Wednesday, June 29, 2011

..Salam Israk dan Mikraj 2011..


Mendung Sungguh Pagi Rabu Ini,
Hujan Lebat Turun Membasahi,
Israk dan Mikraj Kisah Langit dan Bumi,
Semoga Terkesan di Hati Sanubari.


Jom Baca : Peristiwa Israk Dan Mikraj
(kredit to : http://www.al-azim.com/)

Tuesday, June 28, 2011

..Tiba-tiba terasa Rindu..


Yang mana lagi payah? Berlindung di bawah 'Syurga di bawah tapak kaki ibu' atau 'Suami itu Syurga mu'?
Terguris hati Ibu..maka Neraka lah tempat mu..namun, hati ibu selembut salju..tercarik tak pernah terkoyak kerana hati ibu tak pernah menzalimi zuriat yang di kandungnya selama 9 bulan 10 hari. Doa ibu sentiasa mengiringi walapun zuriatnya telah mempunyai isteri atau suami. Marah ibu tak penah membakar kelambunya sendiri.

'Syurga lah tempat isteri yang mentaati suami'. Namun..sejauh manakah lembutnya hati sang lelaki kepada isteri yang tersadung kaki jatuh jauh ke dalam lubang yang di galinya sendiri? Sedalam mana tulusnya hati seorang lelaki menghargai tulusnya hati seorang isteri yang tak jemu memberi? Bersatu jiwa jaminan bahawa kasihnya akan ke syurga? Terbayangkan syurga jika menzalimi hati suami yang terluka?

Isteri    - Syurga Ibu Mu hilang bila ada Lelaki yang bergelar suami di sisi..
Suami  - Jadilah Imam kepada keluarga mu..Doa itu Kuasa paling besar yang kamu ada..

Ibu  - siapa pun kamu wahai Isteri atau Suami.. ini lah manusia yang membawa kamu ke dunia ini..

Monday, June 27, 2011

..Jom Makan KFC!..

Nak Semua!!!

Update blog lagi? yeahhh..tengah layan C119 Ekspedisi Bersama Chef Wan kat Paris ni, tiba-tiba kuar iklan KFC. Em..tak teruja dengan KFC..tapi teruja dengan Mini Cooper ni..mahu..mahu. Yang dulu dapat collect 3 jek..emm. Nak cuba la collect semua yang kali ni..tapi..best ke makan KFC? Bila last makan pun tak tau..atau..ada sapa-sapa nak banje? Ohh..bahagianya kalau ada.. ;)


..Usaha Pasti Jaya..

Masih dalam mode Netball. Bukan sebab dah menang..tapi saja nak update blog. Baik cite pasai netball daripada aku merepek-repek. Tapi tak tau nak cite apa, apa kata, cuci mata tengok gambar jek. Ni team netball GLU UNITEN sejak 2009. GLU bermula tahun 2008, aku tak join masa tu..

2009 - Ni team tangkap muat namanya. Tak pernah training ..tiba-tiba ada team. Ingat lagi masa tu, sapa tah call 3-4 hari sebelum game tanya nak main tak? Kat UTP Perak..aku terus ajak Zaza join and dia pun ON..Masa ni aku main WD. Gila jadi anak ayam la..bukan setakat kalah..memang jadi sayur la masa tu..but still enjoy. Sukan ni kan tempat happy meppy..kan?

2010 - Ni team pujuk rayu namanya. Jenuh nak suh sorang-sorang turun. Training tak sampai 1 bulan, memang la kena cari  yang dah terra main. Not bad lah team ni. Cuma takde pengalaman main sama-sama dan training pun jarang penuh. Kurang dari sebulan training..rasanya OK kot setakat kalah 1 mata dengan UTP dan kalah Center past sebab seri dengan MMU. Masa tu aku jadi GA. Tengok baju..gelebeh je..hehehehe.

Team GLU 2011 - Team yang paling masyuk. Tiada paksa rela, semua turun sebab suka nak main sama-sama. Tahniah la pada Kazie yang berjaya set up team ni. Seronok dapat kenal semua. Seronok dapat join friendly game sama-sama, seronok berjimba petang2 sama-sama and seronok coz menang sama-sama. Dalam team ni, kadang-kadang aku jadi GA,kadang jadi GS. Semoga team ni bertahan dah semakin kuat. ;)
Renungan :

'Tiada jalan kebahagian kerana bahagia itu adalah jalan'


 

..Upin & Ipin vs Datuk Siti!..

Title entry di cedok 100% daripada Harian Metro Online. Tengah mengantuk gila ni..Monday blues? Bukan bluess lagi dah...rasa mcm dah Monday Makyong dah ni..apa pun tak leh nak buat. Ngantuk sangat-sangat. 3 tahun aku join GLU..ada gak kasi cuti rehat..tahun ni senyap je la pulak. Kerja ada..tapi Malas + Nantuk ..Pause la dulu kejap buat kerja.

Bukan budak2 je suka..aku pun suka sangat bdk2 comel ni semua..

