Friday, December 30, 2011

..Album Jenjalan Paris - Swiss November 2011..

Macam dah basi nak share Album ni. Dah sebulan berlalu. Malasnya nak bercerita. Nak recall balik, lagi lah tersangat malas. Mcm biasa, tunggu Mr.Abe update kat travelblog kita org lah ya. Itu pun cite p europe bulan March 2011 dia tak abish2 update. Ngeee...

Klick gambar untuk lagi2 gambar ya.. 

Album Paris Disember 2011

Album Swiss November 2011



Wednesday, December 28, 2011

..Kembali ke sarang..

Last destination cuti 2011 - Cameron Highlands.

Assalamualaikum...

Lega rasanya bila dapat jejak kaki ke rumah sendiri. Tak kira la rumah sepah ka..umah kecik ka..balik umah sendiri adalah yang terbest. Yang penting, semua famili kembali bersama. Anak-anak dah di bawa pulang dan Mr.Abe ada tak g oustation.

Cuti ada lagi..Khamis ni hingga Isnin 2012. Saja balik awal coz persiapan anak-anak ke sekolah tak settle lagi. Bukan nak beli benda-benda baru, buku sekolah pun tak beli lagi. huuhuu. Baju, kasut, suar, alat tulis and bag..pakai je yang lama. Tak yah bazir-bazir coz semua pun elok lagi. Kan?

Cuti baru-baru ni, balik umah mak, duduk2 besarkan badan. Makan tdo..jalan2 ipoh..tu je la kerja aku. Hari ni sebelum balik ke sini, Abe bawak g Cameron Highlands. Tak plan pun. Tak ingat bila last sekali aku ke cameron. Ikut je la kan orang nak bawak. Balik hari jek. Beli sayur sket sehingga lah kena saman sebab parking ikut suka..hahhaa. Takpe, saman ekor, tak sign pun..so, lain tahun bayar. Cameron hujan ari ni tapi tak sejuk pun. 22 celcius. Lawat Mardi Argo apatah, g lepak Strawberry Farm KHM - melayu punya tau. Makan tengah ari kat Brinchang, kul 4 tolak balik UNITEN. Seronok!

Ok..badan agak penat...terasa mahu titun. Tata!

Monday, December 26, 2011

..Lelaki atau Perempuan..



Ingin berkongsi cerita. Kisah di dalam tandas awam Ipoh Prade. Dania minta di bawa kan ke tandas, nak buang air besar..sakit perut lah ibu. Kelihatan seorang makcik cleaner sedang sibuk membersihkan tandas no 2. Tandas tu bersih dan wangi. Selesai tandas no 2, dia beralih ke tandas no 3. Mata memandang Dania.

Makcik : Anak perempuan je ke? Ada berapa orang anak? - Makcik menyapa aku dlm loghat utara.
Aku      : Anak 2 orang. Dia ada abang. - Jawab aku yg juga tiba-tiba berbahasa utara. (Apa nak heran, IC aku memang 02 pun..Kedah mai gak..ngeee)
Makcik : Bagus laa ada anak laki. Saya ni..ada 2 anak perempuan..kalau ada anak laki, takde la kena kerja lagu ni. - Sambil tangan terus menyental tandas.
Aku      : Anak makcik mana?
Makcik : Anak perempuan..takpe..depa dah kawin. Dah ada anak-anak sendiri. Depa tak kerja, harap suami saja.
(Aku faham as : anak perempuan, kalau dah kawin, memang kena ikut suami, kalau tak ambil tahu hal Ibu, makcik ni faham)
Makcik : Saya dah bercerai. Laki kawin dengan perempuan lain. Janda anak 4, mamak.Laki saya tu dah tua, dah 72, ada penyakit kencing manis.
Aku      : Ooo.. (nak jwb apa pun tak tau)
Makcik : Suami kerja apa?
Aku      : Engineer.
Makcik : Kamu?
Aku      : Kerja kat Universiti..kat KL. Balik kampung je ni. Cuti seminggu.
Makcik : uishhh..kerja KL. Mesti gaji banyak.
Aku      : sama je makcik kat mana-mana.
Makcik : Ni cuti lama2 , kena potong gaji la kot na?
Aku      : Dak..cuti tahunan.
Makcik : Lagu ni laaaa kena kerja.Lepas cerai, rumah ngn tanah, semua laki amik, makcik tak dapat apa-apa. La ni dok umah sewa sorang.

