Sunday, September 29, 2013

.. Hari 'Sosial' sedunia ..

Yeah! Lega dapat menaip semula..masih di 'rumah' lama tapi pintu masuk baru. Siapa tahu, siapa tak tahu alamat baru..saya tak kisah..kerana saya hanya mahu berkarya dan merepek meraban untuk tatapan sendiri saja. Eh! Tiba2 jadi 'saya' lak..apakah? Hiks...

Hari ini aku kerja. Yea..kerja di hari Ahad. Kerja yang more to standby tapi kena duduk opis. Makanya...sambil buat kerja2 yang patut.. aku layan youtube, layan FB, Layan Instagram. Lagipun kalau opis hour biasa..jangan harap lah punya waktu .. lagipun semua benda ni kena block pun. Ngeh ngeh ngeh..

Se awal pagi..aku selain bermain2 wassap dengan geng Netty yang ramai jadi runner hari ini..aku dok ulang2..dan ulang dan ulang lagu Tegar dr pagi sampai ke petang. Tapi dengar version lain2 lah.. sedap suara budak ni kan. Lagu pun ada makna.

Dan hari ini...aku jadi sangat peramah kat FB.. semua benda aku nak Like..semua benda aku nak komen. Hahaha. Sebenarnya..saja nak buang boring. Nasib baik juga time opis FB kena block... kat enpon takde lah rajin sangat aku mengLike dan mengKomen.

Jeng jeng jeng. Tiba2 teruja tak pasal2. Apani? Apa ni? Tadi petang..sambil lepak makan sorang2..aku saja komen Ig Siti Nurhaliza.. dannn tak pernah2 lah..dia reply, siap tag nama lagi..hahha..teruja tak? Sib baik tak tercekik kambeng yang aku tengah kunyah. Gila tak teruja Ct jwb Ig? Kan? HHhaahaha..vengong 90 darjah..

Ok la..saja je nak lepas gian nak menaip. Semput dowhh tak leh menaip and merepek2 kat blog..boleh meroyan! Ahaks..

Ok papai! ♥
posted from Bloggeroid

Thursday, September 19, 2013

.. Nama ku Mia ..

Hiks! Apakah tajuk seperti drama swasta? Sebenarnya..selain drpd Zai, Liza, Azza atau Angah... ada satu lagi nama 'manja' aku yang aku pun tak tau mana dapat..hahhaa..nak tau apa? Jeng jeng. Apalagi kalau bukan - MIA. Ini lah panggilan drpd seorang makcik owner kedai makan di food Uniten. Acik 60an. Aku pun takde lah nak ckp kat makcik nama aku..sampai ke sudah..dari dulu..hampir 6 tahun - namaku Mia. Hee..ok what?




Hari ini, lepas penat bekerja and netball lak takde..aku decide go for run. Target nak lari slow2 je for 5KM. Sekadar nak bagi badan fit and nak try lari non stop balik. Semalam aku dah lari 3km. Patutnya ada netball..sekali aku g court..dah takde orang. Dia org ke gym sebab tak cukup orang nak main..so aku pun lari lah dengan kasut indoor..dah tgh2 lari semalam..after 1KM, tiba2 mood aku terganggu dan terus ke laut. Marah! So aku pun lari laju2..(laju lah sgt kan! Hahhaha) lepas geram! Puas hati aku..emm..memang puas sebenarnya sebab jantung aku bekerja keras dan peluh pun menjejeh2. Phewww..tp nafas agak semput sebab mode ke laut.

Tadi..aku try lari slow..kalau boleh pace 8 jek. Memang tak pressure langsung lah. Sampai aku rasa sangat tak puas. Jantung aku langsung tak kerja keras wpun aku dapat lari all the way non stop. Sebab tak letih sgt, 1Km terakhir..aku lari sambil lompat. Jumpa pokok..aku lompat nak capai daun..dapat 3-4 kali melompat sambil lari..baru terasa sedap. Bila dah settle..check apss..lor, dah slow pun x dapat pace 8. Apa da...Lari tadi telah membuatkan kaki kiri melecek.. pedihnya masa mandi.. tsk tsk tsk.

Aku masih berkira2 ..nak lari ke HM nanti. Takut tak mampu je. 21km kot. Hadoi! Em.so tengok lah kalau terdapat semangat nnt. Moga2 tak lah ke laut lagi mode ni. Amin.

