Sunday, August 14, 2011

..Sekadar menaip ..

Apa ek nak cite? Nak meroyan? Semua pun sia-sia..terus terang, agak menyesal kerana berkongsi cerita pada yang cuba menggunakannya semula untuk bambu or lepaskan kemarahan di dada pada aku. Semakin hari, aku semakin banyak belajar dan aku simpulkan :

"Yang paling dekat belum tentu yang paling rapat. Yang paling rapat belum tentu itu sahabat."


Aku juga belajar, setinggi mana pun dosa, selautan mana pun kesalahan...tak perlulah cerita semuanya pada sesiapapun kerana luka belum tentu sembuh, kesalahan belum tentu di maafkan..malah, kesilapan di gunakan sebagai bahan melepas kemarahanan. Terbaik - Duduk dan sujud lah pada yang Esa untuk pohon kemaafan dan keampunan.

"Manusia boleh memaafkan tetapi belum tentu dapat melupakan dan jika tersilap langkah, kesalahan menjadi bahan ejakan."



Semakin hari..semakin sedar - diri tak punya apa-apa. Kesian kan? Hidup terlalu bergantung pada orang..kesudahannya..bila terjadi kesilapan..semua pun tunggang langgang. Okek..sedar diri..aku tak punya apa-apa untuk di banggakan..apa yang harus aku buat? dan aku rasa berhenti kerja..bukan lagi agenda utama kerana ianya tak semudah yang di sangka..kan?


Renungan :
Rasulullah s.a.w apabila baginda berbuka puasa, baginda berbuka dengan beberapa biji kurma basah sebelum solat. Jika tiada kurma basah, baginda berbuka dgn kurma kering. Jika tiada kurma kering, baginda berbuka dengan beberapa teguk air.






2 comments:

MRS. AJ said...

Angah, luahkan je semua. Takpe. Usu setia membacanya.

Liza Abd Rahim said...

Usu..hehe..luah betul2 kan blog ni nanti..ada lak yg kata meroyan..







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!