Friday, May 31, 2013

.. End of May ..

Hello! Dah nak abis May kan? SubhanaAllah.. cepat tul masa berlalu..nanti Julai dah bulan Ramadhan..


Mak abah ada umah. So ajak adik2 makan sama malam ni. Just makan2 kat Redwok. Aku tak makan banyak pun.. bukan diet..memang style aku, kalau exercise, kurang dan makan..Aku dah HAPPY dengan badan now..


Apa ni? Biasalah kan..kemho koya! Berat dah stabil...badan sihat wpun agak 'semput'...emmm..kenapa aku semput? emm..takpe...hidup harus di teruskan.Nanti2 OK lah..dan cuba HAPPYkan diri. Netball pun dah turun..dah happy ngn kawan2. Aku dah 'tua' kot nak gaduh2..or masam2 muka. Sesiapa je boleh kawan ngn aku dan aku pun suka nak berkawan dengan orang. Just aku jenis tak banyak cakap kalau setakat jumpa 2-3 kali. Sama ngn FB..kalau rasa nak kawan..kita kawan..kalau rasa nak unfriend aku..aku takde kuasa nak tahan-tahan. YM pun sama..gtalk pun sama..OCs pun sama..wassap pun sama....aku ON je semua.. Just wanna be Happy. Tapi terus terang..aku memang sedih untuk hilang orang2 yang aku sayang..  



Tadi turun jog. Seriusly badan aku sakit sangat sbb semalam lepas jog 3km...terus sambung ngan netty. Pastu hujan...aku lari balik sebab tak bawak kereta. Sampai umah lupa nak warming down. Sakit gila badan lepas tu termasuk tapak kaki sengal sebab pakai training shoes. So aku push diri turun lari. Memang niat..nak cari ubat untuk sengal badan.

Alhamdulillah..senang pulak jog petang. Selain cuaca cun...boleh pulak aku lari 5km dalam pace ni. Tiba-tiba semangat datang. Tapi ada gak terjln dalam 50m...pastu keep on jogging. Jumpa ramai kawan2.. seronok! Style aku lari tak betul lagi eh? Entah la...lari je... tak tahu proper training or teknikal. Just kadang2 ada sembang2 ngn team mate opis. Aku suka kalau orang nak share knowledge. Love it! Apapun..aku lari just utk sihat.. tu jek.


Ehem.. alhamdulillah and congrats to my Mr.Abe atas kurniaan REZEKI terbaru. Semoga Allah terus murahkan rezeki abang walaupun mungkin lepas ni buat abang makin bz..tak pe la..dah biasa. Nanti kasi la UPAH eh..ngee..Tak boleh ke Za dah tak kerja? Emm...

Papai! ♥
posted from Bloggeroid

Wednesday, May 29, 2013

.. PINK is CUTE ! ..

Air mineral Alla Fonte.. Pink! Comel.

Antara harta benda aku yang in PiNk.Love ! 

Jog in PiNk Attire.. HaPpY! 

Tapi lari dengan training Nike shoes adalah buat tapak tumit kaki aku sengal sampai now. Berdenyut2..sebab sayang nak guna running shoes main netball..tak sanggup dengar tapak kasut bergesel dengan simen.. jahanam! 

Gegirl in PiNk! ... manJa!




Tuesday, May 28, 2013

.. Beautiful Tuesday ..

Hi guys.. how was your day? Alhamdulillah..hari Selasa berlalu dengan tenang dan out of stress.

Cantik kan matahari pagi ni? Since dah tak hantar anak g skool sebab cuti..dapat snap SUNRISE dari COIT ni puh dah happy. Asal aku taksub sangat dengan Sunrise dan Sunset? Entah..tapi aku suka tengok langit dan laut.. sampai my team siap ckp, aku skylover. Macam mana dia perasan pun tak tau. Maybe dengan gambar-gambar yang aku share kat FB. 


Matahari petang. Hari ni umat Islam boleh tentukan kiblat sebab matahari betul-betul atas Kaabah pada jam 5:16 pm. Ni aku terlewat snap lak. 5:20 pm. Terik tapi tak panas. So decide..ok, boleh jog hari ni. Lagipun sejak kerja kat COIT ni..boleh balik on time. Alhamdulillah. Makan minun pun di tanggung. 



Hari ni turun jog agak awal due to cuaca yang cun. Kul 6 dah turun. Memang target 3KM je untuk warming up nak training netball. 3KM non stop. Hahahah..bukan senang aku nk buat non stop wei..tengah2 lari, abis lak bateri earphone..apaa daa..Aku rasa, aku dah selesa dengan Pure Connect tapi dengan syarat..jangan lari atas jalan..lari atas kaki lima. 



