik sebelum 6.30 PM, kita orang turun 1 famili ke stadium. Aku dah set, at least dapat 3 round and alhamdulillah tadi dapat 5 round lari 2 round jalan. Ok la tu sebab dah lama tak lari2 macam tu. TAPI best lagi main netball. Jog ni tak sebanjir and sebasah main netty lah.

Sebenarnya, aku rindu sangat nak naik Gunung Kinabalu lagi. Ada kawan aku baru naik baru-baru ni. Papan tanda Low's peak dah bertukar tau..dah jadi warna coklat. Seronok tgk gambar-gambar dia kat sana. Terimbau kenangan..dan terbayang kecantikkan alam terutama kat puncak. Emm..berangan je laah kan??

Take care semua...Tata!



..Dari Badan terus ke Hati..


Assalamualaikum. Em, baru nampak dunia secara terang hari ni..apa dah jadi semalam? Dek kerana tak tahan dengan masalah pernafasan aku yang semakin menjadi-jadi sesaknyaa, semalam, selepas sarapan pagi, aku terus drive ke Az Zahrah. Dengan menahan sakit dada, sakit perut dan terasa bekalan oksigen 50-50 je kuar masuk dlm badan, aku nekad je la drive. Nak minta tolong siapa lagi kan? Abe lak jauh sangat kat Klang nun..masa drive tu, air mata aku dah mencurah-curah ni..hehehe. Penah rasa sesak nafas? Sakit kan? Dah la takde parking..terus berdoa semoga Allah permudahkan. Kepala dah tioang2, kaki dah kebas dan dada tak henti berdebar. Masuk je klinik, terus aku cakap sambil air mata mencurah-curah ni :

'Dik, saya takde asma, takde lelah..tapi saya takleh bernafas ni'. Terus nurse tu call mana-mana doktor yang free and bagi aku masuk dulu. Em, dalam bilik doktor, aku tak henti2 nangis. Ngeee..apa yg sedih sangat tah..sebenarnya bukan sedih, tapi stress..kenapa la aku ni mcm ni. Nak kata tak sihat..Alhamdulillah. Aku xplain history pasai sakit aku tu ke doktor and terus dia cakap aku gastrik. EM..ye ke? Memang la antara simptom2 gastrik :

1. Dada berdebar
2. Kaki kebas
3. Kepala penin terasa nak pitam
4. Pedih perut

Tapi kenapa sekarang baru nak declare aku gastrik selepas bertahun-tahun aku alami benda ni kan? Doktor aku sarapan apa? Dengar je nescafe O setiap pagi, doktor bebel lagi..'tu semua kan bukan sunnah Nabi..' And dia minta aku stop nescafe for sarapan..boley kah? huhuu..Kalau nak minum juga..lepas jam 2. Doktor suh masuk air and ni la benda yang paling paling paling aku tak suka. Drip air dlam badan..dah la sorang2. Masa tu terasa bencinyaa..memang mcm ni la keadaan aku setiap kali masuk air..terasa mcm..nak marah, rasa badan lemah..rasa nak bergolek2..huhuhu. Masa ni terus terfikir. Kalau macam ni lah..tak sanggup la aku nak mengandung lagi. Tak kuat rasanya nak tempuh semua ni ..

Lepas hampir sejam drip air,aku dah boleh balik. Dengan keadaan mamai dan tak stabil dan mata asyik nak tutup jek, aku drive sendiri. Ya Allah, sesaknnya tahap mata. Kalau jadi apa2 tu..memang jumpa balik kat hospital je lah kan? Dan dalam masa yang sama, Abe pun tengah menuju balik..la,susah2 jek. Dia masakkan lunch and aku dapat MC and terus tido and tido and tido for one day. Bangun solat dan makan jek.

Malam mak call..terus kena bebel sebab drive sorang2.bla bla bla..huhuhuhu..

And now, badan aku masih sangat2 lemah ni.........emmm..

Tuesday, September 27, 2011

..Dalam Semak Ada Duri..


Hah! Siapa terra, sila sambung  Title aku tu? Ok tak pe..mari sambung sama-sama..Pantun yang sangat2 familiar masa kecik dulu..

Dalam Semak Ada Duri,
Ayam Kuning Buat Sarang,
Orang Tamak Selalu Rugi,
Macam Anjing Dengan Bayang-bayang.

Pantun jek pun..takde kena mengena dengan entry kali ni..saja nak sesuaikan dengan gambar .. ngeee...

Hari ni aku boleh declare Hari Sejarah 11 tahun aku berkerja..hahaha,ni bukan post nak merungut,mengata apatah lagi meroyan..ni kenyataan hidup aku untuk sekian lama..Markah Prestasi Kerja aku jatuh menyembam ke bumi. Tepuk dahi je lah..and tengah pujuk diri..'apa2 je lah..dah malas nak fikir'. Sehsuai lah kot dengan aku yang 'tak buat kerja'.. syukurr! Kalau nak kira kenaikan gaji. - tolak, campur, darab, bahagi ..jeng jeng jeng, mungkin tak sampai RM60..takpe la kan..rezeki masing2..Alhamdulillah.


Sunday, September 25, 2011

..Seronok ke eh?..



Selamat Pagi! Cuaca kat Pasir Gudang sungguh cunz dari semalam. Tak panas, tak hujan. Baru lepas sarapan ni, duduk mengadap tv dlm bilik. Ikut hati teringin nak p terjun kolam..tapi malasnya nak basah kan badan. Lagipun perut sgt penuh ni. Ikut hati, nak je sambung tidur atau mungkin jap lagi..compem tertido..Abe kerja and anak2 layan tv..ibu? Seronok ke live mcm ni eh? Tak kerja..jaga anak2..g jalan2..emm..apa kata survey? :b



Cantik Resort ni. Aku suka sangat konsep yg di buat..kalau lah dpt design rumah sendiri mcm bilik resort ni..cunz seh! Hahaha..dah mula berangan. Kalau ada maid..lg best. Keh keh..poyoss saja..igt kawin dgn anak raja ke? Alhamdulillah..anak tak raja ni pun tak pernah susahkan hidup aku - semua di tanggung..

