Monday, December 31, 2012

.. Happy New Year 2013 ..

Assalamualaikum world!

Alhamdulillah sempat update interface baru untuk blog ni.Dah lama tak ON pc kat rumah and alhamdulillah juga PC kat opis dah OK. So amik kesempatan update blog sempena tahun baru 2013. Apa azam tahun baru? Entah...tak fikir pun. Semoga jadi lebih baik dari yang lepas dan semoga semakin kuat untuk terus hidup dalam dunia yang penuh hal. Semoga segala kekuatan yang aku kumpul setakat hari ini untuk abaikan semua benda yang buat aku kecewa terus berkekalan. Tak mau dah pandang ke belakang dan tak mau dah fikir hal entah apa2. Biarkan orang dengan hal dan cara orang..dan aku dengan hal dan cara aku. Just berharap..aku tak usik hidup orang..orang pun tak usik aku. Memang frust dengan apa yang jadi terutama jadi di antara kalangan orang yang aku sayang dan rapat..tapi emmm..biar lah. Macam biasa agaknya..aku je sayang orang..orang tak fikir pun mcm tu pada aku. Heee...Jadi makanya, sayanglah diri sendiri dan keluarga. Famili akan sentiasa bersama..insyaAllah.


Emmm..doa aku..aku ingin jadi lebih baik dari yang lepas. Mengumpul kekuatan bukan lah perkara mudah dan melupakan perkara yang menyakitkan juga bukan senang. Aku masih percaya pada gerak hati dan selama ni..apa pun yg terjadi..aku tahu kerana gerak hati dan aku bukan jenis membabi buta bercakap dan bercerita sesedap rasa..aku jenis bertanya untuk kepastian. Dan..kalau aku tanya..orang masih tak jujur dan nak kelentong..terpulang lah kan..itu hal dia dengan DIA. Pada aku..dalam semua benda yang kita buat, biarlah ikhlas dan kalau berjanji....cuba2lah tepati dan kalau tak mampu nak tunaikan...Maaf adalah perkara terbaik untuk menjaga hati sekurang2nya.

Apapun...aku tetap aku - Tak Hidup Dek Puji..Tak Mati Dek Keji.

Hahahah..kan dah kuar ayat drama..Okek2..To all..Happy New Year ya..semoga kita semua terus gembira dan sentiasa di bawah lindungaNya. Aku happy dengan life aku sekarang TAPI tak berapa seronok nak ke opis..kus kus kus. Sebab dok umah lagi best...kan?

Ok la...tido jom..takyah la nak tunggu 12 am..tido lagi syok. Orang Korea cakap..nak cantik..kena tidur jam 11...bangun jam 3 pagi..tidur 5 jam dah cukup untuk kesihatan. So..jom tido. Hahaha..

Papai all..muah. Sayang semua yang sayang saya.. sayang ke? bluweekk..hahhaaha..papai!!

Sunday, December 30, 2012

.. Al-Ikhsan ..



Aku takde kena mengena or bukan saudara mara owner Al-Ikhsan..tapi aku amik tanggungjawab letak post ni sebab aku antara manusia yang kagum dengan kejayaan brand ini. Ada antara kawan2 aku claim barang Al-Ikhsan adalah fake..arini, aku jumpa benda ni dalam suratkhabar dan aku share ngn semua. So buktikan lah barang mereka tak ori...u will get back your money double babe!

Ada org kata.. Adidas is 'kampung' brand..tapi masih pakai brand itu...har har har.. sedey? Aku? Aku pro Nike sebab design tapi masih pakai brand lain ikut kemampuan dan keperluan serta kesedapan ... bukan ikut orang. Reebook adalah 2nd brand yang aku suka..

Okek. Habis iklan untuk malam ni..kaki kU sengal...dush!

Papai! ♥♥
posted from Bloggeroid

.. Larian Morib 2012 ..

Hello..haish! Tadi dah taip panjang2 kat enpon ni, sekali upload...tak lepas der.. so malas dah nak cite.. layan pic je lah eh.

Plan nak berlari dalam bulan lepas kot. Larian Morib ni kureng sket sambutan sebab tak leh register online. Mula2, aku, kak mus dan Masyu nak p reg kat Banting..tapi alhamdulillah..aku call...penganjur cakap boleh fax borang dan bayar online. Cuma baju je kena p amik...sampai Banting kita orang g amik...gigih tak.


Larian ni tshirt biasa jek. Kena lah hujan masa mula2 run...memang la berat 1 badan. Aku dah lama tak training..so memang banyak jalan dr lari. 40minits for 5km..agak looser lah kalau 5km lebih 50 minit..so aku gigih gak kejar masa wpun sambil lenggang mak limah. Nice scenery lari tepi laut..tp tak boleh blah.. kena berlawan dengan angin.



Nak jadi cite...masa Mr.Abe hantar aku kat bawah library kul 5.25am...aku dengan gembiranya tinggal kasut dalam kereta. Hadoii!! Nak run...tapi kasut tak bawak? Bagus kan? Nasib baik lah Masyu ada kasut spare wpun kasut dah nazak...still sangat membantu..cuma aku tak yakin nak lari betul2 sebab kasut tu dah nganga kat tepi. Hahhaa..makin byk alasan aku untuk tak lari..keh keh keh.


