Tuesday, November 27, 2012

.. Conteng lagi ..



Gigih menggunakan S pen. Melukis OK..S pen lancar.. memang mcm guna kertas dan warna2 dia pun boleh di mix kan.. just handwriting aku je tak mau jd elok. Gigillll la pulak.

Kalau lah aku boleh melukis dgn imiginasi sendiri kan best? Tu la.. dulu belajar sekerat jalan. Now dh keras.. hehehhe..

Ok la .. ni je untuk petang ni..

Papai!! ♥
posted from Bloggeroid

Monday, November 26, 2012

.. Hanya gambar ..

Wallpaper enpon.

Mempoyo kan diri..Poyo b Gosh.

Kad Diskaun 1Malaysia..

Rindu Kopi Mc D..

Merlin is back..Mesti layan The Macho Arthur and The Handsome Merlin. Pheww.. 
posted from Bloggeroid

.. My last Sunday ..

Kus kus kus!! Semput jap..berlari dalam opis sebab di kejar dek Anne Ikma..Penat oii! Ni lah padahnya kalau dah lama tak exercise. Bila tah nak mula balik senam2 ni. Nak tukar style lah..nak cari CD Paula Abdul, senam dalam rumah je petang2. Bila? Entah..hangat2 tahi ayam jek lah jawapanya.

Em, semalam - Ahad aku ada kat umah mak. Petang Sabtu lepas kerja terus bertolak. Rindu la kat budak2. Mr.Abe ajak balik..aku ON jek. Walaupun sekejap..we have quality time. Ikut hati nak je bawak balik budak2 ni. Takpe lah..next year, Danish dah Darjah 4, maybe dah boleh tinggal je kat umah time cuti. Tak yah hantar balik kampung dah. Emak abah tak kisah pun..dia org pun suka. Aku pun suka je sebab anak2 akan ikut Maktok ngn Wan dia solat kat surau sebelah rumah, mengaji dengan Wan dan belajar 'moral' dengan maktok. Ye lah..anak2 ni, dengan mak sendiri kadang2 tak jalan kan..

Ahad pagi, bawak budak2 tengok wayang kat Kinta City Ipoh. Tengok Rise of the Guardian. Alamak! Aku lah teruja tengok sampai leleh2 air mata..memang la cerita TAHYUL kan..fairy tales..tapi banyak moral story yang kita boleh kutip. Biasa lah aku ni..tengok kartun pun aku fikir dalam2. Paling best, apa yang akuu dapat - 'SIAPA KITA?'. Deep inside..siapa sebenarnya kita? Apa yang sebenarnya kita boleh buat .. Betul lah..aku sendiri dah LOST, siapa aku sebenarnya...siapa aku DEEP iNside? Emm..


From Danish and Dania..cute sgt kan? Alahai anak ibu..

Masa aku sampai Sabtu malam tu, around 9pm, happy betul budak2. Dania beri aku kertas bersampul. 'Untuk Ibu..Adik rindu Ibu'..oh! touching. Dia bagi lukisan 'Selamat Jumpa lagi'. Pastu dia kiss aku. Adehh..ni buat makin sedey nak tinggal korang ni. Pastu Danish lak..dia letak lukisan dia ada meja solek, and terus lari. 'Ibu..suprise!' Hahaha..lain lak si boy ni. Main suprise2 lak...malu lah tu. Hahaaaha. Dia pun buat kad 'Selamat Pulang'. 3D okek. So cute. Thanks Allah for these beautiful and smart kids for me. Pelihara lah dan lindungi lah mereka selagi hayat di kandung badan. Amin.

Riang ria hari Ahad with them.
Lepas wayang, ke kedai buku. Pantang sangat lah nampak kedai buku. Kalau buku, jarang aku dan Mr.Abe tolak. Kali ni Danish beli guna duit sendiri. Syukur, dah pandai menyimpan untuk dapatkan barang sendiri. Buku Dania pun dia bayarkan. Dania beli buku crossword puzzle. Sejak bila? Aku pun tak tahu..dia minat sangat selain melukis. Aku tak tahu potensi Dania..tapi dia sangat humble. Tak malu bertanya and sangat byk bertanya. Event 1 word yg kita rasa senang pun, kalau dia tak faham, dia akan tanya. Dia tak kisah pun orang nak gelakkan dia. Em..potensi dalam pelajaran aku tak tahu..tunggu dia masuk primary skool. Em..dah darjah 1 anak dara ibu ni..Tengok gambar..dia pun dah makin debab..sebab aku complaint, kalau kurus, ibu nak peluk tak sedap..so dia pun cakap 'Ok la..adik naik kan balik badan'. Hahaha..so girl2 kan?

