Monday, July 30, 2012

..Macam Poyooo Je....



Assalamualaikum...
Salam Ramadhan ke 10. Masa betul2 berlari pantas and lebih laju drpd lari.

Sempena bulan posa ni, tak baik emo..kan? Tapi kita ni manusia biasa...walaupun syaitan dan di belenggu...namun nafsu tu tetap ada. Nafsu marah..nafsu nak beli mcm-mcm and nafsu tak puas hati kat orang. Aku pun sama sebab aku pun manusia biasa...cuma time Ramadhan ni, cuba lah mengawal diri sebaik mungkin...

Aku sebenarnya nak cakap something...for those yg baca blog ni..and rasa tak best,rasa aku poyo ke, aku tujukan qoute di atas. Aku buka post comment kpd public tanpa perlu register ..jadi, tak perlu la 'baling batu sembunyi tangan'. Kan lebih manis jika aku di tegur secara baik and nyatakan juga nama kalian..so, sama2 boleh muhasabah diri - ingat mengingati. Mungkin sama-sama boleh dpt pahala coz tolong ingat kan org yang di rasakan poyo..Hiks. ;)

Cakap pasai benda2 mcm ni, aku sendiri tgh belajar mengawal emosi aku. Berperang dengan diri sendiri adalah lebih sukar drpd berperang dengan orang lain. Lagipun, aku sendiri dah tak amik tahu hal orang..nak handle diri sendiri pun penin.

Em..sat g melalut lak. Jadi undur diri dulu...di doakan agar kita semua mendapat keberkatan di bulan RamAdhan ini. Amin.

posted from Bloggeroid

Friday, July 27, 2012

..My Instagram..

Salam Ramadhan ke 7. SubhanaAllah, cepat betul masa berlalu. Bak kata Dania, 'Dah masuk 7 hari kan ibu kita puasa?' Alhamdulillah..both of them puasa lagi setakat ni, senang nak kejut sahur dan tak banyak kerenah nak berbuka. Semua ala kadar.. Syukur...

Eh, actually dah ketinggalan zaman sebenarnya. Orang dah lama guna Instagram. Aku je baru install 2 hari lepas. Space kat enpon dah ciput...so kena lah buang dulu apa-apa yang patut and baru dapat install Instagram. Aku rasa, for android, Instagram ni agak baru compared to Iphone.

Bila boring-boring...amik pic, upload kat Instagram...ada juga yg jadi follower. Heheh..tak terfikir pun sampai nak kena follow. Interesting lah jugak. Sempena bulan posa ni, takde apa sangat nak cerita and berdiam adalah lebih baik, maka aku pilih untuk potret kan apa yang jadi.

My #headphone.
Sejak duduk cubicle ni, aku lebih suka layan benda ni. Tak banyak benda pun nak bercakap. Kadang-kadang, tak bercakap pun dalam sehari dengan roomate. Takde idea. :)
Kuih #kolehkacang @ Taik minyak :
Kuih yang paling aku suka setiap kali masuk bulan Ramadhan. Tapi tak semua orang buat sedap. Alhamdulillah, senang nak beli kat sini. Kat acik Selera 60 an jek. Sedap..cukup rasa. Mesti pilih.
Oh My #Gucci :
Hak hak hak. Ni shades Gucci aku. Omang aiiii..oversized okek. Maka aku dah let go. 
#Birthday cake Mak:
13hb Julai adalah birthday Mak. Beli kan mak kek kat secret receipe and celebrate birthday mak kat Putrajaya, rumah adik.
#Moist cake for abah :
Birthday abah pulak on 20hb Julai. Kami balik Ipoh and belikan ni untuk abah. Ada 4 ketul sebenarnya. Tak sempat rasa sebab abah sibuk sangat dengan surau dia.
#sunrise Ramadhan ke 6 :
Snap masa hantar anak-anak pergi sekolah. Cantik and tenang sangat pagi tu. Aku memang teruja dengan pokok, awan dan matahari. 
My 1st week of #Ramadhan :
Hahahha..aku upload pic ni dan ada yang tanya apa maksudnya. Memang ada maksud and petunjuk utama adalah gelas-gelas di atas meja. Fikir2kan lah kalau rajin.
My #lovely Nescafe :
Setiap hari, setakat ni, aku akan bangun siapkan sahur jam 5 pagi. Tak lambat sangat and tak awal sangat. Pagi tadi, masa dok godek2 air Nescafe, tiba2 dapat idea..nak buat #LOVE la macam kat cafe mahal2 buat tu..Terus jadi ni...hahha..Happy la pagi2 tgk benda ni. :)
#HawkEye Sandal for belasahan :
Tadi lunch time, keluar ke Jusco dengan nurul. Saja ajak dia jalan-jalan. Keluar dengan takde matlamat..saja ronda2. Tiba-tiba terbekenan dengan sandal HawkEye ni. Since sandal #Larrie aku pun dah nazak..terus sambar yang ni. Terasa back to zaman #hiphop masa skool dulu lak. 