Ni pic seawal subuh tadi, starting, sijil dan tamat. Masyu lari 12km....maka aku pun menunggu dengan tengok gelagat orang. Aku masih tak mampu nak lari lebih dari 5km buat masa ni. Tahu kemampuan diri dan dah lama sangat tak lari..aku pilih 5km ja.


Yay! Ni both of us dah abish run. Tunggu punya tunggu cabutan bertuah..tak cabut2..so kita orang yang cabut balik. Kui kui kui..

Next mana? Hehehe..tadi masa lari..aku rasa nak patah balik jek..aku takleh push badan..padahal jantung tak start kerja pun..peluh pun suam2 jek. Memang fun walk tadi..so lps ni..kena tunggu aku kumpul sedikit minat lg untuk berlari....

Ok la..nantuk. Papai! ♥♥
posted from Bloggeroid

Monday, December 24, 2012

.. Off time ..



Yeah! Orang lain cuti..aku gigih kerja. Sekali datang kerja, ini lak hasilnya. My pc is INFECTED ngn VIRUS! Trojan lak tu. Ohoiii...apakah nasib?

Papai!! ♡♡
posted from Bloggeroid

Sunday, December 23, 2012

.. Lostweight ..



Okek! Memang dh lebih 2 bulan aku tak exercise..kerisauan berat badan naik mula melanda NAMUN hakikatnya..berat badan makin menurun hampir 1.5kg. Dush!! Ini adalah hasil daripada putus selera makan sebab tak sihat. Nasi memang tak mau langsung lekat kat tekak..

Tapi..hilang berat badan adalah tidak menjamin aku akan fit bila berjog atau bersukan kerana aku dah lama tak bersukan..confirmlah semput. Emm..memang 'semput' pun now ni. Emm..tak apa lah..cubalah atasi 'semput' ni sebaik mungkin. InsyaAllah...semoga ada kekuatan..LAWAN!

Papai! Semoga tidur lena dan jauh dr mimpi .. ♥♥

posted from Bloggeroid

.. My S Pen ..



Ni hasil tak boleh lena. Em..dah kul 1.08 pagi ni..awatlah mata? Apapun..S Pen ni mmg menarik. Kata Mr. S 'Kalau Zai nak melukis..releks je..'. Aku cuba applykan ajaran itu. Aku tengok Dania lukis pun senang gila..and aku kagum dgn bakat Dania.. dan ini hasil releks aku. Hehhehe.

Papai!! ♥♥
posted from BloggeroidV

.. My lovely Saturday ..

Hello Saturday! Eh..dah nak masuk Sunday pong. Hari yg indah..menghabiskan cuti berdua dgn Mr. Abe sblm mengambil balik anak2 pulang ke rumah.


Baru selesai tonton The Hobbit (3D). Sebagai pencinta L.O.T.R...wajib lah tgk cite ni. Walaupun tak 100% sihat..gagah juga lah mengadap selama 3 jam..and wow!!! Best sangat. Tak kisahlah tak logik ke apa..nama pun cite dongeng dari novel..kan? Aku memang suka cite2 mcm ni and kali ni..selepas Aragorn sbg pujaan hati dlm LOTR..KILI adalah pakwe baru aku...hak hak hak. Alah..yang dlm gambar seperti di atas. 1st time nmpk dia kat pintu rumah Baggin (suka hati aku bg nama mcm Smugels bagi..hahaha)..terus sebut 'handsome!'. Ok..mlm ni nak mimpi KILI. ;) Kalau LOTR aku boleh ulang entah berapa puluh kali dan ada byk koleksi CD..The Hobbit pastu tak akan di lepaskan juga..


Siang tadi..lepas lunch and servis Lancer..kita org g Mines..layan BigBadWolf. Sebab kepala aku weng.. tak banyak buku aku beli untuk diri sendiri..tak larat lah. Mr.Abe la yv macam biasa memulun beli and lepas ni..pasti lah buku2 tu jadi tatapan dia..terpingir lah aku. Ngee. Lepas tu..jalan2 dlm Mines...ada Barbie 'hidup' sedang buat photo sessi ngn kanak2...cantiknyaaaa Barbie tu. Nak gak bergambar....tapi tak de anak lak...waduhh..jatuh cinta ngn Barbie ..


Tadi gak aku sambar baju baru untuk Note 2 dan tukar skrin protector. Sebab? Saja suka2...heee. Aku rasa...ramai gila pakai Note 2 ni. Tak kira laki ke ponpuan. Setakat ni, aku puas hati dgn ini tepon. Baju enpon sblm hitam ni adalah pink..so kali ni amik hitam..wpun hati nak pink gak. Em..nice gak hitam ni kan?