Okla..saja nak menaip..nak tunggu mesin baju siap jek ni.. hee..

Papai! ♥
posted from Bloggeroid

Tuesday, September 17, 2013

.. Tak tahu nak letak tajuk ..

Assalamualaikum..
Tsk, tsk, tsk..perit tangan kerana aktiviti memulas..pulas apa? Pulas buah Pulasan..ahaks!


Ni ada dah takde kerja ke posing dengan buah? Heee..kerja tu memang berlambak2, termasuk lah kerja di hujung minggu mulai minggu ini sampai tengah awal bulan 10 nanti. Emm..mula lah nak kelaut mood aku ni. Kenapa lah lama sangat 'impian' aku nak tercapai ni. Ya Allah, permudahkan lah..Amin.

Pagi tadi, macam hari2 Isnin yang lain, memang malas betul nak ke opis. TAK BEST! TAK BEST! and TAK BEST! Aku tak nak g opisssssssssss..sib baik cuti dah tak berapa banyak and team mate cuti, makanya, aku kena KERJA. Dalam mode kelaut..pagi2 terus ke toilet and jeng jeng jeng..Nak lompat bintang rasanya..kelihatan begitu ramai buah Pulasan di dalam tray di atas meja. Terus senyum sorang2 sampai telinga. Tapi..alamak! Sapa punya? Terus aku tanya Kak Jah..dia ckp, makan lah..Daus bawak..hua hua hua..apa lagi. Alhamdulillah..baru jek aku cakap dekat Mr.Abe, bestnya kalau dapat makan Pulasan..hari ni, rejeki depan mata. Allah tak penah sia2kan doa aku kan? Tapi kenapa aku masih asyik nak 'kelaut?'.  Dan..aku menanti Manggis. Durian? Yang ni boleh beli sendiri kat Carefour..hiks.

Benda yang aku paling suka nak buat sekarang adalah 'tenung diri sendiri dalam cermin.' Bukan nak perasan lawa. Lawa tak lawa..hitam tak putih..tapi TENGOK! Aku sempurna..dari hujung rambut sampai hujung kaki..takde langsung cacat cela setakat ini. JADI, kenapa aku masih tak mampu jadi yang TERBAIK sbg umat manusia-Hamba DIA. Kenapa? Kenapa banyak sangat tangguh2 nak menjurus kepada kebaikan? Kenapa susah nak Istiqomah amalan2 yang di buat masa bulan Ramadhan? Paling aku kecewa..aku masih tak mampu jadi ISTERI yang baik..Ibu yang lemah lembut. Why lah Liza? 




SubhanaAllah..comel kan budak kecik ni? Nama dia..takde lagi nama rasmi. Mama and Abah dia tengah 'gaduh2' lagi nak bagi nama. Hahahaha. Ni anak opismate aku - Farrah and Dzul. Lahir pada 16/9/2013 - Hari Malaysia. Anak Patriotik, sesuai dengan jiwa mama dia. Tahniah tu both u especially My dear friend Farrah (asal tiba2 aku sedih ni..hiks).  Dan biasa la..budak2 baru now ni sedang meramikan umat Nabi Muhammad S.A.W...makanya, soalan yang sama lah di ajukan pada aku. Hadoiii...Ok la ok la..korang doa2kan lah ya..kot2 termengandung..hahahhaa. Em, ada beberapa benda lagi yang aku kena settlekan tahun ni sebelum aku nak fikir benda2 mcm ni....


Kami.

Cuti 3 hari lepas, kami ke Penang. Mr.Abe ada kerja sebenarnya maka amik kesempatan lah bercuti. Sempat lah dia layan kami sekejap and lepas tu, dia kerja, aku layan anak2. Dia memang sibuk...24 jam sibuk...sangat2 sibuk..walaupun aku dah terbiasa, tapi kadang2, sedih jugak. Positif lah kan..kalau tak sibuk..tak kerja keras .. MUNGKIN aku tak rasa semua2 yang aku rasa now ni. Alhamdulillah...rezeki setakat ini, saat ini dan tika ini. Apa nak jadi di masa depan..hanya DIA yang tahu. Cuma, jangan kedekut dan jangan amalkan HUTANG untuk bermewah2. Hutang nak beli kereta and rumah ok lah kot..mana nak cekau cash nak beli 2 benda keperluan ni..ahaks! Dan aku..masih macam aku..sebab ini semua bukan hak milik kekal aku.Tak perlu ada umpat keji atau hasad dengki pada aku..cuma kalau kawan dengan aku, kalau aku tak banyak cakap tu, maknanya..itu memang aku lah..terutama yang aku tak rapat.. heee...TAPI kalau yang betul2 rapat dengan aku..hahahaha..boleh lihat baik buruk aku luar dalam..termasuk lah masa aku menjelma jadi Bidadari sampai lah aku meletus bak gunung Berapi..ahaks! Kalau belum pernah tengok aku meletup..itu maknanya...belum tersimpan nama kalian dalam hati. atau dengan kata lain 'Tak terlintas langsung' nak lepas or fikir benda2 yang takde kena mengena dgn hidup aku..Suka betul ayat ni 'TAK TERLINTAS LANSGUNG' - sangat merubah hidup!