Ok, lagi sket dah boleh balik. Entah la..sejak dua menjak ni, teruja je nak p amik anak-anak and nak balik masak. Dah ada yang bat aku akan stop masak tak lama lagi sebab ada yang pelik bila aku memasak. Alah..kemon la..bagi la semangat sket..kan?

Selamat Berbuka buat semua....jangan membazir ya kenkawan...tak baik tau!

*Aku suka apa yang aku suka..tapi kadang-kadang apa yang kita suka..belum tentu beri kebaikan pada kita.Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita kehendak.

Tuesday, July 24, 2012

..Ramadhan 4 - Take 5 jap!..

Mari menulis dalam bentuk point :
  • Baru lepas bincang next KPI dengan Puan dan Mr. Oz. Task bertambah untuk kurangkan weightage.OK jek..malas nak fikir.
  • Alhamdulillah, today is my 1st Ramadhan. Semalam dapat terawikh bersama famili.
  • 1st time berbuka di rumah sendiri, aku dan Mr. Abe masak. 
  • Malam tadi view Zalora.com.my. Mencari baju raya, berkenan 1 design dr Jovanna. Klick, refresh, terus Sold Out my size. Cess!!
  • Hati membuak-buak nak handbag Gucci which is hari ni last sale dekat kawan kat Europe. Buat logical thinking..'Haip! membazir itu berdosa. Apa lah ada pada handbag ribu2. Sama jek.' Yeah, itu ayat pujuk diri sendiri..geramnya!
  • Semalam sunglassess Gucci yang aku order sampai..TAPI takleh pakai. Oversized lah. Dah macam suria perkasa hitam. LUCKY boleh jual balik..uhuk! 
  • Terbayang Samsung SIII for RM2.2K and Samsung Tab 10.0 for RM1.4K. Istifar ...
  • Ha..'pangkat' aku dah up sket. Biasa dok jadi 'SU' and 'Auditor', semalam aku dapat call..aku di lantik jadi Manager hujung bulan Oktober nanti. Manager apa? Rahsia....tungguuu..kuikuikui.
  • Aku tau benci tu tak baik TAPI for some reason, aku rasa benda tu perlu - untuk aku sendiri. Senyap aku bukan tanda setuju..tapi tanda, aku cuba dah tak mahu peduli lagi. I am suvivor. Penat lah fikir benda tah apa-apa..
  • Teringin nak berlari, main netball ke..adeh. Dah lama tak berpeluh secara total. Kenapa bulan puasa takde netball eh? Biasa kalau puasa ganti..elok je main..heeee..
  • Nak mendaki...nak hiking. Seronoknya...tapi bila lagi? 
  • Rasa macam nak delete YM coz dah lama tak guna. Sekarang banyak guna whatapp ngn kawan-kawan. Relevan? Em...
  • Kuih raya dah order.Order kat kawan-kawan jek..
  • Rasa macam nak pindah rumah..nak berhenti kerja. Tahap kerja kat sini dah takleh blaah..BOSAN dah sangat-sangat. 
  • Dah lama tak p bercuti dengan famili rasanya. Terasa mcm nak bawak g hiking ..hahahah. Tapi kalau dapat p main salji best gak ni. ..istifar lagi.. ahaks!
  • Asal nampak CRZ lawa gila ni...adeh! 2 doors OKEK..tak sehsuai!
  • Setiap kali jumpa mak..soalannya ada lah 'Jom la g umrah Liza'. Adusshh...
  • Ok..dh habis merepek. Jom baca doa untuk hari ni :




'Jika kita sudah bahagia, jangan lupa pada teman yang pernah hadir ketika ketika kita kecewa'

Amin.