Lepas kedai buku..tanya nak lunch apa? Dania nak Mc D..tapi sorry lah dik, buat masa ni, ibu dan babah tak makan Mc D..hehhee. So dia nak Sushi. So kita orang lepak Sushi King. Seronok tengok dia orang makan..memang kesukaan. 

Coach Wallet.


Ni my new wallet COACH from Mr.Abe. Of course la dari Mr.Abe kan..ate dari siapa lagi. Pujuk nak Gucci and Prada je tak dapat2..takpe2..nanti kumpul duit sendiri. Wallet ni lak, aku tertinggal kat Ipoh. Beriya p collect kat Kampar..tertinggal gak kat Ipoh. Aku sebenarnya dok fikir ni..nak pakai ke nak jual. Sebab aku sebenarnya kurang berkenan dengan long wallet..tapi susah nak dapat medium wallet COACH. Wallet COACH yang aku dok pakai now ni pun okek lagi..so ikut nafsu kan? Apa daa.....Kalau siapa2 berkenan, boleh email aku. Hiks...ORI ..direct dari USA ya. and alamak..dah lama aku tak update kedai aku..malasnya nak amik stok.Tapi nanti aku update item from Europe. So do visit my CuTThePrize. 

Aku tengah standby untuk event Kad Diskaun 1Malaysia ni sampai Rabu. Yang penting...makan pree..hahahhaa..

Ok la..nak wat minit mesyuarat. Dah jadi kerja hakiki aku lak wat minit...hiks!

Papai! Muah............



Saturday, November 24, 2012

.. Hari Asyura (10 Muharram) ..

Assalamualaikum..

Pagi tadi, usai solat Subuh, terus jengah FB. Erkk..dah macam rutin lak kan? Terbaca status kawan tentang puasa 10 Muharram. Alamak! Asal aku tak ingat? Asal Mak tak call ingatkan? and asal tak ramai yang letak kat FB mcm biasa? Boleh je nak puasa lagi lepas subuh tu kan..tapi memandangkan aku makan soto jek mlm tadi and siang tak makan sangat, aku tak teruskan lah puasa. Agak terkilan gak and sampai lah terbaca ni kat Internet :

"Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)"


Oh Okek..boleh pujuk diri sendiri. OK lah kan, sebab tak puasa semalam dan belum tentu dapat puasa esok. Ngeee. Banyak fadhilat puasa Asyura ni. Tapi tak pe lah, takde rezeki aku tahun ni. Semoga di beri kesempatan di lain kali..semoga panjang umur. Amin.


Kerja dan Kek Pisang. Sedap wei kek pisang ni..
Sedang menahan sejuk dan kebosanan nak tunggu kul 5 pm. Kerja! Kerja dalam mode standby and takleh g mana2 adalah 'bluweekk!'. Dah la hari ni ada netball game kat padang ILSAS..tak dapat main. Ohh..pasrah je lah. Semalam kul 9.35 pm aku dah masuk tido. Hamekk kau! Hahahha..Boring la tak de anak2. Nak tengok TV pun tak tau nak tengok apa. Nak kuar makan, Mr.Abe dah tapau soto..maka, layan katil lagi best.

Aku rindu sesuatu..kalau lah aku boleh ulang masa..emmm..Entahlah. Jauhh dari lubuk hati..aku nyesal dengan semua2 benda yang buat aku jadi mcm ni...S.E.R.I.U.S. tapi dari satu sisi...banyak jugak HIKMAH yang aku dapat atau nampak..dari sisi lagi satu..nak balik kepada sesuatu keadaan yang tenang tanpa rasa sayu dan serba salah..amatlah susah. Entah lah..biar lah masa terus menentukan..