Semalam...tiba2 cite pasai semalam lak. Apakah? Saja je...haa..semalam, aku telah tidak berjaya menahan nafsu melihat kasut ini from Clarks. Erkk...Clarks? Kasut Bata Eropah..istilah dari Mr.Abe utk Clarks..sbb kat Europe...kasut jenama ni murah gila. Ni 2nd Clarks aku..yg 1st dah bagi orang pun. Apapun...aku sangat suka dan puas hati dengan kasut ni..lawanya! Biasa aku lebih suka wedges from Hush Puppies..tp now dah susah nak dpt design wedges. So..unstructured Claudia ni sgt Ok..

Emm.. ok la. Dah 12.06 pagi..sudah Ahad. Masa untuk tidur dan semoga cuti seminggu yang panjang ni aku peroleh kembali kesihatan yang sempurna termasuk..hilang ingatan utk semua benda2 tak best 2012..amin.

Papai!!! ♥♥
posted from Bloggeroid

Friday, December 21, 2012

.. Mungkin Bila Nanti ..

Emm..dah Jumaat arini. Aku? Masih berkokok dan badan tak berapa best serta selera makan entah ke mana. Setiap kali time makan...aku jadi sedih fikir nak makan apa. Nasib baik...ada kawan yang nak layan kawan yang ngada2 ni..nak makan apa? Nak g mana? and jadi tukang bawak aku sepannjang minggu ni..walaupun di bawaknya aku makan tempat yang aku nak makan..aku tetap takleh nak makan betul2..apapun..thanks a lot to Miss Anne. Jangan serik eh. And also..thanks gak untuk Mr.S yang sama2 demam dengan aku..ikut makan and nak belanja. Thanks juga..pada waktu malam..Mr.Abe rajin gak nak layan kerenah aku ..'Nak makan apa? cakap jek..abang bawak'..heee. Sekali bawak..aku makan tak abis gak...sorry la semua2..Aku dah lama tak demam..dan mungkin dah tua..makin demam..tak berapa kuat mcm biasa nak lawan sendiri. 


Nak baik cepat..Peace.. :)

Ubat? Aku dah stop since 2nd day terutama ubat batuk. Ubat demam biasa lah kan..Panadol.Apa lah sangat..malas aku nak layan diri dengan Panadol. Dan ubat batuk..memang booleh makan waktu malam je lah..kalau bawak g opis..alamatnya..aku LENA bwh meja. Tapi semalam aku dah stop amik ubat batuk sbb aku jadi weng lain macam..semalam jugak lah aku tak boleh tidur dan bila aku terlelap, terbawa ke mimpi yang bila aku terjaga..air mata aku mengalir ...mimpi apa eh? Entahhh ...lupa. Senang je kan..ckp je LUPA..TAK INGAT..abis cite.

Ingat bila last aku bermain netball? Entah..rasanya masa Open USM..lepas tu aku dah stop dan dah tak turun training petang2. Jogging? Last sekali..dekat tepi pantai Awana Kijal..tu pun 2.6KM je..pastu semua dah takde..semua dah lupus..pupus. Kenapa? Entah lah...mungkin sekali air sungai melimpah..sekali itu lah pasirnya pun berubah. Kan? Aku pun sibuk dengan hal aku sendiri...

OK la..aku takde idea dan aku sedang cuba membuat 5S segala memori suka duka 2012 untuk aku tutup, bungkus dan simpan dalam peti besi. Macam aku semalam...YM lyzaa_abdrahim aku dah tak valid. Aku delete akaun. Kalau ada pun YM baru nanti...aku pun tak pasti.

Doakan aku cepat recover dari demam dan doakan aku jadi semakin kuat untuk hadapi hari mendatang. Apapun yang jadi...yang patah tumbuh, hilang berganti. kan?

Papai..

.. 21.12.2012..


Cantik tak lukisan ikhlas dr aku ni? :p

Errkkkk!! 2.18am update blog? Okek..aku tak boleh tido. Mlm ni tak amik ubat batuk..so layan lah diri tak leh lena berkokok n sakit tekak. Dulik ahhh sakit ni.. nnt baik gak.. fikir je positive..pandang ke depan..takyah pening2 fikir benda remeh..

Hari ni kan ramalan makhluk2 budget bagus katanya nk kiamat.. bagus lah sangatkan? Hiksss.. alhamdulillah..alam masih sihat dan manusia masih mampu meneruskan hidup bahagia..syukur dan semoga bangun dari tidur nanti.. aku boleh nikmati hidup yg lebih sihat ...

Kepada semua makhluk bumi.. sayangilah diri.. kalau berjanji..di mungkiri jgn sesekali.. kalau gembira..jgn lupa pd yg lain ...

Last sekali sblm aku sendiri tak pasti bila mata ni nk pejam.. lyzaa_abdrahim@yahoo.com telah di pupuskan. Tak ingat password lah..

Azam tahun baru adalah 'Ignorance is Bliss'.

Papai!! ¿

posted from Bloggeroid

Wednesday, December 19, 2012

.. Jalan-jalan Korea 2012 ..

Assalamualaikum..