Monday, July 23, 2012

..Ramadhan to Bookmark..

Just to share this :
(click link to read, just a simple webpage about Ramadhan)

Selamat Menyambut Puasa Ramadhan

Kadang-kadang,
apa yang selalu menjadi amalan belum tentu kita amalkan dengan baik,
tingkatkan ilmu tanpa jemu,
ulangkaji jika sudah tahu,
sebarkan pada semua tak kira masa dan waktu.

Bacalah !

WaAllahualam.

Ya Ramadhan, berkati kami umat Islam di dunia, semoga di tempatkan di syurga dan di jauhi neraka. Amin.

..Ramadhan 1,2 dan 3..

Assalamualaikum..

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:

"Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka" 


Hari ni dah masuk 3 Ramadhan..cepat seh masa berlalu..TAPI aku masih belum punya kesempatan untuk berpuasa. Apapun, Alhamdulillah, punya kesempatan balik kampung sambut Ramadhan dengan famili. Macam biasa lah kan..balik kampung, mesti nak makan mak masak...ye dak? Tahun ni, alhamdulillah, adalah tahun ke dua Dania berpuasa dan Danish dah darjah 3..dah memang tak payah cakap lah. Dia dah puasa penuh since 5 tahun..Setakat ni, both of them berpuasa macam biasa. Just 1st day, nak masuk jam 6, Dania mula merengek2..'Adik lapar la ibu'. Kena la pujuk. Tu 1st day jek la..2nd day dah OK. 



Semalam kat Ipoh, bawak anak-anak g beli baju raya kat Jusco. Settle dah semua and macam biasa, Mr.Abe la yang settlekan semua. TERIMA KASIH. Baju melayu dan baju kurung Mr.Abe, Danish dan Dania pun dah settle..tinggal ibu punya jek. Biasa la Ibu..selagi mata cakap tak best..jangan harap nak beli. Cuma tahun ni nak cari baju yang boleh pakai g kerja sebab kebiasaanya, baju raya pertama aku akan duduk dalam almari je selepas sekali pakai. Bukan grand sangat pun ..tapi entah. Aku rasa mcm poyo nye nak p opis pakai over2 lawa ni...kenapa raya tak leh pakai Jeans eh? 


Sebelum balik ke sini semalam, sempat sambut birthday abah. Tapi belated lah coz birthday abah adalah pada 20hb Julai. Sebab abah sibuk dengan surau ..semalam baru sempat sambut..tu abah tak berbuka sama kita orang sebab setiap hari ada moreh kat surau. And now ni..walaupun tak puasa,laparnya. Mata pun kuyu jek. Cepatlah..nak puasa. Banyak benda aku 'nak kejar dan capai' dalam bulan puasa kali ni dan semoga aku tak sia2kan semua amalan aku lepas Ramadhan nanti.


 "Ya Allah, permudahkan urusan hidupku sebagaimana Kau dengar segala doa2 dan isi hati ku..Lemahnya aku Ya Allah..hanya Engkau Maha Mengetahu walau sezarah pun kesah ku di hati. Limpahkan ku dengan kasih sayangMu Ya Allah..TOLONG lah hamba Mu ini. "



Friday, July 20, 2012

..Bulan Mulia Pun Menjelma..


Ianya datang menjadi penantian, 
Di janjikan Allah seribu kebaikan, 
Semoga Ramadhan ini penuh keberkatan, 
Salah silap harap di maafkan.

Friday, July 13, 2012

..Hari Ni Hari Jadi EMAK..