Tiba2 rasa nak sarapan KFc..eh, apa kena megena ni? Ini maknanya...aku dah melalut ke laut...ohoiii!!

Mereka sangat comel! 

Dan now ni..aku tengah fikir..RUN ke TAK..Tak ke RUN..untuk HM BSN bulan depan - Aku lari suka2, aku bercerita kat blog suka2, aku amik masa and compare dengan larian aku sendiri suka2..aku fight dengan diri aku sendiri suka2..aku amik gambar pun suka2..semua aku buat suka2 tanpa fikir or nak lawan sapa2 sebab setakat lari suka2 dan menang dengan diri sendiri suka2...poyo sendiri2 suka .. ada ke yang tak suka? Aku mengaku..aku bukan RUNNER..aku hanya manusia yang suka bersukan, berpeluh dan hidup sihat..dan LARI itu SUKAN..kan? Eh..tapi aku suka gila dengan collect PureProject dari Brooks..especially Pure Cadence 2 warna PINK..ohoii! Lawa siot!

Erkk..masa dah time. Balik yay! Papai!





Friday, September 13, 2013

.. Tak terlintas pun ..

Hai Blog!

Apa yang tak terlintas? Apa yang korang faham dengan perkataan tersebut? Pada aku..ianya membawa maksud 'tak terfikir langsung wpun dalam hati apatah lagi dalam otak.' OK..Itu pembelajaran bahasa utk malam ni.. ahaks!


Haa..kasi pix mata jek. Sebab takde pic lain nak share. Sebenarnya..aku tengah layan laloq penat ni...Hari yang agak memenatkan dari semalam..sebabnya, aku tak jangka pun team mate aku akan cuti paternity bulan ni...tiba2 kot and now tgh musim event student yg banyak benda dia yang memang terra dr aku..nak2 dari segi behind the sistem. Tapi alhamdulillah...sehsuai dengan 'award' yang dia dpt baru2 ni..dia tak tinggalkan aku sorang2. Kami keep in touch via wassap..keep remind aku...keep ajar aku dan sentiasa On je kalau aku perlukan dia. Cuma..biasalah aku, gelabah lebih. Hari ni banyak lak user call tanya mcm2 and last2 minit...sistem wat hal pulak. Dan aku jugak lucky sebab bos aku - puan, pun alwiz ada nak tolong. Dulu huru hara gak aku ngn bos aku ni..hahhaa. Ye lah kan..'Ada-baik, Beri-baik, Dapat-baik'. Faham?

Hidup kena lah saling harga menghargai kan? Kalu orang tak cari masalah dengan kita, baik dengan kita..letak kita baik2 dalam hidup dia...why not kita balas baik gak? Bukan nak kena wat apapun..at least, tanya khabar ke...duduk borak2 ke...kasi hadiah ke..kan seronok? Ke tak telintas pun nak buat semua tu?


Ini durian crepe..tiba2 letak pix ni lak. Sedap crepe yang ni...tapi aku makan 1 jek..sebab niat nak beli utk kawan.

Hari ini hari KPI..em, tak nak komen banyak lah. Naik .05 jek dari yang lepas. Masih dalam ranking yang sama. Malas nak fight sebab aku rasa...cukup lah kewujudan aku di rasai oleh Puan..dan semua kerja aku siap..dan ada output. Dan rasanya..2 tahun kebelakangan ni..dah tak makan gaji buta..tak byk melalat. Hiks.

Ok la..merapu je ni.. papai!
posted from Bloggeroid

Monday, September 09, 2013

.. Men's Health and Shape Night Run 2013 ..

Hello blog!