Eh..netball? Yap..aku dah decide..aku akan turun as a sparring partner. Lupakan semua benda2 negative. Sports is about your health and sports is healthy life. Turun support kawan2..semoga dia orang menang nanti. Cuma delima tengah nak cari pemain veteran..nak sampai 5 orang. Jenuh gak nak cari. Kalau marathon..boleh la declare aku as veteran sebab dah umur 35. Hehehe. Tapi tadi sebab aku g jog dulu..so aku pakai running shoes. Masa main mula la..asyik tengok tapak je..bunyi geseran pun dah lain...pastu sakit sikit kat bahagian arch. Dah la main C tadi..ngeh ngeh..kita bagi GS yang ganti aku training..aku ? campak je kat mana2.. InsyaAllah boleh. Yang penting..FIT. 


Cantik gila body mek ni kan? Huhuhuhu. Skinny? entah..ni antara badan idaman aku. Ramai gak tanya mcm mana aku menten badan mcm ni. Aku pun tak tahu nak jawab macam mana. Bukan kedekut ilmu..tapi aku memang tak tahu. Tapi now aku dah rasa badan makin berat. BERAT tau..bukan GEMUK. Kita kan boleh rasa keselesaan badan sendiri. Bila terasa peha dah macam drumstick..dan bila duduk boleh cubit2 perut..pada aku, itu dah tak selesa. So pilih la..sama ada nak diet makan (oh no!) atau nak exercise. Aku pilih exercise.
Ni pic pagi tadi masa parking kat COIT. Eh..'Abang' saya lah..hehhe. RB1 tu lecturer punya kot. RB3 tu Mr.Abe punya. Apa beza? Satu RB1 Absolute..modela lama tapi power sebab Absolute dan satu lagi RB3 model baru tapi tak berapa nak power. Hiks. Dari segi design, RB3 dah modern..Aku suka RB3 dan Mr.Abe sebenarnya suka RB1 Absolute...TAPI mahail la weiii dari RB3..

Aku tengah terfikir.. emm.. kenapa kalau kita ada kawan tapi kawan kita diam membisu..kita biarkan je? Kawan tu tak penting ke? Atau tak kisah pun dengan kawan tu.? eh.ni cite apa? heheh..ada lah.ye lah, kadang2 orang ada cite masalah and tanya pendapat..so aku pun kena lah fikirkan gak.. nama pun kawan kan? Aku rasa..MUNGKIN kawan tu tak anggap kawan yang penting dalam hidup dia..so, nak blah..sila blah. AMAN rasanya..hahhaaha.. Ada betul ka?

OK la..papai..take care world.. !



Monday, May 27, 2013

.. Bila RINDU datang bertamu ..


Keh keh..propa tak tajuk post? Rindu apa ni? Adalaa..adalaa.. kikikkiki. Ahaks..koya! Aku rindu :

1. Nak Snokeling
2. Nak main netball
3. Nak hiking



semoga aku terus kuat dan bertabah..rasanya..makin lama..hati yang di kata keras ni sememangnya makin mengeras selepas macam2 yang aku lalui. Bukan keras apa..just MALAS dah nak fikir. Just let Allah uruskan.. kadang2 bosan gak..MAKA doa je pada Dia utk urusan jodoh, rezeki dan ajal. 

Baru kul 10pm..dah tak tau nak buat apa..kus kus kus.. 

Papai! ♥ 


Saturday, May 25, 2013

.. My Public Holiday ..


Today is Saturday and I declare..today is my public holiday coz tomorrow is my working day. Hahaha..esok kerja..standby at the office. Horray! Prrrr.. ngeeee. Since esok kerja..tadi kuar lah berjalan2. Eh, Danish kat baru khatan? Em..dia kata OK..so kita bwk g Mines. Sarapan pagi di KFC at 10.00 am..terus ke MINES. Danish nak new game utk PSP dia..babah nak layan kan..so layan. Ibu kan pantang di hajak ke Mall. Boleh aja dong. Kat MINES g cari barang2 PC kat level atas..pastu, aku g tukar housing Note 2..pastu..jeng jeng jeng..masuk STUDIO R - Kedai Sukan..apa lagi..GILA la kejap. 



Sebenarnya masuk Studio R ni beli stokin jek. Tapi TIBA-TIBA terbeli running shoes untuk Mr.Abe. AKu paksa dia sebenarnya..hahaha. Dari hati aku nak belikan dia Brooks Pure Flow, dia tak nak sebab dah baca review, kasut under Pure Project Brooks tak sehsuai untuk orang yang ada prob dengan lutut. So hari ni dia pilih Asics Gel Burr33. Terus Asicskan ? Lari pun tak penah..hehehe. Dia ada running shoes Adidas..tapi aku nak encourage dia lari at least for his heart. Mula2 dia tak nak sebab mahal katanya. Ala..dah 40% diskaun laa..ok la tu untuk proper running shoes. Paksa punya paksa..dia pun okek..yang penting bukan dia baayar..hahahaa. So kira hadiah hari bapa lah eh Abang..jom amalkan cara hidup sihat..sekurang2nya 20 minit sehari...3 kali seminggu.. Go Abang Go! 




