Saturday, April 30, 2011

..Birthday Blast at SuRaBaYa..

Masa taip ni, umur aku panjang lagi..Alhamdulillah. Tapi bila entry ni dah boleh di baca..Aku sambut hari lahir aku yang ke 33 pada 30hb April 2011 di Surabaya Indonesia. Alhamdulillah dan moga panjang umur dan murah rezeki dan semoga aku sihat dan semoga aku sayang famili aku lebih dari segala-galanya.

Kenapa Surabaya? Emm.Kebetulan. Akak-akak 'chayank' aku ajak wat kerja gila lagi..kira ni kerja gila no 2..Dulu aku p Bali dengan dia orang. So kalau ada SMS Birthday (ada ke? perasan kejap..hehhehee) aku tak balas and now, ucap Terima Kasih dulu. Nak balas mahal lor..nanti balik sini aku balas ok.InsyaAllah. Flight aku 10.50 mlm hari Jumaat and landing 12.05 am. Kira sambut birthday dlm flight la..ahaks!

Eh..abe dan anak2? Hek hek hek..ni trip aku dan hakak-hakak aku..Abe balik kampung dengan anak-anak. Sebab aku dah lama booking tiket (selps bos ckp 'You tak perlu bertugas on registration ..yay! ) dan tiba-tiba ada agenda kat kampung..minta maaf..tak dapat la nak join. Maaf sangat2. Abang..pls..kalau sayang Za..bagi ayat baik2 eh..;b

Percutian ini di tanggung bersih oleh diri aku sendiri....jgn fikir aku asyik dok perabih duit Abe jek ek.. dan percutian ini adalah hadiah utk diri sendiri bukan sebab jiwa kacau ka..meroyan kaa..tak kuasa HOKEK! ;b

Setelah hampir 10 tahun bersama..tahun ni Birthday aku tanpa dia..apa yang aku rasa sebenarnya..?
'Sayu'


Bye!

Friday, April 29, 2011

..Siapa Mahu Ipad 2 Saharil?..

Ini entry IKLAN percuma - tiada bayaran, tiada unsur-unsur mengipas atau tiada enzim2 teringin memenangi Ipad. :)

hak milik kekal abadi : Saharil.com

Jeng Jeng Jeng..siapa nak Ipad 2 for free? Jom jom..Mr. Katang mahu beri sesiapa saja seBIJIK Ipad 2 sempena ulang tahun ke 5 blog beliau (pheww..beliau tu!) dan juga kerana beliau sudah memberanakkan Buku Tentang & Kentang.

Tak nak cite lebih-lebih..bukan dapat apa-apapun..hahha. Tapi kalau rasa nak cuba keluarkan otak dari batasan fikiran makhluk-mahkluk yang berpura-pura otak kudus dan tulus mahupun polos..dapatkan la Tentang dan Kentang. Kenapa aku promote walaupun tak dapat apa-apa..sebab aku memang pengikut blog beliau..dan beliau memang GILA! hak hak hak...

Dengan ini, aku memotong reben perasmian ke laman web beliau : Ipad Saharil Conteng.

Go!

Tuesday, April 26, 2011

..Ramalan Kaji A.K.U..

Malas nak bercerita apa jadi hari ni, jom tengok benda2 yang aku 'terRAJIN' cari ni dan kononya berkaitan dengan AKU. Macam Ramalan Kaji Cuaca la kiranyaa..

Mula-mula kita tengok jenis DaRah + AkU. Aku O Positive.

Em..75% betul dan agak tepat.

Hari Kelahiran - 30 April 1978 jatuh pada hari AHAD.

Nak kasi bape ek? em..hampirr tepat walaupun ada yang tak betul.. uhuk!

Dah tahu tarikh, kononnya ada pulak ramalan tarikh based on warna :

Yes! Betul betul betul.. ;)

Now tengok perangai based on Bulan lahir lak. Pun dah byk kali baca..tapi mari baca lagi..APRIL ya :

Terus terang...90% betul..ye ke? ye la tu...

Last sekali..ni fakta menarik bukan ramalan..hek hek hek..
Menarik kan?? :)

Kesian ..eh salah Sekian, Terima kasih..boleh tafsir sendiri kalau betul2 kenal aku...;)

Monday, April 25, 2011

..Temujanji yg tak tak berjanji..

Now aku kat KPJ Kajang. Appointment kul 11am and aku dh tiba 20 minit awal. Bos dah bg permisi. Jam kul 11.35am...apa ni? aku masih lom masuk jumpa doktor lagi..

Baik takyah set time kalau temujanji mcm walk in jek. Aku memang kureng sket bab menunggu atau janji tapi tak reti2 nk tepati...makin stress rasanya...isk! Aku tau, ada org agak menyampah ngn aku kalau bab janji2 ni...sbb aku sure tuntut or kalau pasai masa...mmg kena tepati..KECUALI Allah tak izinkan lah..paling on time kalau janji adalah Abah aku..kemudian Abe..aku kdg2 main2 gak dan tgk gak org yg janji dgn aku tu..kalau dh tau peel mmg tak penah tepati waktu..aku pun releksss jek le. Penat la menunggu ni....grrr...

11.41am...masih menunggu..buang masa laa..
Published with Blogger-droid v1.5.9

Sunday, April 24, 2011

..Sayang Itu Jiwang..

Weh! Aku rasa, sejak blog baru aku ni bangun, aku dah lama tak berjiwang karatzz or berdondang sayang kat sini. Kenapa? Em..nak cite lebih2 aku tak mahu dan aku tak mahu ulang tayang or flash back semua2 kat blog ni. Menyampah? A'ah..aku menyampah pada diri aku sendiri. Sebab SAYANG...jiwa aku melayang. Aku nak ubah definasi SAYANG aku. Kalau dulu, SAYANG itu ucapkan dan beritahu..tapi now ni, pada aku..SAYANG tu, biar aku sendiri je yang tahu. Pada aku, sekali aku SAYANG...aku SAYANG selama2nya..suami,anak-anak, keluarga dan kawan-kawan. Aku SAYANG semua. Cuma tahap SAYANG tu tak sama lah terutama pada suami dan anak-anak..mereka adalah segala-galanya pada aku.