Em, tertarik dgn artikel dari Harian Metro dengan tajuk di atas. Sebenarnya, masa aku ke Surabaya bulan April lepas..aku pun alami benda yang sama. Barangan Upin & Ipin, merata-merata. Tak sama langsung dengan Malaysia - tempat Upin & Ipin di lahirkan. Masuk lah mana-mana Mall, atau pasar-pasar biasa..setakat nak tengok T-shirt budak comel dua ketul ni, memang senang gila lah. Singgah di sebuah kedai and si penjual tu siap tanya ' Mbak dari Malaysia? Gaya cakapnya seperti Upin & Ipin..' hahaha..tergelak aku dan kawan aku tu. Ini cerita tahun ni..tapi masa aku ke Bandung duluuu and Bali tahun lepas, nama Siti Nurhaliza masih lagi jadi sebutan.

dlm kepala Upin ni..ada Siti Nurhaliza.. :)
Pendapat aku, Siti Nurhaliza tak pernah kalah lagi di Indonesia. Kalau beli baju..sure la mereka akan cakap 'cantik ni, mcm Siti Nurhaliza' . Lagu-lagu Siti masih berkumandang di Mall-mall mereka hatta dalam kedai sebesar 7-Elevan, lagu Siti masih di mainkan. So..pada aku 'Upin & Ipin vs Siti Nurhaliza'..dua2nya ada pengaruh yang sangat besar empayarnyaa.


Saturday, June 25, 2011

..Kepala Saya Sangat Sakit..

SubhanaAllah..dah lama tak rasa sakit kepala mcm ni. Sakit sampai macam nak muntah. Nak telan ponstan dah lama aku tak telan. So, layan je la pelan-pelan. Cuba buat benda-benda lain tak perlu fikiran ini penin. Badan lak terasa sangat-sangat lemah. Dah over push badan sendiri ke? Tak rasanya..Netball GLU dah tamat ..tapi aku? Tak mau tamatkan lagi aktiviti berjimba petang-petang. Next game kita orang nak join Open SPA. Saja nak cari pengalaman..tak salahkan? OK la..takde apa nak cite..LeMaU lak rasanya.


Tak pernah KALAH posing tau..:)))

Netball team GLU UNITEN tahun ni terbina daripada hati yang sukarela tanpa di paksa.-paksa sapa nak main, sapa tak mau. Ada yang memang dah biasa main..ada yang dari Zero now dah jadi Hero. Semuanya best lah. Ala..puji bukan sebab dah menang..tak menang pun kita orang HAPPY saja..

Ada kawan-kawan tegur aku 'jalan elok2 boleh tak Zai?' hahahaha..bahana Netball la ni..OK2 lepas netball ya..byk sangat 'split' and melompat ...kot!

Renungan :

'Kenapa takut pada kehilangan sekiranya kehilangan itu memberi seribu kebaikan? Kenapa risau pada pemergian jika yang pergi tak penah berpaling ke belakang lagi?'

..UNITEN menang Netball Wei!..

Tiang hanyalah tiang..kan?

Hoyey..hoyey! UNITEN menang Netball for Goverment Link University Games hari ni. Lawan MMU - 15- 9 dan dengan UTP 15-9. Hailoii...15 ada ONG kah? Good and nice game. And sangat-sangat suka GS Uniten sangat menjadi hari ni, so aku as a GA..memang tukang attack saja. Semua main dengan cunz..and paling besh, menang bersih tanpa perlu 'kurang ajar' dengan ampire.

Aku tak kira pun bape aku sumbat tadi..memang peranan more to GA yakni attack and hoiii! main dengan MMU tadi sangat-sangat bercinta penatnya..lambung bola pun tak GO..nak gelak je rasanya..terasa, oh..malu nya pakai GA ni..hahhaa. Untuk diri sendiri..memang tidak berapa nak bebas lepas sebab GD main style follow hempet2..ada aku kesah? Dia himpit aku..aku bawak dia GD kuar dr D..so GS bebas free kat dalam..selagi tak kasi aku cedera, memang nasib baik lah..kalau tak..sapa nak tengok aku yg tak macam aku..sila lah cuba! Ngee...

Dalam game ni..banyak yang kita kena belajar. Sabar sangat2 penting. Emosi..jgn emo nak-nak dapat mulut mcm longkang. Ada ke patut tadi..dengan selamba badak je ada Geng Jirang UNITE ni pi sound ampire face to face 'Bodoh/bangang la refff ni'..adeh! Aku yang main jenis tak peduli orang luar, terus berpaling..'Mulut sapa tu?' ..terus aku pandang luar...sib baik baju oren. Kalau geng2 aku tadi..aku sendiri yang keluar kasi 'bodoh' balik..terus aku jadi mak-mak lepas tu..'wei korang yang kat luar..jaga mulut okek'..huhuh..ye la..biar lah beradab. Nama pun Game. Korang tahu apa tujuan game? Selain nak menang..game sepatutnya menyatukan orang..bukan pecah belah...sampai reff tu cakap lps tu ' Main elok-elok ya..ni game..friendly ..u all semua orang UNIVERSITY kan?' haa..hamekkkk..aduss..

Okek..nak p lepak umah geng bujang...sebab aku pun tgh bujang...Abe bawak anak2 p KLCC..satu lagi perangai aku..org lain kalau yg tersayang dtg sokong kasi semangat..aku? hahah..terus lemah lutut..sebab takut kena saiko kat umah. Abe ngn anak2 datang tadi kejap...pastu dia org blah..Nasib baik..

Cayalah UNITEN...UNITE Boleh!!!!

Thursday, June 23, 2011

..Titik Itu Noktah..

Sakitnya kepala! Panas dari luar sampai ke dalam. Lagi sekali aircond bilik ni hilang. Panas macam ni, boleh buka kipas kasi sejuk..panas dalam hati? Apa mau bikin? Sudah lah..kasi satu TITIK untuk END kan semua. Kalau lah sesenang NOKTAH mengakhiri segala-galanya..amannya dunia.