Nantukkk ni..tapi teringin nak swim..tapi abe takde. Tak syok la basah sorang2..kuikui..lagipun kalau nak swim, sapa nak tengok anak2..Tak syok lak kalau terlepas pandangan dari dia orang. Kenapalah UNITEN dah tak bagi swim campur mlm2 mcm dulu..hari Ahad ramai beno org..emm..byk sgt nak kena fikir..swim atas katil je lah!

Kalau ada yg perasan..ni dah 3 kali Abe aku kena outstation on weekend. NASIB BAIK tak de online event kan? Ni semua realiti kehidupan aku...bukan ALASAN yg saja2 aku reka utk mengelak atau menolak. Aku dah FACE problem ni dulu..ini kenyataan..bukan ALASAN. Kerja in workshop tak kira hari kerja coz Elektrik sentiasa di jana. Kalau ada inspection or tenchical support or maintenance..semua akan di buat on weekend. Mengeluh lagi? Entahlah...
posted from Bloggeroid

Saturday, September 24, 2011

..Menulis dr Tepi Kolam Tg Puteri Resort..



Cantik cuaca petang ni. Duduk menemani anak2 bersuka ria di dalam kolam. Mcm biasa, aktiviti basah bukan lah kegemaran aku..walaupun teringin sebenarnya. Abe ke tempat kerja. Aku tak mahu ikut sebenarnya sbb biasanha, kalau dia penat...tau2 je lah angin yg naik nnt. Tapi abe nak gak aku dan anak2 ikut..dia book Tg Puteri Resort Hotel ni..so aku ikut je lah..dgn syarat : Jgn marah2:: hee...

Kat sini ada mcm2 fasilities dan paling best ada bowling. Ni 2nd time aku and famili lepak sini..tu sbb Abe kerja, kalau tak, jgn harap la nak dok sini..Kalau jln2 sendiri dgn famili, kita org lebih prefer budget hotel - just utk tdo. Kalau Abe kerja dan aku ikut dgn anak2, dok budget hotel yg takde fasilities, mau kita org tido jek lam bilik..kan?

Kat depan aku ni..majoriti bapak2 yang teman anak2 dlm kolam. Ada famili day cikgu2...uishh..jgn memain, famili day cikgu kat sini okek. Nak tau rate resort ni..sila la google sendiri.

Okek...sebab kepandaian aku tak bawak charger enpon..maka..babai dulu. Go!
posted from Bloggeroid

Friday, September 23, 2011

..Azril VS Liza..

Hak hak ..poyo tak Title? Tadi lepas balik berhari Raya kat Opis..berhenti kejap tepi Tasik UNITEN and snap pic ni. 1 dari Iphone4 dan 1 lagi dari Experia Arc. Ada jugak snap guna DSLR Canon..tapi malas lah nak upload..ni pun saja-saja update blog. Jom kita lihat..siapa yang kena...

Masjid UNITEN & Restoren Terapung D' Tasek via Iphone 4 - Abe punyer..
Masjin UNITEN & Restoren Terapung D'Tasek via Expria ARC - my enpon.

Mana cunz? ;b

..Perasaan yang TerP.A.P.A.R..

YEah, nak duduk update blog time opis hour ni kejap leh tak? Baru duduk pun selepas 5 hari berturut-turut berpusar-pusar kat lab jadi JAGA event (from my heart - sangat bosan dan sometimes buang masa - haha..tak salah kan terus terang..tak baik ckp belakang2..kan!) dan tadi baru abis meeting. Ada lagi 15 minit sebelum waktu kerja abish (*Yay - esok sabtu!).


Sebenarnya aku sangat teruja nak share cerita ni. Pagi tadi masa aku jaga event kat Admin, semasa duduk sarapan pagi (sarapan pagi aku sekarang adalah 15 minit saja OK!), sempat bergebang-gebang dengan rakan-rakan sekerja. 3 executives dan 3 technician. Terbuka cerita tentang bonus. Kata seorang mamat tech ni, yang juga sangat terkenal sebab mulut dia boleh tahan - kira memang takde insurans la mulut dia..tapi semua orang dah biasa dengan cara dia. Dia tanya aku, Coach yang aku jual tu Ori ke? Aku punya cakap YA dan aku tanya dia balik kenapa.

dia         : biasa kalau dapat Bonus, aku belikan isteri aku barang kemas..tapi tahun ni emas naik lagi..dah tak mampu la aku.
aku        : Berapa emas sekarang?
exec 1   : 1 gram RM202 rasanya.
dia        : Kalau dah mcm ni, aku bagi dia Rm1000 je lah.

Aku dah agak teruja dengan perbualan ni. Pada aku, dari riak wajah, tak de langsung mamat tu bercerita utk menunjuk-nunjuk. Just mcm aku baca blog orang lain yang suka cite pasai barang2 baru dia orang..aku just baca as - 'mereka ingin berkongsi kegembiraan'. Tak seronok ke baca or dengar cite orang-orang melayu kita dah makin maju..Nak apa? semua boleh dapat...tak macam dulu..kan? Itu aku lah..orang lain aku tak tahu dan sama juga dengan orang yang baca blog aku ni..aku tak tahu apa mereka fikir..kan?

Ok, balik pada cerita :

aku      : kalau nak order Coach, boleh la bagi model..nanti kita carikan.
dia       : tak boleh la sekarang, aku nak tengok bonus dulu.
Lagi sekali aku teruja. Bonus lom tentu ada, tapi dia dah ada cita-cita dan niat utk gembirakan hati isteri dia.

exec 2 : Wei..bini ko kasi ko apa lak?
dia      :  DIA BAGI AKU ANAK.

dan lepas tu, dia bercerita dengan nada gembira tentang anak dia. Perasaan seorang ayah dan seorang suami yang bahagia dan gembira dengan apa yang dia ada - JELAS terpapar wpun ayat-ayat dia sangat lah menyakitkan telinga. Aku senyum je pandang dia. Terasa gembira lak as seorang isteri bila suami gembira bercerita pada orang - dia sayang and perlukan isteri dia. Ni aku punya interpretasi lah..apa ada dalam hati dia..waallahualam. Kena positif kan?