Dah lama aku tak tulis pasai Run ..last sekali event Run yang aku join was Malaysian Women Marathon bulan 4 kot. Ye ke? Tah..tak ingat..hiks. Masa tu aku lari 9KM ++. Masa tu time aku 1 jam 10 minit. Untuk jog saja-saja, paling jauh aku buat adalah 10kM dengan masa 1 jam 11 minit. Makanya, aku memberanikan diri register lari Men's Health and Shape Night Run 2013 and amik 12km. Masa register sedap je lah kan..sekali nak event, dengan lepas rayanya, mula la mood aku ke laut. Sempat 3 kali training je..semua short distance..makanya, aku pasrah. Alah..tak larat, kita jalan..kan? Aku tak tahu and tak terjangkau rasanya dek fikiran tengok runner yang lari gila babas laju for jarak jauh. Tabik spring la. Sangat kagum..kadang2 terfikir nak saja2 p tengok how they start, run and finish..




Ni official time aku. 1st time aku pakai Bip ada timer..haahaha. Mengikut kemampuan diri, aku target 1 jam 30 min untuk kali pertama ni. Kalau pace 7-8, aku rasa boleh je dapat dalam time ni. Dan berjaya! walaupun terlajak 4 minit..hiks. Dapat nombor 375 out of 1165..not bad! hahahaha..medal pun 500 jek. Alhamdulillah dapat la sebijik nak bawak balik. Ahaks! 




Semalam lepas run, aku dah tak tahu nak buat apa. Maklumlah..jarang2 berlari. Volunteer tu bagi kertas kecik, aku amik..pastu aku tanya, nak wat apa dengan kertas ni dik? Hee..'Amik medal kak'..kata budak tu..Ooo..hahaha. Lepas amik medal, pisang, air, sijil dan cookies..aku lepas tepi khemah cooling down sorang2 dlm hujan. Gila bengap kan? Tak tahu kawan2 ada kat mana..sampai la aku wassap kawan dan rupanya dia orang ada kat pentas. Sampai pentas..dia orang cakap, amik Goodie bag tak? Lor...lupa lak. Gi amik goodie bag lak.. serius blur. 




Ni timing each 1km. Boleh tengok patern aku lari. Nampak mcm aku tak push sebab biasa aku boleh push diri 1KM = 6min dengan speed 9km++km/h. Orang kata, jarak jauh, jangan push diri dari awal, nanti tak larat...dengan pelari yang ramai gila..pack kot..nak kena cilok2 lak2..so starting jadi la mcm tu. 5km pertama Non stop. Lepas tu aku dah kelaut..nak2 bila nampak  7km to go! Haishh..apa la tulis mcm tu..gila ayat down..hhahahaa. so makanya, aku dah start jalan2..suka suki..amik pic..berhenti kat kaunter air..amik air..minum2..pastu lari2 ..pastu jalan..sampai la nampak 3KM to go..lariiiiiii...pastu..alah..malas la..jln balik..hahhaa..gila kan? Yeah..aku memang kalah bab mental fighting ni wpun fizikal tak letih sangat.. Sebab lari bukan passion kot and kena bertanding dengan diri sendiri je kan. KALAU lah..ni KALAU lah kan. Aku boleh fight mental aku..mungkin boleh up lagi masa. kan?


Ni kawan2 lari malam tu. Ada yang go for 5KM..ada yang 12KM. Has tu aku kenal dr blog kawan2 Krazirunner..so aku main tegur jek. Sempat la posing sama. Lepas makan, g lepak mamak. Alhamdulillah, buat pertama kalinya, aku tak sakit badan dan sihat walafiat lepas run. Syukur...itu je sebenarnya target aku...tak mau sakit. Hisk..

Lari dalam HUJAN!! Basahhhhhhhhhhhh... kus kus kus..

OK la..papai!



posted
from Bloggeroid

Tuesday, September 03, 2013

.. Pujuk diri sendiri ..

Dari kelmarin..aku sedaya upaya memujuk diri sendiri - Jangan Kecil Hati! Entah..malas nak cite...cuma semakin aku memujuk diri sendiri, semakin sebak lak dada. Teringat kata2 Prof Dr Muhaya .. apapun yang jadi, baik atau buruk..cuba audit diri sendiri dulu.. and tanya, kenapa benda itu terjadi? 3 benda utama yang sering di tekankan oleh beliau - 'Ada, baik' , 'beri - baik' akan 'dapat - baik'. So aku terus memujuk diri sendiri.