Yang baju putih tu sponsor terbesar sarapan ni..

Eh, sakit kepala memang tak leh nak fikir apa-apakan? so aku update blog kejap. Pagi tadi, kami dari unit Development (system development ya..bukan buat rumah), ke Mc D PKNS Bangi untuk celebrate birthday team member bulan Jun. Kali ni, bos kita orang punya birthday dan si tinggi lampai - Sharliza juga. Santai and Happy. Terima kasih banyak2 pada Mr. Katang (dia suka tak bagi aku sebut nama dia dlm blog) yang sudi membelanja kita orang. Selain Mc D, ada gak kek dari SR..biasa la..mana lagi nak cari kek. Lepas potong kek..kembali bekerja seperti biasa.

Aku tak tahu lah, kenapa aku sangat-sangat tak suka nak ke opis. Aku dah takleh fokus. Jangan tanya aku pasai coding..aku betul-betul dah LOST. Now aku sendiri tak tahu mana dah aku pergi walaupun jasad aku ada dalam opis ni. Tadi..nyaris tak langgar Iswara Merah keluar dari simpang..sikitt je lagi. Nasib baik dia elak..marah betul mamat dalam kereta tu. Ya Allah, aku betul2 tak nampak..and dah kena marah..aku just angkat tangan lah sebagai tanda mohon maaf. Kalau kena tadi..alamatnya..Nangis la..dah la keta abe tu sparepartnya 'murah' sangat..huhuhu. Kalau aku yang masuk Hospital..ok gak..boleh gak nak rehat. Ada tak orang nak lawat agak2nya? Kalau jadi apa-apa, aku cuma harapkan..orang2 yang rasa aku bersalah sepanjang hayat..maafkan lah aku seadanya. Mana tahu..itu semua NOKTAH kpd kekecewaan yang ada.

30hb April 2009 - Puncak Gunung Kinabalu, Sabah.

Nak tahu..now ni, hati aku terpanggil nak ke sini lagi. Aku tak puas berada di puncak tu 3 tahun lalu. Kejap sangat rasanya. Terlalu cantik untuk di gambarkan dengan kata-kata..satu-satunya tempat yang susah nak di gapai tapi bila dah sampai..SubhanaAllah..memang takde lah kat atas daratan pemandangan macam ni. Ada 3-4 orang ajak set ke sana..tapi dah bulan posa pun..bulan 11 aku dan famili dah ada projek lain. Tak sabar nyer..Semoga Allah permudahkan semua.

 
Renungan :

'If people are trying to pull you down, be proud about it - becaus it only confirms that you are above them'

Wednesday, June 22, 2011

..Tiang Itu Membunuh Ku..

Cantik tak gambar team ni? Kredit to Iena_Kenet. Den pinjam ya.
Ni team Netball Pelitawanis TNB cawangan Bangi. Comel2 jek semua..takde yang tinggi macam galah dan takde yang besar gila mcm gajah.ngee. Dengan kecomelan team macam ni..agak2 je la..macam mana nak past bola yang paling senang nak capai dan tenaga byk mana yang boleh di kerah.

Game dah lepas dah..hari Jumaat sudah. Menang, menang, kalah dan kalah sama dengan KALAH lah. Nice game..just aku mengaku, as a GA dan kadang-kadang GS..dalam D attack yang paling banyak salah. Kelam kabut rasanya. Kalau aku sendiri, kalau ada game, benda yang buat aku cuak adalah TIANG. Aku tak kisah GK/GD tinggi gila ka..besar ka..ligat ka..tapi aku paling serun dengan tiang. Ohoiii..ingat tiang ni semua sama ka? Ada yang kurus tinggi..rim kecik. Ada yang gemuk besar..rim ternganga luas..ada yang kalau kena ikat dengan net ketat-ketat..kalau shoot terkena sket rim tu..sure bola meloncat-loncat..kalau ke dalam takpe, ni pusing punya pusing...terus keluar. Frust wei.

Kelemahan aku..cuba sekali - tak masuk, cuba lagi tak masuk- yeah! yang ni memang buat aku down. Nak-nak bila tengok pertahanan berhempas pulas dan attackers berkerja keras bawak naik bola ke atas. Kesian wei. Kesian dia orang..penat sangat2. And jangan saiko aku masa tengah shoot..atau jerit2 ke supaya aku masukkan..memang tak selamat la itu. Lepas tu kalau dah masuk..biar kan je aku bertenang..jgn puji lebey2..tahap keyakinan yang naik bisa membunuh ku. Susah wei nak menten reputasi..so..biar kan aku cool sendiri. Cerewet? Huhhu..berat bahu ni rasanya sebab kawan2 dah berusaha susah payah..GS/GA senang2 buang bola..uishh..sungguh kuciwa.


Sebenarnya kan..bila tengok balik gambar2 aku tengah menyumbat..baru aku perasan, aku shoot sambil melompat dan semalam, ada kawan tegur 'Mcm mana kak zai shoot ek? dengan kak zai sekali melompat'..hahahaha.. Aku ni bukan terra pun..just guna pengalaman yang ada je la.. cara aku :

1) Dua kaki lurus and rapat.
2) Naikkan dua-dua tangan betul2 atas kepala.
3) Bengkokkan lutut..utk anjak bandan.
4) Tangan kanan pegang bola, tanga kiri support bola masa nak tolak nanti.
5) Tarik nafas, henjut and tolak bola..

