Tuesday, February 01, 2011

..Masak lah..

Dari semalam aku dok On Off page posting ni...Taip taip taip..pastu tekan 'Backspace'..taip2 lagi..tekan lagi 'backspace'. Ada banyak benda dlm kepala..tapi kena tapis pulak supaya tak terluah kat sini. So..amik keputusan..Sign Out and layan Britain's Next Top Model.

Makan secara berkelah mcm ni adalah seronok..

Semalam mr.abe adalah tiada di rumah dan hari ni juga kerana ada meeting di Paka, Terengganu. Menjadikan kebiasan, dinner adalah di luar tapi sebab abe takde, aku memang la sangat malas nak bawak budak2 makan luar. Mau tercekik je kang..ye lah, 1 mak nak jaga 2 budak. Bukan lah nakal sgt pun, tapi aku ni kan..sebab dari kecik mak abah dah ajar..time makan kena tertib sampai bunyi org mengecap makanan pun boleh jd isu. Huhuhu. Jadi bila anak2 tak reti diam..'mengkelan' gak lah nak makan. So aku tanya anak2..nak makan apa? Ibu nak tapau..laju je si abang menjawab 'Ibu masak lah'. Emm..kesian lak dgr permintaan. Dia kata lagi 'Sardin pun takpe, Danish nak ibu masak' ..adeh. OK la..ibu angkat bendera putih..ibu masak. Maka memasak lah aku dan Danish tak henti2 memuji..makan pun bertambah-tambah. Betul ke 'air tangan ibu' membentuk sahsiah anak? Realiti atau fantasi?


Tempoyak ikan patin kegemaran Mr.Abe dan aku jugak..

Aku dan anak-anak lagi suka ikan daripada daging dan ayamm..


Masa aku berXPDC di Belum Rainforest baru-baru ni, kata seorang kakak yang dah punya 5 orang anak dan semuanya dah besar-besar.

"Akak nak share dgn korang yg muda-muda ni..masaklah untuk anak-anak. Air tangan kita ni akan bentuk perangai budak-budak tu. Kalau makan kat kedai..kalau tukang masak tu pengotor, rambut gerbang..itu lah anak-anak kita nanti. Kalau nak anak-anak kita jadi macam kita...masaklah sendiri."

Ni lak dari kakak yang jauhhh tapi dekat di email and FB.

"Masak Zai, jangan tak masaaaaakkk... Anak2 tu nak rasa air tangan ibu. Makan kedai takde berkatnya. Penyakit pun banyak. Belum datang lagi masa muda ni beb. Banyak pahala masak untuk suami & anak2. Duit pun jimat. Boleh simpan2 untuk masa depan. Masa ada beringat... (Kan dah kono)"

Aku leh diam jek dengar and baca. Tengok diri sendiri. Em..dulu mak dlm usia aku ni, memang tak rajin gak nak memasak..mak kerja and sangat aktif bersukan. Aku dan adik2 maktok yang jaga dan air tangan maktok lah yg masuk dlm perut kita orang. Mungkin sebab tu kita orang lagi rapat dengan maktok? Tapi perangai kita orang...mcm siapa ek?

Kalau balik asrama, kawan2 yang dari kampung sibuk bawak bekal masakan mak dia orang..aku? Tapau Ayam Mas dari kedai. Hek hek hek. Tapi kawan2 suka lak dengan ayam Mas tu sebab dia org tak senang nak dapatkan benda tu. So ada pro and cons kan?

Bila meningkat dewasa, mak dah makin rajin memasak dan bila-bila time jauh macam ni..memang teringat masakan mak saja lah. Aku selalu gurau dengan mak..'dulu mak tak rajin masak masa umur za skrang..so nanti umur za dah mcm mak..baru lah za rajin masak' ..hahahha...
Apapun, InsyaAllah, manusia berubah. Aku tak kan sampai bila-bila nak mcm ni kan? Kepada yang dah berumah tangga tapi belum punya cahaya mata yg nak puji masakan mak .. puji atau at least, berterima kasih lah kepada isteri yang sudi memasak. Aku sebenarnya ada sejarah kenapa aku malas memasak..tapi biarlah jadi sejarah..hee....

Realiti atau fantasi 'Air Tangan Ibu/Isteri', sila lah Google .. ;)

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!