Sunday, July 31, 2011

..Maaf Zahir Batin..


Yaa Allah! Jadikanlah puasaku sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku sebagai ibadah orang-orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. Dan jagalah aku dan tidunya orang-orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku ... Wahai Tuhan sekalian alam!!
Dan ampunilah aku, Wahai Pengampun para pembuat dosa.

Saturday, July 30, 2011

..Selesai Sudah..

Hari ni, rasanya, dah selesai semua persiapan raya untuk famili. Persiapan baju raya lah..takde la pulak nak beli perabut or kereta baru untuk raya. Macam biasa, macam tahun-tahun lepas..1 tempat je aku tuju untuk baju budak-budak..Parkson Alamanda Putrajaya. Dan baju yang di target - bukan Poney, bukan GAP (ada ke?), bukan Osh Kosh ..semua pun bukan..semua tu mahal lah untuk budak-budak yang sedang cepat membesar. Macam biasa, aku tuju ke KIKO jek..senang untuk baju Dania..tangan panjang, macam-macam warna ada..semua bawah RM20. Untuk Danish yang tak pernah tukar size sejak 3 tahun lepas (aishhh..tu lah kurus sangat)..babah dia pilih..kalau babah pilih, tahu-tahu je la mcm mana harganya..pasti berjimat cermat..hek hek hek. OK..alhamdulillah..settle dah baju budak-budak. Baju babah..kena paksa gak beli baju baru..tu pun 2 helai je dia nak...adeh. Payah kan lelaki ni? Aku? Tak beli apa-apa pun. Tak mahu lah..biasanya aku beli kat Parkson Ipoh dekat-dekat nak raya nanti. Lagipun, baju yang aku beli kat Surabaya, ada lagi 3-4 helai tak terpakai-pakai.

baju Dania- satu jenama..satu fesyen..just lain-lain warna..hehehe..
Namun dalam sibuk-sibuk nak Puasa dan kemudian Raya ni, agak dukacita, aku tak berjaya selesaikan sehari lagi puasa ganti aku..huhuhu. Tak leh jadi ni..kali ni, lepas Raya ni, kena paksa diri sendiri ganti puasa cepat-cepat. Bak kata kawan aku si Kenet - 'Kak zai..setahun ada berapa bulan?' ..hahaaha. Ye lah..ye lah..sedar salah diri sendiri. Kali ni, ramai yang nak jadi reminder supaya aku ganti puasa awal..huhuu...Terima kasih..jom sama-sama ingat mengingatkan..

Apa persiapan puasa? Masak..masak dan masak..tak mahu makan luar..tak mahu pasar Ramadhan (jarang pun g sana) dan target lauk pauk just yang ringan-ringan..tidak berlemak. Ada orang tengah diet nak kempiskan perut lah..semoga berjaya..tapi tak yah lah nak lawan perut Za..ngeee...Aku tak sabar nak tunggu Isnin ni, 1st Puasa..aku tak sabar nak ajar Dania puasa..nak tengok gelagat dia..sangat teruja..semoga dia berjaya..amin..


Renungan :


Friday, July 29, 2011

..Happy Friday..



..Tersenyum
Esok cuti...yay..

posted from Bloggeroid

..Iphone 4 Milik Beliau..

Jumaat lepas, Abe ke dinner RC - just RC staff. Via FB dia, aku dapat baca  :

And malam tu dia balik, aku dah lena. Ye la..balik dinner kan..entah kul bape. Tapi dia kata aku tido awal..boleh? Masa tu gak dia cakap dia menang cabutan bertuah Iphone 4..hak hak hak..aku gelakkan jek..langsung tak percaya. Esok paginya, dia tunjuk la 'sijil kemenangan' tanpa tunjuk Iphone..stock takde - katanya. Lagi la aku tak caya..Sampai lah aku tengok gambar di bawah dalam FB dia :

Caption pic ni dalam FB : Iphone 4 milik beliau...hampehhhh.
(sangat susah nak tengok Abe sehappy ni..emm..).
Ahaks..aku diamkan saja. Kadang-kadang aku hint2 gak..'Iphone 4 nanti nak jual ke pakai?'..dia lak gelakkan aku sebab aku tak percaya, tapi aku dok tanya-tanya..rupa2nya..dia sendiri tak tahu gambar ni dah kuar kat FB dia..so tadi..balik kerja..dia bawak balik Iphone 4 tu..dan cakap 'Ni untuk Za'...muahaha..aku gelak la..'Untuk Za? dan abang amik Xperia ARC Za ni? Tak mahu.....tak ingin la kat Iphone..' hahaha..dia gelak lagi..isk, tak lah aku dengan barang MAC ni..bukan FANS ya..Aku suh Abe jual je Iphone tu..tak besh la Iphone..sangat tak peramah dgn gadjet lain..tapi lepas dia fikir-fikir..katanya dia nak pakai..emm..aku tak suka langsung..nak bluetooth ke SE pun tak lepas..sangat teruk lah. Tapi biar lah..dia nak pakai kan..semoga berbahagia..jangan menyesal sudah.. hehehehe..

Iphone 4 16GB Black - Menang Cabutan Bertuah - sangat bertuah lah kan?
Actually, Abe nak sangat beli Ipad..aku yang cakap 'takyah lah..takde keperluan'.. Sebenarnyanya kan, gadjet ni agak membunuh kemesraan keluarga. Ye la, bila masing-masing sibuk dengan gadjet..famili kan terabai. Kalau aku keluar makan ..aku suka tengok orang. Memang sangat tak mesra kalau Bapak dengan Ipad, Mak dengan Smartphone and anak-anak dengan PSP. Meja makan tu jadi suram..takde senda gurua..padahal, time tu la nak sembang 1 famili kan? Dulu aku pernah merajuk kaalau Abe asyik mengadap enpon..and now ni, aku buat syarat ..kalau makan luar..jangan keluarkan enpon utk mengadap..sapa bawak keluar..tak nak kawan..setakat ni syarat aku menjadi lagi..tak tau la esok lusa...emmm...

Renungan :
Antara kasih dan sayang, yang mana jadi pilihan? Sulamkan kasih dan sayang menjadi satu..sebati dalam hati..

..Geng Netty at Wong Solo..

Hari ini Jumaat - hari terakhir kat opis sebelum Bulan Ramadhan menjelma. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..semoga Bulan Puasa kali lebih baik daripada yang lepas..and cari lah malam LailatulQadar, semoga kita semua dapat keberkatan bulan yang lebih baik daripada seribu bulan (apa aku merepek ni?).