Menjadi kebiasaan, apa yang ada dalam hati yang ingin aku luahkan..terhasil la hasil2 seni mcm gambar Instagram aku ni. Snap gambar, melukis atau menaip apa yang tersirat dalam hati itu cara aku luahkan rasa..cuma apa tafsiran orang..aku tak dapat lah nak kawal. Hiks..


Aku follower instagram yang mcm ni..aku suka follow IG yang snap pic nature dan ada quote yang menarik serta menjadi motivasi macam dalam pic ni. Em..nice quote.


Petang tadi hujan..so training netty takde. Sebenarnya aku sangat2 penat kerja lately. Byk benda remeh temeh yang aku kena buat..ye lah kan..aku je grad rendah untuk buat kerja2 mcm ni. Setakat ni..aku cuba tak menolak and buat semuanya sebaik mungkin wpun takde sapa tahu..apa yang aku buat ari2 kot opis. Niat pada yang Satu..semoga rezeki yang terbaik juga utk aku dariNya?

Semalam buat training fitness selama sejam utk netball. Ada coach baru tau..student la..Aku suka je wat fitness..baru la terasa berpeluh dan jantung bekerja.

Tadi..bila dah hujan sampai kul 6..mula2 aku syok gak sbb aku penat sgt kerjs..macam malas nak turun training..tapi bila 6.05 hujan dah stop..aku dah mula goyah. Isk..hujung minggu ni nak lari 12km..OK ke aku ni? Mau ke laut nanti. Bukan sebab timing ke apa..tapi tak mahu injured. So aku paksa diri turun..6.38pm baru aku start jog. Target 3km je..tp mcm tak cukup lak. Nak buat 5km, dah nak masuk maghrib...makanya dapat la 4km lebih sket. 1Km = 6min utk 2KM pertama..baru lah rasa jantung bekerja..horrey!

Tapi sebenarnya..aku dah takde semangat nak lari2 ni.. emm...

Ok la..papai! ♥


posted from Bloggeroid

Sunday, September 01, 2013

.. Sebelum pejam mata ..

Assalamualaikum..

Em..dah September kan? Ya Allah..cepatnya masa berlalu. Now aku tengah lepak2 jap sebelum masuk beradu. Baru sampai dari kampung tadi and terus iron baju famili untuk esok. Badan tak penat sangat tapi perut agak berangin.



Tengok pix ni..ada macam makcik2 anak 5 or ada macam wanita preggy 5 bulan tak? Heee..aku memang sangat pemalas nak berbaju kurung..so bila ada kenduri kendara, memang naik runsing kepala fikir baju. Since ni dah nak abis raya, jadi aki decide pakai je peplum ngn palazzo yang aku beli semata2 nak kenduri umah mentua ni semalam. Orang lain comel molek je berbaju kurung..aku tetap aku. Pakai apa aje yang aku suka selagi tak jolok mata.

Kenduri kali ni kira aku pecah rekod diri sendiri juga lah. Since biras2 aku balik lambat..maka berkerja la aku menolong MIL apa2 yang patut. Just lucky, adik ipar aku bawa 'kawan' dia. Rajin gila budak tu dan penuh dengan skill sebagai orang dapur. Aku bukan jenis banyak cakap terutama dengan orang tua or orang yang aku tak kenal..so aku decide amik kerja2 kupas2 bawang and kentang..potong2 bawang dan kentang dengan bakal biras aku ni. Senang wat kerja dengan orang muda..tak byk cakap. Kalau ngn acik2...tot tet tot tet..dan aku lak hanya..ooOoo...aaaa.. aaah.. - hahaa. Maaf lah..aku tak reti dan kadang2 tak minat pun nak dengar cerita2 yang takde kaitan dengan hidup aku. Hiks..


Haa..comel2 kan semua menantu En Johari ni..hahaaha. Semua sama size okek. Cuma..aku je lah yang tak berapa nak cerah. Alhamdulillah..kami serasi bersama. Kira ni adik2 perempuan aku lah ni.. Istimewanya mereka ialah..mereka pandai sembang ngn MIL...aku jek yang ke laut. Sebab aku memang tak pandai dengan orang tua. Kadang2 ngn mak sendiri pun aku membisu.

Ok la..saja je nak menaip. Papai! ♥
posted from Bloggeroid






Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!