Bola yang di shoot cantik adalah bola yang lambung and masuk ke dalam tiang dari atas ..bukan dari sipi2 kena rim dan lagi cun, kalau tak cecah pun rim tu. Tapi..cantik mcm mana pun...markah nya sama je ya..takde lebih2..hhahaha. Ni cara aku la..cara syok sendiri..tak penah jadi profesional pun. Ngeee..

And last sekali...keserasian antara GA dan GS adalah sangat2 pentingggg....kalau tak? Hancursss lah!!

Apapun...good luck utk team GLU Sabtu ni nanti..kalau ada pilihan..aku nak dok tepi jek ...can a?


Tuesday, June 21, 2011

..Ketika Cinta Bertasbih..

Duduk bersantai dengan Abe melayan C114 - Bila Cinta Bertasbih. Aku ada novel cerita ni, tapi tak baca-baca. Susah nak cari masa nak santai2 baca Novel ni sambil layan perasaan. Ya Allah, kaalau tengok cerita Indonesia, mulut memang tak penah berhenti memuji kecantikan cewek-cewek dia orang. Nak-nak yang berlakon ni..memang la yang terpilih semuanya comel-comel belaka. Kena pula dengan cerita..lengkap berbusana Muslimah - Ayu nya rasa..sejuknya jiwa. Lemah lembut bertutur kata..tah apa lah Abe bayangkan masa tengok cewek2 ni kan? Agak-agak, dia termimpi-mimpikan tak Isteri selembut bidadari dan patuh seumpama puteri. Ahh..tak mampu la aku nak jadi mcm isteri-isteri dlm cerita ni. Emmm..impian ada,,tapi..aku hanya wanita biasa. Tapi, mungkin dengan doa dari suami..siapa tahu kan? Takde mimpi yang tak boleh jadi realiti? Hoiii..merepek sudah.. ha ha ha..



Korang nak tahu apa yang ada kepala aku? Aku nak berhenti kerja..aku nak duduk diam-diam kat rumah, jaga anak-anak, jaga keluarga. Aku nak keluar dari semua masalah yang ada kat opis ni. Aku rasa, aku dah tak betah memikul tanggungjawab kat opis ni. Nak tinggalkan semua..Nampak senang kan? Tapi kalau fikir betul-betul..terlalu byk melewa kat opis..lagi banyak bala. Ho ho ho..aku tak suka dah nak merepek-merepek..fikirlah sendiri. Cakap lebih2 kang, orang ingat nak tunjuk baik. Nak musim KPI ni..lagi lah aku malas..kalau la kerja bukan dalam team..memang aku abaikan jek mak nenek KPI ni..Ya Allah..tunjukkan lah jalan..seikhlas hati - MeNciK OpIs!!!




Monday, June 20, 2011

..Dulu Penat, Sekarang Teringat..

Situasi : Sekolah Menengah Berasrama
Umur  : 13 hingga 15 tahun
Pengenalan diri : Zai
Nama geng : 7 ladies and Platipus
Ahli : Lin, Zai, Qiyah, Haza, Zura, Ju, Has and Abg Sham

Rutin Harian Weekday :
Isnin  - Jumaat :
Bangun seawal 6 pagi untuk berebut mandi di kolah. Tapi bila dah jadi Otai, bangun je 6.30 am. Pengawas buat inspection, lepak surau sebab inspection dah kena pakai baju sekolah. Kalau nama naik sebab katil tak kemas atau locker berselerak, terima je lah akibat ujung minggu kena kerah.

7 pagi berlumba-lumba ke dewan makan. Kalau lambat..nasiblah adik-adik junior yang kat depan. Bukan jahat..tapi nak ajar, budak-budak kena hormat orang tua. Kasi lalu dulu ya.

Masuk kelas dah tak ingat pukul berapa. Yang paling best, kalau ada training netball or hoki, kita orang akan suh coach set time Arab atau Matematik. Ustaz dah marah-marah, Cikgu Maths buat tak kisah. Seronoknya, orang belajar dalam kelas, school player berjimba di padang.Tapi periksa tak penah gagal ya. Nak-nak kawan aku yang namanya Lin..nombor 1 dalam tangan jek.

Waktu kelas, belajar tetap belajar..tak pernah la pulak nak main-main. Itu lah beza kelas kita orang dengan kelas lain-lain. Dah nama pun budak-budak terpilih..tahu la kot rasanya bila nak berpoya-poya..bila nak bersuka ria. Tapi agak sedih, kelas orang lain abis pukul 1 lebih, kelas kita orang abis pukul 2.30 - ye lah, lebih 1 subjek..Bahasa Arab. Bila balik asrama, dewan makan dah takde apa-apa. Kadang2 bodek abang2 dewan makan,,masakkan sardin dengan telur goreng mata - sedap juga.

Ni salah sorang abang angkat yang dah 'terangkat'.. :)

Tak abis penat..kul 3, lepas solat dah kena rushing ke PREP pulak. Penatnya ya Rabbi..tapi dah tak leh nak buat apa. Masa tu..seronok je nak ke sekolah semula, sebab petang-petang boleh cuci mata tgk budak Aspura. Kalau nak mengelak PREP, minta duty jaga Koperasi la..lagi sonok..macam-macam gelagat ada.

Abis PREP..solat Asar, bersiap-siap training kat padang. Isnin sampai Khamis - full. Netball, Hoki, Softball..huhuh.memang heaven. Terpekik terlolong kat padang tak ingat dunia. Paling best training Hoki la..sebab main dengan abang-abang yang ada ..ngeee..dlm team kalau ada buah hati..lagi semangat gila. Kui kui kui. Dulu ramai gak nak berkenalan..bukan sebab apa..walaunpun hitam tak berapa nak menawan, tapi rasa tertawan kerana ligat mcm jaguhan..eh! ni bukan perasan, ni kenyataan. Hahahaa..Abis training, terus ke dewan makan..makan malam walaupun jam belum pukul lapan.

