Tuesday, April 15, 2014

.. Persiapan diri sendiri..

Petang bloggers!
Sesungguhnya - hidup dan matiku, hanya keranaMu.
Tumpang pengsan kejap kat surau... 
Mata dah berair-air ni menanggung keletihan yang tak tahu dari mana datangnya. Semakin naik minggu ..semakin lemah badan ni terasa. Alhamdulillah dah masuk 22 weeks pregnant. Kesemputan semakin worst dan pinggang sudah mula sakit terutama di office. Dah tak selesa nak duduk lama-lama mengadap PC dan tidur malam sudah tidak lena lagi. Mengiring ke kiri tidak mahu tidur, terlentang dan meniarap tidak elok untuk mengandungi kerana menurut bacaan, mengganggu pernafasan baby. Sememangnya dah jadi kebiasaan aku tidur mengiring ke kanan..cuma now perut dah besar dan mengeras dan baby adalah sangat aktif dengan pelbagai gerakan, buat aku tak lena. Kadang-kadang bila dah terlena, ada pula tangan datang memeluk..ayark! terasa nak marah..tapi tak baik sebab kang tak buat, aku lak asyik nak majuk..hak hak hak. 

Terasa kehamilan kali ni sangat lain. Mungkin kerana aku dah berusia ..tua eh 36 tahun? Heeee. Sebagai seorang yang aktif menjadi pasif adalah suatu benda yang sangat 'Ya Allah, berikan lah aku kekuatan..ampunkan dosa2 aku'. Itu je la yang aku mampu. Berdoa, sabar dan bertabah. Kali ni pergerakan baby yang seaktif ini dapat di rasa di hujung kehamilan 4 bulan dan semakin aktif adalah sesuatu yang lain bagi aku. Dulu aku dapat rasa pergerakan macam ni masa 7 bulan ke atas. Atau mungkin kerana berat badan aku tak naik-naik, masih 48kg buat aku terasa sangat pergerakan baby? Apapun..syukur dan seakan tak sabar nak lahirkan baby selepas 8 tahun 'bercuti'.

Muka dia ada senyum kan? :b
Walaupun berat tak naik..tapi perut dan bahagian2 tertentu adalah sangat naik. Ikut hati, tak mahu lagi beli baju maternity sebab awal sangat lagi. Tapi bila di cuba-cuba t-shirt2 yang ada..alamak! nampak sangat perut. Malu aahhh! Aku try jeans yang ada..ayook..dah tak boleh butang. Hahahaha..makanya, terpaksa la g beli juga suar pregnant. Aku pilih brand Jusco jek sebab murah dan nak beli 2-3 helai. Kalau ajak Mr.Abe g ModernMum or butik2 ..sian pulak tercekik laki aku. Hahahaha. Since aku tak larat..aku order jek. Suh Mr.Abe dan anak-anak carikan size dan aku tunggu kat fitting room dan try. Ngeee. Maaf la..bukan la nak mengada or manja sangat..sesungguhnya, kepenatan yang aku alami ni, hanya aku yang tahu. 

Baju pulak..masih berdegil tak mau maternity blouse. Yap! aku terfikir dua benda jek. Beli baju yang boleh pakai semula lepas bersalin since badan aku tak naik sangat. So pilihan aku hanya dua : Baju Muslimah dan T-shirt up kan 1 size. Dari dulu aku memang suka pakai baju Tommy Girls..haahah. Girls la sangat kan? Sebab fesyen gegirl .. maksudnya - tak ketat dan ada yang kembang bawah. Dan kebiasaan, aku beli yang ada diskaun 70%. Haaaaaaaa...ada kisah ke baju oudated? Sama jek...janji selesa. Biasa aku pakai XS. Size ni je yang terletak atas bahu..pakai S pun dah macam baju pinjam. Tapi untuk baju pregnant, aku beli size S. Dah try M..gelebeh la bahunya. SA tu pun cakap tak lawa pakai M. Pesanan dari anak2 aku..'Ibu, jangan la pakai baju ketat2 sangat..tak cantik la nampak perut. Malu.' Ahakssss!

Satu lagi benda yang bertukar dan sangat wajib tukar adalah..jeng jeng jeng. Apa dia? Menurut fakta :


"As long as you're gaining a healthy amount of weight, that's fine. Your body is busy providing nutrients for your baby, and around now your breasts will start to make colostrum."