13hb Julai 2012
Hari ni hari lahir emak - Hajah Zubaidah Ibrahim. Tak mahu kecikkan hati emak, aku wish emak seawal pagi. Sebab dah hampir 2-3 tahun, emak asyik merajuk, anak-anak tak ingat birthday mak. Alahai Emak..bukan tak ingat..tapi kadang-kadang terlupa nak wish. Yang selalu dapat ayat sedih mak, adalah aku. Mak aku anto sms sedih..adeh! Bila call..anak-anak aku lak akan marah aku. "Kenapa Ibu tak ingat birthday maktok? Kan Maktok mak ibu? Ibu tak sayang maktok?" - hamek kau! sedass kena dgn anak-anak. Bukan tak ingat, cuma dari kecik, kami bukan jenis main wish2 birthday ni. Bila masing2 dah besar..baru semua buat benda tu. Hari ni mak on the way ke sini..lepak umah adik lagi kat Putrajaya sebab rumah aku masih tunggang langgang dek kerja2 pemasangan dapur yang tak siap2..

Cakap pasai mak, orang kata, kami berdua muka photostat. Actually aku lebih banyak air muka abah. Tapi sebab aku gelap kot..so nampak lebih kepada mak. Aku dan emak hampir sama..'outspoken' bila ada benda yang kami tak suka. Terus terang lah maksudnya..bukan cakap belakang. Aku pun aktif bersukan macam mak..cuma sekarang, mak dah bising. 'Sudah-sudahlah main tu..lutut out nanti jadi mcm mak'. Hehehe..alah Mak pun main sampai 45 tahun..tu sebab lutut injured..Za kan baru 34. Sebenarnya, mak nak aku tambah zuriat. Em..yang ni aku takde jawapan. Setiap kali jumpa mak..mak akan ajak g umrah. Teman dia dengan abah. Aku lak? kenapa banyak sangat alasan nak kesana ya? 

Sempena Hari Lahir Emak..Za doakan semoga emak sihat sentiasa, gembira dengan abah dan juga anak-anak. Thanks sebab lahirkan Za dan tak jemu2 pulak didik anak-anak Za. Za pun tgh garang mcm mak masa muda..sebab tu anak-anak lebih kepada mak. Hehehe. Semoga Allah panjangkan usia Mak dan sentiasa di bawah rahmatNya.

Minggu depan, 20hb Julai, Birthday Abah pulak. :)

Luv both of U.. 


Monday, July 09, 2012

..Networking Games 2012..


Hello. Happy Monday. Happy ke Monday? Kalau nak happy..kenalah happykan diri..Alhamdulillah..happy semalam terbawak ke hari ini walaupun agak letih. Ikut hati nak je EL..tapi ada meeting pulak. Sabtu 7/7/2012, ada Networking Games kat UNITEN. Games dengan IPTS yang ada kat Malaysia. Katanya, ada 16 IPTS yang registered untuk join games dan aku macam biasa, main Netball untuk UNITEN. 1st day aku agak ke laut sbb ada benda yang mengganggu fikiran. Sib baik GA power and kami dapat ke Semi Final. Jom layan pic je lah. 



Seperti biasa..T-shirt percuma wajib ada..
My Team.. Terbaek!
Markah yang melayakkan kami ke Semi Final. Aku tak shoot banyak mula2 ni..
Alhamdulillah, 2nd day,mood aku agak stabil..shooting pun menjadi. Selepas Menang dgn KLiUC 20-4,   dapat ke Final bertemu MMU. Kami menang 10-6. Kata GA, aku shoot 9..hiks.tak perasan pun.
Klimaks kepada usaha keras ... Kami Juara..yay! Actually penutup acara adalah Final Netball dgn MMU di depan  VIP. Main je. Jarang audience kacau aku..dan aku jarang terkacau dengan kegagahan GK atau GD..yang menjadi saiko utama aku untuk shoot adalah diri aku sendiri. Kalau aku tak panas atau rasa tak debar..maka game aku jadi slow and aku shoot pun tah apa2. :)
Now aku dah bungkus bola and kasut..time untuk diri sendiri dan famili sehingga habis raya...:)


Saturday, July 07, 2012

..Kembara Dabong 2 - Gunung Stong..