Sebelum maghrib, mandi-manda di kolah bersama teman-teman. Tak kira maghrib atau senja, kita orang memang sokmo bersuka ria. Lps Isyak, ke sekolah semula..PREP malam pula..lagi seronok sebab kena lintas Aspura. Masa ni, sapa ada abang angkat..abang angkat akan sapa, sapa ada pakwe..pakwe akan past apa2 saja untuk bekalan masa belajar. Aku ada pakwe? Takdeee ya. Walaupun ada yang mencuba..gua mmg nakal, tapi gua bukan minah karatzz ya..setakat kawan-kawan tak apa. OK aja. PREP malam ni, selagi tak dekat waktu periksa..memang sekadar hadirkan diri sebab terpaksa. Kadang-kadang menyorok juga bawah katil bila dah malas gila. Emm..malam di asrama di akhir dengan 'tutup lampu semua..dah pukul 11'..kalau penat, memang tidur punya..kalau rasa nak buat jahat..gelak-gelak je dlm dorm mcm budak jahat.

Zaman kegemilangan - form 3.
Huhuhuu..seronoknya lak bila teringat. Dulu nak sangat kerja..skarang dah kerja..nak sangat berehat..hidup ni takde matlamat..so semua pun rasa malas ya amat...

..Luka di Lukai..


Sedang sibuk buat kerja di printing tadi, tiba-tiba berkemundang lagu ni - Luka di Lukai - Shima dari radio abang2 printing ni. Orang lama, channel apa dia orang layan pun tak tau. Rasa sangat tersentuh. Siap kerja, terus aku Google lirik and now since network tgh bengong..apa pun tak leh nak buat, aku layan blog jap. Sambil taip entry ni, sambil layan Youtube lagu ni:


Kanan dan kiri
Cuba berlari
Masih ku dihujani
Tohmah dan caci
Jangan sekali
Aku diletak ke bawah
Hanya kerana jalan
Hidup yang susah
Tak siapa di antara
Kita di dunia
Memilih jalan hidup
Yang derita
Aku sering dipersenda
Dan sering dikecewa
Oleh hati mereka
Yang tak punya rasa
Ingin ku mengecap bahagia
Padamu kasih yang menjanjikan setia
Namun belum sempat ku merasa
Mimpi yang di bina
Hati mudah berdarah semula
Kerana dustanya...
Terhempas lagi

Kesekian kali
Luka yang dilukai
Menguji diri
Namun begitu
Aku tabahkan semangat
Biar waktu merawat
Segalanya...
Permulaan pagi yang agak mencabar sedikit kesabaran. Tak kelam kabut, keluar rumah seperti biasa dan terus menuju ke kereta. Kereta aku Abe bawak and aku bawak Chevy O5 dia. Tekan-tekan remote nak buka pintu, tak mahu. Haishhh! Apa hal lak ni. Call Mr Abe..di suruhnya aku buka secara manual..kalau alarm bunyik..pandai-pandai lah nak senyapkan. Aku buka pintu secara manual. Oh..alarm tak bunyik. Magik ni. Cuba start keta..halamakk! Tak idup. Call lagi Abe..dia suh check lampu, horn and apa2 je la yg boleh kasi bunyi atau nyala..semua pun tak fungsi. Em..jam dah 7.40 rasanya. Anak-anak masih dalam kereta. Tak leh jadi ni..and nak tak nak, call je sapa2 je yg dalam kepala yang aku rasa boleh tolong time tu gak. Settle hal Danish- terima kasih..ala, si Dania ni pulak. Mcm mana ni? Call Nuui..and dia amik aku, hantar Dania and terus p sarapan Mc D. Padahal ada kerja urgent ni kat opis..takpe, kejap je makan Mc D tadi..telan jek..tak rasa apa pun..apa kata orang 'Jiwa Kacau'..entah la..nasib badan..

Renungan :
  'Lu Kasi Gua Mati Dulu Lah Bru Gua Diam ..'
Malek - KL Gangster



Sunday, June 19, 2011

..Aku bukan bidadari..




Belajarlah untuk menjadi 'SELFISH' untuk perolehi apa yang kamu hajati..

Belajarlah untuk menjadi 'SELFISH' supaya kamu tidak terus di sakiti..

Belajarlah untuk menjadi 'SELFISH' kerana tak semua peduli apa yg sedang kamu alami..

Belajarlah untuk menjadi 'SELFISH' kerana manusia sentiasa berlumba-lumba tak kira perasaan dan hati..

posted from Bloggeroid

..Selamat Hari Bapa..

19hb Jun 2011 - Hari Bapa. Susah lak nak ingat date ni. Last week Abe buat2 majuk-majuk poyo sebab takde sapa wish dia..naik heran aku. Dah ke? Sib baik la dunia dah maju kan..pejam mata jek dah leh dapat info.Since bukan hari bapa last week..so biarkan je dia nak poyo.Alah..majuk dia tak pernah lama. Ahad menjelma - baru lah betul-betul father's day tiba.