Saucony Virrata! Kasut paling ringan. 6.0oz jek. Memang sangat ringan dan mendapat 2013 outdoor best shoes award (lupa da nama award). Dengan review 5/5 bintang..mungkin betul lah kasut ni antara yang terbaik KOT. Aku try..mak aii..ringan gila. Dah rasa mcm pakai kasut murah jek..hahaahah. Yang ni pun tak mahal ..RM299 and New Arrival. Rasanya Brooks and Asics lagi mahal. Aku suka betul design kasut ni..sangat colorblock...isk isk isk..best best.. 



Aku dah kata, jangan bagi aku masuk kedai Sports. Selain aku boleh duduk berejam-jam dalam tu..kalau boleh..semua benda aku nak hangkut. Tadi belikan Danish cap MU. Dia tak minta pun..tapi sebab ada less 30% dan aku tahu dia suka MU dan sebagai hadiah berkhatan..belikan jek. Aku rembat cap Nike dan setoking. Dah meraba2 sweater or wind breaker juga..tapi nasib baik tak ikut nafsu. Aku suka kumpul sweater..dan masih teringat wind breaker PUMA last year yang aku nak sangat tapi takde size. Dah takde dah design tu.



Ni dua benda yang aku g raba-raba tapi tak beli. Sony Xperia Z. Cantik gak. Sangat solid. Video and gambar Xperia memang la yang terbaik..Sony kot. Tapi sebab Note 2 ni baru sangat lagi..tak pe la..lain kali. Kita tunggu Xperia ZR ke. Sehsuai ngn nama aku kan? And gambar bag besar tu..itu antara wishlist aku..nak bag sports yang boleh sumbat mcm2 termasuk bag kasut.Senang kot. Bag tu dari Reebok. RM109 before less. TAPI besar sangat lah untuk aku. Dah mcm Santa Claus lak..hahaha. Aku pun tengok looking for backpack nak ganti Deuters Junior aku .. Emm..ada sapap2 nak bagi hadiah? Hiskk...




Petang tadi turun jog lagi. Tengok cuaca OK dan UNITEN dlm mood cuti..sure tak ramai orang..so mari berlari. Aku suka lari hari Jumaat sebab sure dah ramai balik dari kerja dan stadium pun tak ramai. Hari ni..sila lihat attire running aku. Seluar MERAH okek..ngee. Punya la pemalas nak tukar proper track bottom..aku belasah pakai suar tidur ni. Hahahaah. Suar RM10...apa yang di harapkan darinya? Berpeluh2 kaki masa lari..rasa mcm nak tarik suar naik ke lutut. Haahaha..sib baik lom gila lagi. Padan muka..malas lagi. Since tadi masa tengah lari hujan turun..tak sempat nak kemho kat stadium..so kita kemho depan umah. Gila berkilat muka..sebab hari ini ...aku pancit weii!!! 




Sila lihat. Kenapa aku pancit after 2.5km? Sebab aku dah memecut (pecut ke? hahaaha) pada 2km pertama. Ya ampun...but still tak dapat buat 5minit perkm walaupun dah semput berlari. 2.5KM dah masuk stadium..rasa macam nak pitam dah. Angin pun dah kuar dari badan..mula lah asyik..burp..burp burp..hahahaha. Dah memang tak mampu..aku lenggang mak limah je laa..almost 350m aku jalan. Pastu aku push balik..run Liza run...apa ni? Tapi memang dah tak boleh. Buat je slow run dan bila apps bagi tahu dah 4KM..aku try push for 5KM..erkk..dah takleh gi..So..dapat la 4KM yang semakin hentah apa2 time nya. Stops apps and walk 400m pusing stadium..hujan turun..jalan kaki balik umah. Kira cooling down la tu..apa tah masalah aku ni..Mungkin salah nasi mamak sebab lunch kul 3pm+..hahah..salahkan mamak lak. Kesian mamak. OK la..aku yang memang pancit. Sekian terima kasih. Uwekk..



Orang kata..aku kurus kering..tapi cuba tengok pic ni. Nampak tak? Nampak tak apa yang aku nampak?  Nampak tak kat mana keberatan dan kegemukkan aku? Hadoiii..nampak sangat lah peha dah mcm drumstick. Berat la weiii.. sebab tu nak beli seluar selalu stuck kat peha. Apa ni? Hadoii..lari buat peha besar ke? keh keh keh...Kena cari jalan la how to kecik kan peha. Mari google.

OK..sok kerja...jangan tidur lewat. Emm..dah lama tak tidur lewat..eh ye ke? entah la... hee..

papai!
posted from Bloggeroid

Friday, May 24, 2013

.. Just wanna be FIT and Healthy ..


Hallu! Update blog lagi? keh keh keh..dah nama pun LIZASUKAMENAIP kan? maka..harus lah mengupdate blog walaupun takde benda penting pun nak share. Aku memang suka MENULIS selain daripada bersukan. I love SPORTS too. I love Netball forever and ever..InsyaAlla, berkat doa, usaha dan nasihat .. aku akan turun training as a sparing partner nanti. Nak main selection dah terlepas..padan muka aku. Takpe, bukan rejeki dan boleh bercuti dengan keluarga. 



