Sunday, October 30, 2011

..Canopy Walkaway FRIM - Kepong..

Hai all! Macam hari Ahad kali ni? Aku baru je balik dari Canopy Walkaway FRIM. Dah selesai membersihkan diri...so lepak2 jek update blog. Hari ni, jam 8 pagi, aku dan famili bertolak ke Kepong untuk cuba Canopy Walkaway tu lah. Apa tu? Em...berjalan di hutan canopy FRIM sambil menikmati keseronokan melintasi titi gantung ..tak sure berapa meter..maybe dalam 200M dalam bentuk L shape. Jom layan gambar sambil bercerita:

Pastikan anda membeli tiket untuk Walkaway Canopy di D6  - Kedai Cenderahati. Tanpa tiket ni, boleh la nak tracking and hiking hutan TAPI tak boleh nak menaiki titi gantung. Kedai Cenderahati ke BASE Canopy Walk adalah 45 minit berjalan kaki, maka, kalau dah naik atas tanpa tiket.tak merasa lah nak naik Titi Gantung tu. Operasi Canopy Walk ni bermula jam 9.30 pagi. Tapi boleh start hiking dr jam 8. Jangan lupa minta Map ya.

Tiket Dewasa Malaysian RM5.00, tak Malaysian is RM10
Tiket Pelajar RM3.00 dan Kekanak adalah RM1 jek.
And RM6 per kereta kena bayar kat pintu masuk FRIM.

Mengikut MAP, ada 2 jalan masuk ke Base dan Mr. Abe nak follow yg dari Picnic Area. Em..akak jual tiket tu dah tunjuk arah kat aku, ikut Masjid...dlm map nampak dari Picnic Area lagi dekat. Aku ni, dah fobia dah lepas tersasar masa naik Bukit Saga ari tu..NAK sangat ikut dekat...yg dekat makin jauh. Lepas tanya orang..memang tak di galakkan ikut picnic  area tu. So kita org patah balik ke Masjid. 

Rules of hiking : Follow the route! Otherwise...fikir lah sendiri..huhuhu..

Ni permula sebenar route ke Base Canopy Walk. Parking kereta dekat-dekat situ and mulakan perjalanan anda dari sini. Ada tandas di permulaan track. 

Ni track 30 minit pertama. Sangat lah tidak mencabar. Sekadar jalan berfoya-foya. Kat sini ramai la bikers mundar mandir. Kalau tak lenggang kankung, tak sampai 30 minit pun. Since bawak Dania for the 1st time, dia sangat slow sambil membebel nak stop..nak rehat..nak minum..takde jln lain ke..aishhh.. And ni 1st time la aku trackking sambil lenggang mak limah. Susah gila nak berpeluh. 

Perjalan sebenar bermula. Upacara hiking dalam 200 - 300 Meter dari sini. Tak jauh kan?  Track dia pun lawa jek. Tak susah  and tak memenatkan sangat. Ada budak sekecil2 alam naik sini. Hiking sambil meminpin Dania, memang dah mcm jalan kat Mall jek. Cuma yang penat naik dengan anak-anak compare dengan kawan2 ialah...setiap benda yang dia orang nampak..semua dia org nak tanya. Mencabar kepala otak aku nak menjawab gak sebenarnya. Last2 aku cakap 'Cuba jgn byk cakap..sebab tu penat'..hahaha..Bagus tak alasan? kuikuikui/
Masa ni tak ramai lagi. So posing dulu..

Akhirnya sampai la ke Base Canopy Walkaway. Kat sini lah tiket di perlukan. Kalau takde tiket, amik route kiri, sila turun balik. Base ni di buat di atas pokok. Aku terlupa nak dongok ke atas utk snap hutan canopy. alah..melepas.

Journey bermula. Jeng jeng jeng. Siapa yang gayat, memang takut la kot. Dania dah tak mahu paling sebab dia nak laju ke depan. Takut la tu. Mr. Abe tu sebenarnya adalah dlm kategori gayat..tapi maybe dia nak tunjuk macho kat aku. Hak hak hak. Tips tak nak gayat : Jalan je ke depan ..jln jgn terlalu perlahan atau jangan berhenti kerana kalau slow atau jln slow2, terasa titi tu beroleng2. tu yg rasa scary.  Tapi kalau jenis tak gayat...lepak tengah2 tu sambil termenung pun okek jek..

