Friday, November 25, 2011

..From top of Europe, Jungfraujoch - swiss..



Hai! Now aku berada 11ribu kaki dr aras laut di Swiss. Misi mencari snow adalah gagal. Yang ada hanya snow beku..hahaha. Suhu sgt2 sejuk menusuk kulit. Habis kulit kering. Dania tak tahan sejuk and dh sibuk nk balik Malaysia. Perubahan suhu buat kepala pening and kdg2 terasa x syok kat jantung.

Apapun, subhanaAllah dan alhamdulillah. Thanks abe..

posted from Bloggeroid

Tuesday, November 22, 2011

..Salam dari Paris..



Menaip dr bumi Paris selepas mendarat jam 7.45am waktu sini. Now is 1.30pm melepak kepenatan dlm hotel. Agak penat coz beban bsg bertambah dgn baju anak2 dan aku dah lama x exercise. 11.5kg atas bahu...naik turun train and tangga menapak ke hotel..sungguh tired.

Hari akan ke Eiffel Tour dan esok ke Disney Paris. Em..aku tak teruja sgt ni ke Paris...sejak 1st time jejak Paris,tak pernah jatuh cinta. Khamis ke Swiss for 3 days and lps tu balik semula ke Paris.

Oklah..rehat sebentar..doakan percutian ini selamat dan seronok terutama anak2. Adios!

posted from Bloggeroid

Sunday, November 20, 2011

..Rindu Zaman Berlalu..

terimbau kenangan,
zaman penuh kenangan,
kisah suka duka kehidupan.
sungguh indah zaman hingusan.

terbit sang suria di pagi hari,
berkejaran ke sana ke mari,
menjeruk diri di bawah mutiari bumi,
sungguh ceria seindah pelangi.

burung berkicaun pulang ke sarang,
bulan terbit mentari petang hilang,
dingin malam memeluk segala keriang,
sungguh nostalgia hidup dulu dari sekarang.

by: Lyzaa Abd Rahim
20-11-2011
1.00 am.



Thursday, November 17, 2011

..Kelasss Kau Maaariaa..

Ahaks! pernah tgk cite ni? Lakonan Scha Al Yahya dan Erra Fazira. Tapi bukan nak cite pasai cite ni, tapi nak cakap pasai SUSHI. Apa relevannya dgn Kelass Kau Maria? Alaa..kan Maria tu jd chef celebrities buat sushi. Memang Kelassss la sbb balak Bandi yang terra masak tu..encem gak kan? Hak hak hak..kenapa la Maria tak pasan dia suka Maria..Isk!

Terliur seh..slurpppp!
Okek, melalut sudah. Back to tajuk asal dlm kepala aku iaitu SUSHI. Suka? Aku suka..satu famili suka. Anak2 aku pun gila sushi. Kalau p Sushi King..garu kepala babah tgk anak-anak dia grab piring warna merah..RM5 sepiring okek. Ngeeee. Aku paling suka sushi smoke salman dan ebiko. Pheww..lazat seh! Tapi takde la sokma layan kat Sushi King..kopak kot. Beli yang Jusco punya pun dah Okek.

Em, ada org pertikai - Sushi tu mentah. Sedap ke? Leh makan ke? Em..based on lidah aku ni, aku tak fikir Sushi tu mentah. Nasi dia sure2 la di masak dan kalau lah haiwan2 di atas sushi tersebut adalah mentah, macam la sesenang gigi aku je nak kunyah. Haiwan mentah adalah liat kan? Cuba balik nanti, buka peti, kalau ada sotong mentah, korang kunyah sotong tu..haahaha..kompem terkeluar isi perut. So, aku pun mengoogle..sesat tanya, malu jalan kan? ahaks..salah2..malu tanya, sesat jalan..kan? kalau malu nak tanya orang, Google je la...byk kot info dalam tu. Ni antara :

What types of sushi are raw?
There is no such thing as raw sushi the raw fish component in sushi is actually called sashimi when cooked and combined with the Japanese sticky rice the dish is now called sushi.

dan baca ni :

History of Sushi
Is sushi raw fish? Actually, no. In Japan, raw fish is referred to as sashimi and sushi is anything with vinegar rice. Everyone thinks that sushi equals raw fish but actually it is the sticky rice that makes it sushi. There are many types of sushi that don't include raw fish but instead contain shellfish, cooked fish, and other ingredients.


The origin of sushi is not Japan, but actually 7th century China. People began making sushi to preserve fish by fermentation because there were no refrigerators. Since rice and salt where needed in order to ferment fish, sushi became closely related to rice in Japan. Then, it developed into the current sushi which combine fish and rice.


Sushi is low in fat and nutritious. A typical setting of 7-9 pieces of sushi contains about 350-400 calories. The fish is a wonderful source of protein and also provides a good source for omega-3 fatty acids. Seaweed is rich in iodine and rice provides complex carbohydrates. A wonderful, well rounded eating alternative.


sumber : Sushi Guide

So kalau yang raw, yang macam kita tengok orang jepun makan sotong kureta idup2 tu..di panggil Sashimi (?) lah kan?

