Wednesday, April 13, 2011

..Tudung oh Tudung..

Hai tudung periuk
Tudung periuk pandailah menari
Tarian anak
Hai tarian anak putera mahkota

La la la..ini lagu lama, dari filem Sumpah orang minyaakk..lalala..aku bukan nak cerita pasai tudung periuk la..saja-saja kasi intro sambil menyanyi bergumbira..hhhee. tau dak lagu tudung periuk ni? kalau tau..nyanyi la sama-sama..

Ini tudung Balqis Siti Nurhaliza..hhaha..consider as tudung tak?
Okek..gigih ni mengoogle tudung semata-mata nak buat entry 'Tudung oh tudung'. Sebenarnya bukan apa..lately ni kan..aku rasa, semua orang pun realize dengan peredaran dan peralihan zaman tudung ni. Aku bukan nak mengomen,mengutuk apatah lagi mengeji..tapi aku suka tgk dan perati, muda mudi zaman ni..wah, makin berseri-seri dengan tudung warna warni. Emm..nice actually kalau kena dan tepati bentuk muka dan gaya diri sendiri.

Zaman aku dulu ( tua sangat ke ni?) .. masa mula2 kerja..tudung bawal paling glemer. Dalam tahun 2000 rasanya..selepas zaman tudung Wardina..nama tudung bawal ni paling glemer. Aku ingat lagi, bila kawan opis aku pakai, aku dengan selamba badak tanya 'Kak Liza pakai napkin ke?' ho ho ho..sorry la banget..sebab aku tgk tudung bawal ni sangat nipis ..dah macam kain lampin. Sib baik la member jenis sporting..dia pun explain la pasai bawal ni. Ohooiiii...mcm tu ka? Sekali dia bawak kau p PKNS Shah Alam..masa tu aku kerja kat Klang..erkk.terkedu air liur aku..omangg aiiii..mahailnya tudung jarang ni. Huhu..tuudung bawal pertama aku yg aku rasa gila babass mahai aku beli ialah berharga RM35. Pengsan lah jugak .. tapi since tudung bawal ni ada gred 1,2,3..so aku biasa beli yang gred tak nipis sangat. La ni aku pun tak tau la bape banyak tudung bawal aku ada. Rasa mcm tak byk je..ye ke?

Ini antara tudung segera kegemaran aku. Tapi now ni tudung mcm ni dah makin sarat..emm..
Lepas zaman bawal ni..selain layan tudung cotton yg RM10 tu..tiba2 lak tudung segera ala-ala tudung Indonesia glemer. Ariani paling 1st jadi pelopor. Aku cuba gak tudung ni. Mula-mula jenuh la kena kutuk dengan Mr.Abe..tapi lama-lama tudung 'segera' ni makin variaty dan menarik...so aku pun belasah beli. Beli online je dari kawan..murah pun murah dah paling besh , tak yah iron and ready di pakai. Abe pun dah biasa agaknya tgk aku pakai tudung ni..lama-lama dia pun okek. CUMA yang aku rasa, kalau pakai tudung segera ni..muka nampak agak matured. Aku pun sebenarnya dah rimas dah pakai tudung ni..rasa nak balik ke bawal atau cotton. Em..nanti lah fikir..

Fatin Liyana ..serius, she is beautiful dan tudung ni, mmg trend sekarang..
kredit to : Fatin Liyana Blogspot
And now ni..huhuhu..aku rasa, yang pesyen kali ni aku takleh nak follow. Serius la kan..dengan kaler meriah-meriah..ada lak sepit atas kepala..kena lak pusing2..oh oh no..rasanya tak tercapai akal aku nak bega-bega and cari masa untuk bergaya sakan mcm tu. Tapi terus terang..aku suka sangat tgk budak2 muda pakai tudung ni..sangat ceria..cuma kadang2, aku rasa..baju yg di kenakan agak over..mcm tak kena dgn tudung. Pakai legging and pakai tudung..uhuhuu..sorry, sesak mata aku. Maaf ya..ni mata orang2 tua la..hehehhe.

Hana Tajima dan Yuna..ni feyen ikutan skrang..emm..nice (?)
Hana Tajima? yeah..she is beautiful. Tak nafikan kan lah. Memang gorgeous la si Hana ni. Rupanya, gaya tudung dan baju dia jadi ikutan. Em..terfikir zaman sekolah dulu..kalau tudung senget ka..kedut kaa..compem terhegeh2 nak p sekolah..tapi dengan fesyen si Hana ni..hehehhe..belasah je ek. Tudung senget ka..tak iron ka..belasah jek. Ngee..mcm-mcm lah kan dunia ni. Budak2 muda kot..apa katanya 'Cool and chillax'..uhuk. Bukan zaman aku kot kan nak cuba semua ni. Tak pun cuba masa Raya or kalau ada function jek..emm..ye ke nak cuba? ho ho ho...kalau se comey si Hana Tajima tu..boleh la..ni dah jd mak orang..sehsuai ke? Nanti lah fikir..

Kagummnya kaalau boleh pakai tudung proper kan? emm..bila la kan..

2 comments:

Suriati said...

hii kak zai... walupn dah jdi mak orang..xsalah klu nk pakai tudung2 yg berpesynn ni... xsaalah nk bergaye, tp ikut kesesuaian tempt la..hehehe..betui idak?

Liza Abd Rahim said...

ye, idak salah..tp as you know..kzai ni mmg x rajin nak bergaya..kalau nak rasa lebey sket pun, masa ari raya..:)







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!