Bila fikir dlm2..terlalu byk persamaan antara aku dan abah..
Mula-mula nak wish kat Abah - Haji Abd. Rahim b. Mekah. Walaupun tak baca blog ni, nak juga wish kat sini. Terlalu panjang nak bercerita pasai abah, kan? Selari dengan usia..tak mampu rasanya nak listkan semua jasa Abah kat sini. Kali ni, aku nak buang semua cite pahit2 pasai abah. Bila masing2 dah mengenjak dewasa..baru boleh fikir - kenapa semua tu terjadi..kan? Apapun..terima kasih abah untuk segala-galanya2. Semoga Allah limpah rahmatNya pada abah..semoga sihat dan ceria bersama mak di rumah.

Bimbing kami ke Taman Firdausi ya Babah..

Untuk Babah Danish and Dania, Selamat Hari Bapa. Terima kasih jadi babah yang sangat2 baik utk 2 permata hati kita. Terima kasih atas semua kerja keras untuk mereka berdua. Terima kasih masak sedap2 utk mereka dan terima kasih untuk segala2nya. Isk, tak tau nak hurai semua..just TERIMA KASIH.

Susah nak sembang kosong dengan babah a.k.a Abe sebenarnya. Kalau dengan anak-anak, dia lagi suka sembang-sembang ilmu alam. Kalau dalam kereta, kalau nampak bulan, dia akan cerita tentang mcm mana bulan bercahaya, kalau nampak pokok..pokok tu untuk apa and kalau tengah makan, setiap benda yg ada pada makanan, di ceritakan segala khasiat yang ada. Kalau ada menu mkn kedai, sebelum anak-anak pandai membaca,dari situ dia akan ajar anak-anak ABC, 123,warna, bentuk dan apa-apa saja lah yang rasanya ada ilmu dlm menu tu. Uishh..tak leh puji lebih2..kembang nanti AND nak tahu sebab apa aku SUKA dia dulu2 kala? Sebab benda2 mcm ni lahhh...opss..NOKTAH.

Sebenarnya, antara dia dan aku..kalau nanti2 anak2 lebih sayang dia..aku tak ralat sebenarnya..memang dia layak untuk itu semua.

Anak-anak babah..Dania betul2 mcm babah kan?


Renungan :
"Oh Tuhanku, kasihanilah kedua-dua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihi aku waktu kecil."doa ibu-bapa.


Saturday, June 18, 2011

..Angry Bird yang boleh buat Mother Angry..

Dalam 2-3 minggu lepas, aku dok dengar-dengar kawan2 sembang tentang Angry Bird. Kat FB pun byk suka cite pasai Burung yang Marah ni. Mula-mula aku tak amik port sangat lah..just tahu, it's just a game. So, buat bodoh saja sampai lah Danish buka mulut. Haiyaaa...dia pun Angry Bird Fans. Mula-mula dia main kat henpon babah..pastu dia belasah kat henpon aku dengan alasan 'Ibu punya lagi besh la..' Isk..tak leh jadi. Dah la enpon tu makan bateri..so aku decide p cari game tu and install dlm PSP Danish. Abis cite. Just game Angry Bird takde untuk Nintendo. So Dania yg tiba2 jadi hantu Angry bird gak..dok minta2 guna kat enpon. Tapi aku ckap 'Sila guna enpon babah'..hek hek hek.


Lebih parah, Danish dah mula nak kumpul Angry Bird and the geng ni. Siap nak kumpul duit sendiri nak beli benda2 ni. Em..mula-mula ibu layankan je la..belikan dia keychain. Lepas ni dia target bantal burung merah tu..pastu nak pencil case..uishh..tinggi ya cita-cita. Apapun, setakat ni, aku tak kisah sangat dia sibuk dengan Game ..sebab dia bukan jenis duduk tenung game berjam-jam punya budak. :)

..Dari Opis di pagi Sabtu..

Moshi..moshi. Menaip dari opis di pagi Sabtu yang indah permai - tiada hujan, tiada panas, sambil melayan lagu RIMAS from Fabulous Cats. Em, tiba-tiba rasa mcm suka sangat lagu ni dan juga lagu KIAN from Mawi. Hehhee..sebenarnya ni dari koleksi MP3 aku yang tak pernah berupdate since 2008. Dah agak ketinggalan dengan lagu baru. Eh, wat menda kat Opis? Semalam dan Khamis aku dapat cuti pelepasan Sukan Pelitawanis TNB. Biasa la, main netball. Dalam dok syok-syok bercuti and berjimba bersuka ria, tiba-tiba ada panggilan masuk dari opis. Luckly lah aku hangkat..kalau aku abaikan..N.A.Y.A jek. Adeh, ada lak data masuk tetiba sesuka hati suh aku execute tengah ari semalam gak. Ate? Camno..? Bincang2 dengan user, malam tadi aku buat dari rumah and now ada kat opis utk finalize kan data. Dah siap, maka, layan la blog ni kejap.

Perasmian Sukan Pelitawanis TNB  Pink Karer in action..tapi team netball kita orang pakai biru ya! Tak banyak amik pic semalam kerana mengOFF kan enpon utk tujuan 'tumpuan pada permainan' dan juga kerana tudung 'hajah' yang buat aku langsung tak hengen nak bergambar sesangat..
Netball semalam apa cite? Em..nanti lah cite, Mr.Abe dah call lak. Nak kena p amik dia for breakfast and amik danish kat sekolah. Nanti sambungg kalau rajinnnnnnnn...A go go!


Wednesday, June 15, 2011

..Fakta di sebalik Portret..