Nasi Ayam Penyet Goreng..pada aku..biasa2 aje..
Happy Time..kecoh itu kedai..jumpa korang balik lepas raya okeh..
Sandwich Telur Rahsia Awe..sedap and sungguh kasi kenyang..

Tadi, lunch time..geng-geng Netty lunch bersama-sama kat Wong Solo Bangi. Makan apa? Makan ayam penyek. Ada gak la 2-3 orang yang tak dapat join sebab ada hal masing-masing. Takpe, nanti kita sambut Raya Aidilfitri sama-sama ya. Ni 1st time aku g Wong Solo untuk makan Ayam Penyet yang menjadi sebutan ramai. Kawan dah order kan siap-siap..so sampai, terus Ngap. Huhuhu..tipu lah. Aku tenung lama gak nasi tu..huhuhu. Ni jek? Takde kuah? Hua hua hua..terus terbantut selera. Hee..sorry, aku ni makan memang kena ada kuah..sup kosong pun okek. Tapi tak nak la banyak songeh kan..ada la sambal secubit dua untuk di gaul dengan nasi. Omang aiiii..gila pedas sambal..alhamdulillah..habis gak aku makan. Lapar kah? Ye la kot..hak hak hak..and sampai je opis..terus berlari ke tandas..abis semua kuar balik..kui kui kui..apa daaa..and tadi gak, our mate - Awe - buatkan sandwich special resepi dia..sedap and kalau tengok rupa sandwich tu..anda kena lah seorang yang rajin OK? Aku? Makan boleh...buat? lain tahun..hahahha..

Semprit ini sangat sedap - Percayalah..
Korang dah order kuih raya? Hahaha..aku dah order..tapi order makan sebelum puasa. 1 balang biskut gajus telah licin di rumah..and now, ada sebalang la semprit order dari Kenet..ada kat Opis..sangat  la menyelerakan..nak? order sendiri.. ;)

Renungan :
Raihlah ilmu, dan untuk meraih ilmu belajarlah untuk tenang dan sabar.


Thursday, July 28, 2011

..Rasa Macam Nak LET GO..

Berkira-kira..terfikir-fikir..tergagau-gagau..rasa nak LET GO some of my COACH handbag. Tak banyak pun ada dalam tangan. Setakat ni yang rajin aku belasah adalah yang ini :

Coach Ergo Ali Hobo - Pheww...memang sukar di lepaskan..
COACH patchwork convertible- dah jadi macam belacan.cannot let go..
COACH swingpack - sangat suka pakai setakat nak keluar makan..ringan!
Yang kat bawah jarang sangat pakai sebab tak tau nak pakai bila dan rasanya pakai tak lebih dari 3 kali..yang gambar-gambar kat bawah ni yang aku dok fikir..pakai kaa..let go ka..pakai kaa...let go ka..aishh..dalam dilema..



COACH Sophie Bery - dah terlupa nak pakai tapi bag ni memang besh..ringan gila wpun dah isi mcm2 barang..

My 1st COACH ever - Soho Hobo Leather..ohooii..pakai sekali je..sebab tak tau nak pakai p mana..yang ni dari Butik COACH..ada kotak coklat tau..

COACH leather convertible embossed ni beli semata-mata nak p Europe ari tu..pakai masa kat sana je..now ada dlm dustbag..

So, apa pendapat korang? Kalau sapa-sapa rasa nak offer aku harga terbaik untuk aku LET GO 3 ketul COACH yang aku beli ni..sila lah email aku at lyzaaabdrahim@gmail.com


Renungan :
Kalau lah semua benda semudah ABC untuk di LET GO terutama yang kita sayang..kan bahagia hidup ini..




Wednesday, July 27, 2011

..Berita Hari Ini - Apakah (?) ..

Layan KOSMO Online tadi..em, jom baca sambil cari jawapan atau buat keputusan atau cari kesalahan :

Lawa Pulak Krisdayanti lepas kawin lain ni kan? Dah macam J.Lo ...aummm
Punya lah excited nak baca..sekali klik link..ni je citenyaa..ingat keturunan apa laaaaa tadi..aishh..
Jeng jeng jeng...sapa-sapa rasa nak beli kereta baru, sila lah berbuat demikian sebelum rege keta naik lagi..go for Peugeot MPV 5008 - full air bag depan belakang tau..pheww!!!
Saja nak main teka-teki ..IPTS mana eh yang ada kat Kajang ni? Cee tekaa? ;b

Renungan :

'Jauhilah dengki, karena dengki memakan amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.'
- Nabi Muhammad SAW

Tuesday, July 26, 2011

..Ini yang B.a.R.u..


Fresh from oven..
Update blog jap..nak layan mode swing baru lepas jumpa 'bos'. Yap..my new KPI dah set. 55% = NEW. Bukan nak pertikai apa-apa..malah dah malas nak fikir..just agak kurang selesa when every question I asked..she said 'why do you like to set negative thinks in your mind?' (lebih kurang la ayat ni..kalau broken, aku la yg broken..coz my bos is fluent in English). Aishhh..dah tak faham and nak clearkan..tak kan la tanya pun jadi benda NEGATIVE. Maka aku yang tak reti nak jadi baik ni pun balas je la 'bukan negative..just to make it clear..and maybe Puan can explain back to me ..just tak nak salah faham with previous one.' Isk.malas la nak cakap banyak-banyak...dah masuk kategori MALAS ni..whatever lah!


Renungan:
Kalau kita rasa kita ada masalah..orang lain pun ada masalah..mungkin lagi besar masalah dia orang..sabar dan redha lah!





Monday, July 25, 2011

..Nostalgia Baju Raya..

Raya? Puasa pun belum kan? Tapi semalam, aku dah berjaya menselesaikan persiapan raya pertama dengan menyempurnakan tema tahun ni 'Merah Itu Saga'. Ngeee..saja pilih color ni sebab dah tak tau nak pilih warna apa. Memang la aku tak sehsuai pakai merah..tapi kali ni..ada aku kesah? Tahun ni juga agak magik coz dalam masa sehari, dapat semua baju yang di hajati. Kalau tak..baju aku la paling makan tahun nak dapat. Pernah tahun bila tah..dari Puchong ke KL ke Shah Alam ke Kajang - cari baju aku jek. Punya lah cerewet..TAPI..bila aku kenang-kenang balik..nak tahu apa jadi dengan baju2 hari raya pertama aku sejak tahun 2005? Jawapan : Pakai SEKALI jek..lepas tu entah kemana-mana baju tu pergi..kalau ada yang aku ulang pakai pun..baju kurung Kedah..sebab baju sangat simple dan tak nampak over kalau setakat nak p opis. Lagipun..aku bukan jenis pakai baju kurung sangat p Opis.Oleh kerana peristiwa dan pengalaman semua ni lah..maka tahun ni..aku beli je yang ada depan mata and Mr Abe kata OK terutama dari segi harga..Malas la nak fikir lebih2..