So..tahu lah kan apa lagi yang membesar? Hahahaaha. Dari awal aku dah tukar..tapi masih tak selesa dan kali ni, kesian lak kat Mr.Abe kalau beli brand yang aku pakai dari dulu..so, aku decide..beli je Jusco punya brand ni - RM15 sehelai, boleh beli banyak-banyak. 5 helai aku rembat. Banyak gak beza 'kenaikan' dari segi cup. Makanyaa....satu benda lagi aku nak kena buat adalah........LABUHKAN tudung. Lagi satu benda pening sebab tudung aku semua S or M je before this. Hadoiii....

Pencarian stroller Umbrella fold (pepel) 

Sabtu ni checkup. Aku nak kena pastikan dulu uri dah naik dan dapatkan surat doktor yang aku sihat untuk naik flight untuk bercuti hujung bulan ni. Nak beli barang-barang baby masih terlalu awal kan? Tapi aku dah jadi gian lak nak tengok stroller. Kateria stroller kali ni adalah :

  • umbrella fold - sebab bonet ODC Mr.Abe adalah comel. Cuba tengok pix atas ni. Beza kan umbrella fold dengan lipat biasa. Abis la bonet. 
  • Ringan - supaya senang lah aku nak mengangkat ke dlm bonet kalau berdua je ngn baby. Teringat lagi dulu..seksanya aku nak handle anak2 yang chubby dan stroller yang berat. 
  • reverseable  - maknanya..boleh tukar-tukar posisi handle. Leh tgk baby dan boleh ke belakang just dgn betulkan handle.
OK, cukup 3 ni ciri-ciri stroller idaman aku. Tak perlu mahai-mahai dan tak perlu branded2. Tapi mimpi lah nak 3 ciri utama ni kat stroller biasa-biasa..hahahaa. Takpe..ni kan perancangan. Lain2 hal..kita tunggu sampai masa utk beli...baru kita decide. 


ULTAH awal tahun ni.
Semalam jumpa kawan-kawan dari Chaaayank di temani cik Nuui sebab kawan-kawan dia juga. Heee. Lepak kejap kat Red Wok lunch time. Tak sangka lak K.Chik and K.Linda bawakkan kek untuk birthday aku dan Kak Lon. Terima kasih. Sebenarnya, kak Chik dan Kak linda baru balik bercuti dengan Dr.Rina ke Miri sampai la ke Sabah. Since aku sedang membuyong..tak dapatlah aku join dan hanya mampu berjumpa seketika di sini. To All - terima kasih atas persahabatan ini. Semoga di berkati.

OK la....papai! 


posted from Bloggeroid

Wednesday, April 09, 2014

.. Hujan setiap petang ..

Hello!

Alhamdulillah, hampir setiap petang hujan. Semoga kemarau berlalu pergi dan air rahmat ini memenuhi kolam takungan air kawasan-kawasan yang airnya di catu. Kesian tempat yang kena catu ari tu kan? Semoga kita semua bersabar dengan dugaan Allah kali ni.

Lukisan Hati dan Task Kerja dan wishlist

Maaf, saya mengantuk dan semput. Jadinya saya pilih untuk mengupdate blog. Eh, Apakah SAYA? Heeee.. Em. Dah hampir 4pm. Agak pelik, tiada email masuk arini. Maka aku pun tidak berada di dalam keadaan stress mengejar task walaupun aku ada banyak task terutama untuk KPI 2014 ni. Agak membebankan KPI kali ni kerana melibatkan banyak dokumentation. Hampir 40 laporan atau dokumen yang kena buat at least to get ME. Haiyoooo..apakah? Dah la bulan 8, insyaAllah aku akan bersalin and now dah bulan 4. Erk! Tapi macam biasa, berfikiran la secara positif. Setakat ni, aku dah berjaya..berjaya apa? Berjaya buat list jek apa yang nak di buat dokumen..hahhahaa. Idea ada..bahan ada, tapi nak menaip, ADO! Aku perlu beberapa feedback dari bos sebelum mulakan semua ni, kang dah buat elok-elok, tak mememehuhi kehendak lak - masak! 

Kondisi aku now adalah 'SEMPUT'. Hampir setiap hari aku berlayan dengan diri sendiri - KUAT! Bertahan..and jangan fikir sangat! Hampir setiap pagi aku nak amik EL or MC. Hampir setiap hari, bila kat opis, aku nak g dispen nak minta MC. TAPI..come on Liza! Baru 5 bulan ni..kuat lah! Aku sangat risau utk bersalin kali ni sebab kondisi aku tak sama mcm yang lepas2. Aku terlalu cepat letih dan sukar nak bernafas. Petang ke malam, tempat aku masih di atas katil. Kadang-kadang aku cakap kat anak-anak :
"Kalau Ibu meninggal lepas bersalin nanti, mati ibu bersalin sampai 40 hari adalah mati syahid. Ibu teringin nak mati syahid..tapi ibu tak belum sedia nak tinggalkan anak-anak ibu".