Dania settle membuang. Aku dah mati akal nak sembang.

Aku      : Ok makcik, saya p dulu naa (apehal tiba2 kedah aku pekat..hahahah)

Kesian lak rasa. Tapi apa yang mampu aku buat? Terfikir jugak..kenapa anak perempuan kena abaikan mak lepas kawin? Mungkin sebab anak2 perempuan makcik pun tak kerja. Dan kalau ada ramai anak laki pun..boleh harap ke semua? WaAllahualam..

Kenapa perempuan berkawin? Nak tempat berlindung..tapi kenapa lelaki sekarang sibuk nak cari perempuan yang berdikari? Sebab tu perempuan sekarang ramai tak kawin. Kalau dpt laki yang harap isteri buat semua..apa guna isteri ada suami.kan? Nak-nak dapat suami yang dok harap duit isteri gak. Memang nasib orang tak sama..tapi kalau susah macam mana pun, kalau suami tahu apa tanggungjawab dia sebenarnya..insyaAllah, duit bukan la segala-galanya.

Aku suka membaca kisah kejayaan wanita. Majoriti kisah yang aku baca..semuanya berjaya kerana pernah menjadi ibu tunggal. Di tinggalkan lelaki dan terpaksa menanggung anak-anak yang di tinggalkan. Terfkir, perlu ke ke tahap 'janda' untuk jadi wanita yang berjaya? Nauzubillah..Mungkin itu takdir mereka yang di tentukan Allah kerana, setiap pahit, insyaAllah ada manisnya. Yang penting 'Ada kemahuan..pasti ada jalan'.

Renung diri sendiri...sampai bila nak jadi macam ni...emmmm..

Saturday, December 24, 2011

..Simpan dalam Hati..

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan simpan di dalam peti;
Kalau ada silap salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Acehhh! berpantun pulak. Dari tadi, aku tenung je blog ni. Em, tgk pada blog hits since 5/1/2011, ada lebih daripada 10 ribu hits. Hits tu bukan menunjukkan bilangan orang yang membaca, tapi jumlah setiap kali blog di klick. Tak kisah la di baca ke tak..tersesat ke..sapa tau kan? Terfikir..siapa yang membaca? Follower tak ramai and comments apa tah lagi. Sebenarnya, aku tak ambil pot sangat pun..cuma..emm..kalau ada yang membaca, baca la seperti membaca tiket wayang..dah masuk panggung, tiket di buang. Hehehehe.



Tak seperti blog duluuuu..now, banyak benda tersimpan sendiri di dalam hati. Sebenarnya, meluap-luap juga nak meluahkan rasa..tapi fikir-fikir, emmm...mengapa perlu luah di sini jika hanya mengundang sengketa..tak mampu selesaikan apa-apa. Kadang-kadang terlepas jugak..maaf zahir batin di minta. Sama juga nak luah rasa sayang pada mereka yang sentiasa ada dlm hati..di sini bukan tempatnya lagi..simpan je elok2 dlm peti. Keh keh keh..

Jumaat semalam, hari terakhir aku bekerja untuk tahun 2011. Cuti Krismas terus bersambung sehingga ke cuti tahun baru 2012. Yeayy!! Happy Banget dong! 2 minggu sebelum cuti, aku duduk diam-diam dalam opis settlekan semua kerja. Tak membuat coding lagi TAPI kerja-kerja sebagai Koordinator and System Support TERSANGAT lah remeh! Buat coding..malas nak buat, boleh releks2 lagi sehingga bertemu dateline (ni style aku dulu la..developers lain aku tak tau) TAPI bwh sistem support...telefon tak henti berdering, email bertalu-talu masuk dan semua ada masa untuk selesai, dlm sehari tak selesai..mati kena kejar dengan user atau kena tunggu email dari boss. Uhuk! Tiba time Online Event..kerja belakang tabir sebelum sistem betul2 boleh di gunakan..memang memenatkan. Pendapat aku, banyak setting yang boleh di sistemkan..emm. kenapa perlu tengok query lagi? and, frankly dari hati..kesian juga tengok Otai aku di kejar user..and lucky kerja dgn dia..tak kedekut ilmu dan ingat pesan dia 'Biar lah kak zai orang kata kita takde kerja. Tengok la ni..semua kita yang kena'. Ya...faham-faham.