Dan yang buat aku HAPPY sangat2 ari ni..........Online Event Hujung Bulan 12 adalah CANCEL. Yay!! Jom Jolly Katak...........Kita CUTI laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Alhamdulillah.......

Ok..makanan PREE dah terhidang..Jom Makan..

Papai!!

Friday, November 23, 2012

.. Nak Main salji (?) ..

Hello. Gigih ni aku menaip blog di opis ..padahal semua orang dah balik. Keh keh keh. Aku nak share something dengan mereka2 yang nak pergi bercuti main salji or cuti during winter walaupun takde salji. Based on stats blog aku, aku tgk, paling ramai cari 'Nak pakai apa di musim sejuk' atau 'apa keperluan untuk main salji'.

Stat blog aku di lawat semakin naik..tapi aku tak tahu siapa..siapa yang rajin lawat, Thanks ya.
 Baca lah dengan minda yang terbuka..pls.


Takde la pengalaman byk pun main salji..ni based on pengalaman aku ke Eropah masa Spring and Winter few times. Aku ada tulis dlm blog ni..tapi kali ni aku ringkaskan.



Winter Attire
Kenapa dan kenapa kena pakai semua ni..kalau rajin, sila lah baca di : Sejuknyaaa!!!

Ok have fun kepada yang bercuti ...kalau tak tahan sejuk gak, orang kata , cari Hot Pad. Aku tak pernah guna..cuba la google Okek..

Papai.. :)


Wednesday, November 21, 2012

.. Conteng-conteng ..

Yuhuuu... masa utk tidur. Sebelum tu, nak post benda ni kat blog.



Lepak2 ngn abe..di suruhnya melukis guna ipad..Aiiii, nak lawan Note ka? Ok2..permintaan di tunaikan. Tapi.. ni je lah hasilnya. Aku tak pandai lukis objek dgn imiginasi.. kalau tiru..boleh. hiks. Emm..dari hati aku utk Gaza. Semoga Allah melindungi dan memberi Palestine kemenangan. Amin.



Petang tadi balik kerja..dok sorang2 mmg la membosonkan. Sejak takde budak2..saja je aku balik lambat sbb Abe pun balik lambat. Aku pun dah tak turun bersukan...tawar betul hati..em. Maka terhasil lah contengan bunga Rose ni. Ngeee...

Ok..mari tido. Plan nak masuk tido 10.30pm setiap hari lepas ni. Aku bukan kaki tv..so tak tgk pun takpe kecuali nk layan Merlin.
Mcm biasa, online kejap..pastu..tido.

Nite..papai! ♥


posted from Bloggeroid

.. Nantuk Nyer Alahai ..


Menghitung hari, detik demi detik. yeah! Mode Krisdayanti. Hitung apa? Hitung cuti..nak cuti lagi..malas nak kerja..tapi kena kerja. Minggu ni dah start event. Sabtu ini adalah berkerja. Ohoiii! Dan Sabtu ni juga ada Netball Game 3 penjuru untuk TNB. Coach TNB dah panggil..TAPI sedey! Tak leh main...kerja wei..kerja! Uhuk... Dan Sabtu Mr.Abe outstation sampai Isnin..Yay! kena tinggal sorang2....uhuk! :(



Kena taip laju2..ada testing sistem lepas ni :

1)  Teringat kat Danish and Dania. Boringnya takde dia orang. Sunyi saja rumah. Emmm
2)  Dah lama tak exercise. Netball ke laut..jog ke longkang. Malas!
3)  Macam nak g shopping..amik je benda2 ikut suka hati..
4)  Nak handbag Gucci. Nak beli guna duit sendiri..TAPI tiada 'kelulusan'..uwekkk!
5)  Tiba-tiba teringin nak makan Sushi. Oh Salmon..telan air liur.
6)  Rasa dah terlebih bercakap sejak dua menjak ni. Alamak! Itu bukan saya..kuikuikui.
7)  Masih rindu pada Gunung Kinabalu..nnt naik sorang2 je lah..Nasib lah kan!
8)  Macam nak join geng outdoor yang ada kat FB..tak kenal pun takpe..janji seronok (kot).
9)  Tak sabar nak tunggu abis tempoh jadi AJK KBS..KBS is Kelab Bosan Sangat!
10)Dah lama tak tengok wayanggg..kan?


