Wednesday, August 13, 2014

.. Lahirnya dia - Dalisha Hannah ..

Assalamualaikum...

Menguap kejap. Hadoii...memaksa diri untuk update blog...kena update kisah lahirnya Dalisha Hannah untuk bacaan syok sendiri nanti dan untuk rujukan, mana tau, ada new baby lak kan? ahaks...ada hati? ngeee..


Now dan kebiasaan setakat 11 hari dan 4 hari berpantang kat umah mak di Ipoh, ini lah keadaan aku. Melepak atas katil dek kerana masalah lepas bersalin. Bersabar dan bertabahla ya LIZA! Anda kat kuat?

Masalah apa? Aku pun tahu la apa nama or medical term untuk sakit aku ni. Selepas 16 jam bersalin...tiba2, masa nak ke toilet..betul2 depan pintu toilet ward, kaki aku tak leh angkat.. tak leh melangkah! Sakit sangat di bahagian ari-ari pada bahagian tulang. 2 hari aku terlantar atas katil dan 'semua urusan' pun atas katil diuruskan oleh nurse. UHUK! Berderai jugak airmata aku bila terasa sungguh OKU. Doktor cakap.. Pubic Bone aku renggang dan tak cantum balik betul2 and belah kiri terlari ke bawah sket.. tak tahu lah salah semasa prosidur bersalin atau sebab aku tak reti duduk diam lepas bersalin. Sebab lepas salin dan sampai ke petang, aku OK jek naik turun katil..ye lah kan, dah selamat bersalin..dah lega..syok je lah layan diri.

Aku kena refer pada bahagian fisioterapi dan ortepedik. Buat X-ray dan buat fisio. 5 hari aku kena tahan dalam ward. Hari ke 3, aku paksa diri aku bangun dan jalan sendiri ke bilik air bertemankan nurse atau Mr.Abe. Sakitnya Ya Rabbi masa nak bangun dari katil..masa nak melangkah, nak naik katil balik..Allah jek tahu. Tapi aku tak mahu terlantar dan tak mau jadi OKU. Doktor suggest aku pakai tongkat .. pun aku tak mahu. Aku nak gerak sendiri.. dan sebab masalah ini walaupun boleh jalan sikit2, doktor just nasihatkan aku bergerak untuk toilet saja kalau nk tulang tu bercantum balik dengan cepat. Cepat tu..paling cepat adalah sebulan.. nangis! Aku try google benda ni..jarang terjadi utk kes bersalin..tp biasa terkena pada orang yg aktif sport. Apakah relevan?

Hari ke 11 pantang ni..lepas mengurut 2 hari..alhamdulillah, getting better..cuma masih terasa tulang tu gerak2 gak masa aku berjalan..Hari pertama mengurut adalah hari ke 10 aku dalam pantang. Makcik urut udah bising.."nape lama sangat simpan badanya tak bergosok...urat dh kembamg semua ni" - katanye. Hahahaha..saya 5 hari dlm ward makcik..macam mana nak ngurut aweiinye.. hahahaaha.. Aku memang tak suka urut2 ni..semalam macam nak demam rasanya kena urut.. hadoishh!!


Wajah-wajah kesayangan hamba. Wajah2 yang banyak berkorban dan terkorban sepanjang 38weeks aku mengandung. Tempoh yang memenatkan. Nampaknya..kandungan 3 lagi teruk dari yang aku rasa teruk masa kandungan 1 dan 2 dan terus didugaNya selepas bersalin. Redha wpun kadang2 menitis juga airmata.

Danish berlagak biasa2 je dengan kehadiran adik baru ni. Dia lebih berharap untuk dapat adik lelaki. Tapi kadang2 nampak dia cuba menarik perhatian aku bila aku dok layan baby. Paling kelakar..masa aku cakap pada baby "Sayang anak ibu".. tiba2 Danish menyampuk - "Danish anak ibu juga". Ayok..jeles kah? Masa bagi nama baby..dia cuba fight pada babah untuk letak huruf Z. Sebab kesian ibu..ibu ada banyak Z, tapi anak2 takde hurup Z pun. Tapi babah cakap.."ada je hurup Z.. AZRIL." ..cess..hahaha..

Dania paling nampak excited gila dengan adik baru. Semua benda dia nak buat dan kadang2 dia nak apa yang baby ada. Paling tak tahan..nak botol susu. Hadoiii.. apa la kakak oiiii..dah darjah 2 kot. Cubaan untuk tidur bawah kelambu baby buat ibu naik darah sebab nyaris rosak benda tu. Berebut bantal dengan baby pun dia buat gak. Setakat ni, dia la paling banyak tolong mak aku nak uruskan Dalisha. Dania pun dah pandai buat susu. Since aku pantang kat Ipoh dan dia org kat UNITEN..takde la assistant mak.