Dan aku sendiri sekarang dah tak macam dulu KOT. Kalau dulu, aku sesedap rasa dan sesuka jari menaip bercakap perasaan aku pada suami - penuh dengan ayat2 CINTA yang mungkin ada orang nak muntah baca..now ni, aku lebih suka - DIAM - biar aku saja yang tahu (fobia sebenarnya). Cuma kalau aku paparkan gambar famili dan gambar aku dan abe..itu memang cara kami bergambar dari dulu - tak kira suka duka, bahagia or derita. It's real and bukan lakonan semata-mata. Dan juga..lepas apa-apa yang terjadi..MALU kot rasanya nak lebey-lebey lagi..huhuhu..Aku juga berharap, kalau kawan-kawan yang rasa perangai aku 'over'..tegur lah aku sebaik2nya..InsyaAllah aku OK..TAPI..just nak cakap - 'Bahasa Jiwa Bangsa..Orang Berbudi, Kita Berbahasa'.

Thursday, September 22, 2011

..Apa ada pada Nama..

Apa ada pada nama? Kalau kita hanya orang biasa-biasa, nama hanya lah nama. Nama untuk di panggil seharian, nama untuk guna dalam urusan isi-isi borang dan apa2 aje2 lah yang hanya kita dan orang2 terdekat saja tahu siapa yang empunya nama itu.

Masa mula-mula cari nama anak..aku dan Mr. Abe dah decide - mesti ada makna dan mesti bukan start from A or Z. Why? Ngee..Sebab :

Nama Mr.Abe is starting from A di mana dia mengalami benda2 yang tak mahu anak rasa :
1. Kalau dalam kelas, nama ni akan duduk paling atas.
2. Kalau periksa, nama ini akan naik dulu.

Nama aku start from huruf Z. Dan aku memang tak mau anak2 aku mula dari Z sebab :
1. Kalau dalam kelas, nama ni akan duduk last sekali.
2. Kalau periksa, nama ni akan dok last sekali..daripada berdebar-debar let say nak ujian lisan..empunya nama ni akan jadi lemau dan lama-lama bosan. Dan masa ni, rasanya semua jwapan akan sampai dari celah pintu dan bila nak balik makan kat asrama - makanan dah abish. Oh tak suka.


Maka itu nama anak-anak bermula dari D dan kemudian H. OK la kot D kan? tak cepat sangat and tak lambat sangat. TAPI yang buat aku tak puas hati..nama aku ada 3 huruf Z..TAPI dalam nama anak-anak aku..satu Z pun tarak. Aishh..ni tak leh jadi. Rugi2..keh keh keh.

Nama aku saja ada 3 suku kata bersambung dan nama aku hanya 1 je dalam dunia ni. Percayalah! Nama yang berpangkal dengan ZAI - ni nama adik beradik aku. Lepas tu di sambung dengan ZU - ni nama mak aku dan kemudian di sedapkan lagi dengan RA - ni nama abah aku dan selepas itu nama aku di add dengan LIZA..yeah! ni je nama aku yang sebenarnya. Kalau korang call nak cakap dengan ZAI kat umah mak..maka akan ada soalan ZAI yang mana? Dan nama aku yang panjang ni jadi bahan kawan-kawan jugak lah. Dulu kawan-kawan panggil aku 'Zai susah nak eja'..bugdet-budget macam 'arnold schwarzenegger' lah..kui kui kui.

Dulu, masa sekolah dari kecik sampai ke form 1, kawan-kawan panggil aku Liza. Nak jadi cerita, masa masuk asrama..ada la kes yang buat aku sedih jek..last2 aku decide. 'Korang..mula hari ini, panggil aku ZAI..LIZA ni buat aku sedih jek'. Maka dari situ lah kawan-kawan mula panggil aku ZAI. Famili and saudara mara panggil aku LIZA dan tak pernah lagi aku di panggil ZURA..ewwww..aku pun tak mahu. So gegirl..bluweeekk..Tapi adik2 aku panggil aku AKAK lah ya..tak kan panggil nama pulok.

NANTI..KALAU ada rezeki, aku nak bubuh nama anak no 3 dengan hurup Z. Tak kira..nak jugak! TAPI entah bila..hak hak hak...

Danish pernah cakap 'Kenapa ibu tak letak Muhammad Danish? Kan dah lambat Danish nak masuk syurga..kena baris dulu belakang orang yang ada nama Muhammad' ..huhuhhu..

..Cubaan BangKit Yang Tak Membawa aPa2..

Hello world..hello bloggers..hello followers..hello readers and also hello stalkers..
Kesian blog..mcm idup segan mati tak mau jek. Nak update..biasanya aku tulis apa yg terluah dari hati..tak pandai saja2 nak karang suka2.Nak buat2 cite..tu bukan kerja aku lah rasanya. Banyak benda lak nak kena fikir lately utk taip mcm2 dlm blog ni. Kali terakhir aku berbahasa berbahasi kat sini adalah pada 9.9.2011..lama tur utk seorang blogger tegar mcm aku..dan lps2 tu,entry hanya di hiasi dengan ayat copy paste dan gambar yang tak bwk apa-apa makna. Sadis!

Macam mana nak matinya blog ni..macam tu lah juga hati aku kat sini..hari ni dah 4 hari aku berkerja secara aktif utk Job baru ni. Hari-hari aku pujuk hati..tapi makin hari, terasa mcm nak bunuh diri..hahahamboii..sangat poyos! Idak la sampai tahap GILA macam tu..just perumpamaan bombastick dari hati yang dah hampir koyak rabak rasanya. TOLONG laahh..aku benci idup mcm ni......

Me, Mimi and Kimi @ Genting Highlands.
Klik GAMBAR utk lelain gambar.
Okek, jom cite gumbira lak. Last week, aku bercuti dari 13/9 - 18/9. Heavan Tak? Sangat Gumbira lah..lebih gumbira dari Hari Raya. Lupa segala seksa..lupa segala2nya. Tinggalkan bumi UNITEN..bertolak ke Genting Highlands dari 14/9 - 16/9. Enjoy dengan anak-anak - main snow..main mainan, layan Smurf 3D..layan sejuk..LEGA. Lepas tu balik rumah mak, makan tdo..makan tdo. Balik kampung Abe - sepupu dia kawin..balik umah mentua, makan sama-sama mak mentua, adik2 ipar and biras..sangat Yay!