Aku pun suka baca motivasi quotes. Aku juga suka hasilkan kata-kata aku sendiri. Aku pun suka jadi model untuk quotes2 kat blog and instagram aku. Har har har. Ala..poyo ke? Tak kan..? Benda2 ni buat aku happy.. bermain dengan kata-kata wpun hanya copy quotes from internet, pastu design and share. Gembira rasanya. 



Tadi petang, alhamdulillah, cuaca sangat cantik untuk berlari2 suka suki isi masa lapang. With proper running attire sebab aku tak suka pakai berlapis-lapis..aku pun berlari la sendirian. Start dari rumah, pusing 2 round dekat parking COIT sebab nak cari more milage tapi tak lari jauh2..pastu lari ke stadium..eh, takde bola lah. Terus masuk stadium lari dan lari..Target 30 minit je tak kira bape KM pun. Hari ni masa berlari dengan Pure Connect. Aku cuba elak lari atas jalan ..lari atas kaki lima sebab kasut ni memang terasa gila jalan and nampaknya Pure Connect memang sehsuai lari kat track. Boleh la nak buat layan lari suka2..dah beli kan? Dapat 4.32 KM je for 30 minit. Hahahah..dah lari pun sebulan 2-3 kali..apa la nak fikir lebih2. Satu peel aku..badan tak penat sangat..tapi MENTAL yang malas. Aku lebih ikut mental sebenarnya..emmm..sebab running for fun je kot. 



HIsk..since stadium tak ramai ..ada la 2 orang lagi lari..sapa tah, maka nya, lepas run..apa lagi..Ngeee..amik pic syok sendiri lah. Running shirts is from NIKE..beli kat HK, bawah RM100..ok la juga tak rasa peluh kat badan. Rugi beli satu je. Agak selesa dengan running shirt ni sebab aku amik size L..saja je nak bagi labuh. Idak la segan kalau nak lari . Lagipun baju ni takde bahu..so tak nampak mcm baju size L.. Apapun aku rasa..running shirt from MWM tu dah okek sangat.. walaupun nampak macam tebal..tapi memang best untuk lari. Tapi tak suka sebab design dia sarat sangat.


Nice kan bentuk muka bumi ni? Antara 5km yang dapat 30-32 min. Ni masa aku run kat padang golf tepi pantai Awana Kijal. Nak dapat kan 30 min untuk 5KM..at least 1km mesti lari 5 minit. Speed at least 10km/h ++. Mungkin sebab masa kat sini lari atas pasir..kot la kan. Dulu..nak lari 3KM pun rasa mengah dan jauh sangat dah..tapi now, tak lari lebih dari 3KM terasa 'tak bestnya'.. heeee.. 

Sebenarnya nya..kalau nak tahu..nak hilang 300kalori dalam masa 30 minit ada caranya..cee teka apa? heheehe..ni aku baca la eh. Sorry kalau taip dalam kategori 18sx. Apa2?? jawapanya..Having Seks 3 times a week.. It's makes u fit, slim and healthy..tak yah lari jauh2..dalam aircond jek..hahahaha. Opss..over sudah..

Pabai!
posted from Bloggeroid

.. Pure beauty | LyzaaARMadah


posted from Bloggeroid

.. Cerita Khatan Danish ..

Alhamdulillah..Danish Hakimi dah selamat di khatankan hari ni..24 May 2013. Sengaja pilih date ni sebab  date lain aku takleh cuti. Memang la nak kena tengok anak laki sorang ni khatan kan? Mana ada anak laki lain dah buat masa ni... 

Appoitment Danish pada jam 9.30 am. Muka dia memang cuak laa sangat. Mr.Abe pilih Pusar Rawatan Pakar An-Nur sebab prosidur dia lain sket walaupun mahal. Kami kenal anak kami..tak berapa nak kental and jiwa dia sangat la sentimental. Since aku memang tak leh cuti untuk jaga Danish dalam tempoh berpantang kalau guna prosidur biasa, kena la amik prosidur ni. Aku pun tak sure prosidur biasa tu macam mana caranya, tapi yang aku tengok Danish punya prosidur ni..sekejap, takde darah sikit pun dan tak de jahitan. 


Sebelum Khatan, Doktor dah explain dan tunjuk video. Pastu Doktor bagi Danish 3 pilihan :

1 .Cucuk ubat bius pada bebird. Sakit la sket macam kena cubit. Doktor cubit tangan Danish.
2. Cucuk ubat bius kat tangan dan Danish akan tak rasa pinggang ke bawah
3. Letak gas kat hidung..dan PENGSAN. Hahaha..yang ni aku tak galakkan langsung lah. Melampau!