Scenary dari tengah2 titi gantung. Cuaca cunz hari ni so view pun sangat cantik. Tapi sebab guna kamera enpon saja, ni je lah yang nampak. Paling jelas kelihatan adalah menara Pucuk Rebung. Menara TM lah tu.. :)

Ni tengah2 di antara 2 titi gantung. Atas pokok ni lah hut ni di bina. Cahaya alam menyimbahi bumi. Kalau pakai DSLR , compem lagi cunz gambar ni. 
Jangan Pandang Bawah. Hek hek..menurut Info, ketinggian adaalah 30 M dari aras tanah. Ye ke? Tak pasti lak. Maybe ya sbb pokok hutan canopy mmg tinggi2 kan?

Aku dari kejauhan. Cantik pemandangan dari tengah2 titi tu. 
Turun Time. Masa turun Dania dah tak mahu di pinpim..tapi agak slow. So aku suh Mr.Abe kokong dia jek. Tapi tak lama pun sebab dia nak jalan sendiri. Ni kira perjalanan aku yang pertama di dalam hutan secara lenggang kankung and tak berpeluh sangat sebab nak kena control Dania.So kira naik turunn mengambil masa selama 2 jam. 
Di FRIM ada air terjun untuk berkelah. Aku saja je tak bawak baju spare sbb now ni musim hujan. Tak berani nak anak2 main dengan air. Risau gak kepala air jatuh. Tapi sebab menagih2 nak juga main air, layan kan lah kejap. 
Balik singgah belakang Istana Makan ikar/sotong bakar. Kedai yang sedap tu tak buka. Layankan je lah yang buka ni. Sambal dia tak berapa nak umpphh..
Okek..abis dah cite. Pergi lah cuba...syiok juga! Adioas! 

Saturday, October 29, 2011

..Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya..

Hik hik hik..skema tak title entry aku kali ni? Saja je kasi nampak mcm blog ada informasi sket sebab dah takde idea nak merepek meraban. Takde bahan! Mana la tau kot2 ada yang nak bawak famili g sana sebab now ni musim hujan...Muzium is the best place to visit..kan? Sedikit info :

Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya ni terletak kat Precint Diplomatik Putrajaya. P14 ke P15 eh? Tak pasti. Alah, dekat dengan Mydin, Secret Receipi or Ali Bistro. Nak masuk kena bayar RM2 untuk dewasa, kanak2 ribena adalah percuma. Dalam muzium di pamerkan haiwan2 Mamalia yang telah di awet dan informasi yang kena baca. Pada aku, tak worth la bangunan tu buat Muzium. Bawak anak2 p sana pun atas permintaan dia orang. Mungkin anak2 aku ni pelik sket..suka sangat g Muzium, g pusat sains dan library. Pusat sains ngn Petrosains KLCC tu entah bape kali ntah dia org g. Babah pun rajin melayan ke tempat2 mcm tu..maka, ibunya ikut sajalah.

di sambut oleh fossil ikan paus biru....
Kebetulan masuk sekali dengan kanak2 riang Ribena dr Tadika mana tah...
Ada PC untuk membaca info2 haiwan dan menjwb soalan...
Boleh juga membaca buku cerita yang di sediakan...
antara harimau yang setia menanti.. ;b
Katanya, next week akan di adakan pameran buaya. Tapi bukan lah di bawak buaya betul..just replika or buaya awet kot. Okek..kalau rajin, bawak la anak2 ke sinun...tak rugi apa pun...ILMU okey.. ;)

Sebelum tu ke Taman Warisan Putrajaya for Lunch. Comel tak tudung aku pakai tu..suka sangat ropol tu and visor dia soft. Beli dari kawan secara Online. ;)
Bye!

Wednesday, October 26, 2011

..Wednesday Tak Wordless..

Cuti Deepavali yang masih tidak terisi. Duduk melepak depan PC menghadap anak-anak dan TV, terasa sesak tgk umah sendiri. RIMAS lah! Rasa nak campak je semua benda yg ada dlm umah ni terutama baju-baju yang rasanya lebih banyak yang tak pakai dari pakai. Pastu baju-baju yang terpaksa di lipat ..now ni aku cuba merajinkan diri lipat baju hari-hari..tapi kenapa mcm tak abish2 jek? Macam mana nak abis..ari2 pun basuh baju..kan? Dengan clothes dryer..1 hari boleh basuh berkali-kali baju sbb senang kering. Huaaa..ni yang terasa nak ada maid ni. Masa gi umah adikk..gila best tgk umah dia tak berhabuk..lantai berkilat..TAPI sanggup ke pakai MAID? hehehe..setakat ni..Nehi Kabi Nehi...