Kalau aku sayang walaupun aku tak membelai and tak tunjuk-tunjuk..sebenarnya byk cara leh tahu aku sayang ke tak :

1) Aku amik pedulik apa yg jadi pada orang yang aku sayang tu..
2) Aku sentiasa risau dan mahu tahu apa saja yang berlaku ..
3) Aku memberi tanpa minta balasan..
4) Aku sangat2 senang nak merajuk ..aku merajuk pada yang sayang dan aku sayang..

Kenapa tiba-tiba keluar ENTRY ni? Kerana aku tak mahu menyakiti dan di sakiti lagi....

Saturday, April 23, 2011

..Berpusing-pusing mcm Gasing..

Ehek..lagi sekali Title takde kena mengena dengan Entry. Mukadimah jek. Tapi kan..pagi-pagi tadi lepas solat subuh, aku baring kejap and pagi ni aku kena hantar Danish p Kem Solat kat sekolah. Masa baring tu, pejam mata..Jeng Jeng Jeng..dunia terasa berpusing. Huaa..buat balik pulak dah..Scary gila masa rasa berpusing tu..lps tu masa aku bersiap sekali lagi berpusing. Tapi aku senyap jek la..and rasa mcm nak tawakal je p anto Danish..tapi tiba-tiba Abe suh tunggu..dan pergilah satu famili menghantar Danish..but still aku la yg driver. Lepas hantar Danish, p sarap kat Bangi. Lepas tu Abe ajak p PWTC - PESTA BUKU ANTARABANGSA. Okek jek walau masih semput and penin. And Danish tak ikut (1 penjimatan sebab dia hantu buku)

Sampai dalam pukul 9.30 am. Alamak..tak leh masuk lagi la..rewang-rewang kat luar. Ramai rombongan budak sekolah. Em, Aku rasa, tak besh pun Pesta Buku ni sebab tak murah sangat compare dgn Big Wolf book sales last year. Kalau nak beli diskaun setakat 20%, tu leh dapat kat MPH kot. Aku ngn Abe banyak beli buku yang betul2 ada sale mcm seketul buku RM10 ke..atau buy 1 free 1..ye la kan..nama pun Pesta buku..ahaks.
Masa dok pusing-pusing, tertarik menarik lak dengan benda ni. Apa tu? Ini adalah Kamus Elektronik Besta. Dekat sejam lebih duduk layan minah tu buat demo. Promosi untuk Pesta buku PWTC, harga benda ni RM1288 dan percuma Besta Elektronik yang putih tu. Yang hitam tu, color and touch screen dan ada 18 jenis kamus dalam tu. Macam2 lah ada..memang OK sangat utk belajar. Kalau nak tau apa lebih lanjut p lawat : http://besta.my/
Ni antara Novel English termurah. RM10. Abe kalau dah dapat buku macam ni, memang lama la. Aku tinggalkan dia kat situ sebab kalau tunggu..memang la buang masa. Aku pusing2 dekat2 situ dengan Dania. Leceh sket mek ni, sebab dia tak mcm abang dia..tak sampai 3 jam, dah bising ajak balik.
OPss..apa ni? Hahahaha..Ni majalah yang di longgak. Dania tegur aku 'Ibu..kenapa dia siram bunga sambil bogel?' Haahhaa..budus laa ini majalah. Aku gelak jek and Dania pun tergelak-gelak malu. Tah apa motif majalah ni pun aku tak tau. Aku pun tak selak. Aje gila la..sib baik dalam plastik..kalau tak ,mau gak aku bukak..hhaha. Rasa ni buku pasai bina badan..bukan majalah lucah ya..ho ho ho..
Abis pusing2 (byk gak word PUSING2 ek ;b) ..nampak kaunter SPR. Ehek..nak tak nak, aku pun p la mengadap untuk mendaftar. Katanya mengundi ikut alamat IC? Masak lah..alamat aku kat Puchong, Abe lak kat Manjoi..ate macam mana? ala..register je dulu kan kan kan...
On the way nak balik, ada dewan KHAS utk PTS. Paling ramai manusia..menariknyaa produk keluaran PTS ni kan? Ada lak Ana Muslim Produk..apa lagi Si Dania mengelejat la. Masa tu dah pukul 2.30 pm, Abe dah lapo gila so aku suh dia lepak luar..bak sini duit..biar aku je layan Dania dalam ni. Since ramai sangat, grab je apa yang Dania nak, terus kuar.
Kepala dah pening kelaparan. Jam dan kul 3.30..singgah solat kat Shell Sg Besi and terus cari makan. Macam biasa.Abe sure tanya aku nak makan apa. NASI Lah!! Perut aku perut melayu. Terus ke Sekincah Ikan Bakar Balakong. Lor..takde lauk rupanya. Ada bakar2 jek dan setiap bakaran amik masa 30 minit. Adeh..nak tak nak, odet je la..and Abe bantai makan nasi lemak dua bungkus..OK kot rasanya...cuma..lama la 30 minit tu..kan??

Ini Hasil Pusing-pusing PWTC ari ni :

Ini Danish Hakimi punyer...
Ini Nia Mimi punya..
Ibu punye.. ehek. Ibu tak layan novel jiwang eh. Aku lagi suka buku motivasi, travelog, kisah realiti . Zaman mitos and berangan tak pasal2 dah berlalu okek.
Ini Mr.Abe punya. Tak sebanyak dia hangkut masa Big Wolf sales last year..tapi kan...setiap buku yang dia beli, compem abis baca..dan kalau pasai buku..dia memang tak kedekut.. ngeee...

Dan aku nak bagi tau..itu ubat 'Penenang' dah tak jalannnn.......adeh!

Friday, April 22, 2011

..Guruh berdentum tanda nak hujan (?)..

Title Entry takde kena mengena dgn cerita .. saja je buat title macam tu. GIMIK! Tah apa-apa kan. Ohooii..hari ni, sekali lagi dalam minggu ni, dah 3 hari aku ON/OFF kerja. EL..MC..EL..apakah? Teruk sangat ke sakitnya? Nampaknya, sakit MeNtaL adalah lagi susah nak tanggung dari sakit badan kan? Mental? Gila kah? Uhuk! idak..idak..aku waras. Cuma tu lah..takpe la..biarlah aku tanggung sendiri..aceh! Aku tahu kekuatan dalaman dan tambahkan sikit lagi keImAnAn..InsyaAllah,semua akan OK.

