Saturday, April 23, 2011

..Berpusing-pusing mcm Gasing..

Ehek..lagi sekali Title takde kena mengena dengan Entry. Mukadimah jek. Tapi kan..pagi-pagi tadi lepas solat subuh, aku baring kejap and pagi ni aku kena hantar Danish p Kem Solat kat sekolah. Masa baring tu, pejam mata..Jeng Jeng Jeng..dunia terasa berpusing. Huaa..buat balik pulak dah..Scary gila masa rasa berpusing tu..lps tu masa aku bersiap sekali lagi berpusing. Tapi aku senyap jek la..and rasa mcm nak tawakal je p anto Danish..tapi tiba-tiba Abe suh tunggu..dan pergilah satu famili menghantar Danish..but still aku la yg driver. Lepas hantar Danish, p sarap kat Bangi. Lepas tu Abe ajak p PWTC - PESTA BUKU ANTARABANGSA. Okek jek walau masih semput and penin. And Danish tak ikut (1 penjimatan sebab dia hantu buku)

Sampai dalam pukul 9.30 am. Alamak..tak leh masuk lagi la..rewang-rewang kat luar. Ramai rombongan budak sekolah. Em, Aku rasa, tak besh pun Pesta Buku ni sebab tak murah sangat compare dgn Big Wolf book sales last year. Kalau nak beli diskaun setakat 20%, tu leh dapat kat MPH kot. Aku ngn Abe banyak beli buku yang betul2 ada sale mcm seketul buku RM10 ke..atau buy 1 free 1..ye la kan..nama pun Pesta buku..ahaks.
Masa dok pusing-pusing, tertarik menarik lak dengan benda ni. Apa tu? Ini adalah Kamus Elektronik Besta. Dekat sejam lebih duduk layan minah tu buat demo. Promosi untuk Pesta buku PWTC, harga benda ni RM1288 dan percuma Besta Elektronik yang putih tu. Yang hitam tu, color and touch screen dan ada 18 jenis kamus dalam tu. Macam2 lah ada..memang OK sangat utk belajar. Kalau nak tau apa lebih lanjut p lawat : http://besta.my/
Ni antara Novel English termurah. RM10. Abe kalau dah dapat buku macam ni, memang lama la. Aku tinggalkan dia kat situ sebab kalau tunggu..memang la buang masa. Aku pusing2 dekat2 situ dengan Dania. Leceh sket mek ni, sebab dia tak mcm abang dia..tak sampai 3 jam, dah bising ajak balik.
OPss..apa ni? Hahahaha..Ni majalah yang di longgak. Dania tegur aku 'Ibu..kenapa dia siram bunga sambil bogel?' Haahhaa..budus laa ini majalah. Aku gelak jek and Dania pun tergelak-gelak malu. Tah apa motif majalah ni pun aku tak tau. Aku pun tak selak. Aje gila la..sib baik dalam plastik..kalau tak ,mau gak aku bukak..hhaha. Rasa ni buku pasai bina badan..bukan majalah lucah ya..ho ho ho..
Abis pusing2 (byk gak word PUSING2 ek ;b) ..nampak kaunter SPR. Ehek..nak tak nak, aku pun p la mengadap untuk mendaftar. Katanya mengundi ikut alamat IC? Masak lah..alamat aku kat Puchong, Abe lak kat Manjoi..ate macam mana? ala..register je dulu kan kan kan...
On the way nak balik, ada dewan KHAS utk PTS. Paling ramai manusia..menariknyaa produk keluaran PTS ni kan? Ada lak Ana Muslim Produk..apa lagi Si Dania mengelejat la. Masa tu dah pukul 2.30 pm, Abe dah lapo gila so aku suh dia lepak luar..bak sini duit..biar aku je layan Dania dalam ni. Since ramai sangat, grab je apa yang Dania nak, terus kuar.
Kepala dah pening kelaparan. Jam dan kul 3.30..singgah solat kat Shell Sg Besi and terus cari makan. Macam biasa.Abe sure tanya aku nak makan apa. NASI Lah!! Perut aku perut melayu. Terus ke Sekincah Ikan Bakar Balakong. Lor..takde lauk rupanya. Ada bakar2 jek dan setiap bakaran amik masa 30 minit. Adeh..nak tak nak, odet je la..and Abe bantai makan nasi lemak dua bungkus..OK kot rasanya...cuma..lama la 30 minit tu..kan??

Ini Hasil Pusing-pusing PWTC ari ni :

Ini Danish Hakimi punyer...
Ini Nia Mimi punya..
Ibu punye.. ehek. Ibu tak layan novel jiwang eh. Aku lagi suka buku motivasi, travelog, kisah realiti . Zaman mitos and berangan tak pasal2 dah berlalu okek.
Ini Mr.Abe punya. Tak sebanyak dia hangkut masa Big Wolf sales last year..tapi kan...setiap buku yang dia beli, compem abis baca..dan kalau pasai buku..dia memang tak kedekut.. ngeee...

Dan aku nak bagi tau..itu ubat 'Penenang' dah tak jalannnn.......adeh!

2 comments:

ankeljonni said...

kehkehkeh... baru register ngundi eh? huhuhu...

Liza Abd Rahim said...

panjangggggggg citenya abg jonni..hahahha..;b







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!