Jom layan gambar raya aku dari 2005..sebab 2004 ke bawah..pakai kamera cuci lagi..takde gambar..keh keh keh..

2005 - Pakai jubah saja coz pegnenkan Dania..
2006 - peach in Baju kurung Kedah - ni baju yg aku selalu belasah..
2007 - Baju Raya Bandung..ada dalam gobok.dah tak kuasa nak pakai..
2008 - Kebaya nyonya in Pink..ni tema paksaan..jenuh oo nak suh lelaki's ni pakai Pink..
2009 - Kurung moden in Purple yang NYARISSS tak siap..sib baik siap..pun tak ulang pakai baju ni

2010 - Orange kaler..pun kurung moden saja and baju ni ada lg dlm bag kertas dr tahun lepas..hahaha..
Sebenarnya, kalau ikut kan cite sebenar..anak-anak ngn Abe tak la selok mana pun nak beli baju baru. Aku je beriya..si Danish ngn Dania siap cakap 'kan baju dah banyak..pakai je la apa yang ada'..keh keh keh. Memang very the babah la korang ni. Takpe..ni ibu pilih utk raya first je..hari lain-lain..pakai je la apa yang ada eh.. ibu pun nak korek balik baju kurung yang beli tapi tak pakai-pakai..semoga terjumpa..hahahaha..


Renungan:
'Penderitaan jiwa mengarahkan keburukan. Putus asa adalah sumber kesesatan; dan kegelapan hati, pangkal penderitaan jiwa. '

Saturday, July 23, 2011

..Hensem Ke ? ..

Siang tadi, masa dok booking date untuk Wedding Photo Session, si Sally tokei kedai tu cakap :

'Anak-anak you mcm Cina kan?' - Sally
'Cina mana ada hitam la..pandai la you' - aku
'Betul la, you tgk dia punya mata..takde serupa melayu..mcm cina, ikut siapa?' - sambil tunjuk Dania.
'Hhahaha..father I Bugis..bukan Melayu..mungkin ikut dia la' - aku. Memang betul pun..dari kecik, si Danish tu walaupun gelap..orang cakap dia anak Jepun dan Dania anak cina...tapi sebab tak putih..memang melayu la dia orang tu kan.
'Anak laki you pun..tengok mata dia..sepet..tak cantik macam mata you...tak handsome macam bapak dia' - haisssssssshhhhhhhhhh...puji cik Abe depan-depan pulak..abis la jadi bahan lepas ni. Handsome ke? Blueekk...

Comeynnyaa alahai..
Haa..meh nak tunjuk sket yang dalam kategori 'Handsome'. Actually, aku sangat susah nak minat muka ala-ala Ashley Bonjo Banjo ni. Tapi hari-hari dok layan UK Got to Dance ni..aishhh..suka lak tengok mamat ni. Shape muka dia..cee tengok dia senyum..phewww..cair lah. Lom lagi tengok dia menari dgn body yang mantap..ho ho ho. Gila ke? ala..minat je..bukan leh buat apa pun..hak hak hak ...galak!! Sapa-sapa nak body mantap tanpa perut ...p la lepak gym.. ;)


Renungan :
Teruja dengan dada bidang, perut flat dan lengan katang.
hahahah..ni renungan 'galak'..jgn amik serius..:))



..Sabtu - Theraphy Day..

Hallo. Hah! hampir seminggu tak update blog..puas hati. Kenapa tak update? Sebab takde modal dan takde mood nak update. Mana mode lari? Entah la..senyap sunyi, hilang macam tu jek. Hari ni sepatutnya aku dah plan nak p bercuti ngn famili. Plan nak ke Frazer Hill atau Genting Highlands..tapi hotel semua pun full kat Genting nun..kenapa eh? Pagi tadi Abe kejut ajak ke Cameron Highlands..alamak! itu dah jauh..dah mcm nak balik kampung jek. Malas la..ikut hati nak je merajuk..ye lah, dah 2 minggu aku plan nak cuti..tapi tak jadi lak..tapi malas la nak sakitkan kepala..ajak je Abe p Sunway Piramid. Motif? Nak cari 'barang' yang belum jumpa-jumpa yang berkenan. And tadi kat Sunway ada la yang aku suka, tapi hampeh la SA kedai tu..mcm haremm je sombong, terus ilang mood aku..apa, ingat takde duit ke? So aku decide beli je nanti benda yang sama, ada kat Jusco Equine coz cino kat equine tu lagi friendly. Padan muka..sapa suh kerek..blah!!

Eh! dah sampai New York? har har har..Coach Sunway la...
Bagus Butik Coach Sunway ni..terbuka dan takde pak guard..idak la segan nak masuk. SA dia pun friendly..
Minggu ini dan jugak hari ni hari aku beli barang ikut suka hati aku. Hahaha..shopping kan theraphy jiwa. Buang stress and buang mode swing yang tah apa-apa. Tak apa..dunia memang macam ni..time suka - lain dan time takde keperluan, lain la jadinya. Lantak! Emm..lagipun, alhamdulillah, item kat Cut The Prize aku dah sold out semua. Tapi Set aku sendiri belum pakai, kalau sapa-sapa nak, aku boleh let go KOT. Kot la..sbb bag MJ tu memang sangat superb and susah nak dapat dengan harga yang aku offer..sapa beli tu memang untung GiLa.

