Sunday, April 10, 2011

..Hari ini, setakat ini..

Pagi aku walaupun hujung minggu, ianya akan bermula seawal 6.30 pagi gak. Selain bangun Subuh (kalau solat lah), kena bangun awal untuk sediakan persiapan Danish ke sekolah. Sabtu & Ahad, dia kena p sekolah. Aku sediakan je baju dan sarapan dia (roti jek) dan lepas tu aku kejut Abe. Sila hantar. Aku tak rajin la nak hantar..dah hantar ari biasa, babah pula punya kerja ya. Macam biasa, babah akan tunggu anak dia kat sekolah dan kemudian balik membawa sarapan yang hanya di order oleh aku. Hari ni aku order breakfast Mc D dan abe pun bwk balik la Big Breakfast Box A. Pagi ahad aku bangun awal skettttt dari Sabtu..hehehe.

Ni picture dari CikGoogle ya..biasa kalau aku p makan dengan kawan2..aku akan amik set Set No 2 dengan Hash Brown.
Lepas sarapan, kalau Abe tak campak baju masuk mesin, aku akan campak. Lepas tu lepak-lepak ngn anak-anak atau aku sambung ZzZZZZ..Si Dania biasa nya suka mewarna dan Danish akan sibuk dengan chess set dia. Aku? Layan Pc atau baca novel. Umah compem la huru hara kalau dah semua berkumpul kat depan ni. Biar kan je lah kan. Hari ni lunch kul 4 lebih kat Jusco Balakong. Makan apa? Alahai..Abe ajak lepak Old Town White Cafe. Ingat nak tarik muka je sebab aku lapar nasi..tapi tak baik kan? (Poyo tak baik! hahhhaa). Lepas dapat makanan yang di order..hua hua hua..GAGALNYA..aku memang tak leh nak blah dengan chinese food. Aku order bihun tomyam..adakah ke buh Udang kering..adeh. Nak tak nak..aku telan je la..last2 aku order roti bakar. Laksa yang abe order pun tak chedaapp..

Bihun Tom yam - Nampak pun tak menarik kan?
Aku ni sebenarnya tengah cuba betulkan diri sendiri ni..tapi biasa lah kan, biasa nya kalau aku dlm keadaan bengong mcm ni..orang yang dekat dan rapat dengan aku lah yang jadi mangsanya. Salah sket je..aku hangin 1 badan. Ye la..dengan sapa lagi nak poyo and ngada2 kan? 'Karangan' apa yang aku mahu jadi lom siap2 lagi. Mr TE ni..kata nak tolong..tak de idea pun..takpe, sok pagi2 aku nak p serbu 'kaunselor S' aku. Harap-harap dia tak MC or cuti..hak hak hak. Aku cuba la tak mau cakap byk and cakap ikut hati..sia2 je lah. Tadi Danish tegur aku..;sejak bila ibu suka menyanyi ni..Danish asyik dengar ibu nyanyi jek'. Ngeee..ni gara-gara karok ari tu la ni..adeh.

Warna-warna kehidupan. Mic kat Red Box ari tu..
'Mengaaapaaaaaa kau juga yang rindu..walau sudah ku tak berupaya bersatu ..hidup dengan muuu'..peghhh..ni lagu kak jiana ITMS nyanyi..Nak p karok lagi? Dan malam ni..aku nak duduk buat karangan yang tak siap2 itu..So tamatlah cerita aku setakat 7.12pm ni...



1 comment:

Suriati said...

wahh danishh pelik ngan sikap ibu y mule berubah kew?hahah..xberubah hny inginkn hiburn buat seketike..kekek...aikk sempt amik gambo mic tu..hahaha.... nti ajk la abg azril karok..kekeke..kompm bess







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!