Pagi tadi aku dapat ayat ni dari seorang bos :

'Maaf lah Zai, lepas berbincang, decision bertukar. Dia orang masih sayang kau lah Zai..kau je tak sayang diri kau'
*
sungguh menggunakan saiko..aku bukan budak kecik la...
Hahaha..gelak besar aku. Sayang yaaa.. tah, malas nak fikir dah. 11 tahun tu tak lama ke untuk aku minta sesuatu yang baru? Entah..siapa lah aku..cara fikir pun kena ada level..so nak cakap apa lagi? Hahaha..sebelum aku merepek-repek dan ada orang akan jadikan blog tu as bahan..baik aku DIAM. Aku sangat percaya pada : 'Semua orang ada habuan masing-masing samaada cepat atau lambat....' Go!

Monday, September 19, 2011

..Hanya Sepotong Doa..



Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan.
Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian.
Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut.
Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada hutang dan penindasan manusia.


Friday, September 09, 2011

..Thinking of dot dot dot..


Tolong bagi aku satu idea..KALAU ada modal RM10K sahaja..perniagaan apa yang patut aku mula?


..Sebelum dan Selepas..

Baru-baru ni, masa aku dengar radio Ikim, tapi tak ingat segmen apa, ustaz tu ada cakap 'Kalau kita tengok iklan-iklan ubat kurus sekarang ni, masa gemuk, elok je bertutup litup..bila dah slim, abis semua di tayang'. Secara automatik, aku pun terfikir jugak. Tak ingat bila and dengan siapa..pernah aku duduk bersembang dan kata 'dia' - 'Saya ni, kalau dapat badan macam zai, nak juga pakai mcm Zai..tapi badan dah macam ni, malu lah..Pakai macam ni, tutup le semua yang lebih-lebih ni'. Dia berjubah dan bertudung labuh. Huhuu..aku hanya berharap, dia cakap sekadar bercakap atau memberi nasihat pada aku dan bukan untuk diri dia sendiri. Ye lah kan..dah cantik bertutup litup tapi kalau tak betul niatnya..kan sia-sia jek.

Bercakap pasai pakaian..memang betul juga ustaz tu cakap. Kalau tengok sekeliling..dulu, yang berisi, pakai tutup sana tutup sini..tapi bila dah OK sikit badan tu..terus bertukar dan posing pun dah ala-ala 'pandang lah lihat lah..tiru mcm saya'. Ada orang kata, pakaian tu cermin diri and peribadi. Aku sokong 50% jek. Sebab kalau nak tengok diri sendiri..pakaian aku tak cerminkan apa-apa pun dengan keperibadian aku. Kadang-kadang nak cepat, aku pakai je apa-apa yang sempat dan kadang-kadang rasa nak selamat..aku pakai yang elok dan sesedap mata memandang dan tak kena umpat. Pernah gak kawan opis tegur cara aku berpakaian..sendat dan singkat. Ngeee..aku sedar diri je..cuma bila malas, memang aku sarung je baju tak kira ketat atau sendat. Mak pun selalu marah ..ala, badan macam aku ni, takde apa pun yang nak di tayang kat penduduk setempat.
Cantik, simple dan sopan kan pakai macam ni.. :)
Kalau ikut hati kan..tapi lom berani nak bertransformasi. Aku paling suka tengok minah-minah arab. Berjubah hitam tak ketat dan hijab cantik just main lipat-lipat. Kagum lah! Setakat kagum lah kan..nak buat? Heee..orang kata gila lak nanti. Apapun, setakat ni, aku rasa, dengan badan kurus kering mcm ni..takde apa pun yang aku pakai akan nampak seksi.
Dan aku menaip entry ini sekadar ingatan untuk diri sendiri..tiada kena mengena dengan yang idup atau pun yang mati...dan aku semput and ngantuk sangat now ni. Tak kan nak p bermimpi lak time nak maghrib ni.

Ya Allah..jangan lah kau biarkan hati aku mati......




..Aku bukan sapa-sapa..


Orang selalu cakap, 'Jangan Sangka Buruk Dengan Orang lain'. tapi kadang-kadang, kita tak perlu bersangka buruk..just tengok dari riak muka, gaya badan dan juga tutur kata apatah lagi kalau depan mata, kita macam ada tak ada...apa lagi yang perlu kita fikir dalam kepala. Dan apa lagi yang perlu kita rasa kalau, bertembung..tiada senyuman mahupun kata-kata..tapi bila terserempak dengan orang lain, keadaan sungguh mesra. Jadi ..siapa kita di antara dia dan mereka?

Aku di sini dengan hati yang EMPTY..


Thursday, September 08, 2011

..Tiba-tiba..

Selepas solat Subuh tadi..tiba-tiba terasa tenang dan terasa nak senyum je. Tak tahu kenapa. Terasa ada suara berkata 'Apa la Zai..tak belajar dengan semua-semua yang terjadi.' Betul betul betul..aku belajar banyak benda pasai diri aku sendiri dan pasai manusia di keliling aku. Terasa pelik lak. Aku nampak semua kelemahan aku dan aku nampak juga manusia akan buat apa saja untuk selesai sesuatu perkara. Dan pagi tadi, walaupun anak dok ulang-ulang tabiat yang sama yang buat aku pening setiap pagi..tapi hari ni, telatah mereka menghiburkan aku pula rasanya. Gila apa? Ngeee..

I am Unwanted actually.. ;b
OK, hari ini akan menjadi hari yang sibuk untuk aku. Mulakan dengan meeting dan kemudian voice editing dan petang nanti ada testing. Berdoa semoga aku tak meroyan lagi hari ni dan semoga puasa aku berjaya hingga ke hujung waktu hari ini.

..Aku Buntu, Kaku dan Beku..

Semalam, dalam kesibukan aku membuat kerja yang aku tak suka - aku masih melakukannya bersungguh-sungguh. Hampir ke jam 5 petang aku di situ melakukan troubleshooting masalah-masalah yang berlaku. Tapi tipu lah kalau kata aku buat sorang..ya aku ada dua orang lagi team untuk task yang di beri. Aku tak merungut walaupun sekali, aku tak mengeluh sebab aku tahu, itu tanggungjawab yang di beri. Sedang itu, aku mendapat berita yang buat air mata aku mengalir lagi. Sebak dan seksa nya terasa dalam hati, status sakit hati aku titipkan di laman FB. Aku ikut emosi? Aku dah penat main tarik tali. Kenapa aku seolah-olah satu beban kepada tempat kerja aku sendiri? Sedang sibuk aku melayan emosi, OCS aku berkelip-kelip dari teman yang memang sentiasa ada bila aku dalam situasi begini. Kepada 'En S and Miss N', terima kasih dan maaf kalau aku kawan yang membebankan.