Selepas sampai ke Puncak Stong..terasa seperti..siapa2 teringin nak  naik G. Kinabalu..Pergi sajalah.. 

1hb Julai.
Bangun seawal 5.45 pagi. Menuju ke tepian kali untuk berwuduk, menanti subuh menjelma. Usai solat subuh...duduk lepak-lepak bersama kenkawan 'Petai' di atas lereng gunung. Menanti kabus hilang serta terbitnya matahari. Kenkawan dan aku pakat bawak baju kurung..maka, mood raya pun menjelma. Hiks. Posing2 sambil menikmati nescafe panas..melihat kebesaran Allah - Matahari terbit dari celah-celah kabus dan Awan. Suasana sejuk membaluti kulit. Habis posing..bersiap sedia ke Gunung Setong. Kami bergerak dalam kumpulan seramai 11 orang. Since aku ni bukan hantu air..infact, aku tak terfikir langsung pasai waterfall masa mula2 plan nak ke Dabong, maka aku pilih untuk naik ke Setong. Ada kejadian pelik..masa 'ketua' naik ke Setong tanya sorang2 sapa nak g naik Setong..time aku? dia skip drpd bertanya and terus tanya orang sebelah aku. Oh! Mungkin aku terlindung dek kabus sampai orang tak nampak. Takpe..niat aku memang nak ke Setong..so aku pun naik juga.



Perjalanan ke Setong pada permulaan, tak tough sangat dan mungkin kerana naik lenggang mak limah. Just bergilir-gilir membawa bag kecil dengan dua org kawan lain - Masyu and Natte.Berhenti di setiap 5 perhentian check point..pendakian yang di jangka selama 4 jam berjalan lancar dan kami mendaki dlm masa 3 jam lebih. Aku takde masalah sgt masa mendaki..cuma menjd masalah ketika turun. Masa mendaki, Pok Chu tunjuk kami air sedap. Memang sedap lah..air fresh dr gunung..tadah dgn botol mineral...pergh! macam air keluar dari peti sejuk.Ni 1st time aku memberanikan diri meneguk air dari perut bumi. Sebelum ni aku tak berani takut sakit perut. Tapi Alhamdulillah..air sedap tu mmg sedap sampai ke anak tekak. Pendakian ke Puncak Setong..dapatlah tengok pokok-pokok yang lain dr yang lain. Selepas check point ke 5, pendakian semakin curam..dan akhirnya sampai lah puncak Setong - Hanya seketul batu besar. Tapi bagu aku - NICE sebab pokok-pokok tu takde kat bawah..hanya di puncak gunung.



Di atas puncak Stong, duduk berehat. Makan cucur yang di bekalkan dan juga sempat beri tupai makan. Kata Pok Chu, tupai tu namanya Mary. Gebu. Tak lama di puncak kerana ada team lain lak nak naik..turun semula ke Kem Baha. MAsa ni lah..yang laju akan laju and terus shoot ke bawah..dan yang slow, akan turun perlahan-lahan. AKu? hiksss...aku sentiasa berasa di tengah..tak laju..tak perlahan. Penah aku tertinggal sorang-sorang. Nak kejar yang depan..tak mampu..nak patah balik ke belakang? lagi lah kan? Nak tunggu sorang2 kat tgh hutan? uhuk...scary lah juga. Terkumat-kamit gak aku berzikir..and alhamdulillah..terdengar Masyu memanggil..terus aku berlari ke arah suara tu and lepas tu, terus aku, Oz dan Masyu turun bertiga. Dalam perjalanan..tiba2 Pok Chu datang dr belakang..dan dia temankan aku..Masyu ke dpn sket bersama Oz. Turun dengan Pok Chu..byk lah cerita yang aku dapat..and kalau dia tak bercerita..dia akan menyanyi. Tapi lagu Kelantan...ambe dok pehe. Takpe..janji ada teman. EH.pokchu is Guide no 1.