Butter Prawn @ Red Wok Bangi
Tapikan, dalam aku dok 'weng' ni..selera makan aku makin menjadi-jadi lak. Malam tadi, Abe bawak aku p Red Wok Bangi bila aku cakap nak makan 'Butter prawn and Tomyam Bangkok'. Kopak laki aku dapat isteri macam ni kan..huhuhu. Biasanya, makan kat sini memang licin la walaupun odet banyak jenis lauk. Balik dari makan, settlekan semua kerja umah dan dalam kesemputan, aku siapkan report QE. Kul 12.30 am, report siap..email to all auditors sebab one of them kena present and tutup laptop terus tido. (Aku tak tau la all auditors ni dapat ke tak report tu..Membisu je semua).Dalam kepala dah decide tak ke opis sebab aku nak rehat. Aku betul-betul nak pastikan treatment dan ubat yang aku amik ni boleh legakan aku. Kalau aku p Opis gak..aku tau, aku akan makin sesak. Aku kena layan dan kawal diri sendiri selain daripada makan ubat. Tak boleh lama-lama mcm ni. Just let go! OPss..smlm dalam kul 5.10pm, tiba-tiba opis gegak gempita dgn satu suara..ho ho ho..terkejut and terkedu aku dan roomate. Takutt lah..huhuhu..

Lunch kat Selera 60an Cafe UPten
Pagi tadi, lepas siapkan anak-anak, aku minta tolong Mr Abe hantar dia orang p sekolah. Aku? Aku nak rehat dan pastikan aku OK zahir dan batin next week ke opis. Banyak benda nak kena buat walaupun aku di umpamakan tak buat apa-apa. Masih simpan dalam hati? Tak..cuma peringatan dan pengajaran pada diri sendiri. Lunch ari ni dalam kul 3.20 pm. Aku p lepak kat foodcourt sorang2 makan nasi ngn ikan bakar. Aku ni jenis tak kisah makan sorang, lepak sorang, jalan sorang..boley aje. Lately tekak asyik nak yang pedas2 aje..nikmatnyaa rasa. Tadi sambil makan..sambil berSMS .. hehhee..siapa? Ada laa.. ;) (poyo!)

Semalam, sekali lagi..kuar lagi dialog ni dari mulut aku pada Mr. Abe :

'Abang..bawak Za keluar dari sini..carilah kerja jauh-jauh supaya Za ada alasan nak resign..Za dah tak nak g Opis lagi..tak nak kerja dah'.

Dia jawab :

'Jom la..Klang tu jauh la tu..jimat RM500-600 duit minyak abang sebulan'

Ces! Klang jek? Tak membina betul..kalau Klang jek..lain tahun Za resign..hahhahaa..Aku dah bosan laaa!!!

Thursday, April 21, 2011

..Samsung Galaxy Tab..

Weii! ni rasanya tah kali ke berapa juta aku menguap ni. Baru semalam aku puji 'penenang' aku..ari ni aku 'semput' balik. Nak buat report QE pun tak gerak2..dalam kepala rasa nak balik Tidur jek. Semalam Happy..ari ni Lemau balik..apa kes?

30hb April 2011..ari apa ni? Bukan sesak kepala fikir nak adiah apa..tp sesak..aiseyy..ada lak 'benda' nak di adakan pada hari tu..lepas satu ..satu. Cuba gak tak nak fikir or tak nak rumitkan kepala..tapi? emm..kena lah fikir gak kan? Banyak hati nak kena jaga...harap Mr Abe yang tak pandai nak bermadah pujangga pandai bagi execuse supaya tak nampak aku 'teruk' sangat nnt..tolong ya bang...

Rasa macam nak sangat..tp ada keperluan?

Samsung Galaxy Tab 8.9 tiba2 dok bermain kat kepala. Rasa nak p beli jek. Tapi lps beli..nak buat apa? Saja nak lepas stress - terapi jiwa kan? Wah..hebat sangat la ni nak terapi sampai RM2K..so untuk elak aku buat benda bodoh2 dlm keadaan stress tiba2 ni..baik aku layan blog. Nak tau..blog ni pun tempat terapi gak..taip ikut suka..bom bang bom bang..pastu lega. Walaupun BLOG ni dah tak se'open' blog dulu sebab aku ada lembaga penapis..but still sangat OK utk luah rasa. So ni time opis pun aku bantai taip blog.

Eh.kenapa sambung Galaxy bukan Ipad? Entah..sebab mungkin suka yang Samsung ni kot.

Nak review lebey2 aku tak pandai and aku tak pakai pun..but kalau nak cuci mata and baca sendiri pasai benda ni atau nak usha2 enpon..aku paling suka website ni : GSMArena

Ada sapa2 nak hadiahkan tak? Hahaa..berangan dah la..
Siapakah gerangan yang pakai Ipad ni..ce teka..;b
Sebelum ni, aku dok fikir gak..best ke benda ni? Kalau pakai depan orang..orang tak kata poyo ke atau over ke? TAPI..once open a time..hahhaa..masa p dengar taklimat Air dari Syabas, aku dok sebelah mamat katang ni..dia pakai Ipad..takde sapa pandang pun..syok je dia layan benda tu ..siap jelajah dunia lagi dengan google maps dia. Hahahha..tapi benda ni kalau nak surfing or membaca OK la kot..kalau nak chatting..rasa macam.orang nampak je apa yang kita taip..Best ke? hak hak hak...

Kesimpulan...Dreams are possible..mari mimpi dulu..InsyaAllah..ada rejeki..ada la..kan kan kan? atau..kat Blog Kak RM..ada cara nak dpt pree benda ni..p la tengok :)

Wednesday, April 20, 2011

..Alprazolam & Anxiety Disorder..

Ingat tak nak update blog arini sebab tak tau nak cer apa. Ari ni wat pe? 1 hari penuh buat Pre Audit QE ITMS. Benda tak jadi amalan ni memang la payah nak mainten.Apapun..as auditor cum PA cum ahli bersekutu QE, nak tak nak..buat gak lah. Cuma penin kepala aku nak buat report lak..sok2 je la fikir balik. Petang p main netball. Hik hik hik.yang ni aku suka banget. Dari GA tukar saja gatal2 jd GK..belasah jek. Janji peluh.

aku ke ni? Tak kot and bukan aku..