Okek..sebelum cerita basi dan sebelum aku boleh bekerja dengan 'betul' dek kerana demam ni..aku nak share gambar2 semasa kat Korea. Menjadi kebiasaan, aku bukan jenis hafal nama2 tempat lebih2 lagi kat sinun..semua nama tempat panjang2..nanti tunggu Mr.Abe update blog travel kami kalau dia ada masa eh.

Percutian ke Korea adalah tidak di rancang. Mula2, aku just hint2 Abe, nak g main snow..and tempat paling murah adalah China...bila baca review and tanya kawan2, China tak best katanya terutama toilet. hahaha..ni main thing yang aku fikir? Memang pun..aku boleh tido kat atas lantai..tapi aku nak toilet best..tu jek. Kuikuikui. Masa tu pakej ke China tinggal beberapa je kekosongan..and aku terus decide..TAK NAK lah. Dalam tu 2-3 minggu sebelum berlepas, aku pun google tempat best yang nak main snow..and jumpa lah KOREA. Aku tanya Abe..ok ke? Dia kata..uruskan semua. Dia ON. Yay! Aku pun gigihkan la mencari. Mula2 dapat satu company ni..TheSummit apa tah..pakej Muslim dia agak menarik..TAPI bila kita orang g opis dia orang..KEREK Seh! Nak tak nak je layan. Ok FINE. Keluar je dari opis tu..aku cakap kat Abe..'Za tak nak..SOMBONG!'. Ha..padan muka kau hilang customer. Abe kata, kalau takde yang ni..takde la rezeki dah. Aku gigih google sampai lah aku jumpa SEDUNIA travel. Murah la..ground pakej untuk 5hari 4 malam adalah RM1.5K seorang..flight cari sendiri. Tapi lps deal..sangat la senang and friendly si Tini yang deal ngn aku. so decide nak g dengan Sedunia. So dalam2 minggu..settle semua. Masa tu, belasah je tiket flight berapa2..dua org kena dlm RM3.8K kot. Lagi mahai dari g Perth..hiks. Tapi Abe kata OK..maka ON..


suhu yang paling beku yang pernah aku rasa - 19 celcius..subhanaAllah..
TQ Allah..and TQ Mr.Abe untuk percutian ini..

Di sini lah bermulanya perjalanan baru aku bertemankan Salji. Alhamdulillah..rezeki aku. Allah turunkan snow awal dari Tarikh..yay! Kalau tak, snow di jangka turun 22hb ke atas..syukurrr kan?? Sebelum ke Seoul, travel agent - Tini dah call..beritahu aku dah heavy snow kat sana..pakai baju tebal. Mula2 aku decide nak beli jaket baru..tapi..wat pe nak membazir kan? Aku beli inner dan kebetulan si dia bernama Anne nak bawk aku ke UniqLo..apa tu? hahaha..gila tak pandai brand kan? Rupanya brand Korea yang tengah jual barang winter..wow! banyak pilihan inner dgn harga bawah rm50 serte berteknologi HeatTech. Baju nya ringan je..so aku beli je yang tu and yg lain, pakai je apa yang ada..To Anne..thanks sudi drive den sampai ke Paradigm Mall..entah tak bermimpi nak jejak kaki kat situ..hehehe..

My 1st SKI experience...Hahhaa..susah lah!
Percutian kali ni juga 1st time aku pegang fresh snow. Dulu kat Swiss tu snow beku dan rasa la cebis2 snow baru turun...dan ini juga 1st time aku cuba sukan SKI..Ya Allah..sumpah! sakit badan wei. Main 5 kali..2 kali berjaya...3 kali tergolek. Tak masuk kaki cramp..tak masuk jatuh sorang2 tak leh bangun..memang lah TAK MAMPU nak main sukan ni. Tapi SERONOK untuk pengalaman ni. And pstt..since Mr.Abe is not a sportman..dia agak marah dgn SKI..hahahaha.

Ini penaja utama aku..TQVM
Ceee tengok pic di atas..setakat ni..bukan aku cakap..tapi orang cakap..dan rasanya semua pun cakap..'Suami awak handsome'. Okek..FINE. Dia je handsome..saya tak lawa..tak pe..dia lah rugi dapat saya. hahhaah..kang ada lak tulis kat comment 'macam POYO jek'..hahah..tulis la..aku dah lali.. Just nak cakap..TERIMA KASIH DAUN KELADI eh..hiks..abg memang hensem..kuikuikui..

Nak tengok gambar lain..moh click : Cuti Korea 2012

Thanks..have fun and papai!!

Tuesday, December 18, 2012

.. Mata oh Mata ..

Mata yang di tenyeh dengan liquid eyerliner SimplySiti.
posted from Bloggeroid

Okek..gambar hanya gambar hiasan. Apapun, post memang berkaitan dengan mata. Kenapa dengan mata? Mata dah layu..nantuknya alahai. Tapi dah banyak sangat tidur kerana tidak sihat, cuba lah juga melawan kejap mata ni dari tertido. Ni lom amik ubat batuk lagi utk malam ni..kalau tak, confirm mata akan terus lena. Sok kena paksa gak diri bekerja..kalau tak, terus berada di atas katil..entah bila nak baik demam ni. Dah lama tak demam..sekali kena, parah jugak.. 