And ada juga khabar angin cakap..makan sushi nanti kepala keluar ulat. Em..ada idea? Nanti aku cari fakta..now ni..secara logik, aku rasa tak logik binatang tu nak idup dalam badan..(?) kan.

Monday, November 14, 2011

..They Are My Everything..

Menaip sambil menguap dari atas katil di rumah. Em, hari ni aku apply 'Cuti Kecemasan' coz kena jaga anak-anak. Danish di beri cuti Khas sempena Majlis Ihtifal semalam. Sepatutnya Mr. Abe bawak Danish ke opis and aku bekerja seperti biasa, tapi kesian pulak dia dok melangut je kat Opis Babah. Since Danish tak sekolah, si adik Dania pun suka la amik kesempatan...tak pe lah kan, sekolah nak abis pun.

Sabtu dan Ahad adalah hari meraikan kejayaan Danish dan Dania. Alhamdulillah...di kurniakan Allah dengan dua cahaya mata yang setakat ni menunjukkan kecemerlangan dalam pelajaran, tiada apa yang hati Ibu ini boleh gambarkan selain drpd Alhamdulillah. Namun masa depan mereka terlalu jauh untuk di ramalkan..apa akan jadi pada mereka seterusnya..kan? Apapun, dah boleh membaca, mengira dan faham apa yang mereka mahu dan tahu apa yang tak boleh dan kenapa tak boleh..aku bersyukur sangat.

Walaupun aku ni sebenarnya boleh di kategorikan sebagai Ibu yang garang dan tegas..namun kedua2 anak aku ni tak putus2 memberitahu - Mereka sayang aku sangat2. Hehehe. Kata Danish

'Ibu tak garang..Danish tahu kenapa kalau ibu marah..Ibu marah untuk kebaikan masa depan Danish jugak'

Kata Dania :

'Adik sayang ibu...sayang sangat-sangat'

Amin and Alhamdulillah. Semoga terus Sayang ibu sampai bila-bila..Doa ibu sentiasa mengiringi kalian. Ibu tunjuk jalan..Danish dan Dania sendiri yang akan tentukan arah mana yang harus di pilih. Semoga Allah sentiasa lindungi kalian.

Konvo Taski Al-Hikmah ABIM pada 12/11/2011
Dania dapat Anugerah Pelajar Perempuan Terbaik 5 tahun.
Majlis Ihtifal SEMI/SERI ABIM pada 13/11/2011
Danish mengekalkan kedudukan nombor 1 dalam kelas dan dapat Matapelajaran Terbaik - Jawi.
Sebenarnya kan, nak ikut sejarah diri sendiri..aku pun mcm anak2 masa sekolah dulu..sampailah 1 tahap, SPM aku di takdirkan tak seindah 'kecemerlangan' aku masa belajar. Masa tu, 'sakit' nya aku nak terima realiti..buat aku hilang arah tuju. So, apa yang ada pada anak-anak sekarang, aku bersyukur dan kalau takdir mereka tak indah selamanya..mereka tetap di hati aku. Kalau mereka dapat jadi mcm Babah..dari sekolah rendah sampai la menengah kerja dia naik pentas je ambil hadiah - alhamdulillah. Babah dia orang adalah best student SRP and got 10A's in his SPM. And now ni, dalam pelajaran, Babah la yang banyak amik peranan..aku agak 'merendah' diri sikit lah..huhuhu..

So..bila nak proceed nombor 3 ni? Huk huk huk...


Friday, November 11, 2011

..Transformasi Nia Mimi..

2006 - Belum setahun
2007 - setahun
2008 - 2 tahun
2009 - 3 tahun

2010 - 4 tahun
2011 - 5 tahun

Perasaan tak perubahan dia? Dari bdn mcm maskot Machelin, sampai lah dh macam Miss World. Semua gara-gara : 'Nak kurus mcm ibu, mcm kawan-kawan, gemuk tu tak lawa'.

Jenuh dah aku pujuk..dia masih berkeras nak kurus. Makan nak share ngn aku..kalau makan sendiri, sure tak abish. Setakat ni, kesihatan dia OK..cuma dah makin kurus ni, tak berapa best nak peluk. Emmm..

Tuesday, November 08, 2011

..Mencari Diri..

Assalamualaikum and Salam 12 Zulhijjah. Masih ada yang mengerjakan korban Aidiladha hari ni kan? Termasuk lah UNITEN. Maka semua hero-hero kat opis ni berkampung kat Masjid untuk Ibadah Korban. Kat sini saja, 6 ekor lembu di korbankan. Alhamdulillah..semakin raya rakyat Malaysia berkemampuan, semakin berkuranglah mereka yang kurang berupaya nanti..InsyaAllah.

Hari ini since kenkawan semua bercuti, maka aku g lah bersarapan dengan kawan lain. Duduk sensorang ni sambil layan CD CT - All Your Love dengan kuat - takde orang kan? hehehe. So far, aku OK je leh layan album English ni. Alah, tak yah nak complaint lelebih la kan..masing2 ada cara sendiri. Betul? Itu style CT nyanyi and dia memang Melayu pun..so what kalau dia nyanyi mcm melayu cakap omputih dan melodi lagu dia macam lagu Melayu. Dah memang Melayu pun. TAPI..satu lagu ni jadi hangat sikit sbb cara CT sebut buat dia jadi bahan lawak lak. 'I Cry Out' dah jadi bunyi 'Crayonnn' kata sorang kawan aku. Hahhaa..sabar je lah.