Masa mula2..Danish decide to have 2nd prosidur. Em..aku masih tak berapa nak setuju.Alahai..apa la yang penakut sangat. Aku tak tahu la apa dia sembang ngan babah dia..then dia decide for number 1. Alhamdulillah. Lega. Kalau amik 2nd prosidur..payment is RM1.5K..and 1st tu RM750. Kenapa mahal sangat? Entah..aku pun tak tahu. Tapi aku puas hati tengok masa dia khatan tadi. Kalau g klinik biasa,,amik laser pun paling mahai RM250. Tapi how they do it..aku memang tak tahu.

Aku pilih untuk teman Danish sebab sorang je boleh masuk. Mr.Abe memang dari awal dah surrender. Just Abah mentua aku nak teman Danish juga. Since sorang je boleh masuk..of course la aku sebagai Ibu yang kena masuk..kan? Prosidur ni masuk OT compare dengan yang pakai laser. Dengar gak budak menjerit2 kat bawah tadi sebab kena sunat. Danish dah cuak dah masa tu.

Doktor cucuk ubat bius kat bebird..masa ni, meleleh gak lah air mata hero aku ni. Kuar gak lah suara kesakitan. hahaha. Apa da...memang kena gelak je lah ngn ibu. Dah siap cucuk..doktor suh dia pegang bebird dia..dah tak rasa kata Danish..but still nangis. Isk budak ni..aku pun apa lagi..cakap mcm ni kat dia.. 'Danish, pls la...apa ni? Apa jerit2 ni..tau dak siapa yang suka menjerit2 bila sakit? *Tet (censored) jek yang buat perangai menjerit2 ni tau..Selawat..tarik nafas..ingat Allah' ...haaa..terus senyap. Hilang air mata..hilang menangis. Hahahah..terra tak ibu? Hiks... dan alhamdulillah..prosidur lancar. Doktor tu kelentong2 lah Danish..belum mula ni..baru nak cuci..padahal tengah memotong. Aku lak yg memang lurus ni..selamba je tanya 'Belum mula lagi ke ni doktor?' ...conpius jap sebab nampak doktor tengah memotong..Hahah. Doktor pun jawab 'Aii ..ibu dia pun senang kena tipu'.. pastu doktor ngn nurse gelakkan aku. Hahaha..a ah..aku memang senang kena kelentong pun..dah biasa..uwekk..hahaha..Aku memang gelak2 je dlm OT tu sambil sembang2 ngan doktor..tny la macam2..ye la..org 1st time. Doktor siap ckp 'Happy pulak ibu Danish ni'.. hiks.. 




Biasa lah aku kan..semua benda aku nak capture. Doktor pun cakap..sempat lagi amik gambar. Aku nak amik video sebenarnya..tapi tak boleh pulak. So, jadi lah gambar ni pun.  Semua berjalan lancar. Doktor kata takde pantang apa2..dah boleh g jalan2 kalau nak. Memang takde bleeding sket pun, takde jahitan sebab guna gam. Tapi MIL aku dok pesan2 gak..jaga gak makan..jangan banyak gerak. Ok la..ikut la cakap orang tua kan.


So now ni..budak ni dok baring2 depan TV. Main Wii..tengok bola, baca buku. Layannnn.. Semoga cepat baik dan lepas ni..u are my anak teruna ya Danish Hakimi. Hiks...Doktor kata, nak kawin nanti, jangan lupa ajak doktor tau. Hehehehe..

posted from Bloggeroid

Thursday, May 23, 2013

.. Penat der ..



Wajah2 kepenatan. Bila dah penat.. semua jadi malas. Bedak ke..lip gloss ke..malas nak tepek. Biarkan wajah ini 'bogel'. G dinner kejap je pun.

Dah hampir 3 minggu kot aku balik lambat. Takde la lambat sampai malam. Tapi bila kena rushing nak amik anak..kul 6.30 pm baru sampai rumah..itu adalah lambat. Tengah sibuk dengan online event..and makin byk lak prosess berubah..maka makin byk lah testing kena buat. And lately..asyik ada gangguan network jek. Kami as a koordinator memang tersepit. Kadang2 kena marah gak ngn user. Kadang2 terpaksa hadapi kerenah team sendiri..kena pasang and angkat hardware sendiri. Kadang2 kena fikirkan flow kerja orang yang asyik refer kami mcm lah kami ni diari. Kadang2 doket masuk bertalu2 tgh masa tgh sibuk takde depan pc dan kadang2.. kena berada di dua tempat yg berlainan dalam satu masa. TAPi kadang2..bila semua smooth.. penat gak sebab tak tahu nak buat apa. Heee. Aku masih tak 100% suka ngn job ni.. tapi 1 benda yang buat aku OK..aku ada team yang best. We can talk..discuss..learn..and belasah each other. Not heart feelling.