Coach Swinpack beli kat Sunway Coach Butik .. 50% off.
Levis ni aku beli Online direct dari US and now on the way ke sini..yay!
Minggu ni, lepas dok belek-belek shopping online, aku rembat Jeans Levis seketul direct dari US. Masa tu Levis Online ada 50% diskaun..maka selaju jet aku odet. Masalah gak nak cari size 26 x 32 masa sales and dapat la seketul. Just berharap...lepas lagi la size 26 tu..hak hak hak. Lepas odet Levis, hati ni sangat swingpack baru ..cari online gak lah kan kalau nak murah. Tapi dah tak ramai yang jual swingpack and kalau ada pun semuanya RM400 ke atas. Isk, tak nak lah aku..aku dah tau harga COACH kat US ni, memang sangat berkira sket nak beli wpun online kalau rege mahai gak. Tapi, pucuk di cita, ulam mendatang and masa jenjalan kat Sunway tadi..COACH ada sales up to 50%. Wallaaaa...sangat teruja. Actually aku tak tau pun ada sales..just masuk nak cuci mata..and si SA si cantik manis tu beritahu aku ada sales. Apa lagi..mengelejat la kejap. Terus sambar swingpack pink karer itu..and COACH Malaysia buat sales sampai 31th July 2011 ni..sila lah.. ;)

Hari ni lunch kat Sushi King..and sushi king dah apply sijil Halal ya.. :)
Tadi jugak..alhamdulillah, ada Karnival Photo Wedding kat situ. Terus amik pakej idaman dan impian aku akan jadi kenyataan on 31/7/2011 nanti. yay! Tak sabar..so, semua benda yang aku idamkan dlm blog tahun 2009 (malas nak letak link blog tu) akan jadi kenyataan.. TeRuJa! Outdoor wedding photo session with my famili..aku minta tema 'Happy dan Ceria'..so..tungguuuuuuu.. ahaks!

Sebenarnya, aku sangat teruja dengan Gucci dan Prada..teringin gak nak pakai. Masa kat Paris, memang nak je rembat Gucci Sukey Hobo for RM2000++..tapi bila aku fikir-fikir balik..aku sendiri tak tahu nak beza kan gucci/prada fake dengan ori..terus fikir banyak kali. And both design ni, kalau aku tengok orang pakai kat Mall..memang aku tak dapat beza..Ori atau Imi..so nanti kasi belajar dulu..pastu fikir balik..nak miliki atau tak.

Aigner Perugia II A07229 Ladies Watch
Huishh..cantik kan Jam Aigner ni. Tapi bukan aku punya..hanya dalam mimpi. Dalam MAS ari tu ada jual and rasa nak je minta 1. Harga dalam RM800 and kat butik more than RM1K. Isk..ni angan-angan je la..belum masuk senarai teringinnnnnnnn sampai mimpi2. Lagipun dah nak raya ni kan..kena ada persiapan walaupun ala kadar dan juga persiapan lain yang menanti bulan 11 nanti. Huhuh..istifar banyak-banyak.

Renungan :
Ikut hati - mati. Ikut rasa - Binasa. Ikut nafsu - Lesu.
Diam itu tanda 'suka atau sebaliknya' (?)



Monday, July 18, 2011

..Jom Grab - Nak Clearkan Stock..


Hai Bloggers and visitor..di kesempatan ini, hamba sebagai Tuan Blog dan juga Pemilik Cuttheprize (hahahaa.poyo) ..nak mengclearkan stock yang ada kat my hand.. Semua pun sangat-sangat cantik..betull, tak tipuuu sebab Set kat atas tu, saya sendiri ada 1 set. Hak hak hak..Ni lagi 1 set untuk di lepaskan..pakai raya pun syok jugak.. :)

Untuk keterangan lebih-lebih. Visit my blog : Cuttheprize.

*ini entry iklan :b

Sunday, July 17, 2011

..Tak dapat Itu S.e.D.i.H..

Sedih lagi? Hee..tu lah. Tadi betul-betul rasa sedih..sayu and frust. Dari Jusco ke Carefour..memang takde. Tak jumpa. Kenapa? Mana perginya? Dah discontinue ke? Walaupun aku puasa, namun aku gigih pusing banyak kali tempat yang sama nak cari benda itu..benda yang aku mahu..tapi memang takde. Sedihh sangat terasa..huaaa..betul ke dah takde atau aku yang tak jumpa? Aku cakap kat Abe 'Sedih la..kenapa takde? Kat umah dah tinggal 1 je'.. and terasa bergenang air mata..Oh Nescafe Body Partner Kacip Fatimah + Collegen..kemana perginya? Heeee...aku cari nescafe favorite aku ni lahh...dah takde..mana?? Aku tak tahu la khasiat dia apa..tapi suka sangat..tapi dah takde.. sedihhhh! Memang dah jadi peel aku dari kecik..kalau aku nak, tapi tak dapat..memang menikam kalbu lah. Boleh ilang mood! Takpe..nanti cari kat tempat lain ..kan?

Esok last day ganti puasa..Alhamdulillah..tak sabar nak raya..tapi kalau sambung puasa..ok gak kan?
Hari ni buka puasa masak sendiri. Aku masak tempoyak ikan patin and Abe buatkan sayur dan goreng telur dada. Penat lah. Dari pagi sampai ke petang jenjalan kat Midvalley and The Garden mencari persiapan yang di perlukan. Dapat la 2-3 barang dan barang aku belum lagi. Sebab dah penat jalan-jalan sebab puasa - kalau tak, aku lah yang paling gagah perkasa bab-bab shopping ni..heeheh..balik umah, terus ZzZzz. Abe settle kan ikan-ikan yang di beli..6.30pm aku bangun masak..1 jenis je la..lain2 dia buat..ngeee. Tapi nak jadi cite sedih..dah time berbuka..semua orang tak mau makan. Sayunya rasa makan sorang-sorang..bergenang lagi air mata..ho ho ho. Asal tah..asyik nak sedih jek ni..mood lari kot..maybe sebab bendera merah dah nak naik or maybe sebab memang rasa sedih..tengah-tengah makan, ada gak yang sudi teman. Terima kasih..tak yah la diet..memang tak leh nak lawan perut Za lah..haahahhaa..

Semalam ada Remaco Family day kat Klang..aku tak g pun sebab puasa. Abe g ngn anak-anak..banyak gak lah adiah dia org bawak balik.tapi cabutan bertuah? Memang tak penah bertuah rasanya.. Ngeeee.. dan esok adalah hari Isnin..OPIS? OMG...kalau boleh elak..sangat syukur alhamdulillah....semangat yang HiLaNg..

Renungan :
'Bila kita suka sesuatu, kita akan lakukan apa saja untuk mendapatkannya..tapi kenapa jika dah tak suka..semudah ABC ianya hilang dari akal dan minda?'






Saturday, July 16, 2011

..Salam Nisfu Syaaban..

Hari ini 16 Julai 2011 / 14 Syaaban 1432 dan Nisfu Syaaban akan menjelma :

Daripada sayyidah Aisyah berkata:
Malam nisfu sya’ban aku terbagun dan rasulullah tidak ada di sampingku maka aku cari dan ternyata baginda ada di pekuburan sambil memandang ke langit kemudian berkata sungguh Allah menurunkan rahmatNya dan MalaikatNya ke langit dunia pada malam nisfu sya’ban dan mengampuni dosa hambanya

Banyak keberkatan Nisfu Syaaban ni kan? Di kesempatan ini, aku memohon maaf kepada yang mengenali secara langsung atau tidak jika ada salah dan silap.
Kepada yang rajin membaca, klik sini :
Kelebihan Malam Nisfu Syaaban yang di petik dari akuislam.com. Semoga kita sama-sama dapat keberkatannya. Amin.