Soalan terakhir sebelum balik and bercuti jumaat lepas dr Manager Hardware : 'Macam mana now jadi Koordinator?'

Aku senyum je and jawab : 'Apa lagi yang I boleh cakap? Kerja is kerja..buat je lah'..

Balik pada tajuk : Simpan semua dalam hati je lah...

Thursday, December 22, 2011

..Sekolah Time..

'Selamat 0.5 Babah untuk sekolah anak-anak'
Alhamdulillah, selesai sudah membayar yuran sekolah anak-anak untuk sessi 2012. Dari anak-anak sekolah, semua yuran di tanggung sepenuhnya oleh Mr. Abe dan aku hanya tukang g bayarkan je - ini je yang mampu aku tolong kerana taraf kami berdua tak sama walaupun kami sekufu. He he he. Cuma tahun ni for Danish, tak dapat nak bayar setahun terus coz 'bulan TNB gerhana', just settle for setengah tahun. But still syukur.. InsyaAllah, nanti-nanti ada la rezeki lain nanti kan?

Yuran SERI ABIM untuk Danish.


'Kenapa tak hantar anak ke sekolah kebangsaan? Kan tak payah bayar mahal2?'

Ni antara soalan yang biasa di tanya. Emm..kenapa ya? Mula-mula dulu memang ingat nak senang jek.Hantar anak pagi, amik terus belah petang. Tak perlu tergesa-gesa or curi masa waktu lunch kena keluar amik anak and lepas tu hantar balik ke sekolah agama. Kalau kira-kira, duit minyak, duit lunch and so on, rasanya mcm dah sama je yuran sebulan ABIM.  Lagipun aku yang kena urus anak-anak sekolah, Mr Abe jauh nun kat Klang. So, dia pun dengan baik hati, sudi nak senangkan isteri dia dgn hantar anak2 ke ABIM ni. Ngeee..

Bila dah tengok 2 tahun Danish di SERI ABIM dan setahun Dania ni TASKI ABIM, alhamdulillah...aku suka tengok progress dia orang. Bukan saja dalam Akademik, tapi syukur sangat,solat tak payah suruh, mengaji lancar, boleh menghafal ayat-ayat Al-Quran dengan baik. Aku tak compare dengan budak2 sekolah kebangsaan yang lain, aku compare dengan diri aku sendiri dulu-dulu masa SRK Convent. Teruja kot dengar Dania yang baru 5 tahun dah boleh baca doa Iftitah dan Tahayat Akhir dengan baik. Ayat-ayat lazim pun dia banyak hafal. Kalau akhlak tu..as budak-budak, masih banyak yang kena tunjuk ajar. Dan sebagai kanak-kanak, nakal tu tetap ada..kan? Tu semua kena pelan-pelan didik dan asuh. CUMA 1 benda je agak mengecewakan..ENGLISH mereka agak HANCURS. Danish boleh membaca dan faham English, tapi dia tak mahu bercakap. Dania? Adussss...ibu ngn babah kena usaha lebih kat rumah.
Yuran dah settle..tinggal nak beli buku jek. Ingat nak suruh Danish beli sendiri. Suruh Belajar! Aku dulu dah urus sendiri semua benda2 ni dari darjah 2.

Tengah berfikir untuk tukarkan anak ke sekolah Kebangsaan masa darjah 4 coz aku tak pasti sejauh mana senangnya budak-budak ABIM ni nak ke SBP after darjah 6 nanti. Kalau cemerlang dalam UPSR, InsyaAllah takde masalah..kalau tak? emm....how eh?

Tuesday, December 20, 2011

..Apa itu R.I.N.D.U..

Rindu itu menyeksa kalbu - sekadar gambar hiasan ;b
Search kat Google 'What is Rindu' keluar jawapan ni :

Definition for rindu:

Web definitions:
Rindu is a village in the Tibet Autonomous Region of China..
He he he..lari tajuk sudah. Apa itu RINDU eh? Orang putih kata 'miss'. Em..Rindu tu pada aku - sentiasa dalam ingatan dan sentiasa ingin berdampingan. Betul? Tetiba buka entry jiwang lah pulak. Actually, aku tulis benda ni sebab dari semalam, bila call anak-anak, masing-masing dok cakap 'Rindu Ibu'.