"tiada kesenangan yg datang sesenang pandangan" by :lyzaa abd rahim


Okek..sekian terima kasih..

Papai!!




Tuesday, November 20, 2012

.. Pray for Gaza ..



From me to GAZA.. may Allah bless GAZA.

*melukis menggunakan Samsung Galaxy Note 2.

posted from Bloggeroid

.. Kalbu itu Pintu Segala Rasa ..



.. Tiada sesuatu yang menyakitkan melainkan hilang rasa dlm JIWA ..
posted from Bloggeroid

Monday, November 19, 2012

.. Kalender Cuti Sekolah 2013 ..

Ahaks! cuti sekolah akhir tahun baru je mulakan? Tapi ni aku nak share cuti sekolah 2013. Boleh la nak belek2..nak chop2 tiket flight nak g jalan2 jauh ke..atau just nak tengok2 untuk lepak2 dengan famili kat umah. :)



Kalender ni penting untuk aku since jd system support ni. Nak cuti..semua kena rujuk kalender akademik Uniten..baru boleh cuti. Sob ..sob .. sob..

Happy Holiday! Papai!

.. Hitam & Putih Kehidupan ..



Papai!

Saturday, November 17, 2012

.. Jalan2 Redah Jek 2.1 ..

Hiks..ada lak sambungan 2.1 kan? Saja malas nk pikir title lain. Sebelum cite panjang..jgn layan mood blues...alaaaaa!!! Sok dah Ahad and kena balik UNiTeN dan Monday adalah kerja. Anak2 akan di tinggalkan di Ipoh bersama emak dan abah. Mereka tak sabar2 nak dok sini..masa cuti ni pun, ajak jln2 town pun dia org malas terutama Dania .


Ni gambar masa kita singgah kat satu gerai tepi jalan kat Lenggong. Mula2 saja nk stop minum air..yelah, panas gila kot. Gerai ni tepi traffic light..tak glemer pun. Sekali terbau laksa .. sedap baunya. Aku kan pantang dgn laksa..terus odet. Rm2 je kot. Sedap okek.


Destinasi seterusnya adalah Bandar Di Raja - Kuala Kangsar. Mr Abe lahir kat sini and skool dia pun kat sini. Sekolah rendah apa tah and juga McKK. Oh..budak MCKK? Booo..dr bdk SERATA. Apa tu SERATA? Rahsia .. hahahha. Pastu jln2 Pekan Kuala.


Dah habis pusing .. singgah la kejap Taman kat tepi Sg Kangsar. Layanzz budak2 ni main. Pastu posing2.... masa ni baru nk belajar guna Note 2... maka setting camera pun tah apa2 ..

Ok la..jom dinner. Asam pedas ikan sembilang by emak dan tomyam kepala Salmon by Mr.Abe..

Papai! ♥
posted from Bloggeroid

.. via Note 2 - notes apps ..



Emm..cubaan belajar menggunakan apps NOTEs dan stylus yg ada dlm Samsung Galaxy Note 2. Kena lah belajar guna sbb this is the main function of Note 2 yg buat aku jatuh cinta. Byk gak benda nk belajar menggunakan stylus ni. Air View, Gesture and Quick Command.

Letih gak guna full hand sbb Note adalah lebar..nk guna sblh tgn boleh tukar function keyboard .

Cerita Jalan2 Redah Jek 2 ni panjang lagi..tp sbb dlm mode : 'belajar'... yg ni dulu buat masa ni .. nnt sambung cite guna mode blogging biasa2..

Jom solat Zohor...Papai!!! ♥

posted from Bloggeroid

.. Samsung Galaxy Note 2 ..



Masih mengodek ini benda. So far, sgt suka. Nanti ada masa .. boleh cerita sket sebanyak pasai ini benda.

Nantuk sudah .. bersambung...

Papai! ♥

posted from Bloggeroid

Thursday, November 15, 2012

.. 1 Muharram 2012 ..