Mereka berdua..setia menemani ku.. TQVM

2 1/2 perjalanan turun..tapi dah ada yang sampai dalam masa 2 jam..terbang kot. Sampai ke Kem..terus lunch. Lapar terbabas..tapi sebab penat..makan pun nak tak nak je lah. Solat dan kemudian pack-pack barang. Bag masih berat dan penat turun dr Stong pun tak habis lagi. Turun dr kem Baha..lagi sekali, aku bersama Masyu and Oz. Keletihan dah tak tertahan..lutut dah mengigil dan sampai lah ke satu penurunan 90 degree. Aku dah tak boleh nak kawal penat..nak kawal mental..terus aku buka bag. Niat memang nak campak je bag tu ke bawah. Sbb asyik tersangkut jek. Masa aku buka and nak campak tu..tiba2 pok chu menjelma. Dia amik bag aku and suruh aku turun..huhu. Gila kot..dia bawak 2 bag besar. Adeh. Dah selesai azab turun curam tu, aku minta balik bag..Pok chu tak kasi..dia cakap..takpe..dah dekat. Huhuhu..malu lak. Sampai bawah..terus g mandi. Pastu solat..pastu dinner..pastu naik ketapi..balik! Ok..abis cite. Papai!

Tuesday, July 03, 2012

..Kembara Dabong 1 - Kem Baha..


Mari bercerita walaupun ngantuk. sementara tunggu orang buat kerja renovation umah yang dah tunggang langgang ni..dgn kaki yang sengal mengal..jom baca coretan Hiking Ke Setong aku dan rerakan. 

Tak di plan..dgn buat muka tak malu walaupun tak di ajak oleh sesiapa..aku minta kawan aku Mat Tau masukkan nama aku dlm Trip ke Dabong pada 29hb Jun 2012. Tak tahu lah kenapa tak di ajak..tapi since aku dah lama sangat nak rasa pengalaman hiking dan bermalam dlm khemah..aku nekad jek dan hampir gak aku putus asa bila ada beberapa situasi yang buat aku rasa 'kenapa mcm ni?'..'Apa yang tak kena lgi?'. Apapun..niat aku satu..nak cari pengalaman..aku pergi juga. 




29hb Jun 2012.
6.45 pm aku dah keluar dari rumah dengan bag yang tak tahu lah berapa KG. Aku bawak khemah, maka bertambah2 lah berat bag. Solat Jamak Maghrib-Isyak di Stesen minyak Petronas sebab katanya kena ada paling lewat kul 8pm kat stesen..but ? emm..biasa lah..dekat kul 9 pun ada yang baru nak sampai. Keretapi pun sampai kul 8.55 pm. Berkumpul dan berposing dulu. Kul 9 pm KOT..ketapi pun cus cus cus...bergerak menuju ke Dabong. Kami ambil gerabak berkatil. Agak riuh suasana di dalam gerabak W3 sampai la semua terpejam walaupun tak lena. AJe gila nak lena dgn badan teroleng-oleng.Sebelum tidur, sempat lah berdinner di kantin ketapi..aku order roti bakar dengan nescafe O panas..tapi aku makan separuh je..lagi separuh setengah aku minta Saidi yang habiskan sebab aku dah kenyang. Makan minum aku di bayar oleh Saidi..heee..terima kasih. 

