Saturday, April 02, 2011

..Itu cara mereka (?) ..


Ingin ulangi kegembiraan ini..bila mungkin?

Susah betul nak menipu diri ni, berpura-pura gembira tapi dalam dada..Allah saja tahu betapa serabutnya aku rasa. Boleh nak meroyan kat blog ni, tapi aku tak suka tafsiran yang org pk nanti, tah apa-apa. Tapi kadang-kadang aku fikir, biarlah nampak hati yang tak gembira daripada berpura-pura Happy entah apa-apa..kan?

Jom cite pasai lain. Korang nak tahu tak? Masa aku di Europe apa yang aku perasan kan (bukan compared..tapi bercerita.okek?) :

1) Dia orang ni, kalau nak buang or 'seh' hingus, dia pakai belasah jek 'sreeeetttt' depan orang. Macam benda tu biasa la. Geli or loya tak dengar bunyi 'sreeetttt' tu nak-nak kalau tengah makan? Pheeww..mula-mula dalam flight..masa tu aku tgh makan nasi lemak..sabar je lah. Bila jejak kaki ke bumi mereka..oh! rupanya sama je kat mana-mana..standard rupanya untuk mereka buat benda ni..

2)  Bas dan keretapi jadi pengakutan utama dia orang kan? Ye lah, sebab senang sangat nak naik benda ni kat sana. Namun sesak mcm mana pun..mereka pasti ikut undang-undang. Bagi orang keluar dulu and yang nak naik, naik dari tepi kiri dan kanan. Jarang nak kena push kecuali 1 kes, kena push2 sebab kena seluk saku. Hampeh! Dalam train and bas, ada beberapa seat yang boleh recyline yakni hanya boleh gunakan time tak sesak. Memang dia orang tak guna pun seat ni kalau tgh sesak. Kalau ada orang tua naik..memang dia orang akan bagi tempat duduk. Dan mereka akan terus bangun one stop sebelum next stop. So nak turun takde lah terhegeh-hegeh. Kagum tak?

3) Graci, Mercy, Thank you - Words ni tak pernah lekang dari mulut dia orang. Buat lah apapun, tanya lah aapa pun walaupun dia orang tak kenal..benda ni memang tak penah tak terkeluar dari mulut dia orang. Kalau masuk kedai tak beli apa2pun..word ni sure ada. Pengemis pun ucap benda ni..dan kalau orang Islam..bertembung dengan aku..compem dia orang bagi Salam..

4) 1 benda yang buat aku rasa 'ek elek' ialah bila dia orang ni or maybe for certain kaunter or people lah..tapi rasanya memang budaya dia orang kot..kalau dia orang tgh buat 1 kerja or tgh layan customer or orang lain..jangan la cuba-cuba nak 'excuse me' and mencelah nak tny apa-apa..hahaahah..compem naik 1 jari telunjuk dia and say 'Nor'. Maksudnya..sabar ya..sila tunggu giliran or bagi dia buat habis kerja dulu. Nampak agak kasar kan? or tak multiskilling..TAPI bila sampai time kita, dia orang akan say 'Sorry, I have customer just now'..kita yang bengkek ni sure rasa lega bila orang minta maaf kan? Benda ni aku dah kena since dari Amsterdam dulu. Maybe ini cara dia orang kan?

5) Makan fast food ..MC D let say, lepas makan..dia orang akan angkat semua sisa-sisa and buang sendiri dalam tong sampah. Sebab tu dia orang ni tak guna banyak tenaga kerja. Kalau kedai makan biasa, paling ramai pekerja adalah 2 orang. Tenaga kerja mahal mungkin..kan?

6) Tersangat susah nak bargain kalau beli barang walaupun dekat kedai-kedai biasa. Kalau nak bargain gak, carilah kedai-kedai yang mamat bangla jaga or nak lebih lucky, cari lah yang leh cakap Melayu. Bangla kan? Round the world..kadang2 dia orang kenal kita Malaysian..dia orang akan cakap melayu. And nampak mcm kedai-kedai kat europe tak beraapa nak 'welcome' kredit kad. Abe cakap..US paling senang terima Kredit kad.

7) Ini dari pandangn mata kasar aku. Majoriti famili yang aku tgk bawak anak-anak kecil, parents dia orang nampak dah berusia. Maybe dlm 40 tahun ke atas. Anak kecik2 lagi. Ikut sembang2 dengan sorang mamat Italy dalam train, katanya ..mereka pilih untuk berkahwin dlm usia 35 tahun ke atas. Dia nampak terkejut bila Abe cakap kita orang dah kawin more than 10 years (ye lah tu bang..tahun ni baru 10 OKEK?) . Maybe faktor usia gak buat mak bapak ni agak tenang. Susah nak tengok dia orang marah anak2 tgh orang dan budak dia org nampak mcm sangat behave. Kalau tgk couple lain..yang jalan berdua pulak...adalah suami isteri yang tua..dlm 55 tahun ke atas. Honeymoon kot kan? Ngeee...

Apa lagi ek? Nanti aku fikir. Aku berjalan nak tgk tempat dan budaya orang ..itu jek.. ;)


No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!