Terasa seperti di gantung tak bertali.. :(
Malam tadi, aku tidur se awal jam 1 pagi. Awal? Awal pagi lah, tapi lewat malam. Duduk mengadap lappy - cuba menyiapkan task yang hampir aku terlupa untuk selesaikan dalam masa 5 hari. Jumaat due date yang di beri, maka terpaksa la membuntangkan mata dengan sengelas nescafe. Hampir selesai kerja yang diberi, sebab mata dah tak tahan lagi..tutup lappy, masuk bilik layan diri - Tidur lah, apa lagi. Ikut hati bila ada pihak asyik kata aku suka menolak, memang aku buang je kerja-kerja ni dalam sungai dalam tasik ni. Terasa nak saja suruh di senaraikan apa benda kerja yang aku suka sangat tolak ke tepi. EEeee...aku geram ni..Ikut hati, memang MATI! Ikut rasa...lu fikirlah sendiri. Dan aku bukan jenis Kipas Bos Sampai Mati!

Pelik...kenapa tak lepaskan je aku ni kalau rasa seperti 'Mendukung biawak yang tak mati?' ...



Wednesday, September 07, 2011

..Jom Jadi Mat Jenin..

Alamak! agak-agak terkena dengan batang hidung sendiri tak? ;b
Pagi tadi, masa hantar anak-anak ke sekolah, mcm biasa, aku layan Motivasi Pagi kat Ikim.fm. Pagi ni bercakap tentang dendam positif. Kisah benar di Arab Saudi. Seorang pekerja bawahan yang bertukar menjadi CEO selepas tangannya di tepis orang atasan berbangsa Amerika untuk menikmati secangkir air ketika penat berkerja. Hanya kerana dia orang bawahan, dia tidak layak untuk meneguk walaupun secawan air. Dendam tercipta.. dia berusaha membalas dendam dengan memajuki diri. Melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat tertinggi dan akhirnya, beliau berjaya menakluki syarikat sama dan menjadi orang tertinggi kepada yang tertinggi yang pernah menahan dia dari membasahi tekak suatu ketika dulu sehingga orang itu tertunduk dan merendah diri dengan apa yang berlaku dan memohon supaya beliau tidak membalasnya semula. Dengan senyuman, beliau menyatakan 'Aku yang harus berterima kasih kepada kamu kerana tindakan kamu membuatkan aku di sini'. Dendam yang membawa kejayaan. Related kan kisah dengan diri sendiri. Aku? Apa yang jadi pada aku sejak kebelakangan ni, buat aku terfikir juga berkali-kali. Di katakan tak punya apa-apa dalam unit ni..buat aku terpukul and hampir rebah ke bumi. Namun..aku cuba telus . Mungkin Ya..mungkin Tidak. Dan sekarang, aku cuba mencari sesuatu yang aku boleh buat ..bukan untuk tunjukkan siapa aku..tapi hanya untuk beritahu diri sendiri - Aku masih sesuatu. Now, aku masih menunggu jawapan keluar dari semua benda yang dah menghenyakkan akal fikiran aku. Aku tak berdendam dan aku tahu kemampuan aku. Tak mungkin aku nak melawan hingga aku boleh duduk lagi tinggi dari bos2 ya ada. Sebab itu bukan cita-cita aku. Pangkat bukan untuk di banggakan..pangkat adalah satu beban yang akan di pikul dan di hisab di sana nanti.Aku tak mampu and tak mahu menyusahkan diri. Aku mungkin boleh jadi mat jenin..tapi aku lebih suka tak mahu penin-penin.


Kalau takde kereta mcm depan rumah tu..jgn berangan Okek! LoL..
Setiap hari, bila menghantar dan mengambil anak-anak balik dari sekolah di Sungal Ramal Dalam, setiap kali itu lah juga mata ni tak lepas daripada memandang rumah (mcm dlm gambar) ni di tepi jalan. Dalam pembinaan dan open for registration. Bila dah naik syok je melayan, angan-angan Mat Jenin pun menjelma. Berangan je lah kan. Dalam dok berangan, hint-hint gak kat Abe dan jari-jemari pun gigih mencari kat internet informasi. Sekali terjumpa..Hamekk! Terus jatuh dari pokok kelapa. Nak tahu berapa harga rumah ni? Semi D 36 x 80 = RM988K dan yang sebiji bergelar Bunglow adalah RM1.2M. Muahahaha..dah. Bangun..bangun! Stop menaip..stop berangan..buat kerja wei. Lusa dah kena mengadap bos for appraisal..sudah-sudah lah syok sendiri. Hahahha.. Go!

..Menaip sekadar mengisi ruang dan waktu..

Suara orang mengaji jelas kedengaran dari sini. Suara yang datang dari masjid yang tak sampai 1KM pun dari rumah. Suara yang berkemundang seawal pagi sebelum subuh menjengah Bumi. Sebulan lepas, Penang di gemparkan dengan isu - Haram Laungkan Azan. Kalau baca tajuk, memang semua pun bengang..tapi bila baca isi kandungan..OH, haram siarkan suara orang mengaji ke corong udara. Di sokong oleh Mufti Perlis dengan alasan, Islam tak kacau orang. Jika suara itu menganggu bukan saudara seislam..itu memang haram. Betul lah kan tu? Islam ni mudah..tapi orang kita yang suka buat ia nya susah. Bak kata seorang saudara baru  ' Aku bersyukur kerana di beri hidayah memeluk Islam sebelum mengenali umat Islam. Jika aku memeluk Islam kerana umat Islam, pasti aku akan menyesal. Aku bersyukur memeluk Islam kerana aku mengenali Islam melalui kalam-kalam Allah.' Faham? Aku faham...sapa-sapa tak faham. Cuba2 lah faham. Dan isu pasai laungkan ayat-ayat Quran ni turut terkena pada Abah yang menjaga dan mencorak Surau ArRahim di sebelah rumah. Surat layang di hantar sebagai bantahan Abah pasang suara orang mengaji seawal pagi..tapi agak malang, surat itu datangnya dari saudara Islam kita sendiri. Mungkin dia boleh bercakap baik2 sebagai umat Islam daripada baling batu sembunyi tangan..kan?