Zidna Ilma - nama watak yang sungguh indah..sedap kan nama ni?
Baru selesai khatam buku ni lepas sahur tadi. Mula meminati buku Habiburrahman El Shiraz selepas membaca novel Bumi Cinta. Aku ada beberapa buah lagi buku beliau yang entah tak ingat tajuk. Em..Ketika Cinta Bertasbih antara yang aku ingat dan dah tengok pun movienya. Kenapa eh suka buku-buku macam ni? Mungkin kerana beliau sering mengambarkan 'manusia pasti membuat silap, namun kesilapan bukan hukuman untuk tidak boleh hidup aman di bumi Allah..pintu taubat itu ada dan sejahat-jahat manusia, jika memohon ampun dariNya..kita semua adalah sama'. Ini rumusan aku sendiri lah. Cara beliau mengambarkan suasana boleh di bayangkan terus dalam kepala..dan pastinya, isi novel penuh dengan santapan rohani - bukan kisah jiwang yang melewang-lewang. Now tengah gigih menyambung baca : Cinta Tiga Segi AoTeAroa..kisah legasi Anak Felda Keratong. Ianya sebuah buku Travelog. Aku sendiri perasan, aku lebih suka membaca kisah realiti kehidupan daripada kisah angan-angan. Kalau TV, aku lagi suka realiti show (walaupun tak berapa nak realiti lah) .. emm..lagipun, aku bukan kaki TV pun...ngeee..


Renungan :
'Ilmu tidak sekadar dari buku dan bilik darjah tetapi dari pergaulan,aktiviti sukan dan masyarakat.'
- Mohd Fudzail Mohd Nor

Friday, July 15, 2011

..Meneruskan S.i.S.A-s.I.sA kehidupan..

Ahaks! Poyo tak TITLE kali ni? Apa ada di fikiran bila baca title tak semengah macam ni? Poyo? Meroyan atau Kesianyerr..hak hak hak. Ala...sebenarnya tengah penin ni fikir pasai kerja. Kenapa? Aku ni suka sangat merungut ? atau..aku je ada kerja? Tak - semuanya pun salah..sebab ni blog aku..sebab tu aku nak merapu-rapu kat sini..

Em, selepas story kat Mr.Abe 'my new' job for next September..ala, dia buat muka mcm 'tak best' lak. Ni yang malas ni..mula lah aku terfikir-fikir balik 'salah ke accept kerja mcm tu?'. Lepas tu baru aku terbayang 'kertas..kertas..MS Word..Ad Hoc..Meeting and bla bla bla'. Di beri dua pilihan tanpa balik kepada kedudukan asal..aku terpaksa pilih yang 'ini' dan yang 1 lagi..TIDAK - Nehi..Kabi Nehi. Tak apa lah kan..buat je dulu..takyah fikir lebih-lebih. Lagipun, lucky je aku tengah puasa masa decision ni di buat..kalau tak, sure aku argue gak. Penat lah puasa2 ni nak cakap banyak..and kelakar sampai bos aku cakap 'Nampak you macam OK jek..body language pun OK je saya tengok'.. Muaahhaha. Teruk sangat ke protes aku sebelum ni? Ada gaya-gaya nak makan orang ke masa aku 'bertekak' dulu..So, hope ada lah hikmahnya keputusan di buat masa aku puasa ni..Amin.

So, ada 2 bulan je lagi untuk aku selesaikan sisa-sisa kehidupan aku sebagai Programmer. Sedih? Rasa rugi? Tak kot..aku pun dah malas nak mengadap coding. Lagipun kesian team yang dapat aku..dah la level rendah, knowlege kureng, pastu tak leh nak tolong apa-apa .. sadis. So, daripada menyusahkan team dan bos yang terpaksa fikir sampai ke dasar laut utk pastikan KPI aku tak sama dia orang wpun kerja hampir sama..so aku rela hati, terima pengalaman baru ni nanti. Kalau tak boleh juga nanti..aku fikir cara lain..dah takde motivasi nak kerja pun sebenarnya.

VTS and OEaFMS
Ni dua benda yang aku dok mengadap now ni. Aku tak involve pun dalam coding for these two systems. So sad kan? Kerja aku just buat interface, some reporting, document (half-half), go for meeting and testing. Both kena siap End Of July which is yang biru tu..baru sangat dapat. Tapi alhamdulillah..OK kot. And yang pink tu, nak post ke user next week untuk 'main-main'. Tengok lah rezeki mcm mana kali ni.

NASA
Haa..ni project WIT aku yang dah hidup segan mati tak mahu. Ikut hati aku, memang aku nak biarkan je jadi Gajah Putih...tapi puan assign member lak..share KPI..adeh. Ni alasan aku dari dulu..benda ni WIT jek..tapi asal la bebankan aku dengan scope yang tah apa-apa. Dari 2-3 table..dah beranak pinak pulak. Actually dah jalan dah 1-2 module..sampai kat main module ni aku dah malas nak fikir and baru-baru ni..DB tukar lagi. Stress la..dan kepada owner system..Maaf la ya..makan tahun dah ni.

Renungan :
Mana lebih berat? Tanggungjawab sebagai surirumaah atau sebagai pekerja makan gaji?

 

Thursday, July 14, 2011

..Mari Belajar dari KeSiLaPaN..

Terduduk kepenatan kejap malam ni. Ni la bahananya, kalau puasa, nak melompat-lompat juga kat padang. Hari ni cuba main GD dan berlari, melompat dan berjimba adalah PeNaT GiLa. Padan Muka! Balik dari netball, jam dah 7.25 pm. Alamak..dah nak berbuka. GiLa Tak? Berbuka pun hanya lah segelas air sejuk dan 2 biji kurma. Mengigil lah juga sebab takde tenaga. Lepas maghrib, terus ke Alamanda - Chicken Rice Shop. Lambat pula hidangan sampai, maka 8.40 pm, baru aku dapat makan betul-betul. Lepas makan, Abe ajak p MPH - cari buku. Tapi aku dah tak tahan sejuk..sejak puasa ni, memang senang betul badan terasa sejuk..so, aku ajak anak-anak pusing Alamanda..at least bergerak kan? Takde la sejuk sangat. Balik dari Alamanda..basuh baju, masak nasi untuk sahur, kemas dapur, Iron Baju and now..memang tangkap lentok je lah..tapi belum nak tidur. Nak rehat kejap depan TV layan Australia Master Chef.
- so apa yang perlu kita belajar ? Sila Ganti Puasa sebelum tika dan waktunya..kan dah terkejar-kejar. Esok ada netball friendly..kan dah tak leh main? Hek hek hek..

