Tuesday, February 01, 2011

..OkEk, Saya M.A.S.A.K..

Masak..masak..masak..OKEK! Hari ni hari kedua aku masak. Walaupun on the way balik kerja tadi aku cuba sogok anak-anak untuk menapau..kata mereka :

'Masak lah ibuuuuu...' - Danish
'Ala..tak nak la makan luar..masak la ibuu..Dania suka makan dlm rumah..masak lahhhh' - Dania..

Jeng jeng jeng..balik rumah, terus ke dapur..tengok apa ada dlm peti...ada sotong and ayam. Kalau abe ada ni, sure sotong ni jadi Sambal Tumis Sotong. Aku tak pandai masak sambal tumis..dia jek terra..so aku masak yang paling simple..Sotong Goreng Kunyit.

Bahan-bahan pun sonang sebab nak makan dengan budak-budak, tak yah merepek-repek nak letak mak nenek bagai. Cukup bawang besar hiris halus dan hiris bulat-bulat. Potong carrot utk cunkan jek. Tumis bawang..masuk garam..campak sotong yg telah di rebus utk buang air sotong tu. Pastu campak carrot..Taaadaaa...Siap! 



Tomyam ni antara peberet anak-anak.Kalau nak tahu, ini lah masakan pertama yang aku masak masa muda belia dulu. Bukan susah pun..guna perencah Tomyam Maggi. Cuma ayam mesti ada kalau masak tomyam, kalau tak..tak sedap. Serai patutnya ada, tapi sebab takde dalam peti, belasah jek. Yang penting sayur2nya. Lobak merak, brokoli (takde ya dlm ni), Kubis bunga, kacang peas, Cendawan..campak jek..pastu rebuss bush bush busshhh..jeng jeng jeng..siap!

OKek..mari solat maghrib dan mari makan selepas itu. Tak nak gemuk? Tak nak buncit? Tak nak tembam? Cuba lah makan seawal boleh..sebelum 8.30 malam. InsyaAllah..berat badan boleh di kawal..

pst : abang..jgn jeles ya... ;b


No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!