Okek..apa benda kat title entry kali ni? Emm..tu adalah nama ubat 'penenang' yang aku kena hamek now ni. Alprazolam 0.5MG (klik link kalau nak baca). Kecikkk jek ubat ni dan kena amik separuh jek. Makan lepas dinner. Ubat apa ni? Actually hari Selasa, dek tak tahan 'kesemputan', aku decide p Dispensari for checkup. Doktor Dispen kata, aku sihat..cuma mungkin takleh handle stress and dia ckp 'MaYbe' aku ni ada 'Anxiety Disorders'. Aku tak kisah la..order ke tak order..aku dah tak larat nak bernafas macam tu and aku minta dia bagi GL untuk ke Pakar. Aku nak buat full medical checkup. Lagi pun 3 tahun lepas kot aku buat Medical Checkup.Aku di refer ke KPJ Kajang. Hek hek ..kali ni, dengan machonya..aku g sorang-sorang tak bagi tahu abe pun. Email Puan saja. Buat ECG - OK, Buat x- ray - OK, Jantung - OK, Paru-paru - OK..semua OK lah. Kira sihat zahir dan batin. Just follow up next Monday utk tgk result darah. Doktor pakar tu kata aku tak leh handle stress and di katanya aku ni 'Anxiety Disorders' dan di beri la Alrpazolam ni la sebagai penenang. Aku google la..Makk aiii..benda ni antara ubat yg 'drug'nya tinggi gila. Ayokk.. tapi memang betul pun..dah 2 kali aku makan ni..memang bertenang betul lah and nafas pun ok. ho ho ho..sib baik tak banyak..ada 7 kali makan..isk..tak nak la bergantung pada benda ni. Semoga last tablet nanti buat  masalah aku selesai.

Dengan ini, aku nak declare..aku sihat zahir dan batin cuma aku kena pandai kawal diri..

ps :' kehilangan' buat aku risau...

Monday, April 18, 2011

..Nia Mimi the Tot Tet Tot Tet..

Ha..apa 'Tot tet tot tet' tu? Itu membawa maksud..'Mulut yang tak tahu diam.' Kenapa? Sebab dia perempuan kah? Balik sekolah..lepas baca doa naik kenderaan, pakai seat belt..mulut dia akan tot tet tot tet. Kalau dia tak cite apa yang dia belajar hari ni, dia akan baca surah2 lazim yang di hafal. Agak kagum..banyak gak surah,doa dan benda2 yang dia hafal dalam umur macam ni. Ni aku compare dengan aku dulu la..bukan dengan budak2 skrang coz budak sekarang memang cepat dlm segala hal. Kalau dia tak menghafal..dia akan eja semua benda2 yang dia nampak..tgh kemaruk nak membaca. Kadang-kadang aku layan..kadang2 aku cakap 'senyap kejap boleh tak? Pening kepala ibu..ibu nak concentrate memandu ni'..and dgn selamba dia jawab 'Concentrate tu apa ibu?'..adehhh...

Hari ni, dia melangut tengok aku iron baju dan mulut memang tak diam lah. Bila Dania leh iron baju sendiri? Kenapa Dania tak leh buat sendiri? Sebab panas? Nanti Nia dah dewasa baru boleh buat? Ibu tak letak air dlm iron tu ke? Aishhhh....sabar sabar..aku pun 'iskk..p la dok kat babah tu baca buku'..dia nonong je wat tak tahu..lagi byk soalan keluar..aku wat bodoh jek..ngeee...

Malam ni..lepas bereh semua kerja..aku dok lipat baju. Apa lagi..dia pun datang. 'Nak tolong boleh?' adeh..aku biarkan je la..kelakar tgk gelagat dia sebenarnya..aku sempat snap pic curi2..dia tak suka orang amik pic dia sebenarnya...syyyy..jom tengok ni :

Mula-mula lipat suar..senang kan..
Lepas tu lipat baju..susah agaknya ..tukar posisi..lipat atas sofa lak..
Ini antara hasil dia lipat..Babah ckp 'oklah tu' ..haahhaa..
Sementara si Nia sibuk lipat baju dengan aku..Si Hakimi wat pe? Em..now aku lajakkan sket time tido dia dari kul 9 ke 9.30. Sila buat latihan or baca buku ya Encik Kimi. Result peksa makin turun and nampak makin slow lak rasanya...bukan nak suh jadi genius pun..cuma jangan cepat sangat lupa..English Danish sangat lemah...emm..what to do??

Abang kena buat latihan.. ;)
And now ni..rasa lapo sangat perut ni..emm..tak kan nak mencekik lak dah kul 11 pm ni..emm...apa nak buat? Tido? Ngee...Nite!

..Selamat Tengah Hari Dunia..

2.22 pm..haip! Update blog? Kan opis hour ni? Hek hek hek..A'ah..memang opis hour tapi aku takde kat opis..so boleh la update kan? Now ni ada kat umah..amik 'Cuti Kecemasan'. Apa la yang cemas sangat ek? Em...kenapa ek? Susah nak di tafsirkan dengan kata-kata. Hahaha..poyo?  Takde laa..begini kisah :

Mee Maggie senang di masak sedap di makan..

Semalam masa on the way balik dari Ipoh ke sini..aku rasa, makin seksa aku nak bernafas ..still control lagi and sampai masa tunggu Abe solat kat Jusco, makin parah lak kesemputan ni. Dania lak tak reti-reti diam..lagi la aku pening. Lepas abe solat, terus la balik. Dia tanya 'Asal muka lemau je?'. Aku just geleng and tunjuk hidung .. ala mcm 'takleh nak bernafas'. Serius ketat gila dada and hidung pun mcm blocking jek. Dalam kepala dah fikir mcm2 yang boleh tambah semput aku.
Sampai umah kena :
1) Kemas bag
2) Siapkan anak-anak untuk tidur
3) Mandikan haiwan2 yang abe beli sebelum simpan dalam peti.
4) Nak iron baju bajan untuk Isnin.
5) Nak basuh baju.

HUaa...makin semput lah rasanya. Aku ckp kat Abe 'Abang..boleh tak Za mandikan haiwan2 tu esok? Serius tak larat la'.. dan dia jawab 'Takpe la..abang basuh'. Huhuhu..Terima kasih. Sampai umah, aku settlekan perkara di atas and Abe buat perkara No 3. Legaa..and aku terus decide tak nak kerja hari ini dan bangun pagi tadi, kepala lak sakit..memang belasah tidur je la lepas siapkan anak2 p sekolah pagi tadi. Tengah ari ni makan apa? Makan Maggie..ho ho ho..sedap weii..ahaks!