Jom layan gambar sambil bercerita jap :


Coke - Air Bergas peberet aku terutama lepas letih mengeluarkan peluh. Tak elok kan? Tapi apa nak buek..sekali aku suka, memang aku suka lah forever..risiko? Tanggung la sendiri..

Frutti Tutti ni adalah Yogurt ice cream. Rasanya, tak p makan lagi kot..memang cuci perut..sapa nak kurus, cubalah..
Atoii! cee bayangkan kalau kena kepala kita? Ngeee...

Ni kepok leko kat Ganu..Abe suka singgah sini beli. Sangat bersih la and takde lalat pun yg hinggap. Pelik gak kan? Kalau aku, aku suka kepok leko yang tak rasa ikan sangat..and tak byk tepung gak..

Ohoii..oily ..minyakksss..Hahha.ini adalah makanan yang kalau boleh aku elak, memang aku elak. Tapi kalau sarapan kat cafe Admin, aku memang takleh nak elak makan benda2 mcm ni. Aku tak suka benda goreng2. Bukan jaga badan, tapi, entah la..and lepas sarapan mcm ni..compem aku bertapa dlm tandas..

Renungan:

Sabda Rasulullah
“Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)

..Cantik tak rumah emak?..





Ini gambar rumah emak kat Jelapang. Abah bagi nama rumah ni as Teratak Zurah Al-Haj. Kenapa mak tny - 'cantik tak rumah mak?'..sebabnya, mak baru tukar kaler cat. Dulu oren..sekarang kelabu..aku jwb :

'tak lawa lah..nampak mcm rumah batu bata putih yang tak siap jek dlm gambar. Hehehe..takpe, Za balik tgk yg real'.

Hahaha...tu namanya gurau2 ayam ye. Ni warna pilihan abah..jgn sapa2 berani nak ubah. Hak hak hak..and sebelah rumah abah...surau yg jadi idaman abah, dah tersergam indah. Nama surau tu Ar-Rahim...sempena nama abah. Alhamdulillah...walaupun bukanlah surau hak milik peribadi abah..aku gembira, usaha dia naik turun pejabat apa tah..surau tu, dah boleh jadi tempat mak abah beribadah 5 waktu berjemaah dengan penduduk di situ. Aku terharu.

Doa Za utk mak abah..wpun kadang2 Za lupa nak buat report duty sejak dh ada famili sendiri...Za tak penah sedetik pun terlupa mak ngn abah. Semoga mak abah terus sihat dan dil lindungi Nya. Amin..

Now ni, aku tengah fikir permintaan mak ..nak buat umrah sama-sama..emm..bila ya.. Ya Allah, permudahkan lah..

Renungan :

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :

" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK  selagi dia tidak
meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"


posted from Bloggeroid

..Terasa Nak Meroyan Sekejap..

Menaip blog sambil berdoa 'Ya Allah, jika ada cara untuk aku tidak duduk lagi di opis ini, permudahkan lah dengan cara baik dan bersih. Hati aku bukan lagi di sini..dah terlalu lama..Amin.' Merepek tak doa ni? Emmm..nampak agak merepek, tapi ini lah yang sentiasa aku wish dan semakin hari, semakin tebal keinginan aku nak keluar dari sini. Setakat ni, takde satu permintaan aku yang Abe tak tunaikan..dan kalau 'wish' kali ni dia dapat tunaikan..aku sangat2 gembira. Mungkin jalan keluar terbaik daripada rasa kekosongan jiwa dan mungkin juga jalan keluar untuk semua masalah yang ada. Sapa tahu kan? Takpe, doa aku sentiasa utk tuju ke arah itu..Amin.
Kenangan KMC 2006

Em..sayu and sedih lak rasa tiba-tiba. Tak sabar nak tunggu jam 5.15 petang setiap hari. Amik anak-anak, turun padang and balik rumah - duduk diam2. Haishh..benda2 mcm ni la buat jerawat aku naik balik ni. Isk..tak leh jadi. Kalau aku nak, aku pasti usaha sampai berjaya. Tapi kalau tak dapat juga, apa lagi daya yang ada? Pernah bersembang dgn seorang teman (saja tak letak nama, nanti dia marah sbb dia sangat glemer..hahaha). Aku suka sangat bercerita dan berkongsi pendapat dengan dia. Simple jek..dia boleh belasah aku,aku boleh belasah dia ..just open. Katanya, kalau nak resign, kena ada perancangan, Ada duit simpanan dan apa arah tuju. Emm..insyaAllah, aku nak usahakan juga ke arah ini..mungkin 5 tahun lgi? Huaa..kuatkah aku? Cakap je berdesing2 kan? Korang doakan ya ..Amin.

Renungan :
(aku cuba nak selitkan 'Renungan' pada setiap entry sebagai Ingatan kepada diri sendiri dan mungkin juga berguna pada yang sudi mengikuti blog ini.)
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara kedua saudara (kamu yang bertelingkah) itu."
(Surah Al-Hujurat: Ayat 10)

Tuesday, June 14, 2011

..Kalau ibu tak pandai - how (?)..

Dah lama jadi ibu? Alhamdulillah..sejak Danish di lahirkan, dah 8 tahun lebih aku bergelar 'IBU'. Walaupun Danish bukan lah kandungan pertama - aku keguguran 1st kehamilan namun, dia lah yang memberi aku gelaran IBU ni. Semakin hari, Danish dan Dania semakin membesar dan semakin hari, mereka membesar dengan penuh tanda tanya - Apa? Kenapa? Mengapa? Yang Mana? Di mana?

