Friday, June 29, 2012

Thursday, June 28, 2012

..Kredit and Debit Kad..


Hari ini dan semalam, aku mundar mandir kat depan pigeon hole surat. Tercari-cari surat cinta dari CITIBANK. Ni je pun surat cinta aku setiap bulan...tapi asal bulan ni tak muncul2 lak surat ni? Adehh..suspen. Malas nak menunggu sebab aku adalah orang yang tak suka menunggu..so, aku terus Online ke Web Citibank. Sebenarnya boleh jek nak Online dari awal..tapi baca surat kan lagi Teruja..dah dah lama tak dapat surat dari Posmen kan? Tadi..bila dah login and klick for E-Statement..TERUJA! Hiks..lor. NIL rupanya. Patut lah takde bil sampai. Aku pun tak ingat aku tak guna langsung kredit kad ni last month. Aku tak beli apa2 ke? Ke aku dah abiskan duit abe jek? Ahaks!





Lepas dah urut-urut dahi..sepet2kan mata untuk aktiviti mengingatkan semula urusan shopping aku..Aha! baru teringat..aku guna Debit Kad Maybank rupanya. Sejak urusan jual beli kat Malaysia ni dah banyak terima debit kad..aku lebih suka guna Debit kad. Dulu aku pakai kredit kad pun sebab malas nak p ATM nak cucuk duit.LAGIPUN, aku sendiri dah lama tak membeli belah secara boros di Mall..kadang2 je kalau anak2 nak apa2..and Abe tak mau belikan...aku relakan hati lah kuarkan duit..kebiasaanya buku lah. Mainan pun dah lama tak beli. Mungkin cara tumbesaran aku dan abe tak sama...aku dapat apa yang aku nak dari kecik..and Abe lak - maybe caranya lain..so kadang2 kesian kat anak2..layankan je lah. Mungkin juga selari dengan peningkatan usia..aku dah tak selak sangat nak membeli belah. Cuma kalau buku dan makanan..aku tak kedekut..buku ada ilmu..makanan leh kasi kenyang..ada apa hal nak kedekut kan? hiks..

Esok nak ke Dabong untuk hiking and sampai sekarang ..aku LOST. Nk bawak apa ni? emm....

Tata!

Wednesday, June 27, 2012

..Alamak! Hilang sudah..


Kena cari strategi nak kembalikan KEGEMILANGAN . Team dah tak leh pakai masa sukan IPTS.

Aiseh..gara-gara 'alpa' nak update blog hampir sebulan..Nuffnang kat blog dah takde iklan. Rugi-rugi. Maka, mari lah bergigih semula berblogging. Pagi ni..aku nak cakap pasai..apa ek? Haaa..semalam petang ada friendly netball dengan team UPM. Em..KALAH la pulak. Tapi..aku tak ralat sangat kalah sebab UNITEN baru nak set team..team asal kita orang di bawah Kelab Kilat terpaksa di buburkan coz ada geng TNB (ahli Kelab Kilat Bangi) yang tak boleh main untuk Sukan IPTS on 6-8hb Julai ni. So..3 orang strickers telah tiada and nak cari geng UNITEN..tersangatlah payah. Kena pujuk rayu, adeh! Since team tak lengkap..partner shooting aku terpaksa main C..jadi kelam kabut sikit utk aku serasikan diri dengan new partner. 3 kali game semalam..3 kali lah aku tukar partner. As a GA, tugas aku just as a feeder nak bagi bola masuk D..and lebih2 tu, GS punya kerja.GA kalau dah semput..memey la nak shoot ke laut jek. Apapun, aku mengaku..aku ni , kalau namanya game FRIENDLY..aku kurang gabra sket and main kira more to training..so aku tak berapa nak all out. Tapi semalam, dah kena marah..hiks..so ..MAAF ya kawan2..lepas ni den tak main2 lagi..ampun ya.

Tuesday, June 26, 2012

..Apa yang dah berlaku ? ..

Tiba-tiba rasa sungguh bosan..and biasanya, kalau bosan, blog ini lah yang akan menjadi jamuan. Em..nak cite apa? Apa yang dah berlaku sepanjang aku tak update blog ni? Antaranya :

1) Berat aku now dah turun balik ke 45kg? Why? Selera makan aku hilang..
2) Jeans size 26 aku dah boleh pakai semula. Why? selain selara makan yang entah p mana tak tau..aku juga kekurangan tidur. Susahnya nak tidur..

3. Masa cuti sekolah, aku dan abe g ke Gold Cost, Sepang. Ada promotion bilik di situ..mereka suruh tengok and lepas tu bagi voucher percuma penginapan 2 hari 1 malam. Sampai sekarang masih tak guna voucher tu and expired on August 2012. Takde masa lor...

4. Nak sangat cuba ATV. Cuba booked di Kemensah, tapi dah full. Kebetulan kat Bagan Lalang , Sepang, ada benda ni. Tapi tidak lah mencabar kerana track nya biasa2 aje. RM25 seorang, 5 kali pusing. Aku mendahului Abe kerana Abe kegayatan. Hak hak hak....


5. Lepas cuba ATV, Abe teringin nak rasa go-kart pulak. RM20 seorang. Kami berlumba dan tentulah aku kekalahan kerana aku tak sampai. Ces!! Bangla tu adjust tempat duduk aku..dah terkial-kial aku nak tekan minyak. Opss..masa ni anak-anak cuti sekolah ..mereka balik kampung. 