Dania :
Semalam dia call aku :

"Ibuuu..nania rindu ibu."
'Rindu tu apa?' - ibu
"Tak tahu lah...tapi Nia rindu ibu"


Danish :
Hari ni dia call aku :

"ibuu..muka danish ada jerawat..sakit"
'laaa...ada jerawat? Rindu kat sapa?' - ibu
"rindu kat ibu laaaa"
'rindu tu apa danish?' - ibu.
"tak tahu..tapi danish rindu ibu"

Comel lak rasa bila mereka sibuk beritahu mereka rindu..tapi mereka sendiri tak tahu apa itu RINDU. Mungkin mereka dapat rasa dan sentiasa teringat aku..itu yang mereka maksudkan RINDU.

Kalau ada ikatan RINDU, 5 hari pun pasti terasa lama..namun, jika dapat bersua muka walaupun seketika, RINDU pastu terubat jua.

RINDU juga pada mereka.. :)

Saturday, December 17, 2011

..Facebook Timeline..


Ni Facebook timeline aku. Baru cuba-cuba guna. Baca dari status FB kawan kat FB, terus google and cuba. Aiseyyy..rupanya Facebook Timeline memudahkan kita memflash back semua benda-benda yang kita dah buat sejak FB kita di lahirkan. Setakat ni aku tak sempat view apa-apa lagi dan kalau boleh, tak nak view apa-apa terutama status 2010 - macam orang gila!

Interface FB Timeline ni agak menyaratkan mata. Now tgh fikir, nak guna terus atau nak remove tapi tak tau macam mana nak remove. Kena gebek-gebek la pulok. ada sejam lagi sebelum event Pre Reg ni abish, so boleh la mencari solusi kejap lagi. Lepas ni balik umah..apa mau bikin? Tido?? emm alahai..

Kalau nak cuba guna FB Timeline ni, search je kat Google. Tapi kalau line tenet anda adalah slow, takyah la guna Timeline ni.Bercinta gak nak tunggu load cerita lama. Interface yang terlalu byk benda nak pandang..rasanya mcm..alah! Sesak mata.

And now, dush! Kekenyanggggg banget. Ni la kalau jaga Online..makan jek! Risau ni dengan 48.5 kg..emmm..ok la! Tata...

..Home Alone 4..

Ini cerita semalam. Semalam tak sempat menaip coz menjalankan aktiviti malam sehingga 11.40 malam di rumah. Semalam masih bersendirian untuk hari ke 4. Sepatutnya Mr. Abe dah on the way back dari Paka semalam, sekali dia decide nak Kedah kenduri sepupu aku. Huaaa..nak hekutt! Sok baru dia balik ke sini.

Geng Netty bermain bowly - Sessi penyampaian Hadiah :)

Semalam ke Mines bermain bowling dengan geng2 Netty. Bebudak Netball ni bukan leh main netball jek..macam2 dia orang ni leh main. Aku? boleh join..terra tidak, belasah OK. Ngehhh. Semalam ke Mines memandu sendirian coz ada yang bertolak seawal 6.30 petang. Aku masih bekerja time tu. Ehek..sebenarnya aku ni ada problem nak drive malam. Silau dan tak pandai mengagak jarak. Memang penin. Uhuk! Tapi balik ada Kenet dan Natte naik sama..lega sket walaupun berdebar. Main semalam sekadar membaling bola. Teruk wei markah and dapat 8 out of 9. Hak hak hak. But sangat enjoy!

Hari ini, masa menaip ni, aku berada di bangunan Kolej IT, bertugas untuk Online Pre-Reg. Kul 5 nanti baru settle. Malam ni takde apa-apa aktiviti. Duduk sini sbg standby person..takde masalah, duduk la ngadap pc ni. Makan di tanggung bereh sampai petang..tu yang penting. Ada orang kata, masyuk la kerja weekend..hek hek hek. Exec tak leh claim OT..leh claim cuti saja. Cuti aku dah 28 hari setahun ..lom tambah cuti bawak ke depan. cuti byk2 pun nak wat apa tak tau.

Ok la..go!

Friday, December 16, 2011

..Home Alone 3..