Terlupa nak share..9hb December...akhirnya aku telah di akikahkan. Hehehe..dah tua baru nak akikah? Mak cakap.dulu, mana lah mak mampu. So baru2 ni, bila adik2 ipar aku (adik2 abe dpt baby sorang 1)..mereka nak akikahkan anak2 mereka..Mr.Abe pun buatkan sekali akikah untuk aku. Em, terima kasih banyak2 eh abang. Semoga aku dpt syafaat akikah..dan semoga hidup aku lebih sempurna .. jauh dari segala benda2 tak elok. Amin. 

Em..masih belum punya ruang nak share pic kat Korea. Nanti2 lah kalau rajin. Mengadap lappy lama2 pun buat sakit kepala jek.

Ok la..papai!

Monday, December 17, 2012

.. Demam ..



Em..baru je aku post kat blog time aku bersuka ria dgn famili kat Damai Laut selepas balik dari Korea kan? Dan hari..actually malam tadi..aku dah sengal2 1 badan. Bertolak dari Ipoh jam 9 mlm..aku cuba bertahan tapi akhirnya aku tak mampu. Bergelut dengan sakit sendi..akhirnya aku tertido. Sekali sekala batuk datang..Ya Allah..sakitnya perut dan ulu hati. Sampai je rumah..aku tukar baju, terus minta kebenaran Mr Abe..aku nak tido . Dah tak tahan...tido dlm keadaan panas dalam badan..memang la sangat tak selesa.

Pelikkan? Aku mampu bertahan selama 5 hari dalam cuaca sejuk beku..sampai cecah -19 celcius..dan balik..bercuti di Damai Laut yang sememangnya panas kerana tepi laut...aku sihat jek...sampailah satu detik..sedang aku sedang sedap menikmati satay sotong dalam kereta...tiba2 aku tersedak. Erkk..peritnya sbb sotong tu pedas...terus aku di serang batuk dan membawa kepada demam. Pagi tadi dah tak mampu nak bangun..maka aku amik keputusan untuk MC. Dah lama aku tak sakit...dan petang, suhu badan dah cecah 39.2 celcius . Huhuhhu..

Aku cuba utk tidak tidur lagi sebab takut sakit kepala..tapi nampaknya mcm tak mampu..bdn sengal sangat..

Ok..doakan aku cepat baik ya...

Papai! ♥

posted from Bloggeroid

Saturday, December 15, 2012

.. Dari Damai Laut ..

Hallu! Menaip dari tepi swimming pool Damai Laut Resort and Spa, Manjung, Perak. Penginapan percuma selama 3 hari 2 malam oleh Swiss Garden. Emm..ni 2nd time aku ke sini..1st time was in 2009..dengan opismate sebab retreat.



Hotel ni tarafnya 4 star. Banyak gak benda dah berubah on facilities. Bilik sama je lah. Biasalah..dah stay for free mcm ni..kena lah bg masa utk dengar taklimat promo hotel. Pagi tadi..lps almost 5 hr tour kawasan dan dgr taklimat for sharing vacation..and lepas rasa berbaloi for percutian seluruh dunia..kita orang decide to be ahli. Berapa? Hiks..kalau Mr.Abe decide as Ok..pada aku..mungkin berbaloi..coz tahu abe mcm mana kalau bab duit ni. Cuma kena lah rajin tgk kalender utk plan next and next and next vacation terutama oversea vacation. Ahli for 30 yrs..so bukan lah tahun dpn wajib p oversea lagi...hehehhe.

Ok la..papai! ♥


posted from Bloggeroid

Friday, December 14, 2012

.. Winter Sonata ..



Just a few picture from my Note. Nanti share lagi kalau rajin..

Papai!! ♥
posted from Bloggeroid

Saturday, December 08, 2012

.. Mencari Winter Sonata ..



Hai! Now dlm flight ke Seoul Korea. Semoga perjalanan di permudahkanNya. Amin.

Papai! ♥

posted from Bloggeroid

Monday, December 03, 2012

.. Mereka buat aku TERSENYUM ..

Cak!

Tiba2 kan kuar gambar ntah sapa2. Haip! Mereka ni adalah otai kat opis aku. Setiap pagi, aku sure jumpa dia org dulu kat kaunter. Full of happiness..wpun tgh stress or marah mcm mana pun.. bila jumpa je mereka..pasti tersenyum. Ye lah...pagi2 dh ada orang greet kita dgn salam dan kata2 manis...dan senyuman yg tak lekang..hati mana yg senang kan? Hati batu je yg tak kan balas senyuman dan greeting mereka ni. Bukan lah nk puji lebih2..tp ini lah hakikat aku lalui hari2.