Sunday, April 17, 2011

..Musim yang tak berbuah..

Pheww..esok Isnin? Camno nak lenyapkan kemalasan yang menghinggap tatkala Ahad berlabuh pergi? Isnin tu masalah atau ada masalah dengan Isnin? Kalau Isnin menjelma tapi tak perlu pergi ke tempat kerja..pasti Isnin itu adalah hari gembira kan? Congak cuti..ohhh..banyak lagi...setakat nak elak Isnin, fikir2lah caranya sendiri..emmmm..

D24 kat Jusco Balakang RM19.90. Diskaun 30% and after 8pm..diskaun 50%..ok apa..terus Ngap Saja. ;b

Baru sampai dari umah Mak jam 7 pm tadi..terus lajak ke Jusco Balakong. Buat apa? Ada orang baik hati nak tunaikan hajat tekak dan perut aku yang termimpi2kan durian. Hee..terima kasih. Ala..tak payah durian..sebut je apa aku nak..sure dia carikan. Baik? Tu lah..aku ni jek tak reti-reti nak berbakti. Teruk kan? Apapun..terima kasih banyak2 cik Abe walaupun dapat durian dalam plastik jek..cukup memuaskan tekak ini.

Sebenarnya sebelum p Jusco Balakong..Abe dah turun hway Bidor and terus sampai ke Tanjung Malim..takde pun duyan? Aiseehh..kat mana lak yang bermusim nya? Kalau nak ikutkan. belah Perak Utara dah berbuah dah 2 bulan lepas. Sebab tak jumpa and tahu kat Jusco ada..terus la ke sana. Alhamdulillah..rezeki aku ada. Beli D24 sepacket dan 3 packet lagi durian biasa. Ala..saja2 nak buat geli-geli tekak.. Syukur..

OPss..mesin basuh dah munyik...mari mencampak baju ke dalam dryer..Papai!!

Saturday, April 16, 2011

..From Jelapang with LUV..

Yaya, abe, Dania, Ammar dan Danish at umah mak.
Hallluuu...menaip dari umah mak @ Jelapang Ipoh via celcom broadband. Eksyeeenkameeenn la broadband ni..hampeh.com.my..slow gilass babasss. Kejap On..kejap Off. Macam la orang la leh guna menatang ni penuh dgn kesabaran. Saja nak menaip maka update la ini blog. Nak cite apa ek? Ahak..takde cite..mcm biasa..kalau balik Ipoh :
1) Bangun pukul tet! and terus sarapan.
2) Kul 1.30 lepas semua siap solat Zohor..lunch la kan. Hari ni mak masak
    a) Asam pedas ikan pari (utara punya asam pedas) ..ni utk aku.
    b) Sambal tumis ayam - ni mak masak untuk Mr.Abe.
    c) Sup ayam requesy by my Big Brother Raimy.
    d) Sayur campur goreng
    e) Ikan Pari Bakar
    f)  Ulam dan sambal belancan
3) Kul 4 lebih..aku masuk tido..ahaks. Ini lah aktiviti..kul 5 Abe kejut p Tesco beli barang2 dapur utk Mak.
4) Pi Tesco berdua je la.Budak2 memang tak mau ikut dan kadang2, kita org mmg tak kasi ikut. Ahaks!
5) Lepas Maghrib..dinner time. Malam ni semua ada kecuali Encik Modo yg gigih berkerja di Putrajaya.
6) Mak masak bihun goreng Singapore and Abe tapaukan Ayam golek Tesco 2 ekor.
7) Lepas isyak..lepak la kat depan ni. Remote abe pegang..abis la TV..tgk 'Mesin' je la..hehehe.

Phew..tulis dalam bentuk point ni..akakakkaa. Sejuk nyaman je Bumi Jelapang ari ni. Sok tak tau nak balik kul bape. Tak nak balik leh tak. Opis Tak Best!!! Sesak and semput aku dok opis..Tak suka! :(

Orang kata perak musim doyan..idak la ada teman nampak doyan kat Ipoh ni. Kat belah2 Selatan kot sebab belah Perak Utara ari tu rasanya dah bermusim. Syioknya kalau dapat doyan 3 bijik sorang ke..pheww..

Ok la..tata...:b

Friday, April 15, 2011

..Wahai Pekerja..SIAPAkah kita?..

Tet! Langgar syarat kejap ya. Kalau ikut 'displin' baru aku - 'Elak Update Blog di waktu kerja'..tapi hari ni, aku nak langgar sket ketetapan yang aku buat sendiri ni. Ala..kejap jek..bahan dah ada..tinggal nak tepet jek. Hari ni aku agak LeMaU kat opis (ada yang perasan ek..huhhu) tapi since KeLeMaUaN aku adalah tidak Kritikal..maka, aku boleh lagi handle diri. Kenapa aku Lemau..sebabbb..emmm..emmm..hahaha. suspens tak? Actually, kalau ikut email Bos aku hari hari Isnin baru-baru ni, Hari ni bos dah finalize kedudukan aku tapi takde pun dia panggil. Bz Kot kan? Lagipun dah nak balik ni..biarkan je la..

Best Moment - Damai Laut 2007.
Pagi tadi..macam biasa aku layan Motivasi Pagi IKIM.FM. Bulan ni bersama Ustaz Badlishah dan most of the topic is about 'KERJA'. Adeh..terkena je pulak kat batang hidung ni. Takpe..PoSiTiVe Okek? Terima yang baik..yang buruk..buang la jauh2..dan hari ini aku macam biasa, kalau nak sesuatu, mesti gigih nak dapatkan (aku warga TAURUS..remember? ) dan petang ni, aku dah jumpa apa yang aku mahu. Text motivasi pagi tadi..walaupun yang di taip kat blog tu tak seindah kata-kata Ustaz Dr. Badlishah pagi tadi..but still memenuhi skema jawapan. hehehe. to tuan blog CiNta TaNpA SyArAt ..saya mohon copy paste ya. Terima kasih.

Okek..meh baca and kita renung2kan diri kita PeKeRjA yang MANA..