Hari ni dah 1 Muharram di tahun 2012. Pelbagai persepsi yang di canangkan ketika Muharram menjelma. Ikut lah cara sendiri nak faham apa tu Muharram kan? Tapi bila byk sgt pendapat..bagus gak, terbuka sket minda utk berfikir..jgn main nganga je bagi info masuk tanpa kena berfikir..bahaya tuh!

Buat apa lps jalan2 ke utara? Emm..setakat ni, aku setia dlm umah. Semalam Mr.Abe ajak g Muzuim Lenggong..malas la pulak..so, dok je diam2..


Malam tadi..boleh pulak terlayan Kuch Kuch Hota Hai sampai 1.30 pagi. Cite lama oiitt..tapi boleh lg nak layan berkali2. Cite since 2002 kot. Suka tengok SRK, Kajol and of course la Rani Mukharajee. Tak lupa Salman Khan yg sasa itu.. Huh! Hhhahhaha..


Tak puas makan duyan kat umah transit MIL, aku minta abang carikan. Tapi dia tak mau, keto busuk nanti. Wallaweiii..tau la keto baru. Sib baik la ada org nak melayan kan..sapa lg? Mr.Abe laahh..dia g cari kat Silibin and dapat la 2 longgok. Buy 1 longgok, free 1 longgok. Rm20..ok sgt la kah..and alhamdulillah..buah agak cunz utk memuaskan nafsu. Ngeh ngeh ngeh..


Tengah ari tadi..dengan takde kerjanya..aku dan Dania menconteng tangan. Ahaks! Aku memang suka benda2 mcm ni. Cuba gak memberi yg terbaik..tapi 'keras tangan' lah..sungguh tak berseni kan? Aku sebenarnyaa..nak sangat tindik hidung...tapi mak tak bagi..dgn ucapan 'nak sgt nmpk mcm mamak betul2 ke?'.. Alaaa..apa lak mamak..mek arab pun ramai je tindik idung..kan? Mr.Abe pun ok jek..seksi what? Hahhhaa..berangan je lahh..


Now .. Ini lah kerja aku..mengadap ipad abe. Baca travel blog orang. Yes..salah satu kegemaran..baca travel blog. Suka berjalan tgk dunia..tapi tak mampu kalau tak di taja. Uikk..apa penaja? Sapa? Scandal ngn Datuk? Untunglah kalau leh scandal dpt benda best2..hhhhaha..sapa lg penaja aku kalau bukan Mr.Abe. Kuikukuikui. Aku suka bc travel blog yg g secara 'backpackers'. Tgk dunia dgn cara murah tapi fun. Murah tak murah...riban2 gak lah kan..

So impian aku masih ada 2 negara yg aku nk pergi sgt iaitu:

1) USA
2) Tanah suci Mekah

Kapan ya? USA perlukan Visa yg susah nak lulus serta cuti yg panjang dan Mekah sebab aku yang belum ready..huhuhu.

Ok la..jom baca blog..papai!

posted from Bloggeroid

Tuesday, November 13, 2012

.. Cuti2 Redah Jek ~ 1 ..

Erkk...kenyang makan durian and manggis kat umah transit MIL - Lubuk Buntar. Tiba-tiba sampai Lubuk Buntar kan? Tak jadi p Penang..dah penat. Lepas ni bertolak balik Ipoh..yay! Boleh rehat2 and lepak2..


Pagi tadi check out dari hotel and terus ke Bkt Kayu Hitam. Ohoii..panasnya. Apapun, alhamdulillah..cuaca cunz sepanjang aku berada di utara. Eh salah! Sebelum p Bkt Hitam, singgah dulu kat Muzium Kota Kayang. Dalam ada info tentang kesultanan Perlis. Cantik scenery. Terletak di kaki bukit. Budak2 pun suka muzium..mmg sakan lah membaca.


Kat Bkt Kayu Hitam..conpius kejap. Macam dah tak happening. Terpaksalah turun bertanya. Kita orang terus ke Kompleks bebas cukai The Zon. Takde la murah. Dah tau pun The Zon tak murah..saja je nak jalan2. Belikan Dania bag sekolah..ok lah harga bag tu. Pastu borong coklat. Tak tau la murah ke biasa jek. Ngee..pastu g ke Bazar. Sadisnya, dah tak byk kedai and dah tak banyak pilihan. Beli jersy lak utk Dania. Aku? Ee..tak dpt apa2. Uhuk.