Kalau tgk majalah home deco..terasa mcm 'cantik' dan 'kagum' sangat kan? Tapi sebenarnya..teknik mengambil gambar sudut2 tertentu yang buat ianya nampak cantik. Rumah aku ni..takde sudut yang aku rasa cantik..hahahhaa. Perabut tak pernah bertukar sejak 9 tahun lepas. Dulu, masa nak membeli perabut, apa yang ada dalam kepala mesti lah 'Selamat Untuk Anak-anak' dan 9 tahun lepas, gaya perabot moden adalah terhad dan sangat mahal. 9 tahun lepas pun Abe ngn aku baru jek bekerja...so semua ni di beli dengan penuh menjaga budget. And now..upacara nak menambah perabut tak mungkin berlaku sebab ... PERLU ke? nak kurangkan ada laa....oh I wish for new house dan tak mau dok sini lagi..nak pindah .. nak duduk umah JEK. Can a?

Sudut Gambar famili..Rak ni harga RM9 jek beli kat Carefour.. ;)
Replika Kapal yang sangat2 aku suka..mampu ada 1 jek..nak collect byk2 takde ruang nak letak.
Kenangan Holland, Rome, Pisa dan Paris..lupa nak beli Sampan Venice.
Pakai langsir tingakp saja lagi murah compare pakai langsir sliding door.
Now ni...guna wifi kat umah pun dah slow gilaaaa...apa kes tah. Kalau kemudahan dah tak sebest dulu...apa la yg best dok quarters ni kan? Ni yang rasa nak pindah ni..

HATI KU BUKAN LAGI DI SINI.. *sigh

Tuesday, October 25, 2011

..Ori atau Imi..

Title ni aku penah tulis beberapa tahun lepas untuk sebuah artikel dan terpilih untuk keluar di majalah Intrend. Masa tu aku menulis kerana terlalu tergila-gila kan Coach Patchwork Swingpack dan aku tak mampu nak miliki bag yang berharga RM400 yang di jual online itu dan RM600 kalau beli kat Butik Coach Malaysia.Rezeki Allah bagi kan..sekarang selepas memiliki beberapa buah brand COACH tu, aku sendiri dah jual brand tersebut. Now teringin GUCCI..kemampuan bukan lagi persoalan..soalnya ..KEPERLUAN atau KEMAHUAN? Yezzaa..semakin meningkat dewasa..byk benda aku dah mula slow merembat dan meroyan untuk memilkinya. Tanya Abe..bila last aku bergolek2 minta barang mcm dulu? Dah takde kan?

Namun kadang-kadang, bila nafsu menguasai..Kemahuan pasti akan jadi Keperluan kan? Cuma cara nak dapatkan tu saja agak berbeza. Now ni, aku agak teringin dengan Crocs Carlisa Mini Wedge ni. Sempat mencuba di Butik Crocs. Sangat lah best dan selesa. Harga? RM249 lorr..haiya! Terus aku letak balik. Tak mampu? A;ah..tak mampu nak keluarkan duit sebanyak tu untuk sepasang kasut getah tu..dah sama harga dengan harga kasut kulit Clarks sekurang2nya. TAPI, emmm..kalau dah suka...mula la asyik teringat jek. Hajat di hati nak minta kat Abe..tapi sian dia lak. Kenapa kesian? Ada laa..hek hek hek..tp lps 'tu' nanti..hilang lah kesian tu kot..hak hak hak.

Ada member beri aku link kedai kat FB jual kasut ni dengan harga RM109 dan kasut tersebut di dakwa Authentic dari Kilang di China. Emm...bukan tak percaya..tapi Crocs ni susah nak kenal Ori atau Imi lebih2 lagi Imi gred A. Bukan lah POYO tak mau pakai barang FAKE..tapi..byk sangat bezanya Ori dengan Imi crocs ni. Memang RUPA sama..tapi RASA memang lain. Finishing and Quality lagi la berbeza. Aku dah berkira-kira nak order ni..TAPI takut la pulak. Fenin....so nak buat apa ni? Nak beli yg RM246 tu..idak la KOT kecuali ada org nak belikan..sila belikan ya seperti gambar di atas. Size W7..hek hek hek.

