Wednesday, August 03, 2011

..What Is MakeUp..

Aishh..lembab betul masa berlalu bulan puasa ni. Ye lah, biasanya masa di habiskan dengan melepak dgn kenkawan sambil menikmati sarapan pagi. Tapi masuk bulan Ramadhan, g kerja pun awal..kul 7.45 am dah terduduk atas kerusi ni layan FB, baca paper online and belek-belek blog. Menurut kajian - Otak kita sebenarnya lebih cerdas di bulan puasa kerana semua 'pekerja-pekerja' dalam perut berhenti bekerja..so semua di transit ke otak. Fakta atau Auta? Fakta..tapi dah tak ingat sumber..just dengar gitu-gitu je dari Ikim.fm - Pilihan Utama Anda. Hee..ni je la radio yang aku layan sejak hampir 2 tahun lepas...dapat lah juga bersih hati yang kadang kala kucar kacir ni. PUN masih tak bersih-bersih kan? CUKUP ke dengan hanya mendengar radio? - Tiada Siapa Yang Dapat Mengubah Diri Kita KECUALI Diri Kita Sendiri.

Bukan nak lawa macam Erra Fazira, apatah lagi nak secomel Siti Nurhaliza, sekadar berharap, kulit kembali anjal dan bersih at least seperti gambar ini. Ini gambar 2006 .. emm ..keh keh keh..serius susah hati dengan kulit muka sendiri..
Sambil wat kerja yang semakin sesak nafas untuk capai target..semakin mengantuk lak mata ni. Layan blog la kejap. Belayar ke blog bloggers comel lagi jelita malah berjaya ..huhuhu..'kagum-kagum'. Sangat kagum lah. Mula-mula, wajib lawat blog Redmummy, juga layari blog Hanis Zalikha, lepas tu blog Emak Hanis, lepas tu aku layan blog Fatin Liyana and paling latest, blogger cun yang dekat di hati aku - Intan a.k.a Usu (Usu,pakai apa eh?) Demi Allah..suka gila tengok dia orang.. CANTIK sangat. Apa yang cantik? Off course la WAJAH dan kecantikkan yang cantik pada aku adalah 'Kulit Mereka Sangat Cantik'. Hanis dan Mom dia tgh promote SK II..huhuhu...serius ke dia orang cantik sebab produk tu? Hanis dan her Mom memang la dah lawa dari dulu aku tengok...so sapa-sapa, orang biasa-biasa macam aku ni, yang dah pernah try SK II..sila lah buktikan sesuatu kepada diri ini.. heee..

Apa ni? Jauh benar tajuk Entry dengan isi..dah melalut-lalut. Kalau baca blog Mr The Other Khairul..dia benci blogger buat entry macam ni..takpe, aku bukan siapa-siapa, type entry sendiri..baca pun sendiri-sendiri..keh keh keh. So, bila Hanis cakap, keluar tanpa makeup..apa sebenarnya itu Makeup? Jom google..

Kakak Wiki cakap :

make·up
noun /ˈmākˌəp/ 
  • Cosmetics such as lipstick or powder applied to the face, used to enhance or alter the appearance

    Sapa cakap dia tak lawa..agak rabun lah rasanya. Gila lawa kulit dia..tapi dia masih muda..cuba tengok her Mom..lagi lah..aishh..gila teruja..
    kredit : Hanis Zalikha Blog

    Oooo..maknanya, walaupun hari-hari kalau kita kuar rumah and tepek sedikit bedak dan secalit gincu, itu dah kira Makeup. Maknanya - 'Hari-hari Liza pergi kerja pakai makeup kecuali keluar makan malam, Liza tak pakai makeup'.

    Pantang tul mak aku kalau keluar rumah tak tepek bedak walaupun secalit..dengan ucapan 'Liza ..muka kamu tu dah la berkilat..cuba la pakai sikit bedak tu'. Keh keh keh..Tapi betul lah apa yang mak aku cakap tu..di lahirkan begini, berkilat sana-sini...nak-nak umur dah meningkat ni, memang terasa sangat kulit makin kering dan tak berapa nak berseri. Main lak netball aritu bawah terik matahari..hasilnya, produk yang aku pakai sekarang ni pun dah tak membantu. Ikut hati..nak jek minta Nasha Aziz sponsor aku buat something kat muka ni supaya boleh sentiasa cantik macam dia..tapi tak pe la..mungkin boleh ikut petua Kak Nita Sawak - 'Amik wuduk setiap hari'. Ngeee...


    Renungan :



    2 comments:

    MRS. AJ said...

    Angah main netball kan? Pakai sunblock tak? Wajib tu. Usu guna Dermalogica n Shu Uemura. So far these two are the best. Pernah test try SKII tp kureng sesuai. Kenapa Angah tak cuba SKII? Manalah tau kot2 sesuai.

    Liza Abd Rahim said...

    pakai sun block..tp x jalan..heheh. SKII tu,mahai sgt lah..igt nak cuba simplySiti je..hehehe

    lagipun dah makin kurus ni..so kulit lg nampak sgt x glow..







    Authentic Item for sale.
    Visit my shop at :
    http://cuttheprize.blogspot.com

    Enjoy ya!