6. Katanya, Emas tengah turun harga. Berjaya mengayat (pujuk actually) Abe untuk sesuatu di Habib.
7.Alahai..ini benda yang menyesakkan kepala. So far aku dah kuarkan barang  dari bilik No 2 dan 3, tetapi bilik No 1 belum sebab terpaksa alih almari dan katil. Kata mamat tu, rumah aku je belum buat untuk level 2. Bila eh? Huhuh..Malasnya..


8. Dalam 2 minggu lepas, aku dan Kazie berulang alik ke HQ lepas opis hour untuk training bola jaring. Ada games dengan Team dari Thailand. Bukan lah National Team, tapi team dari Combine Electricity Authority Team jek. But still a good experience. Kata kawan2. 'International Player'..hahaha..poyos b gosh.

9. Mr Abe dah tak tertanggung menanggung derita untuk memiliki Ipad. Abe pujuk aku belanja..tapi, apakan daya, aku ni bukan siapa2 (ada duit..tapi sayang..haks!) . Maka dia membeli lah ini barang untuk diri dia sendiri. Aku panggil benda ni, madu no 2 aku selepas Iphone. 

10. Terpaksa mengadap KASTAM di KLIA untuk clearkan items yang aku order dari US. Agak menyesakkan sebab aku dah publish barang dengan harga..sekali aku kena TAX. RM250 gak melayang. Prosidur mengadap Pak Tam agak lah leceh. Almost 2 hours kat situ.

11. Hadir kursus Coaching, Mentoring and apa tah. Yes, I am COMMONDER. Selalu aku di interpretasikan sebagai orang yang sangat bagus menjadi ketua dan bagus dalam membuat kerja. Ye ke? What ever...

12. Ini adalah benda yang di tulis di belakang aku dan tak tahu siapa yang tulis masa coach. Satu benda agak Eeee..sapa la tulis, iaitu GEDIK. Cesss...gedik ke? salah orang kot..mungkin ya..tapi dengan orang yang rapat dengan  aku jek...takpe la...mungkin boleh baiki diri. 

13. Pizza with steak. Em..ni kira antara pizza yang aku boleh telah walaupun ada chess. sebab chessnya tak rasa pong. 

14. Sambutan birthday Puan (bos Unit aku) kat Red Work. Takut aku tengok makanan atas  meja. Entah berapalah agakanya puan kena bayarkan??

15. 21hb Jun, game Netball dengan CEAT. Ni team mate aku dari UNITEN. Kazie namanya. One of my Idola. She is LECTURER but so humble. 

16. Ni 'Amoi' dari CEAT team. Dia demo cara-cara nak pakai kain yang dia org kasi. Kami dapat sorang 1 kain macam tu tapi lain2 warna. Dia orang ni kelakar gak..dan masa main, tersangat lah ganas. Kerja diaa orang ni..'Photo..photo'..hahhaa. Tak boleh cakap english sgt .. 

17. 22hb Jun, aku balik Johor. Maktok aku (mak abah) meninggal dunia. Suasana agak pilu terutama cousin aku kat Johor banyak perempuan. Semua pun berendam air mata. Semoga roh maktok di tempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin.

Aku nak tulis something :

'Bangun jatuh, susah senang yang aku jalani bersama insan yang aku sayang sebagai sahabat adalah sesuatu yang sangat aku hargai. Senang aku- tak pernah lupakan sakitnya sahabat. Sakitnya aku - tak mahu kehilangan senangnya sahabat..Namun, jika aku tercampak jauh di atas kesenangan sahabat-doa aku sentiasa bersama mereka.'


Friday, June 22, 2012

..22hb Jun 2012..

Kembali menaip untuk mencatatkan sesuatu yang perlu di simpan dengan rapi dalam kotak ingatan. Menjadi kebiasaan, aku coretkan sesuatu yang penting di muka blog ni sebagai satu kenangan. Kadang-kadang, sebagai manusia biasa, banyak perkara penting samada suka atau duka yang aku terlupa. Menyelak helaian paparan blog dari dulu sehingga sekarang menjadi kebiasaan aku bila aku terlupa atau teringat sesuatu. Masih menjengah Rehat..lepak dan luah rasa ketika duduk keseorangan melayan diri mengimbas nostalgia.


 

Em, hari 22hb Jun 2012. Apa yang penting sangat dengan date ni? Emmmmmmm...hari ni, jam 2.45 petang tadi, aku mendapat panggilan..Maktok aku di Johor meninggal dunia. Innalillah..semoga roh maktok di tempatkan di sisi orang2 yang beriman. Maktok adalah Mak abah. Sudah berusia lewat senja..hampir mencecah angka 100. Dah lama maktok sakit..jadi, redha dengan pemergian maktok kerana maktok sudah lama terlantar sakit yang membuatkan dia tak mampu nak buat apa-apa. Al-Fatihah .. semoga roh maktok di cucuri Rahmat. Aku sepatutnya dah pulang ke Pontian untuk lawat jenazah..tapi Abe outstation pulak..dia baru sampai dan insyaAllah, sok awal2 pagi akan bertolak ke Pontian..pun tak lama. Ahad pagi, Abe nak berlepas ke Jakarta pula. Sian kan? penat travel.. semoga Allah permudahkan semua. Amin.


Banyaknya benda yang aku tak mampu nak kongsi bersama di blog ini. MALAS! Lagipun..siapa pedulikan?









Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!