Esok cuti Deepavali...apa mau bikin?? ...ok la..GO!

Saturday, October 22, 2011

..Pukul 1 pagi..



Ayok! Kenapa aku tak tidur lagi ni? Tertekan tv2 and ada cite Enchanted la pulak. Best cite ni...dh tgk wayang dulu and malam ni layan lagi.Habis kul 2...camno ni. Takpe kan sekali sekala tido lambat. Aku mmg suka banget cite2 mcm ni...jom layanz!!!

posted from Bloggeroid

Friday, October 21, 2011

..Bila Rindu Terdetik..

Hajat di hati, nak balik ke Ipoh...rasa mcm lama sangat tak balik.Ye ke? Bukan baru balik ke? Tapi serius rasa mcm lama gila tak balik..and setiap kali call mak .. kedengaran suara mak yang tak baik2 dari batuk. Em..tapi matan nurse kan..sakit mcm tu, biasa jek pada mak. Baru lepas call tadi, dalam tak sihat tu, mak masih ceria bercerita tentang persiapan Raya Korban. Surau 'abah' nak buat Majlis Korban tahun ni..Ala, rugi nya tak dapat tunaikan korban tahun ni, sebelah rumah jek. Mak dan abah dah mula sibuk membuat persiapan..macam tu lah orang tua aku - Abah pencen Sarjan, Mak pecen StaffNurse TAPI displin and cara kerja tak pernah berubah. Cara yang aku cuba terap pada anak-anak tapi nampak mcm tak berapa nak berjaya.


2 hari lepas, aku beritahu Abe. Aku nak balik Ipoh minggu ni. Dukacita! Abe kena outstation ke Paka lagi hari ahad ni sampai Selasa. Uhuk! Terkedu kejap..sedih pun ada. Tak pe lah kan..dia kerja. Memang selama ni, dia tak pernah tak tunaikan apa saja yang aku nak. Pujuk diri sendiri..Raya Haji nanti balik lah. Isk..mcm lama sangat lah pulak nak tunggu raya haji..Sabar Ya Liza..

'Ibu, adik demam..tapi adik boleh bercakap dan main2 lagi'. Hehehe..memang Dania demam, dah 3 hari, tapi Alhamdulillah..dia tak merungut atau tunjuk dia tak sihat. Aku selalu nasihat dia.

'Adik tahan ya..kuat tau. Kita orang perempuan kuat..kena kuat. Lawan tau demam tu..kita kena kuat..Sebab tu Allah pilih orang perempuan untuk beranak..sebab kita kuat. Tak mau nangis OK.'

dan dia akan jawab 'OK Ibu'.

Danish dan Dania dah besar...mereka selalu request for adik. Penah sekali tengok Danish sedih bila Babah dia cakap ..aku tak nak bagi dia adik..dia cakap 'Memang Danish dah tak akan dapat adik ke?' ..huhuhu. Sedih gila muka dia..Emm..adussh. Terbayang-bayang lagi 9 bulan 10 hari 8 tahun lepas..TAKUTNYa..tapi kuasa Allah kan..mana tahu lepas ni..semuanya senang? InsyaAllah..ada rezeki..ada lah 'DH' ke - 3 nanti. Bila? WaAllahualam...

Tuesday, October 18, 2011

..Kerja GILA no 3..

Kenangan Bali 2010 with akak2 dan adik chayank. :)