Jawab Danish :

"Tak pe la ibu. Bukan semua orang dapat mati syahid. Nanti kita boleh jumpa kat syurga kan?"

HUhuhuu..betul ke sampai macam tu tahap redha seorang anak? Walaupun dia cakap macam tu, aku dapat tengok mata dia berkaca...terisi air mata. Itu Danish. Dania pulak? "tak nak..adik tak nak ibu mati..adik nak ibu..Ibu tak boleh mati. Adik takut lah ibu". Aku hanya mampu tersenyum. Dah ready sangat ke mati wahai LIZA? Dah cukup amalan? Huhuhuhu...

Ini harta, Ahmad Albab yang punya.
Hari ahad lepas, dengan hati yang berat, acecece..Poyoss! Ni harta karun aku. Karun tak karun lah sangat. 13 ketul jam aku dah meninggal dunia. Nekad je lah g bagi nyawa. Aku tau bateri now dah tak murah..dah tu, tak kan nak biarkan jam2 ni berkubur lak kan? Mr.Abe lak g tambah 3 ketul jam dia..hamboi! Harga bateri tak sama...ikut jenis jam. Gedebub gedebab...hamek kau! RM300 aku kena termasuk service beberapa jam. Guna bateri Sony katanya. Tahan dekat 2 tahun. Kalau tak tahan - siap kau tokey! Wa cari lu. Ahaks! Aku dah malas nak fikir...kalau tangguh2..lagi rugi nanti. So pejam mata je lah bayar. Macam biasa wasiat - Jam kena pakai selalu..nanti dia mati. Ye la ye la...tapi tangan ada 2 jek..1 jek yang boleh pakai jam..tak kan nak pakai semua kan? Sebab tu la aku terpaksa menahan nafsu dari membeli jam lagi.

Ada kawan-kawan yang minta aku let go jam2 ni dengan harga murah. Bukan letgo, bagi free pun aku leh kasi..TAPI, tangan korang semua tak muat jam2 ni..HEEEE. Aku kalau beli jam, memang potong sampai habis and lepas tu, tak tahu la mana aku letak extension jam itu. Ngeee....

Hadiah AriJadi Mr.Abe
Aku hampir terlupa yang aku tak beri apa-apa hadiah untuk birthday Mr.Abe tahun ni. Jenuh aku fikir..nak bagi apa? Semua benda dah ada. So aku just sms and hint tanya bape space external HD dia. Dia cakap, now ada 300GB tapi nak beli yang baru 1 Trillion HD sebab nak pindah semua kerja dia dari lappy sebelum cuti belajar. Yeah! senang je dapat jawapan nak beli adiahkan? So aku pun mengoffer la untuk belikan as hadiah birthday. TAPI kan...eh eh eh..bila sampai kedai, tgk harga 2 Trillion HD mahal sket jek dari 1T, di mintaknya yang 2T. hahahahaa.. Pandai ya! Aku tau cara dia berfikir dan cari dia berjimat..so, ok lah! Hahahaa..tipu jek! Aku just bayarkan harga 1T sebab tu je budget aku..dan Mr.Abe add lagi RM100 to get 2T. Ngeeee.... Semoga suka la dengan hadiah terpaksa kongsi ni ya. Ahaks!


Dannnnnnnnnnnnnn....ini adalah wajah terbaru Danish. Nak sangat pakai spec. Layankan jek! Aku lagi suka spec petak tu..tapi tuan badan nak yang tak petak dan warna biru. Okek..dah pandai nak bergaya. Mula-mula tu, check mata Danish jek..tapi sebab Mr.Abe nak sahkan betulkan anak dia ni rabun, dia pun check mata dia to compare. Still result Danish yang tinggi. Lepas tu check Dania..sama gak-result Dania OK dan last aku check lak. Oh! Mata kiri aku perfect! Ahaaa..horey! Danish memang selalu komplen tak nampak bila jauh..so, Mr.Abe pun okek kan la untuk buat spec.

Erk...terpanjang lak taip...

OK la..papai!


posted from Bloggeroid






Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!