Selamat Malam Sayang - ketika kepenatan, tidur tanpa gangguan adalah menyeronokkan.


'Wahai anak2 Hj Abd Rahim busy sangatkah?'
-5.35 pm : MAK.
Jeng jeng jeng..apa perasaan kalau dapat SMS mcm ni dari emak? Kalau aku yang dulu..memang dah meletup lah..tapi now, diam dulu. Em. Hari ni Hari Jadi Mak..Tak ingat? Tipu lah kalau tak ingat kan? Baru last week aku beritahu anak-anak, minggu ni Birthday Maktok..cuma ari ni, lupa nak wish. Dapat SMS macam tu, kalau terus call, jawapannya - memang perang mulut lah. Mak dah makin senang terasa now ni, so aku decide..amik Danish and Dania, biar cucu-cucu maktok je yang pujuk. Dania call maktok, loud speaker ..so aku dengarkan je la Mak luah rasa kat cucu-cucu dia. Dania lagi sedap 'Ibu tak ingat Birthday Maktok ke? Bukan Ibu anak maktok?' ...hahhah..siot la punya soalan. Mak mula lah merepek-repek..tak ingat dia la..anak mak ke? Aishh..aku dengarkan jek..Sebenarnya, kalau nak ikut sejarah, mak abah tak pernah ajar kami semua sambut birthday..bukan budaya kita orang. MAKA sebab tu lah aku rasa, sangat susah nak ingat DOB yang baru 3-4 tahun nak mula di raikan. Bukan nak salah mak abah salah asuhan, tapi, benda bukan amalan..mcm ni lah jadinya. Bila semua dah reda tadi, aku sms mak dan esok baru call..biar mak sejuk dulu..
- so, belajar dari pengalaman - Sebab tu, aku dah ajar anak-anak menghargai ibu bapa dengan kata-kata, pelukan dan ciuman. Kalau sayang, ckp sayang..kalau rindu..beritahu rindu. Tak pe lah kan..memang cara orang dulu-dulu, birthday tu takde apa-apa. Lagipun mak abah dah makin berusia..memang nak kena jaga tingkah laku dan kata-kata. Ya Allah, semoga aku tak jadi anak yang menyakiti hati mereka. Amin.Next week, 21st July, Birthday Abah pula..kena set reminder kat enpon ni..tak mahu lagi ada yang terluka.

Dan pasai kerja, bos dah panggil aku jumpa dia and decision dah ada. Cuma, aku malas nak cakap lebih-lebih and meroyan macam ari tu - takde faedah la. So, kita tunggu bos sendiri cerita pasai my new JD and when she said 'Pls Zai, zip your mouth'..maka, aku pilih utk DIAM je lah. Kalau aku melalak pun..takde apa yang berubah kecuali, aku blah dari opis. Tu jalan paling besh...Amin.
- Nak belajar apa dari sini? Ada..ada..tapi tak leh tulis..biar kan aku jadikan pengajaran sendiri.

Ok ..dah la kot. Banyak lagi lesson dalam hidup..tapi yang ni aku taip untuk apa yang jadi 1-2 hari ni. And now, terasa sungguh semput. Esok terasa nak join game..tapi tak tahu la apa jadi kat badan ni. Kita tengok keadaan sok mcm mana..sebenarnya, gian ni..ho ho ho..


Renungan :
'Belajarlah menghargai jika mahu di hargai, belajarlah menghormati jika mahu di hormati dan belajar lah menyayangi jika sentiasa ingin di sayangi'




Wednesday, July 13, 2011

..KPI Baru Ibu..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ni masuk hari ke 10 aku ganti puasa. Uit! Banyaknyaa..kan? Ada lagi berapa hari? Hek hek hek..biar lah rahsia. TAPI bukan sebab ponteng puasa ya aku kena ganti puasa ni - dah memang di tetapkan di lut mahfuz, mcm ni lah lebih kurang penggantian puasa aku hampir setiap tahun lepas bergelar 'wanita sejati'. Dalam aku puasa ni, aku still turun netball petang-petang..semalam sempat main 5 minit..lepas tu rasa nak kojol..hehehee. Em..tgh menanti azan yang akan di laungkan bila-bila masa je dari sekarang, so, update blog kejap.


'Ibu..nanti Mimi dah kawin, Mimi boleh tinggal lagi dengan ibu kan? Mimi tak nak duduk rumah lain..Mimi Sayang Ibu
Sangat 'Touching' kan? Ye la tu..sok bercinta je lupa ibu? :b (Nauzubillah) . Sayang Mimi Juga..Sayang Ketat-ketat.
Em..apa ada dalam kepala now ni? Aku tengah fikir KPI baru bulan 8 ni..but not KPI kerja lah...ni KPI - 'how to teach Dania Berpuasa.' Dania tak macam Danish - agak sangat manja and dia fikir pun tak berapa nak jauh. Dalam erti kata lain - Belum Matured  sangat lah. Bukan lah matured mcm orang tua..tapi not enough matured untuk aku ajar 'what is fasting and how to start'. Danish dah mula puasa seawal umur 5 tahun..alhamdulillah. Aku pun dulu dah mula belajar puasa dalam usia ni. Macam mana nak buat kalau Dania akan merengek2 nak buka puasa nanti? Sebenarnya, Dania dah mula minta nak ikut aku dan abang dia puasa ganti ni..tapi aku tak bagi..kesian lak tengok budak comel tu tahan lapar nanti. Heheheh...Eh, Danish ganti puasa dia yang tertinggal 4 hari last year sebab demam. Walaupun aku cakap, tak yah la ganti..kecik lagi, dia still nak buat..alhamdulillah, tinggal sehari je lagi dia nak kena ganti puasa. Semoga amalan baik Danish berkekalan hingga ke akhira hayat dia. Risau gak..kecik-kecik semua nak buat..nak jaga..nanti dah besar? Emm..berdoa je lah kan?

