Friday, April 08, 2011

..Bila hidup diberi pilihan..

Assalamualaikum.
Em..apa ya yang aku buat hari ni? Demi Allah..apa yang aku kena tempuh dalam minggu ni termasuk la masalah-masalah lain yang tak patut masuk dalam hidup tapi aku dok fikirr jek..betul2 buat aku stress dan 'semput'. Aku tahu, benda yang buat aku semput tu patutnya aku boleh elak dengan tak yah fikirkan. Apa kata orang 'Tak usaha sungguh or tak cuba..macam mana nak berjaya'. Tak tahu la apa yang aku kena ni masalah besar or kecik or aku banyak berdrama..yang aku tahu..aku betul-betul stress. Berat aku dah turun balik sebab aku kalau ada masalah, memang la kureng melahap. Hati aku tak henti berdoa supaya Allah permudahkan segalanya.

Lunch tadi..aku layan iceroom untuk cool downkan perasaan..terima kasih wahai peneman..
DAN...yay!! alhamdulillah..berkat usaha sungguh2 dan cubaan aku untuk keluar dari masalah ni akhirnya berbaloi. Walaupun tak lama dan cubaan ni ada tempohnya iaitu 5 bulan..aku syukur sangat-sangat. Aku boleh bernafas and senyum seketika..nanti 1/9 aku fikir balik pasai masalah ni ya. Alhamdulillah..amin..syukurr..terima kasih Allah. Aku di beri pilihan untuk tentukan arah tuju aku..dan now aku kena fikir betul-betul apa yang aku mahu. Masih mengadu pada yang SATU semoga aku terus di tunjukkan jalan.

Apa yang aku lalui dalam 2 minggu ni..buat aku terus belajar tentang hidup. Oleh kerana emosi yang tak stabil..aku sering marah-marah..cakap ikut suka mulut aku tanpa fikir orang lain..aku mendengar dan terus menghukum..aku membuat pertikaian sehingga ada yang menyampah..aku mencari silap orang lain..arghh! terus terang, aku menyesal lah jadi BODOH macam tu. Kenapa aku tak belajar or serik dengan apa yang dah jadi? Come On Liza..terlalu banyak bercakap yang bukan2 buat kita nampak macam takde pegangan kan? So..dah pernah berubah kan? Terus lah berubah OK? Please (ni pujuk diri sendiri) .


Now ni aku suka layan lagu ni :

Meniti Titian Usang - Search

Kertas putih salju
Ku coretkan kedukaanku
Hitam dan kelabu
Adalah warna dalam hidupku

Kejutkanlah aku kawan
Aku sedang bermimpi
Kejutkanlah aku
Yang sengsara dalam mimpi

Gementar kakiku
Meniti titian usang
Berdegup jantungku
Apakah dapat ku ke seberang

Sambutlah tanganku kawan
Aku takut tenggelam
Sambutlah tanganku kawan
Jurangnya sangat dalam

Jurangnya sangat mengerikan
Ramai yang telah kecundang
Dia sedang menunggu
Untuk memimpinku
Di seberang sana
Adanya cahaya

Sambutlah tanganku kawan
Aku takut tenggelam
Sambutlah tanganku kawan
Jurangnya sangat dalam

Ada yang nak tolong sambut tak kalau aku tenggelam? Pastikan anda pandai berenang ya..kalau tak, karam sama-sama..hahahah..

Dan..30hb April tahun ni.. apa yang aku buat? :)

Thank You Allah...

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!