Monday, April 11, 2011

..Saham oh Saham..

Minggu lepas, Bank Rakyat war-warkan pembukaan semula sher saham. Ramai gak yang berebut-rebut nak beli saham dan ada yang pergi untuk penambahan. Aku ? Bila di katakan just boleh tambah RM500 jek..rasa macam malas lah nak p berebut-rebut. Peruntukan sebanyak 1billion untuk Bumiputera..rasanya bila-bila je boleh pergi nanti. Cuma bila byk cerita atas cerita, boleh add RM500 saja le..boleh lebih la..aku decide untuk g sendiri tadi. Em..nombor giliran untuk penambahan saham dah abis la pulak. Ok. meh sini aku clearkan tentang saham ni. Ni dari mulut cik kak yang jaga Q penambahan saham tadi la ya.

Bank Pilihan Anda (?)
1) Pembelian saham baru di buka kepada semua Bumiputera atau yang beragama Islam bukan bumi.
2) Barisan PEMBELIAN dan PENAMBAHAN saham ada lah berbeza. Sila amik nombor la apa-apapun.
3) Pembelian adalah RM500.
4) Penambahan juga hanya RM500 sahaja. JIKA hendak membuat penambahan melebihi RM500, sila isi borang menunggu dan perlu mendapat kelulusan HQ Bank Rakyat. Maknanya, belum tentu la bila kita boleh tambah. Letak la berapa jumlah kita nak Q.

Aku penah Q nak tambah saham ni 4 tahun lepas, sampai ke sudah duit aku tak bertambah dalam tu. Dengan dividen antara 14%-15% setahun, dapat la dalam RM350+ setahun. Kalau dapat tambah 2-3ribu lagi  kan ngam (ni yang aku mampu je la..ada yang Q more than 10K..huhu). Last-last, aku balik jek dengan tak menambah apa2..sib baik cepat, silap2 kena saman sebab tak beli tiket parking..Ngeee..

CK antara CEO TNB paling lama..motif?
Selain saham bank rakyat..satu lagi saham yang hidup segan mati tak mau ialah saham TNB. Ada few lots yang aku kena jual sebelum 2013. Selepas pelarasan, harga saham di turunkan dan sangat la masyuk kalau dapat jual at least pada harga RM8 kan? MALANGNYA..dah dekat makan tahun ni saham TNB tak naik2..dok kat RM6 je laa..kenapa lah kan? Nak tak nak..kena jual gak before tahun berakhir. Agak-agak, bila ek nak naik saham TNB ni? Orang kata tunggu pilihanraya..emm..kapan ya?

Saham aku? Terasa banyak BARANG PAKAI BUANG lak..emm..
Dan..now ni aku dalam dilema dengan SAHAM diri. Dengan kewujudan level atas yang semakin ramai atas aku, nampak macam aku tak de apa2 lagi di sini sehingga aku di beri pilihan atau di beri kata dua. Susahnya nak buat keputusan. Aku seolah2 lebih banyak berfikir..'Apa orang nak kata' daripada aku fikir 'Apa yang aku boleh buat '. Aku di ajar supaya be fishy utk dapatkan apa yang aku anak. Adeh..aku ni baik sangat atau terlalu banyak kerenah. Tadi aku p jumpa 'kaunselor' aku, minta pendapat. Hehehe..Something good talk to dia  is 'dia is very positive and dia say what ever dia wanted to say about me but in 'slow and steady mood.' Emm..now ni lepas semakan, aku kena betulkan balik karangan aku sebelum submit.

SubhanaAllah..Ya Allah, tunjukkan aku jalan..Permudahkan lah urusan kerja ku Ya Allah..Amin.

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!