Sebab tak jadi p Penang, singgah la umah MIL ni. Dah kenyang mkn buah, jap lagi nak dinner..pastu balik Ipoh. Aku kalau dah balik umah mak, memang payah la nk keluar.

Ok..nnt bercerita lagi kalau ada benda nak cite.. ;)

Papai!
posted from Bloggeroid

Monday, November 12, 2012

.. Cuti2 Redah Jek ..

Halloha! Menaip dari Kompleks Makanan Laut Negeri Perlis or known as Koma Laut. Tengah tunggu ikan bakar. Belum makan, so tak leh nak review OK ke tak.

Macam mana leh sampai Perlis? Yap, unplanned vacation. Memang cuti seminggu. Dari Bangi pada hari Sabtu, terus ke Kampar, kenduri kawan..pastu ke Ipoh, singgah umah emak kejap hantar barang terus ke Bgn Serai kenduri kawin sepupu Mr.Abe. Tapa sebab jammed lps terowong Menora and hujan lebat..lambat lak sampai. Terus ke Lubuk Buntaq, umah transit MIL. Tido situ and mlm tu baru singgah umah pengantin. Penatnyaa wallaweii!!

Ahad, bertolak ke Penang, kenduri kawan Abe and lps tu terus ke rumah auntie kat Alor Setar. Dalam dok sembang2, depa suggest p Padang Besar, Perlis..tu lah sampai kesini.
Apa ada kat Perlis?


Mula2, off course la menuju ke Padang Besar. Aku pun tak ingat bila last aku g Padang Besar ni. Uncle kata dah lain. Apa yg lain pun tak tau. Aku bukan jenis suka g tempat crowded..so, sampai sini, target nak beli Jersey Gred A kat Danish. Pastu belikan org tua baju and pastu beli la jajan2..tak sampai 2 jam..terus keluar.


Lepas tu g Gua Kelam. Apa eh nak cite..pusing2 dalam gua la. Ok la kot dlm Gua ni..melihat alam yg jarang kita tengok.


Perjalanan seterusnya ke Taman Ular dan Reptilia, Perlis. Scenery kat Perlis sgt cantik. Gunung ganang, sungai,laut and bendang berada dlm satu kwsan. Kat taman ular ni..mcm biasalah kan, tgk and baca info tentang haiwan2 ni. Anak2 mmg suka tmpt mcm ni..so, layanzz..


Petang, terus ke Kuala Perlis nak cari makan. Laparnya tak lunch2 sampai petang. Jumpa medan selera dan ternampak hotel. Sementara makan, Abe call Basmana hotel ni. RM145 per bilik. Okla sgt kan. Betul2 kat happening place kat Kuala Perlis ni..semua ada kat depan hotel ni.


Malam..Abe bawak ke Kangar. Kita org byk guna GPS je ni sebenarnya..and alamak! Pekan kangar sudah tidur wpun baru senja. Tak sampai sejam aku pusing Pekan Kangar..terus balik ke Kuala Perlis and dinner kat Koma Laut. Masa aku sambung taip ni, kami dah balik bilik hotel pun. Memang tak jln mana2 coz anak2 memang tak biasa jln malam..awal2 dah nantuk.


Dan taraaa..ni lah dinner kami tadi. Jenuh lah jugak nak habiskan sebab anak2 dah ngantuk.

Okla..sok mungkin ke Bkt Kayu Hitam and lps tu tak tau nak kemana..mungkin singgah Penang for 1 nite atau terus je balik Ipoh. Cuti takde plan kali ni adalah cuti redah jek! Have fun!!

Papai!
posted from Bloggeroid

Friday, November 09, 2012

.. Sketch Guru ..

Hujan yang turun bagaikan mutiara..oh rainy November. Hampir setiap petang hujan kan? Sepatutnya musim tengkujuh ni belah pantai timur. Cuaca..takde siapa dapat menduga dan tiada siapa dapat mengubahnya kecualia Dia.

Perut dah kenyang makan laksa. Sangat lah jd pelapar bila hujan ni. Lagipun sarapan tadi makan bihun sup and lunch burger King ngn member Dev. Maka, wajib lah kelaparan tatkala hujan membasahi bumi.