Masih teringat kejadian nyaris accident masa amik anak2 tengahari tadi. Event habis pukul 1 lebih. Kesian lak kat anak2..so aku pun rushing ke sekolah. 1.20 kot rasanya. Tapi alhamdulillah..aku masih fokus. Dapat lah aku elak drpd kejadian mimpi ngeri kalau jadi. Hiway 3 lane. Dekat2 dengan flying over Bangi .. aku drive lane kanan..bwk ODC ni..memang tak rasa laju..so main syok je tekan. Depan aku ada Getz biru..sama2 laju. Tiba2..Unser yang berada di lane tengah masuk ke lane kita orang dengan speed yang sangatt lah perlahan dan tak bagi signal. Unser tu dah himpit Getz tu..tapi Getz sempat elak and hon agaknya..aku yang kat belakang dah pulas streng ke arah kanan dan tekan brek abis2..ohoii..terpusing la gak 45 darjah and terhenti kejap kereta sbb Getz tu berhenti..dah la kat lane paling kanan..aku terus pandang cermin belakang utk sedia kena hentam ngn kereta belakang..tapi alhamdulillah..belakang aku takde kereta. Hadoi..berdebar siot! Driver Getz sangat marah ..kuar tangan dr tingkap marah Unser.


Ok..aku betul2 penat. Dah la tak leh cuti sampai tengah bulan 6. Aku cuba kautim ngn team mate utk 2 hari cuti hujung cuti skool nanti. Alhamdulillah dia ok. Masa tu tak pack sangat sebelum mula pack balik minggu seterusnya. Ahad ni aku kena kerja lagi..huh. Penat badan and otak..sampai tertido balik kerja tadi..konon nak Jog..2 hari aku ke laut..heee. Bestnya kalau dapat tidur tanpa gangguan..kan?



Papai! ♥

posted from Bloggeroid

Wednesday, May 22, 2013

.. Hadiah Hari Guru ..

Esok ada sambutan Hari Guru kat sekolah. Maka gigih la menghasilkan hadiah. Tak macam zaman aku dulu... biasa cikgu kelas dan cikgu kesayangan je dapat hadiah. Tapi anak2 aku..nak bagi semua cikgu hadiah. 1 kelas ada at least 10 orang guru..so ada 2 orang anak adalah 20 orang guru..ayoyo. Bukan nak berkira atau kedekut..kalau hadiah paling murah pun..katakan mug..rm10 sebijik..kan?


Jadinya..hasil mempunyai ibu yang kretip.. ibu beli :
1. Keychain couple : 1 pack = 2 buah keychain | rm4.90 ( unpack keychain ni. Each for 1 cikgu)
2. Beli pen merah | rm1.00
3. Beli sampul warna warni : 1 pack = 20 keping |rm2:00
4. Beli sticker | rm2.50

Taraaaa...hasilnya seperti di atas. Sila buat calculation sendiri. Tapi agak sedih tengok hasil seni anak2..hadoii.


Ni masing2 gigih siapkan hadiah. Dania mcm biasa..byk merungut. Layankan jek. Ibu jadi tukang kopek tanda harga.

Hadiah..tak kisah mahai atau murah..yang penting ikhlas dan kalau ada sentimental value pada penerima lagi best. Dapat hadiah secara suprise lagi HAPPY! Tapi kalau nak hadiah terpaksa merayu2...hati batu pun ada perasaan sedih ..kan? Nak2 kalau macam nak bagi harapan..tny nak apa..tapi sebenarnya..saja2 je nak tanya.. langsung lah buat jadi rasa 'bongok' nya kena main.

Aku antara orang yang suka bg hadiah terutama pada orang2 yang ada dalam hati aku. Kadang2, kalau mereka2 ni hint jek..aku kalau boleh sedaya upaya nak tunaikan.Kenapa? Hadiah buat orang gembira..buat org rasa kasih sayang dari kita. Dapat 2 pahala, iaitu pahala sedekah dan pahala gembirkan orang. Tapi style aku..bila tangan kanan memberi..biar tangan kiri tak tahu.. terasa tenang bila memberi. Kalau stress pun...aku akan buat benda2 ni..

Aku now ni sedang cuba menghadiahkan sesuatu pada diri aku...apa dia? Aku sedang berusaha untuk dapatkan sebuah ketenangan dengan keadaan sekeliling. Air yang keruh siapa kata tak boleh di jernihkan ,kan? Tak perlu lebih2..aku cuma mahu hadir dan kehadiran aku di terima. Aku juga tak mahu terlalu mendesak sebab manusia ada cara dan pegangan masing2..terutama yang kata hidupnya 'happy jek sepanjang masa' dan ada rasa 'tak best' dengan aku. Penat lah aku ... Kalau orang lain ada prinsip hidup..aku pun ada pendirian. Semoga aku mendapat HADIAH yang 1 ni... Amin.

Ok..papai! ♥
posted from Bloggeroid

Sunday, May 19, 2013

.. Tidur lena ..