My Abah and my kids during Raya Korban.

OK done. At least CT tahu apa yang dia nak dan dia ada arah tuju dalam hidup dia. Kita? Em..sejak dua menjak ni, sejak aku 'di paksa' buat apa yang aku tak suka nak buat kat opis ni..hati aku selalu mengaru2 kegatalan fikir arah tuju aku. Apa benda yang kita nak buat, semua kena dari HATI kan? Aku dah tak boleh nak pujuk hati aku lagi..kadang2 aku rasa ..Buat Sajalah..dah itu yang aku kena buat. Susah nak cari keikhlasan dalam hati sendiri. Sedih!

Renung kembali siapa aku berpuluh-puluh tahun dulu :

Kat sekolah, aku antara budak yang paling aktif dalam bidang seni dan sukan. Ya. Sebab itu yang aku suka dan aku mahu. Dari darjah 3, aku dah mula mengarah lakonan pentas sekolah, aku dah wakil sekolah dalam perbahasan, bersyarah, menulis karangan, bernasyid dan berteater.Aku dah menang macam2 pertandingan menulis dan bersyarah mahupun bercerita. Aku buat semua tu sebab bakat yang aku ada. Aku boleh menulis dan melukis sehinggalah Abah meminta aku meneruskan pengajian dalam bidang komputer DAN di situ lah titik hidup aku berubah..namun aku bersyukur - hidup aku sempurna.

Ramai kawan2 dah mula sambung belajar. Aku? Setakat ni, hati aku masih belum terbuka. KALAU pun aku sambung belajar..IT bukan lagi pilihan utama aku. Tak Mahu! Aku takde cita-cita nak jawat jawatan besar-besar. Aku cuma mahu buat apa yang aku mahu - 'kerja tanpa batas dan masa.'
Blog ini lahir dengan tak sepenuh jiwa aku sebenarnya. Kalau sesiapa yang pernah ikuti blog aku dulu..cara penulisan aku dah tak sama - jauh berbeza. Aku dah tak mampu berbunga bahasa di sini kerana semunya punya batasan. Tiada bait2 indah lagi..tiada lagi kata2 puitis..terasa tandus, gersang dan kontang. Tiada lagi keikhlasan dalam penulisan..sempadan tercipta demi menjaga hati manusia2 di luar sana. Sempit!

Hampir setiap hari ini, kata-kata ini pasti terluah 'Abang, Za nak berhenti kerja'.

Emm..apa lagi yang perlu aku coretkan di sini? Aku sendiri tak tahu dan tak mengerti...wahai HATI, redha lah dengan ketentuan Illahi.

Sunday, November 06, 2011

..Salam Aidil Adha..



Selamat Hari Raya Korban 2011 dari kami sekeluarga.
Hidup perlukan perngorbanan, pengorbanan perlukan ketabahan..dan setiap kesabaran, insyaAllah ada kemanisan..
Maaf Zahir Batin ..

posted from Bloggeroid

Wednesday, November 02, 2011

..Doa buat aku dan teman..

Aku ingin menulis sesuatu bersandarkan pengalaman dan pengajaran. Tapi bila fikir2..aku manusia yg pernah buat silap dan malu rasanya untuk berbahasa-bahasi memberi nasihat. Betul! Aku terlalu kecil untuk meluahkan wpun sebaris ayat pedoman untuk rakan-rakan yang sudi memilih aku berkongsi susah senang kehidupan. Diri sendiri pun tak betul lagi...tak mampu rasanya nak menolong mencari jalan keluar kepada sesiapa saja yang sedang di duga Illahi.

hidup umpama titian - teguh atau rapuh hanya Allah maha mengetahui apapun hikmah yang tersembunyi
Kepada yang sedang menempuh dugaan..doa aku, semoga kita semua kuat menghadapi hari hadapan. Nasib kita tak sama, ada yang suka dan ada yang duka. Mungkin masih ada yang belum terduga atau mungkin ada dugaannya bertimpa-timpa. Aku sendiri tak sekuat seperti yang di lihat dengan mata..apa yang ada dalam dada, Allah Maha Esa saja maha mengetahui apa jua yang tersemat mahupun tersirat.

Kalian, kalau kita rasa masalah kita berat..lihat di luar sana..ada lagi yg duduk merempat. Kalau rasa dugaan kita buat kita berselirat...ada lagi yang hidup dalam masalah yang sarat barat. Kalau kita rasa kita hebat..sesungguhnya..hanya Allah yang Maha Kuat.

Tak mampu nak berkata-kata lagi..apa yang di kongsi bersama aku ketika ini, aku jadikan pendoman buat diri sendiri dan semoga Allah tunjukan kita jalan dan hidup kita di rahmatiNya setiap masa setiap saat. Amin..

..Wordless Wednesday..







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!