Dok lepak2 ni, terjumpa software Sketch Guru utk Android. Benda dah lama and ramai dah guna, tapi aku baru je rajin nak mencari sbb boring ni..

Aku sgt2 suka pada lukisan dan adalah sedikit skill nak melukis. Dulu aku rajin lukis potret artis kesayangan aku. Mana tah p file lukisan tu. Takde la lawa..tp ada la rupa orang. Hehhe. Dan aku juga sgt kagum dgn org yang boleh lukis potret. Tabikb spring lah! Nak jd cite, masa aku jalan sorang2 kat KL tahun 2002 sebab bos suh p Tec Ed, aku pun p melilau kat The Mall...jumpa sorang pelukis dr China ni tgh melukis..RM70. Aku pun dgn selamba p tadah muka minta dia lukis. Kebas montot duduk tak leh gerak.


Ini lah hasilnya. Setakat ni, siapa yang tengok, memamg kata 'tak sama' pun. Hahahha..belasah lah kan. Ank2 pun cakap..ibu lagi cantik lah dr gambar ni..kuikuiui..tak kisahlah..but aku still kagum dgn lukisan. Aku penah lagib sekali tadah muka kat langkawi minta dilukiskan..mana tah p potret tu..hilang lah pulak.



Now...jeng jeng jeng, zaman dah terlalu canggih kan? Guna software mcm Sketch Guru ni ..taraaaa!! Terus jd lukisan. Tapi..pada aku, masih tak berseni mcm lukis tangan. Macam tak berapa nak kagum. Boleh la nak layan suka2. Kan?

Okek..mari mengemas baju..sok and seminggu kita bercuti sepuasnya. Plan ke utara..umah auntie..dah lama tak balik Kedah...semoga semua di permudahkanNya..amin

Papai!! Muahh.. :b

posted from Bloggeroid

Thursday, November 08, 2012

.. Cerita di senjakala ..

Hari ni dah Khamis dan sok adalah Jumaat. Yay!!! Lepas tu cuti seminggu..Happy Deepavali lah!!

Petang tadi masa amik Danish, muka dia sgt Happy..aku tanya kenapa? Dengan penuh ceria..dia jwb "Danish masuk kelas Abu Bakar lah ibu". Lor..tiba2 ke? Ke sebab aku sms cikgu tadi?


Macam aku cakap, style aku, bertanya adalah penting utk kepastian dan tak mahu salah faham. So, aku pun sms cikgu dan dapat jwpn. Walaupun dah tahu takde kasta kelas, Danish mmg sangat happy dapat masuk kelas Abu Bakar. Apa2 la Danish, belajar lah elok2 untuk bekalan diri sendiri. Tu je ibu ngn babah mampu bagi.


Petang tadi, macam biasa, since Mr Abe takde, menapaulah je kerja aku. Anak2 nak makan nasi arab. Tapi sebab aku dah kebulur sbb tak lunch..aku tapaukan bakso untuk diri sendiri. Balik umah..terus ngap. Mlm nanti baru teman anak2 makan nasi arab. Kenyang lah pulak.


Semalam..adalah klimaks aku weng ngn ngeng fikir benda2 yang aku kena settlekan. Sampai aku terlupa, mana lah aku letak kunci opis. Sib baik kunci spare jek..so balik umah amik kunci betul. Jenuh aku fikir..mana lah kau kunci. Rupanya, tuuu..hahahhaaha.. Terselit kat tandas..kuikuukui. Alhamdulillah, aku dah settle kan semua benda and lps ni..moving forwards.

Okek..out dulu..papai!

posted from Bloggeroid

.. Danish yang Sedih ..



Ni SMS aku dan cikgu Danish. Setiap hari..Danish sure luahkan rasa sedih and frust dia. Tak abis lagi rupanya frust dia.

"kenapa Arash yg dpt nombor 21 pun dpt matapelajaran terbaik..kenapa Danish tak dapat apa2?". Adoilaah Danish.