5 jenis pekerja yang akan wujud. Ianya sama dengan hukum ajaran Islam iaitu pekerja kategori wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

Pekerja kategori wajib :
Kehadirannya amat disukai dan kehilangannya amat dirasai. Jenis orang yang tergolong dalam jenis ini adalah mereka yang yang pandai buat kerja dan berakhlak mulia. Jika golongan ini menjadi ketua, dia merupakan ketua yang pandai membuat kerja, pandai menganalisis, pandai menyelesaikan segala masalah yang timbul dan juga mempunyai akhlak yang baik.

Pekerja kategori sunat
Kehadirannya disukai namun jika ketiadaan tidak dirindui. Ianya tergolong di dalam orang yang pandai membuat kerja namun kurang berakhlak. Jika orang ini menjadi ketua, dia akan pandai menyelesaikan masalah dengan masa yang singkat namun sikapnya suka marah-marah kepada pekerja bawahan.

Pekerja kategori harus
Kehadiran dan ketiadaannya tidak dirasai. Boleh membuat kerja dengan sekadarnya sahaja. Ketiadaannya tidak akan menjejaskan organisasi.

Pekerja kategori makruh
Kehadiran golongan ini di tempat kerja akan menceriakan keadaan dan meredakan ketegangan kerana kepandaian mereka membuat lawak.

Pekerja kategori haram
Pekerja ini adalah pekerja yang tidak pandai membuat kerja dan bermulut jahat. Suka bermuka-muka di depan kita tetapi di belakang kita diumpat habis-habisan dan suka menyebarkan fitnah. Kehadirannya amat dibenci dan ketiadaannya amat diharapkan oleh organisi.

 
Selepas apa yang aku lalui 2-3 minggu ni..aku rasa..aku dah jatuh ke kategori :


Pekerja kategori HARUS.


ps : Rasa nak keluar dari sini..

Thursday, April 14, 2011

..S.e.M.p.U.T..

Sedut - masuk ikut hidung dan stuck kat dada sebelum ke jantung - slow sangat nak cecah organ tu rasanya.
Lepas - dari jantung..naik ke trachea terpaksa tarik panjang-panjang and sampai ke hidung..waaa..seksanya tak boleh lepas. Masa lepas ni, dada berdebar-debar.
Kalau menguap..memang takde udara masuk via idung and stuck kat tekak...mmg tak puas nak menguap walaupun nak nganga luas-luas.

Uhuk. Apa yang aku dok cite ni? Cedih laa..ini la masalah aku sejak aku lahirkan Dania dan nampaknya makin teruk ni. Aku takleh bernafas secara selesa and proper. Lepas jumpa semua pakar..aku OK katanya. Cuma doktor kata sebab tekanan darah dan plalet darah merah aku rendah..tu la sebabnya aku semput. Kalau dalam keadaan mcm ni..jantung aku akan berdebar dan aku macam melayang-layang. Ni kata doktor sebab jantung tak dpt pam darah aku yg rendah dan kurang. Ikut doktor..jangan aktif sangat sebab bahaya takut jantung tak dapat bekerja sebab takde darah nak pam.

Macam biasa, cikGoogle jadi tempat rujukan aku.

Em..jangan aktif ? Adeh..masalahnya. Jiwa aku memang 'bersukan'. Aku seronok berpeluh, berkawan dan bergembira. Aku suka sangat main game sebab masa ni jantung aku akan bekerja keras. Rasa lapang sket dada and bernafas secara sempurna. Kadang-kadang aku memang paksa supaya aku penat and selagi aku tak rasa jantung aku laju..aku akan workout sampai rasa besh gila kat jantung..

Aku bukan Asma ya. Tapi kalau aku stress..lagi la masalah Besar aku nak bernafas. Semppiiitt je dada. Emm..macam mana ek? Apa aku nak buat ek? Aku ni memang berpenyakit ke? ho ho ho..nauzubillah..

Wednesday, April 13, 2011

..Tudung oh Tudung..

Hai tudung periuk
Tudung periuk pandailah menari
Tarian anak
Hai tarian anak putera mahkota

La la la..ini lagu lama, dari filem Sumpah orang minyaakk..lalala..aku bukan nak cerita pasai tudung periuk la..saja-saja kasi intro sambil menyanyi bergumbira..hhhee. tau dak lagu tudung periuk ni? kalau tau..nyanyi la sama-sama..

Ini tudung Balqis Siti Nurhaliza..hhaha..consider as tudung tak?
Okek..gigih ni mengoogle tudung semata-mata nak buat entry 'Tudung oh tudung'. Sebenarnya bukan apa..lately ni kan..aku rasa, semua orang pun realize dengan peredaran dan peralihan zaman tudung ni. Aku bukan nak mengomen,mengutuk apatah lagi mengeji..tapi aku suka tgk dan perati, muda mudi zaman ni..wah, makin berseri-seri dengan tudung warna warni. Emm..nice actually kalau kena dan tepati bentuk muka dan gaya diri sendiri.

Zaman aku dulu ( tua sangat ke ni?) .. masa mula2 kerja..tudung bawal paling glemer. Dalam tahun 2000 rasanya..selepas zaman tudung Wardina..nama tudung bawal ni paling glemer. Aku ingat lagi, bila kawan opis aku pakai, aku dengan selamba badak tanya 'Kak Liza pakai napkin ke?' ho ho ho..sorry la banget..sebab aku tgk tudung bawal ni sangat nipis ..dah macam kain lampin. Sib baik la member jenis sporting..dia pun explain la pasai bawal ni. Ohooiiii...mcm tu ka? Sekali dia bawak kau p PKNS Shah Alam..masa tu aku kerja kat Klang..erkk.terkedu air liur aku..omangg aiiii..mahailnya tudung jarang ni. Huhu..tuudung bawal pertama aku yg aku rasa gila babass mahai aku beli ialah berharga RM35. Pengsan lah jugak .. tapi since tudung bawal ni ada gred 1,2,3..so aku biasa beli yang gred tak nipis sangat. La ni aku pun tak tau la bape banyak tudung bawal aku ada. Rasa mcm tak byk je..ye ke?

Ini antara tudung segera kegemaran aku. Tapi now ni tudung mcm ni dah makin sarat..emm..
Lepas zaman bawal ni..selain layan tudung cotton yg RM10 tu..tiba2 lak tudung segera ala-ala tudung Indonesia glemer. Ariani paling 1st jadi pelopor. Aku cuba gak tudung ni. Mula-mula jenuh la kena kutuk dengan Mr.Abe..tapi lama-lama tudung 'segera' ni makin variaty dan menarik...so aku pun belasah beli. Beli online je dari kawan..murah pun murah dah paling besh , tak yah iron and ready di pakai. Abe pun dah biasa agaknya tgk aku pakai tudung ni..lama-lama dia pun okek. CUMA yang aku rasa, kalau pakai tudung segera ni..muka nampak agak matured. Aku pun sebenarnya dah rimas dah pakai tudung ni..rasa nak balik ke bawal atau cotton. Em..nanti lah fikir..