Seronok bermain dengan Photo Furnia..Drawing without Pencil.. :)

Aku blogger tegar dan aku juga suka blogwalking. Kadang-kdang terfikir, apa tujuan blog aku ni? Diri sendiri kadang-kadang lebih suka singgah dan lepak pada blog2 yang ada isi dan ada ilmu. Teringin juga nak jadi blogger berilmu daripada blogger merapu-rapu. Tapi ukur baju kat badan sendiri lah kan? Tak mampu rasanya nak menaip sesuatu yang perlukan fakta dan kajian supaya orang lain tak sesat di hujung jalan. Maka, Dari Papan Kekunci Liza akan terus memenuhi ruang alam maya dengan kisah-kisah merepek aku saja. Mungkin lain kali, aku boleh menulis di ruang lain tanpa mendedahkan identiti..lebih seronokkan? Takde lah nanti yang bersuara 'Eleh..diri sendiri tak betul, ada hati nak ajar anak ketam menari'. Hahhaa..spekulasi? Bukan...ini realiti hidup ini. Ada yang suka, ada yang benci. Aku pun suka dengki gak pada orang yang berjaya dalam hidup ini..nak-nak pada surirumah yang hidupnya di habiskan berbakti pada anak-anak dan suami. Korang tak dengki? Rugi... Hahahaha..

Miow..aummmm...

Cerita Kucing-kucing di Petknode yang mati baru-baru ni banyak buat kita semua sakit hati kan? Aku mulanya tak amik port sangat hal ni..tapi semalam, duduk melepak depan PC..jari jemari ni gigih pula mencari apa yang sebenarnya yang terjadi. Korang dah tahu? Kalau tak tahu, klik link ni, baca lah sendiri.
Pemilik Petknode Minta Maaf. Baca dulu, lepas tu baru boleh nak emo atau nak buat conclusi sendiri. Pandangan peribadi aku : Gila lah! Kalau tak mampu, jangan buat. 290 ekor kucing, kalau di gaulkan nasi 3-4 talam makan ramai-ramai pun, InsyaAllah mereka tak akan mati. Mana g duit yang owner bayar? Memang la murah..ulang sekali lagi..Jangan Buat Kalau Tak Mampu nak Jaga diri Sendiri Pun. Aku nak tuduh, dia orang ni tak jaga pun kucing2 tu. Aku nak tuduh juga, dia orang amik kesempatan je di musim perayaan. Ada kucing2 Persian yang hilang di bawah jagaan? WTtut! Dok dalam kandang pun leh hilang? Aku nak tuduh lagi...sure dia orang jual kucing2 gebu tu kan..gila wei kalau sekor pun dah RM1K. Huh! Emo ni.

Eh, dah kul 6 pagi. Semoga Puasa aku hari ni di berkati dan bukan sekadar menahan diri dari kelaparan. Kepada semua..jaga diri dan Selamat Hari Raya lagi..ada 23 hari lagi kan nak menyambut kemenangan selepas sebulan berpuasa. Ceriakan hidup kalian Semua...Go!!


Tuesday, September 06, 2011

..The Zurah's..

Hello2..wat pe tu? Tidur lagi? Aku tengah tunggu subuh ni and bangun sahur for puasa ganti. Awal start puasa? Hee..alhamdulillah dan syukur gak, puasa ganti aku tahun ni tak sebanyak tahun-tahun dulu..but still 'banyak' lah. Aku ada niat nak puasa ganti dlm bulan Syawal ni. Puasa 6? Tak tahu lah dpt ke tak sekali pahala puasa 6 tu sebab dah mcm-mcm pendapat tentang Puasa Ganti dan Puasa 6 tak akan dpt dalam 1 niat. Takpe..puasa LillahiTaala.

Pagi ni saja nak tepek gambar mak abah aku di Hari Raya. Nak tau dari mana datangnya nama ZURA dlm nama aku tu? Tentu lah dari ZUbaidah dan Abd RAhim. Itu lah sebenarnya. Dan sebagai Puteri Tunggal dalam keluarga..aku rasanya lebih banyak berkongsi cerita dengan mereka dan juga adik2 yang lain sebab mereka segan dengan abang mereka.

Hj Abd Rahim dan Hajah Zubaidah

Me and emak

Me and Abah

Semoga Mak Abah di kurnikan kesihatan yang sempurna dan gembira selalu.
Tahun ni aku berjaya membuat emak nampak seperti Berhari Raya. Sebab berjaya 'paksa' mak pakai jubah yang aku belikan tu. Kalau tak, mak akan biasa2 saja sebab mak dan aku punya peel yang sama..tak suka berbaju kurung nak2 yang glemss bagai. Ngee...

Okek, dah masuk waktu subuh...tata!! Selamat Hari Raya... :)

Monday, September 05, 2011

..Penyangak PARIS..

Jam dah kul 11. Aku duduk mengadap PC ni..nak buat apa..nak buat apa. Kerja ada..tapi mode lom ada. Tadi p sarap kat Mc D dgn Nuui  (Nuui tgh merajuk ngn aku now..dia kata, dia tak nak kawan aku..sob sob sob..so aku dah takde kawan kat opis ni.. huuu..).
Bawak BJL Abe yang...emm..PANAS la. Keta ni macam nak kena let go jek..byk sangat perangai..Grrr..

Meh sini aku nak cite pengalaman yang aku rasa, tak leh lupa kot and infact, aku masih boleh bayangkan lagi muka Si Penyeluk Saku yang menyeluk Eu100 kita orang kat Rome ari tu. Masa bercuti ke Europe bulan 3 tahun ni, orang selalu ingat kan - Kat Paris hati-hati, banyak penyagak. Ni beberapa jenis penyangak kat Paris.


geng Gyspy Paris berpakain mcm ni..

1) Geng-geng Gipsi
- memakai skrit labuh, berselendang ikat di bawah dagu, membawa sehelai kertas A4 bertulis something like 'dia org terperangkap kat Paris and takde duit nak balik. Sedara mara dia orang masuk sepital'. Mula-mula dia orang akan tegur mcm ni 'Can U speak English?'. So baik korang buat bodoh je..cakap je lah 'Tak pandai' hahahaha.. Kalau korang peramah, korang akan di pau. How? tak tau sebab aku tak jawab YES. Sebab orang dah warning kan..