Matapelajaran terbaik tu tak semestinya terbaik. Cikgu pun dah explain..kalau sorang murid dpt more than 1 subjek terbaik, dia tak akan dpt dua hadiah..yg kedua or ketiga terbaik akan dapat. Just nak samarata kan. Sebab tu ibu tak kisah pun tak dapat apa2 kali ni..tak yah g iktihfal terus..

Tak sangka lak frust dia akan berterusan. Bagus jugak. Semoga dia terima sket pengajaran. Ada peningkatan dalam pelajaran..oklah tu..cuma kena lebih usaha dr yang lain. Mungkin ibu ngn babah kena beri tumpuan lg kot?

Dalam Danish dok frust..Dania gak yang cool habis.

"Kenapa adik tak jadi pelajar cemerlang dah tahun ni?" - ibu

"Entahlah..dah Nabihah lagi pandai dari adik..nak buat mcm mana? Takpe lah" - Dania

Hahhha..sangat lah tahap redha dan pasrah yg tinggi. Tapi bahaya..semuanya 'takpelah'.. Tak pandai pun xpe lah gak? Sungguh babah lah kamu ni Dania. Aku mmg terpaksa berperang dgn diri sendiri nak handle Danish..sebab, dia sgt aku. Aduihhh...

Ok..tdo kejap. Takde mood nk makan.. Papai!
posted from Bloggeroid

Wednesday, November 07, 2012

.. Senyum ..


Halloha! Tiba2 rajin lak nak update blog. Ye lah..petang2 ni, dah tak tahu nak buat apa sebab dah lama tak bersukan and makan malam pun dah di tapau sebab Mr.Abe takde sampai Jumaat...maka, di atas katil ini lah aku menaip. Tak tahu kenapa, asyik nak senyum je arini. Apakah? keh keh keh..takde apa. Saja jek..dah lama tak senyum tanpa sebab macam ni. Sebenarnya, aku terfikir, adakah rajin bertanya tu salah? Adakah rajin bertanya dan perlukan jawapan yang pasti tu adalah mencari salah orang dengan sengaja? Adakah bertanya itu satu pertikaian? Haa..aku dah tau dah kenapa aku senyum...sebab aku tahu, aku akan tetap jadi aku...aku memang suka bertanya supaya aku tak sesat. Style aku juga..kalau byk2 benda yang di sampaikan pada aku atau aku dengar, zasss..memang aku akan terus tanya TAPI bukan semua benda dan bukan lah pada semua .. just pada orang2 yang aku rapat dan perkara2 yang penting dalam hidup aku jek. Lain2..aku abaikan jek..




Petang tadi, singgah foodcourt untuk menapau. Perut lapar ya Rabbi sebab lunch time aku balik tido. Malam tadi kul 3 pagi baru aku terlelap..baru nak rasa nikmat tidur, alarm 5.30 am berbunyi. Uhuk..memang terus terjaga la tapi tak bangun. Cuba tidur2 ayam sampai alarm 6.30 am bunyi lak. Kenapa eh tak leh tidur? Em.. sebab ada benda menganggu fikiran dan terasa agak panas. Mr.Abe takde kalu, memang aku tak buka aircond...takut tiba2 sejuk tengah malam..mati kejung lak..hiks!
Lega sangat2 dapat tidur lena tengahari tadi...so mood pun stabil balik.. 



Now ni aku menaip blog menggunakan HP Mini. Bukan harta terbaru aku, tadi ini adalah harta opis. Lappy aku dah di serahkan pada kawan yang buat programming. Kesian aku kan? Ni kali ke dua aku menyerahkan lappy Hi End aku pada kawan setugas. Ni je yang layak buat aku. Acehh..ayat sedih lak..poyo ah. Hiks. Em..aku pun dah tak kuasa nak berdebat2 mcm dulu..di suruh tukar..aku tukar. Ada ganti aku amik. Cuma aku memang tak berkenan dengan netbook sebab skrin dia kecik. Tak puas laaa...Sempit pemandangan ni.

Adeh, perut ni berbunyi minta di isi. Aku rasa...dah 2 minggu selera makan aku kurang and terasa berat badan dah turun. Aku tak suka nak kurus mcm dulu balik..so aku cuba gak paksa diri aku makan and makan...Aku tak suka benda2 yg serabutkan kepala aku lately buat lemau lagi. 

Papai! 








Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!