Saturday, August 20, 2011

..Apa Bikin Ini Hari..

Pheww..panasnya malam ni. 20 Ramadhan? Cepatnya masa berlalu kan. Alhamdulillah, task aku nak ajar Dania puasa tahun ni, insyaAllah .. terlaksana dengan sempurna. Setakat ni dia puasa penuh kecuali puasa ke dua. Cikgu dia bagi dia minum air daaaa sebab dia kata, dia sakit perut. Aku just cakap 'Adik kecewakan ibu lah..penat ibu cuti sehari ajar adik puasa..apa adik dapat minum air sket jek?' .. Dia diam..and terus cakap 'Ye lah..esok Dania puasa'...and sejak hari tu..dia terus puasa walaupun kadang merengek2 gak nak buka. Masalahnya..merengek2 pukul 6.30 pm..aishh..memang tak dapek la Ibu nak nolong.

T-shirt Angry bird menjadi pujaan ramai..
Hari ini buat apa? Nak cite ke? Boleh la..sbb nak update blog. Hak hak hak. Dalam kul 11am, aku dan semua dah kuar umah, antar wallet COACH customer kat Bkt Puchong. Saja je nak hantar sebab nak ke Shah Alam - kedai Shafendi dan lepas tu ke GM Klang. Ohh..macam tu rupanya GM. Ingat macam mall...rupanya kedai-kedai by lot and jual macam-macam dlm harga borong. Tujuan, nak beli barang Angry Bird..keh keh keh. Takde kerja? Maka, dapat lah merembat t-shirt Angry Bird utk anak-anak dan untuk aku dan abe juga. T-shirt bebudak kena beli borong..baru dpt murah..and borong is 6 helai ke atas. OK..rembat. Danish lah paling happy.

Petang sket keluar dari Klang and g Tesco Puchong. Chef nak masak..hek hek hek. Budak-budak pun tak mau makan luar. Puasa kali ni, baru 2 kali makan luar. So tadi Abe a.k.a chef buat steamboat and sikit beriyani kambing (Berahim's punya daaa) untuk aku. Sedap wei beriyani tu. Kambeng dia superblah walapun jenis makan segera. Anak-anak makan steamboat jek. Abis lah korang..babah dah tau buat steamboat, tak leh la makan luar lagi lepas ni.

Renungan :
Carilah Malam LailatulQadar kerana :
Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
-diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.



2 comments:

nuui said...

GM Klang adalah tidak sama / jauh sekali dari GM KL. ;)

Jadi pemerhatian dan keminatan juga mesti berbeza. :)

*panduan dari Boss yang dh pergi kedua-dua GM tersebut. :)

GM KL lagi hebat. ;)

Liza Abd Rahim said...

takde matlamat nak p ke KL nun..;b







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!