Petang tadi...sebab hujan lebat..aku pun balik ikut printing. Saja balik lambat..dlm 6.15 kot aku turun..nmpk mereka, terus aku singgah. Saja duduk sembang2..cerita tentang kehidupan ... tak cite pasai orang ya. Berkongsi cerita dan pengalaman kehidupan. Bersembang dgn 2 bangsa dan agama yg berbeza..tentu lagi byk hasilnya kan? Aku orgnya sgt open kalau bercakap..tapi nak kena org yg open jugak lah kalau nak bersembang. Mungkin sebab tu..aku mungkin di anggap out spoken atau ada org asyik rasa aku perli2 wpun aku takde niat. Takpelah...style masing2. Aku pun semakin dewasa ..byk benda dh aku belajar. Cakap pasai usia..kata Mr.Gopal. 'U..dont have to worry Zai. U never changed from the 1st time I saw U. Since u was a student. U menten and still sweet. Just keep smiling. I can see..sometimes..u are very stress and bla bla bla..' Wah. A lot of sweet things kuar dr mulut beliau. Aku hanyut? No lah.. aku tahu siapa diri aku..puji atau keji..aku terima sbg memenuhi lukisan hidup aku setiap hari.

Sama dengan Haji..yg handsome baju merah tu lah..byk kata2 nasihat dari dia. Dia pun terkejut bila aku berbicara sgt terbuka. So dia pun senang nak berkongsi pengalaman hidup secara open. Aku sembang dgn dia tentang 'suami dan lelaki'. Ada lah dia bg tips sket..sembang sambil gelak2..sungguh seronok. Yang penting aku tak cakap pasai orang....apa tah lagi mengadu or bercerita kisah umahtangga..just talk general.



Hah...now ni musim hujan kan? Kalau pakai mcm ni jalan2...ok tak? Ngeh ngeh ngeh. Aku ada nmpk ramai gak yg pakai pesyen cap ni pakai dgn tudung..tapi takde lah pakai betul2 mcm ni..dia pakai mcm CT..pastu letak lah reben ka..brooch ka.. Nanti aku pakai eh...agak2 jd bahan tak? Hiks..aku belum lg nak berfesyen sakan..just aku mmg suka tengok kehidupan.

Tapi betul lah kata mereka berdua..SENYUMAN tu terapi utama. Lawa mcm mana pun..kalau tak reti senyum..means nothing..langsung tak berseri. Kadang2 aku pelik...dan mungkin juga aku punya tabiat..ye lah..kita mana perasan kan. Aku byk bercampur dgn orang sejak jadi sistem support ni .. kadang2..org yg kita kenal..bila terserempak...senyum pun tak mahu wpun aku dh senyum dulu..and kdg2..orang yang aku tak kenal...dr jauh dah senyum kat aku.Emm..itu lah manusia..termasuk lah aku. Macam2 ragam... just jd diri sendiri dan tak perlu jadi hakim kepada orang lain terutama pada perkara yg kita tak lalui. Hidup ni tak senang...tp hidup ini tak selalunya muram..kan?

Hey! Malam ni MERLIN ya..tapi geram lak sebab jahat Morgana makin menjd2. Takpe..layanzzz..

Papai!! ♥
posted from Bloggeroid

.. Let Go and Walk Away ..



Aku suka menulis sama seperti aku suka membaca. Menulis mengikut rasa dan membaca kata-kata yang boleh menaikkan semangat di jiwa. Ya..itu saya!

Papai!!


Saturday, December 01, 2012

.. Sepetang di Pantai Kemasik ..



Jpapai!! ♥
posted from Bloggeroid

.. Dari sebuah H.A.T.I ..



Papai!! ♥
posted from Bloggeroid

.. From Awana Kijal ..

Hello world!

Now aku berada kat Awana Kijal, Terengganu. Mengikut Mr.Abe kerja..and now dia dh g kerja kat Paka..tinggallah aku nganga sorang2. Bukan nak ikut sgt pun..tp di ajaknya suh ikut..maka ikut je lah. Entah kali ke berapa aku duduk Awana Kijal ni pun aku tak tahu..sejak mula kahwin..sampailah dah beranak 2. Almost 12 yrs dah..setiap tahun, at least sekali, sure lepak sini. Takde apa yg berubah kat sini...kecuali Alam yang sentiasa indah dan tenang utk di pandang. Duduk di tepi laut..dengar deru ombak..tgk pantai..tgh matahari..tgk bulan..SubhanaAllah..sungguh mengasyikkan.

Semalam aku amik 1/2 day petang. Ingat nak cabut jek..tapi rasa bersalah jek. So aku pun apply lah cuti. ALHAMDULILLAH,perjalanan diiringi langit yg membiru. Oh rindunya matahari petang. Singgah di RnR Temerloh makan tempoyak ikan patin...heaven nya. Dinner at 6Pm..pastu dh tak makan2. Sampai hotel...mandi2..ajak Mr.Abe tengok bulan. Ya Allah cantiknya bulan kat tepi pantai..cuma angin scary dgn deruan angin dan ombak hitam memukul pantai..mcm2 memanggil jek..erkk. Aku mmg takut air..heeee..