2) Geng-geng Black
- Islam rasanya coz dia orang akan tegur dia korang dengan Salam. Ni based on cerita Abe sebab masa kena tahan dengan mamat2 Black ni, memang nampak Abe cuak gila. Masa tu korang kena tunjuk brutal okek. Tapi kalau kena dgn dia orang..brutal mcm mana pun..tak lepas rasanya, ye lah kan..BLACK ma..besar wei dari kita. Biasanya geng ni akan offer Ikatan Cinta. Konon-konon nak tengok serasi ke tak kita ngn couple..atau how strong our loved. Dia orang akan ikat jari korang berdua dengan benang..tak tau la mana rupanya, nanti masa nak lepaskan ikatan tu, dia orang akan minta bayaran. Jeng Jeng jeng.agak2 bape lah korang nak kena pau kan? Masa dia orang tahan kami ari tu, Abe siap peluk backpack dia and menunjuk skill ganas dia sebab dia orang jenis nak menarik..aku? Ikut rapat Abe la..takut!

3) Geng Amik Gambar
- actually, tak tau la nak gelar penyagak ke apa dia orang ni. Maybe 'kerja' kot. Dia orang pakai costume orang sana. Mula-mula dia orang akan approch kita amik gambar for free..mcm-mcm la posing la..and jgn memain, dia orang ni setakat nak great kita 'Selamat Pagi' or 'Terima kasih' memang sesedap lidah jek. Nak-nak senang gila nak kenal Malaysian kalau dah bertudung mcm aku. Pastu, bila korang sudikan diri nak posing..siapkan la at least Eu10 which is equal to RM40+ utk hulur kat dia orang. Tak hulur? Jangan harap korang leh lepas kecuali korang boleh lari pecut at least mcm Watson Nyambek.

4) Geng Tukar duit/check duit
- Ni based cite sorang kawan yang juga terkena kat Paris. Dia orang kehabisan Euro. Turun dari Bas, ada orang sapa offer pertukaran duit..macam money changes la. Mungkin dah nak terkena kan..mana dah nak fikir logik ke tak, wang yang di tukar pada mulanya, memang wang, bila check balik ..duit di tengah-tengah adalah kertas kosong. Huaa..apa perasaan kalau kena mcm ni. And ada yang menyamar jadi polis to check your wallet (tah apa relevan polis check wallett tah) and lps tu, Euro korang akan berkurangan.




5) Penyeluk Saku - HAH! yang ni memang pengalaman sendiri. Dalam kita orang dok berjaga-jaga kat Paris..terkena gak kat Rome. Sebab selak sangat dengan Colleseum, rasanya ni terkena masa kali ke 3 kita orang nak p situ lagi.

Ini Kisah Aku dan Abe :
How terkena? Tapi ni kat ROME.
Dalam subway, berebut-rebut nak train. Sebenarnya, adalah pelik kalau tiba-tiba korang rasa, masa nak naik train tu, korang di tolak-tolak atau di asak-asak dr belakang kerana dia orang ni sebenarnya sangat behave masa nak naik train. Yeah, kalau dah rasa kena push and push..baik la korang check poket and bag. Sebab kerja push2 ni adalah kerja penyeluk saku. Masa aku dan abe di tolak2 ke dalam train..kami di ikut rapat oleh seorang budak perempuan Gipsy. Bau dia busuk OK. Rambut dia tak terurus. Dia pakai baju sejuk warna Purple and rambut dia ada kutu. Dia berdiri betul2 depan aku and cuba berinteraksi dgn aku. Tiba-tiba handbang aku dah terbuka. Berderau darah aku. Passport..passport..tu jek yang aku takut hilang. Takut tak leh pulang..huaa..Alhamdulillah, semua barang ada. Tapi..aku sangat pasti, aku dah zip handbag aku. Dan masa yang sama, dia dok push2 Abe. Bila kerja dia selesai..dia bercakap dengan aku bahasa yang aku tak faham..sambil tunjuk2 tangan dia takde apa-apa. Motif? Next station, train stop je, dia terus lari kuar. Masa tu baru Abe perasan, poket dia dah kena seluk..1 wallet kecik berisi kad kredit and Eu100 hilang. Ya Allah, berderau darah aku. Nak nangis pun ada. RM400 okek?? Tapi kalau korang kejar pun budak ni, korang tak kan dapat balik barang korang sebab aku rasa, ada orang lain dlm train yg dah standby utk take turn jaga barang yg di curi tu. Dia orang tak buat kerja sorang..Sedih gila masa tu. Cash dah la tak banyak and lucky, duit di simpan di merata-rata tempat di merata2 badan kami. Memang itu tips utk travel ya. Sampai now, muka budak tu..memang dlm kepala aku..JAHAT!!

Lepas ni, kalau ada rezeki kat sana lagi..mungkin terlalu banyak benda kena di 'siap'kan. Body wallet maybe kena beli. Jaket berzip. Tangan pastikan free, jgn pegang byk barang, sebab tu pakai bagpack adalah paling selamat. Kalau bawak anak-anak, mungkin anda mangsa seterusnya kerana terlalu banyak benda nak handle.
Me miss Amsterdam.. ;)
Mr Abe dah update travel blog kita orang kat : Bumi Itu Bulat..Kagumilah Ia.. Since dia yang paling banyak travel, cite pasai dia je lah banyak kot. Rajin kalu..visit and baca lah.. :)



Renungan :
Saya adalah amat-amat bangga menjadi Anak Malaysia. ;)


Sunday, September 04, 2011

..Melepak sambil menaip di mlm raya ke 5..

Hallu..esok 5hb September bersamaan Raya ke 5 dan juga turut membawa maksud - Sila lah bekerja. Lemau kan bila dah syok cuti lelama, sekali kena kerja. Mau tak mau..kena la juga bawak kaki ni pergi kerja. Esok lak kena mengadap Puan for KPI rating..belasah..aku dah tak kesah. Bagi la apa pun..alhamdulillah saja lah. Dan ..Hari ni dah ada kat umah. Bertolak seawal pagi untuk elak jam. Alhamdulillah jalan clear tadi. 2 jam lebih sket dah sampai and terus ke Jusco Equine.