Sampai Dabong dlm kul 7am (asal ingatan aku lost ni?). Sarapan dgn nasi berlauk (OMG..manisnya kari mereka) dan nescafe O panas (again). Cuba mempack semula bag yang rasanya lg besar dari aku..but still..the bag was so heavy for me. Tak apa lah..bawak jek. Pendakian 20 minit pertama was not so tough lah..kalau takde bag..mungkin lagi OK. Apapun, kepenatan berbaloi bila di hidangkan dengan air terjun yang cunz. Air terjun ke berapa tah tertinggi di Asia Tenggara. Berbatu-batu..apa lagi..posing dulu. Aku leka gak dgn kecantikkan scenery terutama bila kabus mula menghilang..uissh..tinggi. Sampai lah aku terpijak batu 
basah ..tergelincir and tergelonsor ke bawa dan sempat di tarik oleh Kenet..terus lutut aku mengeletar. Huaaaaaaaa...terkejut! Aku bukan takut jatuh..tapi aku takut..jatuh dan masuk dlm air ..dah la air terjun laju dan sejuk..Ohoiii! Air dan sejuk..2 benda yang buat akut hidup dalam ketakutan. Dah la pendakian 
seterusnya kena daki lereng2 batu di air terjun..Ya Allah..makin mengigil aku..tapi..tak kan nak suh orang dukung lak kan? Lagi sekali..ketika mendaki  bag dah tarik aku ke belakang and tgn aku tak kuat nak push badan naik wpun ada tali. Dua kali aku terjatuh and dada terhentak ke batu..sakit okek! Masa ni Pok Chu a.k.a Guide aku turun balik amik suh aku bukak bag..huhuu..terima kasih byk2. Pok Chu bawak bag aku sampai masuk hutan. Ada gak kawan aku perasan aku dah menggigil jek..tapi I got no choice..perjalanan harus di teruskan..dia org boleh bagi semangat je lah..kan? Masuk je hutan..Ya Allah..alhamdulillah..tapi nampak je batu liicin..aku jadi trauma. Gilos! Mungkin tengok aku yang semakin tak keruan..Kenet minta tukar bag. DIa bawa bag aku..aku bawak bag dia. Terima kasih wpun bag kita takde banyak beza pun beratnya. 2 jam lebih hiking..sampai lah ke Kem Baha. Cantik! Pasang khemah..dan lepak jap.Masa dlm khemah..aku baring jap untuk tenangkan fikiran ..serius,aku tak boleh bayangkan kalau jatuh terus dlm air td..si natte ckp 'Come on kak zai..mana kak zai yg saya kena dulu?'..cess..hahahaha..ni jawapan aku 'Kazai dulu and skrang..memang dah tak sama'.. ahaks!




Kat Kem Baha..aktiviti memasak pun bermula. Ina and Natte main peranan utama. Sedap okek Chef Kenet masak. Kira cukup la makan minum semua. Jam 3.45 pm..guide bawak kita org ke Telaga 7. Kena meniti batu2 la aku jadi 'Ngong' kejap. Takut tak habis. Nak sampai ke Telaga 7, kena redah gak lah hutan and 1st experience..meredah hutan tak pakai kasut. Hahaha..syiok! Mahai okek pengalaman ni. Lepas tu Ayie a.k.a guide nombor 2 tunjuk telaga no 5 dan 6 and sesiapa nak cuba terjun dlm telaga tu..di persilakan. Aku pun cuba gak..tapi skill of menyelam adalah tidak pandai..tak habis pun kepala aku masuk dlm air..omang ngaiii.sejok!!! terus keluar dari air..lepak jap bawah air terjun..pun tak sampai 5 minit sebab tersangat sejuk..aku dah melepak atas batu..gigil and gigil and gigil..hahaha..ini lah akibatnya sbb tak cukup lemak kot. Lepas tu balik ke Air Terjun Kem Baha and ada aktiviti sliding dr air terjun..ohoii..best nya..Slide dr ketinggan 50 M..and kegedebush masuk air. Hati nak sangat buat TAPI sbb aku tak pandai berenang air and takut air..ku pendamkan saja perasaaan nak mencuba. Geram pun ada..rasa rugi pun ada sbb tak buat..lps tu aktiviti mandi manda..PUN aku tak lama dlm air.S.E.J.U.K! kesian kan tak tahan sejuk..ngeeee.
.



Malam..lps solat and dinner..kami lepak di atas batu puncak Kem Baha..just lepaking..menikmati angin malam (sejuk lagi..brrrrr) and dlm 9.45pm, aku dan Masyu balik ke Khemah..tak larat lah nk lepak lama2 dlm sejuk..Aku tidur dengan Natte. Mula2 tidur hanyalah dgn t-shirt..sekali tah pukul berapa..Ya Allah..sejuknyaaaa..terus buka sleeping bag..pakai baju sejuk..selubung lg dgn kain..baru dpt tidur. Alhamdulillah, tidur agak lena wpun sakit bdn.


okek..nnt sambung Dabong - Gunung setong pulop yea.. ;)

*gambar tak byk di dalam enpon..nnt tunggu kenkawan upload..






Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!