Tirai kamar .. 5:42 pm.
Alhamdulillah..tidur yang sangat lena sambil di buai mimpi yang tahu hujung pangkal. 2.30 - 5.30 pm ... huhuhu 3 jam. Tadi aku kerja..Bukan senang nak dapat tidur selena ini. Aku penat..tapi bukan penat zahir..tapi penat dengan benda2 yang jadi lately. Dah menjadi peel..kalau ada benda yang tak kena.. aku memang susah nak tidur lena. Aku sebenarnya cuba utk tidak merepek2 ni.
Semalam.. sementera standby, aku berbual dengan seseorang via wassap. Kisah mengenai aku,kehidupan dan falsafah hidup. Thanks! Menerima dan memberi nasihat sebagai kawan. Aku sejujurnya bukan lah manusia yang melenting2..kecuali orang yg betul2 rapat dan ada dlm hati aku..will see my thru color sbb once mereka ada dlm hati aku.. aku mmg sangat amik kisah tentang mereka..tapi tak ramai lah. Yang tersenarai adalah famili dan few friends yang aku rasa..mereka tahu siapa mereka.



Cantikkan? Ini aku snap semalam kat Putrajaya. Hidup ini kena jadi macam matahari. Menerangi alam tak kira siang atau malam. Memberi sang bulan sedikit sinaran agar malam turut bercahaya untuk umat di dunia. Terus bersinar tak kira apapun cuaca. Walaupun ribut melanda..sang mentari tetap memancar cahaya..kecuali, bila kiamat tiba.. matahari dan kita pasti akan tenggelam bersama. Emm..byk nya kiasan..kan? Tafsir lah ikut kebijaksanaan masing2. Tapi kalau tak mampu nak tafsir..jangan pula tuduh aku sedang mencipta provokosi. Allah bagi akal dan minda..kalau pun tak belajar setinggi mana...tak perlu lah sangat nak tunjuk akal kita memang hanya sehesta. Ilmu Allah luas..kalau ijazah bukan idaman..cari lah pengetahuan sekurang2nya untuk bekalan dan azimat diri sendiri supaya tak di perkotak-katikkan. And ohoiii!! Yang tertulis di sini adalah pesanan untuk diri sendiri atau kalau yang membaca rasa ada kebenarannya..berlapang dada, terima lah seadanya.

Kepala sakit ni sebenarnya sebab tidur yang tiba2 terjaga dek kejutan Mr. Abe. Huhuuhu. Anak2 ada kat umah adik ipar kat Putrajaya. Bagus gak..dapat tidur kejap. Cuaca mcm cunz je kat luar..tapi malas nak bangun untuk berjogging.

Actually ada banyak benda aku nak tulis ..nak taip..tapi aku dah penat. Penat dengan kehidupan di sini. Apapun orang kata..aku ada pendirian. Eh..mata nak pejam balik..baik berhenti menaip. Nanti taip merepek2..dah jadi lain lak ceritanya.

Ok bye. ♥
posted from Bloggeroid

Friday, May 17, 2013

.. Petang ini ..

Beautiful eveningkan? Since dah resign netty..aku push juga untuk turun lari petang ni. Siap awal gak..pastu tengok tasik depan umah..nampak macam rintik2 ujan. Aikk..pelik. lama tenung kolam itu...hujan kah? Rupanya tak. So start running. Target 30 minit je and mesti sampai tasek UNITEN within that time...nak tengok sunset. Alhamdulillah.. dapat snap pic cunz kat tempat aku stop run for 30minit. Dapat lah 4.36km.

Add caption
Hello sunshine. SubhanaAllah..lawa kan. Ni no filter tau. Snap beberapa keping...pastu lepak tepi tasek ..menikmati keindahan alam sambil berfikir...kenapa sampai jadi semua ni lately. Emm... 


Hari ni aku lari dengan Brooks Pure Connect ni. Okek..Ravenna still lagi best coz Pure Connect ni lembutnya alahai. Terasa jalan raya. Tapi memang review cakap macam tu pun kan? Kalau dlm stadium okek kot. Nanti kita try eh.



Macam biasa..dah lari memang nak capture time. Masih takde jam..guna apps jek. Aku suka tengok google maps dlm apps ni. Okek..pace mcm biasa..speed biasa2 and time ke laut. Aku pernah buat 31minit for 5km masa kat Awana Kijal. Mungkin sebab faktor muka bumi dan juga baru lepas kena urut kat Spa..ringan badan..ahaks. 



Since dah abis run awal and lepak tepi tasek...aku jalan lenggang mak limah jek umah. Sempat kemho sbb lenggangya jalan. Tadi pakai running shirt MWM..oh..sgt nice. Memang tak panas. Boleh beli lagi.




Jeng jeng jeng..pandang lah lihat lah..hahhaha..padan muka. Lari lagi pakai gelang kaki..pastu stokin pendek lak..hamek kau. Masa mandi tadi..tanggung lah derita kepedihan. Kulit melecet la..padah! Dah la sok kerja..banyak jalan..walaweii...padan muka..


Masa lari sampai la dh siap mandi..baru teringat tak minum lagi. Terus g singgah kedai beli ini coke. Emm...leganya rasa. Tapi minum tak banyak pun...sekadar membasah tekak. 