So, how to teach Dania ni? Kasi upah? Tell her why Allah asked Muslim to puasa? Cerita pasai ganjaran puasa? Kenapa tak boleh makan? Atau...paksa jek? Hahaha..aje gila. Danish pun biasanya 1st day puasa akan melepek tak bermaya - tapi lama-lama OK. Em..Camno ni? Aku dulu pun mak kasi upah singgit sehari kalau puasa...tapi tak pratikal la upah duit ni..sebab hari-hari pun dia org dapat duit sekolah. Janji belikan mainan atau beli baju raya lawa-lawa? Kalau tak puasa pun, kena beli kan juga. Emm...penin. Tak apa lah..kita tunggu Ramadhan..and kita cuba buat pelan-pelan OK. Ni la padahnya bila 'kakak takde adik lagi' - manjanya Ya Rabbi.

Renungan :
'Membesarkan dan menjaga seorang anak perempuan adalah lebih sukar daripada menjaga sekandang lembu'



pst : Entry semalam bukan lah entry meroyan..itu entry tentang kepastian yang sedang aku alami now ni..
(menjawab soalan LPN - Mr. Abe )

Tuesday, July 12, 2011

..Bila PUTUS ASA menjelma..

Tuesday Graphics

Happy Tuesday all! Start your day with this glitters picture and also Happy Birthday To Ateng Dear..May Allah Bless U. Amin.

Untuk diri sendiri :

KALAU adalah 1 perkataan yang tak harus di gunakan dalam kehidupan...
JIKA juga hanyalah 1 perkataan yang hanya menjanjikan impian..bukan kenyataan..

Selepas BERUSAHA untuk mendapatkan apa yang di hajati tak menjadi realiti..muhasabah diri, selak hikmah di sebalik apa yang terjadi kerana pertikaian hanya merosakkan diri. Usah di rayu pada yang bukan hak milik abadi kerana mungkin telah termaktub di azali - Ini Jalan Hidup Yang Telah di Tentukan Illahi. Jari-jemari menaip mewakili hati yang tak sekuat serikandi. Cuma berdoa, Allah permudahkan hidup ini. Amin Ya RabbullIzati..

Monday, July 11, 2011

..Ketika Mereka Tidur Lena..

Cuba mengimbau zaman kanak-kanak, pukul berapa aku tidur ya? Ya Allah, serius dah tak ingat. Rasanya paling lewat pukul 10 malam - ni zaman sekolah rendah lah. Apa yang ada dalam memori - petang kena balik main sebelum jam 7pm, mandi, makan, mengaji,buat kerja sekolah/belajar dan sempat tengok TV sekejap. Aku macam Danish, suka buat homework kat sekolah sebab balik dah boleh rehat. Sangat jarang tengok Danish buat kerja sekolah kat rumah..semuanya dia siapkan kat sekolah. Sebab dia ada target - balik sekolah nak main bola kat bawah. Aku dah memang biar kan anak-anak bergaul dengan kawan-kawan. Biar lah..masa ni lah mereka nak belajar dan tengok dunia. Cuma, pukul 7pm mesti balik, kalau tak, sila duduk luar. Alhamdulillah, mereka dengar kata dan kalau terlajak balik lewat sikit - denda tetap denda. Aku pesan, kalau ibu dah bagi main, balik jangan nak buat muka seposen and bagi banyak alasan itu ini penat bagai sebab diri sendiri yang nak pilih nak pergi main. Pukul 9 pm, biasanya anak-anak aku dah kena masuk tidur kecuali ada benda-benda terhalang la.

'Kenapa Danish ngn adik kena tidur awal ibu?'
'Supaya cukup tidur dan boleh bangun awal..budak-budak kena cukup tidur'
'Kawan-kawan Danish boleh je tidur lambat'
'Kenapa nak ikut orang? Nanti kalau dalam kelas mengantuk, tak boleh belajar, kawan-kawan Danish tu ke nak tolong belajarkan untuk Danish dan adik?'
'Ye la..ok la..baik lah'

Ni antara soalan yang sering di tanya oleh anak-anak bila time dah nak tunjuk jam 9 malam. Kadang-kadang Danish minta gak 'pelepasan' tidur lambat sikit sebab nak layan TVIQ. Tengok la mood aku lak..kadang-kadang OK..kadang2 'Jangan harap'. Ada orang tanya, mcm mana ajar anak tidur awal? Huhu..aku takde jawapan. Ni kena tanya Mr. Abe. Seingat aku, masa aku 'di paksa' ke Kem Nadi tahun bila tah..aku terpaksa tinggal anak-anak pada Abe. Di situ lah segala-galanya bermula. Lepas 4 hari 3 malam..anak-anak dah tidur awal. Camno? Tak tahu..dia just cakap, suruh je la tidur.

Tidur kat rumah mak, kami tidur satu bilik..happy betul dia orang dapat tidur sekali walaupun tak sekatil.
Penah tatap wajah anak masa mereka tidur lena tak? Cuba lah buat..sejuk je rasa. Orang kata, masa mereka tidur ni lah kita elok bagi nasihat and cakap apa yang kita nak cakap. Danish dan Dania, sebelum tidur, mesti nak salam aku dan Abe dan minta peluk cium. Aku lak..lagi suka cium dia orang masa tidur terutamanya Dania..mcm mana lah dia besar nanti kan? Kadang-kadang aku cuba gak sembang ngn dia orang dia orang tengah lena. Danish biasanya memang tidur takde reaksi tapi Dania, kadang-kadang dia bagi response - cukup sekadar dengan angguk kepala. Hahaha..perempuan kan? Tidur tak pernah lena sepenuhnya. Nanti bangun pagi dia akan tanya 'Malam tadi, ibu cium Dania kan?' See..sungguh alert wahai si anak Hawa. Aku sendiri tak tahu apa hasil daripada buat ini semua..lagipun mereka masih kecil untuk di tafsirkan baik buruk atau apa yang mereka akan jadi. Cuma berdoa..Ya Allah..Lindungi dan jadikan la mereka anak-anak yang soleh dan solehah. Takut kan fikir masa depan..aku sendiri, mak abah dah besarkan dengan baik..TAPI kenapa aku jadi mcm ni? Emm..

Ok, jom baca ni dari Pa & Ma :

9 rahsia tidur si manja
Sebelum anak anda melabuhkan tubuh di atas katil di malam hari, dia seharusnya diajar tentang beberapa panduan atau adab penting sebelum melelapkan mata.
Tidur yang sempurna bukan sahaja dapat menyegarkan tubuh ketika bangun tidur keesokan harinya, malah turut membantu dia menjadi seorang yang berakhlak mulia. Berikut adalah antara adab tidur yang perlu diamalkan bagi membantu anak kecil anda memperoleh keberkatan hidup sepanjang hayatnya.

dan sambung baca di sini : Tidur si Manja.