Kaki 'sport'..semua game pun muka yang sama.. ;)
Nantuk..nantuk..dah kul 12.05 am ni. Nak update blog secara laju. Title tu poyo je kan? Macam tak biasa tinggal sorang..saja bikin panas. Malam ni tak layan apa-apa movie di lappy coz kuar berfutsal dengan kawan-kawan kat Bangi. Ada game dengan Esset KWSP..dia org ajak lawan, sekali dia orang tak cukup pemain. Apa da.Emm..tak letih and berpeluh sangat coz main separuh masa kedua dan menjadi back. Tak banyak lari kot. Tak pandai nak jd stricker..maka, dok diam2 je tolong keeper jaga gawang. Main dalam sejam..terus ke Mc D Bangi lepas tu. Hamekk kau..pecah Mc D Bangi dengan gelak tawa. Ada gak yang jeling2..kuikuikui. Balik..mandi manda and mengadap lappy.

Siang tadi, pagi2 dah ke COIT buat testing hardware lagi. Masih seorang diri coz Otai tak balik lagi. Dah tak gelabah sangat mcm semalam..buat kerja sorang, kena berani buat decision sendiri lah kan? Settle kerja hampir lunch hour. Kul 2 aku ke admin dengan hajat nak derma darah. Before this aku tak leh derma coz tak cukup berat and low blood pressure. Sekali hari ni, timbang tadi..hua hua hua...48.5kg! huaaa..nak nangis pun ada..banyak seh naik. Patut la rasa seeh je perut lately. Tapi memang terasa pun badan dah naik..habis la macam ni..tepuk dahi je lah. Dush!! And aku tak layak derma darah coz baru balik dari oversea. Kena tunggu setahun. Siapa pernah duduk oversea 1 tahun, tak leh derma darah dalam masa 10 tahun and sapa penah duduk oversea more than 4 years..seumur hidup tak leh derma darah. Why? emmm..susah nak jelaskan..google je lah.

Okek..okek..really nantuk. Sok dah kena standby untuk Pre Reg..jangan terbabas tak bangun sudah. Good nite Khamis..Jumaat dah menjelma..

Wednesday, December 14, 2011

..Home Alone 2..

Okek..Done with movie CUN. Nice movie and Maya Karin is so muah muah cun. Mengantuk ni. Hari ini di habiskan dengan membuat persediaan testing hardware Pre-Reg Sem 3. Apa tu? Ala..event untuk budak2 Uniten ni mendaftar subjek. Membuat testing sorang-sorang di COIT kerana encik Otai outatstion ke Kenyir dan Asst dia ada training..agak gelabah la juga. Dah lama tak buat beb. But thanks a lot to both of them yg sentiasa ada membantu jika di perlukan. Siap OCS dr Kenyir. So sambung lagi kerja yang sama sehingga ke hari Sabtu. Habis kerja Sabtu..baru Mr Abe balik..

antara Menu mesti cuba kata mereka : tempe goreng dan tomyam ikan.
Petang mencari peluang untuk turun netball..masih tak de peluang. Hujan turun membasahi bumi tepat jam 5 petang. Aishhh..dh lama tak berpeluh ni.Since tak leh main, aku ajak kenkawan ke kedai makan Nims, saja nak try kedai yang di sebut2 ni. Em , ok la kot...cuma..makan dh time nak maghrib, maka ada la aktiviti sampingan iaitu menampar nyamuk. Dah kenyang, balik...mandi, solat and layan movie Cun kat lappy ni. Actually ada futsal malam ni, malas la pulak nak join. Ingat nak mengadap PC jek tapi lappy ni lak kacau mood orang. Isk! Apapun, cite cun ni leh layan lah. Tapi ada ke artis nak kawin pesawah? Tipu siot!

Emmm...tiba-tiba rasa mood lari lak. Pehal tah...and to Mr. Abe, kalau terbaca ni, kejutkan Za subuh nanti mcm pagi tadi. Call sampai Za bangun tau. Ok la..almost midnite. Chow!

..Home Alone 1..

Lagi 6 minit, tamat lah 13hb Disember 2011 and tamatlah jugak 1 hari aku keseorangan. Baru lepas melayan Lagenda Budak Setan. Cerita 2010 yang baru ada kesempatan nak layan. Tak membaca novel, hanya menonton dan antara cerita ni dgn Ombak Rindu, Lagenda Budak Setan hampir menitiskan air mata aku. Huhuhu. Scene touching : Bila Azmi memukul isterinya hanya semata-mata tak dapat mengawal perasaan cemburu dan marah kerana orang dia cintai, mencintai orang lain. Tapi semuanya salah Azmi..tak menghargai apa yang istimewa. Sedih kan menyayangi dan mencintai tapi tak berbalas. Gila namanya tu. Scene kedua : Off course la masa Ayu/Amelia meninggal masa bersalin. Adeh! Aku kalau bab2 kehilangan ni, memang tumpah lah air mata. Lebih mengenangkan nasib anak yang di tinggalkan. Huhuhu. Apapun, ni cerita lama..baru nak ulas kah? Kuikuikui.. Masa keseorangan ni la masa nak layan movie..kan?