Fatin Liyana ..serius, she is beautiful dan tudung ni, mmg trend sekarang..
kredit to : Fatin Liyana Blogspot
And now ni..huhuhu..aku rasa, yang pesyen kali ni aku takleh nak follow. Serius la kan..dengan kaler meriah-meriah..ada lak sepit atas kepala..kena lak pusing2..oh oh no..rasanya tak tercapai akal aku nak bega-bega and cari masa untuk bergaya sakan mcm tu. Tapi terus terang..aku suka sangat tgk budak2 muda pakai tudung ni..sangat ceria..cuma kadang2, aku rasa..baju yg di kenakan agak over..mcm tak kena dgn tudung. Pakai legging and pakai tudung..uhuhuu..sorry, sesak mata aku. Maaf ya..ni mata orang2 tua la..hehehhe.

Hana Tajima dan Yuna..ni feyen ikutan skrang..emm..nice (?)
Hana Tajima? yeah..she is beautiful. Tak nafikan kan lah. Memang gorgeous la si Hana ni. Rupanya, gaya tudung dan baju dia jadi ikutan. Em..terfikir zaman sekolah dulu..kalau tudung senget ka..kedut kaa..compem terhegeh2 nak p sekolah..tapi dengan fesyen si Hana ni..hehehhe..belasah je ek. Tudung senget ka..tak iron ka..belasah jek. Ngee..mcm-mcm lah kan dunia ni. Budak2 muda kot..apa katanya 'Cool and chillax'..uhuk. Bukan zaman aku kot kan nak cuba semua ni. Tak pun cuba masa Raya or kalau ada function jek..emm..ye ke nak cuba? ho ho ho...kalau se comey si Hana Tajima tu..boleh la..ni dah jd mak orang..sehsuai ke? Nanti lah fikir..

Kagummnya kaalau boleh pakai tudung proper kan? emm..bila la kan..

Tuesday, April 12, 2011

..Aku Anak 'ANTU'..

Penah dengar istilah ni? 'Kau tu bukan anak menantu..tapi anak antu'. Hahaha. Now ni mak mentua aku ada kat umah..tapi abah tak ikut. Tu la kan..kadang2 aku ni bukan tak fikir..aku fikir gak.betul ke aku ni anak antu? 4/8 ni genap 10 tahun aku kawin..nak tahu? Aku tak penah memasak kat umah mentua..jarang-jarang tido kat umah mentua..dan aku sangat jarangggggggggg bercakap.


Emm..alaaa..aku bukan saja pun. Kalau dengan mak sendiri pun..aku balik umah..kerja aku, makan tido..makan tido..sebab tu bila p umah mentua..aku dah tak tahu nak buat apa. Mentua aku terra masak lauk pauk kampung dan abah mentua aku sangat cerewet bab makan2 ni. Kadang2 mak masak dah ok dah..abah dengan selamba jek sound 'tawaq'..mak pun bangun la tambah garam..huhuhu. Aku penah buat air oren masa raya...abah minum and cakap 'tawaq ni liza'.. hohoho. Aku ni anak nurse..mak dah ajar..kurang gula..kurang garam and pada aku, dah cukup rasa dah oren tu.Aku pun p la dapur tambah air gula.

Bab talk-talk ni pun aku agak gagal. Ngn mak sendiri pun aku kureng bercakap..mcm tak caya kan? ini lah hakikatnya..aku ni bukan lah talkative pun. Kalau mak buka mulut..baru aku buka mulut..so bila dengan mentua..lagi la aku carca merba tak tau nak cakap apa. Pelik or tah apa2 ek aku ni? Emm...teruk sangat ke kalau tak reti sembang ni ek?

Kenapa jarang tido umah mentua? Emm..dulu masa mak abah aku dok Alor Setar..memang compem la balik Manjoi and tido 2-3 malam..tapi now mak abah aku dah ada kat Ipoh..dan biasa kalau balik ipoh..teruss zoomm ke Jelapang. Kenapa ek? Pada aku la..kalau balik Jelapang..abe bebas lepas nak buat umah mak aku macam umah dia sendiri..mkn pun mak aku selalu tanya dia nak makan apa..tv pun dia leh control dan kalau dia nak kuar...dia kuar jek. Kaalau balik Manjoi..huhuu. Aku yang tak reti masak...tak reti sembang...hampir2 mati kutu..sian aku kan? Tapi kalau Hari Raya, sistem gilir2 ni masih ada...;)

Ke aku memang anak antu ek? Hohohoho....


Monday, April 11, 2011

..Saham oh Saham..

Minggu lepas, Bank Rakyat war-warkan pembukaan semula sher saham. Ramai gak yang berebut-rebut nak beli saham dan ada yang pergi untuk penambahan. Aku ? Bila di katakan just boleh tambah RM500 jek..rasa macam malas lah nak p berebut-rebut. Peruntukan sebanyak 1billion untuk Bumiputera..rasanya bila-bila je boleh pergi nanti. Cuma bila byk cerita atas cerita, boleh add RM500 saja le..boleh lebih la..aku decide untuk g sendiri tadi. Em..nombor giliran untuk penambahan saham dah abis la pulak. Ok. meh sini aku clearkan tentang saham ni. Ni dari mulut cik kak yang jaga Q penambahan saham tadi la ya.

Bank Pilihan Anda (?)
1) Pembelian saham baru di buka kepada semua Bumiputera atau yang beragama Islam bukan bumi.
2) Barisan PEMBELIAN dan PENAMBAHAN saham ada lah berbeza. Sila amik nombor la apa-apapun.
3) Pembelian adalah RM500.
4) Penambahan juga hanya RM500 sahaja. JIKA hendak membuat penambahan melebihi RM500, sila isi borang menunggu dan perlu mendapat kelulusan HQ Bank Rakyat. Maknanya, belum tentu la bila kita boleh tambah. Letak la berapa jumlah kita nak Q.