Babah a.k.a Mr.Abe? Bapa mana yang tak excited dapat zuriat baru kan? Nak2 selepas hampir 8 tahun bila si isteri tak mau pregnant lagi..huhuhu. Isteri fobia laa..tapi alhamdulillah masih di beri rezeki oleh Allah. Terlalu panjang nak tulis betapa aku sangat2 berterima kasih pada dia kerana banyak bersabar dengan macam2 dugaan ketika aku pregnant. Memang totally jadi MR.Mama lah! Dan kena lak isteri terjadi OKU kejap lepas salin..lagi lah kesabaran harus di teruskan. Semoga abang terus bersabar dan terima Za seadanya.


Jeng jeng jeng.. enpon ibu dah penuh dengan picca Dalisha Hannah. Since banyak sangat pix, maka ibu crop je print screen. Malas nak upload sket2. Hari apa tah, aku terdelete album gambar dalam enpon. Salah pilih album daa..so abis la pix Dalisha dari day 1 sampai day 3. Boleh recover guna apps..tapi aku malas nak baca. Anggap je la takde rezeki.

Setakat ni, alhamdulillah, Dalisha Hannah senang nak di jaga.. mcm Dania masa dalam pantang dulu. Tak meragam. Kerja Dalisha adalah makan tido 3-4 jam sekali. Kalau nak dengar dia nangis..lengahkan susu dia..baru dengar suara. Kalau dia tak ngantuk, dia main sorang2.. setakat ni, malam hanya bangun sekali tu pun kadang2 aku kejutkan sebab dah time susu. Biasanya jam 3.30 atau 4am. Semoga Dalisha terus baik sampai ke besar. Amin.


Harini Dalisha dah 11 hari lihat dunia. Alhamdulillah. Meh nak share cerita detik2 Dalisha di lahirkan.

Ikut Doktor, baby akan lahir pada 16/8/2014 tapi based on pengalaman, anak2 aku semua lahir on 38 weeks. Alhamdulillah..sempat beraya kat Ipoh sebelum baby lahir.

Sabtu 2 Ogos 2014 bersamaan 37 weeks 6 hari, aku ada checkup dengan pakar Dr. Noraini. Masa ni berat aku dah naik 4kg penangan Raya. Doktor check jalan, dah buka 2cm. Alamak! tapi doktor kata, takpe, lambat lagi..balik dulu dan datang semula dan terus masuk ward on 4/8/2014. InsyaALLAH akan bersalin on that date. Wah! kena dengan date anniversary aku dan Mr.Abe.

Aku teringin nak makan burger musharoom kat Burger King, so ajak Mr.Abe p Alamanda. Bila mak tahu, mak marah..ni anak no 3 Liza..bukan no 1..kejap je 2 cm tu. Ahaks! kena marah daa.. so makan and balik selepas misi mencari buku di MPH tak berjaya. Masa ni aku dah terasa contraction setiap sengah jam..tapi sebab sakit tu tak sampai pinggang..so aku wat dek jek.

Malam, sedang berwassap dengan kawan2 skool..kawan ajak beraya kat umah dia. Aku nak sangat jumpa kawan lama aku a.k.a berfriend masa skool. Mr.Abe pun OK sebab kawan2 dia gak..so aku p g lah beraya lepas maghrib. Makan laksa 2 pinggan sambil tahan sakit. Diam2 sudah..sambil sembang.

Kul 9.30 kita orang balik. Masa ni aku dah rasa semakin sakit..dalam 10 min sekali and pastu jadi 5 minit sekali. Oh tidak! ini sudah petanda..Dalam kul 11pm, kita orang try contact adik2 yang ada kat Putrajaya nak minta tolong amik Danish ngn Dania..tapi sorang pun tak pick up call. Hadoi! Aku try wassap and adik aku jawab. Alhamdulillah..tapi masa tu kita orang dah nekad tinggaal je anak2. Suh adik amik dan bagitau suh call Danish. Settle 1 masalah.

12.30 lebih sampai hospital Az Zahrah, terus check jalan. Dah 5cm kata bidan. ALAMAK! Aku dah tak sempat masuk ward..terus di tolak ke labour room. Sampai labour room, jalan dah buka 6cm dan bidan tak mau bagi aku ubat yeyak dan tak dah berani bagi aku g toilet. Aku cakap..aku nak yeyak gak..hahaha. Tak tahu la nak yeyak ke nak beranak sebenarnya. Sakit 3 min sekali bertalu-talu menyerang.