My all..
Sebelum layan movie tadi, macam biasa, iron baju, masak nasi and makan sup tulang yg aku tapau lunch tadi bersama dengan acar yang mentua aku bekalkan. Em..lazat seh. Sengaja balik kerja lambat supaya tak mati kutu bila balik rumah. Nak main netball..hujan la pulak. Just lucky ada geng WhatApp Netty..so layan borak dengan dia orang via enpon. And ada beberapa aktiviti yang kita orang dah set nanti. Aku paling suka berada di padang..semua benda pun aku lupa..seronok berjimba.

Ok la..dah larut malam. Berdoa semoga aku boleh bangun seawal biasa untuk solat subuh. Mana lah tau..terbabas lena..naya saja.

Nite universe..Assalamualaikum..

Tuesday, December 13, 2011

..Sekadar Menarikan Jari..

Pengantin Baru..

Menaip sesuka hati dan tanpa tajuk khusus untuk entry kali ni. Mata agak mengantuk walaupun dah terlebih-lebey tido masa balik Ipoh baru-baru ni. Balik coz ada kenduri kawin adik abe yang bernama Ahmad Afiq dan biras baru aku - Nurul Natasha. Oh..lembutnya budak ni. Jumaat - sabtu, pack dengan kenduri. Haa..dari pasang tirai tutup dinding dewan, sampai lah kerja menyapu dewan. Yeah! Itu rekod peribadi aku - sapu dewan bersama pengantin. Har har har. Kat umah, sekadar membantu memblend barang-barang yg siap di potong. Adik ipar aku potong bawang, air mata aku lak dok mencurah-curah mengalir. Apa daa..wat malu saja. Kuikuikui. Hari ahad bangun tah pukul berapa - tu pun sebab abah ajak g kenduri kat Sri Iskandar..balik kenduri..tido lagi. Boley? Penat kot. Ni baru kerja tak seberapa, tak tau lama rupa mak mentua aku yang off course lagi penat..kan? Apapun, alhamdulillah, semuanya dah selesai.


Mimi and Kimi..enjoy dok ngn maktok. Manja lebey.. ;b
Anak-anak dah seminggu lebih kat umah mak abah. Cukup la kot berjalan ke Europe ari tu. Now is time for babah untuk menabung semula. Dengan 'bulan TNB gerhana' ni, fikir panjang nak p jalan-jalan lagi. Tapi kalau ibu tak jaga Online event (bencik!!), memang dah lama apply cuti ikut Mr Abe outstation. Selasa sampai Sabtu Abe ke Paka. Lagi sekali, just lucky Online Event kali ni terkena cuti sekolah. Hari sabtu kena kerja! Kalau bertembung time tak cuti sekolah? Eee..benda2 ni aku dah lalui..sebab tu aku tak nak kerja2 mcm ni. Tak berbaloi pun nak kerja sabtu/ahad just for OIL and dengan kenaikan gaji yang tah berapa ringgit nanti. Setakat ini, saat ini, aku masih tak suka dengan apa yang aku buat now ni. Sib baik team mate aku OK. Kalau tak?


Me is going to be BUJANG for 5 days. Apa mau bikin malam-malam?

Pantun hari ini :

Kalau org membisu,
lebih baik kita berdiam,
kalau orang buat tak tahu,
lebih baik kita blah dulu.


pst: teringin nak buka blog yg orang tak tahu ..siapa aku. OK tak??

Wednesday, December 07, 2011

..Ombak Rindu Dari Sisi Aku..

Cak! wah berkobar ni nak cite pasai filem Ombak Rindu. Nak menaip sebelum semuanya hilang dari ingatan atau lemau untuk di catatakan. Semalam g layan Ombak Rindu at GSC Alamanda jam 8.50pm. Ramai kot yang berbaris untuk layan cite ni.