Menaip secara laju dan cepat sebelum apa yang terbuku dalam hati tak terbang pergi. Aishhhh! Aku mendapat seruan untuk Kerja GILA no 3..apa tu kerja GILA? Hee..Ianya adalah TERBANG ke Indonesia ikut suka dan bila-bila masa saja bila di seru. Kerja Gila Pertama, aku dan kakak2 chayank aku terbang ke Bali dan planning tak sampai seminggu. Kerja Gila Kedua..terbang ke Surabaya..itu pun aku nyaris tak dapat pergi dan kali ini, aku di seru lagi untuk Kerja Gila Ke Tiga - Ke Padang, Indonesia. Huaaaa..kali ni, dengan berat hati..berat jari, terpaksa mereply 'Sorry ..azza tak dapat join kali ni'. Why? Serunya hari Sabtu baru-baru ni dan nak perginya 20hb ni..maknanya..LUSA. Haiyoooo..mana sempat nak fikir apa-apa. Tapi sempat di beritahu, harga tiket adalah RM140 saja menaiki AirAsia. Huaa..nak ikut. Pujuk Abe pun tak lepas sebab :
1. Cuti Tahunan aku just tinggal 13.5 hari saja lagi dan aku kena simpan sekurang2nya 10 hari untuk 'urusan' aku dan famili sendiri.
2. Duit ..duit..duit pun kena simpan sebab 'urusan' itu jugak. Lagipun aku tak join korban tahun ni dan cakap kat mak - 'nak pakai duit'..tak kan tiba2 nak terbang pulak kan? Sungguh tak sehsuai.
3. Mana sempat nak apply cuti ke luar negara. Heee..memang gila lah ni kalau aku sempat join.

Maka dengan ini..to akak-akak chayank yang g jenjalan tu...selamat bermain di Padang ya..heheeh. Nanti bulan Disember, kalau ada agenda lagi...jangan lupa seru Azza tau. Itu pun kalau cuti Azza ada lagi lah..kuikuikui..

Thursday, October 13, 2011

..Tangkap Lentok..

Phew..phew..phew. Penatnya Ya Rabbi. Tapi gagahkan juga nak taip blog ni. Hari antara hari yang paling penat coz task aku di bahagian registration dah start. Selain kena standby kat Galeri, kena berulang-alik juga ke DSS (Dewan Sri Saujana) untuk siapkan kaunter dan testing barang2. Di tugaskan untuk lead kat bahagian pendaftaran dan kena lak dengan Floor Marshall yang cerewet dan tegas..memang makan hati je lah.TAPI aku dah biasa sangat dengan dia ni..so, masuk je tinga kanan, kuar tinga kiri. Buat je kerja..cuba buat keputusan sendiri, jangan susah kan orang..yang senang jgn susah2kan..ITU LAH dia..siapa nama dia? R.a.H.s.I.a. kui kui kui. Lagipun dia ni jenis tahu apa yang dia buat and on technical site, dia mmg terro..so tak leh nak lawan lebih2. Angguk je lah.

Saja menry. Tapi takde cita2 pun nak sambung belajar..MALAS. Ada org kata, PP aku makin tembam..
Siang tadi, lepas berkejar-kejar ke DSS, angkut barang2 sorang2..sampai je DSS aku lupa nak bawak bar code books. Haiyaaa..Floor Marshal dapat tahu jek..'G balik amik..abis nak scan guna apa? B*l* hidung?' Hampeh.com tak? Dah la aku berpeluh2 kepanasan set up barang kat belakang..nak tak nak, ajak Natte balik naik motor Oz. Hahahah..dah lama tak naik motor siot. Belasah je tak yah pakai helmet. Siap semua, lari balik ke Galeri. Yang paling besh...aku dah g amik anak-anak, tiba enpon berbunyi. Bla bla bla..Floor Marshall call 'Puan Zai, pintu belakang tak berkunci...agak2 apa decision Puan Zai?' ..siot tak? Main kias2 lak..cakap je la suh aku balik DSS tu cari tukang kunci.

Okek..dah 11.25 pm. Nganga mengadap PC lama2 pun bukan ada faedahnya. Sok kul 7.30 pagi dah kena ada kat DSS. Badan Lenguh and otak penat..apa pun tak boleh. Nanti on convocation day, lepas incharge kaunter pendaftaran, aku kena amik video pulak. Tak terfikir lagi mana rupa atau konsep video tu nanti. Penat seh. Jom tido..Sebelum tidur, renung2kan kata-kata di bawah..aku tuju khas utk diri aku sendiri :



Betul sangat kata2 kat atas tu kan..pada aku..'Nak seribu daya..tak nak seribu dalih' ... Aku tak suka jadi OPTION dan aku tak suka rasa 'perlu hanya ketika di perlukan'.. Boleh blah.. Go!

Wednesday, October 12, 2011

..Broken..