Ok la..papai! ♥


posted from Bloggeroid

.. Lega | Peace Yo! ..

Cak! Hisk...apa ni blog sedih2 ni..haishh.. uwekk.. hahahah

Jangan la marah..mcm ni lah aku yang bernama Liza. Aku sedih, aku luah kat sini. And style aku lagi, kalau ada benda yang aku rasa tak kena BERKAITAN diri aku, aku akan tanya and kalau ada yang tak kena, explain to me and kalau aku salah..aku adalah manusia yang tak takut untuk minta maaf. Aku juga jenis luah dan explain kalau aku rasa, apa yang aku buat tu betul or tak kena..lepas tu, ok..I'm done. Minta maaf pun dah...kalau masih nak fikir aku ni entah apa2..aku tak boleh nak paksa untuk suka or baik dengan aku. Seminggu aku menjeruk rasa dan sakit jiwa. And aku dah berkali2 minta maaf and nampak makin teruk jadinya. OK ..aku dah takde daya. Aku serahkan pada DIA. Orang tak nak kawan? Orang nak terus mengata..orang dah tak perduli...alhamdulillah. Lagipun..aku dah lama tak punya ramai kawan tapi aku ada KELUARGA. Happy Famili..syukur sangat2. Tak lupa juga..pada few kawan yang masih mahu mendengar dan menasihati. TQ Allah... Now..assume je lah aku tengah kutip pahala..and aku tak tahu apa yang terus terjadi kat tempat 'itu' dah.  


Peace Yo! 

Tapi, ada gak benda yang aku ralat..tatkala aku down and ada few problem, aku telah buat keputusan untuk tarik diri dari Game Netball Pelitawanis Jun nanti. Yes! aku dah buat kerja GILA hanya kerana jiwa yang kacau. Netball is a team..kalau aku sendiri rasa aku tak boleh nak bagi commitment and tak boleh nak positive..aku yang patut tarik diri. Tak baik susah kan orang..nanti jadi bahan kata lagi. Apapun, alhamdulillah, new team has been setup. Boleh tahan gak nama2 dalam team ni..Good luck ya guys. Bagi menang tau! I Love netball forever and ever.. Apapun, aku lega..aku dah explain sebab sebenar aku tak join selain dr benda2 merepek2. Ini jalan yang aku pilih...terima lah ya! Aku dah kalah dengan diri aku sendiri. Ini satu keputusan yang paling BODOH yang penah aku buat untuk benda yang aku sangat2 suka..hahha.padan muka. 


Jom minum air mineral untuk kesegaran JIWA .. ;b


Ini adalah gambar merepek sorang2 masa jaga Online CP tadi. Masa tengah duduk2 mengadap lappy.sekali pandang belakang..EH! Blue skrin...apa lagi..kemhow lah..kuikuikui. Alhamdulillah aku bangun dengan perasaan lega pagi ni. Tidur pun dah lena. So, pagi ini, muka ada seri sket. Hahahaaha. Aku dah 35 tahun..dah penat nak kena fikir benda2 keliling yang entah tah apa2. Esok dan lusa adalah hari kerja..New Student Registration. Lepas tu direct seminggu sibuk lagi seminggu untuk event budak2 baru ni..lepas tu Sabtu dan Ahad kerja lagi. Aku tak pasti pilih Sabtu atau Ahad untuk check In apartment nanti.. Biasa aku amik hari Ahad. Lepas tu direct 2 minggu oustation..mana? Kolej of IT je..ahaks.

Semalam g Klinik Pakar An-Nur untuk appointment berkhatan Danish. And for the 1st time..aku tengok orang berkhatan...eh salah. Video orang berkhatan..Hohoho..teruja. Mr.Abe dan Danish dah tak leh nak tengok..aku lak siap tongkat dagu menonton secara kyusuk..hahahaha. Ye la..1st time maa..Wow! mcm tu rupanyaa..hahahaha. Nampak mcm sakit..tapi ada bius..tak aci lah..maknanya..takde sakit yang boleh lawan sakit bersalin selain drpd sakit nak mati. Yang kelakar..pucat lesi muka Danish mula2 tengok. Hahahaha.. come on la anak ibu..tak macho la mcm ni. Danish akan berkhatan on Wesak day nanti.

Aku ni kan..sebenarnya kena ajar diri sendiri..jangan terlalu bergantung pada orang untuk gembira. Maksud aku..buat je apa benda yang aku suka..cuma..yang buat aku terseksa...aku minat outdoor aktiviti and games. Mana ada benda ni semua orang buat sorang2 kan? Even main guli pun kena ada kawan apatah lagi nak main congkak. Ngee...Now ni, nak berpeluh..terpaksa lah aku pilih running. Lari sorang2..janji peluh and jantung sihat..jadi lah. And lagi satu..aku kena belajar untuk tak terlalu mudah menyayangi.parah kan diri sendiri.

Eh eh..ngantuk la pulak. OK la. Doakan aku yang baik2 ya. 

Papai! Luv.. 









Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!