Bangun se awal pagi..sebab Mr Abe dh jaga awal...dia bangun wat kerja kul 5.30am daa..aku ni bukan boleh ada gangguan masa tdo..so dgn aku2 sekali jaga. Dah takleh nak tido...cuaca pun cunz..terus bersalin utk turun jog. Memang aku target nak jog. Dah lama tak exercise. Tapi tu lah kan...dgn makan last sekali kul 6pm..dengan tak fit..sgt lah penat. Lps lari dlm 1.5km non stop...tiba2, alamak..nak muntah. Hadoii!! Walk kejap..pastu masuk tepi pantai..jog balik. Kejap je..dpt 2.36km jek..serius dah tak larat. So lepak tepi pantai ..photo2. Cantikknya pagi 1 Disember 2012 ni.

8.15am, Abe call..dia dh nk gerak p kerja..so dia suh aku masuk sarap cepat. ALAHAI..dia lepak ngn kawan dan wifey kawan dia. Malunya alahai aku dgn muka berkilat2. Hiks...dia teman aku jap..dlm 5 minit..pasti dia chow. Tinggal lah aku terkantang kanting makan. Wpun perut lapar..tp sebab penat lps jog..sket je yg aku lalu makan. Yang penting..telur separuh masuk 2 bijik habis di ngap...

Now is 10.35am. Lom mandi lagi..so kena lah mandi kan? Hehehhe..

Since guna enpon...semua gambar kat bawah..payah nk edit..ngeh ngeh..













Ok..have fun!!

Papai!! ♥

posted from Bloggeroid

Tuesday, November 27, 2012

.. Conteng lagi ..



Gigih menggunakan S pen. Melukis OK..S pen lancar.. memang mcm guna kertas dan warna2 dia pun boleh di mix kan.. just handwriting aku je tak mau jd elok. Gigillll la pulak.

Kalau lah aku boleh melukis dgn imiginasi sendiri kan best? Tu la.. dulu belajar sekerat jalan. Now dh keras.. hehehhe..

Ok la .. ni je untuk petang ni..

Papai!! ♥
posted from Bloggeroid

Monday, November 26, 2012

.. Hanya gambar ..

Wallpaper enpon.

Mempoyo kan diri..Poyo b Gosh.

Kad Diskaun 1Malaysia..

Rindu Kopi Mc D..

Merlin is back..Mesti layan The Macho Arthur and The Handsome Merlin. Pheww.. 
posted from Bloggeroid

.. My last Sunday ..

Kus kus kus!! Semput jap..berlari dalam opis sebab di kejar dek Anne Ikma..Penat oii! Ni lah padahnya kalau dah lama tak exercise. Bila tah nak mula balik senam2 ni. Nak tukar style lah..nak cari CD Paula Abdul, senam dalam rumah je petang2. Bila? Entah..hangat2 tahi ayam jek lah jawapanya.

Em, semalam - Ahad aku ada kat umah mak. Petang Sabtu lepas kerja terus bertolak. Rindu la kat budak2. Mr.Abe ajak balik..aku ON jek. Walaupun sekejap..we have quality time. Ikut hati nak je bawak balik budak2 ni. Takpe lah..next year, Danish dah Darjah 4, maybe dah boleh tinggal je kat umah time cuti. Tak yah hantar balik kampung dah. Emak abah tak kisah pun..dia org pun suka. Aku pun suka je sebab anak2 akan ikut Maktok ngn Wan dia solat kat surau sebelah rumah, mengaji dengan Wan dan belajar 'moral' dengan maktok. Ye lah..anak2 ni, dengan mak sendiri kadang2 tak jalan kan..

Ahad pagi, bawak budak2 tengok wayang kat Kinta City Ipoh. Tengok Rise of the Guardian. Alamak! Aku lah teruja tengok sampai leleh2 air mata..memang la cerita TAHYUL kan..fairy tales..tapi banyak moral story yang kita boleh kutip. Biasa lah aku ni..tengok kartun pun aku fikir dalam2. Paling best, apa yang akuu dapat - 'SIAPA KITA?'. Deep inside..siapa sebenarnya kita? Apa yang sebenarnya kita boleh buat .. Betul lah..aku sendiri dah LOST, siapa aku sebenarnya...siapa aku DEEP iNside? Emm..


From Danish and Dania..cute sgt kan? Alahai anak ibu..

Masa aku sampai Sabtu malam tu, around 9pm, happy betul budak2. Dania beri aku kertas bersampul. 'Untuk Ibu..Adik rindu Ibu'..oh! touching. Dia bagi lukisan 'Selamat Jumpa lagi'. Pastu dia kiss aku. Adehh..ni buat makin sedey nak tinggal korang ni. Pastu Danish lak..dia letak lukisan dia ada meja solek, and terus lari. 'Ibu..suprise!' Hahaha..lain lak si boy ni. Main suprise2 lak...malu lah tu. Hahaaaha. Dia pun buat kad 'Selamat Pulang'. 3D okek. So cute. Thanks Allah for these beautiful and smart kids for me. Pelihara lah dan lindungi lah mereka selagi hayat di kandung badan. Amin.