Apa yang broken? Hati? Tidak! Kasut Reebook aku yang di pakai sejak 2003 telah tamat riwayatnya petang tadi di gelanggan netty. Tapak kasut tercabut ketika aku sedang asyik masyuk bercinta dengan bola..terpaksa keluar dari padang - sungguh tak puas berpeluh tadi. Dah ajal kan? Kasut tu Abe belikan masa kita orang bercuti berdua kat Penang lepas aku bersalinkan Danish. Dah 8 tahun kot? Gila lama and tapak kasut tu pun dah haus dan dahaga. Kasut tu best..sebab sangat2 ringan. Tak sangka abis la riwayat dia. Kasut Adidas aku dok ikut Abe gi kerja hari-hari...boleh? Hahahaha..

Oh! Sungguh comel dan meriah.. ;)

Badan aku tak OK ni. Dari pagi aku dah weng. Tekak perit, mata pedih dan kepala weng. Mencari2 panadol pagi tadi..last2 beli je kat admin. Masa sorang2 jaga galeri, memang dah nak letak kepala jek. Serius badan restless gila. Kepala dah Weng. Gigih melawan supaya tak ikut perasaan..kalau tak, abis la kerja2 semua. Demam Konvo! Dah la dalam galeri tu sejuk amat, dapat call suh hantar dan amik lappy ke DSS..omang aiii..panas gila! Makin tak stabil la badan ni. Petang tadi mengagahkan diri bermain netball. Nak berpeluh supaya leh lawan demam. Lari 5 round pun tak peluh2. Aishhh..

Baru lepas telan lagi sebiji panadol. Ikut hati, nak je amik MC ni..TAPI..tak baik kan? Kesian kawan2 lain yang sedang bekerja keras dengan tugasan. Semoga aku bertahan. Leh melompat2 lagi tadi..kira sihat laa tu.. kan? Hek hek hek..Cepat lah minggu depan.

..Wednesday Wordless..


posted from Bloggeroid

Tuesday, October 11, 2011

..Minggu Yang P.e.N.a.T..


Malas nak cakap pasai kerja..just nak tulis - Minggu Ini Adalah Memenatkan. Penat bagi semua anggota kerja sokongan UNITEN coz minggu ni adalah minggu Konvokesyen ke - 14. Good Luck je lah to all!

Nak taip apa lagi pun tak tau...chow je lah!

Sunday, October 09, 2011

..Hari Ini Hari Ahad..

Hallu. Hari ini hari ahad. Hari untuk rehat? Atau hari untuk melalat dan mengulat? Pagi tadi, lepas bersarapan ayam serai kegemaran ni Tropic Coner, foodcourt UNITEN, terus ke Midvalley. Abe nak settle beberapa perkara TAPI nampaknya macam tak settle lagi. Benda yang di cari takde dan benda yang ada, kena berbaris panjang pula..so, consider as tak ada..nanti2 kita cuba lagi sampai ada..

Semua kami cuba..dari hujung sana..sampai hujung sini termasuk yang belah sana ;)

Buat apa eh kat Midvalley and the Gardens? Midvalley + Garden adalah sangat besar untuk di terokai. Tak penah lagi setakat ni, gi sana, pusing2 masuk semua kedai ikut suka. Biasanya, g sana pun sebab ada sebab..kalau saja-saja, memang la tak hadap sangat. Terus tuju ke kedai-kedai yang dah di list dan last sekali, masuk Jusco. Jadi GILA sikit hari ni bila kita orang cuba semua trial food yang ada kat situ. Hahaha..kira kenyang try makanan and minuman je lah. Tak pernah lak buat perangai mcm ni..TAPI sebab ada sebab untuk try semua makanan segera tu..kena pilih yang sesuai dan sedap untuk tujuan tertentu.

Close your eyes, make a wish.. amin.. ;b
Sebelum ke Midvalley, singgah kejap ke Samsung and menry Samsung Tab 2. RM1899 tak masuk external keyboard tu. Aishh..KALAU lah dapat, beshynya. Kawal nafsu..nanti lesu. Memang betul lah, Samsung Tab 2 or 10.1 ni kalah dengan Ipad dari segi kelancaran touch screenya. Kalau Ipad, bayang2 jari je dah le berfungsi, Samsung Tab ni tak selancar itu. USB 2.0 pun kena ada dongle lain untuk connect to the device, bukan just cucuk macam USB lappy or PC. External keyboard tu RM300+ coz rechargerable compare yang RM289. Aku rasa Ipad lagi besar dari Samsung Tab 10.1 ni walaupun sebenarnya Samsung ni lagi besar. Kenapa eh? Apapun..tolak campur darab bahagi..benda ni bukan keperluan TAPI kalau ada nak kasi, aku tadah KLCC menerima sesenang hati.