Aku menaip sebagai pembaca novel yang telah mengsetkan otaknya filem ini adalah setaraf novel. Mungkin dah jadi satu kesalahan di situ. Jadi, sejam pertama menonton, aku dah geleng kepala. Wah! hampir separuh daripada Novel di potong untuk jalan cerita yang sepatutnya membangkit konflik, rasa marah, sedih dan geram pada watak Izzah dan Hariz. Tersangatlah tak sama. Perasaan marah pada Hariz tau muncul2 dan perasaan simpati pada Izzah tak berapa nak ada. Terlalu cepat mereka menjalin rasa cinta buat aku rasa..mana konfliknya? Alahaiii. Macam tu jugak dengan watak antoganis Pak Taha..langsung lerss. Lagi sekali aku ulang..mungkin cite jadi tak besh sbb terlalu mengharap dan maybe sbb dah berlakon sendiri masa baca novel. Heee..Cuba melayan dan membuang rasa frust, aku rasa, boleh la nak layan babak 30 minit terakhir dan maaf ya, tiada setitis pun air mata aku mengalir.

Dia memang sangat2 lawa...

Aku suka Maya Karin..memang layan lawa dia je lah. Lakonan pun okek cuma pelat dia masih pekat. Pelat tak berapa nak melayu. Tapi, apa nak bising, Azizah Mahzan as Datuk Sufiah pun pelat padahal melayu asli..ni kan pulak Maya Karin.

Sebagai peminat Aaron Aziz yang aku tak tahu kenapa aku minat dia selain daripada encem coz aku jarang layan dia berlakon..pada aku, kalau aku jadi Izzah, aku terpikat dekat Hariz sebab encem je lah kot. Nak kata romantis, takde lah romantis sangat Hariz dlm cite ni. Watak dia terlalu laju sampai tak jumpa sisi garang si Hariz.

Lisa as Mila la la la..model and pelakon yang tak berapa nak tinggi. Terasa make up Mila agak over dlm cite ni. Dok Cameron pun gila babas punya makeup. Lisa memang terkenal dgn lakonan menggunakan pelbagai memek muka..but still terasa dia tak cukup ego seperti Mila dalam novel.

Aku rasa, watak paling sempoi dan terkesan adalah lakonan Bront. Walaupun watak dia tak banyak..tapi lakonan dia memang bersahaja. Wajah dia mencerminkan segala-gala dalam hati dia. Lelaki yang kecewa kerana perempuan yang dia minati hanya menyayangi dia sebagai kawan dan kemudian berkawin dengan orang lain. Kesakitan Izzah, tergambar di wajah dia.

Pak Dolah yang memainkan peranan agak penting dalam Novel, terus tenggelam dalam novel. Namun kemunculan dia sekejap2 memberi impak jugak wpun kadang2 buat orang gelak dalam panggung. Julia Zigler..pheew..perut mcm tu pun berani pakai dress mcm tu..terserlah kot kegelebahan dah kebuncitan perut beliau..hahahha. Azizan Mahzan? Malas nak komen..sama je..bluweeek.

Babak yang tak perlu ada kot.. kalau ada pun, tak yah pakai macam tu..ngeee..

Apapun, kepada yang nak p tengok tapi dah baca novel ..buat2 lah cerita dalam novel tu untuk elak frust sebagai mana penulis dia frust. Okek..chow!!

Aku bagi 5/10 bintang je..ha ha ha ha...

pst : orang kata hati aku keras sbb tak menitis setitis pun airmata..emm..ye ke? Rasanya kisah hidup sendiri lagi sedih kot..kuikuikui. Aku nangis je tengok SEPI.. ;)

Monday, December 05, 2011

..Lagi-Lagi Bukit Broga..