Renungan :
'Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.'




Friday, July 08, 2011

..Kuning Itu B.E.R.S.I.H (?)..

Duduk tongkat dagu gigit kuku kejap. Baru selesai meeting VTS dan selesaikan amanah untuk OEFMS. Sibuk kejar KPI? Abe cakap 'Mana ada orang kejar KPI, KPI tu based kerja...kerja jalan, KPI jalan lah.' OK la ..betul lah kot. Maybe motivasi kerja kita tak sama. Aku pun dah nak tak nak je dok opis ni. Korang bosan ke baca aku nak resign ni tapi ada kat sini lagi? Kalau bosan, tak payah baca lah. Kalau baik, doakan impian aku satu ni jadi realiti..boleh?

Agak ketinggalan dengan dunia luar - bukan tak baca akhbar, tapi tak minat nak baca bahagian yang sesak-sesak kepala ni. Cuma ikut sikit perkembangan dari komen kawan-kawan kat wall FB..OH! Ada demostarasi rupanya kat luar sana. Kempen apa? BERSIH? Tapi pakai warna KUNING? Kuning mana bersih wei..pakai la PUTIH..takut mcm pakai kain kapan lak ke kalau pakai PUTIH? Apa la nak jadi kan? Tak pro mana-mana lah aku ni..cuma ada sikit renungan dari IKIM.FM yang aku dengar baru2 ni
'Nikmat itu memang tak di rasai sehingga lah nikmat itu Allah tarik kembali.' Fikir-fikirkan lah.

Cilok dari FB Mr. Abe. Boots itu sungguh memberi ilham.. ngee..
Em..rindunya nak balik umah mak. Nak balik..nak balik. Baru-baru ni mak datang ngn abah tapi duduk kat umah adik kat Putrajaya. Ni semua gara-gara si Modo accident Motor. Haiyaa..sikit je maaa terus mak abah sampai..memang la anak omak. Ye ke? Isk tak baik TUDUH..aku pun anak mak gak. TUDUH tu apa eh?

Takde renungan utk kali ni sebab aku pun dah tak terenung kelemahan diri...Nak buka apa ya?? Emm..


..Baru Hari Yang ke-5 - B.E.R.C.I.N.T.A.Lah!..

Assalamualaikum...salam subuh di pagi Jumaat. Lagi 5 minit azan akan ON Air, maka bermula lah journey menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang membatalkanya sehingga matahari terbit kerana Allah taala. Amin. Haishhh..banyak hari lagi lah. BERCINTA ni nak abiskan. Setiap tahun pun macam ni, bila dah jadi mcm ni, mula lah pasang AZAM - Hokek! Tahun depan mula awal dgn Puasa 6. Tapi biasanya, AZAM tinggallah azam..punya lah pemalas. Apapun, kena berusaha sampai jaya sebelum bendera merah naik tika sampai waktunya. Syukur Alhamdulillah, cycle matahari terbit aku setakat ni adalah teratur..so, boleh kira hari..sempat ..sempat..sempat..InsyaAllah - dengan Syarat, DIRECT HOKEK! Ngee..

Set Tempoyak Ikan Patin Temerloh.
Semalam, tak macam hari-hari biasa, teringin banget nak berbuka dengan lauk pauk..tak mau dah tomyam momyam bagai. Orang kata, kalau rezeki tak kemana kan? Dalam kepala aku, dok terbayang Tempoyak Ikan Patin kat Asam Pedas Bangi @ MINES. MINES? emm..sangat lah jarang lepas kerja nak p MINES pulak semata-mata nak makan. Mr Abe tu kerjanya jauh, so nak ajak ke sinun, agak lah segan TAPI tup tup dia cakap, dia nak kena hantar enpon dia ke MINES. SubhanaAllah, rasa nak lompat katak je rasanya..terus aku cakap aku nak makan kat MINES walaupun dia cakap dia nak masak spaghetti..haa? Itu bukan NASI lah cik Abang..Ngak Mahu Dong, perut ini ngak nyaman tanpa NASI di sisi. Huhuhu..Macam biasa, dia layankan je lah aku ni...tapi Spaghetti dia masak gak coz si Danish yang puasa gak (ganti puasa dia last year sebab demam), nak makan makanan Italy tu and babahnya ON diet, tak mau makan nasi. Diet? Mihahaha..kalau tak nak jadi ROY, sila lah exercise OKEK..bukannya diet saja.  Ngeee...

Okek, cite ikan patin ni, pada aku Not Bad lah. Sesedap rasa. Cukup lemaknya, ada pedasnya, ada masamnya, cukup rasa tempoyak. Set ni namanya Set Ikan Patin Temerloh RM12.90 termasuk air. Ikut hati, memang tak cukup lah seketul ikan jek, tapi Alhamdulillah..sangat kenyang. Dalam peti ais ada je tempoyak mentah - pemberian mak kenet, tapi takde lah ikan patin nak di masak. Aku bukan tak reti nak masak tempoyak..senang sangat..tapi tu lah kan, malas terlebih. Tempoyak ni macam-macam cara orang masak ye dak? Style aku simple jek.. Tumbuk cili padi, gaul dengan tempoyak, pastu campak dalam air yang di rebus. Pastu masuk lah timun ka..apa kaa...pastu campak ikan. Tu je kan? Eh..garam jangan lupa..nanti terus hilang selera dan paling penting..Ikan kasi basuh bersih2 ya Ibu-ibu..sekali terkena hanyirnya..omak aiii. Tapi kan, tempoyak ni leh guna ikan apa lagi ek? so far..Abe suka dengan Patin jek.. Any Idea? Dan tak boleh nak blah, teringat Siti Nurhaliza masak Gulai Tempoyak AYAM..huhuhu..apakah? sedap ke? Ho ho ho..

Ada 'orang' masih mengidam benda ni rupanya..beli je lah kalau dah suka..
pastu compem mengadap benda ni jek.. emmm

Hokek..azan dah 10 minit berlalu..mari mengadap yang SATU dan lepas tu, kasi kejut semua orang. Di doakan, semua umat Islam di limpahi Rahmat Darinya..AMIN.


Renungan :
'Bila kita rasa kita tahu segala-galanya, cubalah sekurang-kurangnya menghormati pandangan orang lain. Tahu tak semestinya BETUL dan BETUL tak semestinya BIJAK. Bergurau ada tempatnya dan tempatnya biar lah jangan sampai ada yang terluka.'






Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!