Sapa kata tak minum susu tulang tak kuat? Tulang aku masih dalam tahap OK..yay!
Sempat juga buat ujian kepadatan tulang secara percuma yg di anjurkan oleh Anlene. Isi borang dan berbaris. Tak ramai pun. And result tulang aku aadalah BAIK walaupun aku bukan jenis minum susu..sama ngn Abe. Hahha..apa da..baik tak minum susu KALAU sama jek ngn Za. Kuikuikui. Aku suh Danish snap gambar..biasalah kan, Blogger ni, memang nak bergambar je. Tapi tengok hasilnya. Aishh..tak pandai langsung..

Snap gambar aku tengok duduk mcm ni? Motif? Duduk tepi susu?
Pastu dia snap kaki aku jek..Motif? Ibu tgh cuci kaki?? ;b
Yang ini agak OK..tapi still tak mengambar kan suasana..
Last sekali aku tunjuk pic yang aku snap. Ajar dia tujuan amik gambar dan apa yang perlu di ambil. Dia cakap 'oooo..baru tahu'..hahaha..boleh?
Kul 2.30 pm cabut keluar balik umah. Balik Abe bakar Pizza and masak sup cendawan for lunch. Kenapa tak makan luar jek? Sebab tak tau nak makan apa..ngeee...

Bahan uji kaji.. sedap kita beli lagi and tak sedap..kita tolak tepi. Yang penting kenyang dan senang di bawa ke sana ke mari..
Okek..abis cite untuk hari siang ni..Go!

Saturday, October 08, 2011

..Big Bad Wolf 2011..

Baru balik dari Pesta Buku Big Bad Wolf 2011. Lokasi di Hall A, Pusat MAHA, UPM. Dewan lagi besar kali ni banding tahun lepas dan parking pun senang. Kali ni, since buat kat Tapak MAHA, perkhidmatan bas di sediakan. Seronok Dania dapat naik bas. Ye lah kan..budak tak pernah naik bas.

Rasanya kali ni buku tak semurah tahun lepas. Novel Nora Roberts last year just RM5, tahun ni dah jadi RM8 dan buku kanak-kanak takde dah semurah RM2. Paling murah RM3 dan harga boleh tahan RM6. Mungkin sebab sambutan baik kan dan masih murah kalau beli kat kedai buku biasa. Alhamdulillah, hall beraircond so usaha memilih buku pun menjadi sangat2 santai. 2 jam je kot dalam tu.

Bas tak penah putus ..senang nak dapat and Dania sangat happy dapat naik bas.
Operasi bermula dengan buku kanak2 sebab dia org ni cepat penat..
Luas terbentang, saujana mata memandang, sesayup poket untuk di kosongkan.. :)
Mr. Abe yang pantang nampak buku...aku pun dia dah tak ingat.. ;b

Eh, bertemu artis. Heehehe..Danish dan Dania dengan Uncle Idola mereka..siapa ya?
Aku lebih banyak pusing2 jek. Nak beli yang bahagian creative, terasa boleh cari kat internet jek..emm..
Sessi kemas kini..yang mana nak amik, yang tak mau..sila letak tepi.
Buku Danish and Dania..
Buku Ibu..beli sebab cover dia cun..boleh? hahahha..
Yang tebal gabak2 tu buku Mr. Abe..Jaminan..tak sampai sebulan comfirm dia abish baca..semua ni RM256. Ok sangat kot.
Kalau  tengok tahun ni, agak ramai jugak melayu. Mungkin lokasi memain kan peranan. Last year buat kat South City Plaza, Serdang. Majoriti yang pergi adalah Cina. Teruja tengok dia orang ni membeli. Berkotak-kotak. KALAU lah aku ada rumah betul2 nanti..aku nak ada 1 ruang khas untuk buku dan aku nak beli semua colletion bulu Walt Disney dan semua cerita dongeng 7 puteri yang aku suka baca masa kecik-kecik dulu. Impian ni..semoga tercapai. Amin.

Okek..mata nantuk la pulak..adeh! Go!









Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!