Friday, April 15, 2011

..Wahai Pekerja..SIAPAkah kita?..

Tet! Langgar syarat kejap ya. Kalau ikut 'displin' baru aku - 'Elak Update Blog di waktu kerja'..tapi hari ni, aku nak langgar sket ketetapan yang aku buat sendiri ni. Ala..kejap jek..bahan dah ada..tinggal nak tepet jek. Hari ni aku agak LeMaU kat opis (ada yang perasan ek..huhhu) tapi since KeLeMaUaN aku adalah tidak Kritikal..maka, aku boleh lagi handle diri. Kenapa aku Lemau..sebabbb..emmm..emmm..hahaha. suspens tak? Actually, kalau ikut email Bos aku hari hari Isnin baru-baru ni, Hari ni bos dah finalize kedudukan aku tapi takde pun dia panggil. Bz Kot kan? Lagipun dah nak balik ni..biarkan je la..

Best Moment - Damai Laut 2007.
Pagi tadi..macam biasa aku layan Motivasi Pagi IKIM.FM. Bulan ni bersama Ustaz Badlishah dan most of the topic is about 'KERJA'. Adeh..terkena je pulak kat batang hidung ni. Takpe..PoSiTiVe Okek? Terima yang baik..yang buruk..buang la jauh2..dan hari ini aku macam biasa, kalau nak sesuatu, mesti gigih nak dapatkan (aku warga TAURUS..remember? ) dan petang ni, aku dah jumpa apa yang aku mahu. Text motivasi pagi tadi..walaupun yang di taip kat blog tu tak seindah kata-kata Ustaz Dr. Badlishah pagi tadi..but still memenuhi skema jawapan. hehehe. to tuan blog CiNta TaNpA SyArAt ..saya mohon copy paste ya. Terima kasih.

Okek..meh baca and kita renung2kan diri kita PeKeRjA yang MANA..

5 jenis pekerja yang akan wujud. Ianya sama dengan hukum ajaran Islam iaitu pekerja kategori wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

Pekerja kategori wajib :
Kehadirannya amat disukai dan kehilangannya amat dirasai. Jenis orang yang tergolong dalam jenis ini adalah mereka yang yang pandai buat kerja dan berakhlak mulia. Jika golongan ini menjadi ketua, dia merupakan ketua yang pandai membuat kerja, pandai menganalisis, pandai menyelesaikan segala masalah yang timbul dan juga mempunyai akhlak yang baik.

Pekerja kategori sunat
Kehadirannya disukai namun jika ketiadaan tidak dirindui. Ianya tergolong di dalam orang yang pandai membuat kerja namun kurang berakhlak. Jika orang ini menjadi ketua, dia akan pandai menyelesaikan masalah dengan masa yang singkat namun sikapnya suka marah-marah kepada pekerja bawahan.

Pekerja kategori harus
Kehadiran dan ketiadaannya tidak dirasai. Boleh membuat kerja dengan sekadarnya sahaja. Ketiadaannya tidak akan menjejaskan organisasi.

Pekerja kategori makruh
Kehadiran golongan ini di tempat kerja akan menceriakan keadaan dan meredakan ketegangan kerana kepandaian mereka membuat lawak.

Pekerja kategori haram
Pekerja ini adalah pekerja yang tidak pandai membuat kerja dan bermulut jahat. Suka bermuka-muka di depan kita tetapi di belakang kita diumpat habis-habisan dan suka menyebarkan fitnah. Kehadirannya amat dibenci dan ketiadaannya amat diharapkan oleh organisi.

 
Selepas apa yang aku lalui 2-3 minggu ni..aku rasa..aku dah jatuh ke kategori :


Pekerja kategori HARUS.


ps : Rasa nak keluar dari sini..

2 comments:

Anonymous said...

Ala... kenapa ni...

Liza Abd Rahim said...

GIMIK je..;b







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!