Saturday, August 27, 2011

..Ramadhan 27 yang Tenang..

Assalamualaikum..

27 Ramadhan menjelma. Dingin dan nyaman..mendung tapi tak hujan dan mentari pun tak menunjukkan wajah.

Udara dan angin sekitar terasa tenang. Sebagaimana dari Ibnu Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَيْلَةُ القَدَرِ لَيْلَةٌ سَمْحَةٌ طَلَقَةٌ لَا حَارَةً وَلَا بَارِدَةً تُصْبِحُ الشَمْسُ صَبِيْحَتُهَا ضَعِيْفَةٌ حَمْرَاء

Lailatul qadar adalah malam yang penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan.” (HR. Ath Thoyalisi.  Haytsami mengatakan periwayatnya adalah tsiqoh /terpercaya)

Atau mungkin kejap lagi hujan.siapa tahu kan? Apapun, teruslah mencari Malam Penuh keberkatan ni hanya untuk 3 hari saja lagi dan malam ganjil - hanya sehari lagi.. Waallhulam.

Ready to go? Opss..sapa pakai Mamy Poko tu? Kantoi...hak hak hak..
Balik kampung?
Barang dah siap pack, tapi tak ready lagi nak bergerak. Mungkin sebelum 10 pagi nanti, meluncur ke kampung halaman - pulang berhari raya. Aku tak tahu la apa plan raya tahun ni. Dah berterabur. Abe kena ke selatan raya ke-3 dan famili aku nak ke Utara Raya kedua atau pertama. Emm..penin? Aku pun tak tau nak pack baju macam mana..bawak je semua, letak dalam bonet keta, habis cite.

Me and You..Angry Bird Hitam I do.. ;b
Ini lah pencinta Angry Bird Tegar..Kimi dan Mimi..

Iftar Akhir di Bangi.
Semalam rasanya Iftar terakhir kot kat sini (rumah sendiri). Since dalam peti ais dah takde apa, Abe ajak makan luar. Oleh kerana pergi secara gamble, maka....Sushi King saja yang ada meja kosong. Tu pun tinggal 1 meja saja. Lepak Sushi King Alamanda. Mewah tul orang Malaysia ni kan masa berbuka..gila ramai manusia.
Me and famili are Sushi Maniac.. ;)
Hasil Tangan Danish?
Kalau nak tahu, Danish ni agak kreatif dan suka dengan art. Banyak lah benda yang dia dah kerjakan dan origami antara benda kesukaan dia. Baru-baru ni, Ramadhan ke berapa tah, sedang aku duduk mengaji, tiba2 dia hulurkan aku penanda buku tertulis nama aku dlm tulisan Khat. Katanya, dia tempah untuk aku. Ustaz buat and benda tu harga RM3. Aku tanya dia, mana dpt duit? Dia cakap - kumpul duit. Terharu. Terima kasih. Dia juga buat sampul angpau..katanya 'Tak yah beli, ni Danish dah buat'. Babah dah bawak balik 7 bungkus sampul TNB dan ibu ada 1 sampul. Tak masuk lagi sampul Jusco, Shazzmin ..banyak-banyak. Tukar duit tak banyak pun. 

Sampul Raya from Hakimi...

Ini lah penanda Al-Quran aku now. Snap nama hujung saja.. hehheeh
Cuti seminggu dan akan masuk kerja semula 5hb September nanti. Aku tak tahu apa cerita pasai kerja aku masuk nanti. Terus berdoa semoga semuanya di permudahkan. Coding aku ada lagi berapa percent ni, tapi rasanya takleh nak present and dapatkan KPI kot. Tak apa lah..sendiri yang tangguh2..So Bonus tahun ini adalah bonus - Terima saja..jgn bising2.


Renungan :

Berhati-hati di jalan raya..ingat yang tersayang atau pun jangan biarkan duit melayang.. ;)





No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!