Aku penah Q nak tambah saham ni 4 tahun lepas, sampai ke sudah duit aku tak bertambah dalam tu. Dengan dividen antara 14%-15% setahun, dapat la dalam RM350+ setahun. Kalau dapat tambah 2-3ribu lagi  kan ngam (ni yang aku mampu je la..ada yang Q more than 10K..huhu). Last-last, aku balik jek dengan tak menambah apa2..sib baik cepat, silap2 kena saman sebab tak beli tiket parking..Ngeee..

CK antara CEO TNB paling lama..motif?
Selain saham bank rakyat..satu lagi saham yang hidup segan mati tak mau ialah saham TNB. Ada few lots yang aku kena jual sebelum 2013. Selepas pelarasan, harga saham di turunkan dan sangat la masyuk kalau dapat jual at least pada harga RM8 kan? MALANGNYA..dah dekat makan tahun ni saham TNB tak naik2..dok kat RM6 je laa..kenapa lah kan? Nak tak nak..kena jual gak before tahun berakhir. Agak-agak, bila ek nak naik saham TNB ni? Orang kata tunggu pilihanraya..emm..kapan ya?

Saham aku? Terasa banyak BARANG PAKAI BUANG lak..emm..
Dan..now ni aku dalam dilema dengan SAHAM diri. Dengan kewujudan level atas yang semakin ramai atas aku, nampak macam aku tak de apa2 lagi di sini sehingga aku di beri pilihan atau di beri kata dua. Susahnya nak buat keputusan. Aku seolah2 lebih banyak berfikir..'Apa orang nak kata' daripada aku fikir 'Apa yang aku boleh buat '. Aku di ajar supaya be fishy utk dapatkan apa yang aku anak. Adeh..aku ni baik sangat atau terlalu banyak kerenah. Tadi aku p jumpa 'kaunselor' aku, minta pendapat. Hehehe..Something good talk to dia  is 'dia is very positive and dia say what ever dia wanted to say about me but in 'slow and steady mood.' Emm..now ni lepas semakan, aku kena betulkan balik karangan aku sebelum submit.

SubhanaAllah..Ya Allah, tunjukkan aku jalan..Permudahkan lah urusan kerja ku Ya Allah..Amin.

Sunday, April 10, 2011

..Makan Malam Hari ini..


Tadi aku cite pasai sarapan and lunch..and now, saja2 nak update blog ..ini dinner aku. Smoke Salmon with Honey Salad & Mushroom. Semua ni done by Mr Abe. Dia je pandai masak ala-ala barat ni. Aku? Aku tau order jek..uhuk.

Kalau ikut tekak aku yang semakin takde selera nak makan ni..aku nak je balik umah mak..makan kari kepala ikan, sayur campur, ulam and sambal belacan. Semua nak mak yang masak.Kalau balik umah mak, ada masalah semua hilang..memang nak kena g jauh kot dr UNITEN ni. Aku terus berdoa.JIKA keluar dari sini jalan penghujung kepada semua masalah aku ni..aku redha. Itu yang aku nak sangat..

..Hari ini, setakat ini..

Pagi aku walaupun hujung minggu, ianya akan bermula seawal 6.30 pagi gak. Selain bangun Subuh (kalau solat lah), kena bangun awal untuk sediakan persiapan Danish ke sekolah. Sabtu & Ahad, dia kena p sekolah. Aku sediakan je baju dan sarapan dia (roti jek) dan lepas tu aku kejut Abe. Sila hantar. Aku tak rajin la nak hantar..dah hantar ari biasa, babah pula punya kerja ya. Macam biasa, babah akan tunggu anak dia kat sekolah dan kemudian balik membawa sarapan yang hanya di order oleh aku. Hari ni aku order breakfast Mc D dan abe pun bwk balik la Big Breakfast Box A. Pagi ahad aku bangun awal skettttt dari Sabtu..hehehe.

Ni picture dari CikGoogle ya..biasa kalau aku p makan dengan kawan2..aku akan amik set Set No 2 dengan Hash Brown.
Lepas sarapan, kalau Abe tak campak baju masuk mesin, aku akan campak. Lepas tu lepak-lepak ngn anak-anak atau aku sambung ZzZZZZ..Si Dania biasa nya suka mewarna dan Danish akan sibuk dengan chess set dia. Aku? Layan Pc atau baca novel. Umah compem la huru hara kalau dah semua berkumpul kat depan ni. Biar kan je lah kan. Hari ni lunch kul 4 lebih kat Jusco Balakong. Makan apa? Alahai..Abe ajak lepak Old Town White Cafe. Ingat nak tarik muka je sebab aku lapar nasi..tapi tak baik kan? (Poyo tak baik! hahhhaa). Lepas dapat makanan yang di order..hua hua hua..GAGALNYA..aku memang tak leh nak blah dengan chinese food. Aku order bihun tomyam..adakah ke buh Udang kering..adeh. Nak tak nak..aku telan je la..last2 aku order roti bakar. Laksa yang abe order pun tak chedaapp..

Bihun Tom yam - Nampak pun tak menarik kan?
Aku ni sebenarnya tengah cuba betulkan diri sendiri ni..tapi biasa lah kan, biasa nya kalau aku dlm keadaan bengong mcm ni..orang yang dekat dan rapat dengan aku lah yang jadi mangsanya. Salah sket je..aku hangin 1 badan. Ye la..dengan sapa lagi nak poyo and ngada2 kan? 'Karangan' apa yang aku mahu jadi lom siap2 lagi. Mr TE ni..kata nak tolong..tak de idea pun..takpe, sok pagi2 aku nak p serbu 'kaunselor S' aku. Harap-harap dia tak MC or cuti..hak hak hak. Aku cuba la tak mau cakap byk and cakap ikut hati..sia2 je lah. Tadi Danish tegur aku..;sejak bila ibu suka menyanyi ni..Danish asyik dengar ibu nyanyi jek'. Ngeee..ni gara-gara karok ari tu la ni..adeh.

Warna-warna kehidupan. Mic kat Red Box ari tu..
'Mengaaapaaaaaa kau juga yang rindu..walau sudah ku tak berupaya bersatu ..hidup dengan muuu'..peghhh..ni lagu kak jiana ITMS nyanyi..Nak p karok lagi? Dan malam ni..aku nak duduk buat karangan yang tak siap2 itu..So tamatlah cerita aku setakat 7.12pm ni...









Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!