Doa Ibu - Jadi anak-anak yang berguna kepada semua..tak pandai sgt pun takpe, janji rajin cari ilmu utk bekalan kita sekeluarga.
Em..penat? Entah lah..kadang-kadang, bila terlalu banyak soalan yang masuk dalam telinga dan kadang-kadang aku sendiri tak mampu nak menjawabnya, terasa 'kosong' lah juga. Macam mana kalau aku memang tak pandai? Macam mana kalau dulu-dulu, aku belajar tak habis..dan now aku ada anak. Apa yang aku nak jawab? Atau anak-anak aku yang terlebih bertanya tak seiring dengan usia? Atau, walaupun aku ada sijil belajar tinggi-tinggi..tapi aku tak gemar nak membaca atau tak ambil tahu hal dunia atau pun akhirat.. Tentu anak-anak aku akan dapat jawapan yang sesat..kan? Atau..macam mana kalau aku hanya menjadi ibu yang cakap tak serupa bikin. Marah anak itu ini..tapi aku sendiri yang hanyut ke laut tak bertepi..huhuhu..sadis! Tapi, jangan risau kalau anak-anak buat silap..kerana kesilapan adalah pengajaran dan pengajaran adalah pengalaman yang paling berharga..tak mungkin boleh di jual beli dan tak mungkin berulang2 terjadi. Manusia kan?

Apapun, syukur..walaupun aku tak berapa nak pandai atau sebenarnya anak-anak aku lagi pandai dari aku (korang caya tak..Danish lagi terra tgk Peta dunia dari aku..nggggeee), aku ada Abe yang boleh aku 'past'kan kalau aku tak pandai nak menjawab. Kadang-kadang terasa kerdil juga bila Dania berkata 'Apa la ibu ni..semua pun tak tahu' hehehe..terpukul tak? Takpe..berlagak pandai kadang-kadang boleh buat kita nampak macam Luncai. Mahu? Saya tak mahu...

Kadang-kadang, bila tiba time nak periksa, aku selalu tanya Danish - 'Kali ni nak dapat nombor berapa pula'..periksa bulanan 2 bulan lepas, dia hanya dapat No 4. Kalau kena soal macam ni..dia akan tanya aku balik 'Ibu dulu dapat nombor beraapa?' hahahahamik. Sib baik lah Ibu dalam golongan bijak tapi tak berapa nak bistari gak masa sekolah ..'boleh la' nak jadikan sedikit motivasi untuk anak-anak. Tapi, babah la terbaik..follow babah sudah..

 <> 
Aku sebenarnya ibu yang garang..tapi anak-anak tetap kata 'Danish ngn Dania sayang ibu'.. emm..mereka segala2nya buat aku.
 Tak mahu kalah dengan anak-anak? Maka..rajinlah membaca walaupun hanya membaca melalui internet. Blog ke..tanya CikGoogle ke..janji 'membaca'. Lucky aku boleh main Chess and pernah jadi juara susun puzzle..cuba bayangkan kalau anak kita ajak 'Ibu jom main chess' atau 'Ibu, ajar Dania susun puzzle ni' ..apa nak buek? Tengokkan je ke? Hak hak hak..Ini bukan kayu pengukur..ini sekadar renungan..


Renungan buat hari ini :

“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakanya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikaNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (QS Al-Hadid ; 22-23)


Sumber: Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milik Kita | Paradigma MUKMIN

Sunday, June 12, 2011

..Berkongsi rasa..



Ahaks..makan maggi and berkongsi? Abe kerja and aku sgt malas nak menapak ke depan sana. Adalah dalam 500 meter. Nak odet makanan hotel...'murah' sgt lah..tak sampai hati nk abiskan duit Abe. Ngee..poyoss. Bagus gak..makan mcm ni, tak membazir and belajar berkongsi. Actually ni dah cup ke 2 dia org makan. Aku? 1 cup sorang la..mana leh share..ni pun perut bunyi lagi.. Hak hak hak..



Cee tgk pic ni betul2..tgk tahap sembab muka aku..hahaha. Ni namanya - terlebih tido. Kalau di beri pilihan antara pantai dan bantal..aku pilih bantal. Tido tu nikmat..tido tu penyelamat...selamatkan apa? Selamatkan diri drpd menahan lapar ..selamatkan diri dari ingat benda bukan2...selamatkan diri dari penat..tul tak?



Hokek...aku nak terus selamatkan diri ni..dengan dingin dan langsir di tutup...uishh..bestnya tdo. Petangkan beronggeng lagi kat kolam and pantai..tata!

posted from Bloggeroid

..Permainan Hidup..


Hidup ini penuh percaturan.


Hidup ini, kadang2 di atas...kadang2 di bawah..


Hidup ni kadang2 sangat rumit utk di atur..namun semua telah di rencanakan Nya..


Apapun..aku hanya mahu hidup gembira. Aku tahu dan sentiasa sedar kesalahan yang pernah berlaku dan apa yg akan terus berlaku..aku tak tahu..Penuh keikhlasan, aku ingin berkwn dgn semua insan..tapi jika ini di panggil hipokrasi..aku dah tak tahu nak buat apa lagi. Salah kah aku terus tersenyum gembira setiap hari?


Aku tak mahu nodai blog ini dgn caci maki dan kata2 benci mengikut hati. Aku tak mahu sibuk2 hal orang lagi..aku sendiri tak penah mengaku baik umpama wali atau suci umpama wali..terduduk rasanya bila semua benda di salah erti. Pengajaran buat diri ..belajarlah menjaga diri sendiri..

posted from Bloggeroid







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!