Aku bukan nak pasai raya..tapi saja-saja nak update blog. Masa aku tengok balik gambar raya kat Penang..ni ada kepala otak aku. Jom layan (tak suka jgn baca ya..;b)



Bendera berkibar megah di rumah abah :)
Nak cite pasai baju raya ni. Ni nak p beraya ke Penang. Baju sulam ni aku beli kat Surabaya. Size S. Tapi, tengok la rupa aku dalam baju ini, mcm pakai baju pinjam kan? Aku nak pakai t-shirt je, ye lah, dah raya ke 5. Masa aku beli, memang dah terasa besar..tapi mbak2 sana bilang ..pakai longgar2 kan lagi lawa mbak. Sebab baju tu murah compare sini, aku pun rembat ..bukan 1 tapi 3 helai. Dan ini lah hasilnyaa.. macam orang tak cukup zat je. Hak hak hak.

Kereta putih itu bukan kereta aku...
Pakai shawl ala-ala CT. Memain, siap tengok Youtube nak pakai shawl ala-ala CT ni. Tapi rasanya tak berapa nak jadi. Dan rasanya, time2 mcm ni je lah kot aku nak pakai tudung menyusahkan diri mcm ni. Kalau nak p kerja ka..idak la teman. Tudung mcm ni kena ada peniti which is dah lama gila aku buang benda Allah tu..pastu kena pakai tudung inner tutup leher..double tudung la ni namanya. ahaks. Memang bebudak sekrang ni rajin lah. Kalau nak senang, sila cari kat youtube - Messy Shawl. Gila senang, takyah brooch or peniti okek..tp kena ada shawl panjangg...sila la cuba. ;)

Suruh Danish snap..malu2 dia..hahaha..kesian..
Memula, sila jangan gelak okek. Hahaha. Ni sesaja je aku menry spec ala-ala besar gini. Apa kata orang - 'Teringin'. Tapi bila aku pakai je, Danish dah geleng kepala. Bila aku tunjuk pic ni kat Abe..pun dia geleng kepala...aku tunjuk kat adik aku..dia cakap 'Mcm orang tua x jadi jek'..hahaha. Bengong.

Me and Abe..tengok budak belakang tu..sibuk jaa...

Me & anak2 and anak saudara kat QB Mall Penang

Abish dah cite...ESOK KERJA...yehhaaaaaa.... (uweeeeeeeeekk..x suka doh!!!)


Friday, September 02, 2011

..Dah nak masuk Raya ke 5..

Selamat hari raya ke 5! Eh, leh wish selamat hari raya lagi ke ? Boleh laaa...yang penting dari hati. Setakat raya ke 4 ni, aku sihat alhamdulillah. Tadi lepas maghrib sampai Ipoh dari Taiping. Masa lepak-lepak tadi,ada call from Penang lak..ada berita 'kurang senang'. So esok bertolak ramai-ramai ke Penang lak. Auntie aku sakit kat kat sana..InsyaAllah, pagi2 esok ke Penang.

Cik Lulu kita di Taken orang kat Tepeng Hari ni.. ;)
Takde apa nak cite..just, dah makin dekat nak kerja ni, mula hati ni mcm-mcm hal lak. Em..susah betul la nak pujuk diri sendiri..apa kata orang- 'Mcm curah air di daun keladi'. Suka-suka hati je kan. Aku pun dah malas nak fikir..janji masing-masing bahagia dgn hidup masing2 atau pura2 gembira..ikut suka lah. Manusia ni, ada satu tahap..kalau dah penat berusaha ..mungkin tarik diri or beralah je lah KOT. Hee..merepek sudah.

az.za - 10 yrs..
Balik kampung raya ni..soalan cepu emas adalah : Bila nak ngandung lagi ni? ahakss..Biarlah Rahsia. Dan bila balik kampung terasa kesempitan kereta untuk bergerak beramai-ramai...pun terfikir juga kereta 7 seaters. Aku sangat suka pada Estima (*berangan)..tapi regenya nearly RM200K..aje gila. Takpe2..selagi anak 2 jek ni, pakai lah dulu apa yang ada. k Go!

..Selepas syawal ke 2..

Menaip di bwh sinaran lampu sesamar- samar alam seperti senjakala menjelma, menggunakan jari jemari menekan-nekan papan virtual ipad 1, oh...tidak berapa selesa...tapi OK la kot berblogging guna ipad ni. Opsss..not mine..hadek punya Ipad..kakak borrow saja. Saja nak testing blogging.

Cite pasai raya lagi lah kan. Raya ke dua ( aishh. dh bape kali backspace ni..leceh gak!) adalah tiada cerita. Since ada yg plan nk ke utara dan abe kena ke selatan on raya ke 3, makanya, duduk rumah adalah yg terbaik. Adil dan saksama dan juga tak penatkan driver. Mak buat laksa as my wish (senang tul idup ngn mak ni kan?) .. and journey seterusnya adalah on raya ke 3.

*Aiseyy, takleh upload pic la guna ini ipad...upload button disabled..yenadeyy..terus reject.

Raya ke 3, seawal pagi kita orang bertolak ke Senawang...opssss salah2, singgah Uniten dulu. Haishh..aku tak tau apa2 ni, mula la nk berangin, apa la salahnya bg tau aku kan plannya. Sib baik lah rumah tu dh 'elok' sket. Hidang maggi je lah by chef Azril. Dalam kul 1 lebih terus ke Senawang - pi petik bunga utk adik abe. Sempoi gila majlis..macam g raya jek. Kagum aku sbb dlm zaman bebudak muda ni berlumba nk tunjuk majlis siapa paling grand and membazir..majlis pertunang semalam paling mengikut syariat...kot. Perjumpaan hanya di antara dua keluarga, selesaikan yang wajib dan wang hantaran minta seikhlas berapa nak bagi..dan Tasha manis hanya berbaju kurung dan bertudung bawal..sangat respect.

Habis majlis...famili abe terus ke PD - bercuti. Aku dan famili, balik Uniten dulu berehat dan kemudian amik amik wedding yg dh siap kat KL. Pastu balik semula ke Ipoh.


Ni upload guna Enpon..apa la Ipad takleh upload pic..

Hari ni Raya ke 4...tadi p Raya umah uncle kat Manjoi and now dlm keto ke Bagan Serai n pastu ke Tepeng nak majlis si dara manis..Bertunang. Siapa ya? :)


posted from Bloggeroid






Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!