Menahan kesakitan peha angkara menuju puncak Broga semalam. Dah lama tak buat aktiviti mendaki, maka kesakitan amatlah di rasai. Mungkin kerana berat badan dah naik, maka peha pun makin menebal dan semakin memberat untuk di bawa. Sebelum sakit, sudah pastinya menikmati keseronakkan dulu lah kan? Bertolak ke Bukit Broga, Semenyih seawal 6.30 pagi. Di pandu laju oleh Iena Kenet dengan Ferrari merahnya..hahahha. Sebelum pergi, perut adalah membuat hal, maka segala isi perut adalah terpaksa di buang seawal 6 pagi. Abishh..and terus kelaparan. Mendaki dgn penuh kelaparan..maka bila hampir sampai ke puncak, kepala mula kepeningan, badan berpeluh dan terus terduduk. Nak pitam! Bertemankan Masyu, maka meneguk la sedikit air 100plus - Lega. Perjalanan di teruskan semula..ni kali ke 3 or 4 aku ke Broga. Memanjat Bukit Broga adalah aktiviti untuk mengeluarkan peluh yang terperap lama. Kat Europe ada gak berjalan lebih kurang 4-5km sehari..tapi tak lah berpeluh coz sejuk. Penah g Bukit Broga? Naik lah..pemandanganya adalah SubhanaAllah. Yang mendaki saja tahu untuk di nikmati. Tak jauh pun, kalau fit, dalam 20minit dah sampai. Alah, slow pun takpe dan kalau lagi rajin, naik sebelum matahari terbit. Sangat cantik.

Kali ni kita orang g in Oren Karer :


semua gambar adalah dr enpon Masyura. Pinjam ya. TQ

Info Bukit Broga :

Berketinggian 390 meter, 1279 kaki atas aras laut, pemandangan cantik ini dapat kita daki dgn hanya 45 minit daripada Kuala Lumpur. Ianya terletak 5 minit drpd University of Nottingham kampus Semenyih. Pendakian mengambil masa 30 minit hingga satu jam. It's an easy hiking.

Go!

Sunday, December 04, 2011

..Demam Ombak Rindu..

Assalamualaikum..

Terlupa lak ada blog untuk di update..Ngee. Hari ni dah 5 hari aku berada di bumi bertuah - Malaysia. Alhamdulillah, percutian yang di rancang telah terlaksana dengan jayanya dan anak2 pun happy bercerita. Mendengar mereka bercerita pada yang bertanya..rasa teruja lak. Tak sia-sia lah bawak dia orang. Setiap moment dia org dpt cite semula dan paling penting, mereka tahu dan faham dengan percutian ke Paris dan Swiss baru-baru ni. Aku lak..cuti kali ni agak penat sikit sebab nak kena handle mereka. Okek, nnt2 cite pasai cuti...now nak cite pasai Ombak Rindu. :)


Now ni, kat mana-mana pun orang dok cakap pasai Ombak Rindu ni..kan? Kat FB, mulut ke mulut and also dalam blog. Terasa agak ketinggalan, maka aku pun beli lah senaskah novel yang sedang HOT ni. Baca dalam flight and train masa kat Europe. Makan hari gak lah nak abis baca..tapi lepas abe culik novel ni dan dia baca dlm masa 4 jam jek sampai khatam and lepas tu dah cuba nak provoke aku..terus aku baca sampai habis novel ni masa perjalanan dari Swiss ke Paris. Cara penulisan yang ringkas dan padat. Setiap maksud di sampaikan tak bersirat2. Tak melankolik, tak mendayu-dayu bermetafora dan tidak lah sangat berbombastik. Tapi, takde setitis pun air mata aku tumpah masa baca novel ni. Em..zaman jiwang dah berlalu? Tak jugak..hati ni masa dalam kategori lembut wpun aku nampak keras..cuma..zaman berfantasi dengan novel ni tak elok untuk kesihatan..ngeh.

Cuba meletakkan diri aku sebagai Izzah..tapi akhirnya terasa seperti ..Oh tidak! Aku bukan perempuan selemah dan selembut Izzah. Penuh dengan kasih sayang, penyabar dan sangatlah kuat. Kalau nak letakkan aku sebagai Mila..yeah! itu aku boleh terima. Sifat la..bukan perwatakan. Mila tu cantek kot! Apa sifat Mila? baca lah sendiri..kah kah kah.

Aku nak g tengok movie. Mencari-cari peluang dan kesempatan. ingat nak p tengok ngn abe masa budak2 takde. Tapi mak abah balik hari Rabu pagi dan Abe lak mungkin oustation start Rabu and lepas tu sibuk dgn urusan kahwin adik dia..emm..so bila? Nak tengok aaron ni..aishh..kena usahakaan jugak.

Actually aku dah taip blog ni malam tadi..tapi sbb network sini bengong..asyik on off..hilang semua. Hangin aku dgn 'network'..Stress!!! Mcm tak nak kasi guna jek..Blahhhh ahhh!

Ok la..chow!






Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!