Riang ria hari Ahad with them.
Lepas wayang, ke kedai buku. Pantang sangat lah nampak kedai buku. Kalau buku, jarang aku dan Mr.Abe tolak. Kali ni Danish beli guna duit sendiri. Syukur, dah pandai menyimpan untuk dapatkan barang sendiri. Buku Dania pun dia bayarkan. Dania beli buku crossword puzzle. Sejak bila? Aku pun tak tahu..dia minat sangat selain melukis. Aku tak tahu potensi Dania..tapi dia sangat humble. Tak malu bertanya and sangat byk bertanya. Event 1 word yg kita rasa senang pun, kalau dia tak faham, dia akan tanya. Dia tak kisah pun orang nak gelakkan dia. Em..potensi dalam pelajaran aku tak tahu..tunggu dia masuk primary skool. Em..dah darjah 1 anak dara ibu ni..Tengok gambar..dia pun dah makin debab..sebab aku complaint, kalau kurus, ibu nak peluk tak sedap..so dia pun cakap 'Ok la..adik naik kan balik badan'. Hahaha..so girl2 kan?

Lepas kedai buku..tanya nak lunch apa? Dania nak Mc D..tapi sorry lah dik, buat masa ni, ibu dan babah tak makan Mc D..hehhee. So dia nak Sushi. So kita orang lepak Sushi King. Seronok tengok dia orang makan..memang kesukaan. 

Coach Wallet.


Ni my new wallet COACH from Mr.Abe. Of course la dari Mr.Abe kan..ate dari siapa lagi. Pujuk nak Gucci and Prada je tak dapat2..takpe2..nanti kumpul duit sendiri. Wallet ni lak, aku tertinggal kat Ipoh. Beriya p collect kat Kampar..tertinggal gak kat Ipoh. Aku sebenarnya dok fikir ni..nak pakai ke nak jual. Sebab aku sebenarnya kurang berkenan dengan long wallet..tapi susah nak dapat medium wallet COACH. Wallet COACH yang aku dok pakai now ni pun okek lagi..so ikut nafsu kan? Apa daa.....Kalau siapa2 berkenan, boleh email aku. Hiks...ORI ..direct dari USA ya. and alamak..dah lama aku tak update kedai aku..malasnya nak amik stok.Tapi nanti aku update item from Europe. So do visit my CuTThePrize. 

Aku tengah standby untuk event Kad Diskaun 1Malaysia ni sampai Rabu. Yang penting...makan pree..hahahhaa..

Ok la..nak wat minit mesyuarat. Dah jadi kerja hakiki aku lak wat minit...hiks!

Papai! Muah............



Saturday, November 24, 2012

.. Hari Asyura (10 Muharram) ..

Assalamualaikum..

Pagi tadi, usai solat Subuh, terus jengah FB. Erkk..dah macam rutin lak kan? Terbaca status kawan tentang puasa 10 Muharram. Alamak! Asal aku tak ingat? Asal Mak tak call ingatkan? and asal tak ramai yang letak kat FB mcm biasa? Boleh je nak puasa lagi lepas subuh tu kan..tapi memandangkan aku makan soto jek mlm tadi and siang tak makan sangat, aku tak teruskan lah puasa. Agak terkilan gak and sampai lah terbaca ni kat Internet :

"Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)"


Oh Okek..boleh pujuk diri sendiri. OK lah kan, sebab tak puasa semalam dan belum tentu dapat puasa esok. Ngeee. Banyak fadhilat puasa Asyura ni. Tapi tak pe lah, takde rezeki aku tahun ni. Semoga di beri kesempatan di lain kali..semoga panjang umur. Amin.


Kerja dan Kek Pisang. Sedap wei kek pisang ni..
Sedang menahan sejuk dan kebosanan nak tunggu kul 5 pm. Kerja! Kerja dalam mode standby and takleh g mana2 adalah 'bluweekk!'. Dah la hari ni ada netball game kat padang ILSAS..tak dapat main. Ohh..pasrah je lah. Semalam kul 9.35 pm aku dah masuk tido. Hamekk kau! Hahahha..Boring la tak de anak2. Nak tengok TV pun tak tau nak tengok apa. Nak kuar makan, Mr.Abe dah tapau soto..maka, layan katil lagi best.

Aku rindu sesuatu..kalau lah aku boleh ulang masa..emmm..Entahlah. Jauhh dari lubuk hati..aku nyesal dengan semua2 benda yang buat aku jadi mcm ni...S.E.R.I.U.S. tapi dari satu sisi...banyak jugak HIKMAH yang aku dapat atau nampak..dari sisi lagi satu..nak balik kepada sesuatu keadaan yang tenang tanpa rasa sayu dan serba salah..amatlah susah. Entah lah..biar lah masa terus menentukan..

Dan yang buat aku HAPPY sangat2 ari ni..........Online Event Hujung Bulan 12 adalah CANCEL. Yay!! Jom Jolly Katak...........Kita CUTI laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Alhamdulillah.......

Ok..makanan PREE dah terhidang..Jom Makan..

Papai!!







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!