Oh Tidak! kali ni, aku betul2 tak boleh tahan mcm beranak lepas2. Air mata dah mengalir..mulut tak henti2 zikir dan kadang2 terlepas gak words 'abang..Za sakit bang! Tolong Za'.. perkataan yang tak patut kuar. Kerbergantungan pada suami bukan pada Allah. Nasib baik suami suh ingat Allah..ngee. Ya ALLAH..sakit sangat kali ni...dan nak jadi cite, Doktor lak lambat sebab call takdapat. Terpaksa call suami dia dan bila sampai, parking dia lak kena block. Aku dah nak abis nyawa dan tiba2 aku nak meneran..kelam kabut nurse ngn bidan pasang alat2 nak bersalin dan tak bagi aku teran. Aish..bukan aku saja2 nak teran wei!

On time, Doktor sampai..duduk and ready, aku tiba2 meneran..huhuhu. Masa ni, Mr.Abe siap kena marah ngn aku.hahahhaa. Dia sibuk ajar aku cara bernafas..aku lak tgh sakit gila..hahhahamek kena sembur. Hahahaadoi..orang sakit laa..bukan saja2 tak nak bernafas betul2. Sorry eh En.Abang..ngeee. Aku sempat minta epidural which is dah tak boleh nak bagi pun sebab baby dah nak kuar. Punya la sakit atau aku yang dah tak kuat?

Sampai masa, doc suh aku push. Push pertama tak berjaya sebab aku tak tarik nafas betul. Push ke dua yang lebih panjang...alhamdulillah, 1:56am,lahirlah zuriat ke tiga kami. Leganya rasa. Doc bagi salam pada baby dan letak atas dada aku. Hanya perkataan ALHAMDULiLLAH yang tak putus2 keluar dari mulut aku. Sebelum tu Doc minta Mr Abe potong tali pusat..tapi dia tak mahu. Sebab? Mr. Abe takut darah. Bidan ngn Doc asyik puji Mr.Abe je sebab dia berani and sentiasa bagi semangat pada aku. Prosidur seterusnya adalah mengeluarkan uri dan menjahit..gagagha. Sakit gak masa ni..tapi lagi sakit masa contraction..so aku releks jek la. Mr.Abe di minta azankan dan iqomahkan baby. Alhamdulillah selesai semuanya...


Ini adalah pix terakhir aku berbadan 2 pada 2/8/2014 dengan berat 54kg. Ni jubah raya aku. So lepas ni, bila agaknya aku nak pakai balik jubah ni kan?


Selain kelahiran baby...ni pulak kelahiran semula kereta aku. Kereta ni Mr.Abe belikan masa aku bersalin Dania, 8 tahun lepas dan dah habis bayar hampir 2 tahun lepas. Since kereta ni takde masalah, so aku decide nak nak terus pakai. Tak perlu susah2 dah nak bayar hutang. So aku provide sejumlah wang kasi make up and tukar kaler. Kasi pakai skirt. Just nak tukar rim, basuh kusyen dan tukar no plat je belum berkesempatan.

Kenapa color ni? Ni Habanero Red..gabungan red dan orange. Aku nk try oren, tapi tak berani la pulak. Nak pakai merah, which merah? So pilih je kaler ni. Hee..lagipun kalau tgk trend kereta baru skrang - oren,merah dan kuning with 3D color dah mula mendapat tempat dlm pasaran. Bonet hitam tu saja jek ..nampak sket keta tua.. ahaks!

Okla..makan hari nak siapkan post ni..

Papai!

posted from Bloggeroid

Friday, August 01, 2014

.. Aildilfitri 2014 ..

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Hari ni dah masuk raya ke lima..dan aku dah tak kemana2 since raya ke dua. Now mSA utk mengeram..tunggu masa yang aku pun tak pasti bila baby ni nak kuar. Fizikal dah tak kuat...mental je tinggal nak pujuk fizikal. SABAR..... 

Emm..takde cite sangat raya kali ni sebab tak kemana2. Just duduk rumah dan makan .. makan dan makan. Hari2 mak tanya nak makan apa...hasilnya..berat aku naik 5kg. WOW! Gegege..alhamdulillah.. 

OKLA..layan pix 1st Raya ni je la eh..













Papai...
posted from Bloggeroid






Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!