Memula, kita tanya cikGoogle..what is IFTAR? Jawapan :
Dictionary
Search Results
- if·tar
- The meal eaten by Muslims after sunset during Ramadan
noun /ˈifˌtär/ |
Ramadhan bakal pergi...cepatnya masa berlalu... |
Okek, maknanya, Berbuka la tu atau Breakfast kata omputih. Bila merujuk kepada makna, as long as kita berpuasa, maka kita adalah BerIftar setiap hari. Cuma trend skrang, Iftar lebih merujuk kepada Majlis Berbuka Beramai-ramai dengan kekawan or sanak saudara di tempat-tempat makan atau juga bersama keluarga di rumah.
Tahun ini adalah tahun tanpa Iftar aku dan rakan-rakan. Tak macam tahun-tahun lepas..biasanya kekawan quarters akan sibuk memilih tarikh menjemput untuk Iftar di rumah masing-masing.Tahun ni senyap saja..kenapa? Entah. Ada satu jemputan Iftar di opis baru-baru ni..atas sebab-sebab tertentu, aku dan famili tak hadir. Tahun ni juga, aku dan famili baru 2 kali iftar di luar - Johnnys, sebab sambut anniversary aku dan abe dan kemudian di Nandos, sebab tempat lain dah penuh. Anak-anak tak mahu iftar di luar..mereka lebih suka makan di rumah..babah atau ibu yang masak. So far, Abe lah yang paling banyak beraksi di dapur. Iftar bersama mak abah pun baru sekali dan bersama mentua pun baru sekali. Takde iftar hotel tahun ni...semua serba sederhana.
Iftar buffet pun semakin mahai nampaknya dan adalah tidak berbaloi membawa aku iftar buffet sebab aku bukan jenis makan banyak. Dania pun tak makan banyak. So..berbuka bersama famili adalah pilihan utama tahun ni. Takde lauk2 pauk special..semua makan mcm dinner biasa just iftar di temani kurma lah.
PaRam? aku tak penah lagi jejak kaki di PaRam tahun ni...
Renungan :
Lailatul Qadr (Malam Qadar) yang dinyatakan di dalam al-Quran sebagai, “lebih baik daripada seribu bulan” (97:3). Apa-apa ibadah yang dilakukan pada malam ini seperti membaca al-Quran, mengingati Allah, dan lain-lain adalah lebih baik daripada beribadah untuk 1000 bulan yang tidak mengandungi malam Qadar.
2 comments:
Usu baru sekali je brbuka kat luar with family. Hubby prefer mkn d rmh. Kita pulak bukan jenis yg boleh mkn mcm2. So rasa kurang sesuai nak brbelanja brlebihan brbuka kat mana2. Takpe Angah. Berjimat n bersederhana kan lebih baik. Tak gitu?
usu..
betul betul betul. Dah makin dewasa ni..semua pun nak sederhana dan sebab anak2 dah puasa, kena ikut style dia orang lak sbb nak terus galakkan dia orang puasa.
Post a Comment